Memaparkan catatan dengan label Politik Malaysia - Felda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik Malaysia - Felda. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Disember 2017

6748. Polis, SPRM siasat pindah milik tanah Felda.

Polis, SPRM siasat pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak

FMT Reporters
 | December 21, 2017

Penelitian SPRM setakat ini mendapati kes itu menjurus kepada kelemahan tadbir urus dan pecah amanah, tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa.
PETALING JAYA: Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menyiasat kes pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, bernilai RM200 juta yang dilaporkan Berita Harian (BH) hari ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata penelitian agensi anti-rasuah setakat ini tidak menemui unsur rasuah dan salah guna kuasa, maka ia dirujuk kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Kami juga mendapat maklum bahawa Felda turut melaporkan perkara itu kepada polis dan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa itu,” katanya lapor BH.
Menurut Azam, penelitian pihaknya mendapati kes itu menjurus kepada kelemahan tadbir urus dan pecah amanah.
Bagaimanapun, SPRM akan mengambil tindakan lanjut jika polis menemui unsur jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

BH hari ini mendedahkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik bernilai lebih RM200 juta di Jalan Semarak apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Menurut akhbar itu, sumber memberitahu pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkan tanah itu.
Felda dipengerusikan Tan Sri Isa Samad sehingga Januari lalu. Beliau merupakan pengerusi FIC sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga kini.
Menurut carian BH di Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai 2016.
Sehingga kini, Felda tidak membuat pengumuman berhubung pindah milik itu atau transaksi pengambilalihan tanah dengan pemaju utama terbabit, menurut BH.

Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/12/21/polis-sprm-siasat-pindah-milik-tanah-felda-di-jalan-semarak/
.

6746. Felda 3 - Dah masuk paper baru kau bunyi.

Sebelum ni ko men nyorok-nyorok ke men galah?

Friday, 22 December 2017

Dalang Jual 3 Aset Tanah Felda Terbongkar?

Dalang Jual 3 Aset Tanah Felda Terbongkar?"Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang dilantik sebagai Pengerusi FELDA, 6 Januari lalu.

Beliau yang mengakui agensi itu 'kehilangan' tiga bidang tanahnya bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak di sini, mahu mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan kembali hak FELDA yang sudah bertukar tangan kepada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Dalang Jual 3 Aset Tanah Felda Terbongkar? Katanya, keseluruhan kawasan milik FELDA itu bernilai lebih RM270 juta, namun hanya sebahagian kecil tanah dikenali SPA3 masih di bawah nama FELDA, manakala tiga SPA lain iaitu SPA1, SPA2 dan SPA4 bernilai keseluruhan lebih RM250 juta sudah bertukar tangan.

"Kita bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju KLVC dan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai agensi yang meluluskan pindah milik tanah itu.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana nak uruskan perkara ini, apa yang kita mampu buat adalah cuba meletakkan Kaveat Persendirian, Februari lalu apabila dapat tahu hal ini berlaku untuk menghalang semua transaksi," katanya dalam pertemuan eksklusif BH.

Beliau mengesahkan tanah FELDA bertukar tangan apabila BH menunjukkan Catatan Carian Persendirian Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bertarikh 1 November 2017.

Dalang Jual 3 Aset Tanah Felda Terbongkar?


Catatan itu menunjukkan nama pemilik bagi lot 390 atau dikenali SPA1 adalah milik sebuah syarikat yang ada kaitan dengan pemaju KLVC dan bukan lagi FELDA.

Shahrir juga pelik apabila usaha pihaknya meletakkan Kaveat Persendirian pada 28 Februari lalu ke atas tanah itu dihalang atas alasan FELDA tidak berhak, kerana pemaju memiliki semua dokumen sah untuk pendaftaran.

"Lembaga Pengarah FELDA terpaksa meminta bantuan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bantu meletakkan Kaveat Persendirian dan berjaya pada 14 April lalu," katanya.

Kaveat Persendirian adalah kaveat yang dimasukkan oleh individu atau badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hartanah bagi menyekat atau menghalang sebarang urus niaga tanah itu, termasuk dipindah milik dan hanya boleh ditarik balik menerusi perintah mahkamah.

Dalang Jual 3 Aset Tanah Felda Terbongkar?


Shahrir mengulas BH Bongkar semalam, FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di sini yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Tanah itu, dipercayai dibangunkan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik FELDA dikenali sebagai KLVC Tower1A.


Dalang Jual 3 Aset Tanah Felda Terbongkar? Ditanya sama ada orang dalam terbabit dalam urus niaga itu, Shahrir berkata: "Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan membuat audit, jadi soal kesilapan mana-mana pihak akan diketahui kelak, termasuk individu yang terbabit dalam meluluskan transaksi," katanya. - berita harian
Sumber:
http://www.addindeen.com/2017/12/dalang-jual-3-aset-tanah-felda.html
.

6745. Felda 2. - Mak Cik, Pak Cik Felda ooi...

Najib arah siasatan tanah FELDA dibuat sesera

Mohd Sulaiman pada Wak Labu Farm - Sejam yang lalu
*22 DIS: * FELDA diarah mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kepentingan agensi dan peneroka susulan isu penukaran hak milik tanah di Jalan Semarak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Tegas Perdana Menteri, siasatan terperinci perlu dijalankan serta-merta oleh pihak berkaitan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak terbabit. Tegasnya, kepentingan FELDA dan peneroka mesti sentiasa dijaga dalam segala program pembangunan negara. “Pada masa sama, saya mahu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa serta-merta. Tindakan akan diambil terhadap sebarang... lagi »

Tanah Felda Jalan Semarak: Najib digesa bercuti beri ruang siasatan

kerengga pada KERENGGA - 3 jam yang lalu
MALAYSIA DATELINE Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak wajar mengambil cuti bagi memberi ruang penyiasatan menyeluruh ke atas kehilangan hak ke atas tana di Jalan Semarak milik Felda sebagaimana didedahkan media arus perdana semalam. Noraza Muda Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda Lajnah Tanah Pas Naraza Muda berkata, selepas pendedahan oleh akhbar Berita Harian (BH) itu disahkan

Zaman Najib ,jual tanah tak dapat duit.

mantaro pada SISI BUKIT - 5 jam yang lalu
Zaman Najib jual tanah tak dapat duit.Nanti DAP juga yang kena.Tanah Felda RM270 juta dijual ,habuk pun tiada. Buat kata Najib,haram jadah dan kepala bapak ko?

Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 6 jam yang lalu
*KUALA LUMPUR *: Fokus Felda ketika ini adalah untuk menuntut semula keempat-empat lot tanah bernilai RM270 juta yang kini dimiliki oleh sebuah syarikat swasta. Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata pihaknya telah melaporkan kepada polis 12 Disember lalu apabila percaya berlaku penipuan dalam proses pertukaran hak milik tanah di Jalan Semarak di sini. Malah, pihaknya juga akan mengambil tindakan sivil kepada syarikat swasta berkenaan kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa. Jelasnya, sehingga kini Felda tidak menerima sebarang pembayaran hasil penukaran hak milik ke a... lagi »

ISA SAMAD KAMU MAHU LARI MANA?

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 7 jam yang lalu
Nak lari kemana kamu Isa Samad? Isa Samad tentu sekarang ini berada dalam gundah gulana hingga takut hendak bertemu media yang menunggunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi. Media mahukan maklum balasnya berhubung isu pertukaran hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang telah dipinda milik kepada sebuah syarikat yang mencurigakan keraana tiada wakil Felda yang tanda tangan (dokumen penjualan). Menurut laporan, tanah-tanah itu merangkumi empat perjanjian jual beli dengan nilai keseluruhan RM269.78 juta bagi kawasan berkeluasan 6.57 hekt... lagi »

Dalang Jual 3 Aset Tanah Felda Terbongkar?

Addin pada Addin - 8 jam yang lalu
*Dalang Jual 3 Aset Tanah Felda Terbongkar?* "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang dilantik sebagai Pengerusi FELDA, 6 Januari lalu. Beliau yang mengakui agensi itu 'kehilangan' tiga bidang tanahnya bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak di sini, mahu mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan kembali hak FELDA yang sudah bertukar tangan kepada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC). *Dalang Jual ... lagi »

Satu lagi skandal, Mak Cik,Pak Cik Felda ooi...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 16 jam yang lalu
*Pasai apa akhbar milik UMNO bongkar skandal jual beli tanah Felda?* *Apa khabar pakcik dan makcik Felda di seluruh negara?* *Harga getah dan kelapa sawit macam mana sekarang ini?* *Bayaran bulanan hasil tanaman pula bagaimana, masih selalu lewat diterima seperti beberapa bulan sebelum ini atau sudah dibayar tepat pada waktunya?* *Sarapan apa pakcik dan makcik Felda pagi tadi?* *Sambil bersarapan pagi tadi, akhbar apa yang dibaca?* *Tanah Felda di KL ‘lesap’ di zaman Isa Samad* *(Terkini – Isa Samad kini dalam perjalanan pulang ke tanahair dari luar negara. Beliau dijangka tiba d... lagi »
.

6744. felda 1.

Zaman Kleptokrasi: Felda akui transaksi tanah berlaku, tapi tidak terima 1 sen pun

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 3 jam yang lalu
Pengerusi Shahrir Samad berkata Felda tidak terima sebarang wang daripada syarikat yang membeli tanah itu, yang dianggarkan bernilai RM270 juta. [image: Shahrir-Abdul-Samad-felda]KUALA LUMPUR: Felda hari ini mengakui transaksi tanah milik agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang melibatkan 4 bidang tanah memang berlaku dan dianggarkan jumlah keseluruhannya bernilai RM270 juta. Bagaimanapun, Pengerusi Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata walaupun transaksi telah berlaku tetapi Felda tidak menerima sebarang wang daripada syarikat yang membeli tanah itu. “Duit tak ada. RM 1 sen pun ... lagi »

Zaman Kleptokrasi: PM telah dimaklum pindah milik tanah Felda Jalan Semarak, kata pengerusi Felda

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 3 jam yang lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dimaklumkan mengenai pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak, kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahril Samad, lapor Bernama. Perkara ini dinyatakan Shahril dalam sidang media di Menara Felda sebentar tadi. Berita lanjut menyusul. Sebelum ini, urusan pindah milik tanah Felda yang penuh keraguan itu mendorong polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan. Tanah itu dilaporkan bernilai RM200 juta. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata penelitian agensi anti-rasuah setakat ini tidak... lagi »

Zaman Kleptokrasi: Saya kagum tanah Felda bertukar milik, sindir Shahrir

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 3 jam yang lalu
Pengerusi Felda, tidak menolak andaian bahawa kes pemindahan hak milik tanah strategik Felda bernilai lebih RM200 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur mungkin didalangi pihak tertentu. Ini memandangkan, pemindahan hak milik tanah itu dilakukan dengan begitu mudah dengan hanya menggunakan surat wakil kuasa, katanya. "Saya kagum bagaimana tanah milik institusi boleh ditukar milik dengan mudah," katanya sinis ketika ditanya pemberita dalam sidang media di ibu pejabat lembaga tersebut hari ini. "Mungkin ada kuasa yang lebih besar jadi kami serah kepada siasatan polis untuk mengetahuinya,"... lagi »

Felda lapor polis pada pemaju tanah

Mohd Sulaiman pada Wak Labu Farm - 4 jam yang lalu
Alyaa Alhajri Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membuat laporan polis terhadap kemungkinan penipuan melibatkan pemaju induk untuk projek yang dibina atas tanahnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad berkata laporan terhadap syarikat itu untuk mendapatkan semula pemilikan untuk empat bidang tanah yang keseluruhannya dianggar bernilai RM270 juta. Katanya, walaupun pemaju induk telah dilantik untuk projek itu, pemilikan tanah itu harus kekal di pihak Felda. Shahrir juga berkata, Felda membuat laporan polis setelah kronologi penuh kes itu diba... lagi »

Zaman Kleptokrasi: Felda akui berlaku penyelewengan, tanah dijual RM270 juta

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 5 jam yang lalu
Felda yakin berlaku penyelewengan dalam penukaran hakmilik tanahnya di Jalan Semarak dan telah membuat laporan polis mengenainya. Pengerusi Felda Shahrir Samad berkata, selain laporan polis, Felda juga telah membuat permohonan kaveat persendirian ke atas tanah itu. Jelasnya, ia dilakukan oleh syarikat yang diberi kuasa sebagai wakil Felda iaitu Synergy Promenade Sdn Bhd telah menjual sendiri tanah itu kepada syarikat lain yang dikuasai firma berkenaan. Tegasnya, Felda tidak pernah menerima satu sen pun duit daripada urusniaga berkenaan, walau rekod jual beli menunjukkan tanah berkenaa... lagi »

Zaman Kleptokrasi: Tanah Felda lebih RM200 juta di KL terlibat ‘transaksi diragui’

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 5 jam yang lalu
[image: Tanah Felda lebih RM200 juta di KL terlibat ‘transaksi diragui’] Felda mungkin berisiko kehilangan hak ke atas tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta itu. SEBIDANG tanah strategik milik Felda dipercayai bertukar hak milik selepas satu transaksi diragui pada 2015. Akhbar Berita Harian melaporkan, Felda mungkin berisiko kehilangan hak ke atas tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta itu. Transaksi pindah milik meragukan itu melibatkan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda yang kini dimajukan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), lapor akhbar itu. Semakan ... lagi »

Polis, SPRM siasat pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 5 jam yang lalu
Penelitian SPRM setakat ini mendapati kes itu menjurus kepada kelemahan tadbir urus dan pecah amanah, tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa. [image: FELDA-SPRM]Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menyiasat kes pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, bernilai RM200 juta yang dilaporkan Berita Harian (BH) hari ini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata penelitian agensi anti-rasuah setakat ini tidak menemui unsur rasuah dan salah guna kuasa, maka ia dirujuk kepada polis untuk tindakan lanjut. “Kami juga me... lagi »
.

Khamis, 21 Disember 2017

6740. FELDA Oh FELDA.

Satu persatu harta negara bermasalah. Kita sebagai rakyat bagaimana?

Felda dikatakan berisiko bakal kehilangan hak milik tanah di kawasan strategik iaitu : Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta, lapor *Berita Harian* (BH) hari ini. Laporan itu menyebut, perkara itu berlaku disebabkan pertukaran hak milik menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015. Menurut laporan *Berita Harian* lagi, tanah tersebut kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik FELDA dikenali sebagai KLVC Tower1A. Carian dalam portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati Menara K...

Anjung Felda dalam kenangan. 
Felda bakal hilang tanah RM200 juta di Jalan Semarak?FMT Reporters
 | December 21, 2017

Tanah itu dikatakan ditukar hak milik menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015, lapor Berita Harian. 

PETALING JAYA: Felda dikatakan bakal kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta, lapor Berita Harian (BH).
Laporan itu menyebut, ia susulan pertukaran hak milik menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015.
Menurut carian BH di Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai 2016.
Sehingga kini, Felda tidak membuat pengumuman berhubung pindah milik itu atau transaksi pengambilalihan tanah dengan pemaju utama terbabit, menurut BH.
Sumber memberitahu BH, pindah milik tanah itu berlaku apabila Felda Investment Corporation (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberi surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
Felda dipengerusikan Tan Sri Isa Samad sehingga Januari lalu. Beliau merupakan pengerusi FIC sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga kini. 
Tanah itu kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang mempunyai 7 menara termasuk menara ikonik Felda, KLVC Tower1A, bangunan 68 tingkat lengkap dengan parkir bawah tanah dan helipad.
Menurut BH, semua keputusan pelantikan syarikat terbabit dibuat oleh FIC dan dimaklumkan kepada lembaga pengarah Felda 3 bulan kemudian.
“Ia agak mengelirukan dari segi urus tadbir kerana lembaga pengarah Felda tak tahu siapa sebenarnya buat keputusan, sama ada FIC atau Felda kerana ketika itu ada orang yang sama duduk dalam FIC dan Felda.
“Felda keluarkan surat kuasa wakil kepada syarikat pemaju untuk bangunkan kawasan terbabit, namun tanah berkenaan kemudiannya dipindah milik kepada syarikat itu sejak Disember 2015,” kata sumber yang dipetik BH.
Sebelum ini, media melaporkan kawasan itu mulanya dirancang untuk projek pembangunan bercampur komersial dan kediaman oleh anak syarikat FIC, Encorp Bhd.
Bagaimanapun, pada 6 November 2014, Dewan Bandararaya Kuala Lumpur (DBKL) menerima permohonan kebenaran pembangunan di kawasan sama daripada KLVC.
Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati KLVC adalah syarikat baharu yang hanya ditubuhkan pada Januari lalu.

Sumber: 
.