Selasa, 29 Mei 2018

Al kisah dulu kebal, sekarang dah ke bawah. Putaran roda. Aamiin. 7730.

Kisah umno selepas kalah PRUM 14 9.5.2018  
ADVERTISE WITH US
Irwan bukan lagi ahli lembaga Bank Negara
Bernama | May 28, 2018
Bank pusat itu berkata, tempoh Irwan memegang jawatan dalam lembaga pengarah BNM berakhir pada tarikh yang sama.
VIDEO INSIDE
Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. (Gambar facebook)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah bukan lagi ahli lembaga pengarahnya (Lembaga BNM) memandangkan beliau tidak lagi memegang jawatan ketua setiausaha perbendaharaan, berkuatkuasa 14 Mei 2018.

Bank pusat dalam satu kenyataan berkata, tempoh Irwan memegang jawatan dalam lembaga pengarah BNM berakhir pada tarikh yang sama.

ref:
Irwan bukan lagi ahli lembaga Bank Negara | Free Malaysia Today
GOKINA MORGANAN 28 MEI 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore6.6K
Mahfuz selar sikap pemimpin Pas
Mahfuz & Mohd Aman
ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pemimpin Pas berfikiran pasif hanya mahu mengambil kesempatan terhadap politik negara tanpa berusaha membantu menyelesaikan masalah negara.

Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tidak kisah Pas tidak menang di pusat dalam PRU14 lalu kerana negara terlalu banyak berhutang.

Menurutnya, kenyataan  pemimpin parti itu menunjukkan bertapa lemahnya jiwa dan kerdilnya semangat Pas dalam menghadapi kemelut politik negara.

"Saya amat hairan dengan kenyataan seorang Naib Presiden dari parti Islam yang paling lama di negara, merasakan lebih baik Pakatan Harapan (Harapan) memerintah sekarang selama lima tahun untuk menyelesaikan hutang sebelum Pas mengambil alih kerajaan pusat dalam PRU akan datang.

"Tidakkah ini mencerminkan pemimpin Pas berfikiran pasif dan hanya mahu mengambil kesempatan terhadap politik negara daripada pihak lain tanpa berusaha membantu menyelesaikan masalah negara yang kronik dan rumit sekarang,"katanya, dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Mahfuz berkata dalam maksud lain, Pas sebenarnya tidak tahu bagaimana menyelesai masalah negara dan tidak mahu menjadi sebahagian dari rakyat yang berusaha membangunkan negara tercinta hasil dari kerosakan oleh tangan-tangan pemimpin negara sebelum ini. 

"Dalam keadaan rakyat banyak memberi input dan nasihat yang baik kepada kerajaan pasca PRU ke 14, Pas pula mengambil sikap berlepas diri dan beretorik politik.

"Jika itulah kenyataan dan mentaliti pemimpin Pas, maka tidak hairan parti ini  tidak mampu melangkah jauh walaupun sudah berusia lebih daripada 60 tahun. Pas ketandusan pemimpin negarawan yang berjiwa besar dan memandang ke hadapan,"katanya.

Menurutnya, pemimpin Pas itu seharusnya  memberi cadangan kepada kerajaan Harapan bagaimana mengembalikan negara di landasan sebenar, memulihkan ekonomi negara, membayar hutang-hutang negara, menghapuskan rasuah dan korupsi serta membebaskan semua agensi kerajaan yang ditekan selama ini.

"Tetapi, sikap pemimpin Pas yang masih berdelusi ini amat memalukan rakyat. Jika beliau ( Mohamad Amar) masih merasakan Pas akan mendapat sokongan terbanyak, dan akan memenangi Putrajaya lima tahun lagi dengan sokongan rakyat, silakan beliau terus bermimpi di siang hari.

"Kepada rakyat, ayuh kita bekerja bersama bagi membina semula negara, tinggalkan mereka yang hanya mahu bersenang lenang dan hanya tahu mengambil kesempatan atas usaha kita bersama selama ini.

"Nanti kita akan kenal siapa yang benar ikhlas bekerja untuk negara, dan siapa pula yang hanya mahu mengejar jawatan dan kedudukan untuk kepentingan diri,"katanya.

ref:
Mahfuz selar sikap pemimpin Pas - Utara - Sinar Harian
BERITA  | POLITIK
1MDB: Hutang negara perlu diselesaikan parti pemerintah - Abdul Hadi
Wafa Aula, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 28, 2018 16:34 MYT
Facebook  Twitter  Email  Google  whatsapp icon
Abdul Hadi menyatakan isu hutang yang terkait dengan syarikat pelaburan 
1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah perkara yang perlu diselidik dan 
menjadi masalah negara yang perlu diselesaikan. - Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Islam SeMalaysia (Pas), Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan hutang negara perlu dijelaskan oleh parti yang memerintah memandangkan mereka mempunyai kapisiti untuk menguruskan harta negara.

Menurutnya lagi, isu hutang yang terkait dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah masalah negara yang perlu diselidik dan diselesaikan.

“Pas sendiri pernah memerintah negeri yang mempunyai hutang seperti Terengganu dan Kelantan,” katanya semasa temu bual khas bersama Astro AWANI hari ini.

Namun begitu, Abdul Hadi turut berpendapat tidak wajar jika Pas hanya memandang keburukan Barisan Nasional  tanpa melihat kepada hal positif yang dilakukan parti itu sepanjang pemerintahannya.

“Kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja, semua pihak ada kesilapan dan perlu bertanggungjawab.

“Kalau kita kerajaan, kitalah yang akan menggalas tanggungjawab (melunaskan hutang) itu,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan kekalahan Pas pada pilihan raya kali ini mempunyai hikmah tersendiri.

Mohd Amar secara berseloroh menyatakan Pas memberi ruang kepada kerajaan baharu untuk melunaskan hutang negara terlebih dahulu sebelum digantikan Pas lima tahun akan datang.

ref:
1MDB Hutang negara perlu diselesaikan parti pemerintah - Abdul Hadi | Astro Awani
“Biar mereka bayar hutang, lima tahun lagi kita ambil Malaysia” – Datuk Mohd Amar
May 28, 2018admin
PETALING JAYA: PAS mendedahkan bahawa parti itu tidak kisah mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ketika negara menanggung sejumlah besar beban hutang.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, parti itu mahu mengambil alih kerajaan Persekutan pada pilihan raya umum akan datang.

“Hutang banyak, nak bayar macam mana? Biarlah orang lain ambil dulu, selesaikan hutang Malaysia. Lima tahun lagi kita ambil Malaysia,” katanya dalam ucapan, di mana rakaman tersebut kini tular di media sosial.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan turut membangkitkan semula mengenai kekalahan PAS di negeri Serambi Mekah itu pada 1978.

Tambahnya, banyak pembangunan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) di Kelantan dalam tempoh kekalahan PAS sehingga kembali berkuasa pada 1990.

“Serupa kita (PAS) kalah pada 1978, memang kita sedih. Tapi Tuhan ni pandai, dalam tempoh 12 tahun… Dia bagi orang lain memerintah, orang lain buat pembangunan, pejabat… siap semuanya, bagi kita balik.

“Kita boleh pakai yang dah siap. Jadi, kita bagi mereka lima tahun untuk selesai masalah,” katanya.

Laporan Kementerian Kewangan mendedahkan negara kini berdepan dengan bebanan hutang mencecah RM1 trilion.

Tambah Mohd Amar, hutang yang perlu diselesaikan itu termasuk isu yang membabitkan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Selesaikan masalah Malaysia, hutang semua… 1MDB, selesai sehingga habis… kita pula kat sana (Putrajaya),” katanya.

Pakatan Harapan menang pada PRU14 yang diadakan pada 9 Mei lalu, mengakhiri kerajaan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun, sekali gus mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan.

SUMBER: Mstar
“Biar mereka bayar hutang, lima tahun lagi kita ambil Malaysia” – Datuk Mohd Amar – Benar-Benar Gempak


Kata-kata gambaran kecewa dengan kekalahan parti keramat yang kononnya cukup kebal. 

Kerajaan Baharu Macam Tempe
15:45  Dr Ahmad Zahid Hamidi, Politik
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Foto: The Straits Times

PETALING JAYA - Kerajaan baharu Pakatan Harapan (Harapan) disamakan seperti tempe kerana didakwa tidak konsisten dalam memberikan fakta.

Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga kini, janji yang dibuat sebelum menang PRU14 masih belum berjaya dilaksanakan.

“Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.

“Mereka juga isytihar GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) akan dihapuskan, tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga,” katanya dipetik menerusi portal Umno Online.

ref: 
Kerajaan Baharu Macam Tempe - Malaysian Update | Berita Semasa Terkini Malaysia & Luar Negara

BERITA»Nasional
Rabu, 7 March 2018 | 9:18pm
KETUA Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. - Foto BERNAMA
Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB - KPN
Oleh Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my
KONGSI ARTIKEL

KUALA LUMPUR: Siasatan polis setakat ini mendapati tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan Low Taek Jho dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh syarikat pelaburan strategik, 1 Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata daripada siasatan, Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low juga tidak pernah bekerja di 1MDB dan didapati semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarahnya.

"Polis sudah menjalankan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan kedapatan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016.

"Walau bagaimana pun, sekiranya polis memperoleh sebarang bukti baharu terhadap Taek Jho, tindakan yang sewajarnya menurut undang-undang akan diambil," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Fuzi berkata, tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) (DOJ) merampas kapal Equinimity di Indonesia yang didakwa dimiliki oleh Taek Jho adalah satu tindakan perlucutan hak sivil di Mahkamah AS terhadap Taek Jho dan bukan terhadap 1MDB.

"Pihak polis juga tidak menerima sebarang makluman daripada pihak berkuasa Indonesia atau Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung rampasan kapal layar Equainimity di perairan Indonesia pada 28 Februari lalu.

"PDRM juga tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi membantu dalam siasatan berkaitan kapal layar berkenaan," katanya.

ref: 
Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB - KPN | Nasional | Berita Harian

Tiada ulasan: