Jumaat, 22 Disember 2017

6744. felda 1.

Zaman Kleptokrasi: Felda akui transaksi tanah berlaku, tapi tidak terima 1 sen pun

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 3 jam yang lalu
Pengerusi Shahrir Samad berkata Felda tidak terima sebarang wang daripada syarikat yang membeli tanah itu, yang dianggarkan bernilai RM270 juta. [image: Shahrir-Abdul-Samad-felda]KUALA LUMPUR: Felda hari ini mengakui transaksi tanah milik agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang melibatkan 4 bidang tanah memang berlaku dan dianggarkan jumlah keseluruhannya bernilai RM270 juta. Bagaimanapun, Pengerusi Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata walaupun transaksi telah berlaku tetapi Felda tidak menerima sebarang wang daripada syarikat yang membeli tanah itu. “Duit tak ada. RM 1 sen pun ... lagi »

Zaman Kleptokrasi: PM telah dimaklum pindah milik tanah Felda Jalan Semarak, kata pengerusi Felda

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 3 jam yang lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dimaklumkan mengenai pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak, kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahril Samad, lapor Bernama. Perkara ini dinyatakan Shahril dalam sidang media di Menara Felda sebentar tadi. Berita lanjut menyusul. Sebelum ini, urusan pindah milik tanah Felda yang penuh keraguan itu mendorong polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan. Tanah itu dilaporkan bernilai RM200 juta. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata penelitian agensi anti-rasuah setakat ini tidak... lagi »

Zaman Kleptokrasi: Saya kagum tanah Felda bertukar milik, sindir Shahrir

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 3 jam yang lalu
Pengerusi Felda, tidak menolak andaian bahawa kes pemindahan hak milik tanah strategik Felda bernilai lebih RM200 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur mungkin didalangi pihak tertentu. Ini memandangkan, pemindahan hak milik tanah itu dilakukan dengan begitu mudah dengan hanya menggunakan surat wakil kuasa, katanya. "Saya kagum bagaimana tanah milik institusi boleh ditukar milik dengan mudah," katanya sinis ketika ditanya pemberita dalam sidang media di ibu pejabat lembaga tersebut hari ini. "Mungkin ada kuasa yang lebih besar jadi kami serah kepada siasatan polis untuk mengetahuinya,"... lagi »

Felda lapor polis pada pemaju tanah

Mohd Sulaiman pada Wak Labu Farm - 4 jam yang lalu
Alyaa Alhajri Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membuat laporan polis terhadap kemungkinan penipuan melibatkan pemaju induk untuk projek yang dibina atas tanahnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad berkata laporan terhadap syarikat itu untuk mendapatkan semula pemilikan untuk empat bidang tanah yang keseluruhannya dianggar bernilai RM270 juta. Katanya, walaupun pemaju induk telah dilantik untuk projek itu, pemilikan tanah itu harus kekal di pihak Felda. Shahrir juga berkata, Felda membuat laporan polis setelah kronologi penuh kes itu diba... lagi »

Zaman Kleptokrasi: Felda akui berlaku penyelewengan, tanah dijual RM270 juta

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 5 jam yang lalu
Felda yakin berlaku penyelewengan dalam penukaran hakmilik tanahnya di Jalan Semarak dan telah membuat laporan polis mengenainya. Pengerusi Felda Shahrir Samad berkata, selain laporan polis, Felda juga telah membuat permohonan kaveat persendirian ke atas tanah itu. Jelasnya, ia dilakukan oleh syarikat yang diberi kuasa sebagai wakil Felda iaitu Synergy Promenade Sdn Bhd telah menjual sendiri tanah itu kepada syarikat lain yang dikuasai firma berkenaan. Tegasnya, Felda tidak pernah menerima satu sen pun duit daripada urusniaga berkenaan, walau rekod jual beli menunjukkan tanah berkenaa... lagi »

Zaman Kleptokrasi: Tanah Felda lebih RM200 juta di KL terlibat ‘transaksi diragui’

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 5 jam yang lalu
[image: Tanah Felda lebih RM200 juta di KL terlibat ‘transaksi diragui’] Felda mungkin berisiko kehilangan hak ke atas tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta itu. SEBIDANG tanah strategik milik Felda dipercayai bertukar hak milik selepas satu transaksi diragui pada 2015. Akhbar Berita Harian melaporkan, Felda mungkin berisiko kehilangan hak ke atas tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta itu. Transaksi pindah milik meragukan itu melibatkan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda yang kini dimajukan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), lapor akhbar itu. Semakan ... lagi »

Polis, SPRM siasat pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 5 jam yang lalu
Penelitian SPRM setakat ini mendapati kes itu menjurus kepada kelemahan tadbir urus dan pecah amanah, tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa. [image: FELDA-SPRM]Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menyiasat kes pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, bernilai RM200 juta yang dilaporkan Berita Harian (BH) hari ini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata penelitian agensi anti-rasuah setakat ini tidak menemui unsur rasuah dan salah guna kuasa, maka ia dirujuk kepada polis untuk tindakan lanjut. “Kami juga me... lagi »
.

Tiada ulasan: