Selasa, 29 Mei 2018

Kenyataan dua tokoh PAS lebih kepada mentaliti Pentadbiran atau Sikap Melayu dan bukan gambaran mentaliti Pentadbiran Khalifah. 7731.

Pas dan Umno

Nota: 
Kenyataan dua tokoh pas itu tidak menggambarkan mentaliti Pemerintahan Khalifah ... Lebih kepada mentaliti pentadbir Melayu.. Jawapan sebegitu lebih layak dijawab oleh individu yang langsung xtahu berkerajaan dan lebih kepada pentadbiran Musang Berjanggut. Takbir!!! Allahu Akbar.


PAS dan UMNO berpisah tiada 
(Zaman selepas Allahyarham TGNA) 

Presiden Parti Islam SeMalaysia (Pas), Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan hutang negara perlu dijelaskan oleh parti yang memerintah memandangkan mereka mempunyai kapisiti untuk menguruskan harta negara.

Menurutnya lagi, isu hutang yang terkait dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah masalah negara yang perlu diselidik dan diselesaikan.


“Pas sendiri pernah memerintah negeri yang mempunyai hutang seperti Terengganu dan Kelantan,” katanya semasa temu bual khas bersama Astro AWANI hari ini.


Namun begitu, Abdul Hadi turut berpendapat tidak wajar jika Pas hanya memandang keburukan Barisan Nasional tanpa melihat kepada hal positif yang dilakukan parti itu sepanjang pemerintahannya.


“Kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja, semua pihak ada kesilapan dan perlu bertanggungjawab.


“Kalau kita kerajaan, kitalah yang akan menggalas tanggungjawab (melunaskan hutang) itu,” katanya.


Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan kekalahan Pas pada pilihan raya kali ini mempunyai hikmah tersendiri.


Mohd Amar secara berseloroh menyatakan Pas memberi ruang kepada kerajaan baharu untuk melunaskan hutang negara terlebih dahulu sebelum digantikan Pas lima tahun akan datang.


- Bertaqiyah sebagai Islam untuk rosakan Islam dari dalam... tu sebab pas berpecah.... dan hanya pemimpin2 yg makan dedak dan org yg jahil je masih dok dalam pas...
Mimpi yang entah keberapa. 




Baca juga:
1MDB: Hutang negara perlu diselesaikan parti pemerintah - Abdul Hadi

Alhamdulillah. MO1 era umno-bn was loser. 


Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam

1. PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN DALAM ISLAM D A R I K U M P U L A N 8

2. 8.I KONSEP PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN 8.2 PEMERINTAHAN DAN KEPIMPINAN RASULULLAH DAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN 8.3 INSTITUSI PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN 8.4 SYURA 8.5 HISBAH I S I K A N D U N G A N NEXTBACK

3. NEXTBACK Pengenalan : Kepimpinan Rasulullah dan khulafa’ al-rasyidin merupakan model pemerintahan kurun terbaik dlm sejarah Islam dan mengandungi ‘qudwah hasanah ’ “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” (al-Ahzab: 21) Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sahabat-sahabat diibaratkan bintang-bintang di langit. Sekiranya kamu mengikut mereka, nescaya akan mendapat petunjuk”

4. - Pemerintahan dan pentadbiran islam berasaskan: > Akidah > Syariah > Akhlak - Syariah Islam wajib dilaksanakan dalam pemerintahan dan pentadbiran Islam. 8.I K O N S E P P E M E R I N T A H A N d a n P E N T A D B I R A N NEXTBACK

5. TAUHID : Iktiraf seluruh alam semesta ditadbir Allah dan hanya Allah yang layak disembah. RISALAH : Undang-undang Allah disampaikan melalui rasul-Nya dalam bentuk kitab suci. KHILAFAH : Manusia Sebagai wakil Allah di muka bumi dan jalankan amanahNya dalam batasan yang ditetapkan. 8.I .I P R I N S I P -P R I N S I P P E M E R I N T A H A N d a n P E N T A D B I R A N I S L A M BACK

6. 1.Kemuncak pemerintahan dan pentadbiran bercorak Islam berlaku selepas penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah. 

6.2.Pemerintahan tersebut diteruskan dalam pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin iaitu yang terdiri daripada generasi para sahabat. 

6.3. Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin berteraskan prinsip KEADILAN, KESAMARATAAN, KEBEBASAN, dan KETELUSAN 8.2 P E M E R I N T A H A N & K E P I M P I N A N R A S U L U L L A H S A W & K H U L A F A A L - R A S Y I D I N BACK

7. 8.2.I K E A D I L A N (M e l e t a k k a n s e s u a t u p a d a t e m p a t n y a ) BACK RASULULLAH SAW -Tidak mengamalkan kronisme -Melantik wakil daripada puak-puak lain utk jawatan na’ibin/nawwab -Seorang ketua hakim yang adil • KHULAFA AL-RASYIDIN - Menghadiri ke mahkamah utk menghadapi perbicaraan di hadapan para hakim - Khalifah Ali menerima keputusan hakim yang menyebelahi orang Yahudi - Khalifah Umar menjadikan kemampuan sbgai asas percukaian dan kelayakan utk mendapatkan pembahagian sara hidup atau ‘ata’

8. 8.2.2 K E S A M A R A T A A N (T i d a k m e m b e z a k a n m a n u s i a b e r d a s a r k a n d a r j a t a t a u p a n g k a t ) BACK RASULULLAH SAW - Persamaan (musawwah) ada kaitan bahawa umat Islam adalah bersaudara. Hak dan kedudukan manusia di sisi Allah adalah sama dan yang membezakannya adalah taqwa. KHULAFA AL- RASYIDIN - Hak rakyat dilayan sama rata/adil - Orang kafir zimmi tidak boleh dizalimi - Orang Islam diwajibkan bayar zakat , manakala kafir zimmi dikenakan jizyah.

9. 8.2.3 K E B E B A S A N (B e b a s d a l a m l i n g k u n g a n y a n g d i b e n a r k a n s y a r a k ) BACK RASULULLAH SAW - Memberi peluang kepada para sahabat mengemukakan pandangan dalam membuat keputusan KHULAFA AL- RASYIDIN - Khalifah Abu Bakar berpesan pada Usamah , panglima tentera islam agar tidak mengganggu masyarakat lain beribadat - Khalifah Umar telah memberi jaminan kepada penduduk Ila’ terhadap diri , harta, gereja dan lambang salib mereka.

10. RASULULLAH SAW - Rasulullah SAW seorang yang jujur dalam setiap perkkara. - digelar sebagai al-Amin sejak dari kecil . 8.2.4 K E T E L U S A N KHULAFA AL-RASYIDIN - Khalifah Abu Bakar dan Umar tidak melantik kaum kerabat mereka memegang jawatan penting dalam pentadbiran - Khalifah Ali bersikap tegas dlm pengurusan harta baitulmal apabila menolak permintaan saudaranya utk mendapatkan peruntukan harta baitulmal. - Khalifah Usman menjawab segala kecaman yg diterimanya di khalayak ramai

11. SOALAN ???

12. > Terdapat beberapa istilah yang digunakan secara bersilih ganti dalam institusi ketua negara dalam Islam. Istilah-istilah tersebut ialah : -Khilafah -Imamah -Imarah 8.3 I N S T I T U S I P E M E R I N T A H A N & P E N T A D B I R A N NEXTBACK

13. > Asal perkataan ialah khalafa iaitu pengganti kpd org terdahulu / menggantikan org lain > Khalifah diertikan sebagai ketua negara / masyarakat > Saidina Abu Bakar merupakan pemegang jawatan khalifah pertama dlm pemerintahan Islam selepas kewafatan Rasulullah. > Hakikatnya, umat Islam merupakan khalifah yg bertanggungjawab melaksanakan amanah bg mentadbir, mengurus, memakmurkan bumi seterusnya melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar > Nabi Adam – khalifah pertama (manusia) Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (al-Mukminun:115) 8.3.I K H I L A F A H NEXTBACK

14. > Khalifah juga disebut sebagai imamah . > Orang melaksanakan / beroleh kuasa dikenali ulil amri @ imam. > Dalam konteks sekarang dikenali sbg. sultan, raja, perdana menteri dsb. “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu.”(an-Nisaa: 59) 8.3.2 I M A M A H NEXTBACK

15. Elemen berkaitan khalifah dan imamah: I. Kuasa mutlak adalah milik Allah 2. Khalifah sbg pemegang amanah / wakil utk tadbir alam 3. Tujuan khalifah ialah utk memastikan manusia bertindak sejajar dgn Allah dan Rasul 4. Hukum menegakkan imamah Islam adalah wajib. Tugas Khalifah dan Imam terhadap alam: - mewujudkan kesejahteraan - tidak berlaku zalim - tidak rakus dalam menikmati hasil alam sehingga melakukan - pencemaran dan kemudharatan - mengkaji alam utk kebaikan dan mengenal Allah - Berhati-hati dlm menikmati alam ini kerana ia adalah amanah - memahami alam tidak kekal, tetapi akhirat tempat kembali dan kekal NEXTBACK

16. • Imarah Berkait rapat dgn khilafah dan imamah. Ia bererti pemerintah atau pemimpin umum berkaitan dengan hidup di dunia utk kesejahteraan akhirat spt raja, perdana menteri, dsb. Kesimpulan: > Khilafah, imamah dan imarah ialah konsep yg berkaitan dgn pentadbiran, pemerintahan dan jawatan dlm Islam Ianya bertanggungjawab: -Memelihara kebajikan masyarakat - Memastikan mereka mentaati syariat - Mencotohi kehidupan Rasulullah - Menegakkan amar maaruf dan nahi mungkar 8.3.2 I M A R A H NEXTBACK

17. SOALAN ??? NEXTBACK

18. Dari segi bahasa : Mengemukakan sesuatu Perundingan atau yang difahami dengan permesyuaratan percakapan 8.4.1 K O N S E P S Y U R A NEXTBACK shawwara istisyarah

19. Mengemukakan pandangan yang berbeza-beza dari sudut pandangan yang pelbagai berkenaan sesuatu permasalahan yang tertentu untuk dibincangkan oleh mereka yang berkelayakan dan berkepakaran dalam permasalahan tersebut bagi mencari pandangan yang paling benar dan tepat sebagai penyelesaian yang terbaik untuk kepentingan semua pihak yang terlibat D A R I S E G I I S T I L A H NEXTBACK

20. * Memberi peluang penyertaan dan penglibatan ahli yang luas dalam setiap keputusan yang diambil untuk kepentingan, kebaikan dan kebajikan semua. * Mengelakkan amalan diskriminasi dan berpuak-puak. * Sepakatan idea adalah lebih baik daripada berpusat kepada individu dan kumpulan kecil tertentu. Sesuatu isu, cabaran, halangan dan masalah itu dapat dilihat secara menyeluruh dari pelbagai sudut dan terperinci. * Bertanggungjawab mengurangkan kesilapan dan kesalahan dalam membuat sesuatu keputusan penting. * Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni seperti sifat ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Setiap individu memberikan sumbangan terbaik dari segi idea dan mereka bertanggungjawab pula untuk bertindak melaksanakan keputusan itu. K E P E N T I N G A N &K E B A I K A N S Y U R A NEXTBACK

21. * Melahirkan tindakan bersepadu dalam pelaksanaan keputusan yang telah dipersetujui bersama. * Menghormati dan memperkukuhkan budaya ilmu, profesionalisme dan kepakaran. * Agen pembangunan diri, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Pembangunan bersepadu antara unsur kejasmanian dengan kejiwaan, individu dengan masyarakat, manusia dan alam, kebendaan dan kerohanian serta keduniaan dan keakhiratan. * Memupuk dan memperkukuh persepakatan dan perpaduan atas dasar hormat menghormati, kasih mengasihi, muhibah dan persaudaraan (ukhuwah Islamiah). NEXTBACK

22. > Pentadbiran dan pengurusan berlandaskan sistem perbincangan dan perundingan dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan (Mushawarah). > Keputusan dan ketetapan dalam pemerintahan dibuat melalui persetujuan hasil daripada perbincangan.(Mudhakarah). > Kesepekatan , kesefahaman dan kesatuan pendapat serta pandangan dalam menangani dan menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan . (Wihdat al- Fikr) > Menjadikan Al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas sandaran dan sumber rujukan. > Mengugunakan kebijaksanaan hikmah dan sifat lemah lembut.(Mawizah). > Keputusan dan tindakan yang diambil hendaklah mengutamakan kepentingan (Maslahah Ammah) > Menghormati dan menghargai pandangan , pendapat serta nasihat yang diketengahkan oleh orang lain . 8.4.2 P R I N S I P -P R I N S I P S Y U R A NEXTBACK

23. SOALAN ??? BACK

24. 1. Hisbah dari segi bahasa bermaksud mengira,menimbang,ataupun menilai. 2. Dari segi istilah syarak hisbah itu menggalakkan perlakuan kebaikan apabila ternyata perlakuan ini diabaikan dan mencegah daripada kemungakaran apabila perbuatan ini dilakukan dengan ketara. 3. Hisbah juga sebagai sebuah institusi merujuk kepada sebuah badan yang menjalankan fungsi pengawasan bagi menggalakkan kebaikan dan menghapuskan kemungkaran. 4. Bidang tugas hisbah termasuk ke dalam tugas keagamaan contohnya yang dikaitkan dengan kewajipan amar makruf nahi mungkar. 8.5.1 K O N S E P H I S B A H NEXTBACK

25. > Mengawasi perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadah. > Mengawasi budaya pergaulan dan akhlak masyarakat. > Menjamin kebersihan dan memelihara kesihatan awam. > Menyelia kedudukan bangunan dan keselesaan jalan raya. > Mencegah penindasan dan penganiayaan terhadap golongan yang lemah. > Mengawasi perjalanan kilang-kilang perusahaan dan kemahiran serta mengawal mutu hasil pengeluaran. > Mengawasi kegiatan ekonomi dan suasana di pasar. > Mengawasi tingkah laku guru terhadap anak didiknya. > Memastikan kesejahteraan hidup rakyat jelata. > Mengawasi kegiatan pemimpin negara dan orang bawahannnya F u n g s i m u h t a s i b t e l a h d i s u s u n s e m u l a d a l a m b e n t u k y a n g l e b i h s i s t e m a t i k d a n m u d a h d i f a h a m i . NEXTBACK

26. > Dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pemerintahan,perlu ada hisbah atau penilaian dan hisbah ini hendaklah dilakukan untuk: -mengesan pelaksanaan -meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan. > Mengenal pasti segala kelemahan dan kesulitan yang menyebabkan timbulnya masalah atau kegagalan dan berusaha menyusun strategi baharu bagi mencapai kejayaan. > Mengesan kesilapan serta membuat pembetulan,kemudian mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelak supaya kesilapan yang sama tidak berulang pada masa akan datang. > Menilai pencapaian serta prestasi dalam pengurusan dan pentadbiran dan dalam masa yang sama mengatur strategi untuk memperbaiki kelemahan tersebut. > Mendengar komen daripada rakyat jelata dengan ikhlas dan menilainya kemudian mengambil tindakan sewajarnya untuk memperbaiki keadaan. > Mengambil tindakan perlu untuk membendung segala amalan yang tidak sihat serta perbuatan salah laku yang menjejaskan pengurusan dan pentadbiran negara. 8.5.2 P r i n s i p -p r i n s i p h i s b a h NEXTBACK

27. SOALAN ???
ref: 
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam 


PEMERINTAHAN  DAN  KEPEMIMPINAN  RASULULLAH  S.A.W.  DAN  KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Sebenarnya pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ al-Rasyidin merupakan contoh pemerintahan dan kepemimpinanan yang terbaik yang pernah disaksikan di muka dunia ini. Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ al-Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan.
Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara
Rasulullah s.a.w. merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan Rasulullah s.a.w. juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian.
Dalam pemerintahannya, Rasulullah s.a.w. berusaha untuk mendaulatkan semua hukum-hakam yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam semua aspek. Ini termasuk hukum yang berkaitan dengan aspek politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, sosial, pendidikan, kekeluargaan dan lain-lain. Dalam aspek politik dan pentadbiran umpamanya, Rasulullah s.a.w. melaksanakan sistem pentadbiran secara syura iaitu secara perundingan dan mesyuarat seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Walaupun Baginda seorang rasul dan makhluk yang paling mulia, namun Baginda tetap meminta pandangan sahabat-sahabat Baginda dalam menjalankan pentadbiran, khususnya dalam perkara yang tiada wahyu diturunkan. Ini menjadikan sistem pentadbiran Rasulullah s.a.w. begitu telus dan terbuka.
Amalan syura ini bukan sahaja dipraktikkan dalam konteks pemerintahan biasa, malah dalam peperangan Rasulullah s.a.w. juga. Contoh yang ketara dalam hal ini ialah ketika menentukan kedudukan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh dalam peperangan Badar, Uhud dan Khandak. Dalam merancang strategi peperangan ini, Baginda berbincang dengan para Sahabat dan menerima pandangan Sahabat tentang kedudukan yang paling baik bagi tentera Islam.
Rujukan Web
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai peperangan yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui laman web berikut:

Dalam aspek undang-undang, Rasulullah s.a.w. juga melaksanakan sepenuhnya sistem perundangan seperti yang dikehendaki oleh al-Qur’an baik dalam aspek jenayah mahupun dalam aspek mal (sivil). Perundangan Islam yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu hudud, qisas dan ta’zir berteraskan keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira perbezaan darjat, status sosial, ekonomi, bangsa dan sebagainya. Orang yang bersalah tetap bersalah dan dikenakan hukuman yang setimpal sekalipun dia golongan bangsawan dan begitu juga sebaliknya.
Bacaan
Sebagai contoh, pernah berlaku satu peristiwa apabila seorang wanita bangsawan Arab ditangkap kerana mencuri. Setelah dibicarakan dan sabit kesalahannya, maka hukuman telah dijatuhkan ke atas wanita tersebut. Namun memandangkan status kedudukannya yang tinggi, beberapa orang Sahabat meminta supaya wanita ini dikecualikan daripada hukuman tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya telah binasalah umat sebelum kamu kerana apabila golongan bangsawan melakukan kesalahan dia dibebaskan dan apabila golongan bawahan melakukan kesalahan maka dia dikenakan hukuman. Demi Allah kalau Fatimah sekalipun yang mencuri, tangannya akan dipotong.
(HR. Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan peristiwa di muka surat sebelah, apakah kesimpulan yang dapat anda fikirkan? Peristiwa ini menggambarkan bahawa aspek keadilan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. merupakan keadilan sejagat dan sejati. Selain itu, proses perbicaraan dan hukuman juga dijalankan secara terbuka dan telus. Pihak plaintif diberikan hak untuk mengemukakan tuduhan dan pihak yang tertuduh diberikan hak untuk membela dirinya dan hukuman dijatuhkan berdasarkan bukti-bukti yang jelas daripada kedua-dua pihak.

Aktiviti 4.2
Soalan kepada aktiviti 4.2Cadangan jawapan untuk aktiviti 4.2
Dalam bidang ekonomi, Rasulullah s.a.w. mematuhi sistem ekonomi yang diasaskan daripada al-Qur’an yang menekankan keadilan. Untuk menjamin keadilan dan memastikan agar kekayaan tidak dibolot oleh segolongan kecil ahli masyarakat sahaja, maka pelbagai institusi ekonomi diwujudkan oleh Islam. Antara institusi itu ialah institusi zakat, sedekah, baitul mal, waqf, pusaka, kharaj dan lain-lain. Melalui institusi-institusi ini, hak orang kaya dijamin  keselamatannya, manakala orang miskin pula dibela dan dibantu dengan sewajarnya. Sistem ekonomi Rasulullah s.a.w. menghapuskan amalan riba yang sebelum ini diguna pakai oleh orang Yahudi Madinah ke atas orang Arab.
Peringatan
Tahukah anda apakah itu riba? Jika anda melayari laman Wikipedia, anda akan beroleh jawapan seperti berikut: Riba ertinya al-ziyadah (tambahan). Dari segi bahasa, ia bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan mata wang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.
Dalam aspek sosial pula, Rasulullah s.a.w. berusaha melaksanakan perintah al-Qur’an dari segi kehidupan sosial yang aman, makmur dan harmoni. Dengan itu, pelbagai institusi sosial diwujudkan seperti institusi persaudaraan dan kekeluargaan (munakahat), institusi masjid, kejiranan dan lain-lain. Langkah pertama Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan masjid sebagai pusat segala urusan harian yang meliputi bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan termasuk urusan pentadbiran dan pemerintahan negara adalah merupakan tindakan yang sangat besar kesannya kepada kebajikan negara. Hal ini kerana masjid sebagai rumah Allah s.w.t. bukan sahaja tempat untuk solat berjemaah, malah adalah institusi yang mendokong keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan.
Di samping itu, Baginda juga mewujudkan beberapa jawatan dan antara jawatan yang diwujudkan ialah na’ibin atau nuwwab. Orang yang memegang jawatan ini bertindak sebagai timbalan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan mengetuai pentadbiran negara ketika Baginda tiada di Madinah, sama ada untuk tujuan ketenteraan ataupun dakwah.
Keunggulan Rasulullah s.a.w. sebagai pemerintah bukan sahaja diakui oleh masyarakat Islam, malah oleh pengkaji sejarah daripada kalangan masyarakat bukan Islam. Sila baca beberapa petikan daripada tokoh-tokoh berikut mengenai Nabi Muhammad s.a.w.
Jules Masserman, seorang ahli dalam bidang ilmu psikologi dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat dalam majalah Time edisi Julai 15, 1974, menegaskan:
“Pemimpin yang agung perlu melaksanakan tiga fungsi penting iaitu: memelihara kesejahteraan pengikut-pengikutnya, mewujudkan satu sistem sosial yang selamat dan terjamin serta menanamkan satu nilai kepercayaan yang dapat dijadikan panduan dan dikuti. Tokoh-tokoh terkenal seperti Pasteur dan Salk telah dapat memenuhi fungsi pertama, manakala Alexander, Caeser dan Hitler pula berjaya memenuhi fungsi kedua. Namun Muhammad telah berjaya memenuhi ketiga-tiga fungsi kerana itu beliau adalah pemimpin yang paling hebat dalam sejarah.”

George Bernard Shaw seorang penulis skrip drama berbangsa Irish yang mendapat hadiah Nobel Kesusteraan tahun 1925 dalam bukunya, The Genuine Islammenyatakan bahawa beliau amat menyanjungi ajaran yang dibawa oleh Muhammad kerana kehebatan dan potensi yang ada padanya. Beliau menegaskan:
“Ia adalah satu-satunya agama pada pandangan saya mempunyai kemampuan supaya disesuaikan dengan perubahan-perubahan yang sering berlaku dalam hidup, justeru menjadikannya menonjol pada setiap zaman. Saya telah mengkaji mengenainya iaitu lelaki yang hebat itu (Nabi Muhammad) dan pada pandangan saya beliau bukan anti Nabi Isa sebaliknya, beliau patut digelar sebagai Penyelamat bagi Manusia.””
Profesor Ramakrishna Rao, seorang ahli falsafah dari India dalam bukunya Islam and the Modern Age telah mengungkapan keunggulan Nabi Muhammad dengan kata-kata yang begitu menarik. Ujar beliau:
“Andai kata keunggulan seseorang terletak pada kemampuannya membersihkan masyarakat daripada keganasan dan kerendahan akhlak serta budi dan mengangkat mereka menjadi pemegang obor tamadun dan keilmuan maka Muhammad memang layak dikatakan unggul. Andai kata keunggulan terletak atas kemampuan mengikat tali persaudaraan yang kukuh dalam masyarakat yang dipenuhi persengketan dan peperangan maka beliau memang layak dikatakan unggul. Andai kata keunggulan terletak pada kejayaan merubah masyarakat jahiliah yang penuh kesesatan kepada suatu kepercayaan yang murni maka Muhammad berjaya melakukannya. Andai kata keunggulan ialah kemampuan mengalahkan musuh dan membina empayar yang besar seperti Maharaja Rom dan Parsi maka Muhammad tidak kurang hebat keempimpinannya dan kepahlawananya. Andai kata ketaataan dan penghormatan menjadi ukuran kepada keunggulan maka sebut saja nama Muhammad, jutaan manusia yang berjiwa akan hormat dan taat kepadanya.”
Jelas kini bahawa peranan Nabi Muhammad s.a.w. dalam pemerintahan dan pentadbiran negara meliputi pelbagai aspek. Nabi Muhammad s.a.w. telah melaksanakan amanah pemerintah dan pentadbir negara dengan penuh keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan sehingga namanya tercatat sebagai manusia yang paling berjaya dalam pengurusan hal ehwal dunia dan akhirat.
Pemerintahan dan kepemimpinan Khulafa’ al-Rasyidin
Khulafa’ al-Rasyidin bermaksud para pengganti Rasulullah yang berada di atas jalan kebenaran. Mereka ialah pemerintah kerajaan Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Mereka terdiri daripada Abu Bakar al-Siddiq r.a., Umar bin al-Khattab r.a., Uthman bin ‘Affan r.a. dan Ali bin Abi Talib r.a. Oleh kerana mereka mewarisi kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w., mereka mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar untuk memastikan keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan yang telah diasaskan oleh Baginda terus berkekalan dalam pemerintahan dan kepemimpinanan mereka.
Dengan kedudukan mereka yang hampir sama dengan Rasulullah s.a.w. dan sentiasa mendampingi Baginda semasa Baginda masih hidup, para Khulafa’ al-Rasyidin dapat memahami konsep dan falsafah pemerintahan Islam seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Dengan itu mereka dapat menghayati ajaran kepemimpinan Baginda dengan mudah.
Berikut merupakan sumbangan Khulafa’ al-Rasyidin semasa pemerintahan dan kepemimpinan mereka:
 
Majlis  Syura :
Pendahuluan :
  • Selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w. pengganti baginda dikenali sebagai khalifah.
  • Empat orang khalifah yang selepas kewafatan Nabi dikenali sebagai Khalifah al-Rasyidin. Keempat-empat orang Khalifah al-Rasyidin dipilih melalui Majlis Syura.
  • Majlis syura ini wujud sejak zaman Rasullulah dan diamalkan oleh Khulafah al-Rasyidin.
Isi :
Latar Belakang dan Konsep :
  • Merupakan Majlis Mesyuarat negara yang berperanan membantu ketua agama Islam melaksanakan pentadbiran kerana ia dibentuk berasaskan suara rakyat.
  • Perkataan syura berasal  daripada perkataan Arab yang bermaksud mesyuarat . Kepimpinan pemerintahan dan pentadbiran Islam berasaskan sistem perbincangan , perundingan dan nasihat dalam menentukan keputusan dan ketetapan.
  • Ramai ahli sejarah menyatakan secara raasmi Majlis Syura dibentuk oleh Khalifah Umar al-Khattab, namun Majlis Syura telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Rasullulah terlebih dahulu.
Tugas :
  • Menjadi tempat rujukan untuk melaksanakan  undang-undang Allah.
  • Sebagai kuasa eksekutif pada zaman Kalifah al-Rasyidin.
  • Memilih calon khalifah, contohnya semasa perlantikan Khalifah Uthman bin  Affan.
  • Mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan khalifah jika ia gagal melaksanakan tugasnya.
  • Memberi bantuan nasihat teknikal yang berkaitan dengan perundangan.
Bilangan Ahli :
  • Bilangan ahli syura tidak ditetapkan kerana bergantung kepada keadaan. Contohnya  pada zaman Rasullulah terdiri daripada ketua golongan Muhajirin, Ansar, para sahabat yang terdekat dan panglima tentera.
Kelayakan Ahli :
  • Adil, berilmu, sejahtera anggota tubuh badan, mempunyai pemikiran yang waras dan tajam serta tahu ilmu siasah (mempunyai visi /wawasan terhadap masa depan negara, berani dan warak. )
Prinsip :
  • Pentabiran dan pengurusan berlandaskan sistem perbincangan dan perundingan ( Musyawarah ) dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan.
  • Keputusan dan ketetapan dalam pemerintahan / pentadbiran dibuat nmelalui persetujuan hasil daripada perbincangan (Mudhakarah )
  • Kesepakatan, kesefahaman dan kesatuan pendapat serta pendangan dalam menangani dan menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan.
  • Menajadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas sandaran dan sumber rujukan dalam membuat pertimbangan untuk menentukan keputusan.
  • Menggunakan kebijaksanaan hikmah dan sifat lemah-lembut ‘maw’izah’ semasa mengemukakan pendapat, pandangan dan pendirian dalam perbincangan.
  • Keputusan dan tindakan yang diambil/diputuskan hendaklah mengutmakan kepentingan maslahat umum.
  • Menghormati dan menghargai pandangan, pendapat sereta nasihat yang diketengahkan olah orang lain.
Kesimpulan :

Amalan Syura merupakan aspek penting yang dibrikan penekanan dalam sistem kepimpinan Islam. Tunggak dalam dasar pemerintahan dan pentadbiran. Pelaksanaan semangat syura di dalam pengurusan dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah kerana ia membawa kepada keberkesanan ayng bertambah dalam pendabiran sesebuah kerajaan atau organisasi.
ref: 
Majlis Syura | Weblog Cikgu Jumali


BERITA
'PAS boleh terus bermimpi...'
Mahfuz Omar  |  Diterbitkan 28 Mei 2018, 10:37 malam  |  Dikemaskini 28 Mei 2018, 10:44 malam
KATA MP | Kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tidak kisah PAS tidak menang di pusat dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 kerana negara terlalu banyak berhutang menandakan lemahnya jiwa dan betapa kerdilnya semangat PAS menghadapi kemelut politik negara.
Bahkan dalam nada bersahaja beliau merasakan lebih baik Pakatan Harapan (HARAPAN) memerintah selama lima tahun untuk menyelesaikan hutang sebelum PAS mengambil alih kerajaan pusat dalam PRU akan datang.
Kenyataan beliau adalah jawapan mengapa PAS gagal menguasai negeri-negeri di Pantai Barat dan cuma mampu mentadbir Kelantan dan Terengganu.
Mungkin dari awal beliau dan pemimpin PAS sudah menghidu HARAPAN akan memenangi Putrajaya.
Lalu mereka mengambil langkah bersendirian, tidak mahu bergabung kerana takut kemenangan itu akan menyebabkan PAS menanggung bebanan hutang negara.
Saya amat hairan kenyataan seperti itu diungkapkan seorang naib presiden sebuah parti Islam yang dianggap paling lama di negara ini. 
Tidakkah ini mencerminkan pemikiran pasir pemimpin PAS dan mereka hanya mahu mengambil kesempatan dalam politik negara daripada pihak lain, tanpa berusaha membantu menyelesai masalah negara yang kronik sekarang?
Dalam maksud lain, PAS sebenarnya tidak tahu bagaimana menyelesai masalah negara dan tidak mahu menjadi sebahagian daripada rakyat yang berusaha membangunkan negara selepas ia dirosakkan tangan-tangan pemimpin BN sebelum ini.
Dalam keadaan rakyat banyak memberi input dan nasihat yang baik kepada kerajaan selepas PRU ke-14, PAS pula mengambil sikap berlepas diri dan beretorik politik.
Akan kenal siapa ikhlas
Jika itulah kenyataan dan mentaliti pemimpin PAS, maka tidak hairanlah parti itu tidak mampu melangkah jauh walaupun sudah berusia lebih 60 tahun.
PAS ketandusan pemimpin dan negarawan yang berjiwa besar serta memandang ke hadapan.
Sepatutnya Mohd Amar memberi cadangan kepada kerajaan HARAPAN mengenai cara-cara mengembalikan negara di landasan sebenar, memulihkan ekonomi, membayar hutang, menghapuskan rasuah serta membebaskan semua agensi kerajaan yang ditekan selama ini.
Sikap pemimpin PAS yang masih berdelusi ini amat memalukan rakyat.
Baca 'PAS ambil alih lepas HARAPAN bayar hutang negara'

Jika Mohd Amar masih berasakan PAS akan mendapat sokongan terbanyak, dan bakal memenangi Putrajaya lima tahun lagi dengan sokongan rakyat, silakan.
Beliau boleh terus bermimpi di siang hari.
Kepada rakyat, ayuh kita bekerja bersama-sama bagi membina semula negara, tinggalkan mereka yang hanya mahu bersenang-lenang dan hanya tahu mengambil kesempatan atas usaha kita bersama selama ini.
Nanti kita akan kenal siapa yang benar-benar ikhlas bekerja untuk negara, dan siapa pula yang hanya mahu mengejar jawatan dan kedudukan untuk kepentingan diri.

DATUK MAHFUZ OMAR ialah naib presiden AMANAH merangkap anggota parlimen Pokok Sena.
Rencana ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini
ref'
PAS boleh terus bermimpi...'

AWAS: Racun umno menangguk di air keruh. Mentaliti pecah perintah untuk tunjuk umno parti keramat remuk yang kini jadi pembangkang. 

Jangan mudah percaya seperti hal di bawah ini: Musuh bukan senang PKR - DAP - Amanah - PPBM teguh bersatu dalam PAKATAN HARAPAN. Ada sahaja jalan untuk memecah belahkan keserasian Pakatan Harapan. Takbir! Allahu Akbar. 

Rafizi bongkarkan...
Tiba2 pertengahan Tun Mahathir dgn puak2 ko ni masuk nk join Pakatan utk tumbangkan BN/Najib...
Ok..kami terima dgn hati terbuka disebabkan sama2 misi utk tumbangkan Najib dan BN...
Umpama Tun Mahathir dgn puak2 ko ni masuk Pakatan seperti rumah yg sudah siap tapi hanya perlu diisi dgn perabot2 sahaja untuk didudukki...
Tun Mahathir dan puak2 ko ni hanya mengambil bias sahaja daripada apa yg sudah kami bina selama ini....
Bila PRU 14 PH menang kita org setuju lantik Tun Mahathir jadi PM pun patut kira berterima kasih jika dihitung bilangan kerusi yg puak2 ko dapat...
Tapi bila ko dah maki hamun Rafizi dgn DSAI mmg kami tak boleh terima...
Puak2 ko tu kerusi minoriti dlm PH tapi nak buat PH ni macam bapak ko punya!!!! 
Kalau puak2 ko nak berambus dlm PH pun kami tetap ada bilangan kerusi majoriti mudah...
Kami tetap boleh jadi kerajaan tanpa Tun Mahathir dan puak2 ko yg budjet pandai tuh...Ptuihhhhh !!

Sumber: 

mengaku sokong ph lah.. sokong mahathir lah.. 
mcm2 dh org umno dh xde job tepi skrg ni
Sumber: 




Tiada ulasan: