Jumaat, 17 Julai 2015

5634. Kisah di sebalik tirai kamar kehidupan.


♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“” 
“Detik Masa Detak Rasa.”

Satu masa dulu kami baru punya kereta, dalam perjalanan itu, tiba-tiba berjuraian air mata isteriku semasa hayatnya. “Kenapa yggg?” Tanyaku. “Sedih sayu, melihat sepasang suami isteri, anak kecil di tengah-tengah bermotosikal meredah hujan.” Jawapannya yang turut menyesakan dadaku dan perasaan ini sama-sama dikongsikan, rasa penuh keinsafan. Ironinya perjalanan mereka sama dengan perjalanan kami sewaktu dulu, di jalan raya yang sama dan dalam keadaan hujan. Kami sama-sama berdoa Allah permudahkan dan perkukuhkan Iman keluarga itu dan keluarga kami. Aamiin.

Sama-sama teringat kisah sendiri sebelumnya sewaktu bermotosikal. Pernah begitu, waktu hayatnya isteriku mengandungkan anak kedua kami dan anak sulung kami di tengah-tengah. Dalam perjalanan itu kami juga di timpa hujan. Singgah di Masjid dan lakukan Solat Sunat Masjid dan Solat Fardhu. Allahu Akbar Sesungguhnya Allah menyamakan doa kami suami isteri di sketsa doa sendirian selepas berdoa secara bersama. Alhamdulillah Allah makbulkan doa dan niat kami kemudiannya.

Baru sebentar tadi anak kedua kami call di perantauan.
Aamiin Ya Allah Ya Tuhan kami.

Al Fatihah:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Jumaat 1 Syawal 1436/17 Julai 2015. 

Cinta Sejati Seorang Ibu Terhadap Anak-Anaknya | KISAH NYATA KISAH BENAR


Cinta Sejati Seorang Ibu Terhadap Anak-Anaknya | KISAH NYATA KISAH BENAR | Dia seorang wanita yang sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita masih muda.


Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang sekitarnya. Maklumlah ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa binti Amru demikianlah nama wanita itu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr: “Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada si Sakhr, malang.

Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat.

Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.” Setelah Khansa masuk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakannya untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya telah diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian kesemua puteranya itu telah diserahkannya untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam.Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua umat Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan mara ke medan perang:

“Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan suka rela pula. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu tentang pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa.”

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imaran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga kamu menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.

Seterusnya Khansa berkata: “Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah, dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh-musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapatkan balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal.”

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satupun bermula sampai dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah.

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikitpun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang di antara mereka bersyair: “Hai saudara-saudaraku! 

Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat.

Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah.

Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi.” Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair: “Demi Allah! 

Kami tidak akan melanggar nasihat ibu tua kami 

Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati 

Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh bersama-sama 

Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah. 

Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya sambil bersyair: 

“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas dan tidak goncang. 

Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang 

Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri 

Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri 

Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati.

Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.” Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair: “Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan 

Dan bukan pula kerana Amru yang pujiannya sudah lama terkenal, 

Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku.” Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat ibondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau bilau kerana pihak Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera pejalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi lainnya. Mereka jadi mangsa gajah sendiri. Kesempatan ini dipergunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka.

Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya merekapun lari lintang pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syhuhada itu terbujur empat orang adik beradik anak Khansa.

Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan: “Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan kesyahidan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengar mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!” Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat putera-puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid.

Sa’ad bin Mu’adz | Kewafatannya Menggegarkan ‘Arasy Allah


Sa’ad bin Mu’adz | Kewafatannya Menggegarkan ‘Arasy AllahSa’ad bin Mu’adz adalah salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari kalangan kaum Ansar di Madinah yang menyintai dirinya berada dalam medan jihad.

Jabir bin Abdullah pernah meriwayatkan ketika kewafatan Sa’ad bin Mu’adz, dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“Jenazah Sa’ad bin Mu’adz berada di antara mereka (para Malaikat) membuat ‘Arasy Ar-Rahman bergegar.”

(Sahih Bukhari, no. 3519, Sahih Muslim, no. 4511, no. 4512, Sunan At-Tirmidzi, no. 3783, hasan sahih)

Aisyah, Ummul Mukminin radhiallahu ‘anha menceritakan: “Sa’ad bin Mu’adz mendapatkan luka parah pada perang Khandaq kerana panahan dari seorang Quraisy bernama Hibban bin Ariqah. Dia memanahnya tepat mengenai urat bahu Sa’ad. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam membuatkan khemah dekat masjid supaya mudah menjenguknya. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pulang dari perang Khandaq, beliau meletakkan senjata lalu mandi. Kemudian Malaikat Jibril ‘alaihissalam datang menemui beliau sambil mengibaskan debu dari kepalanya lalu berkata: “Apakah anda hendak meletakkan senjata? Demi Allah, kami tidak akan meletakkannya. Keluarlah anda (untuk menyerbu) mereka.” Beliau bertanya: “Ke mana?” Jibril ‘alaihissalam memberi isyarat (untuk menyerbu) Bani Quraizah (kerana pengkhianatan mereka). Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berangkat untuk menyerbu mereka. Akhirnya Bani Quraizah sepakat tunduk pada hukum beliau. Namun beliau menyerahkannya kepada Sa’ad.” (Sahih Bukhari, no. 3813)

Abu Sa’id Al Khudri radhiallahu ‘anhu pula menceritakan: “Tatkala Bani Quraizah setuju dengan ketetapan hukum yang akan diputuskan oleh Sa’ad, ketika itu aku berada dekat dengan Rasulullah. Lantas Sa’ad bin Mu’adz datang dengan menunggang keldai. Ketika sudah dekat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berdirilah kalian untuk menjemput pemimpin kalian.” Sa’ad pun tiba dan duduk dekat dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau bersabda kepadanya: “Sesungguhnya mereka setuju dengan keputusan yang akan kamu putuskan.” Sa’ad berkata: “Aku putuskan agar para tentera perang mereka dibunuh (qisas) dan anak-anak mereka dijadikan tawanan.” Maka beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sungguh kamu telah memutuskan hukum kepada mereka dengan hukum Allah (Raja segala raja).” (Sahih Bukhari, no. 2816, no. 3520, Musnad Ahmad, no. 11252)

Aisyah radhiallahu ‘anha berkata bahawa Sa’ad bin Mua’adz telah berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa tidak ada yang lebih aku cintai untuk berjihad (berperang) di jalan-Mu selain memerangi kaum yang mendustakan Rasul-Mu shallallahu ‘alaihi wasallam yang telah mengusir beliau. Ya Allah, aku mengira bahawa Engkau telah menghentikan perang antara kami dan mereka. Seandainya masih ada perang melawan Quraisy, panjangkanlah umurku supaya aku dapat berjihad melawan mereka di jalan-Mu. Sekiranya memang benar Engkau telah menghentikan perang, pancutkanlah lukaku ini dan matikanlah aku kerananya.” Maka memancutlah darah dari dadanya. Dan tidak ada yang menghairankan mereka ketika di masjid di dalam khemah Bani Ghifar kecuali darah yang mengalir. Mereka berkata: “Wahai penghuni khemah, apakah yang datang kepada kami ini (darah) dari arah kalian?” Ternyata luka Sa’ad menyemburkan darah lalu dia meninggal kerana lukanya itu. Semoga Allah meredhainya.” (Sahih Bukhari, no. 3813)

Ada beberapa riwayat telah datang menceritakan mengenai kewafatan Sa’ad bin Mu’adz, antaranya:

Dari Jabir radhiallahu ‘anhu, dia berkata: “Jibril ‘alaihissalam menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu bertanya: “Siapakah hamba soleh yang wafat sehingga pintu-pintu langit terbuka untuknya dan ‘Arasy bergetar?” Nabi kemudian keluar, ternyata Sa’ad bin Mu’adz telah wafat.” (Riwayat Al-Baihaqi)

Sa’ad bin Abi Waqqas radhiallahu ‘anhu, dia berkata: “Ketika Sa’ad bin Mu’adz wafat setelah perang Khandaq, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tergesa-gesa keluar, hingga memutuskan tali sandal seseorang dan tidak membetulkannya, tidak melilitkan kembali selendangnya yang terurai, dan tidak menyapa seorang pun.

Orang-orang bertanya: “Ya Rasulullah, mengapa engkau mengabaikan kami?” Beliau menjawab: “Aku khuatir malaikat mendahului kita untuk memandikan jenazah Sa’ad bin Mu’adz, seperti halnya dia mendahului kita memandikan jenazah Hanzhalah.” (Riwayat Abu Na’im)

Dari Muslimah bin Aslam bin Harisy, dia berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memasuki rumah Sa’ad bin Mu’adz, tetapi tak ada seorang pun di dalamnya kecuali (jenazah) Sa’ad yang ditutupi kain. Kemudian aku melihat beliau melangkah dan memberi isyarat kepadaku agar berhenti. Aku berhenti dan mundur ke belakang, beliau duduk sebentar lalu keluar.

Aku berkata: “Ya Rasulullah, aku tidak melihat seorang pun di sana, namun aku melihatmu melangkah (dengan perlahan).” Beliau menjawab: “Aku tidak boleh duduk, hingga salah satu malaikat melepaskan salah satu sayapnya.” (Riwayat Ibnu Sa’ad)

Dari Asy’at bin Ishaq bin Sa’ad bin Abi Waqqas, dia berkata: “Ketika Sa’ad bin Mu’adz wafat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menggenggam kedua lutut Sa’ad lalu berkata: “Malaikat masuk, tetapi tidak mendapatkan tempat duduk, maka aku lapangkan tempat untuknya.” Ketika orang-orang mengusung jenazah Sa’ad bin Mu’adz yang pada masa hidupnya dia adalah orang yang paling besar dan tinggi, salah seorang munafik berkata: “Kami belum pernah mengusung jenazah yang lebih ringan daripada hari ini.” Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersaada: “Jenazah Sa’ad bin Mu’adz disaksikan tujuh puluh ribu malaikat yang tidak menginjak bumi sama sekali.” (Riwayat Abu Na’im)

Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Ketika perang Ahzab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang Sa’ad bin Mu’adz: “Sa’ad telah menggoncangkan ‘Arasy, dan jenazahnya dihantar tujuh puluh ribu malaikat.” (Riwayat Al-Baihaqi)

Dari Mahmud bin Lubaid, dia berkata: “Ketika mengusung jenazah Sa’ad bin Mu’adz, orang-orang mengatakan: “Ya Rasulullah, kami belum pernah mengusung jenazah yang lebih ringan daripada ini.” Beliau menjelaskan: “Kalian merasa ringan, kerana malaikat telah turun tangan, padahal sebelumnya mereka belum pernah ikut mengusung jenazah bersama-sama kalian.” (Riwayat Ibnu Sa’ad)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri, dia berkata: “Aku ikut menghadiri pemakaman Sa’ad bin Mu’adz, setiap kali kami menggali sebongkah tanah kuburnya, kami mencium harum minyak wangi.” (Riwayat Ibnu Sa’ad)

Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu pernah bercerita: “Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam dihadiahkan baju jubah terbuat dari sutera nipis padahal sebelumnya beliau pernah melarang memakai sutera. Lalu orang-orang pun menjadi kagum kerananya. Maka beliau bersabda: “Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sungguh sapu tangan Sa’ad bin Mu’adz di syurga lebih baik daripada ini.” (Sahih Bukhari, no. 3009, Sahih Muslim, no. 4515, Sunan At-Tirmidzi, no. 3782, hasan sahih, Musnad Ahmad, no. 12916)

Begitu mulia layanan Allah terhadap mereka yang berjihad menegakkan agama Allah, hingga dimuliakan di dunia lagi.

Wallahu a’lam bissawab…

Anda mungkin juga meminati:
*

Desa Nanjiawan, di selatan-barat China dikenali sebagai Kampung Api Ghaib. Udara di sana begitu pekat dengan gas metana yang dengan hanya satu percikan api boleh mencetuskan kebakaran besar. Warga desa telah belajar untuk hidup dengan memanfaatkan gas metana, tetapi mereka juga sangat berhati-hati ketika bekerja, supaya tidak memulakan kebakaran tanpa sengaja.

Gas metana di udara desa ini sebenarnya berasal dari tanah - ianya merembes keluar dari tanah, menyebabkan udara secara rawak meletup menjadi bola api. Kepekatan gas yang begitu tinggi bahawa tidak seorangpun di desa pernah berani menyalakan rokok atau menggunakan peralatan elektrik. Mereka harus berhati-hati apabila bekerja di ladang juga, kerana alat logam mereka boleh membuat percikan api jika terkena hentaman batu.



Sumber: http://dairishare.blogspot.com/2015/07/dengan-hanya-sebatang-rokok-kampung-ini.html.

Video klip Anwar ucap Selamat Hari Raya dari tirai besi 
Meskipun berada di belakang tirai besi, pengguna media sosial berpeluang mengikuti ucapan dan amanat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena sambutan Aidilfitri yang disampaikan menerusi video yang menyentuh hati.

Video berdurasi hampir empat minit itu dibahagikan kepada tiga segmen iaitu sajak nukilan Anwar, lagu yang dinyanyikan Nik Jidan daripada kumpulan BangsArt dan lirik oleh aktivis Hishamuddin Rais serta amanat ringkas bekas ketua pembangkang itu.

Rentetan perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa, Reformasi 1998, pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan keputusan penghakiman Liwat II turut diabadikan menerusi lagu yang disampaikan.

Anwar menerusi sajaknya berkata, walaupun beliau kini dipenjarakan, namun isu semasa seperrti permasalahan pemimpin negara dan keluh kesah rakyat masih didengarinya.

Katanya, penghujung Ramadan dijadikan peluang terbaik untuk bermunajat kepada Allah walaupun berdepan suasana kemarau di penjara.

"Saya kini kembali menerkam dalam kenangan jerejak besi. Keheningan sendirian dan panas musim kemarau namun dimanfaatkan seluasnya untuk bermunajat di akhir Ramadan.

"Masih terdengar suara mendesir di luar sana. Penguasa bergelut soal dana, harta dan kemewahan.

"Rakyat bergelut kenaikan harga barang dan kesempitan hidup," kata Anwar menerusi sajak yang dimuatkan dalam video itu.

Hishamuddin berkata, video yang proses pembikinannya memakan masa tiga hari, berjaya disiapkan hari ini dan terus dimuat naik ke laman sosial YouTube. (https://www.youtube.com/watch?v=r52h6yvChBU&feature=player_embedded)

Katanya, video itu diterbitkan kerana ia merupakan medium paling mudah untuk menyampaikan ucapan Aidilfitri Anwar kepada semua umat Islam dan kaum di Malaysia.

"Sajak itu ditulis pada Selasa. Kami dapat ucapan dahulu dan kami diberitahu sajak akan sampai kemudian.

"Daripada sajak dan ucapan itu kami mengorganisasikan bayangan dalam penjara," katanya yang mendapat bahan berkenaan daripada salah seorang peguam Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang merupakan anak sulung kepada bekas timbalan perdana menteri itu berkata, video yang diterbitkan Hishamuddin itu mengundang rasa terharu mereka sekeluarga.

Katanya, video berkenaan jelas menunjukkan perjuangan Anwar bukanlah sesuatu yang baru bermula tetapi sudah digerakkan sejak zaman kebangkitan mahasiswa pada 1970an.

"Sentuhan Hishamuddin itu tak dapat dinafikan dan menambah keunikan kepada video tersebut.

"Sempena Aidilfitri, saya menjemput teman dan rakyat Malaysia menonton klip video serta mendoakan kesejahteraan beliau dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

"Malam ini kami bercadang takbir hari raya di luar penjara. Kami tak dijanjikan pertemuan dengan beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nurul Izzah berkata mereka sekeluarga hanya dapat bertemu Anwar untuk Aidilfitri ini pada Hari Raya keenam dan beliau menyifatkannya sekatan buruk berbanding apa yang dikenakan zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kalah zaman Dr Mahathir. Semasa zaman beliau, kami dapat bertemu raya kedua. Sekarang zaman Najib jatuh hari keenam.

"Amat mengecewakan sekali tetapi kami akan terus bersabar dan mendukung gesaan PKR untuk tidak menghadiri sebarang majlis hari raya bersama BN," katanya.
– 16 Julai, 2015.

  • Sedihnya Tengok. Betul la kata Orang kita Kena Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

    Sedihnya tengok.Betul la kata org kita kena bersyukur dengan apa yang ada walaupun berkereta kancil.. kesian, moga selamat sampai destinasi yang ditujui. Kalau kita dalam keadaan sebegini macam mana ya.. kita haruns menginsafi diri kita dan redo serta banyakkan bersedekah kepada orang yang memerlukan kita sama sama berdoa semoga keluarga ini ..mendapat kehidupan yang lebih baik. Apapun
    Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
    Sumber: http://kachipemas.blogspot.com/2015/07/sedihnya-tengokbetul-la-kata-orang-kita.html ?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ApaKhabarOrangKampung+%28Apa+Khabar+Orang+Kampung%29.

    Thursday, July 16, 2015

    25 Ramadhan Dalam Lintasan Sejarah


    Tarikh 25 Ramadhan tahun 463 Hijriyah atau bertepatan dengan 1070 Masehi menjadi saksi sejarah kemenangan umat Islam yang dipimpin oleh Alp Arsalan merebut kota Malazgirt (Turki moden) dari tangan Empayar Byzantine yang dipimpin oleh Maharaja Romanos IV Diogenes.

    Mempunyai nama lengkap Muhammad bin Daud Chagir, sultan kedua dari bani Seljuk ini dengan gagah berani mengalahkan pasukan Binzantium yang berjumlah antara 200-400 ribu pasukan, menurut JFC Fuller.

    Menghadapi pasukan musuh yang lebih banyak, Alp Arsalan yang bermakna singa yang gagah berani menggunakan taktik hit and run untuk memancing pasukan musuh selama pertempuran yang berlangsung.

    Taktik ini berjaya dengan baik ketika kegelapan mulai menyelimuti kawasan Malazgirt. Maharaja Romanos IV yang sudah dilanda keraguan untuk maju terus ke depan menghadapi pasukan Muslimin yang terus lari dan bersembunyi, atau kembali ke kemah tanpa halangan mustahil.

    Strategi ini yang diterapkan Alp berjaya setelah Maharaja Romanos IV memerintahkan pasukannya untuk kembali ke kemah dan meneruskan usahanya memerangi pasukan Muslimin keesokan harinya.

    Pasukan Seljuk dengan tangkas mengejar pasukan Romawi, dan ketika pasukan Seljuq sudah mendekati pasukan Romawi, Maharaja Romanus segera memerintahkan pasukannya untuk berbalik dan menghadapi mereka.

    Namun hanya ada pasukan yang berada di dekatnya yang menanggapi perintah tersebut, sementara pasukan garis belakang tidak bertindak balas kerana tidak adanya kabar dari garis depan.

    Dengan gagah berani Romanus dan pasukan garis depan yang berjumlah sedikit menghadapi pasukan Seljuq. Pasukan Romanus melawan dengan keras, namun Allah Subhanahu Wata'ala menolong kaum muslimin dengan berjaya menawan Maharaja Romanus IV, yang kelak menjadi besan Sultan Alp Arsalan.

    Pertempuran Manzikert memainkan peranan penting dalam kehancuran Bizantium dan membuka jalan bagi Sultan Mehmet II atau yang dikenal sebagai Muhammad Al Fatih untuk menakluki ibu kota Konstantinopel selepas 300 tahun kemudian.

    Tercatat 10 tahun selepas kemenangan umat Muslim di perang ini, Bani Seljuk yang dipimpin oleh Alp Arsalan bertolak dari bandar ini merebut kota Nicaea yang berada di tepi Selat Bosporus, seberang Konstantinopel, Ibu kota Empayar Byzantine.

    *sumber eramuslim.com
    Sumber: http://detikislam.blogspot.com/2015/07/25-ramadhan-dalam-lintasan-sejarah.html ?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FUHQdyX+%28Detik+Islam%29#.


    Jom Lihat Proses Memisahkan Emas Dalam Komputer Lama
    Ramai yang sedia maklum bahawa emas (Aurum, Au) digunakan secara meluas dalam industri pembuatan terutama elektronik dan komputer kerana kebolehannya sebagai konduktor haba dan elektrik yang baik serta menentang pengoksidaan. Emas kebiasaannya dijumpai dalam banyak peralatan komputer seperti pemproses (processor), papan ibu (motherboard), kad memori, dan peranti tambahan yang lain.

    Jika anda perasan, ramai yang menawarkan perkhidmatan membeli peralatan elektronik lusuh seperti komputer atau dekoder Astro. Tujuannya adalah untuk mendapatkan emas yang wujud di dalam peralatan tersebut. Walaubagaimanapun, langkah mendapatkan emas daripada barang-barang ini tidaklah semudah yang dijangka.

    Tom’s Hardware mendedahkan 18 langkah untuk mendapatkan emas daripada barangan komputer terpakai.

    Hanya pin berwarna emas dikeluarkan menggunakan playar.
    Pelbagai bahan kimia digunakan seperti asid sulfurik, chlorine bleach (sodium hypochlorite) dan sodium metabisulfite.












    Emas tulen 0.5595 gram

    Nah, ekstrak daripada puluhan keping motherboard akhirnya memberikan anda emas tulen seberat 0.5595 gram yang bernilai USD25. Walaupun dilihat tidak berbaloi dengan usaha yang dilakukan, tetapi anda sebenarnya boleh mendapat sesuatu daripada barangan terbuang. Dalam industri, skala proses adalah lebih besar bermakna lebih banyak emas diperolehi. Anda boleh lihat proses langkah demi langkah jika anda berminat untuk mengekstrak emas daripada barangan elektronik terbuang.
    Sumber: http://dairishare.blogspot.com/2015/07/jom-lihat-proses-memisahkan-emas-dalam.html.

    Perang Teluk: Air Mata Bohong Gadis Bernama Nayirah 
     
    BULAN Ogos 1990, Iraq mengerahkan kekuatan militernya untuk menggempur Kuwait. Saddam Hussein menuduh Kuwait melakukan pemboran minyak ke wilayah negaranya.

    Tarikh 10 Oktober 1990, seluruh dunia berpaling pada seorang gadis berusia lima belas tahun bernama Nayirah. Ia menangis apabila bercakap mengenai kejahatan yang dilakukan tentera Iraq.

    Nayirah bertutur bahawa ia menyaksikan pembunuhan lebih dari 300 bayi di rumah sakit di Kuwait. Pidato dramatisnya di ABC 's Nightline dan NBC Nightly News menyentuh hati jutaan penonton dan berjaya mendapatkan sokongan luar biasa bagi penglibatan Amerika dalam konflik ini. Maka pecahlah Perang Teluk.

    Iraq remuk ditekan hebat oleh negara-negara sekutu pimpinan Amerika.

    Ketika perang selesai, seseorang mengamati lebih dekat siapakah Nayirah. Jelas, gadis yang menangis di depan jutaan penonton adalah putri Sheikh Saud Nasser Al-Saud Al-Sabah, Duta Besar Kuwait untuk Amerika Syarikat dan termasuk anggota keluarga kerajaan.

    Nayirah ternyata sudah belajar akting di Hill & Knowlton. Boss syarikat itu menandatangani kontrak 111 bilion dengan keluarga kerajaan Kuwait. 

    Tugasnya mudah, Nayirah harus bisa berakting memujuk tentera Amerika untuk mengambil tindakan terhadap Iraq dengan uraian air matanya. Nayirah telah berbohong.

    *sumber islampos.com

    Sumber: http://detikislam.blogspot.com/2015/07/perang-teluk-air-mata-bohong-gadis.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FUHQdyX+%28Detik+Islam%29.

    Kurang ajar, tenggelam, tak terima kalah, agen DAP, khianat, langgar baiah, kurang ajar.

    Kita belajar kosa kata bulan Ramadhan dan juga frasa menarik bulan Sawal ini. H A M P I R kesemua pimpinan tertinggi baru PAS, masing-masing telah mengeluarkan kenyataan negatif perihal #harapanbaru. 
    Antara frasa menarik itu.

    i.Tuan Guru Hj Hadi (tenggelam, boleh dipecat)
    ii.Ustaz Tuan Ibrahim (tak terima kalah)
    iii.Ustaz Dr Mahfodz (letak jawatan MP, ADUN)
    iv. Datuk Mustapha Ali (agen DAP)
    v.Ustaz Nasrudin (pengkhianat)
    vi. Ustaz Idris (langgar bai'ah)
    vii.Ustaz Dr Zuhdi (Islam liberal)
    viii.Ustaz Zaharuddin (kurang ajar)

    SYABAS dan tahniah #harapanbaru.
    Sumber: http://sisibukit.blogspot.com/2015/07/kurang-ajar-tenggelam-tak-terima-kalah.html.

    10 Pembunuhan Kejam Di Malaysia Sehingga Kini Tidak Selesai
    Written By canang on Jumaat, 17 Julai 2015 | 7/17/2015 10:22:00 PG 


    Bukan kat luar negara je ade

    Selalu tengok fakta macamni kes-kes kat luar negara je ade, tetapi skang Malaysia pun dah ade. Lepas ni mungkin jadi 11 fakta kot lepas tambah misteri MH370. Mari kita tengok 10 fakta misteri tersebut.
    10: Kematian Ratu Cantik 
    Jean Perrera Sinappa merupakan bekas ratu cantik di mana suaminya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Tetapi 4 bulan kemudian iaitu pada 6 April 1979, dia dijumpai mati di dalam kereta di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur. Bekas teman lelaki yang juga abang iparnya, Karthigesu dijumpai tidak sedarkan diri di tepi jalan luar kereta tersebut. Apabila Karthigesu sedar di hospital, dia mengadu dipukul di bahagian kepala dari arah belakang.

    Keputusan mahkamah mendapati Karthigesu didapati bersalah membunuh Jean dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Pihak pendakwaan mengemukakan kes di mana Karthigesu dilihat cemburu apabila mendapati Jean mempunyai hubungi sulit dengan doktor dari Sri Lanka, Dr Narada Warnasurya. Bagaimanapun, Karthigesu dibebaskan dua tahun selepas rayuannya diluluskan di Mahkamah Rayuan.

    9: Mana Anak Saya?
    Beberapa tahun lalu, berita tentang kehilangan kanak-kanak menjadi berita utama di media tempatan. Bagaimanapun, kisah kematian Sharlinie Mohd Nashar lama dimainkan media sebelum ia menjadi suram.

    Pada 9 Januari 2008, Sharlinie, 5, bermain di taman permainan di kawasan rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya bersama kakaknya sebelum dia didapati hilang. Masyarakat mula memandang serius laporan tersebut apabila wujud watak ‘lelaki kucing’ setelah suspek dikatakan meminta mangsa mencari kucingnya yang hilang.vKehilangan Sharlinie terus menjadi isu hangat dalam media tempatan apabila kes itu timbul ketika kes kehilangan Nurin Jazlin Jazimin masih lagi panas.

    Polis yang meneruskan siasatan dilihat semakin ‘dingin’ dan kehilangannya masih lagi tidak diketahui hingga ke hari ini.

    8: Kematian Gadis Yang Merobek Jutaan Hati
    20 Ogos 2007, Nurin Jazlin Jazimin, 8, telah pergi ke sebuah pasaraya berdekatan rumahnya untuk membeli klip rambut sebelum di dilaporkan hilang. Saksi kejadian berkata dia diculik dan dibawa masuk ke dalam sebuah van berwarna putih di Wangsa Maju. Kehilangan gadis itu mendapat liputan media yang luar biasa hinggakan nama dan mukanya boleh dikatakan tersemat di fikiran setiap rakyat Malaysia pada ketika itu. Ratapan sedih keluarga yang mengharapkan dia pulang ke pangkuan keluarga telah menyentuh hati ramai pihak di mana rakyat Malaysia terus memanjatkan doa supaya dia pulang dengan selamat.

    Sebulan selepas itu, seorang kanak-kanak dijumpai mati dalam keadaan berbogel di dalam sebuah beg gim di Petaling Jaya. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah memberi sedikit sebanyak maklumat berkenaan suspek yang membuang beg tersebut. Keluarga Nurin gagal untuk membuat pengecaman mayat akibat kecederaan teruk yang dialami mangsa. Namun, ujian DNA mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin, kepada pasangan tersebut. Seorang wanita Indonesia kemudiannya ditahan berkenaan kes tersebut tetapi kes itu masih belum diselesaikan.

    7: Apabila Keseronokan Bertukar Kematian
    Norita Samsuddin, 22, merupakan seorang anak gadis yang berasal dari negeri utara tanah air yang mencuba nasib di kota raya, Kuala Lumpur. Mempunyai susuk tubuh yang menarik, dia dikatakan menerima beberapa tawaran sebagai peragawati namun menolaknya apabila dia ketika itu bekerja sebagai eksekutif pemasaran di Transpro Sdn Bhd sebelum dia dijumpai mati.

    5 Disember 2003, Norita dijumpai mati di dalam bilik di sebuah pangsapuri mewah di Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Mangsa dijumpai dalam keadaan berbogel dan tangannya diikat menggunakan baju dalam dan beberapa wayar. Tiada sebarang tanda dia dicederakan kecuali kesan cekik di lehernya dan beberapa cebisan baju di dalam mulutnya. Jurutera, Hanif Basri kemudiannya ditahan dan dituduh membunuh mangsa. Hanif dipercayai orang terakhir yang menjumpai Norita pada malam tersebut dan pihak pendakwaan cuba membuktikan dia adalah orang terakhir menjumpai mangsa ketika mangsa masih hidup.

    Bagaimanapun, semasa perbicaraan berlangsung, dipercayai ada orang lain telah melawat Norita selepas Hanif. Pertuduhan terhadap Hanif dilihat terlalu lemah. Hanif dibebaskan selepas timbulnya teori konspirasi berkaitan kehidupan sosial Norita selama ini. Mungkin segala yang benar telah dikuburkan bersama Norita.

    6: Benarkah Pelayan Yang Melakukannya?
    Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Negeri Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar dijumpai mati di dalam sebuah bilik hotel di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu pada 11 Februari 2004. Norjan dijumpai mati terbaring dalam keadaan lengkap berbaju di tepi katil dengan beberapa kesan tikaman kecil di bahagian leher dan muka beliau. Polis pada mulanya mengesyaki motif cemburu sebagai punca utama kematian tersebut tetapi menukar kepada motif rompakan walaupun tiada barang yang hilang di dalam biliknya.

    Penyiasatan membawa kepada penangkapan seorang pelayan, Azman Bakar di mana polis percaya suspek cemburu melihat Norjan bersama lelaki lain. Ketika sidang penghakiman, seorang saksi telah membawa seorang ahli perniagaan Pakistan, Amir Khan. Beberapa bukti timbul semasa perbicaraan yang menunjukkan Datuk Norjan mempunyai hubungan dengan Amir Khan walaupun dia menafikannya.

    Azman Bakar kemudiannya dibebaskan apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa Azman pada faktanya mengenali Norjan. Tiada tangkapan lain dibuat. Sekali lagi, kes misteri yang tidak diselesaikan. 

    5: Tragedi ‘Double Six’
    Anda yang menetap di Kuala Lumpur mungkin pernah melalui Taman Tun Dr Ismail dan pastinya akan terperasan Jalan Tun Fuad Stephens. Namun, berapa ramai sahaja yang tahu siapakah dia sebenarnya. Pastinya ada yang menjawab beliau adalah bekas Ketua Menteri Sabah. Tetapi berapa ramaikah yang tahu berkenaan kematian beliau yang penuh misteri dan kes tersebut masih tidak diselesaikan hingga ke hari ini.

    Pada 6 Jun 1976, Tun Fuad Stephens bersama beberapa pegawai kerajaan termasuk anak sulung beliau, Johari menaiki pesawat Nomad GAF yang dikendalikan oleh Sabah Air di Lapangan Terbang Labuan dalam perjalanan ke Kota Kinabalu. Bagaimanapun, ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pesawat itu terhenti dan terhempas lalu membunuh semua anak kapal termasuk juruterbang.

    Khianat disyaki sebagai motif utama kejadian tersebut walaupun kemudiannya kelemahan reka bentuk pesawat dilihat sebagai punca utama insiden tersebut. Kematian Tun Fuad terjadi selepas 44 hari penggal kedua beliau sebagai Ketua Menteri Sabah. Keadaan politik yang mengiringi kematiannya begitu ironis kerana ia mempunyai kaitan dengan isu minyak dan gas di Sabah.

    YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

    Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu. Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976. Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara. 

    4: Berakhirnya Kesengsaraan Kehidupan

    Xo Jian Huang, 14, warganegara China telah dihantar untuk menetap di Malaysia bersama sepupu bapanya. Bagaimanapun, pada 27 September 2005, dia dijumpai mati lemas dalam sebuah kolam renang dengan 23 kesan dera di badan mangsa. Siasatan membawa kepada penangkapan dan perbicaraan yang melibatkan tiga lelaki yang dituduh membunuh Xu; bapa saudaranya seorang ahli perniagaan, Koh Kim Teck dan dua orang pengawal peribadinya, Resty Agpalo dan Mohd Najib Zulkifli.

    36 hari perbicaraan telah menyebabkan gelaran ‘Datuk Seri’ ahli perniagaan itu dibatalkan. Bagaimanapun, disebabkan timbulnya keraguan yang tidak dapat diselesaikan dan tidak terjawab, ketiga-tiga suspek itu bebas daripada membunuh mangsa. Bukan itu sahaja, saksi yang sepatutnya hadir semasa perbicaraan dikatakan telah hilang menyebabkan ketiga-tiga suspek itu dilepaskan.

    Memetik laporan media pada 2010, pihak pendakwaraya membuat rayuan untuk menentang tertuduh dan Koh yang terkenal dengan personaliti korporatnya berjaya menghilangkan diri. Pada sidang rayuan, seperti dijangka, Koh tidak menghadirkan diri pada semua sesi rayuan. Pada 2010, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan tetapi Koh masih menghilangkan diri. Adakah dia yang menyiksa anak saudaranya? Adakah pengawal peribadinya turut terlibat? Kenapa ada saksi yang hilang?
    3: Wanita Ilmu Hitam
    Kes tersebu telah selesai. Pembunuh telah dihukum mati. Kes ditutup. Bagaimanapun, apa yang terjadi di sekeliling dan keanehan pembunuh kes ini menyebabkan ia masih tersenarai dalam carta ini. Pada 22 Julai 1993, polis menemui mayat ADUN Batu Talam, Mazlan Idris yang dicincang. Bekas penyanyi yang kemudian bertukar menjadi bomoh, Mona Fandey ditahan bersama suami dan pembantu beliau.

    Ketiga-tiga mereka didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati. Hukuman mati tetap dilaksanakan walaupun terdapat rayuan. Tiada siapa yang hidup pada era 90-an boleh melupakan perbicaraan Mona Fandey – Mazlan Idris. Mayatnya telah dicincang kepada beberapa bahagian selepas berlangsungnya satu upacara ghaib dipercayai bertujuan untuk membawa lebih banyak wang untuknya.

    Mayat Mazlan kemudian ditanam di stor berhampiran rumahnya di Pahang. Apa yang dianggap sebagai ‘belum selesai’ ialah ketika kekejaman mereka itu dibawa ke muka pengadilan. Sepanjang perbicaraan, Mona sentiasa berkata “Aku takkan mati” dan kekal tenang dengan senyuman di bibirnya.
    2: Tragedi Pembunuhan Ketua Polis Negara

    Tan Sri Abdul Rahman Hashim telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-3. Pada 7 Jun 1974, ketika Abdul Rahman berada di dalam kereta menuju ke Bukit Aman, kereta yang dipandu Sarjan Omar Yunus yang melalui Jalan Tun Perak telah dihujani beberapa das tembakan. Dua penyerang yang tidak dikenali telah melepaskan 11 das tembakan pada kereta tersebut di mana tujuh das terkena KPN.

    Pada masa itu, Malaysia sedang berusaha menentang kebangkitan kuasa subversif yang datang dari kalangan ahli komunis. Dipercayai bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang mengeluarkan arahan bunuh. Bagaimanapun, ia tidak berjaya dibuktikan di mahkamah. Pada 1975, dua orang lelaki, Lim Woon Choong dan Ng Foo Nam didapati bersalah membunuh Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Choong Khong di Jalan Ashby di Ipoh.

    Kemudian timbul teori bahawa berkemungkinan penyerang tersebut adalah orang yang sama menyerang Abdul Rahman walaupun tiada bukti kukuh. Lim dan Ng telah dihukum mati pada tahun 1978 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sehingga hari ini, masih tidak diketahui adakah benar mereka berdua pembunuh upahan yang membunuh Abdul Rahman.
    1: Tragedi Kemalangan Pesawat Negara

    Pada hari Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan rakyat Malaysia dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan. Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.

    Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya. Peristiwa yang berlaku 34 tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang.

    Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.

    Sebelum sempat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang sedang dikendalikannya. Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman mendarat dengan selamat.

    Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura. Peristiwa ini mempunyai kisah misteri dan seramnya tersendiri. Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

    Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.

    Beberapa spekulasi bahawa ‘Japanese Red Army’ adalah pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada bukti ditemui untuk menyokong teori tersebut. Ia kekal sebagai memori tragis dalam sejarah penerbangan komersial di Malaysia dan kematian kesemua anak kapal pesawat berkenaan menjadikan tragedi berada di tempat teratas senarai kami.

    Kredit: MyNewsHub

    Sumber: http://btmmari.blogspot.com/2015/07/10-pembunuhan-kejam-di-malaysia.html.

    Hard grind to unravel MH370 mystery
      (¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
    Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya mati
    dan 
    kepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Iman 
    kita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk. 

    Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob... 
    Meja peceq.blogspot.com  .
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Tiada ulasan: