♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ ♥ ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♥ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
اللهُــــــم
۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ
۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا
إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل
سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل
ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ
♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
♡ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين ♡
“”
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ,
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
“”
Jangan Anggap Rakyat Malaysia Semuanya Bodoh! - Abu Hassan Adam
Aku tidak dapat meramalkan apa akan jadi kepada rakyat Malaysia kini apabila membaca berita-berita dan kenyataan yang
disalurkan samada media milik kerjaan atau ‘milik rakyat’, tentang
samada mereka semakin cerdik atau semakin keliru atau pun semakin bodoh.
Ketika mengunjungi rumah rakan-rakan pada hari raya, seringkali
diajukan dengan soalan bertanyakan tentang keadaan negara kini.
Aku
tidak dapat mengetahui samada itu merupakan soalan ingin tahu ataupun
soalan yang berbentuk keliru dengan keadaan yang melanda negara kini.
Tetapi
membaca beberapa kenyataan oleh pemimpin kerajaan tentang beberapa isu
yang berkaitan dengan IMDB, Tabung Haji, MARA, Felda seolah-olah mereka
menganggapkan semua rakyat Malaysia kini bodoh dan tolol. Mungkin ada
dikalangan rakyat yang begitu. Itu tidak dapat dinafikan. Ada
golonganrakyat yang betul-betul bodoh ataupun terpaksa menjadikan diri
sebagai bodoh kerana ‘kekenyangan’. Mungkin yang masih berada dalam
kategori ‘bodoh dan tolol’ disekitar kurang daripada 50% sedangkan yang
lain sudah boleh dianggap bijak dan boleh menilai fakta yang mana benar dan yang mana salah.
Justeru
sudah menjadi tugas dan peranan rakyat Malaysia yang agak cerdik ini
untuk memberikan kesedaran kepada golongan yang masih diselimuti
kebodohan dan kelalaian itu. Dan yang agak malangnya ialah yang berada
dalam ketegoti ‘bodoh dan tolol’ini adalah terdiri dari orang Melayu
yang berada di luar bandar dan ramai juga yang berada di bandar-bandar.
Walaupun tidak ada statistik yang menunjukkan keadaan sedemikian, namun
melalui pemerhatian dan cakap-cakap begitulah keadaannya.
Kedengaran
juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa orang Melayu di luar bandar
yang dianggap ‘bodoh dan tolol’ ini. Sebenarnya tidak. Bagi aku ramai
juga orang Melayu yang tinggal di bandar yang tidak terlepas daripada
anggapan sedemikian. Mungkin mereka digolongkan dalam keadaan ‘bodoh dan
tolol’ tetapi mereka mungkin sesuai dikategorikan sebagai orang Melayu
yang tidak peka dengan perkembangan dan peredaran zaman. Di bandar pula
ramai yang terpaksa membodohkan diri disebabkan ‘kekenyangan’.
Kadang-kadang
aku merasa begitu malu melihatkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan
oleh pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan yang kadang-kadang dilihat
sebagai kenyataan yang dilafazkan secara melulu dan tidak dilandaskan
kepada fakta. Tentulah aku merasa ‘sedih’ apabila kenyataan sedemikian
dapat ‘dipatahkan’ dengan mudah oleh pihak tertentu yang menggunakan
hujah-hujah yang begitu mantap dan padat. Dengan sendirinya membayangkan
tentang tidak cerdiknya pimpinan kita.
Kesannya
juga ialah terasanya anggapan oleh pemimpin-pemimpin kita yang masih
menganggap bahawa masyarakat Malaysia masih boleh diperbodohkan dan
diperkotak-katikkan. Kalau tidak masakan para pemimpin kita tidak
berfikri sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan tanpa
sebarang ‘back-up’ dan alasan-alasan yang konkrit.
Antara
contoh yang boleh diketengahkan tentang sikap pemimpin yang cuba
memperbodohkan rakyat Malaysia ialah yang berkaitan dengan isu Tabung
Haji. Diberitakan (mungkin sahih berita demikian) bahawa tanah Tabung
Haji yang dibeli dari IMDB belum lagi terjual. Sekiranya betul demikian
keadaannya ini merupakan satu ‘penipuan’ yang bukan kepalang yang
dilakukan oleh pengurusan Tabung Haji kepada penyimpan dan rakyat Melayu
yang beragama Islam di negara ini.
Dikatakan
dulu oleh Pengerusi Tabung Haji bahawa sudah ada pihak yang
‘berebut-rebut’ untuk membeli hartanah berkenaan dan sejumlah keuntungan
yang boleh diperolehi oleh Tabung Haji.
Rakyat
Melayu yang beragama Islam percaya apatah lagi yang membabitkan hal-hal
berkaitan dengan Haji dan Makkah dan Rukun Islam yang kelima.
Rupa-rupanya pihak pengurusan Tabung Haji tidak lagi memikirkan tentang
‘dosa-pahala’ dan ‘halal-haram’ dalam hal urusan mereka. Mereka tidak
peduli semuanya. Mereka ‘langgar’ hukum agama.
Golongan
ini rupanya tidak takut berbohong dan seolah-olah menjadi amalan mereka
untuk berbohong kepada rakyat. Mereka sangka bahawa rakyat tidak tahu.
Betul ada segelintir penyimpan yang tidak tahu menahu dan tidak ambil
peduli, namun ramai golongan penyimpan sedang memerhatikan ‘detik demi
detik’ perjalanan Tabung Haji. Pengerusi Tabung Haji tidak harus
berbohong, ‘tersengih disana dan tersengih di sini’ mempertahan dan
‘menegakkan benang basah’ hal-hal yang berkaitan dengan penjualan tanah
Tabung Haji kepada IMDB.
Kini
sudah muncul pula ‘babak baru’ dalam usaha menenggelamkan isu yang
berkaitan dengan IMDB, Felda, TH dan MARA. Para pemimpin kerajaan yang
bertaraf ‘pengampu’ sedang mempersoalkan isu tentang ‘siapa yang bertemu
dengan Andre Justo, bekas pengarah Petro Saudi International’.
Apakah
mereka tidak sedar bahawa rakyat sedar dan faham bahawa ini hanya
merupakan muslihat sengaja untuk mengalihkan pandangan masyarakat
tentang mempesoalkan tentang isu yang membabitkan IMDB.
Rakyat
masih menumpukan kepada persoalan yang masih belum terjawab ia itu
tentang sejumlah wang negara yang dikatakan ‘hilang entah kemana’ dan
masih belum terjawab banyak persoalan yang berkaitan dengan wang yang
dipinjamkan kepada IMDB oleh kerajaan.
Rakyat
sebenarnya tidak berminat mengetahui siapa yang berjumpa dan bertemu
dengan Andre Justo. Dan sekiranya difikirkan secara rasional apakah
salah di segi undang-undang negara sekiranya seseorang itu berjumpa
dengan Justo sehinggakan beliau terpaksa diambil tindakan. Aku tak tahu
undang-undang mana yang digunakan sehinggakan untuk berjumpa dengan
seseorang merupakan satu kesalahan di negara ini.
Aku tidak mengatakan diri aku bodoh tetapi aku mulai ‘bingong’…… http://abuhassanadam.blogspot.com/
SELEPAS DAKWAAN , KELUARGA DSAI DIBENAR MELAWAT HARI INI -
Selepas dibantah, keluarga DSAI
dibenarkan melawat beliau pada hari ini, ianya diberitahu petang semalam
kepada keluarga beliau. Itu pun hanya kaum keluarga terdekat sahaja yang
dibenarkan melawat. Iaitu Isteri anak, abang, adik.
Walau pun Mahathir pernah memenjarakan beliau, namun peraturan melawat DSAI di hari raya pertama dibenarkan. Adakah Najib lebih zalim dari Mahathir?

Hard grind to unravel MH370 mystery(¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya matidankepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Imankita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk.My Dashboard.s3v3n
s3v3n.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan