Khamis, 9 Julai 2015

5574. Tulin. Kebenaran itu pahit.


♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
*
Oh!.. Jadi betullah Najib ada akaun bank di AmBank Islamic tu? 
Pasukan petugas khas berkaitan isu 1MDB menjelaskan bahawa enam akaun bank yang dibekukan mereka tidak termasuk milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Berkaitan arahan pembekuan pada 6 Julai 2015 terhadap enam akaun bank, tiada akaun-akaun bank di AmBank Islamic dipegang oleh perdana menteri pada tarikh dibekukan itu kerana akaun-akaun bank itu sudah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015,” kata pasukan itu.

Pasukan petugas juga mengumumkan memperoleh dokumen bank berkaitan akaun-akaun itu. Pasukan itu juga menyebut bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan bahawa semua dokumen siasatan diterimanya disediakan oleh pasukan khas.

“Justeru, tiada isu peguam negara menggunakan dokumen yang disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) atau pihak lain,” kata pasukan itu lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Gani bersama Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Gani semalam sudah menjelaskan bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai Najib, tanpa menghuraikan lanjut.

WSJ melaporkan dakwaan terdapat pengaliran dana daripada syarikat berkaitan 1MDB ke akaun Najib bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion). 

Najib menafikan dan memulakan tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa berpengaruh itu lapor Malaysiakini

Hmm.. jadi betullah Najib ada akaun bank di AmBank Islamic tu.. patutlah dia tak nafikan langsung..

Link: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2015/07/oh-jadi-betullah-najib-ada-akaun-bank.html)

Jet Bawa Taib Mahmud Langgar Pesawat MASWings (Gambar) 
KUCHING: Sebuah jet yang membawa Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merempuh pesawat MASWings selepas mendarat di Lapangan Terbang Mukah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata sayap kiri jet yang dinaiki Taib merempuh bahagian depan pesawat MASWings berkenaan.

"Jet itu baharu sahaja mendarat dan sedang menuju ke terminal sebelum merempuh pesawat MASWings yang sedang parkir," katanya ketika dihubungi.

Bahagian depan pesawat MASWings didapati kemik manakala lampu di bahagian sayap kiri jet mengalami kerosakan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku pada pukul 4.42 petang itu.

Taib berada di Mukah untuk menghadiri majlis berbuka puasa. -mstar- 

Link: http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/07/jet-bawa-taib-mahmud-langgar-pesawat.html)

Bagi mengelakkan Najib dan 1MDB terus dipermain rakyat Malaysia.. SKMM keluarkan amaran ini? 
Semuanya bermula apabila admin Twitter Astro Awani @501Awani meminta follower nya membayangkan jika skandal 1MDB menjadi filem dan bertanya apakah tajuk yang sesuai..

Rentetan dari itu beratus-ratus individu yang memiliki akaun di laman Twitter dan menjadi 'follower' kepada Twitter Astro Awani membalasnya dengan pelbagai nama dan disertakan dengan gambar sekali.
Berbagai tajuk yang diberikan kebanyakkannya diubahsuai dari tajuk-tajuk filem yang popular..

Antara tajuk filem yang digunakan bersertag #1MDBMovies termasuklah “Honey I Shrunk The Ringgit” (Honey, I Shrunk The Kids), “The Wolf of Wall Street Journal” (The Wolf of Wall Street),

“Forty-two Billion Shades Of Debt” (Fifty Shades of Grey) dan “I Know What You Did Last Election” (I Know What You Did Last Summer).

Beberapa poster filem juga diubahsuai di bawah #1MDBMovies, seperti Martin Scorsese “The Wolf of Wall Street” yang menunjukkan gambar Najib bukannya Jordan Belfort dan tajuk ditukar menjadi, “The Wolf of Wall Street Journal”, beserta dengan rating 18+ yang mengatakan “Contains High Corruption” 
Poster filem lain yang turut diubah suai ialah “The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring” menampilkan Najib bukannya Frodo Baggins memerhatikan satu cincin ditangannya dengan tajuk  “The Lord of the Ringgits: The Fellowship of 1MDB”, disertakan dengan perkataan “The disappearance of RM42b”.
Dan berbagai tajuk lagi.. nak tahu tajuk apa lagi lihatlah  di SINI

#1MDBMovies itu tiba-tiba menjadi trending di laman Twitter berikutan ianya mendapat sambutan ramai..

Kemudiannya BBC News memetik dan menjadikannya laporan mereka.. 
Dipercayai bagi mengelakkan Najib terus dipermainkan oleh rakyat Malaysia dan seluruh dunia pula kali ini berikutan tersiarnya laporan mengenai #1MDBMovies itu pihak SKMM dengan pantas mengeluarkan amaran.. 

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan gambar-gambar yang telah diubah suai, berita yang tidak sahih atau sebarang spekulasi berhubung isu badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi laman sosial.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan berkata, adalah menjadi satu kesalahan apabila berkongsi atau menyebarkan kandungan sedemikian.

Link: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2015/07/bagi-mengelakkan-najib-dan-1mdb-terus.html)

Nazir Minta Maaf, Kenyataan Badlisyah Yang Bela Najib Akan Disiasat.

Ada perkara yang Najib buat dan benda tue buat Nazir bengang sangat-sangat. Seolah2 secara terbuka Nazir menyatakan kepada Najib, there's no way i will back up you bro. Let go your position or you will ruin yourself. U will have no my support. No.

Sebelum neh banker terkemuka, CEO CIMB Islamic, Badlisyah mendedahkan bahawa terdapat dua kesilapan dalam dokumen yang didedahkan oleh WSJ berkenaan aliran wang ke account Najib.


Pertama. Isu poskod. Which is hasil google aku mendapati point dia betul. Di New York mana ada poskod 4080.


Kedua. Isu SWIFT CODE. Yang neh tatau siapa yang berkata benar. CIMB pun tak buat penjelasan susulan. Sekadar berkata posting Badlisyah itu telah dibuang dan perkara tersebut melibatkan isu teknikal. Badlisyah tak sepatutnya berbuat demikian. Nazir Razak membuat permohonan maaf terbuka dan akan menjalankan siasatan ke atas Badlisyah.


Badlisyah backup Najib. Kritik WSJ.

Nazir minta maaf dan berkata akan siasat Badlisyah.

Nampak tak?

Selepas itu Badlisyah meminta maaf. Dan berkata analisa itu hanyalah untuk tujuan peribadi. Tapi p siar kat facebook?

Badlisyah tunduk atas tekanan Nazir?
Nazir takan bagi muka pada Najib.
Maka kesimpulannya, dua adik beradik yang bergaduh, ko jangan la masuk campur setan. Tak pasal2 ko yang kena. Dah ko kerja dengan CIMB kan. Mendapat la kau.

KAH KAH KAH 

Oke bercakap tentang SWIFT CODE. Yang neh aku ada pengalaman sikit. Bila seseorang nak transfer duit ke aku, aku kena isi SWIFT CODE tersebut berdasarkan rujukan bank.


So, pendapat aku, kalau nak pastikan samada SWIFT CODE yang terpapar itu benar atau tidak, mula2 check ;


- Negara penerima 


- Bank penerima


- Negara penghantar


- Bank penghantar


Tarikh dan tahun juga memainkan peranan. Mana la tahu kot2 code SWIFT dah bertukar ke dalam jangka masa tertentu.


Dan dari situ baru boleh sahkan samada penyebaran WSJ itu benar mahupun palsu.


Apa2 pun setakat neh, Najib belum lagi menafikan 3 perkara penting.


Pertama. No2 account yang terdedah milik dia atau bukan.


Kedua. Menafikan wang2 tersebut masuk ke dalam acc dia atau tidak.


Ketiga. Penyebaran dokumen tersebut palsu atau tidak.

Yang kata palsu tue orang lain. Bukan geng2 PMO.
Yang Najib sebut berulang kali. Saya tak guna dana 1MDB untuk tujuan peribadi. Itu saja. So faham2 la. Kenapa rakyat dok berspekulasi je.

Kbai.
Link: http://www.amenoworld.net/2015/07/nazir-minta-maaf-kenyataan-badlisyah.html)
Hard grind to unravel MH370 mystery
  (¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya mati
dan 
kepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Iman
kita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk. 

Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
*

Oh!.. Jadi betullah Najib ada akaun bank di AmBank Islamic tu?

Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 29 minit yang lalu
Pasukan petugas khas berkaitan isu 1MDB menjelaskan bahawa enam akaun bank yang dibekukan mereka tidak termasuk milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. “Berkaitan arahan pembekuan pada 6 Julai 2015 terhadap enam akaun bank, tiada akaun-akaun bank di AmBank Islamic dipegang oleh perdana menteri pada tarikh dibekukan itu kerana akaun-akaun bank itu sudah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015,” kata pasukan itu. Pasukan petugas juga mengumumkan memperoleh dokumen bank berkaitan akaun-akaun itu. Pasukan itu juga menyebut bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegas... lagi »

Tiada ulasan: