Isnin, 21 Mei 2018

DSN tentu gembira kalangan pendokongnya menganggap beliau sebagai insan terpilih. 7702.

Bismillahi Walhamdulillah
1. 
Bersangka baik dengan Takdir dan Ketentuan Allah. 

2. 

Bumi ini Allah punya. 

3. 

Untuk apa manusia ini Allah jadikan.

Kembali kepada fitrah kehidupan seperti yang Allah Subhanahuwatalla perintah dan larangi.


In Syaa Allah bermanfaat.

Aamiin Ya Robbalalaamiin

https://www.facebook.com/AyahandaTunDrMahathir/videos/vb.1467963756552219/2168517643163490/?type=2&theater


Pencerahan.


Sebelum ini Dua Menteri Kewangan Berbangsa Cina Tanah Melayu/Malaysia, di zaman Umno/Perikatan (Kapal Layar) 1973 Umno/ BN (Dacing) sebagai penguasa.

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Ke 3 Berbangsa Cina Malaysia.

Integriti perbendaharaan negara tahap tinggi di era dua Menteri Kewangan. “Tun HS Lee telah dierikan kepercayaan oleh Perdana Menteri Tunku Abd Rahman dan terbukti perbendaharaan negara dijaga dengan penuh keamanahan. 

“Begitu juga ketika Tun Tan Siew Sin terkenal kerana memiliki sikap yang tegas dan amanah dalam mengurus tadbir kewangan sehinggakan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak sendiri sebagai Perdana Menteri sangat segan dan hormat kepada keperibadian beliau. 


“Di bawah kedua-dua Menteri Kewangan yang berbangsa Cina ini tidak pula kedengaran isu besar atau skandal kewangan yang menjejaskan nama baik negara pada ketika itu.


“Perbendaharaan negara dijaga dengan baik dan integriti urustadbir negara berada pada paras yang tinggi dan cemerlang. “Mereka adalah rakyat Malaysia yang berbangsa Cina yang telah membuktikan bahawa orang Cina yang baik dan beritegriti juga boleh bersama membina negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.












ref: 
Google search. 

Pilihan raya semula bakal berlaku?
PENULIS KHAS May 12, 2018 7:45 am 88
Izinkan saya menulis panjang sekali lagi.

Saya memerhatikan bagaimana gembiranya penyokong-penyokong PAS terhadap kemenangan keatas Kelantan dan Terengganu.

Saya menulis dengan harapan, tuan-puan yang membaca tulisan saya ini boleh memanjangkan tulisan ini sehingga sampai ke telinga penyokong Pas.

Mereka bersorak gembira, kerana Kelantan dan Terengganu telah kembali ke tangan Pas, mereka juga bersorak gembira bertakbir dengan menyatakan Pas boleh menjadi Kingmaker di Perak.

Mereka bertakbir sekuat kuat terhadap kedudukan kerusi Dun di Kedah, dengan harapan BN akan ‘join’ mereka atau terwujudnya kerajaan campuran.

Saya mempunyai bayangan terhadap apa yang akan berlaku, berikut ini bayangan saya.

KES 2.6B DUIT KE POKET NAJIB

Seperti kata Tun M, “kami tidak ingin untuk membalas dendam, tetapi kami akan memartabatkan undang-undang”.

Tun M Dan seluruh MP yang Menyokong PH, setelah mengangkat sumpah sebagai PM ke-7 di Malaysia, setelah mengisytiharkan barisan Kabinet Menteri, pertama tama sekali akan membuka siasatan terhadap 1MDB.

Satu public inquiry akan dibentuk diketuai oleh kolenel bebas, akan diberikan mandat diRaja, akan menyiasat habis-habisan semua yang angka-angka yang terseleweng dalam 1MDB.

Semua angka angka ini akan dijejaki sehingga ke titisan akaun yang terakhir, sehingga sampailah ke akaun Najib tentang bagaimana 2.6 bilion boleh terterjah ke akaun peribadi Najib.

Sampailah dari akaun Najib, akan dijejaki duit rakyat berkenaan tentang siapa yang telah menerimanya, termasuklah pemimpin Pas yang dituduh menerima RM90 juta dari Najib.

Semua jejak ini saya pasti akan diketuai oleh Sdr Rafizi Ramli, dan dalam Public Inquiry DiRaja ini semua yang terlibat akan dipanggil untuk mendedahkan akaun dan transaksi masing-masing.

Hasil daripada Public Inquiry DiRaja ini, akan dirumuskan dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk dibuka kes di Mahkamah Persekutuan, atau secara terus kepada Mahkamah Persekutuan Malaysia.

KES DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Sekiranya kes berada di Mahkamah Persekutuan, maka yang dituduh berkenaan akan didakwa.

Semua duit 1MDB yang masuk ke akaun peribadi masing-masing, termasuk ke dalam akaun peribadi pemimpin Pas atau akaun Pas sendiri, akan diaudit pergi ke manakah duit rakyat ini.

Jika duit rakyat ini dijejaki dan disahkan digunakan untuk kempen pilihan raya ke-14, sama ada oleh BN, atau Pas, satu permohonan rasmi akan dibuat oleh Suruhanjaya Pendengaran Awam DiRaja untuk MEMBATALKAN kemenangan wakil-wakil Pas dan BN, sama ada untuk kerusi Dun mahupun Parlimen.

JIKA ITU BERLAKU

Akan berlakulah pilihan raya baharu terhadap semua kerusi kerusi Dun dan Parlimen baik dimenangi Pas atau Umno. Kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu akan diisytiharkan tidak sah.

Kali ini, penyokong Pas akan mengetahui bagaimana rupanya hati ulama-ulama Pas, bagaimana dahsyatnya sandiwara ulama-ulama Pas.

Kali ini mereka akan menelan sesuatu yang terlalu pahit, semua ludah mereka terhadap Parti AMANAH Negara akan menjadi satu igauan ngeri. Terbogel habis semua yang selama ini disembunyikan oleh ulama-ulama Pas melalui hadis-hadis dan ayat al-Quran yang digunakan untuk memperbodohkan penyokong tegar Pas.

JIKA BERLAKU PILIHAN RAYA SEMULA

SPR akan diganti dengan kepimpinan baru, barangkali Datuk Ambiga akan diangkat menjadi pengerusi.

Pada waktu tersebut, pilihan raya tidak akan lagi menjadi pilihanraya blackout, tetapi pilihan raya paling telus.

Dahulu sebelum PRU ke-14, kita dimasukkan ke dalam neraka oleh pendokong-pendokong PAS.

Kali ini, mereka berdepan dengan “neraka” yang mereka cipta. Pemimpin Pas yang terlibat dalam mengambil 90 juta semestinya akan diadili sebaik-baiknya melalui lunas undang-undang Malaysia.

Kali ini Kelantan dan Terengganu akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan, Kelantan akan kembali dikemudi oleh Ustaz Nik Omar manakala Terengganu, well, nanti mereka pilihlah antara mereka.

Semua kerusi kerusi Pas dan Umno yang dimenangi, akan bertukar milik kepada PH.

Kali ini penyokong Pas akan mempelajari sesuatu yang sangat penting dalam siasah Islam, iaitu Islam diperjuangkan melalui akhlak terlebih dahulu.

Itulah yang saya bayangkan, itulah yang saya rasa akan jadi.

Sebab itu Sdr Husam Musa tak mengomel berkenaan kekalahan mereka, sebab mereka tahu, inilah yang akan berlaku kelak selepas 6 bulan PH memerintah Persekutuan.

Sesungguhnya inilah bayangan yang saya bayangkan, yang bakal terjadi.

Penyokong tegar Pas, berdoalah ini akan terjadi, dan anda akan lihat sendiri, akhlak ulama-ulama Pas yang anda puja-puja.

ref: 

Antara hujah pendokong DSN:

Selepas mendakwa kesal kerana tidak berterus-terang dengan Najib Razak berhubung penolakan akar umbi terhadap Umno, Ketua Pergerakan Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin mengakui mereka bodoh kerana menafikan realiti.

Menurutnya, punca kekalahan BN bukan kerana persepsi di media sosial sebaliknya kerana realiti menidakkan pelbagai skandal terutama 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jangan lagi kita cakap persepsi. Ini realiti. Mesti ada realiti dahulu. Persepsi itu dibentuk oleh realiti. Realiti sudah ada cuma kita bodoh kerana menafikan selama ini.


“Kita menafikan 1MDB dan macam-macam skandal. Kita kata tidak ada, sudah dijawab.


“Kita menipu diri sendiri sampai hari terakhir,” dipetik daripada wawancara Mingguan Malaysia hari ini.


Link:

Khairy akui BN bodoh nafi realiti skandal 1MDB – Malaysia Dateline


Komen pro dan kontra:












ref:
Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat



Berita sedih..😢😢😢
Peguam Najib tarik diri
22 Mei 2018, 1:49 pagi

Peguam Harpal Singh Grewal dan M Athimulan menarik diri daripada mewakili Datuk Seri Najib Razak, beberapa jam sebelum bekas perdana menteri itu dijangka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Harpal mengesahkan beliau menarik diri selepas mengadakan pertemuan di kediaman anak guamnya itu di Taman Duta malam tadi.


"Ya, saya sahkan sudah menarik diri sebagai ahli guaman mewakili Najib.


"Selain saya, seorang lagi rakan iaitu M Athimulan turut menarik diri," katanya dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.


Harpal berkata mereka menarik diri secara sukarela dan bukan dipecat oleh Najib.


Laporan itu berkata kumpulan guaman mewakili Najib kini diambil alih oleh bekas peguam cara negara iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakannya


Najib dipanggil ke SPRM untuk kenyataannya direkodkan pada jam 10 pagi ini.


SPRM sebelum ini menyiasat Najib berikutan deposit berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya serta dana dari SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.


Siasatan itu telah dihentikan tetapi dibuka semula selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang baru.


Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Sukhri Abdull, yang terlibat dalam siasatan dan bersara awal, juga telah dipanggil semula untuk mengetuai suruhanjaya itu.


Pautan:

(1) Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat

UNIT PAKATAN HARAPAN OFFICIAL (MALAYSIA BARU)
Ikuti · 8 jam


Bekas Menteri UMNO Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri dan juga mantan Ahli Parlimen Jerai era pemerintahan UMNO BN ini juga harus disiasat segala tuduhan salahlaku ketika menjawat jawatan dalam kerajaan terdahulu. Rakyat berhak untuk mengetahui adakah beliau bersalah atau pun tidak! —

Rosman Muhamad Ali berkongsi pautan.
Sumber:
Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat 


Yusof Chik
12 min

ANAK MUDA MELAYU KENA FAHAM ISU INI..BUKAN BESAR 
KEPALA TETAPI BAGI FAHAM SECARA MUDAH..

*Sekadar ulang siar... Utk peringatan kpd diri sendiri dan kawan² 'sebelah sana' sempena jatuhnya Kem Kewangan di bawah genggaman kerabat Tan Sri dlm cerita ini..*

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka...Jom Terjah!

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

Hebahkan kepada anak cucu, saudara mara, sahabat handai dan siapa saja BANGSA MELAYU berkenaan hak kita agar semua sedar.

Asas Perlembagaan Tanah Melayu Malaysia yang kita perlu tahu. Kontrak sosial diasaskan dari 5 hak orang Melayu dan dari situ Perlembagaan Malaysia digubal:

1. Raja Berpelembagaan

2. Agama Islam

3. Bahasa Melayu

4. Hak Istimewa Orang Melayu

5. Kerakyatan

Dari 5 ini orang Melayu berkongsi syarat ke 5 dengan orang Cina dan India. Semasa kontrak sosial dibincang antara kaum Melayu, Cina dan India, British menawarkan kepada kaum Cina dan India sekiranya mereka tidak setuju dengan kontrak tersebut mereka diberi 2 pilihan iaitu:

1. Pulang ke negara asal

2. Berpindah ke negara Asia di bawah jajahan British.

Jadi sekiranya hak istimewa orang Melayu dipertikai, agama Islam dihina, institusi Di Raja tidak dihormati, bahasa Melayu dipijak ertinya mereka telah melanggar syarat2 tersebut dan seharusnya Kontrak Sosial itu boleh dibatalkan. Bangsa Melayu punya hak untuk keluarkan mereka dari Negara Malaysia... Share!

link:
(2) Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat


Foto hiasan sahaja.
269 CALON HILANG DEPOSIT PRU 14.

1 - Seramai 269 calon kehilangan wang deposit pada Pilihan Raya Umum Ke-14.


2- Negeri tertinggi yang mencatatkan calon kehilangan deposit ialah Pulau Pinang iaitu seramai 71 calon.


3- Di Kelantan, 48 calon PKR dan Bebas di kerusi Parlimen dan DUN hilang wang deposit.


4- Di Negeri Sembilan tujuh daripada lapan calon PAS bagi kerusi Parlimen, hilang deposit manakala 25 daripada 27 calon Pas hilang deposit di peringkat DUN.


5- Di Perak, seramai 20 calon kerusi Parlimen dan DUN hilang wang pertaruhan. Mereka adalah empat calon BN, sembilan PAS, lima Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan dua Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).


6- Di Terengganu, 23 kerusi yang ditandingi calon pakatan HARAPAN menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) hilang deposit merangkumi 19 calon di 20 kerusi DUN dan tiga calon Parlimen.


7- Seramai 14 calon di Sarawak turut hilang deposit apabila kalah teruk di 13 kawasan Parlimen. 


8- Di Johor, 64 calon termasuk 19 di kerusi Parlimen, hilang deposit. Daripada jumlah itu, calon PAS paling ramai hilang deposit dengan 46 orang, manakala bakinya lapan calon bebas.


9- Di Kedah, lapan calon hilang deposit membabitkan satu Parlimen dan tujuh kerusi DUN manakala di Perlis seorang calon Bebas di kerusi DUN Titi Tinggi turut hilang deposit selepas hanya dapat 132 undi.


10 - Undi terendah yang diperoleh pada PRU kali ini adalah parti Bebas oleh Bujang Abu di DUN Sikamat yang hanya mampu memperoleh 15 undi sahaja.


NOTA : Calon hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.


refrences: 

269 calon hilang deposit PRU 14. | SISI BUKIT

SKANDAL @ BALAK DI SABAH BUKTI HUBUNGAN DATO’ SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA, “CONFLICT OF INTEREST” DALAM PENYIASATAN TUDUHAN RASUAH RM40 JUTA

NOVEMBER 1, 2012 RAFIZI RAMLI

Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.


Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.


Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.


Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.


Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.


(Sila rujuk Lampiran A)


Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Gambar A1
Gambar A2
Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:


i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz


Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).


Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.


Gambar B1
Gambar B2
Gambar B3

Gambar B4
Gambar B5
Gambar B6
ii) Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence

Lampiran C menunjukkan 4 gambar.


Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.


Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.

Gambar C1
Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.
Gambar C2
Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.
Gambar C3
Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman: www.clearwaterresidence.com 
yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz. 
C4
D1
iii) Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776

Lampiran D menunjukkan 6 gambar.


Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai “daddy”).



D2
Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.

Gambar D3
Gambar D4
Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.
Gambar D5
Gambar D6
Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.


Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).


KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.


RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN
1 NOVEMBER 2012 

ref: 

Bukti Hubungan Dato’ Seri Nazri Aziz Dan Michael Chia, “Conflict Of Interest” Dalam Penyiasatan Tuduhan Rasuah RM40 Juta | Rafizi Ramli

MONDAY, MAY 21, 2018

Wujud RCI : Kaji ketirisan Felda
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) konsisten dengan pendirian agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja(RCI) mesti ditubuhkan segera bagi menyiasat dakwaan kehilangan berbilion wang Felda. 

ANAK yakin ramai yang akan tampil memberi keterangan mengenai tuduhan terhadap tokoh2 tertentu yang terlibat dengan penyelewengan dan salah guna kuasa. 


ANAK yakin bukan sahaja pendedahan mengenainya telah dibuat melalui Laporan Audit Negara, tetapi difahamkan laporan polis dan SPRM telah dilakukan. Namun, individu yang berkaitan masih bebas tanpa sebarang dakwaan. 


ANAK ingin mengingatkan Polis dan SPRM, Kerajaan PH tidak akan sekali2 berkompromi dengan pemimpin/penjawat korup yang berselindung atau ' meminta nyawa ' dengan tokoh tertentu, untuk menyelamatkan diri masing masing. 


Apa yang dikesalkan, ada dikalangan mereka mempunyai jawatan penting di Felda dan menjadi 'balaci' kepada kehendak tokoh2 tertentu. 


Ia bukan tuduhan, laporan dan dakwaan telah dibuat sebelum ini, namun senyap begitu sahaja. 


Justeru, bukan sahaja RCI, komitmen Polis, SPRM dan ' pembersihan ' dalam Felda mesti dilakukan segera, demi mempastikan intergriti Felda dapat dikembalikan. 


ANAK amat mengalu alukan lebih banyak maklumat penyelewengan disalurkan, demi kepentingan masyarakat Felda. 


Kita tidak boleh kompromi dengan pengkhianat Felda, ibarat harapkan pagar, pagar makan padi! Mereka yang terlibat benar benar mengecewakan warga Felda, dan tidak akan terlepas dari menerima pengadilan atas perbuatan mereka! 


 Apa yang pasti, info yang disampaikan oleh berbagai pihak kepada ANAK ketika ini, membenarkan dakwaan, bahwa situasi di Felda adalah parah dan mesti diselamatkan segera. 


Justeru, penubuhan Lembaga Penasihat Kerajaan yang antara lain untuk melakukan reformasi terhadap Institusi, contohnya Felda, sejajar dengan aspirasi Kerajaan PH, yang bertekad untuk memerangi rasuah dan penyelewengan hingga ke akar umbi. 


' Menerajui Perubahan ' 


Mazlan Aliman 

Presiden ANAK
21 Mei 2018

ref:

al- Husseyn: Wujud RCI : Kaji ketirisan Felda

Tedia !! Tun M buat ‘spot check’, pandu sendiri ke KL


PETALING JAYA: Percaya atau tidak, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui kerajaan baharu Pakatan Harapan dilihat memandu sendiri kereta. 

Tanpa pemandu peribadi, mahupun menggunakan perkhidmatan teksi atau Grab, pada usia 93 tahun, perdana menteri paling tua di dunia itu memandu dengan semangat baharu ke Kuala Lumpur.

Aksi Pengerusi PH itu dirakamkan dan dimuat naik di akaun twitter @firdyfire sebelum dikongsi oleh Dr Mahathir di akaun rasmi Twitternya @chedetofficial.



 Perdana menteri dilihat memandu kereta Proton Perdana.

Menurut keterangan video, Dr Mahathir memandu kereta bagi memantau perkembangan di sekitar ibu negara.

“Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial memandu sendiri memantau perkembangan terkini disekitar Kuala Lumpur pagi tadi (Ahad).


“Ada yang bertanya di mana Dr Mahathir mendapat tenaga melimpah ruah pada umur 93 tahun? Semoga Tuhan terus memelihara negarawan,” tulisnya.


Bagaimanapun, ia bukan kali pertama Dr Mahathir memandu kereta sendiri, apabila beliau dilaporkan memandu sendiri Proton Perdana miliknya ke Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Menghabiskan masa selama 45 minit, Dr Mahathir ketika itu memandu kereta dari rumahnya ke pusat membeli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dalam perjalanannya itu, beliau ditemani oleh dua pembantu peribadinya.


ref: 

http://kachipemas.blogspot.my/2018/05/tedia-tun-m-buat-spot-check-pandu.html?

TU DIA!!! Seramai 580 Profesor dan Profesor Madya sokong Dr Maszlee dilantik menteri pendidikan

MALAYSIA DATELINE 

Seramai 580 dikalangan Profesor dan Profesor Madya membabitkan universiti seluruh negara menyokong akan pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Survey yang dilaksanakan oleh Kumpulan Profesor Prihatin (KPP) yang berpendapat pelatikan Dr Maszlee adalah tepat dan sesuai dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengkaji semula dan mengangkat martabat sistem pendidikan negara.


Ketua KPP Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom berkata, Dr Maszlee ialah seorang tokoh akademik muda yang telah membuktikan beliau 
seorang yang serba boleh serta kreatif bukan sahaja di dunia akademia tetapi juga di medan masyarakat serta politik.
Prof Dr Mohamed Hatta Shahrom
“Sebagai ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) beliau banyak membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara. Buku-bukunya telah diterbitkan di dalam dan di luar negara oleh para penerbit terkemuka seperti Taylor & Francis dan Routledge.

“Keprihatinan tentang kenestapaan masyarakat telah mendorong beliau untuk bergiat cergas dalam beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO).


” Dr Maszlee juga bukanlah seorang ahli akademik menara gading yang terpisah daripada perjuangan untuk memperbaiki keadaan 
masyarakat,” ujarnya.

Kenyataan itu juga menyebut Ahli Parlimen Simpang Renggam ini adalah tokoh yang tepat untuk membaiki sistem pendidikan serta pemerintahan negara.


“Kebolehannya bertutur empat bahasa (Melayu, Inggeris, Arab dan Cina) merupakan sumber kekuatan pada dirinya sebagai seorang Menteri Pendidikan.


“Caranya yang berani berhujah dengan dalil, serta sikapnya yang berterus terang telah menarik perhatian pengkritik. Di sampng itu beliau mempunyai ramai pengikut dalam kalangan rakyat Malaysia yang kehausan pembaharuan dalam metode pendidikan serta pendekatan urus tadbir yang telus.


“Sebagai seorang Muslim Malaysia yang progresif beliau mempunyai kebolehan seorang menteri bagi semua rakyat berbilang kaum dananutan di negara ini.


“Kefahaman Islamnya amat sesuai bukan saja bagi negara Malaysia tetapi bagi dunia yang mahu maju bersama Islam ,” ujarnya lagi.


Justeru Prof Dr Mohamaed Hatta menekankan sebagai seorang Menteri Pendidikan kelak, Dr Maszlee boleh mengalakkan ahli akademik serta mahasiswa menikmati peluang ke ara pencapaian akademik dan profesional yang lebih tinggi serta untuk menyatakan pandangan tanpa kekangan undang-undang lapuk yang mencengkam dan melemaskan idea baharu.


“KPP percaya insyaAllah Dr Maszlee mempunyai kelayakan serta ketokohan mewujudkan pendidikan yang holistik. Inilah sistem pendidikan yang diperlukan oleh Malaysia baharu,” ujarnya kenyataan itu.


Hari ini Dr Maszlee Malik antara 13 menteri kabinet kerajaan PH yang akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong di Istana Negara dijangka pada jam 5.00 petang ini.


ref: 

KERENGGA: TU DIA!!! Seramai 580 Profesor dan Profesor Madya sokong Dr Maszlee dilantik menteri pendidikan

Monday, 21 May 2018
Mahathir Buat Kejutan Lagi?

Warga negara Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Menerusi Facebooknya, Justo memaparkan sekeping gambarnya bersama Tun Mahathir, kira-kira jam 7 malam tadi.

"Satu penghormatan dan pengalaman luar biasa!," tulisnya sebagai keterangan pada gambar berkenaan.

Namun sehingga kini, tiada maklumat lanjut berhubung pertemuan itu.

Justo merupakan figura penting dalam kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sebelum ini dia pernah dilaporkan berkongsi maklumat mengenai badan pelaburan berkenaan dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Beliau juga pernah ditahan pihak berkuasa Thailand sekitar 2015 berhubung kebocoran maklumat dan data membabitkan PetroSaudi. - sinar 

ref:

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

Najib tetap tidak insaf ..

Najib dalam ucapan di Pekan hari semalam berkata dia tidak pernah melihat suasana penyokong yang begitu ramai ketika dia memegang jawatan PM dan ketika dia hilang kuasa begitu ramai sekali yang datang mendengar ucapannya. Sehingga melimpah ke luar dewan. Tak cukup kerusi .. hahahahahaha
Dia ada tiga sebab;

1. Mungkin penyokong memang lebih suka kalau dia tak pegang jawatan PM. Tak bongkak. lebih menrendah diri dan yang paling penting tak boleh 'songlap' duit rakyat.


2. Dan mungkin orang datang nak tengok dia berucap. rindu agaknya ... maklumlah simpati dan sedih pun ada sebab lepas ni Najib akan bersemadi dalam sana.

3. Rasa teruja nak jumpa Najib dan nak dengar sendiri apa sebab BN kalah .. hehehehe

ref: 

Najib tetap tidak insaf .. ~ Menconteng Untuk Perubahan™
Monday, May 21, 2018
SUDAH-SUDAHLAH BERGADUH MARI BERSAMA BINA MALAYSIA BARU...
ref:
Na'im Nikmat @blog: SUDAH-SUDAHLAH BERGADUH MARI BERSAMA BINA MALAYSIA BARU...

AGEN PERUBAHAN ®  
Lucu : ‘Mat Sabu junior’ cerita kepincangan Najib
Pejuang Perubahan Pejuang Perubahan   
 Telatah kanak-kanak ini mengajuk ucapan Mohamad Sabu 
tentang skandal 1MDB tular di media sosial.

Tular di media sosial rakaman video seorang kanak-kanak lelaki mengajuk sedutan ucapan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang juga merupakan Presiden AMANAH pada kempen PRU-14 lalu.


Dianggarkan berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun, dia yang memakai kemeja-T berwarna merah dan berkopiah hitam itu dilihat selamba menghiburkan khalayak yang menyaksikan telatahnya.


Rakaman berdurasi 30 saat itu memaparkan kanak-kanak berkenaan duduk di atas pangkin batu dengan disaksikan sekumpulan lelaki.


“Pengerusi 1MDB Najib, Menteri Kewangan Najib, Perdana Menteri Najib. Bila duit 1MDB tak cukup sebab dah belanja mewah semua, Najib minta kepada Najib.


“Najib kata nanti, aku bincang dulu dengan perdana menteri – Najib. Bila Najib berbincang dengan Najib, luluslah wang rakyat kepada Najib,” ajuk kanak-kanak itu disambut ketawa berdekah-dekah pendengarnya.


Petikan ucapan humor tersebut antara ungkapan popular yang kerap disebut Mohamad dalam siri Jelajah Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dalam menerangkan tentang kepincangan urus tadbir 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ucapan lucu Mohamad Sabu pada musim kempen PRU-14 diingati rakyat termasuk kanak-kanak. Antaranya, di Guar Chempedak di Parlimen Jerai, Kedah pada 29 Mac lalu.

Mohamad merangkap Pengarah Komunikasi dan Mobilisasi PH itu dikenali sebagai pemimpin yang sarat dengan ucapan bernada sindiran dan lucu bagi menerangkan isu semasa kritikal negara.


Ahli Parlimen Kota Raja berkenaan dilihat menghuraikan skandal 1MDB yang bersifat teknikal itu dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami masyarakat awam.


Bahkan, sejumlah suntingan sedutan ceramah lawak beliau sepanjang kempen PRU-14 lalu meraih sehingga ratusan ribu tontonan apabila dimuat naik di laman perkongsian video YouTube.

mdl

ref: 



Monday, 21 May 2018
Keputusan Terkini Sultan Selangor Berkenaan Kedudukan Azmin Ali

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima jawatan Menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan di bawah portfolio Hal Ehwal Ekonomi.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani melalui satu kenyataan Media sebentar tadi.
Munir berkata, baginda memberikan perkenan selepas Mohamed Azmin memberikan sembah maklum kepada baginda.

"Mohamed Azmin juga membuat keputusan itu setelah mendapat penjelasan dan pengesahan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang skop kerja dan bidang kuasa Kementerian yang baru.

"Baginda juga memberi perkenaan agar Mohamd Azmin kekal memegang jawatan sebagai Menteri Besar buat sementara waktu sehingga tempoh peralihan kuasa kepada Menteri Besar yang baharu dapat dijalankan dengan lancar dan teratur," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, Mohamed Azmin perlu mengemukakan senarai calon-calon Menteri Besar yang baharu untuk penelitian dan perkenan baginda sebelum lantikan bagi jawatan itu dilakukan.

"Beliau akan melepaskan jawatan berkenaan sebaik Sultan Selangor berkenan melantik Menteri Besar yang baharu.

Keputusan Terkini Sultan Selangor Berkenaan Kedudukan Azmin Ali. "Proses yang dilaksanakan ini adalah selaras dengan undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan Perlembagaan Persekutuan," katanya. - sinar

ref  Addin: Keputusan Terkini Sultan Selangor Berkenaan Kedudukan Azmin Ali

Monday, May 21, 2018
TERKENANG SEMASA DULU - 99 : PENGALAMAN SINGKAT BERSAMA DS ANWAR IBRAHIM.
Menemani orang tak takut. (Gambar kitar semula dengan diberi frame baru)

Pernah satu ketika di awal tahun 80an,  saya ditugaskan oleh jabatan saya mengiringi DS Anwar dan isterinya melawat beberapa tempat untuk bertemu dengan pelajar-pelajar dan juga pemimpin gerakan Islam di USA selama beberapa hari.  Masa itu dia baru sahaja dilantik menjadi Timbalan Menteri. Saya pula berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Washington D.C, USA.

Dipendekkan cerita, pada suatu hari semasa pertemuan dengan pelajar-pelajar di Universiti Harvard dan lain-lain universiti yang berdekatan di Boston; saya dipanggilnya naik ke atas pentas untuk duduk di sebelahnya. 

Antara lain dia kata kat saya "kalau ada soalan yang saya tak boleh jawab, minta you bantu". Saya pun mahu tak mahu terpaksa naik. Tuhan sahajalah yang tahu betapa takutnya saya bila dipanggil duduk disebelahnya. 

Peluh sejuk mercik di dahi. Jantung seolah-olah berhenti berdegup. Kaki terasa sangat berat untuk melangkah. Dalam hati berdoa janganlah hendaknya ada pelajar menanyakan soalan berkaitan jabatan saya.

Di sepanjang pertemuan itu, memang ada soalan yang sepatutnya saya jawab, tetapi dia sendiri memilih untuk menjawabnya. Secara kasar saya masih lagi ingat beberapa soalan dan juga jawapan darinya yang sungguh hebat yang tidak mungkin saya dapat menjawab sebaiknya. 

Mungkin dikesempatan lain saya buat entri khusus tentangnya. Otak dia memang bergeliga. Jujurnya kalau dia suruh saya jawab, mungkin saya terus pitam atau buat-buat pitam. Maklumlah pelajar Harvard semuanya bijak-bijak belaka selain ada pelajar Master dan PhD termasuklah Sultan Perak sekarang. 

Sebelum ini juga saya pernah melihat beberapa orang Menteri di tempat lain yang terkedu bila disoal pelajar. Tak perlulah rasanya saya sebut nama menteri-menteri tersebut. Saya amat terhutang budi dan berterima kasih kepada DS Anwar kerana telah menyelamatkan saya dari situasi yang boleh memalukan saya. Saya percaya dia tahu saya takut untuk jawab bila dia melihat kecemasan di air muka saya.

Satu lagi sikapnya yang saya harus berikan pujian ialah dia seorang yang berani kerana dia sendiri telah meminta untuk bertemu dengan pelajar-pelajar di universiti yang diketahui anti kerajaan. Ada menteri yang memilih jalan selamat dengan meminta dibawa ke universiti yang menjadi kubu kuat penyokong kerajaan. 

Saya rasa pada masa itu ada dasar kerajaan yang menetapkan mana-mana menteri atau timbalan menteri yang pergi ke luar negeri, walaupun untuk bercuti agar pergi menemui pelajar-pelajar Malaysia sekurang-kurangnya di sebuah universiti.

Pengalaman menemani beliau yang cuma beberapa hari tertanam dalam ingatan saya. Sayangnya cuma ada sekeping gambar sahaja bersamanya.  Itu pun entah siapa yang beri kepada saya. Mahu tak mahu terpaksalah gambar itu dikitar semula.


Nota kaki: Entri ini barangkali berkaitan. Ada banyak gambar lama yang menarik untuk ditatapi. 

ref:  KomenSen: TERKENANG SEMASA DULU - 99 : PENGALAMAN SINGKAT BERSAMA DS ANWAR IBRAHIM.

MONDAY, MAY 21, 2018
Pemimpin Pas Panas Pungkok...Najib lagila hangI!!
Pas masih tak kenal matematik mudah untung rugi ..... masih nak kelentong ahli-ahlinya yang memang tak ada akai... Hilang deposit RM580 ribu itu masih tak terasa apa-apa pun....
Hangatlah pungkok para pemimpin Pas... langsung tak dengar suara la ni.. Mana mahu lari...
Buatlah apa alasan sekali pung.. tapi kali ini siapa yang bagi lu duit yang banyak-banyak tu??

 ref:  

YB Tuan Haji Mohamad Sabu (Pic atas) Bawah YB TGHA. 
 Apakah tawa ini buat kita bermuhasabah diri - 
ketawa berlebih-lebihan akhirnya seperti mentertawakan diri sendiri.



Antara mereka yang kehilangan tempat sebelum bertanding untuk PRUM14. 


Tuesday, 22 May 2018
Kekotoran Yang Ditinggalkan Kerajaan BN Melaka

Anggota exco Melaka yang baru, Ginie Lim mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dari penggal yang lepas telah menghabiskan peruntukan kepada mereka bagi tahun 2018.

Beliau berkata peruntukan itu khusus diberikan di bawah Majlis Perbandaran Alor Gajah yang telah memberikan taklimat mengenai kewangannya hari ini.

Lim, yang merupakan ADUN Machap Jaya, berkata berdasarkan taklimat itu, peruntukan tersebut berjumlah RM3.9 juta termasuk RM380,000 untuk ADUN dan RM500,000 untuk anggota exco.

"Kekotoran yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri BN memberi kesan kepada usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk memperbaiki keadaan. Ia tidak adil kepada pengundi serta kerajaan semasa," katanya dalam satu kenyataan.

Lim berkata peruntukan itu sepatutnya digunakan pada separuh pertama dan separuh kedua tahun ini dan bukan dihabiskan pada suku pertama.

Katanya senario itu menunjukkan salah gunakuasa dalam meluluskan peruntukan kewangan.

Melaka menyaksikan penubuhan kerajaan baru selepas BN tewas pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. - malaysiakini

ref:
Addin: Kekotoran Yang Ditinggalkan Kerajaan BN Melaka

Ini ulasan Tun Dr Mahathir mengenai Dr Maszlee Malik 
Anggota Kabinet boleh gugur jika prestasi tak memuaskan 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga suami kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Oleh Menteri-Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini. 
- Foto Bernama KUALA LUMPUR - 

Anggota Kabinet yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan boleh digugurkan dan digantikan dengan ahli Parlimen lain yang lebih layak, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini. Katanya, urusan melantik menteri-menteri Kabinet bukanlah satu tugas mudah dan pastinya tidak akan ada Kabinet yang sempurna serta tidak sunyi daripada kritikan orang ramai. “Memang tidak ada perfect Cabinet. Sentiasa ada saja cacat celanya. 

Kita pilih macam mana pun ada orang tak puas hati. Yang saya pilih ni pun saya tahu ramai yang tak puas hati. Tapi nak satisfy everybody (puaskan hati setiap orang) pun tak mungkin. “Jadi kita akan cuba. Kalau (prestasi) tidak satisfactory (memuaskan), kita kena gugur dan kita pilih lain. Tetapi kita kena bagi peluang supaya ramai orang baharu masuk (menyandang jawatan dalam Kabinet) dan wanita pula, tuntutan mereka kita kena ambil kira. Jadi, tak mudah mengisi jawatan Kabinet,” katanya. 

Beliau bercakap selepas upacara mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia 13 menteri Kabinet di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara. Dr Mahathir berkata, beliau kini boleh mengadakan mesyuarat Kabinet walaupun masih ada lagi jawatan menteri yang belum diisi. Menurutnya, jumlah akhir menteri Kabinet mungkin akan mencecah 28 orang setelah ditambah wakil daripada Sabah dan Sarawak. 

Diminta mengulas mengenai kritikan sesetengah pihak terhadap pemilihan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, Dr Mahathir berkata: “Dia seorang professor, seorang intelektual, dan seorang lulusan bidang agama tetapi bahasa Inggerisnya baik. “Kita kalau pilih yang lama saja ataupun yang ada ‘connection’ saja pun tak boleh juga. Kita kena bagi kat orang lain... kita cuba. “Tapi ramai daripada menteri yang kita pilih tidak ada pengalaman. Jadi kita kena ada bantuan daripada pakar,” tambahnya.  -Bernama

ref:  KERENGGA: Ini ulasan Tun Dr Mahathir mengenai Dr Maszlee Malik
Adun Seri Setia, Sungai Tua layak ganti Azmin, 
kata Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff 
Oleh Khairil Ashraf  

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpendapat Adun Seri Setia, Shaharuddin Badaruddin dan Adun Sungai Tua, Amiruddin Shaari layak menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor. 

Pensyarah kanan sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff berkata walaupun Shaharuddin baru menceburi bidang politik dan pertama kali menjadi wakil rakyat, dia pernah menjadi timbalan canselor di Universiti Selangor (Unisel) dan bergiat dalam NGO. Beliau percaya kematangannya sebagai seorang aktivis dan pengetahuannya sebagai seorang penyelidik membantu beliau memahami “denyut nadi rakyat”. “Penglibatan dia dalam kajian tentang politik, rakyat dan masyarakat. 

Saya rasa itu membolehkan dia memahami apa yang diperlukan oleh negeri dan rakyat,” katanya. Manakala Amiruddin pula sudah berpengalaman sebagai wakil rakyat Batu Caves dari 2008 hingga 2018 dan pernah menggalas portfolio pembangunan belia, sukan, budaya dan pembangunan keusahawanan pada penggal lalu. Dia faham aspirasi anak muda dan dia faham apa perkara ke hadapan untuk Selangor,” katanya. Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberikan persetujuan kepada Azmin untuk memegang jawatan menteri hal ehwal ekonomi, selepas namanya diumumkan untuk Kabinet persekutuan baru-baru ini. 

Azmin memilih untuk melepaskan jawatan menteri besar selepas mendengar penjelasan tentang skop kerja dan bidang kuasa kementerian baru itu daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan membincangkan perkara itu dengan Sultan Sharafuddin. 

Azmin akan melepaskan jawatan menteri besar Selangor sebaik sahaja Sultan Sharafuddin bersetuju untuk melantik menteri besar baharu.

ref:  KERENGGA: Adun Seri Setia, Sungai Tua layak ganti Azmin, kata Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff

Monday, 21 May 2018
SELAIN BANYAK SALAH NAJIB, SEMUA AHLI MT UMNO PUN BERSALAH SAMA

Setelah BN kalah dan kehilangan kuasa, macam-macam "pahat" mula berbunyi  di sana sini kebelakangan ini.

Bermula dengan Khairy Jamaluddin yang menyatakan rasa kesalnya kerana tidak memberitahu hakikat sebenar tentang sokongan yang makin merosot diterima BN, di samping turut menyalahkan skandal 1MDB, kini seorang lagi ahli MT UMNO, Nur Jazlan Mohamed turut melontarkan nada suara yang  hampir sama bunyinya.

Jika KJ mengimbas kemerosotan sokongan BN bermula dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, Nur Jazlan selain menyalahkan Najib Razak sebagai punca utama kekalahan BN, beliau juga menyatakan adalah mustahil bekas Perdana Menteri itu tidak sedar bahawa BN berada di ambang kekalahan susulan pelbagai isu berkaitan dirinya yang diperkatakan ramai sejak sekian lama.

"Jangan beritahu saya dia tak baca media sosial mengenai isu berhubung diri dan keluarganya. Mustahil," kata Nur Jazlan.

Hmmmm...esok lusa entah siapa-siapa lagi pemimpin UMNO yang selama ini selalu membodek dan mencium tangan Najib akan turut memilih untuk menyalahkan anak Tun Razak itu.

Memang Najib banyak salah dalam hal ini. Sebagaimana disebut sebelum ini bahawa kira-kira 80 peratus punca kekalahan BN adalah bersabit dengan Najib dan keluarganya, namun pemimpin UMNO terutamanya ahli MT juga harus bertanggungjawab sama.

Mereka juga turut menyumbang dan ada saham kepada kekalahan BN ini. Jangan cuba-cuba lari daripada tanggungjawab yang ada.

KJ misalnya, di sebalik menyatakan kesal tidak memberitahu kebenaran kepada Najib mengenai kemerosotan sokongan BN, beliau melalui Pemuda UMNO malah mengusulkan agar Najib dan Zahid Hamidi tidak dilawan oleh sesiapa dalam pemilihan UMNO tahun 2018 ini.

Tetapi, setelah BN kehilangan kuasa, KJ tanpa rasa malu menyatakan budaya tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah punca kekalahan dan parti itu ditolak rakyat.

Apakah jenis pemimpin seperti ini?

Tidak cukup dengan itu, di sebalik sekarang ini beliau menyalahkan Najib atas segala-galanya, KJ bersama barisan Exco Pemuda pada PAU2017 juga, dengan tujuan mengampu dan membodek, telah memberikan suatu tabik berjemaah kepada bekas Perdana Menteri itu sehingga membuatkan Najib ketawa keseronokan.

Tidakkah semua sikap itu menyumbang sama kepada kekalahan BN?

Begitu juga dengan Nur Jazlan, tidak guna beliau menyalahkan Najib sekarang kerana sepatutnya beliau sejak dulu lagi tidak menerima tawaran jawatan timbalan menteri yang diberikan kepadanya.

Bukankah jika Nur Jazlan kekal sebagai Pengerusi PAC dan menolak jawatan timbalan menteri serta mengambil tindakan yang sewajarnya berkaitan 1MDB, malah mengekalkan sikap sebagaimana yang ditunjukkannya ketika itu, beliau dapat memberitahu Najib mengenai kesalahannya, selain menyedarkan lagi tentang arus penolakan rakyat terhadap BN?

Dalam hal ini, dengan baru sekarang beliau mahu menyalahkan Najib, sebenarnya adalah lebih baik Nur Jazlan "hantuk"  saja kepalanya ke dinding terlebih dahulu.

Dalam pada itu, sebelum ramai lagi ahli MT yang tampil bersuara mengenai kekalahan BN dalam pilihanraya yang lalu dan seolah-olah ingin menjadi hero, mereka seharusnya sedar kesalahan masing-masing juga.

Tidak usaha menonjol-nonjolkan diri dengan tujuan untuk merebut jawatan yang lebih tinggi dalam pemilihan UMNO yang bakal menjelma nanti, sebaliknya semua ahli MT yang ada sekarang sepatutnya mengundurkan dan tidak lagi menawarkan untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti.

Khidmat mereka seharusnya berakhir bersama dengan Najib yang telah ditolak rakyat. (ShahbudinHusin 21/05/2018)

ref:  Shahbudin dot com: SELAIN BANYAK SALAH NAJIB, SEMUA AHLI MT UMNO PUN BERSALAH SAMA
Kaler Hijau
Green Colour

Keputusan Rasmi PRU14: PAS Bentuk Kerajaan Di Terengganu, Kekalkan Kuasa Di Kelantan

By Peter Phang -  May 10, 2018
PETALING JAYA – PAS berjaya membentuk kerajaan di Terengganu dan mengekalkan penguasaannya di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Memetik kenyataan mStar Online, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Hashim Abdullah membuat pengumuman itu dalam satu sidang media awal pagi Khamis, berdasarkan majoriti mudah kerusi yang dimenangi parti itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dua negeri tersebut.

Hashim pada sidang media itu mengumumkan PAS menang 18 kerusi DUN di Terengganu, sekali gus merampas pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).

SPR juga mengumumkan kemenangan PAS di 28 kerusi DUN di Kelantan.

Sementara itu, BN juga sekali lagi berjaya membentuk kerajaan di Perlis dan Pahang, masing-masing dengan majoriti mudah 10 dan 22 kerusi.

Di Pulau Pinang pula, Pakatan Harapan mengekalkan kedudukannya apabila diumumkan menang majoriti mudah 25 kerusi DUN. – mStar Online

ref: 
Keputusan Rasmi PRU14: PAS Bentuk Kerajaan Di Terengganu, Kekalkan Kuasa Di Kelantan | Malaysia Kini 2.0 - Adil, Bebas & Kontroversi

Kelantan terus buktikan kecemerlangan pemerintahan PAS
ROSLAN SMS  22 FEBRUARY 2018
SEORANG pengarang kanan dalam akhbar harian The Star baru-baru ini telah memberikan analisis beliau berkenaan keadaan politik di negeri Kelantan dan bacaan beliau terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Beliau berpandangan PRU 14 nanti di negeri berkenaan hanya akan tertumpu pada pertembungan antara dua kuasa politik tradisi iaitu Umno dan PAS. Bagi beliau parti-parti lain termasuklah PBBM dan Pan akan menghadapi laluan sukar. 

Menurutnya lagi PBBM yang dikepalai Tun Dr Mahahtir Mohamad akan menempuh jalan sukar kerana Tun tidak mempunyai rekod yang baik dikalangan rakyat Kelantan. Sebahagian besar permasalahan yang melanda negeri berkenaan disumbang oleh Mahathir terutama sepanjang 22 tahun beliau menjadi PM dahulu yang banyak menekan negeri dan rakyat berkenaan.

Pan juga dijangka memiliki nasib yang sama lantaran permasalahan  pimpinan mereka dengan istana Kelantan. Pan selaku parti serpihan PAS hanya dijangka mengikis di sini sana pengaruh PAS tetapi tidak mampu merampas kuasa di Kelantan sebagaimana digembar-gemburkan.

Atas itu pengarang berkenaan membuat kesimpulan besar kemungkinan Kelantan akan bertukar kuasa dengan rakyat negerinya memberikan kembali kuasa kepada Umno dan BN setelah hilang genggaman kuasa lebih 28 tahun lalu.

Tiada alasan dan hujah kukuh dikemukakan. Beliau sekadar memetik isu pembangunan yang kononnya ketandusan di Kelantan selain ketiadaan al-Marhum Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai satu faktor penyumbang kepada kejatuhan PAS, seolah tanpa Tok Guru PAS tidak mampu mengekalkan kuasanya.

Itu hujah dan pandangan beliau. Mungkin atas arahan atau sebab tertentu beliau sengaja menyepi dan menyembunyikan beberapa pencapaian besar kerajaan negeri PAS yang tidak mampu diperolehi Umno BN sebelum ini.

Beliau gagal mengenengahkan bahawa kerajaan negeri Kelantan diiktiraf sebagai salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai rekod aspek pengurusan yang terbaik. Pada tahun 2017 kerajaan negeri yang diketuai PAS memperolehi pencapaian kewangan terbaik dalam tempoh 26 tahun pemerintahannya.

Kerajaan negeri telah berjaya menjimatkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM2.9 juta pada tahun 2017 berbanding 2016 dan berjaya mencatatkan lebihan atau “surplus” sebanyak RM38.76 juta pada tahun 2017 berbanding defisit RM33.47 juta pada tahun 2016.

Malah hasil kerajaan negeri sesungguhnya meningkat dari RM497.20 juta pada tahun 2016 ke RM566.52juta iaitu peningkatan sebanyak RM69.32 juta. 

Bagi pengarang berkenaan mungkin apa yang dinyatakan ini tidak penting, tetapi buat rakyat Kelantan dan para pemerhati politik serta rakyat Malaysia umumnya inilah bukti kekuatan parti memerintah dalam menguruskan sebuah negeri tambahan berjhadapan dengan pelbagai tekanan dan kekangan dari pihak persekutuan terutama sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahahthir dulu.

Kemampuan ini menunjukkan PAS berjaya melahirkan saf kepimpinan negeri yang dinamik, berintegriti dan paling penting bertaqwa sehingga sanggup dan mampu meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan mana-mana pihak, kroni atau individu kerana mentaati titah perintah Allah SWT.

Inilah kekuatan unik yang melonjakkan PAS sebagai satu-satu parti politik yang menjadi tumpuan dan perhatian ramai, terutama saat dan ketika rakyat dan negara menghadapi pelbagai ujian dan tekanan hasil dari keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Kelantan melalui kepimpinan ulamak yang diwarisi dari zaman Almarhum Tok Guru sehinggalah kini ke era Ustaz Dato' Ahmad Yakob, pewaris yang ditunjuk sendiri oleh al-Marhum Tok Guru, ternyata berjaya menzahirkan kepimpinan Islam yang menjadi kebangaan semua umat Islam bukan hanya di Kelantan malah seluruh negara.

Di Kelantan tiada kebimbangan tentang ketirisan, salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan kerana bumi Serambi Mekah ini melalui PAS telah melahirkan modal insan khususnya di saf kepimpinan negeri yang berkualiti dan mampu memacu Kelantan menjadi sebuah negeri yang bersih dan bebas rasuah.

Kerajaan negeri yang berintegriti seumpama ini telah menarik minat para pelabur dan pemaju, kerana tiada lagi sogokan bawah meja atau komisyen gelap yang perlu dibelanjakan untuk masuk ke negeri ini.

Pembangunan hartanah dan gedung-gedung serta kompleks membeli-belah dan pasaraya banyak menukar landskap negeri Kelantan berbanding semasa ia pada zaman BN dahulu, itu pun kerana kerajaan persekutuan dipegang BN.

Apa pun kesimpulannya akhbar berkenaan berhak membuat apa sahaja bacaan dan tilikan politik sesuka mereka, hakikatnya rakyat Kelantan sendiri tahu kemana arah tuju dan haluan mereka. Di negeri-negeri lain pimpinan negeri berhadapan dengan pelbagai pertuduhan dan kes rasuah dan penyelewengan tetapi di Kelantan segalanya lancar dan bermoral.

Masakan rakyat Kelantan mahu kembali ke pangkuan Umno yang telah mereka kenal berdekad sebelum ini apatah lagi Pakatan Harapan yang kini dinaungi Mahathir yang punya rekod tempang dan pincang yang tidak dapat dilupakan bukan sahaja oleh rakyat Kelantan malah rakyat seluruh negara.

Kekallah PAS untuk terus memerintah Kelantan, biar kekal sejahtera ia berpayungkan Islam sebagai model buat rakyat dan negeri lain malah negara kita Malaysia. Rakyat Kelantan tidak akan tertipu dan semoga begitulah rakyat Malaysia keseluruhannya dengan izin Allah SWT. -HARAKAHDAILY 22/2/2018

ref: Kelantan terus buktikan kecemerlangan pemerintahan PAS

SEJARAH PAS DAN PENGUASAAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN (hingga PRUM 1999)
MARCH 28, 2015 ADMIN
PAS berjaya menguasai kerajaan negeri Kelantan melalui pilihan raya pertama selepas merdeka pada Ogos 1959 dengan memenangi 28 daripada 30 kerusi DUN. Profesor Zulkifli Muhammad selaku Timbalan YDP PAS Pusat yang menang di Parlimen Bachok telah berjaya menjadi salah seorang ahli Parlimen pembangkang yang paling disegani oleh kawan dan lawan.

Sebagai pembangkang di Persekutuan kerajaan negeri Kelantan sepanjang masa menghadapi cabaran dan diskriminasi kerajaan Persekutuan yang dikuasai UMNO bersama-sama parti komponannya yang membentuk Perikatan.

PAS Kelantan juga turut mengalami cabaran kepimpinan ekoran wujudnya perselisihan dan percanggahan sesama sendiri. Akhirnya, PAS Kelantan tidak mampu bertahan dan kerajaan Persekutuan menerusi kuasa-kuasa yang ada telah memagerankan kerajaan Kelantan pada tahun 1977.

Pilihan raya negeri Kelantan secara khusus telah diadakan pada Mac 1978. PAS hanya menang dua kerusi dan menjadi pembangkang di Kelantan. UMNO telah menguasai kerajaan dengan bersama-sama parti Berjasa serpihan PAS.

Era kebangkitan semula pengaruh PAS Kelantan berlaku selepas pilihan raya umum 1982. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat tampil sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan sekaligus sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Kepimpinan PAS peringkat nasional berubah daripada kepimpinan tradisi nasionalis kepada kepimpinan ulamak. Akibatnya, sekali lagi PAS melahirkan parti serpihan, HAMIM.

Pilihan raya 1982, PAS memenangi 10 kerusi dewan negeri namun, lima daripadanya telah menyertai Hamim. Kemudian pada pilihan raya 1986, PAS masih memenangi 10 kerusi dewan negeri.

Hasil kepimpinan ulamak, hala tuju tarbiah disusun semula. Ustaz Yahya Othman berganding dengan TGNA melaksanakan kuliah untuk masyarakat umum dan usrah untuk Pemimpin PAS. Hasilnya kefahaman dan fikrah perjuangan semakin mantap.

PAS menang besar di pilihan raya 1990 kerana berlaku krisis dalaman UMNO Pusat dan BN Kelantan. PAS Kelantan telah berkerjasama dengan parti Semangat 46, serpihan UMNO yang dipimpin Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah.

PAS telah mendapat kekuatan berganda melalui kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (Semangat 46, Berjasa dan Hamim). PAS kembali menguasai kerajaan negeri Kelantan apabila kesemua 39 kerusi DUN dimenangi (25 – PAS, 12 Semangat 46, 1 – Berjasa, 1 – Hamim).

Kejayaan itu terganggu seketika bila mana Semangat 46 dilanda krisis lalu dibubarkan pada tahun 1996. Banyaklah gangguan daripada bekas pemimpin Semangat 46 yang telah kembali menyertai UMNO.

PAS Kelantan berjaya melepasi ganggu-gugat daripada usaha pecah-belah di antara kepimpinan kerajaan Negeri dengan Institusi Istana dengan begitu baik sekali. 

Prestasi pilihan raya 1999 terus melonjak dengan memenangi 41 daripada 43 kerusi dewan undangan negeri. Kemenangan menguasai kerajaan negeri Kelantan untuk penggal ke 3 ini dibayangi kekuatan Barisan Alternatif (kerjasama PAS, DAP, Keadilan dan PRM) yang diterajui PAS di peringkat nasional

Kejayaan itu berterusan dalam pilihanraya seterusnya hingga kini.

ref:  SEJARAH PAS DAN PENGUASAAN KERAJAAN KELANTAN | RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN ARTIKEL AGAMAARTIKEL UMUMHUDUDSEJARAH UMUMSOSIAL & POLITIK

PAS Berjaya Perintah 20 Tahun Di Kelantan Kerana Berjimat - Hadi
Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 12:14 PM
image: (http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/07/03/20/31/hadi%20awang.ashx?w=620&h=413&crop=1&/)

TUMPAT: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu berjaya memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun kerana pandai berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Beliau berkata itulah rahsia pimpinan PAS di Kelantan yang menurutnya tidak berani menyalahgunakan wang kerana bimbangkan dosa dan pahala.

"Inilah rahsianya, (pemimpin PAS) tidak terlibat dengan rasuah, tidak terlibat dengan salah laku dan tidak terlibat dengan macam-macam lagi," katanya dalam ceramah pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini lewat malam Ahad.

Beliau berkata, kerajaan PAS Kelantan tidak melakukan perkara yang salah dan mendakwa hanya parti itu yang memperjuangkan agama Islam di negara ini yang tidak memisahkan antara agama dan politik.

Beliau kemudian menggunakan pentas ceramah tersebut untuk mencaci Umno dengan mengatakan anggota parti itu boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki mereka kerana Umno memisahkan agama dan politik.

Walaupun sebelum ini, Timbalan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa isu royalti minyak tidak harus dijadikan modal untuk berkempen pada pilihan raya kecil ini kerana ia sudah menjadi kes mahkamah, namun Abdul Hadi masih berdegil dan menyentuh perkara itu.

Pada PRK DUN Pengkalan Kubor, calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, 48, akan ditentang calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47.

PRK itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. Hari pengundian ditetapkan 25 Sept.

ref:
PAS Berjaya Perintah 20 Tahun Di Kelantan Kerana Berjimat - Hadi - Berita Semasa | mStar
Umno 
yang kaya dengan doktrin pecah perintah. 

Sama ada kena game dengan Umno sejak pemilihan kepimpinan Pas di muktamar pada tahun 2015 dan membuat Pas bertekad jadi King Maker yang kandas akhirnya di PRUM14. 

Hanya pemimpin Umno dan Pas yang dapat menjawabnya dengan amanah serta jujur dan takutkan Allah Subhanahuwatalla. 

Pada kebiasaannya dan sudah menjadi sejarah bila lemah Umno akan minta talian hayat dengan Pas. Rujuk Zaman perpecahan Pas hingga Umno dapat menawan Kerajaan Negeri Kelantan. Lahirnya Berjasa dan Hamim. Sekarang lahir lagi Amanah. 

Sa'adun Sulaiman ·
''None.''

Sebelum aku memenjangkan komen ku ini, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada walauta-walauta yang baru balik dari timur tengah yang masih mentah dengan sepak terajang syiasah. 

Mereka inilah yang telah mencipta satu kaedah yang di panggil "CAI" untuk memilih para pemimpin PAS di muktamar pada tahun 2015. "CAI" ini telah di angkat oleh seorang yang mengelar diri nya sebagai seorang OSTAD yang kontrovasi kerana pernah melarikan salah seorang anak muridnya bernama Mokhtar a/l Sneak, sehingga abang gadis itu membuat report polis dan report itu boleh di akses di internet. 

Dengan terciptanya "CAI" ini dan di guna pakai pada mukhtamar tersebut maka terpelantinglah beberapa pemimpin yang telah merasa pahit maung satu perjuangan sehingga ada yang di ISA dan tidak berkenan di hati para "WALI" dalam PAS dan di beri pelbagai gelaran termasuk "JEBON" Malah tuang presiden mereka juga turut mengeluarkan kata-kata kesat.

Azam PAS untuk menjadi "KING MAKER" berkecai bila mana hanya menang 18 kerusi parlimen dari pada 158 yang ditandingi. Mungkinkah kerana ALLAH tidak meredhai niat niat kamu!!!. Yang menyedihkan puak puak ini kehilangan wang pertaruhan sebanyak RM589.000. Takkan masih tak faham lagi!!!

Jangan lupa semasa muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi dahulu ada seorang lobai malang (Mana Lobai Malang tu sekarang?) membacakan doa laknat buat Tuan Hj Mohamad Sabu. 

Kini ALLAH telah mengkabulkan doa tersebut bila mana PAS kalah 46 kerusi di Negeri Johor dan ada dari kalang "JEBON" ini di lantik sebagai Menteri. Apa perasaan PAS?. 

Adakah perasaan mereka sapertimana gambar Pemuda PAS dan Nik Abduh tergelak sakan. Tergelaklah kamu selagi boleh dan janganlah kamu menangis akhirnya sudahlah.

Hati ku telah tertutup buat PAS. Sa'adun Sulaiman


MONDAY, MAY 21, 2018
Mat Sabu perlu siasat lima skandal di Kementerian Pertahanan
SHAH ALAM - Centre for Malaysian Political And Economic Transcendence (Competent) menggesa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyiasat lima skandal dalam kementerian itu ketika era pemerintahan BN. 

Ketua Eksekutif Competent, Wan Anwar Wan Ibrahim mahu Mohamad menyiasat pembaziran dan salah guna kuasa melibatkan pebelian aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Beliau berkata, pelantikan Mohamad sebagai Menteri Pertahanan adalah keputusan tepat sebagai kerana beliau lantang mempersoalkan salah laku dan pembaziran ketika pemerintahan kerajaan BN sebelum ini. 

"Kami mahu menteri pertahanan membuka kembali fail siasatan kes pembelian beberapa unit Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang pernah mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas menegur harganya yang terlalu mahal. 

"Harga yang dilaporkan adalah RM690,000 seunit, sedangkan baginda sultan pernah membelinya pada harga RM150,000 sahaja. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan ketika itu berjanji akan membuka kertas siasatan namun sehingga kini kes itu senyap," katanya dalam satu artikel, hari ini. 

Beliau menambah, pembelian 257 unit Armored Personnel Vehicle daripada syarikat Turki berharga RM7.5 bilion juga perlu diberikan perhatian. 

"Harga tersebut dikatakan naik mendadak daripada harga asal RM1.76 bilion seperti dilaporkan akhbar Turki sewaktu perjanjian ditandatangani pada 2011.  

"Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ketika itu, Tony Pua pernah mempersoalkan perkara ini di Parlimen namun tidak dijawab oleh menteri pertahanan," katanya. 

Selain itu, beliau juga menggesa Kementerian Pertahanan mengkaji semula polisi komisen melampau kepada syarikat broker yang berurusan dalam pembelian aset ATM. 

"Perkara ini menjadi buah mulut rakyat apabila Perimekar Sdn Bhd milik Razak Baginda yang juga sahabat kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat habuan RM535 juta mengikut kadar hari ini dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene. 

"Skandal ini menjadi lebih hangat lagi apabila Razak Baginda dikaitkan dengan kematian model Mongolia Altantuya Shaaribuu yang masih menjadi misteri sehingga kini," katanya. 

Wan Anwar turut mendesak pembekal atau kontraktor kepada Kementerian Pertahanan yang pernah terlibat dengan projek sakit disenarai hitam dan disaman kerana kerugian yang ditanggung. 

"Contohnya, projek pembinaan 27 unit Patrol Vessels berharga hampir RM1 bilion seunit yang gagal disempurnakan mengikut jadual oleh syarikat PSC-Naval Dockyard. 

"Syarikat ini dimiliki Tan Sri Amin Shah yang diketahui sebagai kroni besar Umno-BN. Syarikat hak milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings, akhirnya terpaksa mengambil alih PSC-Naval Dockyard untuk memastikan kelancaran projek tersebut," katanya. 

Mengulas lanjut, beliau mendakwa, negara juga mengalami kerugian besar apabila projek pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta diberikan kepada syarikat yang langsung tiada pengalaman dalam bidang pembinaan. 

"Skandal ini hangat diperkatakan apabila didedahkan oleh Deepak Jaikishan (rakan karib Datin Seri Rosmah Mansor) yang marah kerana Raja Ropiaah dikatakan gagal menunaikan perjanjian kepada Deepak sebagai timbal balik untuk Deepak membantu dalam projek pembinaan Puspahanas tersebut. 

"Sekali lagi, anak syarikat LTAT terpaksa mengambil alih projek sakit milik kroni Umno-BN untuk memastikan kelancaran projek," katanya. 

Justeru, beliau berharap, satu tadbir urus yang cekap dan berhemah berdasarkan kepada kaedah-kaedah terbaik dapat dijadikan amalan di Kementerian Pertahanan dan aset-aset yang terbaik turut dapat disediakan dan diselenggara untuk kegunaan perwira-perwira negara dalam angkatan tentera.~ Sinarharian


ref:  al- Husseyn: Mat Sabu perlu siasat lima skandal di Kementerian Pertahanan

Monday, May 21, 2018
Menteri baharu jangan berbulan mandu
ULASAN

13 Anggota jemaah menteri Dr Mahathir Mohamad fasal pertama hari ini telah mengangkat sumpah dan menerima surat cara pelantikan di hadapan Yang diPertuan Agong, Sultan Muhammad Ke V yang berlangsung di balai khas di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Memulakan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, diikuti Muhyiddin Mohd Yassin (Menteri Dalam Negeri), Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dan Mohammad Sabu (Menteri Pertahanan).

Kemudian diikuti oleh Dr Maszlee Malik, (Menteri Pelajaran) Rina Mohd Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar), Mohamaed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi)

Turut sama mengangkat sumpah Zuraidah Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan),  Gobin Singh Deo (Menteri Komunikasi dan Multi Media), Anthony Loke Siew Fook, (Menteri Pengangkutan) M Kulasegaran (Menteri Tenaga Manusia), Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industeri Asas Tani) dan Dr Dzulkefliy Ahmad (Menteri Kesihatan).

Kecuali Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin 11 menteri adalah muka baharu yang belum pernah berkhidmat sebagai menteri. Walaupun Azmin Ali pernah sepenggal lebih menjadi MB Selangor beliau juga pertama kali berada dalam kabinet Persekutuan.

Sudah pasti penampilan mereka akan disorot dari segenap aspek oleh rakyat khasnya, pemerhati dan penentang mereka pembangkang. Dalam tempoh berpantang 100 hari mereka perlu melakukan sesuatu yang memberi keyakinan kepada rakyat serta berusaha untuk memenuhi janji 100 hari mengikut tanggungjawab kementerian masing-masing.

Sekiranya mereka gagal menggunakan kedudukan itu seperti mana dijanji kepada rakyat dan diharapkan untuk melakukan perubahan sudah pasti ia akan mengecewakan rakyat. Tegasnya kemampuan mereka akan diuji dalam tempoh itu. Pastinya suasana mereka kini berbeza dengan suasana sebelum ini sebagai pengkritik, yang kita bertukar kepada pelaksana.

Dalam tempoh 100 hari pertama ini bukan untuk mereka berbulan madu dengan jawatan yang mungkin tidak pernah dibayangkan oleh mereka sebelum ini. Sebagai anggota kabinet permikiran dan sikap mereka juga perlu dirombak dan diubah serta merta.

Mungkin peluru-peluru lama yang masih tersisa untuk menyerang bekas kerajaan Najib Razak, mengeluarkan kata-kata berbentuk menyerang, menyinis sudah pun tidak sesuai lagi. Mungkin perubahan ini bukan mudah tetapi mereka semua kena belajar dan menyesuaikan diri.

Selain merubah sikap dan pembawaan mereka sebagai anggota kabinet apa yang penting dilakukan oleh menteri baharu itu ialah menumpukan kepada kementerian masing-masing. Mereka harus melakukan penbersihan ke atas segala masalah yang ada sebelum ini. Daki-daki penyelewengan yang ada sebelum ini harus disapu segera.

Dr Mahathir sduah membuat contoh yang jelas dan tegas bagaimana beliau mengarahkan siasatan ke atas SRC International yang dikaitkan dengan 1MDB.

Yang juga tidak kurang penting bagi menteri itu ialah meorentasikan sikap pegawai di semua bahagian agar langkah mereka sederap dengan aspirasi kerajaan baharu. Menteri tidak perlu bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau kakitangan yang masih terbawa dengan cara pentadbiran dahulu.

Tahniah kepada semua. [wm.kl.7:10 pm 21/05/18].

ref:  .: Menteri baharu jangan berbulan mandu
WSJ: Jho Low di Phuket tunggu Najib menang PRU14
Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, yang didakwa sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB, berada di Phuket, Thailand beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-14 Malaysia, lapor The Wall Street Journal (WSJ). 


Bagaimanapun, apabila keputusan pilihan raya tidak memihak Datuk Seri Najib Razak, Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low yang mempunyai hubungan rapat dengan bekas perdana menteri itu meninggalkan Thailand dan tidak dapat dikesan oleh radar, kata laporan itu. 

Menurut laporan itu, Low begitu yakin bahawa dia dapat belayar bebas di sebalik pengawasan terhadapnya berhubung siasatan skandal 1MDB oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, sehingga dia "berpesta sambil mengelilingi Asia.” "Low tidak gentar dan berpesta pada Februari lalu dengan kawan-kawan selebriti di pulau perjudian Cina Macau. 

"Dia menganjurkan majlis hari jadi untuk sekutunya, Eric Tan, yang menurut DOJ terlibat dalam skandal 1MDB, pada bulan Februari di hotel Macau, itu,” kata sumber yang rapat dengan penganjuran pesta berkenaan. Produser hip-hop Swizz Beats dan penyanyi Nicole Scherzinger juga diterbangkan khas ke pulau itu untuk menghiburkan mereka. 

"Dia (Low) berada di Phuket bulan ini kerana menjangkakan kemenangan Najib, sekutunya, kata sumber itu. (Namun) sejak pilihan raya, menyedari perkembangan tidak lagi memihaknya, Low mula meninggalkan Thailand dan mengambil sikap lebih berhati-hati,” kata laporan itu. 

Menurut DOJ, sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion diselewengkan dari 1MDB termasuk melalui sistem kewangan AS dan telah memulakan tindakan undang-undang untuk mendapatkan dana itu semula. 

Memetik sumber, WSJ melaporkan Low terus berhubungan dengan Najib secara langsung dan dengan mereka yang kenalan rapat mereka pada hari-hari menjelang PRU14. 

"Hubungan rapatnya dengan Najib, yang telah berkuasa hampir sedekad, membuatnya beranggapan dirinya adalah kebal, kata sumber itu. "Peranan Low, kata mereka, adalah untuk membantu Najib membendung skandal 1MDB selepas ia didedahkan pada tahun 2015, khususnya melalui laporan yang diterbitkan oleh Wall Street Journal. 

Untuk itu, Low bergantung kepada sekutunya di China. "Di China dan di sekeliling Asia, Low menikmati status istimewa dan mendapat perlindungan walaupun selepas skandal itu bocor. Dia bergerak dengan pengawal peribadi yang dikatakan dibekalkan oleh Beijing. 

Dia membawa lebih daripada enam telefon, masing-masing untuk kenalan berbeza di seluruh dunia,” petik laporan itu. WSJ sebelum ini melaporkan mengenai dana RM2.6 bilion yang berada dalam akaun peribadi Najib, yang didakwa berasal dari 1MDB. 

Namun bekas perdana menteri itu menafikan sebarang salah laku dan berkata bahawa wang tersebut adalah daripada seorang penderma Arab Saudi dan mendakwa sebahagian daripadanya telah dikembalikan. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membebaskan Najib dari sebarang salah laku mengenai perkara itu. -malaysiakini
ref:  KERENGGA: WSJ: Jho Low di Phuket tunggu Najib menang PRU14

MONDAY, MAY 21, 2018
MACMA sokong Dr. Maszlee Malik

Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dr. Maszlee Malik yang telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu dalam pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang ke 7, YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. YAB Tun Dr Mahathir telah membuat pilihan terbaik dengan melantik YB Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan. 

Mengkaji latar belakang pendidikan dan kerjayanya tidak dapat disangkal beliau adalah individu yang tepat sekali diberikan tanggungjawab dan amanah ini. Pengamatan kepada hasil penerbitan dan diskusi/wacana yang telah dijalankan menunjukkan beliau adalah seorang ilmuan yang mahir dalam bidang Islam, sistem politik dan urus tadbir negara. 

Tidak ada bukti yang mengaitkan beliau sebagai golongan extremis. Sebagai seorang Muslim sudah menjadi kewajipan untuk mempunyai ilmu Islam yang baik. Memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam tidak sama sekali menyebabkan seseorang dilabelkan sebagai exterimis. Islam agama universal yang mengajak manusia kepada kesederhanaan, kecemerlangan dan keseimbangan. 

YB Dr. Maszlee Malik adalah ahli MACMA sejak tahun 2015 dan juga merupakan Penasihat MACMA Malaysia. Ibunya adalah seorang keturunan Cina. Saya telah beberapa kali bertemu dengan ibunya dan kami berkomunikasi dalam dialek Hakka. Saudara-mara sebelah ibunya adalah non Muslim. 

YB Dr. Maszlee Malik sangat menjaga hubungan keluarga sebelah ibunya walaupun mereka berlainan budaya dan agama. Keluarga YB Dr Maszlee mesti menziarahi mereka semasa Tahun Baru Cina. 

Kami masyarakat Cina Muslim Malaysia merasakan amat bertuah mempunyai Penasihat yang sangat memahami situasi kami yang masih mempunyai saudara mara yang bukan Islam dalam keluarga malah dapat melaksanakan kehidupan sebagai seorang Muslim dengan saling bertoleransi serta saling hormat menghormati dan memahami sesama kami apatah lagi dalam masyarakat majmuk Malaysia. 

MACMA mempunyai keyakinan penuh di atas kemampuan seorang akademik teknokrat muda yang dinamik, futuristik dan sederhana seperti YB Dr. Maszlee Malik dalam melonjakkan sistem pendidikan negara ke semua peringkat. 

Ini termasuk halatuju pendidikan tinggi negara dalam pembinaan modal insan menjadi ilmuan yang holistik. MACMA juga percaya YB Dr. Maszlee Malik akan dapat meningkatkan tahap pendidikan ke semua generasi masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. 

Sekali lagi MACMA menyatakan sokongan padu kepada YB Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi. 

Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin, FASc, FRSC, FMIC
Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia 
20 Mei 2018

ref:  al- Husseyn: MACMA sokong Dr. Maszlee Malik


Rafizi nak campak mana wahai Tun Mahathir?
Memang perjuangan tulen tidak memerlukan balasan pangkat ataupun harta. So far cukup baik, Rafizi tak melenting, tidak pula menempek dan merengek untuk mengharapkan jawatan itu dan ini. Syabas dan takluk aku bagi kat saudara Rafizi.

Orang atas pagar, orang kuat UMNO .. banyak yang sudah pangkah pakatan harapan kerana kempen berterusan Rafizi Ramli. Malah bila orang tanya boleh ke pakatan harapan ambil alih Putrajaya .. maka aku jawab, Rafizi dah buat kajian. Aku bagi kawan-kawan aku dengar dan mereka akhirnya pangkah pakatan.

Rafizi kerja kuat. Sanggup korbankan diri dedahkan skandal negara. Sanggup hadapi banyak ancaman dan saman. Malah kes FELDA, 1MDB, NFC KWAP, Tabung Angkatan Tentera, Tabung Haji, siapa yang dedah semua ni? Nik Amar (PAS)? Haji Hadi? Nasarudin Mat Isa? Khairi Jamaludin? Jamal Pak Tonko? Semua tu tak masuk senarai. 

Boleh aku cakap macam ni. Pendedahan berani mati Rafizi untungkan pakatan, untungkan PAS dan malah untungkan banyak personaliti dalam pakatan harapan.
Err kenapa pula ada untungkan PAS?
Sedikit sebanyak, rakyat memilih PAS sebab pendedahan berani mati Rafizi. Nak harapkan pejuang PAS??? Berpeluk sakan ada lagi la. Artikel ni aku tulis bukan sebab aku penjilat Rafizi. Jumpa pun tak pernah, malah aku memantau dari jauh sebagai seorang penonton youtube. Ceramah live pun tak pernah aku pergi. Tapi bila Rafizi ceramah, aku akan cari dia dalam youtube. Bila ada orang kata aku dibayar Rafizi, meleset sama sekali. Rafizi pun tak baca artikel aku.

Betul kita tau Rafizi ada kes mahkamah. Itupun sebab dia berani mati untuk sedarkan rakyat. Pendedahan demi pendedahan buat mata rakyat Malaysia terbuka. Tidak tertutup dengan cash is king!!! Kes mahkamah dia bukan pergi mencuri malah kes mahkamah dia adalah wira yang bongkar kes curi orang lain!!!

Maka untuk itu, aku 'Menconteng Untuk Perubahan'™sebagai pendokong pakatan harapan sejak tahun 1998. Aku melihat .. wajar dan sangat wajar jika Rafizi diberi jawatan Menteri Kanan. Jangan campak dia macam kain buruk. 

Harap Tun Mahathir dan semua Majlis Presiden buka mata, terima pendapat orang bawah.

Kalau sahabat semua setuju dengan aku, mohon share banyak2 ... Hidup Rafizi!!!!


penburukonline.blogspot.com 21.5.2018 4.00pm

ref:  Rafizi nak campak mana wahai Tun Mahathir? ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Monday, May 21, 2018
PASUKAN KHAS SIASAT 1MDB
Posted By: Pentadbiron: May 21, 2018

Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci kes 1MDB, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan itu PMO memberitahu pasukan khas itu akan diketuai bersama beberapa tokoh berprofil tinggi.

Katanya pasukan itu akan dianggotai wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan.

PMO berkata pasukan khas itu diketuai bersama oleh Tan Sri Abdul Gani Patail yang juga bekas peguam negara, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (bekas ketua pesuruhjaya SPRM), Dato Seri Mohd Shukri Abdull (ketua pesuruhjaya SPRM) dan Datuk Abdul Hamid Bador (bekas pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman).

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju membentuk satu pasukan khas siasatan 1MDB bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes 1MDB, pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB,” kata kenyataan berkenaan.

1MDB ialah syarikat pelaburan milik kerajaan yang dibabitkan dengan dakwaan salah laku serta penyelewengan dana awam.

Ia juga dikaitkan secara langsung dengan Datuk Seri Najib Razak yang kini menjadi anggota parlimen pembangkang.

Harap maruah dapat dipulihkan

Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini berjanji untuk menyiasat skandal berkenaan yang selama ini ditegaskan oleh kerajaan BN sebagai “fitnah pembangkang”.

Sejumlah pegawai kanan kerajaan serta pemimpin 1MDB aktif memberi penjelasan berhubung isu itu sehinggalah HARAPAN berjaya menguasai kerajaan melalui PRU ke-14 pada 9 Mei lalu.

Semasa isu 1MDB dan anak syarikatnya disiasat dulu, beberapa orang pegawai kanan “bersara” atau ditukarkan ke jabatan lain.

Antara mereka ialah Abdul Gani yang ditamatkan perkhidmatannya tiba-tiba dengan alasan kesihatan, serta Abu Kassim serta Mohd Shukri.

Abdul Hamid pula bertugas sebagai Timbalan Pengarah Cawangan‎ Khas Bukit Aman sebelum ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Menurut PMO pasukan khas berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca daripada salah laku dan penyelewengan dana 1MDB.

Dana yang dimaksudkan itu, kata PMO ialah yang masih tersimpan atau dilaburkan sama ada dalam atau luar negara.

“Pasukan khas ini juga bertanggungjawab untuk mendapatkan kerjasama pelbagai pihak agensi penguatkuasaan di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Kanada dan lain-lain negara yang berkaitan,” katanya.

Menurut PMO, penubuhan pasukan khas itu juga diharap dapat mengembalikan maruah negara yang telah tercemar selama ini, selain mengembalikan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokrasi hasil salah laku dan penyelewengan dana 1MDB. 

ref: WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PASUKAN KHAS SIASAT 1MDB

Monday, May 21, 2018

Tun M ikrar kembalikan kegemilangan Malaysia
Posted By: Pentadbiron: May 21, 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berikrar mengembalikan kegemilangan pentadbiran negara, yang menurutnya suatu ketika dulu pernah dianggap yang terbaik di kalangan negara Komanwel.

Dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), beliau menyuarakan kekecewaannya apabila pentadbiran negara “tidak lagi dipandang tinggi” negara lain.

“Saya kecewa kerana sebuah pentadbiran yang dahulu dikenali sebagai terbaik dalam (negara) Komanwel (kerana mampu) menjalankan tugas dengan baik dan melaksanakan segala program dengan berjaya, hari ini tidak lagi dihormati dan dipandang tinggi.

“(Maka) menjadi tugas kita semua untuk memulihkan keadaan ini supaya kembali menjadi sebuah negara yang ditadbir dengan baik dan berjaya,” katanya.

Ini merupakan perhimpunan bulanan pertama Mahathir sejak kembali sebagai perdana menteri.

Seperti yang diumumkan Mahathir sebelum ini, hadirin tidak lagi disambut dengan slogan “salam 1Malaysia” yang menjadi kelaziman pentadbiran BN.

Lagu tema 1Malaysia yang sering dimainkan ketika perhimpunan bulanan itu turut digantikan dengan “Keranamu Malaysia” dan “Malaysia Tanah Airku”.

Larangan untuk media tertentu daripada membuat liputan di JPM juga ditarik balik. Malaysiakini dan KiniTV dibenarkan memasuki bangunan JPM.

Mahathir turut membangkitkan kepentingan membersihkan salah laku pentadbiran terdahulu menurut undang-undang.

“Saya bersyukur kerana tiada banyak masalah berhubung kerjasama daripada pegawai sedia ada, tetapi kita harus ingat yang salah tetap salah. “Sebarang perbuatan yang salah mesti diuruskan mengikut undang-undang,” katanya lagi.

Sebagai sebuah negara demokrasi, katanya lagi, aspek pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman amat penting bagi memastikan salah urus tadbir tidak berlaku.

“Ini kita mesti ingat, pentadbir menjadi tangan yang kuat dalam melaksanakan urusan dan bangunkan negara. Pentadbiran mesti terdiri daripada mereka yang baik dan tidak terpesong. “Tanpa pemisahan (kuasa), satu pihak akan menguasai ketiga-tiga (aspek),” katanya lagi.

Beliau juga mendakwa jumlah hutang negara kini telah mencecah paras RM1 trilion, berbanding RM300 bilion pada masa dulu.

“Bagaimana untuk menyelesaikan hutang ini bergantung kepada usaha dan daya kerja kita mengatasi cabaran. Untuk itu kita perlu berkerjasama,” katanya lagi. 

ref:  WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: TUN M IKRAR KEMBALIKAN KEGEMILANGAN MALAYSIA


Monday, 21 May 2018
Penjawat Awam Melaka Akan Di Struktur Semula

Kerajaan Melaka akan menstruktur semula kedudukan penjawat awamnya dalam usaha memastikan keberkesanan perkhidmatan kerajaan negeri serta agensi di bawahnya kepada rakyat, kata Ketua Menteri Adly Zahari.
Beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri sedang menilai tahap kompetensi, kemampuan serta keupayaan penjawat awam negeri ini dan pertukaran, juga latihan semula akan dibuat terhadap penjawat awam terlibat, namun jumlah terlibat masih belum dimuktamadkan.

“Persoalan pengurangan penjawat awam itu tidak timbul, ia lebih kepada isu penstrukturan semula, isu kompetensi, kemampuan dan keupayaan mereka (penjawat awam negeri) diambil kira dalam penstrukturan semula tersebut.

“Pertukaran ada terlibat tetapi kita nilai secara jujur apa kita lakukan, mana-mana cemerlang akan dapat ganjaran, mana-mana lemah kita perbaiki mungkin (diberi) latihan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka hari ini.

Dilaporkan sebelum ini Melaka mempunyai kira-kira 8,000 penjawat awam yang berkhidmat untuk kerajaan Melaka dan agensi di bawahnya.

Adly berkata dalam menstruktur semula penjawat awam negeri ini, kebajikan mereka yang terlibat merupakan antara perkara utama yang akan diberi perhatian.

“Antara isu besar (di kalangan rakyat) peluang pekerjaan rakyat, mempunyai pendapatan ini adalah asas kita, jadi kita tak mahu sebagai sebuah kerajaan dalam kita membuat perubahan itu asas-asas ini kita abaikan,” katanya.

Beliau berkata dalam mengurus sebuah kerajaan baru, penjawat awam tulang belakang atau individu penting yang terlibat secara langsung dalam proses peralihan kuasa ini.

“Penjawat awam adalah kelompok penting kerana mereka yang merangka dan melaksana sesuatu polisi mahupun dasar dalam menentukan hala tuju dan masa hadapan sesebuah kerajaan mahupun masyarakat,” katanya. - free malaysia today

ref:
Addin: Penjawat Awam Melaka Akan Di Struktur Semula

Monday, May 21, 2018
‘Dari musim katak ke musim kotak’

oleh PENTADBIR

Sejak 11 hari berlalu meninggalkan tarikh bersejarah 9 Mei 2018, negara sedang memasuki fasa ‘Malaysia Baru’ bersama Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sepanjang tempoh singkat ini, pelbagai spekulasi, perubahan dan kejutan berlaku.
“Minggu lalu banyak ‘katak’, minggu ini banyak ‘kotak’!”

Demikian sindir tokoh veteran DAP Lim Kit Siang dipercayai merujuk kepada ‘drama’ melompat parti dan skandal puluhan billion 1MDB yang sedang disiasat polis.

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, kejayaan rakyat mencipta sejarah menukar kerajaan secara aman melalui peti undi tidak akan terhenti setakat itu.

“Rakyat selama ini hilang kepercayaan terhadap institusi penting negara dan sudah tiba masanya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat melibatkan pemulihan peringkat Eksekutif, Parlimen dan Perundangan,” katanya dalam kenyataannya

Selain itu, Kit Siang berkata sudah tiba masanya untuk menetapkan semula dasar pembinaan dan hala tuju negara bagi mencapai ‘Impian Malaysia’ yang boleh menjadi contoh kepada dunia.

“Sebagai sebuah negara pelbagai suku bangsa, agama, bahasa dan budaya yang mampu hidup harmoni, bersatu, demokratik, progresif dan makmur yang mana kita meletakkan diri kita sebagai Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, daerah dan kedudukan sosio-ekonomi,” katanya lagi

ref:  WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: ‘Dari musim katak ke musim kotak’

Monday, May 21, 2018
Najib harus jawab ‘jenayah’ terhadap rakyat – Anwar Ibrahim

oleh PENTADBIR

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran pemenjaraannya.
Beliau sebaliknya mengulangi dakwaannya bahawa pemenjaraan ke atasnya dibuat atas alasan politik.

“Saya tidak menyimpan sebarang perasaan benci peribadi, saya tidak mahu isu Anwar dipenjarakan dijadikan isu yang dibuat menentangnya.

“Tetapi isu ketidakadilan terhadap rakyat, jenayah yang dilakukan terhadap rakyat, gejala rasuah yang menjadi budaya di negara ini – dia harus jawab,” katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Segambut hari ini lapor Malaysiakini.
Jelas Anwar, pertuduhan sehingga menyebabkan beliau dipenjara direkayasa untuk membunuh kerjaya politiknya.

Anwar dibebaskan dari penjara setelah menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

ref:  WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Najib harus jawab ‘jenayah’ terhadap rakyat – Anwar Ibrahim

PM: Kewangan negara 'dicabul', hutang lebih RM1 trilion

Hutang negara kini sudah mencecah angka lebih RM1 trilion berbanding hanya RM300 bilion sebelum ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita dapati kewangan negara umpannya telah dicabul dengan begitu besar sehingga sekarang ini kini menghadapi masalah penyelesaian hutang yang meningkat kepada trilion ringgit.

“Ini tidak pernah dilakukan oleh kita,” katanya dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.

Ini adalah perhimpunan pertama beliau selepas mengambil alih tapuk kepimpinan negara dari pendahulunya Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Mahathir berkata, peningkatan ketara hutang itu menyebabkan kesukaran pembayaran balik.

Beliau justeru menggesa penjawat awam bekerjasama dengan pentadbiran sekarang untuk mengurangkan hutang tersebut.

Jumlah hutang negara yang diketengahkan Mahathir itu jauh lebih tinggi daripada yang dinyatakan oleh pentadbiran BN sebelum ini.

Kementerian Kewangan di era Najib merekodkan jumlah hutang negara sebanyak RM687.43 bilion setakat September 2017.

Awal bulan ini, The Edge Financial Daily melaporkan hutang kerajaan meningkat sekitar 10 peratus setahun dari RM266.72 bilion pada 2007 kepada RM687.43 bilion pada September 2017, susulan perbelanjaan berlebihan.

Harian kewangan itu telah memberi amaran hutang negara akan lebih RM1 trilion menjelang 2021 jika purata peningkatan kekal 10 peratus.

Mahathir berikrar mengurangkan perbelanjaan kerajaan selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sekali lagi, 10 Mei lalu.

ref:  KERENGGA: PM: Kewangan negara 'dicabul', hutang lebih RM1 trilion

Esok ada cerita menarik, kata bos baru SPRM
Kow Gah Chie

Mencabar - itu yang dirasa bos baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memulakan tugasnya di agensi antirasuah berkenaan hari ini.

Begitupun bagi Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, beliau menjanjikan sesuatu yang menarik esok - iaitu hari kedua beliau menjadi ketua pesuruhjaya SPRM.

Ketika ditanya perasaannya kembali semula ke SPRM selepas "bersara" pada Julai 2016, Mohd Shuki berkata: "Ia mencabar untuk saya, sangat mencabar buat saya."

Bagaimanapun Mohd Shukri tidak menjelaskan lebih lanjut kenyataan berkenaan.

Mohd Shukri ialah timbalan ketua pesuruhjaya SPRM bahagian operasi apabila mengambil keputusan bersara daripada perkhidmatan berkenaan hampir dua tahun lalu.

Ketika itu SPRM berada dalam keadaan 'panas' ekoran siasatan mereka terhadap anak syarikat 1MDB, SRC International yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Persaraan Mohd Shukri berlaku seiring dengan pengunduran ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu, Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Seorang lagi timbalan Abu Kassim, Datuk Seri Mustafar Ali, dipindahkan kerajaan menjadi ketua pengarah Jabatan Imigresen.

Mohd Shukri dilantik mengetuai SPRM oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semasa memulakan tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM secara rasmi di Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi tadi, Mohd Shukri bagaimanapun berkata beliau tidak dapat menjawab lebih banyak soalan media.

Katanya beliau perlu menghadiri sesi taklimat bersama pegawai SPRM.

"Esok saya akan juga tuan-tuan dan puan-puan (wartawan). Ada taklimah khas untuk anda, ada cerita-cerita menarik saya nak cerita esok.

"Jadi untuk hari ini saya simpan (dulu) untuk esok," katanya.

Mohd Shukri berkhidmat selama kira-kira 32 tahu sebelum bersara.

Turut hadir menyambut beliau tadi ialah Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki.

Sementara itu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini berkata Mohd Shukri dilantik menjadi ketua pesuruhjaya SPRM untuk tempoh dua tahun mulai 18 Mei 2018.

Katanya pelantikan itu dibuat selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 dan sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Selaras dengan subseksyen 5(3) akta sama, Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan penamatan tempoh pelantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa pada 14 Mei 2018, tanpa perlu memberi notis 30 hari seperti dalam surat cara pelantikannya," kata Ali. -malaysiakini

ref:  KERENGGA: Esok ada cerita menarik, kata bos baru SPRM

Monday, 21 May 2018
Khairuddin Abu Hassan Bikin Gempar

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendesak pendakwaan dibuat terhadap bekas ketua polis, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, susulan penjelajahanya baru-baru ini meliputi Australia sehingga Amerika Syarikat bagi memperbaharui laporannya mengenai skandal 1MDB.

Khairuddin berkata, kedua-dua individu tersebut merupakan “pengkhianat nombor satu negara” kerana melanggar amanah untuk menyiasat laporan yang dibuatnya.

“Dalam skandal 1MDB, Khalid Abu Bakar dan Apandi Ali memainkan peranan besar melindungi jenayah itu,” kata Khairuddin, yang pernah didakwa di bawah undang-undang keselamatan pada 2015 selepas dituduh mensabotaj ekonomi negara kerana membuat laporan mengenai skandal 1MDB kepada pihak berkuasa asing.

“Nawaitu saya pada waktu itu hanyalah untuk selamatkan dana kerajaan serta wang rakyat daripada diselewengkan oleh konco-konco Najib Tun Razak, khususnya penyangak, Jho Low,” katanya, yang merujuk kepada bekas perdana menteri dan ahli perniagaan Malaysia yang dikaitkan dengan dakwaan menggelapkan wang berjumlah ratusan juta ringgit daripada 1MDB.
Khairuddin ketika pertemuan dengan Clare Rewcastle Brown (kiri), Xavier Andre Justo dan isterinya, Laura). Terlindung ialah Pascal Najadi.

Khairuddin berkata antara individu yang ditemuinya ialah pembocor maklumat berkaitan skandal 1MDB, termasuk editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan bekas kakitangan Petro-Saudi, Xavier Andre Justo dan Pascal Najadi.

Pascal adalah anak bekas pengasas Arab Malaysian Banking Group (AMBG), Hussain Najadi yang ditembak mati pada siang hari di Kuala Lumpur pada 2013.

Khairuddin berkata, beliau membuat laporan baru kepada polis Australia terhadap Australian and New Zealand Banking Group (ANZ) kerana membenarkan sebahagian daripada wang berjumlah AS$700 juta daripada akaun peribadi Najib dipindahkan ke Singapura.

Pada 7 April lepas, Khairuddin membuat laporan kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, dan 4 hari selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya 9 Mei, beliau memperbaharui laporannya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di New York.

Khairuddin bersyukur laporan yang dibuat beliau akhirnya diteliti oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Walaupun terlalu lambat polis dan SPRM bertindak, namun di bawah kerajaan baru PH yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, akhirnya pihak penguat kuasa undang-undang di Malaysia tidak lagi boleh menutup kes skandal kewangan yang terbesar di dunia pada dekad ini,” katanya.

Khairuddin ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, kerana didakwa mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Tahun lepas, Mahkamah Sesyen melepaskan beliau dan peguam Matthias Chang apabila pihak pendakwa tidak mengemukakan keterangan yang mengaitkan mereka dengan tuduhan itu.

Mereka secara bersesama didakwa di bawah Seksyen 124L Kanun Kesiksaan kerana hadir di balai polis beberapa buat bandar raya dunia untuk membuat laporan terhadap dana pelaburan kerajaan 1MDB.

Kertas pertuduhan itu menyebut mereka berdua berada di pejabat ketua polis Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan di Paris, balai polis Charing Cross di London, Pejabat Peguam Negara Switzerland di Berne, balai polis Wai Chan di Hong Kong dan ibu pejabat polis Cantonment di Singapura.

Khairuddin berkata, beliau berasa lega dengan perkembangan terakhir dalam penyiasatan 1MDB, dan menambah bahawa Najib kini cuba mendapatkan simpati daripada orang ramai.

“Kini Najib jangan cuba nak menagih simpati. Beliau kena berani hadapi setiap pertuduhan ke atasnya merompak khazanah kerajaan atau duit rakyat,” katanya.

“Lihat saja berapa banyak barang-barang samunan beliau dan isterinya yang dirampas oleh pihak polis sejak tiga hari yang lepas

“Masa tidak bersama Najib, isterinya dan konco-konco mereka lagi,” kata Khairuddin, yang bertanding sebagai calon PH di Jasin, Melaka dalam pilihan raya baru lepas, tetapi tewas tipis di tangan calon BN, Ahmad Hamzah. - free malaysia today

ref:  Addin: Khairuddin Abu Hassan Bikin Gempar
Mengapa saya tidak undi umno sejak 1969.


1.

Sejak 1969 kempen berbaur perkauman. Menghasut sehingga PRUM 2018. ISLAM, Raja-raja Melayu jadi isu utk terus bernyawa.

2.

Umno penggadai Singapura, Pulau Batu Putih, KTMB Singapura, Proton. Perosak: MISC, MAS, TNB, LUTH, KWSP, KWAP, LTAT, Dua telaga minyak ke Brunai. dan lain-lain lagi.

3.

Umno beri kerakyatan Tanah Melayu tanpa syarat kepada orang mendatang Cina dan India. Meluluskan pendaftaran PAP (Singapura) dan DAP (Malaysia) Apakah semua ini jalan untuk kekal berkuasa dan jadi parti keramat? Baling batu sembunyi tangan Parti Ketuanan Melayu ... Melayu banyak jadi hamba? Pemimpin Umno sebagai Tuan Melayu selepasa era penjajahan? Sepatutnya penyatuan kaum bukan porak perandakan dengan isu perkauman. Allah jadikan berbilang kaum supaya manusia bersatu-padu dan bukan bermusuh atau berprasangka seperti umno mahukan. Dalam BN ada MCA dan Gerakan ... mereka Cina gred halal? Halal di mata Umno?

4. Umnolah yg panggil penjajah British balik ke Malaya selepas Perang Dunia Ke Dua. Lambat sehari jika tidak Tanah Melayu telah merdeka bersama Indonesia di Tahun 1945.


5. Umno lah pengasas dan perestu pelbagai aliran pendidikan di negara ini. Awal dulu Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.


Nota:


Kalau ada data di atas salah minta pencerahan. Betulkan. Supaya lain kalilah saya boleh bersekongkol dan mengundi umno. Bila Kerajaan sekarang tidak betul di mata ramai.

Sayang Malaysia Bumi hak Allah Subhanahuwatalla. Aamiin

Lagu Warisan tidak diterjemahkan oleh Pemimpin Umno sebagai satu realiti perjuangan tetapi menggadaikannya sehingga terbina pusat judi di atas gunung (Genting Highland) dan lain-lain tanah dan wilayah serta kepentingan yang telah digadaikan. Melayu banyak hanya sebagai antan bila PRUM untuk kekal berkuasa. Itulah seleberiti yang Umno punya. Nauzubillahminzalik. 

Monday, May 21, 2018
Kehebatan seorang Azmin?
PERTANYAAN

SULTAN Selangor memberi perkenan kepada Mohamed Azmin Ali untuk menyertai kabinet Dr Mahathir Mohamad dan meninggalkan jawatan MB Selangor. Azmin yang telah mengangkat sumpah menjadi MB Selangor petang ini dijangka akan mengangkat sumpah pula sebagai menteri Hal Ehawal Ekanomi.


Apa yang berlaku di Semenanjung berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah. Di Sabah dua orang mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri, di Semenanjung seorang ahli politik mengangkat sumpah untuk memegang dua jawatan penting berbeza.


Di Sabah mula-mula Musa Aman mengangkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah, dua hari kemudian Mohd Shafei Afdal pula angkat sumpah untuk jawatan yang sama.


Di Semenanjung Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai MB dan Menteri. Pencapaian atau apa diperolehi Azmin sesuatu yang luar biasa baginya. Belum pernah rasanya keadaan sebegitu berlaku dan hanya berlaku dalam pilihan raya ini.


Apa yang berlaku ke atas Azmin itu satu lagi keistimewaan dan keterkejutan pilihan raya ke 14 ini.


Orang yang membaca politik secara leteral tidak merasa ada apa-apa motif disebalik pelantikan Azmin. Tetapi mungkin tidak bagi saya. Dalam suatu catatan saya mempunyai makrifat tersendiri berkenaan hal itu. Sila. rujuk.


Di samping mahu mengucap tahniah kepada Azmin saya berdoa dia dapat menjalankan tugas barunya itu dengan jaya. Pencapaian di Selangor akan dibawa ke Puterajaya. Paling penting dia sesekali tidak akan menggunakan kelebihan dan kehebatan dirinya untuk membudayakan politik kronisme. Jangan dengan jawatan dan kelebihan itu beliau berasakan dirinya lebih dan mahu menjadi “taukeh”.


Apabila beliau meninggalkan bangunan Sulatan Salahuddin Abdu Aziz Shah, beliau akan menamakan calon lain sebagai penggantinya. Peluang ini terbaik untuknya membudayakan politik kronis kerana mempunyai ruang untuk meraih pengaruh lebih luas. Sudah pasti Azmin akan memilih di kalangannya. Kuasa untuk memilih MB itu menyebabkan beliau dilihat sebagai taukeh.


Sepatutnya yang patut memilih MB bukan Azmin tetapi Pakatan Harapan (PH), atas prinsip kerajaan Selangor adalah kerajaan bersama. Azmin perlu serahkan urusan menamakan penggantinya kepada parti. Tetapi apabila ada kenyataan daripada Istana berbunyi, atau meminta Azmin memilih penggantinya menjadikan Azmin sebagai taukeh. Diharap Azmin tidak mudah eksploitasi arahan dan permintaan itu untuk kepentingan dirinya.


Dengan situasi itu Azmin mempunyai potensi besar untuk membina kekuatannya peribadinya dalam parti dan kerajaan. Sudah tentu dalam partinya — Keadilan beliau mempunyai kuasa tinggi dan dilihat pencetur dan penentu.


Ketinggian itu mengatasi presiden dan juga penasihat umum. Tidak diketahui apakah pelantikan Azmin ke dalam kabinet mendapat persetujuan presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail dan penasihat umum Anwar Ibrahim atau tidak. Mungkin hari ini ia tidak diketahui tetapi akan terdedah selepas ini.


Sekiranya pelantikan itu dengan prerogetif Dr Mahathir sebagai PM, maka Azmin tidak perlu peduli kepada presiden dan penasihat lagi. Di sinilah saya mengatakan kedudukan Azmin tinggi dalam “hirearki” partinya. Dia boleh perlahan-lahan mengabaikan presiden dan penasihat.


Biarlah, cuma satau diharap semoga Azmin tidak mudah melupai diri dan berjalan hendaklah senantiasa tunduk ke bawah jangan tunduk setelah mata termasuk sampah. . [wm.kl. 9:58 am 21/05/18]


ref:  .: Kehebatan seorang Azmin?

... 

Tiada ulasan: