Selasa, 22 Mei 2018

Antara hasil perancangan mereka (DAKYAH Umno untuk terus hidup yang akhirnya dakyah tersebut memakan diri dan membuat mereka kecundang PRUM14) 7703.

Seorang Pemikir?

Sesungguhnya hati manusia sungguh indah jika penuh dengan iman dan takwa... -Seorang Pemikir? Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” 

.” 

Selingkar tertib kisah. 
Jumpa kawan pure Pas (Pas Johor) selepas memberi salam, berslaman dan ucap tahniah diatas kemenangan Pas mengepalai Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Terengganu. (Pas Johor DUN 0 wakil dan 0 wakil Parlimen.) Beliau l
aju menyambung bicara sambil berkata 
Pengundi Kelantan dan Terengganu bijak pilih Islam Mereka semua hendak kembali kepada ISLAM.” Sekarang Malaysia diperintah kerajaan dajjal dan tengoklah bendera PKR. Masya Allah


Saya say Alhamdulillah bukan TGNA yang jadi MB Terengganu dan seterusnya saya menyatakan... 

Demokrasi adalah ciptaan yahudi laknatullah untuk menenggelamkan Sistem ISLAM Sistem Kerajaan Khalifah.” yang mana Sistem Kerajaan Khalifah terakhir telah dikuburkan oleh Kamal Atartuk Turki.” Gambar (Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.)" 
Alhamdulillah sahabat akur dan saya menyatakan demokrasi ini pun bukan terjemahan kepimpinan ISLAM. (Saya tidak menyebut sesetengan percakapan pasaraya: “Sudah tahu sistem begitu mengapa Pas bertanding PRUM.” Saya pun tidak bersetuju hujah berkaitan.) 

Tidak pastilah sama ada tahu atau menyembunyikan hal masih samar-samar Pemimpin Pas terima wang dari Umno. Hal masih samar-samar biarlah berlalu dari perbincangan. Lagi pun Pemimpin Pas masih tidak menyaman atau memdakwa pihak yang kononnya memfitnah mereka. (pihak yang mengeluarkan kenyataan atau tuduhan tersebut.) Hal itu baik diserah kepada pihak berwajib. 

Bila tengok gambar Tun PM muncul di berita larut malam tv... tegar PAS say “Kuda tunggangan Dap.” Xtahulah siapa yang ajar dan logik dari mana datangnya persepsi tersebut dan saya cuma diam mendengar untuk cakap-cakap beliau seterusnya. Bila Anwar muncul di kaca tv DSAI dipanggil “Anjing!” Agaknya terperasan sudah terlebih cakap, cepat-cepat pintas
Melepaskan anjing tersepit.” Dulu Paslah yang tolong DSAI ...masa dia susah. Tidak tahulah apa yang dimaksudkan pertolongan tersebut, sebab tidak dijelaskan langsung dan saya tidak berminat menduga dengan soalan bonus. 


Allahyarham TGNA banyak nasihati DSAI. Alhamdulillah hubungan Allahyarham TGNA masa hayatnya dengan DSAI adalah rapat. Ramai ahli Pas berharap DSAI menyertai Pas selepas pemecatan TPM dan penyingkirannya dari Umno. Waktu itu YB Tuan Hj Mohamad Sabu bersama ahli-ahli Pas juga turut serta dalam reformasi - YB Mat Sabu (sekarang Menteri Pertahanan) sampai pecah pehanya dilanggar kenderaan pihak berkuasa yang dikerah menyuraikan perhimpunan. 

Kemudian beransur-ansur Pas undur diri dari Perhimpunan Reformasi. Sekarang masih ada yang yang tidak berpuas hati bila DSAI say “Perjuangan rakyat.” dalam Perhimpunan di Padang Timur, Petaling Jaya., selepas Pembebasan DSAI (dengan Pengampunan Penuh YDP hasil usaha jitu YAB Tun PM.) Apa mahu dipelikkan, kita bukan mampu membuat semua orang berpuas hati. Kita pun berharap pada Allah Subhanahuwatalla. Salahnya bila manusia berharap sesama makhluk seperti berharap yang menanda kertas jawapan peperiksaan kita, memberi kita supaya kita lulus. 

Berbalik kepada rakan Pas tadi, beliau menyambung hujahnya Bumi ini hak siapa? dan Untuk apa Allah Subhanahuwatalla jadikan kita.” Alhamdulillah itulah pemahaman dan amalan kehidupan semua orang ISLAM. In Syaa Allah. Tolak tepi apa yang disebut tidak molek dan apa yang dibanggakannya. Ambil yang baik sahaja kerana Allah Subhanahuwatalla. 

Sama-sama kita semua Rakyat Malaysia berusaha dan berdoa supaya kita semua dikurniakan taufik dan hidayah, diredhai dan dirahmati Allah dan begitu juga dengan Bumi Malaysia hak Allah sentiasa beroleh rahmat dari Nya. Aamiin. 

Akhir kalam saya say kepadanya sebelum meninggalkannya untuk berpulang. “Saya pernah doakan Karpal Sigh, Allah beri taufik dan hidayah untuk kembali mengEsakan Allah.” Wallahua'lambissawab. 

.” 

Antara hasil perancangan mereka (DAKYAH Umno untuk terus hidup yang akhirnya dakyah tersebut memakan diri dan membuat mereka kecundang PRUM14) ialah menjadikan Kotak Fikir Melayu menjadi seperti ini: 

1. Supaya Melayu hanya memikirkan Umno Parti Keramat dan Roh Umno. Pemimpin Umno adalah Tuan kepada Melayu kerana memperjuangkan Melayu dan Melayu pengikutnya adalah hamba tebusannya. Melayu ada yang masih tegar dengan KERAMAT kubur. 

a. Sebagai contoh itu sebab mereka kata pemimpin mereka Insan terpililh, yang dijadikan Tuhan untuk menjadi tuan mereka. 

b. Semua perkara yang tidak baik seperti Skandal 1MDB walau telah ditunjukkan bukti rampasan yang amat besar jumlahnya dari rumah bekas pemimpinnya dianggap berniat jahat, dusta dan fitnah. Itu sebab Jebat tewas dengan Tuah di mata banyak Melayu sebab melawan Sultan dan teranggap sebagai Pengkhianat. Hang Nadim pun kena bunuh sebab cerdik dengan batang pisang berbanding akal Sultan yang zalim memerintahkan rakyatnya berkubukan betis. 

c. Mana-mana Cina  dan India yang berkawan dengan Pemimpin Umno adalah halal seperti Jho Low, MCA dan MIC., sementara Dap dianggap babi dan komunis. Lupa agaknya musuh dalam selimut sendiri. Iaitu isu perkauman yang sewenang-wenang digembar-gemburkan bila berkempin di depan majoriti penonton Melayu. 

d. Kerajaan Persekutuan Malaysia adalah hak mutlak Umno yang tidak boleh dicabar. Walhal bukan guna duit umno pun untuk membangunkan Malaysia. Duit rakyat Malaysia tanpa mengira mereka mengundi Umno atau tidak. 


e. Bila Menteri Kewangan baru masuk, terus bukak file. Naaaahhh, selama ni konon kata bayar hutang guna duit RASIONALISASI rupanya guna duit kerajaan bayar hutang. RM 6.9 BILION!! Boleh bina kira kira puluhan buah sekolah atau puluhan buah hospital lengkap dengan peralatan terkini! Duit universiti potong, bajet kesihatan kena sekat, potong sana sini, rupanya nak bayar hutang 1MDB! Kelab Che Det
Ini tinggalan kerja Insan Terpilih. 

f. Mereka sanggup beranggapan DSN sungguh tenang facenya tentang 1MDB dan Jho Low (anggapan ahli Umno walau difitnah dan tidak menjawab pun bila dituduh macam-macam.) Berjaya Umno dalam kerjaya minda setting pengikutnya. Hingga lupa DSN membangsatkan Melayu kalau Umno kalah.” Perkataan sebutan DSN semua halal, “Haram jadah.” “Kepala bapak kau.” “Stupid. tuju kepada orang yang lebih dewasa dari dirinya” Halallah sebab ahli hamba umno tidak menegur memperbetulkan pun. 

2. Supaya Melayu hanya fikir satu parti sahaja iaitu Umno (Yang menentang dicap pengkhianat Bangsa) Politik dan hiburan berpisah tiada. Sementara itu elemen perancangannya lalai dan melalaikan menyesatkan ialah tabur duit untuk petrol percuma, bas free ke kempin, makan free dan yang penting Melayu rasa dienjoykan serta dilayan secara perdana. 

a. Bila ada kempen Umno mesti ada hiburan dari zaman 1960an hinggalah terakhir sekali Era PRUMalaysia ke 14. Yang terkini ada makan-makan, ada cabutan bertuah dengan hadiah barangan yang Melayu suka sebab benda free, macam “dedak, BR1M” tetapi setuju pula bila ada GST 6%, subsidi petrol dibuang, subsidi makanan harian mereka pun dicantas. 

Bila berkawan dengan Melayu, mereka lebih suka kita belanja mereka. Mereka hendak belanja kita? Rugi. Habis duit aku. Kadang-kadang terima kasih dan doakan pun tidak, malah boleh say dengan kawan-kawan yang lain, siapa suruh belanja aku? Walhal rezeki hak Allah Subhanahuwatallah, tak terfikir untuk mereka berkorban sama sebab latihan-latihan Umno sudah sebati dalam jiwa mereka. Lupa kamus sedekah seperti yang Islam sarankan. RM1.00 sekolah minta pun ada yang sanggup datang pejabat sekolah, walhal sudah ada surat siaran, tidak hadir Mesyuarat Agong PIBG. Duit RM1.00 Melayu ni besar macam kereta lembu, bila bab sedekah... sesetengah orang cakap. 

b. Makalah di bawah adalah antara dakyah Umno yang berulang-ulang sejak dulu dengan ideologi pecah perintah bagi terus berkuasa. Tiada sebut pun tentang ISLAM. Walhal perbendaharaan Negara habis dijarah oleh tuan mereka. Sampai bila Melayu jadi hamba kepada tuan mereka pemimpin umno? Alhamdulillah. Akhirnya rakyat Malaysia telah membersarakan mereka sejak 10 Mei 2018.  Aamiin. 
ANAK MUDA MELAYU KENA FAHAM ISU INI..BUKAN BESAR KEPALA TETAPI BAGI FAHAM SECARA MUDAH..

*Sekadar ulang siar... Utk peringatan kpd diri sendiri dan kawan² 'sebelah sana' sempena jatuhnya Kem Kewangan di bawah genggaman kerabat Tan Sri dlm cerita ini..*

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka...Jom Terjah!

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

Hebahkan kepada anak cucu, saudara mara, sahabat handai dan siapa saja BANGSA MELAYU berkenaan hak kita agar semua sedar.

Asas Perlembagaan Tanah Melayu Malaysia yang kita perlu tahu. Kontrak sosial diasaskan dari 5 hak orang Melayu dan dari situ Perlembagaan Malaysia digubal:

1. Raja Berpelembagaan

2. Agama Islam

3. Bahasa Melayu

4. Hak Istimewa Orang Melayu

5. Kerakyatan

Dari 5 ini orang Melayu berkongsi syarat ke 5 dengan orang Cina dan India. Semasa kontrak sosial dibincang antara kaum Melayu, Cina dan India, British menawarkan kepada kaum Cina dan India sekiranya mereka tidak setuju dengan kontrak tersebut mereka diberi 2 pilihan iaitu:

1. Pulang ke negara asal

2. Berpindah ke negara Asia di bawah jajahan British.

Jadi sekiranya hak istimewa orang Melayu dipertikai, agama Islam dihina, institusi Di Raja tidak dihormati, bahasa Melayu dipijak ertinya mereka telah melanggar syarat2 tersebut dan seharusnya Kontrak Sosial itu boleh dibatalkan. Bangsa Melayu punya hak untuk keluarkan mereka dari Negara Malaysia... Share! Yusof Chik 

(https://www.facebook.com/yusof.chik?fref=gs&hc_ref=ARQtPdUVwXF0cYS6R2no-spJpHqi5jUZqjy14Mmo2zPNPAEvA_JitSWxNs8f2ArP0sk&dti=217955808288946&hc_location=groupYusof Chik (2) Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat

.” 

Menarik isi kandungannya penuh dengann muhasabah diri. Aamiin
.” 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang

PERSATUAN ULAMA MUSLIMIN SEDUNIA
(International Union for Muslim Scholars)

Pejabat Presiden
Prof. Dr.Yusuf al-Qaradawiy 2/9/1439H bersamaan 17/5/2018M

Yang mulia saudara Dato’ Seri Anwar Ibrahim, semoga dipelihara Allah.

Al-salamu `alaykum warahmatu ‘Llahi wa barakatuh.

Dengan iringan do`a dan harapan semoga saudara dan rakyat Malaysia seluruhnya bahagia dan sejahtera dalam segala ranah kehidupan - keagamaan dan keduniaan.

Sesunggguhnya kami sangat berbahagia dengan berita pembebasan saudara dan perkembangan yang berlaku di Malaysia. Kami telah mengikuti laporan tentang sikap mulia saudara menyetujui pakatan pembangkang di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri Mahathir Muhammad, juga seruan saudara agar rakyat memilih dan mendukungnya, dengan melupakan sengketa masa lalu, mengenepikan permusuhan peribadi demi mengutamakan kepentingan Malaysia dan rakyatnya. 

Sungguh, ia adalah suatu sikap mulia luar biasa yang tidak siapa pun sanggup melakukannya kecuali kesatria pejuang yang berjiwa besar!

Saudara yang dikasihi, ujian adalah sunnah perjalanan hidup para nabi dan orang-orang salih. Allah s.w.t. yang mengatakan begitu:

“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu.” Muhammad:31

Nabi s.`a.w. juga pernah ditanya, “Manusia mana yang terberat ujiannya? Jawabnya: para anbiya’, lalu para salihin dan begitulah seterusnya mengikut martabat mereka. Seseorang itu diuji mengikut tahap kekuatan keagamaannya.” 

Saudara Anwar, anda pernah diuji dengan kesenangan, anda tetap mantap dan istiqamah berjuang demi rakyat dan negara. Setelah itu saudara diuji pula dengan penderitaan, lalu anda tetap sabar dan tetap melawan, tidak pernah meninggalkan misi perjuangan dan tidak pernah hilang kepedulian terhadap segala yang berlaku. Saya do`akan agar Tuhan berkenan mengurniakan saudara ganjaran yang selayaknya bagi orang yang sabar dan bersyukur.

Pelbagai ujian telah banyak menimpa para pemikir, para da`i, ulama, ahli politik dan pejuang misi mulia, semuanya mempunyai hikmah sendiri-sendiri. Ada ujian yang bertujuan mengangkat darjat, ada yang bermaksud melipat gandakan nilai kebaikan, ada yang bermotif membuka ruang untuk merenung kembali perjalanan masa lalu dengan segala pahit dan manisnya, dan seterusnya ada pula yang membawa hikmah kesempatan menatap masa depan - semangat dan aspirasinya. Semuanya adalah ujian yang mengandungi hikmah kurnia rahmat, kasih, inayah dan riayah Tuhan Yang Maha Penyayang.

Demikianlah berlalunya kehidupan ini dengan segala pahit-manisnya: kegagalan dan kekecewaan, kesengsaraan dan pederitaan yang kemudian berganti dengan kejayaan dan kemenangan. 

Yang penting, manusia tidak boleh menjadi tawanan masa lalu, sibuk dengan permusuhan lama, menghabiskan tenaga tanpa faedah! Saudara yang dikasihi, sudah seharusnya kita membuka lembaran baru sejarah Malaysia yang gemilang, kita tutup lembaran sejarah masa lalu, maafkan mereka yang pernah menyakiti dan menzalimi, kita mara bersama dengan penuh tenaga ke arah usaha yang berguna dan kerja yang produktif.

“Dan katakanlah, ‘Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasulnya dan orang-orang Mukmin.” At-Tawbah:105

Saudara Anwar - dengan izin Allah - sebagaimana yang telah ditetapkan dan ditunggu-tunggu, tidak lama lagi saudara akan memegang tampuk kepimpinan negara Malaysia. Kita semua yakin - dengan pertolongan Allah - saudara mampu menggalas tanggungjawab untuk mengemukakan sebuah model pentadbiran yang Islami, wasati, kontemporari dan realistik; sebuah model pentadbiran yang melihat secara saksama antara Islam dan realiti zaman. 

Kami amat mengharapkan agar nanti Malaysia akan mampu membentengi Islam, umatnya dan segala kepentingannya, terutama pada zaman kini ketika Dunia Arab dan Dunia Islam seluruhnya sedang kalut diamuk badai diterjang taufan.

Saudara Anwar, sesungguhnya negara Malaysia memang tertunggu-tunggu penampilan saudara. Rakyat Malaysia amat memerlukan pimpinan saudara. Dunia Arab dan Dunia Islam juga sangat menggantungkan harapan pada saudara terutama saat berada di persimpangan kritikal ketika ini. 

Memang, sesungguhnya umat Islam sedang menunggu kehadiran mereka yang memiliki pemikiran cemerlang, mereka yang memiliki hati nurani yang hidup dan mereka yang bersemangat waja. 

Tidak diragukan, saudara termasuk orang yang sedang ditunggu itu!. Saya berkeyakinan - dengan limpah kurnia Allah - saudara memang menepati sangkaan baik mereka semua, dan kami juga mengira demikian. Tuhan sendirilah yang lebih tahu.

Yusuf al-Qaradawiy
t.t.

Presiden Persatuan Ulama Muslimin Sedunia.

.” 

MONDAY, JUNE 25, 2012
Zaman Kejatuhan Sistem Khalifah
RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI. 
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan 
Istananya atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM. KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).


Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini? wallahu a'lam...

ref: 
http://ibnumalek.blogspot.my/2012/06/zaman-kejatuhan-sistem-khalifah.html 

Monday, January 2, 2012
Malaysia Telah Wujud Lama Sejak 1937... Konspirasi Illuminati?

Pernah kah anda mendengar lagu kumpulan Wings yang terkenal satu masa dulu dengan judul 'Teori Domino' dan pernahkah anda menyelidiki berkaitan teori RAHMAN (Tunku Abdul Rahman-> Tun Abdul Razak-> Tun Hussein Onn-> Tun Mahathir-> Tun Abdullah A.Badawi-> Najib) siapa perancang kepada Malaysia dan adakah pada tahun 2012 kebangkitan ahli konspirasi ini untuk menakluki Malaysia semula melalui parti politik tertentu? fikir-fikirkanlah... Benarkah 'kenyataan' ini? 
Projek penjajahan bentuk baru iaitu melalui empayar baru matawang dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yang kononnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S untuk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dengan niat jahat melalui penjajahan dalam bentuk baru.

Semuanya telah dirancang rapi bagi memperlihatkan bahawa semua kejadian berlaku dengan sendirinya. Malaysia juga tidak terlepas dari percaturan yang sudah sekian lama terancang. Sungguh memalukan jika kita membaca kembali buku-buku sejarah Malaysia yang 100% berpaksikan kepentingan segelintir manusia. Malaysia adalah projek kolonial yang sekian lama dirancang. Ini semua benar, seperti buku yang diterbitkan pada September 1937 (gambar di bawah).
Projek kolonial A.S ini sangat rapi. Ramai yang menggelar projek kolonial ini sebagai teori domino, iaitu setelah Vietnam menjadi negara komunis, maka satu demi satu negara-negara di Asia Tenggara ini akan menjadi negara komunis. Teori ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara di bawah akta ISA oleh Lee Kuan Yew selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti Lautan Gelora.”
Pak Said Zahari
Antara sasaran projek kolonial A.S ini adalah menubuhkan negara Malaysia dengan melucutkan gagasan Nusantara Melayu Raya, menggulingkan presiden Sukarno dan menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yang anti penjajahan. Hari ini kita dapat melihat fakta-fakta ini secara terperinci dalam terbitan dokumen-dokumen rahsia CIA seperti ini (sila klik Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines. Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.)

Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysia yang dipercayai disabotaj oleh Jeneral Suharto, apabila tempat mendarat payung terjun tentera Indonesia telah dikenal pasti telah bocor rahsianya atau mungkin disebabkan kecekapan risikan tentera Malaysia. Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa kepada peristiwa rampasan kuasa oleh Jeneral Suharto, yang didukung CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir satu juta rakyat Indonesia pada tahun 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka A.S.

Nama Malaysia telah wujud dalam gagasan kuasa penjajahan Barat sejak dicatatkan di dalam peta Sepanyol kurun ke 16. Lebih kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis A.S, dicatat pada judul buku Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules, tulisan profesor Universiti Havard merangkap penasihat luar A.S, Rupert Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam suatu gagasan geografi yang bernama Malaysia, peta dan sempadan kekuasaan negara. 
Malaysia: a study in Direct and Indirect Rules
Buku itu diterbitkan Macmillan New York pada tahun 1937, iaitu tahun orang-orang di sini sedang marak semangatnya dengan cita-cita dan hasrat Melayu Raya Nusantara, juga tahun orang-orang di sini belum lagi memahami atau ambil peduli apakah makna dan perkataan 'Malaysia'. Tahun tersebut juga merupakan tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu pada negeri dan raja-rajanya, tahun inggeris masih lagi menjajah ke atas wilayah dengan nama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat, Borneo Sabah, Sarawak dan Brunei.

Gagasan A.S tentang Malaysia sepertimana yang dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei pada saat akhir menarik diri daripada menyertai Malaysia dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris sehingga ke tahun 1984. Manakala Singapura pula menyertai Malaysia sehingga tahun 1965 dan berpecah selepas itu.
Batu peringatan penubuhan Malaysia
Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi sebahagian dari Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura akan bersatu dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia. 

Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita-cita masa lalu yang gagal. 

Perlembagaan Rakyat dan Gabungan Putera AMCJA, Perang anti British, Darurat, Kemerdekaan, Barisan Sosialis dan Penangkapan ISA terhadap hampir kesemua Wakil Rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga Pemimpin Bahagian dan Cawangan, Pengharaman Pilihanraya Majlis Tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. 

Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam penjara ISA atas tuduhan kononnya menentang penubuhan Malaysia.

Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak. Apa pula cerita Bangsa Malaysia?
Tunku Abdul Rahman Mengumumkan pada media 
tentang keberangkatannya ke London untuk 
memeterai penubuhan Malaysia.

Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen-agennya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh tali barut British.

Oleh itu mari kita sama-sama fikir kembali maksud daripada petikan ucapan terakhir beliau sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. 

Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan dan tanggungan saya itu…“ (Mohamed Abid, 2003, page: 191-192)

Apa Maksudnya? Ini Realitinya:

Sedikit mengenai 'agenda' mereka untuk semua orang Malaysia yang membaca artikel ini:

1. 'De-Islaming the Islamic belief' melalui perkara-perkara mistik (menerapkan kepercayaan mistik seperti Hikayat HangTuah, Hikayat Melayu yang dikawal oleh Orientalist)

2. Merosakkan ‘Kitab Suci’ tanpa membakar tetapi melalui penyebaran teori evolusi (idea Darwin. Penyakit ini melahirkan golongan Atheist)

3. Mereka (tidak kira apa bangsa keturunan sekalipun) yang menyerahkan segala jiwa dan raganya malah kepercayaan agamanya kepada ‘MASTER‘ untuk melakukan perkara di atas akan diberikan kekuasaan dan kekayaan.

Pecah, kuasai dan musnahkan Kepercayaan Tauhid dan Agama merupakan agenda mereka sejak bermulanya tamadun. Mereka tersorok di dalam pertubuhan rahsia dengan ahlinya yang tidak ramai tetapi pengaruhnya cukup kuat dan cukup berpengaruh. Mereka datang dengan menguasai politik yang dulunya berkhidmat untuk British empire. Sekarang pula mungkin dibawah naungan Amirika sekutu kuat England.

Walaupun pada dasarnya mereka nampak bercakaran tapi secara sulitnya mereka ada agenda yang sama. Mengkucar-kacirkan masyarakat sehingga keadaan menjadi keliru tidak karuan. Apabila masyarakat mula bosan dan beralih kepada hidangan ringan seperti hiburan maka disitulah jarum dan racun dakyah mereka dijalankan. Masyarakat yang hidup tanpa arah tujuan sebenarnya telah menjadi korban satu sistem yang di reka cipta untuk melaksanakan agenda jahat mereka.


Jika tidak percaya, apakah dua berita yang paling menyemak dan mendapat tempat paling utama di Malaya hari ini? Politik dan hiburan adalah jawapannya. 

Adakah mereka betul-betul pedulikan kamu? Tidak sama sekali. Apakah elemen utama dalam perancangan mereka? Lalai dan melalaikan.

Komen: 
Nama Malaysia ialah panggilan pedagang beberapa penjelajah barat ke atas Kepulauan Melayu. Pada asalnya kerajaan Filipina ingin mengambil nama itu sebagai nama rasmi negara tetapi telah dirampas oleh Tunku. Dato' Onn Jaafar pula dianggap sebagai tali barut Inggeris kerana beliau cuba memberi kelonggaran kerakyatan ke atas penduduk bukan peribumi. Namun perkara itu ditentang orang Melayu kerana menganggap perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union adalah sia-sia sekiranya kelongaran kerakyatan diberikan kepada kaum cina dan india. Beliau terpaksa melakukan sedemikian kerana pihak British telah mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak boleh dibentuk kerana tiada perpaduan antara kaum tetapi Pilihan Raya Umum yang pertama membuktikan rakyat Tanah Melayu telah bersatu dengan keputusan berpihak kepada Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) yang memenangi 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Parti Islam Se-Melaya pula memenangi satu kerusi.

ref: 
Seorang Pemikir?: Malaysia Telah Wujud Lama Sejak 1937... Konspirasi Illuminati?
















































































Tiada ulasan: