Sabtu, 25 Julai 2015

5675. Bila pemimpin sesebuah wilayah bertaQwa dan berIMAN.

#


♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡


♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •


Bila pemimpin sesebuah wilayah bertaQwa dan berIMAN. In Syaa Allah wilayah itu sentiasa dalam keberkatan dan rahmat Allah. Tanam-tanaman menjadi, ternakan bertambah-tambah, hujan bersekala yang bersesuaian, tanah-taneh menyubur dan jauh sekali musim kemarau atau banjir besar melanda.
Demikianlah juga keadaannya bagi pemimpin atau Imam sebuah rumah-tangga. Pemimpin sesebuah komuniti, kejiranan, kampung-kampung, taman-taman perumahan, permukiman, provensi, kedaerahan dan negeri-negeri serta negara. Maha Suci Allah Pemilik dan Pengurnia rezeki untuk hamba-hamba-Nya.

Itu sebab orang tua-tua dahulu bila bercucuk tanam atau berternak haiwan dan hasilnya menjadi, akan berkata “Bagus pemerintah kali ini” pada hal orang tua itu kenal pun tidak siapa yang memimpin wilayahnya masa itu. Maksud “bagus” dalam kata orang tua tersebut ialah pemimpinnya orang yang bertaqwa dan beriman. Jelasnya sesuatu hal itu sayugianya berbalik kepada Allah.
Aameen Ya Allah.
Wassalamu.
Meja: www.peceq.blogspot.com
Sekadar cerita:

3 SOALAN MAUT. 

Zaman dulu ada seorang Sultan yang telah mengambil seorang Ilmuan Agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.

Satu hari Sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya tiga soalan. Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang-panjang. Menteri Agama (MA) terpinga-pinga untuk dan tidak menjawab soalan tersebut dengan kadar yang memuaskan hati Sultannya.
Sultan murka dan telah memberi tempoh seminggu supaya MA boleh mendapatkan jawapan. Kemudian Sultan menghantar wakilnya dan menitahkan Sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak-anaknya.

MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala-galanya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera. “Makan tak kenyang, mandi tak basah” 

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan, tetapi ternyata usahanya gagal. Akhirnya MA keluar dari kediamannya, untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya dan sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebatang pohon besar, sambil mengenangkan nasibnya.

Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik di kepala, orang tua itu berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajaknya MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkn jawatan, istana dan lain-lain yang dimiliki, tidak berselera hendak makan.

Orang tua bertanya: “Tuan, nampaknya ada masalah?”
“Boleh hamba menolong tuan?” Sambung orang tua itu.

MA memperkenalkan diri dan mengisah apa yang akan terjadi dan soalan-soalan Sultan beserta syarat-syarat kepada orang tua tersebut.

Soalan 1. “Apakah Dunia?” Maka jawab orang tua itu, “Dunia ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing-masing)”

Soalan 2. “Apa itu Akhirat?” Jawab orang tua tersebut, “Akhirat ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk di bawa ke Alam Akhirat tanpa ada apa-apa maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing-masing)”

Soalan 3. “Apa itu Iman?” Maka orang tua tersebut meminta tangguh sehingga selepas selesai Solat Asar.
Bila tiba waktu Asar mereka solat bersama-sama dan selepas selesai Solat MA terus bertanya, “Apa itu iman?”
Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa-sisa makanan tengahari mereka. Orang tua itu memberi syarat kepada MA untuk memberi jawapan yang ketiga. Syaratnya ialah MA mesti makan bersama anjing-anjing tersebut. MA berfikir berkali-kali, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan dan harta habis, hidup susah dan melarat. fikir-fikir... fikir-fikir.

Akhirnya MA membuat keputusan untuk makan bersama anjing-anjing itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing-anjing itu, orang tua pegang kolar baju MA seraya berkata: “Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya, tetapi tidak akan sesekali melanggar perintah Allah. Tetapi mereka yang tiada Iman, akan sanggup melanggar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.”

In Syaa Allah bermanfaat.

Sumber diedit dari sumber asal: Profiles
#

Tiada ulasan: