#
♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ ♥ ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♥ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ
♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
♡ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين ♡
“”
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِيِن
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
“”
#
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)
#
Monday, August 3, 2015
Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan magkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak Siratulrahim.
14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan memberi salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika
memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.
*sumber dari atanahmad.blogspot.com
Redhakah Kita Atas Nikmat dan Ujian Allah.
Bila sebut tentang redha, sesiapa sahaja boleh menyebut perkataan tersebut. Namun untuk melakukannya teramat lah sukar bagi insan yang pernah mengalami dugaan dan ujian yg hebat.
Mampukah kita berlaku redha dengan sesuatu perkara itu samada dalam nikmat dan ujian Allah SWT? Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah SWT. Yang di maksudkan dengan redha adalah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah SWT. Redha terhadap Allah SWT terbahagi kepada dua:
1 - Redha menerima peraturan (hukum) Allah SWT yang dibebankan kepada manusia.
2 - Redha menerima ketentuan Allah SWT tentang nasib yang mengenai diri.
.jpg)
Redha menerima hukum-hukum Allah SWT adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah SWT kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah SWT dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah SWT dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah SWT: "Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu (Muhammad) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh" (Surah An-Nisaa': Ayat 65)
Dan firman Allah SWT: "Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata: 'Cukuplah Allah bagi kami, Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju" (Surah At Taubah: Ayat 59)
Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah SWT baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah SWT hendaklah dijauhi dengan lapang dada.
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah SWT. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah SWT. Firman Allah SWT: "Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka (yang munafik) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah SWT. ‘Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka". (Surah Muhammad: Ayat 26)
Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan solat maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah SWT, yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.
.jpg)
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah SWT baik berupa nikmat mahupun berupa musibah (malapetaka). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah SWT, iaitu mereka memuji Allah (bertahmid) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah SAW apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata: " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan". Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas segala perkara".
Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah SWT dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain: “Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan: Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat! "Kerana sesungguhnya perkataan: andaikata... itu memberi peluang pada syaitan". (Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah SWT Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian:
Pertama: Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah SWT memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.
Kedua: Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah SWT itulah yang paling baik, dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW: "Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya". (Riwayat Muslim)

Redha dengan rezeki yang ada: Di dalam konteks redha pada menerima ketentuan Ilahi, juga termasuk redha (qana'ah) menerima rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT banyak atau sedikitnya. Didalam sifat qana'ah dengan pemberian Allah itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang mukmin. Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh berbahagialah orang yang masuk Islam , rezekinya sederhana dan berhati puas (qana'ah menerima segala pemberian Allah". ( Riwayat Muslim ) Dan Rasulullah SAW bersabda: "Berbahagialah siapa yang ditunjuki ke dalam Islam, penghidupan yang sederhana dan qana'ah (merasa dengan pemberian Allah". (Riwayat Tirmidzi)
Merasa cukup , puas dan redha menerima rezeki yang dianugerahkan Allah SWT termasuk kekayaan rohani yang tidak ternilai harganya. Sabda Rasulullah SAW: "Bukannya kekayaan itu kerana banyaknya harta, kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mengharapkan redha Ilahi: Sebagaimana mahabbah bertujuan agar memperolehi kasih dan cinta Ilahi maka demikianlah juga sifat redha bertujuan memperolehi redha Ilahi. Firman Allah SWT: "Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya". ( Al-Bayyinah: Ayat 8) Dan firman Allah SWT lagi tentang orang-orang yang membelanjakan harta semata-mata untuk memperolehi keredhaan Allah SWT: "Mereka yang menafkahkan hartanya kerana ingin jadi bersih. Padahal tiada padanya budi yang patut dibalas.Melainkan semata-mata kerana hendak mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.Dan Tuhannya pun redha kepadanya". (Surah Al-Lail: Ayat 18-21)
Rasulullah SAW bersabda: “Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka akan diuji . Barang siapa redha menerima ujian maka redha pula kepadanya dan barang siapa yang murka, maka Allah SWT pun murka kepadanya". (Riwayat Tirmidzi)
Redha kepada keluarga dan anak-anak yang merupakan amanah yang wajib dipikul oleh setiap individu Muslim yang mana redha dan sabar perlu seiring di dalam membentuk baitu Muslim dan generasi Rabbaniyang memerlukan suatu pengorbanan yang besar. Begitu juga bagi anak-anak di dalam menghormati ibubapa seperti yang disebutkan di dalam sabda Rasulullah SAW: "Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa". (Riwayat Bukhari dan Muslim) dan Rasulullah SAW pernah berkata kepada Ibnu Abbas RA: "Jika kamu sanggup beramal kerana Allah dengan redha berserta yakin maka lakukanlah. Tetapi jika kamu tidak sanggup , maka sesungguhnya kesabaran atas sesuatu yang tidak menyenangkan itu ada kebaikan yang banyak".
Redha membawa nikmat dan bahagia: Redha Ilahi yang diperolehi orang yang redha kepada Allah SWT itulah nikmat dan merupakan kunci kebahagiaan yang sejati .Sesiapa yang diredhai Allah SWT, pastilah dia akan diberikan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Lalu mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya dan kekal di dalamnya untuk selama-lamanya. Firman Allah SWT: "Wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku (yang soleh). Dan masuklah ke dalam syurgaku". (Surah Al-Fajr: Ayat 27-30)

Berkat redha itulah maka di dunia akan mendapat ketenangan jiwa dan di akhirat akan memperolehi kebahagiaan yang kekal untuk selama-lamanya. Redha mengakui bahawa Allah SWT sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai Agama yang benar dan Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir , maka itulah asas kemanisan iman yang membawa erti yang besar dan keuntungan yang besar bagi orang yang redha kerana merasakan kelazatan rohani. Sabda Rasulullah SAW: "Merasakan kemanisan iman , siapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama Muhammad sebagai Rasul (Utusan)". (Riwayat Muslim)
Sesungguhnya ujian adalah salah satu lambang rahmat dan kasih sayang Allah SWT terhadap orang-orang yang beriman. Orang yang diuji Allah adalah orang yang dikasihi-Nya. Telah terbukti yang demikian itu dengan apa yang dialami oleh Rasul-rasul Ulul Azmi. Mereka dinobatkan dengan gelaran tersebut lantaran ujian dan mehnah yang sangat dahsyat. Yang ditempuh dengan penuh kesabaran dan keredhaan. Begitu juga apa yg dialami oleh para sahabat dan para pejuang yang telah berkorban jiwa dan raga mereka. Mereka redha dengan ujian Allah sehingga Allah meredhai mereka.
Walau bagaimanapun, ternyata hakikat ini sukar untuk ditelan oleh sekian ramai orang-orang yang diuji. Mereka sering mengeluh dan menghela nafas dengan penuh rasa kecewa saat menerima ujian. Sangat rumit dan payah untuk menghadapinya dengan redha dan berlapang dada. Ujian dianggap seolah-olah satu bebanan yang sangat menyusahkan. Hal yang demikian berlaku mungkin kerana mereka merasa bahawa diri mereka sudah cukup sempurna dan tidak perlu dididik dan ditarbiah lagi. Mereka inilah golongan yang diingatkan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)

Memang benar, ujianlah yang akan mengasingkan di antara yang benar dan dusta. Ujian juga yang menapis kebaikan dan kejahatan daripada bercampur di dalam hati. Sesungguhnya gelas yang bersih tidak layak diisi padanya air yang kotor. Begitu juga hati yang suci tidak sewajarnya didiami sifat yang keji. Yakinlah bahawa ujian itu rahmat Allah, ujian itu tarbiyah dari-Nya. Semakin besar ujian yang ditimpakan ke atas seorang hamba, semakin tinggi martabatnya di sisi Yang Esa. Mudah-mudahan Allah mengurniakan sifar sabar dan redha kepada kita semua yang menjadi ciri-ciri orang muttaqin - via
Tulisan Terkait
- JIKA ESOK AKU TIADA
- 13 Kisah Rasulullah SAW Yang Wajib Anda Ketahui
- Dunia Semakin Hampir Ke Penghujung; Terbukti melalui Teori Catur Yahudi
- Raungan kekasih
- Kenapa Si Mati Lebih Memilih Untuk Bersedekah Seandainya Dikembalikan Ke Dunia ?
- DOA MURAH REZEKI
- Redhakah Kita Atas Nikmat dan Ujian Allah
- 3 QUL
Sunday, August 23, 2015
Masuk Islam, Ahmad Thomson Dedah Sistem Dajjal
Untuk para pemerhati nubuwat akhir zaman sekarang ini, nama Ahmad Thomson tentu tidak asing lagi. Bukunya "Sistem Dajjal" menjadi salah satu buku pegangan "wajib" bagi umat Islam yang ingin mengetahui konspirasi tangan-tangan besar penguasa dunia. Ia begitu fasih memaparkan fenomena-fenomena akhir zaman. Tak disangka mungkin kalau Ahmad Thomson sebenarnya adalah seorang mualaf.
Ahmad Thomson masuk Islam 38 tahun lalu. Dilahirkan di Rhodesia Utara (sekarang Zambia), Thomson menempuh pendidikan dasar serta menengahnya di Rhodesia Selatan (sekarang Zimbabwe). Masa awal hidupnya, ia lalui di daerah-daerah terpencil Afrika yang kala itu belum tersentuh peradaban moden, seperti elektrik, gas, dan saluran air bersih.
Sejak remaja, Thomson merasa tidak puas pada ajaran Kristian. Ia mula mempersoalkan banyak perkara seperti, "Jika setiap manusia itu sama di hadapan Tuhan, lalu mengapa kaum Afrika kulit putih seperti dia harus beribadah di gereja yang berbeza dengan kaum kulit hitam?"
Soalan lain yang kerap mengganggunya sebagai penganut Kristian adalah soal ketuhanan Isa. "Jika Yesus adalah Tuhan, kepada siapa dahulu ia berdoa? Jika Yesus adalah Tuhan dan disalib, lalu siapa yang menyara syurga dan dunia? Soalan itu tak pernah terjawab selama aku memeluk ajaran Kristian, "ujar lulusan Exeter University, Inggeris, ini.
Ketika berusia 12 tahun, Thomson sampai pada satu titik di mana ia mempercayai Tuhan dan Isa. "Hanya saja, aku tidak yakin pada gereja." Terhenti pada berbagai soalan itu, Thomson mulai membaca apa pun dan memikirkan kehidupan yang dijalaninya sejauh itu. Ia mengunjungi pelbagai kumpulan spiritual dan cuba meditasi selama beberapa bulan. "Itu menenangkan, tapi sama sekali tak mengubah gaya hidup saya."
Hingga akhirnya, Thomson bertemu Syeikh Abdalqadir as-Sufi (tokoh tarbiyah, pengasas Gerakan Dunia "Murabitun"). Pertemuan itu menjadi awal perkenalannya dengan Islam, agama yang tak pernah terpikirkan oleh Thomson sebelumnya.
Ketika berbicara dengan Syeikh Abdalqadir dan mendengar pelbagai perkara yang disampaikannya, Thomson merasa telah mencari jalan yang ia perlukan. "Sejak itu, perlahan saya mencari jawapan atas semua soalan yang memenuhi fikiran," katanya. Thomson pun rutin mengunjungi pusat kajian Islam Syekh Abdalqadir. Ia juga membaca The Book of Stranger yang ditulis Sang Syeikh.
Thomson mengikrrakan syahadat pada 13 Ogos 1973. Empat tahun kemudian, ia berhaji empat. Setelah pulang dari haji, ia menyelesaikan latihannya sebagai peguam. Lalu, pada 26 Julai 1979, ia dipanggil ke Mahkamah England & Wales dan mula meniti kerjaya di bidang advokasi dan undang-undang Islam.
Thomson meyakini cara terbaik mengamalkan ajaran Islam adalah memahami dan meneladani sumbernya, yakni Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW. "Seperti pepatah yang mengatakan bahawa semakin dekat kita pada sumber mata air, semakin murni air yang kita minum," ujar lelaki kelahiran Afrika ini.
Pemilik nama kecil Martin Thomson ini sekarang dikenali sebagai peguam terkemuka di Inggeris. Ia juga mengetuai Wynne Chambers, badan undang-undang Islam yang didirikannya pada 1994.
Thomson pertama kali memperoleh perhatian awam pada 2001, kini tampil dalam sebuah filem dokumentari berjudul My Name is Ahmed yang menyabet sebuah penghargaan. Ia pun tampil di filem dokumentari lain, Prince Naseem 's Guide to Islam. Kedua-dua filem itu ditayangkan di BBC2 pada Ogos 2001. Selepas itu, wajahnya kerap mewarnai layar kaca dalam pelbagai program, terutamanya program-program Islam.
Kini, hari-harinya diisi dengan aneka kegiatan keislaman, mulai dari memberikan ceramah rutin tentang Islam di berbagai wilayah di Inggeris, menulis untuk Jurnal al-Kala, sampai menjadi penyumbang tetap dalam persidangan lintas agama yang digelar setiap tahun di Masjid Regents Park dan Pusat Kebudayaan . Beberapa buku karyanya yang cukup menggemparkan dan sangat sukar dicari terjemahannya, buku yang membongkar apa dan bagaimana konspirasi Yahudi di dunia ini yang berjudul Dajjal the Anti Christ.
*sumber dari islampos.com
Sumber: (http://detikislam.blogspot.com/2015/08/masuk-islam-ahmad-thomson-dedah-sistem.html)
Untuk lebih baik hujah artikal di bawah hendaklah didahului dengan pengetahuan kita tentang Tanda-tanda Kiamat Kecil dan Kiamat Besar yang berlandaskan ISLAM. Natijahnya supaya Taqwa dan Iman kita tidak diresapi unsur bisikan syaitan laknatullah.
In Syaa Allah.
Aamiin Ya Allah.
AHAD, 23 OGOS 2015 @ 10:04 AM
Usia alam semesta dekati garis penamat

ALAM semesta. - Foto hiasan
Sydney: Alam semesta semakin mendekati garis penamatnya, namun manusia tidak perlu panik kerana usianya masih berbaki kira-kira 100 bilion tahun lagi, maklumat itu didedahkan sekumpulan penyelidik dari Australia.
Pengkaji dari Pusat Antarabangsa Kajian Astronomi Radio (ICRAR) Australia itu sudah mengukur tenaga yang dihasilkan di seluruh 200,000 galaksi dengan lebih tepat berbanding sebelum ini.
Agensi berita Xinhua melaporkan, penemuan itu hanya separuh daripada keadaan sebenar dua bilion tahun lalu dan berterusan semakin pudar.
Simon Driver dari ICRAR berkata, penyelidikan itu kelihatan 'kabur' namun manusia masih punya masa yang panjang. "Ia akan menjadi satu proses yang panjang dan semakin menyusut. Tempoh yang diambil kira-kira 100 bilion tahun atau lebih hingga semua cahaya bintang tidak lagi dihasilkan," katanya.
Sudah diketahui sejak akhir tahun 1990-an lagi, alam semesta pudar sedikit demi sedikit, bagaimanapun kajian terbaru itu menunjukkan ia berlaku pada semua ukuran gelombang.
Saintis menggunakan tujuh teleskop paling berkuasa di dunia untuk memantau alam semesta dan membuat pelbagai jenis pemetaan output tenaga, dari infra merah hinggalah ultra ungu.
Pemerhatian awal dilakukan menggunakan Teleskop Anglo-Australian di New South Wales, Australia dan dua teleskop angkasa lepas yang dikendalikan Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) serta satu lagi kepunyaan Agensi Angkasa Eropah (ESA) bagi menyokong pemerhatian.
Driver membentangkan hasil kajian itu dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Kesatuan Astronomi Antarabangsa di Honolulu baru-baru ini. - AGENSI
Thursday, August 20, 2015
Ikan Jadi Senjata Baru Untuk Hancurkan Terowong Bawah Tanah Mesir-Palestin

Seorang sumber tentera Mesir mendedahkan bahawa Kaherah kini sedang mengerjakan projek pembinaan kolam di sepanjang sempadan Palestin, sebagai cara baru untuk menghancurkan dan menutup terowong bawah tanah yang biasa digunakan untuk membekalkan bahan makanan ke Jalur Gaza.
Seperti dilaporkan bilik berita Dostor dari sumber tentera yang tidak mahu didedahkan namanya berkata, "Projek kolam ikan ini telah bermula sejak hari Minggu (16/08) kemarin oleh syarikat pembinaan milik tentera Mesir."
Sumber tersebut menambah, "Kolam akan digali disepanjang sempadan dengan Jalur Gaza, Palestin, dengan kedalaman mencapai 20 meter dan dilengkapi dengan pam yang akan mengepam air dari Laut Mediterranean ke kolam."
Kerajaan Mesir menganggap ini adalah cara yang paling berkesan untuk memusnahkan terowong-terowong yang digali warga Palestin dengan cara merubah struktur kegemburan tanah daripada harus mengerahkan tentera untuk mencari dan menghancurkan terowong.
Perlu diketahui bahawa terowong bawah tanah adalah akses satu-satunya warga Palestin untuk menyeludup bahan pokok makanan akibat sekatan yang dilakukan oleh Zionis Israel dan penutupan sempadan Rafah oleh kerajaan Mesir.
Tercatat tidak ada kes penyeludupan di era Mursi berkhidmat pada tahun 2012-2013, selepas presiden pertama dari kalangan awam tersebut memutuskan untuk membuka persempadanan Rafah selama 24 jam sehari.
•


“”

My Dashboard.


Doa Melihat Keindahan Alam
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” (QS. Ali Imran : 191)
Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Al Baqarah: 201)

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Maksudnya: “Ya Rabb kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Rabb kami, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (QS Al-Hasyr [59]:10)
وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِنْ لَا تَشْعُرُونَ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.” (Al BAQARAH 154)
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Hard grind to unravel MH370 mystery
(¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya mati
dan
kepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Iman
kita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk.
Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
Meja: peceq.blogspot.com .
#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan