Khamis, 13 Ogos 2015

5711. Bila Allah hilangkan sifat muhasabah diri dari seseorang hamba-Nya.


♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆


اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“” 
Akhir-akhir ini semakin banyak perkara yang kita boleh jadikan iktibar untuk memperbaiki diri kerana Allah. Banyak kata-kata umpat keji, mempersenda, memperlekeh, mengungkit, mengejek, mentertawakan, melebel, cabar mencabar, sumpah menyumpah, berbahasa kesat dan lucah, saksi bohong, memperbodoh orang lain, menghina, mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal dan malah menjadi bahan lawak jenaka, kisah-kisah aib dan fitnah dan segala bagai. ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ Firman Allah yang bermaksud: Barang siapa yang mengikutinya ... maka dia syirik, 'Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar '” (QS. An Nisa': 48). 

Dengan Perintah Allah, satu masa nanti mulut terkunci rapi dan seluruh anggota tubuh menjadi saksi yang tidak berdusta, tanpa helah dan alasan “tak ingat - lupa” segala bagai kepada Tuhan yang menjadikannya, Allah Tuhan Yang Maha Agong, di Pengadilan Allah. Semoga Allah melindungi kita dari fitnah dunia, fitnah Dajjal, ajarkan ia ilmu Allah yang kuat untuk generasi seterusnya, agar kelak bertemu di suatu tempat terindah, Syurga-Nya, Aamiin Ya Robbal`alamiin. 
Apakah itu semua sebagai sebahagian tanda-tanda Kiamat Kecil. Akhir zaman individu yang tidak amanah dan zalim diangkat menjadi Imam. Siapa yang mengangkat mereka menjadi Imam, kalau tidak khalayak sesebuah tempat atau negara. Mengapa kita membiar individu itu, pasukannya serta pengangkatnya dan yang berkepentingan, menggula-gulakan majoriti sehingga individu itu dan pasukannya terpilih? Tidakkah itu membuktikan gagalnya kita, walau kita tidak pernah mengangkat individu itu dan pasukannya untuk menjadi Imam kita. 
Kita bersubahat? Tentu ramai kata jawab “TIDAK”  Tetapi mengapa sanggup membiar saudara-saudara ISLAM kita yang lain diperdaya oleh golongan yang sedemikian rupa? Malah sesetengahnya turut terikut-ikut gaya si pemerdaya dengan  membalas kata-kata umpat keji, mempersenda, memperlekeh, mengungkit, mengejek, mentertawakan, melebel, memperbodoh orang lain, menghina, mengkisahkan kisah-kisah aib dan fitnah, mengedit foto dengan tujuan fitnah serta menghina dan segala bagai. 

Sebagai MUSLIM tentu kita tidak lupa isi dan inti pati  “Dua Kalimah Syahadah” yang sering kita amalkan dan damaikan dalam jiwa sewaktu Solat Fardhu Lima Waktu Sehari Semalam. Itu timbulnya Hukum Allah setakat di lidah sahaja kerana tingkah laku, pertuturan dan perbuatan amat bertentangan sekali dengan kejiwaan sewatu Solat Fardhu. 
Ialah kadang-kadang tetapi tidak semua, manusia itu egonya sengaja ditunjuk-tunjukan. Megah dengan pencapaian dunia. Memperbanding si polan dengan si dia dengan tujuan bukan untuk memperbaiki, tetapi bertujuan melemah dan meruntuhkan kebaikan yang masih tersisa. Sedangkan ego manusia tak sampai ke mana. Allah Maha Besar. 

Kerana ego juga, manusia sudah hilang rasa hormat sama ada yang muda kepada yang lebih tua atau si tua kepada si muda. Sampaikan bila sudah jadi Imam, langsung tidak boleh ditegur. Malu kalau ditegur di khalayak. Tentu bila ditegur secara peribadi, pernah tidak diindahkan. Bila ditegur secara khalayak “Melenting” sehingga “Memelantingkan” orang yang menegurnya. Inikah ciri-ciri Imam yang wajar kita beri kedudukan sebagai Imam lagi? Beri peluang lagi? Apa-apa pun “Cara Tidak Menghalalkan Hukum Allah” 

Seburuk-buruk manusia takkanlah tiada satu kebaikan pun dalam dirinya. Lumrah manusia, sekali dia kata seseorang itu jahat atau buruk, akan terpalit jahat itu sampai bila-bila. Kadang kamus Insaf atau Taubat Nasuha hilang dari minda manusia pelebel? Untuk jadi IMAM yang baik, pendokong dan penyokong ...kita kena banyak membaca serta menganalisa dan mengamalkan kisah-kisah Nabi dan Rasul. Bukan kita berpandu kepada falsafah penjajah atau non Muslim yang langsung tiada Nur Allah. 

Sampai bila kita sanggup bersubahat dan paling kurang terjebak dengan Imam yang pendusta? Sampai bila kita sanggup membiarkan mata dan telinga kita mendengar dengan cakap-cakap kosong pengampu si pendusta? Kalaulah Keagongan Zaman Nabi Muhammad dan Empat Sahabatnya jadi amalan MUSLIM hari ini, tidaklah mudah Imam itu tewas dan meruntuhkan “Taqwa dan Iman” bukan sahaja dirinya tetapi turut meruntuhkan roh pengampunya, pendokongnya dan penyokongnya. 

Yang tidak menyokongnya, tetap merasai tempias dan kehilangan nikmat hidup dengan rahmat Allah sebagaimana sepatutnya, selagi IMAM yang AMANAH tidak diketengahkan. Nauzubillah MinzaliQ. 

Wassalam. 
*Imam/Pemimpin. 
  • Rabu, 12 Ogos 2015 
    Gangguan terhadap SPRM mengingatkan kembali pertembungan Mahathir-BPR 
    oleh Mariam Mokhtar 
    Tujuh belas tahun yang lalu, ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Shafee Yahaya dipanggil untuk berjumpa perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad dan diarahkan untuk menutup siasatan satu kes rasuah yang sedang dijalankan BPR. 

    Hari ini, gangguan sama dilakukan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan ia telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia. 

    Dua pegawai SPRM ditahan polis dan kini dilepaskan dengan ikat jamin. 

    Selain itu, pengarah operasi khas Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik Rohaizad Yaakob sebelum ini dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri secara serta-merta. 

    Laman Malay Mail Online melaporkan yang ia berikutan “isu disiplin” 
    (Berikutan kemarahan orang ramai, pemindahan tersebut telah dibatalkan.) 

    Kesemua empat pegawai SPRM ini menjadi sasaran boleh kerana mereka dipercayai terlibat dalam siasatan skandal 1MDB, yang melibatkan wang sejumlah RM2.6 bilion. 

    Wang itu kini dikatakan sebagai “derma” daripada seorang penyumbang dari Timur Tengah. 

    Pada tahun 1998, satu laporan rasmi terhadap Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Ali Abul Hassan Sulaiman telah dibuat kepada BPR. 
    Ali Abul Hassan
    Ali Abul Hassan
    Ketika pergi ke pejabatnya, pegawai BPR menemui ikatan wang kertas di dalam laci, dan Ali gagal memberi penjelasan tentang perkara itu. 

    EPU berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan bertanggungjawab memantau projek penswastaan. 

    Shafee diberitahu untuk memberikan laporan kepada Mahathir. Beliau diberi teguran keras sebelum diarah menutup kes. 

    Bekas Perdana Menteri itu berkata, “Berani kamu menyerbu pejabat pegawai kanan saya.” 
    Beliau kemudian bertanya kepada Shafee, sama ada Anwar Ibrahim yang mengarahkan serbuan itu. Shafee menjawab “tidak” 

    Kecewa dengan campur tangan dalam tugasnya, serta satu tuduhan lain, Shafee sudah bersedia untuk letak jawatan. 

    Namun isterinya Kalsom Taib memberi galakan agar beliau terus bertahan, walaupun dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.

    Insiden ini berlaku tiga bulan sebelum persaraannya. 

    Teguran keras yang diterima Shafee itu pasti kekal antara beliau dengan Mahathir sahaja. Ia mula diketahui orang awam selepas Shafee diminta menjadi saksi pembelaan dalam kes rasuah Anwar Ibrahim pada tahun 2000. 

    Media arus perdana hanya menyentuh perkara itu secara sepintas lalu dan ia seperti bakal dilupakan. 

    Kemudian pada tahun 2008, isu itu muncul kembali, ketika bekas pelapor khas PBB Param Cumaraswary terlibat dalam satu siri koresponden dalam akhbar The Sun, yang bermula pada Mac hingga April 2008. 

    Ketika itu, Mahathir cuba mencemarkan karakter Shafee dalam satu surat kepada akhbar itu. 

    Kalsom berang dengan serangan Mahathir dan menulis buku bertajuk ‘'The Shafee Yahaya Story, Estate Boy to ACA Chief’ untuk menceritakan kisah itu dari sudut pandang Shafee. 

    Param mendakwa yang ada bukti mencukupi untuk menyiasat Mahathir atas campurtangannya dalam siasatan BPR. 

    Beliau juga berkata bahawa siasatan BPR terhadap Ali Abul Hassan mengambil masa tiga tahun, bermula 1998. 

    Pada tahun 2001, peguam negara menyatakan yang kes itu ditutup ekoran “tiada bukti mencukupi” 

    Apa yang cukup mengganggu adalah pada September 1998, Ali Abul Hassan dinaikkan pangkat menjadi Gabenor Bank Negara. Beliau menjadi gabenor Bank Negara sehingga April 2000. 

    Banyak persoalan yang bermain di fikiran, berhubung tahap campur tangan dan usaha menakut-nakutkan oleh politikus kepada penjawat awam. 

    Satu lagi fakta mengejutkan adalah Abul Hassan sebenarnya di bawah siasatan atas dakwaan rasuah sepanjang tempohnya menjadi gabenor. 

    Bagaimana ini boleh berlaku? 

    Apa sudah terjadi kepada laporan polis terhadap Mahathir yang dibuat pada 23 Jun 2000, atas peranannya dalam campur tangan siasatan yang dijalankan penjawat awam  pada 1998? 

    Ketika ditanya wartawan berhubung insiden dengan Shafee itu, Mahathir mendakwa yang beliau telah lupa

    Posted & copy by RAKYAT MARHAEN    at 8/12/2015 06:53:00 PTG 
    Sumber: (http://wargamarhaen.blogspot.com/2015/08/gangguan-terhadap-sprm-mengingatkan.html

    Wednesday, August 12, 2015
    Wanita UMNO ni kata, Najib kencing........?

    Saya sudah cukup bersopan, kata Wanita Umno ‘Najib kencing’

    Seorang pemimpin Wanita Umno Langkawi yang menjadi viral dalam video "Najib kencing" baru-baru ini tampil mempertahankan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Razak walaupun dinasihatkan seorang menteri Kabinet agar menegur dengan cara lebih bersopan. 

    Anina Saaduddin mempertahankan tindakan dan hujahnya dan berkata, perkataan digunakannya dalam video tersebut sudah cukup bersopan dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menegur secara berhemah tidak didengari malahan dibuang daripada Kabinet perdana menteri hujung bulan lalu. 

    Menyifatkan rintihan akar umbi tidak akan didengari sekiranya bercakap lembut kepada presiden Umno itu, Anina mempersoalkan nasihat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agar menegur dengan cara yang lebih santun. 
    "Saya bercakap dalam platform Umno, mesyuarat tertutup. Mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian. 

    "Maknanya perwakilan, platform yang betul. Sebagai ahli Umno saya rasa itulah platform terbaik untuk saya luahkan rasa hati saya kepada presiden. 

    "Bukan saya angkat banner bersorak di Sogo," kata Anina ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam merujuk kepada kompleks membeli belah di Kuala Lumpur yang popular sebagai lokasi diadakan demonstrasi. 

    Hujung minggu lalu sebuah video yang mengkritik keras Najib dengan mendakwa pemimpin tertinggi parti itu "kencing" atau menipu rakyat menjadi viral di media sosial. 

    Dengan nada tinggi dan berbaur sindiran, Anina lantang menyuarakan pendapatnya di sebuah persidangan perwakilan Wanita Umno. 

    “Datuk Seri presiden dah kencing 3 juta ahli Umno. Dia kata 3 juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau. 

    “Saya minta Majlis Tertinggi Umno bawa Datuk Seri Najib 'pi' (pergi) berubat,” katanya dalam dialek utara. 

    Anina mempersoalkan Shabery yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, jika Muhyiddin menggunakan bahasa cukup baik dalam membuat teguran tidak didengari, apa dimaksudkan dengan teguran berhemah. 

    "Macam mana lagi saya hendak cakap? Hendak cakap macam mana? 

    "Tolonglah susun ayat untuk saya," soal Anina yang merupakan pemimpin Umno Cawangan Padang Mat Sirat. 

    Anina menjawab nasihat Shabery sebelum ini yang mengatakan beliau perlu menegur pemimpin seperti ibu bapa sendiri. 

    Namun Anina menegaskan tiada guna bercakap baik dengan presiden kerana ia hanya akan menjadi luahan kosong. 

    Aina turut menegaskan kelantangan dirinya dalam video tersebut adalah kerana sayangkan Umno dan mahu menjaga kepentingan dan nama baik parti Melayu itu. 

    "Saya bercakap supaya saya didengari, saya hendak didengari, macam mana saya hendak didengari?
    "Kalau saya cakap lemah lembut ingat saya hendak didengari? Bercakap macam ini baru menteri hendak komen. Kalau saya cakap baik-baik menteri nak komen?" katanya. 

    Semalam, Shabery menasihatkan Anina agar lebih bersopan santun dalam memberikan teguran. – TMI

    Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=314792:saya-sudah-cukup-bersopan-kata-wanita-umno-%E2%80%98najib-kencing%E2%80%99&Itemid=2#ixzz3ic1sG4MW 
    Politik Malaysia
    Politik Malaysia
    sumpahan umno
    sumpahan umno
    Rabu, 12 Ogos 2015 
    Inilah pe'el BN, KOREK LUBANG BARU TAMPAL LUBANG LAMA !!!
    LANGKAH BERJIMAT PALING BERJAYA.. jual RM80.5 juta (min.) kmudian beli pula RM465 juta.. 

    Bila dah dpt duit jual jet tu nak bayar kat jet baru ker ATAU BAYAR HUTANG 1MDB !!! 

    Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 8/12/2015 10:58:00 PTG 
    Hard grind to unravel MH370 mystery
      (¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
    Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya mati
    dan 
    kepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Iman 
    kita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk. 

    Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
    Meja peceq.blogspot.com  . 


    My Dashboard. 
    s3v3n


    s3v3n.
IP

Tiada ulasan: