Selasa, 19 Disember 2017

6727. Sama-sama kita HADAM.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS. Al 'Imran 3:185) 
Nah sama-sama kita HADAM... hampir-hampir berjaya yahudi laknatullah menjahanamkan Melayu melalui Sistem Pelajaran.. Kejap Pendidikan Kejap Pelajaran. Errrr...

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS. Al 'Imran 3:185) 

Kes Cikgu kena ke mahkamah sebab ajar anak orang supaya tidak jadi selain dari manusia sebagaimana yang Allah amanahkan. 

TQ mak bapak. TQ cikgu. TQ masyarakat. 

Mesej dari Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. 

Pesanan utk semua ibu bapa. Cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak. Peringatan untuk semua, mudah-mudahan membantu membentuk anak-anak dalam masyarakat yang perihatin.

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. *Anak kita bukan baik sangat.*
Wlu kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia & buat pelbagai perkara yg kita tak jangka.

2. *Bukan anak kita sorang aje kat dlm kelas.*
Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pd semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yg cikgu alami sewaktu mengajar anak2 kita.

3. *Anak kita juga pandai menipu.*
Jgn percaya sangat dgn cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dgn kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat & jgn cepat melatah. Nanti kita yg malu.

4. *Anak kita layak dimarah.*
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah & di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dlm kelas & kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. *Ingat semula kenapa kita hantar dia ke sekolah.*
Utk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Utk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Utk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. *Dia sedang dididik. Dgn cara yg kita suka, mahupun tidak suka.*
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dgn cara yg tak sama dgn didikan kita, jgn hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. *Kita tak mampu berikan semua ilmu yg diperlukannya.*
Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology & sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kpd anak kita. Hormati mereka.

8. *Duit bukan segalanya.*
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. *Kita tak mampu membentuknya seorang diri.*
Anak kita perlu dilatih hidup dgn masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yg ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama utk memahamkan dia, bagaimana utk survive di dunia ini. Guru2 itulah yg akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang utk membantu kita.

10. *Kita bukanlah orang yg paling betul dlm dunia.*
Cara guru & kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri & beratus malahan beribu anak2 orang lain yg mereka didik seperti anak2 mereka sendiri.

11. *Jgn sombong dgn guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dlm al Quran.*
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dgn memberi ilmu yg bermanfaat kpd ribuan manusia & amal ini Allah kira sahamnya wlupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?

12. *Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.*
Tanamkan itu dlm peribadi anak2 kita. Yg 11A tapi jika biadap dgn guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dlm pelbagai cara.

13. *Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.*
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yg digunakan oleh guru2 utk menasihati anak2 kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yg sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi dpd guru2 anak2 kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yg anak kita dapat utk dia jadikan panduan utk jalani kehidupan di dunia & diakhirat.
Parent ni..
patutnye ikut contoh yg telah dilakukan oleh Tun Hussin Onn pada anak dia Datuk Hishamudin....
masa tu D.Hishamudin bersekolah di VI....
Tun Hussein Onn pulak menjadi Perdana Menteri
dan
Tun Dr.Mahathir pulak menjadi Menteri Pelajaran....

Alkisah....
suatu hari D.Hishamudin telah membuli beberapa org pelajar....
mereka mengadu para guru disiplin...
Hishamudin terus dirotan oleh guru disiplin...

Esoknya,
Tun Hussein Onn dgn diringi Tun Mahathir..telah dtg ke sekolah VI berjumpa dgn Pengetua.
Tun Hussein meminta pengetua memanggil Hishamudin dan Guru Disiplin yg telah merotannya ke Pejabat Pengetua...

lepas tu Tun Hussein minta Pengetua bagi dia rotan paling besar
...Dr Mahathir ingatkan Tun Hussin nak rotan guru disiplin tu..

tapi..
rupa-rupanya..
dia hayunkan rotan tu di punggung anaknya, Hishamudin...
terkejut Tun Dr.Mahathir ...
kasihan Datuk Hishamudin...
kononnya bila mengadu kat ayah dia,
PM pd masa tu..
ayah dia akan marah kat cikgu yg merotan dia tu...
tapi..
dia pula yg kena balun..😊
...itulah kisah dan teladan
yg dpt dipetik dr buku 'A Doctor in the House'..tulisan Tun Dr.Mahathir.

WspGrop. 

Tiada ulasan: