Memaparkan catatan dengan label Politik Malaysia - 1MDB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik Malaysia - 1MDB. Papar semua catatan

Ahad, 2 Disember 2018

1MDB semakin terbongkar setelah Malaysia diterajui gabungan parti Pakatan Harapan. 8783.


US DoJ seized over RM305m linked to Jho Low, funds used to influence 1MDB probe
Published 3 hours ago on 01 December 2018
By Jerry Choong
A civil forfeiture claim filed with a US court has revealed over US$73 million (RM305.1 million) was seized by the Department of Justice (DoJ) from bank accounts linked to fugitive financier Jho Low. — Picture via Facebook
A civil forfeiture claim filed with a US court has revealed over US$73 million (RM305.1 million) was seized by the Department of Justice (DoJ) from bank accounts linked to fugitive financier Jho Low. — Picture via Facebook

KUALA LUMPUR, Dec 1 — A civil forfeiture claim filed with a US court has revealed over US$73 million (RM305.1 million) seized by the Department of Justice (DoJ) from bank accounts linked to fugitive financier Low Taek Jho, also known as Jho Low.

In the 23-page forfeiture affidavit document shared by Malaysiakini, the money is described as coming from various illegal activities including bank fraud and from making false statements to a financial institution.

The filings, which were made with the District of Columbia District Court, indicated four seizures from several accounts were made between January to July this year.

They included US$25 million (RM104.5 million) and US$11 million (RM45.9 million) from two Citibank accounts held in the name of Higginbotham Law PC, US$37.6 million (RM157.1 million) seized in March from an account at Morgan Stanley bank under the name Anicorn, and US$21,100 (RM88,196) seized in July from an account at Wells Fargo Bank under the name of Artemus Group.

The DOJ recently claimed Low had been assisted by several individuals in funnelling tens of millions of dollars into the US, which was to be used to lobby senior government officials and influence its investigations into the 1Malaysia Development Board (1MDB) scandal and related civil forfeiture proceedings of Low’s assets, among others.
Earlier today, the department announced its 46-year-old former senior congressional affairs specialist George Higginbotham has since pleaded guilty in conspiring to deceive US banks about the source and purpose of tens of millions of dollars sent from overseas to finance a lobbying campaign on behalf of foreign interests. He had previously worked for the department between July 2016 to August this year.
The department alleged in the court documents that Low’s money had been funnelled through various US bank accounts which were set up and under the control of one Prakazrel ‘Pras’ Michel.
Described as an entertainer and businessperson, Michel was assisted by Higginbotham in opening multiple accounts at US financial institutions so that money funnelled into the US at Low’s direction could be maintained.
However, the true source and purpose of the funds were not disclosed to the banks and were actively concealed from them, as it is believed the money had to be disguised since US banks viewed anything to do with Low to be ‘toxic’ following the department’s probe.
It is further claimed that Michel and Higginbotham met Low in Macau last year where they discussed how to continue the funnelling process to pay for the lobbying campaign.
Higginbotham has since confessed to working on fake loans and consulting documents in order to deceive banks and other regulators about the true source and purpose of the money, as well as conspiring to make false statements to financial institutions in the US concerning the source and purpose of the funds.


Sabtu, 12 Mei 2018

Malang bagi umno dan pas, jika ini terjadi. 7583.

Pilihan raya semula bakal berlaku?
PENULIS KHAS
Izinkan saya menulis panjang sekali lagi.

Saya memerhatikan bagaimana gembiranya penyokong-penyokong PAS terhadap kemenangan keatas Kelantan dan Terengganu.

Saya menulis dengan harapan, tuan-puan yang membaca tulisan saya ini boleh memanjangkan tulisan ini sehingga sampai ke telinga penyokong Pas.

Mereka bersorak gembira, kerana Kelantan dan Terengganu telah kembali ke tangan Pas, mereka juga bersorak gembira bertakbir dengan menyatakan Pas boleh menjadi Kingmaker di Perak.

Mereka bertakbir sekuat kuat terhadap kedudukan kerusi Dun di Kedah, dengan harapan BN akan ‘join’ mereka atau terwujudnya kerajaan campuran.

Saya mempunyai bayangan terhadap apa yang akan berlaku, berikut ini bayangan saya.

KES 2.6B DUIT KE POKET NAJIB

Seperti kata Tun M, “kami tidak ingin untuk membalas dendam, tetapi kami akan memartabatkan undang-undang”.

Tun M Dan seluruh MP yang Menyokong PH, setelah mengangkat sumpah sebagai PM ke-7 di Malaysia, setelah mengisytiharkan barisan Kabinet Menteri, pertama tama sekali akan membuka siasatan terhadap 1MDB.

Satu public inquiry akan dibentuk diketuai oleh kolenel bebas, akan diberikan mandat diRaja, akan menyiasat habis-habisan semua yang angka-angka yang terseleweng dalam 1MDB.

Semua angka angka ini akan dijejaki sehingga ke titisan akaun yang terakhir, sehingga sampailah ke akaun Najib tentang bagaimana 2.6 bilion boleh terterjah ke akaun peribadi Najib.

Sampailah dari akaun Najib, akan dijejaki duit rakyat berkenaan tentang siapa yang telah menerimanya, termasuklah pemimpin Pas yang dituduh menerima RM90 juta dari Najib.

Semua jejak ini saya pasti akan diketuai oleh Sdr Rafizi Ramli, dan dalam Public Inquiry DiRaja ini semua yang terlibat akan dipanggil untuk mendedahkan akaun dan transaksi masing-masing.

Hasil daripada Public Inquiry DiRaja ini, akan dirumuskan dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk dibuka kes di Mahkamah Persekutuan, atau secara terus kepada Mahkamah Persekutuan Malaysia.

KES DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Sekiranya kes berada di Mahkamah Persekutuan, maka yang dituduh berkenaan akan didakwa.

Semua duit 1MDB yang masuk ke akaun peribadi masing-masing, termasuk ke dalam akaun peribadi pemimpin Pas atau akaun Pas sendiri, akan diaudit pergi ke manakah duit rakyat ini.

Jika duit rakyat ini dijejaki dan disahkan digunakan untuk kempen pilihan raya ke-14, sama ada oleh BN, atau Pas, satu permohonan rasmi akan dibuat oleh Suruhanjaya Pendengaran Awam DiRaja untuk MEMBATALKAN kemenangan wakil-wakil Pas dan BN, sama ada untuk kerusi Dun mahupun Parlimen.

JIKA ITU BERLAKU

Akan berlakulah pilihan raya baharu terhadap semua kerusi kerusi Dun dan Parlimen baik dimenangi Pas atau Umno. Kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu akan diisytiharkan tidak sah.

Kali ini, penyokong Pas akan mengetahui bagaimana rupanya hati ulama-ulama Pas, bagaimana dahsyatnya sandiwara ulama-ulama Pas.

Kali ini mereka akan menelan sesuatu yang terlalu pahit, semua ludah mereka terhadap Parti AMANAH Negara akan menjadi satu igauan ngeri. Terbogel habis semua yang selama ini disembunyikan oleh ulama-ulama Pas melalui hadis-hadis dan ayat al-Quran yang digunakan untuk memperbodohkan penyokong tegar Pas.

JIKA BERLAKU PILIHAN RAYA SEMULA

SPR akan diganti dengan kepimpinan baru, barangkali Datuk Ambiga akan diangkat menjadi pengerusi.

Pada waktu tersebut, pilihan raya tidak akan lagi menjadi pilihanraya blackout, tetapi pilihan raya paling telus.

Dahulu sebelum PRU ke-14, kita dimasukkan ke dalam neraka oleh pendokong-pendokong PAS.

Kali ini, mereka berdepan dengan “neraka” yang mereka cipta. Pemimpin Pas yang terlibat dalam mengambil 90 juta semestinya akan diadili sebaik-baiknya melalui lunas undang-undang Malaysia.

Kali ini Kelantan dan Terengganu akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan, Kelantan akan kembali dikemudi oleh Ustaz Nik Omar manakala Terengganu, well, nanti mereka pilihlah antara mereka.

Semua kerusi kerusi Pas dan Umno yang dimenangi, akan bertukar milik kepada PH.

Kali ini penyokong Pas akan mempelajari sesuatu yang sangat penting dalam siasah Islam, iaitu Islam diperjuangkan melalui akhlak terlebih dahulu.

Itulah yang saya bayangkan, itulah yang saya rasa akan jadi.

Sebab itu Sdr Husam Musa tak mengomel berkenaan kekalahan mereka, sebab mereka tahu, inilah yang akan berlaku kelak selepas 6 bulan PH memerintah Persekutuan.

Sesungguhnya inilah bayangan yang saya bayangkan, yang bakal terjadi.

Penyokong tegar Pas, berdoalah ini akan terjadi, dan anda akan lihat sendiri, akhlak ulama-ulama Pas yang anda puja-puja.
-malaysiadateline

ref: 
KERENGGA: Pilihan raya semula bakal berlaku?

Saturday, 12 May 2018
NAMPAKNYA PROJEK PERTAMA PAKATAN HARAPAN IALAH MEMBESARKAN LAGI PENJARA SUNGAI BULOH....

Dalam misi untuk menyelamatkan negara dan membongkar skandal 1MDB, Perdana Menteri,  Tun Mahathir Mohamad membayangkan beberapa ketua jabatan kerajaan yang dipercayai bersekongkol, melindungi dan menyembunyikan kesalahan Najib Razak akan disiasat dan didakwa di mahkamah.

Sehingga ini beberapa nama telah disebut secara jelas untuk diambil oleh Tun Mahathir, antaranya Peguam Negara, Apandi Ali, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi SPR, Hashim Mohamad, meskipun Perdana Menteri belum lagi memasuki pejabatnya di Bangunan Perdana Putra.

Apandi didakwa melindungi fakta mengenai kesalahan Najib berkaitan 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya, manakala Dzulkifli dipercayai melengah-lengahkan siasatan berhubung perkara yang sama.

Selain itu, Dzulkifli juga boleh disiasat semula berkaitan skandalnya yang dikatakan mempunyai hubungan terlarang dengan seorang wanita yang sudah bersuami sebelum ini.

Beliau difahamkan sudah pun menjadikan wanita berkenaan sebagai isteri keduanya.

Hashim pula mungkin ada kesalahan berkaitan dengan beberapa tindakannya sebelum dan sewaktu pilihanraya baru-baru ini yang dilihat cuba memberi kelebihan kepada Najib untuk mengekalkan kuasa.

Dalam hal 1MDB,  sudah tentu bekas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang sepanjang mengetuai pasukan polis sebelum ini dilihat begitu condong melindungi Najib, akan turut berdepan penyiasatan yang sama.

Selepas mereka, Najib, Rosmah Mansor, Riza Aziz, Jho Low, bekas CEO 1MDB, Shahrul Azral Halmi, dua bekas eksekutif SRC International, anak syarikat 1MDB yang melarikan diri ke luar negara, Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin serta banyak lagi nama adalah antara yang paling berpotensi untuk disiasat dan seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan.

Najib dan Rosmah yang merancang untuk berlepas ke Indonesia hari ini, mungkin untuk terus melarikan, telah pun disekat dan disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Begitu juga dengan Pengerusi dan CEO 1MDB sekarang, Irwan Siregar dan Arul Kanda Kandasamy, menyiasat dan mendapatkan maklumat daripada mereka adalah cukup penting untuk membongkar kebenaran.

Berhubung wang RM2,600 juta, bekas TPM, Zahid Hamidi, seharusnya perlu disiasat juga untuk mengetahui sama ada beliau bercakap benar atau tidak berhubung kenyataannya telah menemui waris keluarga diraja Arab Saudi yang didakwa sebagai perderma kepada Najib itu.

Zahid Hamidi mesti membuktikan beliau bercakap benar dan tidak mereka-reka cerita semata-mata untuk melindungi Najib.

Dalam waktu yang sama, Zahid Hamidi dipercayai ada kes lama atas dakwaan memukul seorang pemuda sehingga pecah mukanya dan mengalami cacat kekal sehingga ke hari ini.

Semua kes itu mesti dibuka semula dan disiasat dengan seadil-adilnya.

Berkaitan skandal 1MDB yang daripadanya mengalir wang RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib, hampir semua pemimpin UMNO yang pernah menerima tunai sama ada RM1 juta, RM2 juta atau sebagainya daripada Najib,  semestinya wajib dipanggil untuk disiasat.

Adalah penting untuk mengetahui sama ada wang yang diterima daripada Najib itu berpunca daripada 1MDB atau tidak dan jika terbukti ianya wang curi, penjara kerana bersubahat adalah selayaknya bagi semua mereka.

Begitu juga dengan bekas pemimpin Pas, Nasharuddin Mat Isa yang pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli telah menerima wang tunai berjuta-juta daripada Najib yang dipercayai untuk dberikan kepada pemimpin-pemimpin Pas, beliau mesti dan wajib dipanggil untuk disiasat juga.

Harus diketahui untuk tujuan apa wang itu diberikan kepadanya dan kepada pemimpin Pas mana beliau pernah mengagih-agihkan wang tersebut.

Bagi para pemimpin UMNO yang menjadi menteri, timbalan menteri atau mengetuai mana-mana agensi kerajaan di era Najib, inilah juga masanya untuk Tun Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan menyiasat, mendakwa dan seterusnya menghukum mereka jika didapati ada melakukan kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Terlalu banyak skandal dan ketirisan berlaku di semua kementerian dan agensi kerajaan di waktu Najib menjadi Perdana Menteri sehingga bukan saja para menteri yang hidup kaya raya, bahkan pegawai dan anak isteri mereka juga hidup mewah seolah-olah datuk nenek mereka adalah berasal daripada keluarga berada.

Lebih-lebih lagi bagi kes yang sudah menjadi perhatian media sebelum ini seperti Felda, MARA, Felcra, Tabung Haji dan banyak bagi yang pernah disiasat SPRM tetapi kesnya senyap begitu saja, fail-failnya wajib dibuka semula.

Para pegawai di Pejabat Perdana Menteri yang antara peranan mereka melindungi salah laku dan kejahatan Najib serta Rosmah,  tidak seharusnya terkecuali untuk disiasat dan didakwa, tambahan lagi jika mereka mengamalkan gaya kehidupan mewah yang melampau-lampau selama ini.

Daripada semasa ke semasa, senarai mereka yang perlu disiasat, dibawa ke muka pengadilan dan seterusnya akan dihukum penjara, pasti sentiasa bertambah panjang.

Dalam misi untuk menyelamatkan negara sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan, pembasmian secara menyeluruh dan habis-habisan terhadap segala salah laku di era kleptokrasi Najib, bukan saja tidak dapat dielakkan, tetapi itulah kehendak rakyat sebenarnya.

Maka, jika berterusan ada tangkapan, siasatan, pendakwaan dan pemenjaraan terhadap pendurjana harta negara itu, muatkah penjara sedia ada untuk menempatkan mereka?

Untuk itu, barangkali projek pertama yang harus dimulakan segera oleh kerajaan baru ini ialah membesarkan lagi Penjara Sungai Buloh yang ada sekarang. (ShahbudinHusin 12/05/2018)

ref: 
Shahbudin dot com: NAMPAKNYA PROJEK PERTAMA PAKATAN HARAPAN IALAH MEMBESARKAN LAGI PENJARA SUNGAI BULOH....




Sabtu, 31 Mac 2018

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa. 7211.

Kes Prebet Adam Mengamuk Contoh Betapa Bahayanya Berita Palsu – Annuar

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata, berita palsu di dalam Islam dianggap sebagai satu fitnah di mana perbuatan fitnah ini amat berbahaya sehinggakan Islam meletakkan perbuatan fitnah ini dosanya adalah lebih besar daripada perbuatan membunuh manusia.


Jelasnya, sebab itu ajaran Islam mengajar penganutnya agar menyiasat dan meneliti terlebih dulu sebarang berita atau informasi yang sampai, terutamanya yang datang daripada golongan fasik kerana bimbang berita-berita tersebut tidak benar dan fitnah, agar umat Islam tidak membuat keputusan atau tindakan yang disesali selepas itu akibat terpengaruh dengan berita-berita palsu tersebut.


“Saya nak tarik perhatian kita dalam kes prebet Adam yang mengamuk di Chow Kit satu ketika dulu. Selama ini, apa yang kita tahu prebet Adam mengamuk ekoran adiknya dipukul di padang golf sehingga mati oleh Almarhum Sultan Johor dan fakta tersebut masih kekal di kalangan rakyat di negara ini.


“Bagaimanapun, selepas seorang bekas wartawan membuat penelitian tentang isu ini dan bertemu sendiri dengan prebet Adam yang tinggal di utara tanahair, barulah terbongkar rupa-rupanya fakta yang kita percayai selama ini adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.


“Menurut rakan saya yang menemui prebet Adam dalam mendapatkan penjelasan sebenar dalam isu beliau mengamuk itu, prebet Adam sendiri menafikan bahawa faktor utama beliau mengamuk di sebabkan adiknya dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor. Bahkan kata Adam, beliau hanya mempunyai seorang adik dan adiknya itu telah lama meninggal dunia akibat kebakaran ketika masih kecil


“Barulah saya tahu, bahawa cerita yang kononnya beliau mengamuk disebabkan adiknya dibunuh Almarhum Sultan Johor yang saya percaya selama ini adalah cerita palsu. MasyaAllah, cerita ini sudah bertahun-tahun dipercayai oleh kita semua dan berdosanya kita kerana mempercayai cerita fitnah yang terbongkar hanya dalam masa berpuluh tahun selepas kejadian itu,” tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel program diskusi “Anda Tanya Kita Jawab” anjuran UMNO Online dan Penerangan UMNO Malaysia yang diadakan secara langsung di PWTC, Rabu.


Jelas beliau lagi, kes prebet Adam itu kemudiannya dijadikan sebagai alasan untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja di negara ini.


“Barangkali kes prebet Adam ini sengaja digunakan sebagai senjata dalam kes mengurangkan kuasa Raja-Raja dulu. Saya lihat, Dr Mahathir merupakan pengamal cara ini. Inilah yang dilakukan ketika beliau mahu menggubal undang-undang bagi mengurangkan kuasa Raja-Raja di negara ini.


“Sebagai contoh, dalam isu terkini, Dr Mahathir tahu bahawa duit 1MDB tidak hilang. Beliau tahu sangat-sangat tentang perkara itu sememangnya tidak betul. Tapi, beliau gunakan cara yang ekstrim untuk menarik perhatian rakyat, contohnya secara terang-terang menuduh duit 1MDB itu dicuri oleh Perdana Menteri.


“Beliau menggunakan perkara ini sebagai satu kaedah, untuk  membentuk keyakinan dan persepsi di kalangan rakyat, dan beliau tahu apabila persepsi itu sudah melekat di pemikiran rakyat, maka ia amat susah untuk diperbetulkan semula. Kemudian, Dr Mahathir mengulangi perkara itu setiap kali beliau bercakap atau membuat kenyataan media,” ujarnya.


Justeru, dengan adanya undang-undang berita palsu ini kata Annuar lagi, tahap kebertanggungjawaban rakyat terhadap berita-berita palsu ini akan lebih tinggi berbanding hari ini.


“Ertinya kalau kita membuat sesuatu, contohnya menyebarkan berita-berita palsu ini, maka kita mestilah bertanggungjawab dalam perbuatan kita itu. Maka dengan wujudnya undang-undang ini akan membuatkan rakyat akan meneliti dan menyiasat kebenaran sebarang informasi yang mereka terima sebelum disebarkan melalui medium media sosial seperti facebook dan whatsapp,” tegasnya.-MediaUMNO

Sumber: 
Kes Prebet Adam Mengamuk Contoh Betapa Bahayanya Berita Palsu Annuar
Khutubah Jumaat... 
.

Jumaat, 30 Mac 2018

Jasa-jasa 1MDB. 7208.

#SUMBANGAN_1MDB_KEPADA_RAKYAT_MALAYSIA

1. Projek Bandar Malaysia seluas 202.3 hektar yang bakal menjadi pembangunan paling ikonik di Malaysia.

2. TRX City Sdn. Bhd. (TRX City) yang menjadi tarikan pelabur antaranya HSBC Malaysia pelaburan bernilai AS$250 juta (RM1.06 bilion) dan Lendlease yang turut membangunkan Lifestyle Quarters, Mulia International Group yang membangunkan Signature Tower dan Veolia, iaitu syarikat kitar semula bagi sisa kumbahan.

3. Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, jika London boleh berbangga dengan Canary Wharf, Shanghai pula dengan Pudong, Singapura terkenal dengan Marina Bay, kini tiba masanya Kuala Lumpur berbangga dengan TRX.

4. Pangkalan Udara Sendayan bakal menjadi pusat latihan terbesar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

5. Kawsan Sendayan yang sebelum ini merupakan kawasan Felda, bakal menjadi bandar satelit kepada Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Penduduk di kawasan itu akan menikmati kualiti hidup lebih baik dan permintaan terhadap kediaman di kawasan itu akan melonjak naik. اِنْ شَآءَاللّهُ.

6. Biasiswa 1MDB yang membiayai pengajian anak-anak cemerlang.

7. Program haji tajaan Yayasan 1MDB. Setiap tahun seramai 1,200 jemaah haji berpeluang ke tanah suci untuk melaksanakan ibadah haji. Mereka yang terpilih terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara.

8. Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2011 bermula dengan hamya seramai 111 orang, program yang memasuki tahun kelapan ini telah meningkatt kepada 1,200 orang dan kini menghantar seramai 5,711 orang menunaikan ibadah haji.

9. 1MDB juga turut membina semula Masjid Kampung Baru yang bernilai RM20 juta.

10. Ini bukan cerita 10 tahun masih tak setel isu Air. 1MDB adalah cerita serius. Paham Jemin?

Diringkaskan dari tulisan Beruang BIRU tanpa point no 10 😁

#UB
#JanganJadiKhawarij
#KamiGengNajibRazak
#KhawarijAnjingNeraka
#TaatPemerintahDalamHalMakruf

__
Dapatkan T-shirt #JanganJadiKhawarij di sini:https://goo.gl/forms/znLhEEaavJBblQWy2

Ingin dpt update Abu Aqif terus ke whatsapp?

SAVE no 010-6561640 dan isi form nihttps://goo.gl/forms/sHFRKO6Idqn3pd0y1

Atau subscribe di Telegram t.me/abuaqifupdates


Sumber:
(1) #TERKINI_130_JASA_NAJIB_RAZAK Datuk Seri Najib... - Abu Aqif Al Aman


Jumaat, 22 Disember 2017

6743. 1mdb 1.

Zaman Kleptokrasi: Kerajaan Najib bayar hutang terakhir 1MDB kepada Abu Dhabi

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 3 jam yang lalu
SYARIKAT pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menyelesaikan baki AS$1.2 bilion (RM4.89 bilion) hutang kepada dana Abu Dhabi, sekali gus menyelesaikan pertikaian yang boleh memalukan pentadbiran Najib menjelang pilihan raya umum akan datang. Bahagian terakhir daripada AS$630 juta dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) hari ini, jumlah yang tidak kecil untuk premium besar dibayar oleh syarikat China untuk hartanah dimiliki oleh 1MDB, iaitu tanah di Pulau Indah, Selangor dan Air Itam, Pulau Pinang. Campur tangan oleh syarikat-... lagi »

PEGUAM NEGARA U.S : Hampir separuh hasil kutipan rasuah US adalah daripada 1MDB!

canang pada Cananglahnie - 16 jam yang lalu
PEGUAM NEGARA U.S : Hampir separuh hasil kutipan rasuah US adalah daripada 1MDB! Pada 4 Disember, 2017 pada pembukaan "Global Forum on Asset Recovery" Peguam Negara Amerika Syarikat memetik bahawa skandal 1MDB adalah "Kleptokrasi yang palik teruk!" dan Department of Justice AS "sedang berusaha untuk memberi keadilan kepada mangsa-mangsa skim ini" Hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai AS$ 3.5 bilion yang telah dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat datang dari saman sivil berkaitan 1MDB, dedah Peguam Negara Amerika Syarikat Jeff Sessions. Antara perbelanjaan mewah yan... lagi »
.

Rabu, 6 Disember 2017

6487. Jangan kecam saya. Bekas Pengerusi Mara. Pembangkang Pendusta.

Annuar gesa rakyat abaikan dusta pembangkang 
Oleh: NAJAMUDDIN MOHD NOR 
5 DIS: Rakyat Malaysia tidak patut termakan hasutan pembangkang yang mempolitikkan siasatan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan dengan 1 Malaysian Development Berhad (1MDB). 

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menegaskan, masih ramai rakyat Malaysia terkeliru dan tidak faham peranan DoJ Amerika Syarikat dalam menyiasat perkara yang telah melanggar peraturan di negara tersebut. 

“Jawatankuasa Kira Wang Negara (PAC) telah sebut dan segalanya telah ada, segalanya telah kita bincang beratus kali dan banyak lagi perkara lain tak pernah kita bincang secara terperinci seperti 1MDB. 

“Sebenarnya ramai orang mudah menimbulkan kesilapan, sebenarnya sama ada DOJ di US, Singapura atau pun di mana sahaja, mereka semua bertindak dengan apa yang ada pada undang-undang di negara mereka dan 1MDB atau Malaysia tidak pernah protes. 

“Kita tidak boleh mengikut rentak pembangkang bukan sahaja nak cari salah tetapi nak mengecam Perdana Menteri dalam konteks hits kempen mereka,” jelasnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui di PWTC, pada Selasa. Menurutnya, DoJ Amerika Syarikat telah melakukan amalan biasa dalam prosedur operasi standard terhadap perkara yang telah menyalahi peraturan di negara itu. “Rules of law di tiap-tiap negara itu mesti berjalan, tapi ramai orang tak paham. 

Semuanya konteks pelanggaran undang-undang dalam negara mereka. “Bukan soal 1MDB dan bukan pihak yang patut untuk dipertanggungjawabkan. “Tapi kalau ada perkara yang terkait tapi berlaku di negara mana-mana maka proses negara itu akan berjalan,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, 1MDB telah menunjukkan prestasi yang baik dalam agenda pembangunan di negara. “Seperti juga dengan kita, kita jalankan 1MDB dalam negara kita dan mengikut ‘frame work’ dalam negara kita, resolusi perniagaannya berjalan terus. “Dan kita tahu 1MDB sedang lakukan yang terbaik. Nilai pembangunan kasar untuk TRX dan Bandar Malaysia menunjukkan angka yang baik, jadi 1MDB lebih menumpukan kepada potensi pembangunan dan kita akan teruskan,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu. 

Reaksi Annuar itu adalah merujuk laporan terbaru DoJ yang mengumumkan badan kehakiman negara itu berjaya merampas dan menahan harta berjumlah hampir AS$1.75 bilion melibatkan 1MDB.

Sumber: http://wak-labu.blogspot.my/2017/12/annuar-gesa-rakyat-abaikan-dusta.html
Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Selasa, 2 Ogos 2016

6094. 1MDB. Kalau Pemimpin Malaysia dan pendokongnya itu Islam. In Syaa Allah Malaysia tidak jadi seperti hari ini. Aamiin Ya Allah.

Bismillahi Walhamdulillah.
Allah akan tunjukan yang benar itu sebenar-benarnya akan benar dan tetap benar. Aamiin Ya Allah.
Menteri Kewangan Malaysia yang dulu. Dipecat kerana kejujurannya kerana Allah. 

Bila Malaysia dipimpin oleh bangsa. 

Tindakan Amerika rampas aset berkaitan 1MDB tak 'cacat'

     Syahredzan Johan      1 Ogs 2016, 6:13 petang      1 Ogs 2016, 6:42 petang
    Menteri Kewangan Malaysia hari ini. 
    ULASAN l Semalam, dilaporkan “seorang peguam litigasi terkemuka di Brisbane” yang bernama Quintin Rozario mendakwa tindakan Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) “mempunyai kecacatan dari segi undang-undang”.

    Media melaporkan:
    Rozario yang dihubungi dari Brisbane memberitahu Bernama, Lynch sudah melampaui batas kuasanya dengan merumuskan bahawa satu kesalahan atau beberapa kesalahan telah dilakukan oleh Malaysia atau ejennya.
    Peguam Negara Malaysia hari ini. 
    Murah, mudah dan mewah. 
    "Beliau seterusnya membayangkan mereka telah melakukan kesalahan itu menerusi kenyataan tanpa disertai bukti kukuh atau keputusan mahkamah yang sah yang boleh menyokong dakwaannya.”

    Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch mempunyai hak untuk membuat kenyataan itu. Beliau seorang AG. Beliau membuat kenyataan berkaitan tuntutan pelucuthakan sivil susulan siasatan beberapa badan penguatkuasaan di Amerika.

    Sudah tentu beliau berhak mengumumkan tindakan yang diambil dan hasil siasatan mereka. Beliau mempunyai tanggungjawab kepada rakyat Amerika untuk melaporkan “sitaan aset terbesar dalam sejarah Amerika."

    Pengumumannya tidak membuatkan sebarang pihak dinamakan (atau tidak dinamakan) bersalah terhadap sesuatu kesalahan.
    Jika demikian, pihak yang terkilan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat boleh mencari jalan lain fitnah tort. Dan malah Lynch mungkin ada pembelaannya.

    Kemudian, Rozario dilaporkan berkata:

    "Untuk perkara itu berlaku, defendan rakyat Malaysia itu harus diadili terlebih dahulu. Bagaimanapun mereka tidak pun diadili," katanya.

    Rozario kemudian berkata menjadi prinsip undang-undang bahawa penjenayah paling keji sekalipun layak dan berhak mendapat keadilan asasi mengikut perlembagaan.
    "Hak untuk didengar dan peluang membentangkan hujah mempertahankan diri, mencabar dakwaan dan keterangan terhadap mereka, dan untuk pendakwa berhadapan dengan orang yang dituduh, masih belum berbangkit.
    "Sebagai pegawai tertinggi undang-undang di negaranya, tindakan Loretta Lynch baru-baru ini adalah menafikan perbicaraan yang adil atau apa juga perbicaraan kepada responden. Loretta sendiri pada masa sama telah menjadi hakim, juri dan pelaksana hukuman," katanya.

    Di sini Rozario nampaknya tidak faham pada proses rampasan di Amerika.

    Rampasan sivil adalah tindakan menyasarkan harta tanah (in rem), bukan individu (in personam). Ketika itu, tiada pendakwaan jenayah dibawa terhadap mana-mana pihak dinamakan (atau tidak dinamakan) yang terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

    Hujah Rozario berkaitan hak untuk didengar sudah tentu prinsip yang penting dalam sesuatu sistem keadilan, tetapi tiada sesiapa yang didakwa. Jadi, andaian tidak bersalah tidak timbul.
    Kenyataannya bahawa Loretta telah menjadi hakim, juri dan pelaksana hukuman adalah jelas salah kerana:
    *Lynch hanya membuat pengumuman dan menyelia pemfailan perampasan harta.

    *Tindakan perampasan harta itu difailkan di mahkamah. Dan mahkamah akan mengarahkan perampasan itu jika DOJ mampu membuktikan harta tanah dirujuk mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah, yang mana lebih kurang beban pembuktian berbanding perampasan jenayah.

    Harus difahami bahawa jika sitaan dibenarkan, pemilik harta tanah ini masih boleh mendapatkannya kembali dengan menunjukkan kepada mahkamah bahawa mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah.

    Terhadap banyak kritikan berkaitan langkah rampasan sivil daripada peguam hak asasi di AS, tetapi buat masa ini, proses itu sah dan hujah Rozario bahawa ia “cacat”, paling baik pun sebuah salah tanggap.
    Kemudian, laporan selanjutnya menyebut:

    Rozario berkata tindakan Peguam Negara Amerika Syarikat itu juga jelas bertentangan dengan keputusan Mahkamah Agung negara itu pada 2014 dalam kes Daimler lawan Baume.
    Dalam kes berkenaan, mahkamah tertinggi negara itu memutuskan sebarang pelanggaran tindakan yang dilakukan penduduk di Amerika Syarikat, perbuatan mereka tidak dapat dikaitkan dengan kerajaan atau dalam kes ini, 1MDB.
    "Sebaliknya Mahkamah Agung memutuskan aktiviti mereka hanya akan mewujudkan bidang kuasa tertentu di negeri tempat mereka tinggal di Amerika Syarikat," katanya.
    Saya bukan pakar dalam undang-undang Amerika (atau Malaysia), tetapi saya fikir Rozario merujuk kes Daimler AG lawan Bauman, bukan Daimler lawan Baume.
    Sefaham saya terhadap kes itu, selepas membacanya di atas talian, prinsip dalam kes Daimler AG lawan Bauman, bahawa syarikat asing tidak bertanggungjawab terhadap saman di Amerika atas tindakan berkaitan kesalahan dilakukan di luar negara itu.

    Oleh itu, mahkamah Amerika tidak mempunyai bidang kuasa.
    Dakwaan dalam tindakan rampasan sivil oleh DOJ, bahawa pengubahan wang haram berlaku dalam bidang kuasa Ameria. Jadi, kes Daimler AG lawan Bauman tidak relevan lagi.
    Selain itu, kes Daimler AG lawan Bauman bukanlah tindakan rampasan sivil tetapi tindakan in personam.

    Akhir sekali, Rozario dilaporkan berkata:
    "Pendekatan Loretta Lynch dalam isu 1MDB ini adalah seiring dengan tindakan Amerika Syarikat selama ini yang menggunakan taktik kekerasan ke atas negara kecil. 
    "Ini lakukan dengan beranggapan bahawa ia mempunyai kuasa untuk menjejaskan kedaulatan Malaysia dan menguatkuasakan 'kewajipan undang-undangnya' dengan merampas kuasa itu daripada mahkamah Amerika Syarikat dan Malaysia serta agensi lain dalam kerajaan mereka," katanya.

    Reaksi saya terhadap kenyataan itu, tindakan Amerika berada dalam hak-hak mereka. Isu kedaulatan tidak berbangkit sama sekali.

    Jika seorang warga asing datang ke Malaysia dan terlibat dengan pengubahan wang haram di sini, mahkamah kita juga mempunyai bidang kuasa terhadap pihak itu.

    Perkara sama berlaku terhadap Amerika untuk kesalahan dalam bidang kuasa mereka di sana.

    SYAHREDZAN JOHAN seorang pengamal undang-undang. [[Baca tulisan asal dalam bahasa Inggeris]] 
    Berita cedukan dari: 
    (1MDB )
    Gambar cedukan dari:
    (alditta.blogspot.my)






    Rabu, 27 Julai 2016

    6073. The Sabah Insider.Net.

    AWAS....NAJIB BAKAL DITANGKAP MASA TERDEKAT INI!!!!
    OLEH: ISMAILY BUNGSU
    www//sabahinsider14.blogspot.com
    Sunday July 24/2016

    BILA kita jadi pemimpin dan selalu ikut kata bini atau kalah oleh bini maka kepimpinan yang asalnya baik menjadi rosak.

    Biasanya bila kita di atas, kita selalu lupa diri dan menganggap kita itu maha berkuasa dan kesan kuasa yang ada maka selalu saja kita sesuka hatinya melakukan apa saja semahu-mahunya kita, apa lagi bila yang kita lantik selalu ikut telunjuk kita menjadi barua kesan dapat sesuatu.

    Makanya bila berada di atas jangan sekali lupa daratan dan ingatlah selalu Allah dan kala Allah dilupakan pasti akhirnya nanti yang kita lakukan bakal ditanya oleh Allah di akhirat.

    Di akhirat pasti tapi di dunia kekadang kita menerima hukuman/ada saja balasannya dan itu digelar hukum karma.

    Kehidupan Anwar berpuluh tahun cukup terseksa, ditendang, aibkan, dipukul matanya hingga lebam dan sekarang di rumah sakit kesan sakit dan derita itu cukup sama kita rasakan dan memang perbuatan itu cukup pahit kesan doa-doa orang yang teraniya selalu makbul dan kesannya akibat salah tingkah pemimpin rakyat hidup penuh derita.

    Najib meski bagaimana hebatnya kaki-kaki ampu macai mempertahankan kedudukannya jika memang salah maka segalanya akan terbongar juga nanti dan rakyat akan tahu semua perkara yang disembunyikan selama ini.

    Saya yakin sangat majlis Raja-Raja akan bersidang dalam waktu terdekat untuk membincangkan perkara ini dan tidak boleh tidak Najib terpaksa mengosongkan kerusinya sebagai perdana menteri Malaysia.

    Dalam waktu terdekat juga Najib akan dipanggil oleh FBI-Federal Bureau of Investigation dan aset yang bakal disita akan dibicarakan di Amerika dan di situ kita akan tahu kedudukan yang sebenarnya malah bukan saja dikait hal RM2.6 bilion, malah terkait semua dana dalam akaun 1MDB akan disiasat.

    Segala bukti bukan saja di Amerika, malah juga yang di Hong Kong dan Negara-negara lain melalui alliance assets international limited, cityfiled enterprises limited, bartingle international limited dan wonder quest investments limited cukup jelas.

    Kita lihatlah nanti dan segalanya akan terbukti dan selepas itu kita mahu tahu apalah nanti yang bakal diperkatakan oleh menteri2 dalam kabinet yang asyik mengampu bodek dan terus mempertahankan seolah rakyat bangang dan bodoh termasuk penulis-penulis yang pro UMNO dan kroni segala macam yang selama ini membototi Najib.

    Apakah penulis pembangkang benar-benar kaki penipu dan suka menulis kosong meroyan atau apakah mereka yang selama ini memang menulis atau sebaliknya kesan mendapat upah yang lumayan dan ingat sesunggunya wang yang didapatkan itu tidak berkat kesan usaha membodohkan rakyat.

    Saya menulis tanpa mendapat sesenpun dari sesiapa tetapi kesan keikhlasan kerana Allah semata dan perjungan DS Shafie juga sama kerana Allah demi rakyat Malaysia.

    NOTA : Baru sebentar saya menerima maklumat dan jika benar maka dunia akan terkejut dan kita sebagai Malaysian rasa malu kalau-kalau  Malaysia ini dikatakan sebagai MALINGSIA

    Posted by 
    (http://sabahinsider14.blogspot.my/2016/07/awasnajib-bakal-ditangkap-masa-terdekat_23.html)

    Popular Posts



    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

    Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

    الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
    •
    استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
    استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
    استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
    •
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
    •
    الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
    •
    سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
    •
    آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
    •
    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
    •
    ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

     • 
    ..................................