Khamis, 26 Februari 2015

5159. Islam dan kesihatan diri.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

    Waktu Pagi

    3:00 am – 5:00 am [Qiyamulail/Sahur]
    Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

    5:00 am – 7:00 am [Solat Subuh/Waktu Imsyak]
    Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

    7:00 am – 9:00 am [Solat Dhuha]
    Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

    9:00 am – 11:00 am [Beriadah/Bekerja]
    Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

    Waktu Tengahari

    11:00 am – 1:00 pm [Solat Zohor]
    Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

    Petang

    1:00 pm – 3:00 pm [Explorer Time]
    Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk & tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

    3:00 pm – 5:00 pm [Solat Asyar]
    Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

    5:00 pm – 7:00 pm [Solat Maghrib/Waktu Berbuka Puasa]
    Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

    Waktu Malam

    7:00 pm – 9:00 pm [Solat Isyak]
    Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

    9:00 pm – 11:00 pm [Prep/Study]
    Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

    11:00 pm – 1:00 am [Cooldown Time]
    Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

    Waktu Lewat Malam

    1:00 am – 3:00 am [Tidur]
    Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

    Sumber: Perkongsian dari sahabat....
    Dalam "[]" disesuaikan dengan jadual peribadi Muslim.


    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

Rabu, 25 Februari 2015

5158. Bila sudah kaya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Apa Jadi Pada Kereta-Kereta Mewah Yang Di Abaikan Di Dubai

    Kita semua tahu bahawa Dubai merupakan sebuah bandaraya yang sangat kaya. Berbanding dengan bandar-bandar lain  dunia yang mempunyai masalah dengan pencemaran atau bunyi, lain pula dengan bandar terkaya dan mewah ini yang mempunyai masalah aneh; pengabaian kereta mewah di tempat letak kereta di pinggir bandar dan lapangan terbang.

    Model-model seperti Ferrari, BMW, Porche ... kereta mewah yang terkumpul terutamanya di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa. Satu contoh yang ketara adalah Ferrari Enzo eksklusif (hanya terdapat 400 di seluruh dunia) yang telah dirampas oleh polis selepas berbulan di tempat letak kereta. Tetapi sudah tentu, ada yang mendapat manfaat daripada semua ini, kereta-kereta mewah yang dirampas akan di lelong dengan harga yang jauh lebih rendah daripada biasa; Ferrari Enzo berkenaan telah dilelong dengan harga $ 1 juta dan kereta-kereta mewah lain.













    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

5157. Kisah Pengasas AliBaba Dot Com.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Kisah Lelaki China Yang Hidup Susah Sebelum Begelar Billioanaire

    Lelaki ini pernah melalui saat hidup yang susah sejak dari kecil. Lahir dalam keluarga sederhana. Antara yang teruk dalam liku hidupnya adalah :

    1. Keputusan ujian matematik yang corot semasa di sekolah rendah menyebabkan ada sekolah yang tidak mahu menerima beliau sebagai pelajar.

    2. Pernah memohon kerja di KFC. Dari 24 calon yang hadir beliau satu-satunya yang gagal manakala 23 calon lagi ditawarkan bekerja dengan rangkaian restoran makanan segera ni.

    3. Pernah menghadiri 30 temuduga. Beliau gagal dalam kesemua temuduga itu dan tidak ditawarkan satu kerja pun.

    Halangan yang dilalui tidak pernah mematahkan semangatnya untuk maju. Sejak dari umur 12 hingga 20 tahun, beliau sanggup menunggang motor selama 40 minit untuk belajar bahasa Inggeris dengan cara bergaul dengan pelancong asing.

    Kesempatan bergaul dan belajar bahasa Inggeris selama 9 tahun dengan pelancong asing banyak mengubah pandangan beliau tentang hidup. Malah beliau percaya beliau berfikiran lebih global berbanding penduduk lain di negaranya.

    Akhirnya beliau memulakan kerjaya pertama beliau sebagai guru Bahasa Inggeris. Sewaktu bekerja di US, beliau mendapati tiada satu pun informasi berkenaan negaranya di internet. Penemuan ini membawa kepada usaha beliau untuk menubuhkan sebuah portal jualan di internet sebaik saja beliau kembali semula ke negara beliau.

    Dan kini portal jualan kepunyaan beliau sedang giat berusaha untuk mengatasi portal jual beli online popular eBay yang berpusat di US. Siapakah lelaki ini? Beliau adalah Jack Ma, pengasas AliBaba.com dan dikhabarkan kini sebagai jutawan terkaya di China. 
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

5156. Tanah Perkuburan Islam Di Austria.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Jom Lihat Tanah Perkuburan Islam Di Austria Yang Pasti Membuka Minda Anda

    Di bandar Altach, Vorarlberg, Austria sebuah perkuburan Islam dibina bagi kegunaan penganut beragama Islamnya. Tanah perkuburan merangkap tempat pengurusan jenazah muslim ini adalah rekaan jurubina Bernardo Bader. Tanah perkuburan seluasa 8400 meter persegi ini juga dilengkapi sebuah surau yang digunakan pelawat untuk beribadat dan melakukan solat jenazah kepada arwah,














    Sumber: (Dairishare.blogspot.com
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

5155. Islam tidak akan melakukan hal ini. Nauzubillah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Rahsia Yang Sangat Mengejutkan Tersembunyi Dalam Patung Buddha Ini

    Sebuah Muzium Drents yang berada di Belanda baru-baru ini menemui sebuah rahsia bahawa salah satu dari patung Buddha mereka telah menyembunyikan sesuatu yang amat mngejutkan:

    Sebuah patung dalam koleksi muzium tersebut tersembunyuinya satu jasad seorang rahib yang telah meninggal dunia sekitar tahun 1100 Masihi.

    Patung tersebut telah dibawa ke Pusat Perubatan Meander, di mana ianya di imbas menggunakan imbasan CT dan endoskopi, dan dikenal pasti oleh penyelidik mengandungi mayat mumia Buddha Liuquan daripada  Sekolah Meditasi Cina. Patung budha tersebut kini dibawa ke Hungary, dan akan dipamerkan di Hungarian Natural History Museum sehingga Mei 2015.


    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

5154. Kesalahan menuduh liwat juga termasuk dalam Jenayah Qazaf.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Menteri Agama Ditegur Tak Reti Bab Qazaf Pendakwah: Tuduh liwat tetap kesalahan qazaf


    Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kesalahan menuduh liwat juga termasuk dalam jenayah qazaf.

    Katanya, Jamil Khir perlu istiqamah dan membuat kenyataan yang selari dengan mazhab Shafie, seperti beberapa hukum yang disebut oleh menteri tersebut sebelum ini.

    “Dalam nas syariat, hukum qazaf liwat adalah sama dengan hukum qazaf zina, sepertimana yang telah difatwakan oleh majoriti ulama,” kata Wan Ji ketika dihubungi Malaysiakini.

    Beliau mengulas kenyataan Jamil Khir semalam yang meminta beliau meneliti dahulu peruntukan berhubung jenayah qazaf, sebelum membuat aduan seperti itu.

    Jamil bagaimanapun tidak menyatakan sekiranya kesalahan qazaf turut meliputi perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat.

    Mengulas perkara itu, Wan Ji berkata, MP Jerai itu seharusnya istiqamah dalam isu ini kerana beliau pernah mengatakan mazhab konsensus di Malaysia adalah mazhab Shafie.

    Beliau membangkitkan semula kenyataan Jamil Khir berhubung hukum orang Islam memegang anjing.

    “Jadi, jangan pula dalam isu sentuh anjing yang tidak boleh merobohkan pada penjagaan dasar maqasid syariah.

    “Datuk Seri Jamil Khir merujuk kepada mazhab Shafie, sedangkan dalam perkara yang melibatkan kehancuran pada maruah manusia yang merupakan salah satu dasar maqasid syariah dan boleh tersebar budaya fitnah,” katanya.

    Beliau turut memetik pandangan seorang ulama fekah, Ibn Hazm al-Zahiri yang berkata, qazaf liwat tetap merupakan satu bentuk kesalahan takzir.

    Wan Ji mengemukakan aduan ke atas kenyataan ketua pendakwaan dalam kes Liwat II, Tan Sri Shafee Abdullah yang didakwanya melakukan jenayah qazaf kerana membangkitkan pelakukan liwat di antara Anwar dan pengadu, Saiful Bukhari Azlan.
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

5153. Sesiapa yang melihat gambar ini, maka...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Kehebatan Tariq Bin Ziyad Menumpaskan King Roderick

    PESANAN TARIQ BIN ZIYAD KEPADA TENTERANYA - Berperanglah kerana Allah bukan kerana marah, takutlah kepada Allah jangan takut kepada musuh. Apabila masuk waktu solat, kerjakanlah ia, jangan meninggalkannya. Akhir sekali kita perlu yakin ajal maut kita hanya Tuhan yang menentukan.
    Sejarah penaklukan Andalusia atau Sepanyol oleh Sayidina Tariq bin Ziyad adalah antara bukti peranan sebuah kerajaan ajaib yang dipimpin secara ghaib oleh Baginda Rasulullah. Sayidina (Penghulu) Tariq bin Ziyad yang ditugaskan oleh Gabenor Mesir, Musa bin Nasir untuk menawan Andalusia atau Sepanyol. Dalam perlayaran beliau dari Mesir ke Sepanyol, beliau sentiasa merintih di dalam hati supaya didatangkan bantuan dari kerajaan ajaib, yang mana beliau merasakan yang diri beliau tidak akan mampu melaksanakan tanggungjawabnya itu.

    Maka berlakulah keajaiban bila beliau direzeki untuk beryaqazah dengan Rasulullah, yang juga bersama Baginda ialah para Sahabat yang dilihat lengkap berpakaian perang. “Teruskan perjuangan mu, wahai Tariq”, itulah kata2 keramat dari lidah mulia seorang Rasul kepada Tariq bin Ziyad. Selepas itu beliau melihat Rasulullah dengan para Sahabat sedang menuju ke Andalusia.

    Setelah sampai di Bukit Gibralta, maka Tariq bin Ziyad mengarahkan supaya dibakar semua kapal mereka. ”Wahai pahlawanku, ke mana kamu akan lari? Laut di belakangmu dan di hadapanmu adalah musuh. Samada kita menang atau mati syahid”, begitulah kata-kata Tariq bin Ziyad kepada tenteranya.

    Sejarah menukilkan bahawa Tariq bin Ziyad berjaya menumpaskan tentera Andalusia yang diketuai oleh King Roderick dengan tentera seramai 100 ribu, berbanding dengan tentera Tariq sekitar 7 ribu sahaja dan dibantu oleh tentera King Roderick yang berpaling tadah seramai 5 ribu orang. 

    Kemenangan diluar lojik akal.  
    Ya! Akal tidak boleh menghujahkannya.`Miraculous` atau ‘ajaib’, kata para orientalis yang mengkaji sejarah ini. Jelaslah faktor Tariq bin Ziyad boleh berhubung dengan Rasulullah, Sodiqul Masduq, “Benar Lagi Dibenarkan”, itu mampu memberikan kekuatan roh yang sangat luar biasa, sehingga tumbangnya sebuah kerajaan di bawah satu empayar yang hebat iaitu empayar Rom.

    Ada satu lagi peristiwa menarik yang diceritakan dalam sejarah bantuan Tuhan kepada Sayidina Tariq bin Ziyad, sebelum kedatangan beliau ke Andulusia. Tuhan takdirkan King Roderick telah melihat gambar Tariq bin Ziyad yang dilukis, diatas kulit binatang, di dalam sebuah istana lama. 

    Istana ini sebenarnya menjadi tempat larangan turun temurun di mana para pendita kristian, sebelum pemerintahan King Roderick melarang sesiapa sahaja dari mendekati istana lama itu. Larangan ini diingkari oleh King Roderick. Beliau merasakan tentu ada harta karun di dalam istana berkenaan. 

    Maka beliau pun mencerobohi istana tersebut tetapi didapati istana lama itu kosong, cuma ada sebuah bilik. Di dalam bilik tersebut, terdapat sebuah bekas dan apabila dibuka bekas itu, tersimpan satu kulit binatang. Jelas di atas kulit binatang tersebut adalah lakaran potret seorang yang berserban dengan menaiki kuda dan lengkap berpakaian perang. Apa yang lebih menakjubkan, di atas gambar berkenaan tertulis “Sesiapa yang melihat gambar ini, maka dia akan dikalahkan oleh orang ini dalam medan perangan”

    Bila peperangan berlaku King Roderick amat terkejut tatkala melihat wajah Sayidina Tariq bin Ziyad, serupa dengan gambar yang dilihat di atas kulit binatang sebelum ini. Peperangan yang bersejarah itu berlaku pada 19 Julai 711 Masehi. 

    Dengan hanya satu panahan dari Sayidina Tariq bin Ziyad, telah menjatuhkan King Roderick dan tentera beliau yang seramai 100 ribu orang itu bertempiaran lari, bila melihat ketua mereka, King Roderick tumbang di medan perang. 

    Sedangkan jumlah tentera Muslimin adalah jauh kecil berbanding bilangan tentera kristian. Berlakulah proses roh di mana, tentera Islam walaupun jumlahnya kecil dilihat oleh tentera musuh cukup gagah dan berwibawa dan Tuhan Allah-lah yang mencampakkan rasa gentar di dalam hati musuh-musuhNya. 

    Benarlah firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud, “Berapa banyak yang pernah terjadi, golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak, dengan izin Allah” Surah Al Baqarah ayat 249. 

    Allah-lah yang telah memenangkan mereka melalui kerajaan ajaib yang diketuai oleh Rasulullah, sebagaimana dilihat oleh Sayidina Tariq bin Ziyad di dalam yaqazahnya, bertemu Rasullullah.

    Begitulah “power” diberikan kepada mereka yang layak menerima pertolang Allah (Tuhan Yang Maha Penolong dan Yang Maha Pelindung) bantuan kerajaan ajaib, atas faktor rasa tak mampu dan berkat mereka memohon pertolongan dengan penuh rasa kehambaan kepada kerajaan ajaib, yang diketuai oleh Rasulullah. 

    Menjadi keyakinan pejuang-pejuang, hanya dengan bantuan Rasulullah sahajalah, Islam akan menang dan kemenangan yang diberikan akan selamat dan menyelamatkan.

    *Sumber dari www.kisahteladan.info

    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    من يدعوني فأستجيب له ، من يسألنيفأعطيه ، من يستغفرني فأغفر لهللصائم فرحتان : فرحة عند فطره و فرحة عند لقاء ربهثلاث لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطروالإمام العادل و المظلوم

Ahad, 22 Februari 2015

5152. Memperindah Akal dan Emosi Kerana Allah.

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

  • UNTUK SAUDARA-SAUDARAKU TERCINTA

    Saudara... 



    Berikut adalah secebis kata-kata dari sahabat dan ditujukan untuk diriku juga;

    Cubalah memaafkan apabila hati sudah terguris.. Lupakanlah yang hati kita pernah disakiti... Bertenanglah dan usahlah berdendam apabila diri dihina sedemikian rupa.. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuklah diri kita. Apakah kita jamin yang kita tidak pernah dan tidak akan membuat salah dan silap?

    Jika sesuatu perkara yang tidak diingini telah menimpa diri kita, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. 

    Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya.

    Bila orang buat salah dengan kita, selidiklah dahulu apakah dosa yang kita telah lakukan sebelum ini sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa "Aku memang patut dihukum!" dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita itu hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

    Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di Akhirat.

    Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah. BERSABARLAH DUHAI SAYANG....

    Aamiin... Ya Allah Ya Tuhan kami. 
    # In Syaa Allah bermanfaat untuk kita semua #


    Pautan: Author Topic: Sukarnya Mendidik Hati untuk Menerima Teguran..
    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15055.20
    Wassalamu.

    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n