Khamis, 18 Januari 2018

6956. "Bukti apalagi yang boleh menguatkan bahawa Islam itu benar. Aku sekarang akan masuk Islam dan tolong ajarkan aku tentang Islam."

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

Paparan: (6956)
1. Berjayakah Raja Salman Singkirkan Raja Sebalik Tabir Saudi?.
2. Apakah Kematian Raja Abdullah Pertanda Kehadiran Imam Mahdi?.
3. Raja Salman Ubah Dasar Terhadap Mesir.
4. Tahun 1932 Raja Iraq Bermimpi Sahabat Nabi Supaya Jasad Mereka Dipindahkan.
5. Henry Kissinger, Raja Faisal, dan Keinginan Solat 2 Rakaat di Al Aqsa.
6. Inikah Telaga Ajaib yang digali di Zaman Nabi Sulaiman?
7. Nabi Sulaiman Pingsan Mendengar Semut Berbicara.

1. Berjayakah Raja Salman Singkirkan Raja Sebalik Tabir Saudi?.

Writ undang-undang yang dikeluarkan oleh Raja Abdullah hanya dapat bertahan selama 12 jam sahaja. Dalam tempoh tersebut puak Tujuh Sudairi bersaudara, puak yang paling kaya dan berpengaruh dalam Dewan Saud yang telah kurang pengaruhnya semasa pemerintah yang lepas telah muncul menunjukkan pengaruhnya. Seperti diulas oleh huffingtonpost (1) rampasan kuasa dalam senyap.

Belum lagi pengebumian jenazah almarhum Raja Abdullah selesai, pemerintah kerajaan beraja Saudi yang baru, Raja Salman bin Abdul Aziz telah menyingkirkan Ketua Mahkamah Diraja Khaled al-Tuwaijri tetapi mengekalkan adik tirinya sebagai Putera Mahkota baharu, Putera Muqrin Abdul Aziz seperti dipilih oleh Raja Abdullah. Tetapi dengan licik melantik seorang lagi yang berpengaruh dari kumpulan Sudairi iaitu Mohamed bin Nayef, Menteri Dalam Negeri untuk menjadi Timbalan Putera Mahkota. Bukan satu rahsia lagi almarhum Raja Abdullah inginkan anaknya Mutaib bin Abdullah sebagai Timbalan Putera Mahkota(2). 

Satu tindakannya lagi yang jelas ialah Raja Salman yang juga dari Sudairi, cuba mendapatkan tampuk kekuasaan untuk generasi kedua apabila memberi anaknya Mohammed yang berumur 35 tahun kedalam lingkungan kuasa Kementerian Pertahanan. Beliau sekarang dilantik sebagai Setiausaha Agung Mahkamah Diraja. Semua perubahan ini dilakukan sebelum pengebumian Raja Abdullah. 

Kenyataan rasmi kerajaan Saudi perlantikan ketua Mahkamah Diraja yang baru (3)
Al-Tuwaijri telah menjadi ketua Mahkamah Diraja semasa pemerintahan almarhum Raja Abdullah merupakan kedudukan yang paling penting dalam kerajaan beraja tersebut. Pemerhati sifatkan penyingkirannya merupakan pembatalan terhadap rancangan yang telah digariskan oleh almarhum raja dan anaknya Mutaib, yang dijangkakan menjadi timbalan kepada Putera Mahkota dan mengekalkan Al-Tuwaijri.

Beberapa sumber media melapurkan ketidak munculan Khalid al-Tuwaijri dari khalayak sebaik saja Raja Abdullah meninggal. Beliau merupakan seorang yang amat penting semasa pemerintahan Raja Abdullah dan disifatkan sebagai kotak hitam Raja Abdullah. Beliau telah dilantik oleh raja sebagai ketua setiausaha kepada majlis perlantikan jawatan kerajaan beraja (4).

Kedudukan al-Tuwaijri diwariskan dari keluarganya dari ayahnya Abdul Aziz al Tuwaijri yang mendapat kedudukan yang paling berpengaruh dalam istana (5). Keluarga Tuwaijri menjadi penjaga gerbang diraja di mana kerabat diraja pun mesti mendapat kebenaran dari beliau untuk sebarang keputusan (6). Bahkan tidak dibenarkan mengadap raja sama sekali tanpa kebenaran, penglibatan dan pengetahuan Tuwaijri. Tuwaijri merupakan dalang utama penglibatan dalam kepentingan negara luar seperti mematahkan Revolusi Mesir, menghantar tentera ke Bahrain, penglibatan dalam perang saudara di Syria.
Kediaman Mewah Khalid Al-Tuwaijri di Beverly Hills kawasan mewah Hollywood (7)
Sesetengah pemerhati termasuk Arabi21 (8) dilaporkan tidak terkejut dengan kejatuhan Al-Tuwaijri dari kedudukannya kerana perbezaan yang timbul baru-baru ini antara beliau dan anggota kanan keluarga diraja, yang menyifatkan beliau sebagai "ketua rasuah" dan satu yang ingin "memusnahkan negara dan mengatasi Keluarga Diraja". Beliau juga telah digambarkan sebagai "sotong kurita" dan pemimpin utama yang melansanakan "Projek kebaratan" dan "penaung sekular" di Arab Saudi. 

Al-Tuwaijri juga dituduh menyelaras kempen dengan surat khabar Arab terhadap ulama yang berjuang menentang usaha sekularisasi beliau. 

Hubungannya dengan pemerintah pro-barat di negara Teluk, Mohammed bin Zayed, Putera Mahkota Abu Dhabi amatlah rapat. Buat masa ini, Tuwaijri telah tersingkir dan senarai proksinya yang panjang, bermula dengan Presiden Mesir Abdel Fatah el-Sisi sudah mula merasa seram sejuk akibat angin perubahan yang bertiup dari Riyadh ini. Sisi gagal untuk menghadiri majlis pengkebumian pada Jumaat lepas, apakah semata-mata kerana cuaca buruk?

*Sumber petunjukzaman.blogspot.com 

2. Apakah Kematian Raja Abdullah Pertanda Kehadiran Imam Mahdi?. 

Antara peristiwa penting yang perlu diperhatikan oleh umat Islam akhir zaman ini ialah perkembangan yang berlaku di Tanah Hijaz (Saudi Arabia). Kerana antara tanda-tanda dekatnya akan kemunculan Imam Mahdi ialah berlakunya peristiwa seperti dikhabarkan dalam riwayat berikut;

عن رسول الله (ص):

(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان, إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد, وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئا, يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل لشيعتنا منه, أعادها ثلاثا; بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة)

مئتان وخمسون علامة: 122

fahd Akan diperintah tanah Hijaz (Saudi) oleh seorang lelaki bernama haiwan, jika kamu melihatnya dari jauh, kamu mengira matanya kuyu, jika kamu dekatinya kamu tidak lihat ada sebarang masalah pada matanya. Dia kelak akan digantikan oleh saudaranya bernama Abdullah. Celakalah sesiapa yang menjadi pengikutnya! - Diulanginya 3 kali - Berikan khabar gembira kepadaku tentang kematiannya, dan aku akan memberi tahu kamu khabar gembira tentang munculnya hujjah (Imam Mahdi).

Kita tahu bahawa Raja Abdullah adalah raja yang menggantikan Fahd, makna nama Fahd adalah nama seekor haiwan iaitu harimau kumbang. 

Raja Abdullah hari ini telah meninggal dunia dan Raja Salman bin Abdul Aziz sebagai penggantinya. 

Saudi Arabia atau pun nama asalnya Hijaz adalah tempat terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat umat Islam, pastinya pergolakan yang berlaku disini akan memberi kesan yang besar terhadap dunia Islam.

Keputusan melantik pengganti Abdullah dari ahli keluarga yang paling tua iaitu Salman bin Abdul Aziz al-Saud tidaklah mengejutkan.

Salman yang 12 tahun lebih muda dari Raja Abdullah, sebelum ini memegang kuasa sebagai gabenor Riyadh sebelum menjadi menteri pertahanan selepas kematian Putera Sultan tahun 2012 yang lalu. 

Semasa menjadi gabenor beliau telah menjadikan Riyadh (Najd) ibu negara Saudi itu dari sebuah bandar biasa menjadi bandar metropolis seperti Dallas, penuh dengan bangunan pencakar langit futuristik, seperti bangunan tertinggi di dunia, Kingdom Tower yang dimiliki oleh Putera al-Waleed bin Talal.

Sepeninggal Salman kelak, Yang tinggal hanyalah dua orang sahaja yang sering dikatakan sebagai raja pengganti, iaitu Putera Ahmad bin Abdul Aziz, sudah berumur tua juga, yang menggantikan Putera Nayef sebagai menteri dalam negeri, dan Putera Muqrin bin Abdul Aziz. 

Walaupun begitu terdapat keraguan terhadap Putera Muqrin kerana ibunya seorang Yaman. Tetapi keputusan Saudi saat ini menentukan Muqrin sebagai wakil putera mahkola paska Raja Salman.

Negara Saudi ini terkenal dengan "Piagam Abdul Aziz" yang tertulis, "selama anak-anak saya masih hidup, kekuasaan tidak akan berpindah kepada cucu-cucu saya", bahaya perselisihan akan bakal terjadi tentang siapa yang akan mewarisi tahta sekiranya anak-anak Abdul Aziz sudah meninggal dunia. Kerana kesemua saudara Raja Abdulah yang masih hidup telah lanjut usianya.

Mungkinkah selepas ini, tahta Arab Saudi bakal diwarisi oleh cucu Ibn Saud. Masalahnya sekarang siapakah di antara cucu-cucu Ibn Saud itu yang berkelayakan untuk mengambil alih takhta pemerintahan. Sudah pasti kesemua anak Raja-Raja yang pernah memerintah akan menuntut haknya.

Pastinya AS dan sekutunya akan memastikan bakal pewaris takhta negara tersebut sepihak dengannya. AS sudah pasti tidak mahu kehilangan sekutu utamanya itu. Menguasai Arab Saudi bermakna menguasai seluruh Dunia Islam dan yang lebih penting ialah akan dapat memastikan keselamatan negara Israel dan pendudukannya atas Baitulmaqdis.

Penguasaan atas Baitulmaqdis pula akan memastikan penguasaan AS dan Israel atas dunia keseluruhannya.

Menurut nubuwah, justru pembebasan Baitulmaqdis daripada cengkaman Zionis pastinya tidak akan tercapai tanpa terlebih dahulu membebaskan "2 Tanah Suci" (Makkah dan Madinah) dari penguasaan AS dan konco konconya.

tentera-berkudaMungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah "permulaan akhir zaman" yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di bawah;

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Manusia akan alami banyak perselisihan setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai'ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida '(padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai'ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan dibunuh; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah kerugian. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan mensholatkan beliau. "; - [Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW;

"Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata: "Ya Rasulullah, juga Najd kita ..?", (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata: "Ya Rasulullah, juga Najd kita ..?", (Rasulullah diam dan kembali berdoa): "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata: "Ya Rasulullah, juga Najd kami .. ?? ", beliau SAW kemudian menjawab:" dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah !, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk syaitan! " (Sahih Al Bukhari)

*Sumber dari eramuslim.com

3. Raja Salman Ubah Dasar Terhadap Mesir. 

King Salman mengaku peranan Kerajaan Saudi sebelumnya dalam politik Mesir yang menurut baginda sebagai tindakan yang salah dan baginda secara peribadi tidak pernah redha dengannya dan ini adalah masa untuk memohon maaf. 

Raja Salman berkata kepada akhbar Al-Watan bahawa Arab Saudi akan kekal sebagai saudara yang besar kepada semua orang-orang Arab dan umat Islam dan baginda mengaku tentang campur tangan oleh kerajaan Arab Saudi terdahulu terutama di Mesir dan revolusi-revolusi di negara Arab.

Beliau menambah bahawa kerajaan beraja itu telah memainkan peranan yang baginda sendiri tidak berpuas hati dengan penglibatan di Mesir, yang menyebabkan ramai orang telah dizalimi, menyebabkan ramai orang yang tidak bersalah mati dan ramai antara mereka dipenjara. Beliau berjanji akan mengubah dasar kerajaan sebelum ini dan mengadakan pembaharuan dari campurtangan sebelum ini yang menyebabkan kekacauan.

Baginda memohon maaf kepada semua keluarga yang menjadi mangsa kezaliman dan berjanji akan mengubah dasar negara yang fasad sebelum ini kepada dasar yang lebih membina. Seluruh dunia yang prihatin mengetahuinya bahawa manusia terakhir yang mengarahkan Gen Abdel Fattah al-Sisi melakukan rampasan kuasa adalah Prince Bandar bin Sultan (anak Saudara kepada Raja Abdullah dan Raja Salman) yang merupakan Ketua Perisik Kebangsaan Arab Saudi.

Raja baru Arab Saudi ini mungkin benar-benar ingin melaksanakan dasar baru kerana langkah pertama sebaik menaiki tahta sebagai Raja Arab Saudi ialah;

1. Memecat jawatan Prince Bandar sebagai Ketua Perisik Kebangsaan.
2. Memecat jawatan Prince Mit'eb bin Raja Abdullah sebagai Komander Kebangsaan Angkatan Tentera. 

Sumber: 
Raja Salman Ubah Dasar Terhadap Mesir | Detik Islam

4. Tahun 1932 Raja Iraq Bermimpi Sahabat Nabi Supaya Jasad Mereka Dipindahkan. 

Pada tahun 1932 (tahun 1351H), Raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dia ditegur oleh Hudhaifah al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi) berkata: 
"Wahai raja! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir al-Ansari (juga salah seorang sahabat nabi) dari tepian sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang selamat kerana kuburanku sekarang dipenuhi oleh air; kuburan Jabir juga sedang dipenuhi oleh air."

Mimpi yang sama berlaku berulang kali pada malam-malam berikutnya akan tetapi Raja Faisal I tidak peduli dengan mimpi itu kerana dia merasa ada hal-hal lain yang jauh lebih penting dalam kehidupannya seperti urusan-urusan kenegaraan. Pada malam ketiga Huzaifah al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq. Huzaifah al-Yamani berkata dalam mimpi sang Mufti itu:

"Aku telah memberitahu raja dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazah akan tetapi nampaknya dia tidak peduli. Beritahukanlah kepada raja agar dia mhau sedikit empati untuk memindahkan kubur-kubur kami."

Lalu setelah membincangkan masalah ini, Raja Faisal disertai oleh Perdana Menteri dan Mufti Besar berusaha melaksanakan tugas ini. Diputuskan bahawa Mufti Besar akan memberikan fatwa mengenai perkara ini dan Perdana Menteri akan memberikan kenyataan kepada akhbar supaya semua orang tahu tentang rancangan besar ini. Kemudian diumumkan kepada umum bahawa rancangan ini akan dijalankan pada tarikh 10 Zulhijjah selepas solat Zohor dan Asar. Kuburan kedua sahabat Nabi itu akan dibuka dan jenazahnya (atau mungkin kerangkanya) akan dipindahkan ke tempat lain.

Kerana pada waktu itu sedang musim haji, maka para jemaah haji juga ikut berkumpul di bandar Mekah. Mereka meminta Raja Faisal I untuk menunda rancangan itu selama beberapa hari agar mereka juga boleh melihat dengan mata kepala sendiri proses pemindahan sahabat nabi itu. Mereka ingin agar proses pemindahan itu ditunda hingga mereka selesai menjalankan ibadah haji. Akhirnya Raja Faisal bersetuju untuk menangguhkannya dan mengundurkannya hingga tarikh 20 Zulhijjah.

Selepas solat Zohor dan Asar, pada 20 Dzulhijjah tahun 1351 (Hijriah) atau tahun 1932 Maseh, ramai orang datang ke kota Baghdad. Yang datang bukan saja kaum Muslimin, juga orang bukan Islam. Mereka berkumpul di bandar Baghdad hingga penuh sesak. Ketika kubur Hudzaifa al-Yamani dibuka, mereka melihat bahawa kubur itu dipenuhi air di dalamnya. Tubuh Hudzaifa al-Yamani diangkat dengan menggunakan takal dengan sangat berhati-hati agar tidak rosak dan kemudiannya jenazah yang kelihatan masih sangat segar itu dibaringkan di sebuah tandu. Raja Faisal beserta Mufti Besar, Perdana Menteri dan Putera Faroq dari Mesir mendapatkan kehormatan untuk mengangkat tandu itu bersama-sama dan kemudian meletakkan jenazah segar itu ke sebuah keranda yang dibuat khusus untuk menempatkan jenazah-jenazah itu. Tubuh Jabir bin Abdullah Al Ansari juga dipindahkan dengan segenap penghormatan .

Pemandangan yang sangat menakjubkan itu sekarang sedang dilihat oleh ramai orang lelaki dan perempuan, muda dan tua, miskin dan kaya, Muslim dan juga bukan Muslim. Kedua jenazah suci dari sahabat sejati Nabi yang kurang dikenali kaum Muslimin ini kelihatan masih segar dan tidak tersentuh bakteria pengurai sedikitpun. Keduanya dengan mata terbuka menatap kedepan menatap kenabian yang mana kedua-duanya membuat para penonton terkejut dan tidak boleh menutup mulutnya.

Keadaan sepi. Mereka seolah tak percaya atas apa yang mereka saksikan pada hari itu.

Selain tubuh keduanya yang kelihatan segar bugar. Begitu juga keranda mereka yang juga kelihatan masih utuh dan baru. Pakaian yang mereka kenakan pada saat dikebumikan semuanya berkeadaan baik dan jika dilihat seperti kedua sahabat nabi dan pahlawan Islam ini masih hidup dan hanya terbaring saja.

Kedua jasad suci ini akhirnya dibawa dan dikebumikan semula di kubur yang baru tidak jauh dari kubur sahabat sejati nabi lain yaitu Salman Al-Farisi yang terletak di SALMAN PARK lebih kurang 30 batu jauhnya dari bandar Baghdad. Kejadian ini mengundang kekaguman para saintis, kaum falsafah dan para doktor. Mereka yang biasanya yang sering berkicau memberikan analisa sesuai dengan bidangnya masing-masing kali ini tunduk dan membisu dengan kejadian tersebut.

Salah seorang dari mereka ialah seorang ahli fisiologi dari Jerman yang kelihatan sangat tertarik dengan fenomena ini. Dia ingin melihat keadaan tubuh jenazah kedua sahabat nabi itu yang pernah dikebumikan selama kurang lebih 1300 tahun lamanya. Oleh kerana itu, dia berjumpa dengan Mufti Besar Iraq. Apabila dia sampai di tempat di mana peristiwa itu berlaku, dia terus memegang kedua tangan Mufti dengan eratnya sambil berkata: "Bukti apalagi yang boleh menguatkan bahawa Islam itu benar. Aku sekarang akan masuk Islam dan tolong ajarkan aku tentang Islam."

Di hadapan beribu - ribu pengunjuung yang menyaksikan dirinya, doktor dari Jerman itu menyatakan keIslamannya. Begitu juga degan orang lain yang beragama Kristian atau Yahudi turut juga menyatakan diri sebagai Muslim pada saat itu kerana mereka telah melihat bukti yang sangat nyata dipampangkan di depan mereka. Ini bukan yang pertama dan terakhir. Masih ramai lagi kaum Nasrani dan Yahudi serta dari agama lain yang berbondong-bondong masuk Islam kerana telah menyaksikan atau turut mendengar kejadian aneh dan menakjubkan.

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com
Tahun 1932 Raja Iraq Bermimpi Sahabat Nabi Supaya Jasad Mereka Dipindahkan | Detik Islam

5. Henry Kissinger, Raja Faisal, dan Keinginan Solat 2 Rakaat di Al Aqsa. 

KETIKA Raja Faisal memutuskan bekalan minyak ke negara-negara Barat mengalami krisis minyak pada Oktober 1973, beliau melontarkan kalimat yang terkenal dan menggegarkan dunia.

"Kami dan nenek moyang kami telah mampu bertahan hidup hanya bergantung kepada kurma dan susu, dan kami akan kembali dengan cara itu lagi untuk bertahan hidup (tanpa bantuan barang-barang dari Barat)."

Henry Kissinger, Menteri Luar Negeri AS, terus mengunjungi Raja Faisal dan cuba memujuknya untuk menarik keputusannya itu.

Akan tetapi Raja Faisal hanya berkata dengan wajah penuh kebencian, "Hancurlah ISRAEL!"

Henry Kissinger cuba melontarkan sebuah lelucon untuk menghibur sang Raja.

"Pesawat saya kehabisan minyak, berkenankah yang mulia memerintahkan orang agar mengisinya dengan minyak kembali? Dan kami bersedia membayarnya dengan kadar antarabangsa. "

Namun Sang Raja tak tertawa sedikitpun. Ia memandang Kissinger sambil berkata.

"Dan aku hanyalah seorang lelaki tua yang menginginkan untuk dapat solat dua rakaat di Masjid Al Aqsa sebelum aku mati; maka maukah engkau (Amerika) mengabulkan permintaanku ini? "

Gambar di atas kelihatan fasih menggambarkan sikap Raja Faisal yang tak suka Kissinger dan Kissinger yang berusaha menarik hati Sang Raja.

sumber islampos.com
Henry Kissinger, Raja Faisal, dan Keinginan Solat 2 Rakaat di Al Aqsa | Detik Islam

6. Inikah Telaga Ajaib yang digali di Zaman Nabi Sulaiman?

ARAB SAUDI - Desa Laynah di sebelah utara Arab Saudi terkenal dengan telaga-telaga ajaibnya. Konon sumur-sumur ini telah dibina sejak zaman Nabi Sulaiman as.

Menurut legenda, jumlah telaga ini pernah mencapai sehingga 300 telaga. Beratus-ratus sumur di tanah padat berbatu di Desa Laynah ini digali oleh tentera jin atas perintah Nabi Sulaiman as. Tujuannya untuk menyediakan air minum bagi bala tentera Nabi Sulaiman.

Seperti dilaporkan Alarabiya, Desa Laynah terletak kira-kira 100 kilometer dari sempadan utara Saudi dan merupakan salah satu bandar bersejarah.

Menurut penyelidik dan ahli sejarah, Hamad al-Jasser, Desa Laynah dulunya adalah sebuah bandar yang dibina Nabi Suleiman. Laynah dipilih sebagai tempat singgah dalam perjalanan rombongan Nabi Sulaiman dari Yerusalem untuk menakluk Yaman.

Al-Jasser berkata hanya tinggal 20 daripada 300 telaga yang masih bertahan hingga saat ini.

Al-Jasser menambah, Laynah adalah salah satu tempat yang paling menakjubkan di dunia. Ini kerana tanah di kawasan ini keras dan berbatu, sehingga membuat tidak mungkin bagi siapa saja untuk menggali sumur ini. Berikut foto-foto perigi ajaib tersebut.




sumber islampos.com
Inikah Telaga Ajaib yang digali di Zaman Nabi Sulaiman? | Detik Islam

SIRAH 

Foto: Arti Dari Mimpi

7. Nabi Sulaiman Pingsan Mendengar Semut Berbicara. 

 

PADA suatu hari, ketika Nabi Sulaiman a.s. tengah berbaring, ada seekor semut berjalan di dadanya. Kemudian ia ambil semut itu dan dilemparnya jauh. 

Dengan marah, semut itu berkata, “Wahai Nabi Allah, mengapa engkau lemparkan aku dengan begitu keras? Apakah kamu lupa bahawa pada hari kiamat nanti kamu akan berdiri di hadapan Pencipta segala kerajaan, iaitu Tuhannya langit dan bumi, yang Maha Adil, yang mengambil hak orang yang dizalimi dari orang yang menzaliminya?” 

Mendengar kata-kata semut itu, Nabi Sulaiman a.s. pingsan. Setelah siuman ia memandangi semut tersebut dan berkata, “Maafkanlah sikap zalimku tadi terhadapmu.” 
Si semut menjawab, “Aku akan memaafkan perbuatanmu tadi degan tiga syarat.” 

Mendengar perkataan tersebut, Nabi Sulaiman berkata, “Sebutkanlah ketiga persyaratanmu tersebut!” 

“Syarat yang pertama adalah jangan kamu tolak orang yang meminta kepadamu. Sesungguhnya orang yang meminta kepadamu adalah orang yang sedang meminta karunia Allah, maka jangan sampai kamu cegah karunia Allah kepaada makhluk-Nya,” kata semut. 

“Kemudian yang kedua adalah jangan tertawa berlebih-lebihan sehingga kamu terlena dengan dunia dan menyaangka bahwa kamu telah menjalani semua tugasmu dengan baik di dunia ini. Sehingga hatimu menjadi keras, sedangkan kamu telah dimuliakan oleh Allah dengan diberikan kerajaan ini,” lanjut semut. 

“Lalu apa syaratmu yang terakhir?” Tanya Nabi Sulaiman a.s. 

“Sedangkan syaratku yang ketiga adalah jangan sampai kedudukanmu menghalangimu untuk menolong orang yang meminta pertolonganmu,” jawab semut. 

Mendengar pernyataan semut itu, Nabi Sulaiman a.s. berkata, “Insya Allah semua persyaratanmu itu akan aku jalani.”

“Jika begitu aku telah memaafkanmu,” kata semut. []

Sumber: 
40 Kisah Pengantar Anak Tidur/ Najwa Husein Abdul Aziz/Gema Insani.
Nabi Sulaiman Pingsan Mendengar Semut Berbicara - Islampos

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: