Selasa, 10 Mac 2015

5194. Apa maksud "Menang tetapi kalah"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  


  • Buat renungan bersama...

    SETIAP ORANG ELOK BACA INI....."MENANG TAPI KALAH"

    Jika kamu peniaga:
    Kalau gaduh dengan pelanggan,
    Walaupun kita menang,
    Pelanggan tetap akan lari.

    Di tempat kamu bekerja:
    Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
    Walaupun kita menang,
    Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

    Kalau kita gaduh dengan boss,
    Walaupun kita menang,
    Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

    Dalam Famili:
    Kalau kita gaduh dengan keluarga,
    Walaupun kita menang,
    Hubungan kekeluargaan akan renggang.

    Kalau kamu murid/pelajar:
    Kalau kita gaduh dengan guru,
    Walaupun kita menang,
    Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

    Hubungan dengan rakan:
    Kalau gaduh dengan kawan,
    Walaupun kita menang,
    Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

    Hubungan rumah-tangga (Cinta selepas nikah): 
    (Couple korang punya pasallah - Hukum Allah tidak menghalalkan cara)
    Kalau gaduh dengan pasangan,
    Walaupun kita menang,
    Perasaan sayang pasti akan berkurangan.
    Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,  - Walaupun kita menang, - Kita tetap kalah...
    Yang menang cuma ego diri sendiri - yang susah mengalahkan ego diri sendiri..

    Renungan bersama....

    So... 

    Jangan jadi sampai begini:

    (Sebahagian sketsa kehidupan) 

    Awak dlu kan sya brsama awk sweet sangat2..

    awak tak da perasaan k ape..
    awak tak nak taw ke ape perasaan org yg betul2 syg kan awak..
    ambik berat pasal awak..
    marah awak bila awk buat benda yg dia tak suka..
    awak sakitkan hati dia,
    kecewakan dia,
    awak buat dia hampir menangis setiap ary
    sebab awak..
    awak hancur n musnahkan harapan dia..
    awak tau tak betapa seksa n sakitnya hati dia..
    tp dia still lg kata dia ok n dia tak ape2..
    betapa hancurnya hati dia saat itu..
    awak tau tak dia marah..

    merajuk or anything to semua bkn sbb dia nk awak pujuk dia k ape 
    tapi dia nk uji awak betul k yg awk betul2 syg n tahan dengan perangai dia..
    sedangkan awak dah janji susah senang bersama..
    dia tak mintak lbih pon selain kasih syg awak..
    dia just mintak awak tolong jangan hancurkan harapan dia n sakitkan hati dia 
    apabila dia betul2 nk awak berubah menjadi lebih yg baik dari dulu..
    dia sanggup buat ape saje demi awak..
    bg dia benda to semua kecil saje pertolongan nya..
    dia tak harap ape2 balasan pon dari awak..
    cukup lah awk hargai pengorbanan dia..
    cuba awak fikir perasaan dia bila awk abaikan dia..

    awk tipu dia..
    awk tak jujur dengan dia..
    di belakang dia awk still lyn pmpn lain walaupon awak dah janji untuk setia..
    sedangkan dia dengan awk tak pernah nk sorokkan satu cerita pon..
    dia sentiasa percaya kan awak..
    boleh tak awk fikir perasaan dia n hargai dia selagi ada..
    awk boleh tak jgn cuba ckp "aku lebih mkn garam dari kau"..
    cuba awk bayangkan bila dia tiba2 senyap dari hidup tanpa beritahu awk ape2..
    ape perasaan awak..
    mesti awk sunyikan..
    too la rasa perasaan dia time dengan awak dulu..
    luahan hati ni saya buat untuk awak..
    ikhlas dari hati saya..
    saya just nak awk hargai saya selagi saya ada bersama awak..
    saya harap awk paham ape disebalik maksud luahan hati saya ni..

    Sumber: (Dalam Hati Ada Taman: Rumahku Syurgaku/)
    Katanya...
    Sambil aku tekun membaca bait ke bait berikutnya hingga usai...


    mungkin sudah saatnya kita berpisah ...
    selama ini kita selalu bersama" .....
    terimakasih karna selama ini kmu ..
    selalu setia menemaniku ..
    Mungkin aku harus cari pegantimu
    . selamat tinggal ..
    sambil membuang
    sendalku yg telAh
    putus ke ....tong sampah (bayy..)..

    met siang all..

    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Uwais Al-Qarni : Terkenal di langit, tidak di bumi..

Dia seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang, kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. 



Hidup sezaman dengan Rasulullah tetapi mereka tidak pernah bersua muka kerana Uwais tinggal di Yaman. Kerap membaca al-Quran dan selalu menangis tatkala membacanya. Pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut. Satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakan sebagai selendang. 

Siapalah dia di mata manusia. Tidak banyak yang mengenalinya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara yang mentertawa dan mempermainkannya. Ada yang menuduhnya sebagai pencuri. Manusia mengumpat dan mencelanya kerana kemiskinannya. Uwais telah lama yatim, tiada sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua dan lumpuh.

Sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. 


Upah yang diterimanya hanya cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Jika ada wang lebih, Uwais gunakan bagi membantu jirannya yang juga hidup miskin sepertinya. Uwais al-Qarni memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad tiba ke negeri Yaman. Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mengurangkan ibadahnya walau sedikit. Dia tetap berpuasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya. 

Ramai tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad secara langsung. Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru pulang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Apatah lagi ibunya sakit dan perlu dirawat.

Hari berganti hari dan kerinduannya untuk bertemu Nabi tidak terbendung. Pada suatu hari Uwais meluahkan juga isi hatinya kepada ibunya dan memohon izin untuk menziarahi Nabi Muhammad di Madinah. Si ibu dengan rasa terharu, lantas meredhai pemergian Uwais dan berpesan agar segera pulang.  


Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar menemani ibunya selama mana dia pergi. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang 400km dari Yaman. 

Medan yang begitu panas diharunginya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam mahu pun padang pasir yang luas yang boleh menyesatkan. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras Baginda Nabi Muhammad yang selama ini dirinduinya. Namun setibanya Uwais al-Qarni di depan rumah Nabi, ‘Aisyah R.A memaklumkan bahawa Nabi berada di medan perang. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi Muhammad dari medan perang. 

Namun masih terngiang di telinga pesan ibunya agar cepat pulang ke Yaman. Atas ketaatan kepada ibunya, Dia akhirnya pulang dengan hati yang pilu setelah menitipkan salamnya untuk Nabi Muhammad.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi Muhammad terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Baginda menjelaskan bahawa Uwais adalah anak yang taat kepada ibunya. Walau tidak dikenali di dunia, namanya sangat terkenal di kalangan penghuni di langit sana. Mendengar perkataan Baginda Rasullullah, ‘Aisyah R.A dan para sahabat terpegun. Menurut ‘Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi Muhammad dan pemuda itu telah segera pulang ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit. 


Rasulullah bersabda: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”

Sesudah itu Rasulullah, memandang kepada Sayyidina Ali K.W dan Sayyidina Umar R.A dan bersabda: “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi.” (Nota: Riwayat Hadis - Pencerahan daripada tetamu blog amat dihargai) 

In Syaa Allah... Allah permudahkan urusan kita, Allah tolongi kita, Allah lindungi kita, Allah redhoi kehidupan kita, Allah berkati nyawa kita serta Allah rahmati jasad dan roh kita. Juga beroleh Syafaat Nabi Muhammad di Akhirat kelak.

Aamiin Allahumma Aamiin.
Wassalamu.

Tiada ulasan: