Sabtu, 23 Julai 2016

6059. Apa kata puak pro "Malaysian Official 1"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Allahhumma sholli ala Muhammad waala ali Muhammad.
Bismillaahirrohmaanirrohim.

Amal seseorang itu tidak pernah menjamin ianya ahli syurga atau pun ahli neraka. Akan tetapi SEMATA MATA rahmat Allah swt jua. Kita hanya diperintahkan agar memperbaiki amal dan berdoa agar Allah swt merahmati hingga akhir hayat. Jangan putus asa dari rahmat Allah swt kerana yang putus asa dari rahmatNya hanya kaum yang kufur(kafir)

Suhhanallahhi wabihamdihi subhanakallahhumma wabihamdika asyhadualla ila hailla anta astaghfiruka waatubu ilaik.Semoga bermanafaat buat kita semua.Aamiin.

sumber:

Cucu Tok Selampit

Posted: 22 Jul 2016 06:16 AM PDT
Dunia sedang melihat percubaan Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch menggunakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk membuli negara kecil seperti Malaysia. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengalih perhatian daripada kes skandal penggubalan wang haram dengan kartel dadah dan pengganas yang dihadapi oleh Lynch.

Semasa berkhidmat sebagai Pendakwaraya Persekutuan Amerik Syarikat (AS), wakil bagi Daerah Timur New York, Lynch, bersama-sama dengan Jabatan Kehakiman, telah menyelia tuntutan mahkamah besar-besaran terhadap perbankan gergasi British, HSBC. Pegawai-pegawai Bank dan kakitangan lain telah menghadapi tuduhan pengubahan wang haram lebih daripada $200 juta melalui Bank AS itu. Kakitangan-kakitangan berkenaan telah didakwa membuka akaun palsu menggunakan maklumat peribadi pelanggan.

Pendakwaraya Persekutuan menuduh HSBC haram menjalankan urus niaga haram bagi pihak pelanggan di Cuba, Iran, Libya, Sudan dan Burma. Kesemua negara ini adalah tertakluk kepada sekatan yang dikuatkuasakan oleh Pejabat Kawalan Aset Asing pada masa urus niaga dijalankan. Bukan setakat individu yang bertanggungjawab menjalankan pengubahan wang haram berkenaan tidak didakwa, Lynch sebalikya membantu membuat rundingan penyelesaian dengan HSBC sebanyak $1.92 bilion pada Disember 2012. (Sumber: The Daily Signal)

Kedua, American Center for Law and Justice telah mengadakan petisyen yang mendesak Peguam Negara Amerika Syarikat berkenaan meletak jawatan kerana terlibat bersekongkol dengan Bekas Presiden Bill Clinton. Petisyen "Attorney General Loretta Lynch must resign" itu telah berjaya mengumpul lebih 100 ribu tandangan dalam masa 20 hari. (Sumber: ACLJ)

Pada 21/07/2016, Loretta Lynch mengumumkan kes saman Sivil kepada beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) yang membenarkan perampasan aset-aset yang dianggap sebagai aktiviti bersumberkan penggubahan wang haram.

Kenapa Loretta Lynch tiba-tiba mengumumkan Saman Sivil ini? Apakah beliau mahu menolong kepada publisiti isteri Bill Clinton iaitu Hillary Clinton bersaing untuk merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat? Atau adakah ini merupakan satu jalan bagi menutup salah lakunya bersekongkol dan menerima rasuah Bill Clinton?

Integriti Lynch jelas boleh dipertikaikan dan adakah tidak mustahil pasukan pelobi Bapa Andaian, Tun Dr Mahathir yang membuat aduan kepada  Kleptocracy Asset Recovery Initiative dibayar berjuta-juta US dollar? Bukan merupakan suatu yang asing bagi pasukan Tun Dr Mahathir yang pernah membayar Jack Abramoff sebanyak USD1.2 Juta. Baca Harakahdaily, di sini.

Posted: 22 Jul 2016 01:30 AM PDT
Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, hari ini memberi kata dua kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di atas tuntutan sivil yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat ke atas beberapa individu.

Lim Lip Eng sebelum ini pernah membuat kontroversi apabila mendakwa Kerajaan tidak cekap dan mendakwa Pakatan Harapan dapat menemui MH370 sekiranya Pakatan Harapan menguasai Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).
Ahli Parlimen Segambut juga memberi Ketua Polis Negara (KPN), TS Khalid Abu Bakar satu minggu dari hari ini untuk mula menyiasat laporan yang dibuatnya. Jika tidak, beliau berkata Pakatan Harapan dan pelbagai badan bukan kerajaan akan mengambil "tindakan drastik".

Tidak susah untuk membaca "Tindakan Drastik" yang akan dilakukan oleh Pakatan Harapan, antara lain termasuklah:
  • Adakah demonstrasi jalanan BERSIH
  • Petisyen kepada Majlis Raja-Raja.
  • Adakan undi tidak percaya.
  • Buat kempen petisyen tandatangan.
  • Mencukur kepala hingga botak sebagai tanda protes.
  • Membuat lebih banyak laporan polis.
  • Mengadakan majlis makan-makan sambil mengumpul derma.
  • Membuka tabung derma yang baru.









Tiada ulasan: