RM1 Trilion (1000000000000) 12 digit - angka Sifar.
Punca2 Kerajaan BN tumbang apabila rakyat menilai hasil selepas PRU 13
1. Slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan tidak dilaksanakan.
Rakyat menilai perkara ini dengan teliti dan mendalam
2. Pengenalan dasar baru yang tidak popular dan menyusahkan rakyat spt subsidi ditarik balik, gst dan skandal pemimpin yang semakin menjadi2 dan dirahsiakan melalui SOSMA.
3. Kegagalan urus tadbir kewangan negara dan terlalu banyak ketirisan wang rakyat.
4. Syarikat GLC kerajaan mengalami kerugian berterusan spt Felda, FGV dan 1MDB dan rakyat nampak permainan Kotor pemimpin.
5. Aset negara tergadai eg: Proton, MENDEF Sungai Besi dan lain-lain.
Tolong sambung.. biar macai umno faham dan hadam
Ini cybertrooper umno juga yang buat, now kita pulangkan semula kat dorang umno.
Tuesday, 22 May 2018
APA KHABAR ARUL KANDA?
Rupa-rupanya ini adalah tipu belaka...
Yang betul ialah 1MDB telah menerima dana untuk menyelamatkan syarikat itu daripada Kementerian Kewangan hampir RM7 bilion.
Ini baru pendedahan hari pertama Lim Guan Eng masuk ke pejabatnya sebagai Menteri Kewangan. Barangkali lebih banyak lagi akan terdedah selepas ini.
Bayangkan jika BN terus berkuasa dan Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri, sudah tentu lebih banyak lagi dana rakyat digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.
Lalu, apa khabar Arul Kanda?
(ShahbudinHusin 22/05/2018)
ref:
Shahbudin dot com: APA KHABAR ARUL KANDA?
Menyesal tak sudah pilih PH?
Banyak kemungkinan yang kita bakal lihat dan pikul bersama-sama, andai kata PH tidak memenangi pilihanraya 9 Mei yang lalu. Antaranya mungkin kita tidak akan pernah menjangka dan menyaksikannya:
1. Hutang negara sebenarnya mencecah lebih RM1 trilion (1000000000000). Banyaknya kosong, sah Najib dan barisan kabinet telah menipu rakyat.
2. Fail merah di Kementerian Kewangan yang tidak boleh diusik oleh pegawai-pegawai untuk di audit. Apa isi dalam fail merah tersebut? Nanti akan dibongkar oleh Menteri Kewangan yang baru. Harap Menteri Kewangan yang lama, sampai sudah kita tidak dapat melihat kebenarannya.
3. Bill out kerajaan Malaysia untuk syarikat sarat skandal 1MDB melebihi RM7 billion (RM7000 juta) bermula April 2017. Mean setahun sudah mencecah RM7 billion duit rakyat!
4. Projek ECRL sebenarnya bukan 55 billion, tetapi ada tambahan lagi 11 billion. Malang sungguh kalau PH tidak menang.
5. Pendedahan mengejutkan dari Dato' Seri Mohd Shukri Abdull, Pesuruhanjaya SPRM memang amat mengejutkan:
a) Diancam bunuh dan lain-lain ancaman ketika menyiasat SRC International dua tahun lepas di mana Pengerusi 1MDB adalah Najib Razak, ketua Barisan Nasional.
b) Melalui proxy wakil rakyat Utara, dia cuba disogok agar memberhentikan siasatan tersebut.
c) Dimana juga beliau membuat pengakuan banyak saksi dilarikan dan diugut.
d) Betapa 'jahatnya' pentadbiran terdahulu.
e) Selepas tumbangnya BN, banyak mantan Menteri menelefon Shukri menyatakan kekesalan kerana tidak mendengar cakap beliau agar menukar tampuk pemerintahan negara.
6. Dan nanti kita akan disajikan dengan kejutan demi kejutan pembongkaran salah guna kuasa oleh kerajaan terdahulu. Harap-harap tiada sesiapa yang sakit jantung.
Dan cuba bayangkan situasi ini pula: (konon-kononnya)
Ketika PH mendapat 100 kerusi. BN 104 dan PAS 18 kerusi. PAS menjadi 'king maker'.
Dan ketika PAS memilih rakan kongsi BN sebagai partner dalam kerajaan campuran. Bagaimana survivor politik Najib dan BN? Tidak mustahil juga kalau kita lihat dari faktor semasa sebelum pilihanraya di mana bajunya sedondon, nadanya seirama. PAS dan BN membentuk kerajaan campuran.
Apakah perkara-perkara di atas yang didedahkan itu akan kita dengar sekarang? Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui. Menyesal atau tidak PH menang? Mohon share banyak2.
ref:
Menyesal tak sudah pilih PH? ~ Menconteng Untuk Perubahan™
Tuesday, May 22, 2018
Pendedahan Shukri serius, memalukan
STOP PRESS
PENDEDAHAN Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Shukri Abdull yang beliau disekat dan diugut daripada menjalankan tugasnya ketika menyiasat akaun syarikat SRC International yang ada kaitan dengan skandal 1MDB dua tahun lepas sesuatu yang serius.
Tindakan itu cuba menganggu pentadbiran awam daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya demi negara. Ia turut menyerlahkan betapa kotornya penguasa Malaysia sebelum ini yang dibawah pimpinan Najib Razak. Gangguan itu menunjukkan betapa sadisnya kerajaan Najib.
Bukan itu sahaja, Shukri juga mendedahkan beliau diugat dan cuba disogok agar tidak menyiasat kes berkenaan. Tanpa menyebut nama perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh seorang wakil rakyat dari Utara. Elok kalau wakil rakyat itu diheret ke muka pengadilan agar orang ramai mengenali siapa dia.
Apa yang diterima Shukri ketika itu menakutkannya sehingga beliau terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat dan mendapat perlindungan polis negara itu.
Biarlah kejadian menimpa Shukri itu merupakan yang terakhir. Kerajaan PH perlu mengambilnya sebagai pengajaran agar kejadian sangat tidak bermoral itu tidak berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan baharu Malaysia. [wm.kl.8:43 pm 21/05/18]
ref:
.: Pendedahan Shukri serius, memalukan
Tuesday, May 22, 2018
Jumpa Majlis Raja-raja, menteri dedah skandal 1MDB - Shukri
Posted By: Pentadbiron: May 22, 2018 Print Email
Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan beliau dan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed pernah menghadap Majlis Raja-raja sebanyak 2 kali pada 2015 mengenai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
“Kami bertemu Majlis Raja-raja sebanyak 2 kali. Kami 2 kali bertemu dengan mereka.
“Tetapi kami kecewa,” kata ketua pesuruhjaya baru SPRM itu pada sidang media di ibu pejabat agensi itu hari ini.
Shukri yang memegang jawatan timbalan pengarah operasi SPRM pada 2015, mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd dan sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank bekas perdana menteri itu.
Shukri berkata, beliau turut menemui beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika itu untuk menceritakan kebenaran isu 1MDB serta menggesa Najib digantikan bagi menyelamatkan keadaan.
“Kes RM2.6 bilion adalah kes benar. Saya kata buang Najib dan ganti dengan (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi atau (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein untuk jadi perdana menteri.
“Tetapi, dalam ramai-ramai menteri yang kami jumpa, 3 sahaja berani bersuara, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
“(Pemimpin) yang lain semua tak nak dengar. Saya dah kata saya tidak ada sebarang kepentingan. 1MDB bukan cerita rekaan, ini kes terlalu besar yang tidak boleh dilindungi, usahanya tidak berjaya.”
Shukri turut mendedahkan seorang “ahli Parlimen dari utara” cuba menyogoknya untuk menutup kes 1MDB, pada 2015.
Tanpa menyebutkan nama wakil rakyat BN itu, katanya, ahli politik itu menghubunginya 2 kali ketika beliau sedang melengkapkan siasatan.
“Ahli Parlimen itu tanya ‘you’ (saya) nak apa?
“Saya cakap jangan masuk campur siasatan saya. Saya tidak mahu apa-apa, saya hanya menjalankan tanggungjawab dan saya tidak mempunyai kepentingan dalam kes ini.”
Sementara itu, dalam nada sebak, Shukri menceritakan kebimbangan apabila 2 pegawainya ditukarkan ke jabatan lain ketika beliau melarikan diri ke Amerika Syarikat.
Beliau kemudian menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Paul Low untuk meminta 2 pegawainya dikembalikan ke SPRM.
“Saya WhatsApp Menteri Datuk Seri Shahidan dan Paul Low, saya ugut mereka tolong kembalikan pegawai yang ditukar ke SPRM secepat mungkin, kalau tidak saya akan guna kuasa saya porak-perandakan keadaan.
“Shahidan kata awak jangan buat apa-apa, biar saya selesaikan, saya janji akan hantar balik pegawai awak ke SPRM,” katanya yang pernah diugut dengan peluru hidup.
ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: JUMPA MAJLIS RAJA-RAJA, MENTERI DEDAH SKANDAL 1MDB – SHUKRI
Tuesday, May 22, 2018
Skandal di Kementerian Pertahanan akan disiasat secara teliti

Menteri Pertahanan yang baru, Mohamad Sabu akan berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kedudukan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang disokong Arab Saudi untuk membanteras golongan radikal dan ekstremis.
“Kita akan bincang dengan perdana menteri dan Kementerian Pertahanan untuk kita ambil tindakan seterusnya pada masa akan datang.
“Saya tidak mahu laksanakan apa-apa yang baru tanpa perbincangan,” katanya dalam sidang media pertama di kementeriannya, hari ini.
KSCIP diilhamkan selepas kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud ke Malaysia pada Mac 2017 serta penyertaan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang kemuncak di Riyadh yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
KSCIP akan ditubuhkan bersama Kementerian Pertahanan kedua-dua negara dan MWL, atau lebih dikenali dengan nama Arabnya, Rabitah al-Alam al-Islami.
Najib pada Julai 2017 dilaporkan berkata, pusat itu bakal mempunyai sebuah bangunan kekal di tanah seluas 16 hektar di Putrajaya, bersamaan 20 padang bola sepak.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu pernah mempersoalkan komitmen Malaysia menjadi tuan rumah kepada KSCIP yang diilhamkan Arab Saudi, pada Julai 2017.
Beliau terkilan Malaysia bekerjasama dengan Arab Saudi untuk memerangi keganasan dan ekstremisme, sedangkan negara itu di bawah penelitian disebabkan ideologi pelampaunya.
Sementara itu, Mat Sabu berkata, siasatan akan dilakukan ke atas skandal dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Saya tidak mahu dengar cakap-cakap mulut, kita dengar itu dan ini tanpa kita menyelidik, kalau di atas cakap mulut kita bertindak, maka akan berlaku kerosakan imej di pihak jabatan.
“Kalau ada tindakan, ia akan melalui bukti dan penyelidikan yang rapi, ini termasuk isu kapal selam Scorpene. Kita juga ada audit dalaman.
“Kalau dalaman tidak berupaya, baru pergi ke peringkat luaran dan kalau ada serius, kita akan bawa ke Kabinet. Ertinya, tidak boleh bertindak semberono atas sesuatu yang kita dengar.”
Katanya, beliau akan lebih berhati-hati dengan setiap tindakan dan kenyataannya kerana perlu menjaga hati negara jiran dan bertutur menggunakan fakta.
“Saya selalu hidup bersama rakyat, tetapi sekarang ini perlu ikut peraturan dan protokol, ini adalah sesuatu yang baru. Saya perlu membiasakan diri dengan perubahan ini, tetapi saya tidak akan ubah gaya Mat Sabu.
“Saya Presiden Amanah, tetapi saya juga menteri pertahanan Malaysia. Dua perkara itu perlu lebih saya jaga dan berhati-hati kerana sebarang percakapan akan dikaji kawan dan lawan, sama ada dalam negara atau antara negara lain.”
Beliau yang tinggal di rumah teres di Shah Alam akan mempertimbang untuk berpindah ke kediaman rasmi kerajaan.
“Saya tengah fikir ke arah itu sebab saya datang ke sini juga agak jauh perjalanan. Saya akan tengok, pindah atau tidak saya akan putuskan dalam masa terdekat.” –
ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SKANDAL DI KEMENTERIAN PERTAHANAN AKAN DISIASAT SECARA TELITI
Tuesday, May 22, 2018
Shukri Abdull hampir mati siasat kes SRC International
Posted By: Pentadbiron: May 22, 2018
Datuk Seri Shukri Abdull mendedahkan beliau terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, 3 tahun lalu.
“Pengalaman saya dalam kes SRC-1MDB amat menakutkan, saya hampir mati dalam kes ini. Saya takut nak balik ke sini,” kata ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik itu dalam sidang berita pertama beliau di sini.
Menurutnya, susulan pelbagai tekanan daripada kerajaan ketika itu, beliau memutuskan untuk melarikan diri ke Washington selepas mendapat tahu dia akan ditahan.
Beliau memberitahu orang-orang di sekelilingnya yang dia mahu ke Arab Saudi, dan menurut Shukri, orang-orang Najib menunggunya di lapangan terbang di Jeddah.
Setibanya dia di Washington, dia merasakan dirinya diekori ejen Malaysia. Dia mendakwa perasaannya terbukti betul lalu menghubungi polis New York untuk mendapatkan perlindungan.
Polis New York memberikan perlindungan selama 1 minggu kepadanya, termasuk 3 pengawal peribadi. Dia kembali ke Washington selepas merasakan keadaan lebih selamat.
“Kita (SPRM) hadapi tekanan cukup hebat. Saksi kami dilarikan. Saya sendiri diugut untuk dipecat, saya diminta untuk bercuti awal, bersara awal, dipinjamkan ke bahagian latihan,” kaya Shukri.
Shukri berkata ekoran langkah tegas SPRM menyiasat perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak, beliau dan bekas ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dituduh cuba menggulingkan kerajaan Barisan Nasional.
“Saya rasa sedih. Saya dan Abu Kassim dituduh pembelot untuk menjatuhkan kerajaan. Kami buat kerja bersunguh-sungguh untuk selamatkan negara dan membawa balik wang (1MDB) dari luar negara,” katanya.
ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SHUKRI ABDULL HAMPIR MATI SIASAT KES SRC INTERNATIONAL
Tuesday, 22 May 2018
Lagi Kejutan Dari SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan bahawa beliau menjadi mangsa ‘gangguan’ ketika menyiasat jejak wang 1MDB pada tahun 2015.
Menurutnya, pada 31 Mei 2015 beliau berlepas ke Washington bagi mendapatkan perlindungan bagaimanapun memaklumkan kononnya beliau akan ke Arab Saudi.
"Saya ubah haluan dan ditularkan yang (kononnya) saya akan ke Arab Saudi menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran merah kepada saya di Jeddah dan dimaklumkan saya akan ditangkap di sana.
"Di Washington pula ada orang ikut saya, pasukan saya ambil gambar dan hantarkan pada saya kemudian saya hantarkan kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan memaklumkan untuk cari pegawai yang lebih bijak untuk ikut saya...
“Bukan dia ikut saya tetapi saya ikut dia," katanya pada satu sidang akhbar hari ini.
Shukri, sebelum ini adalah timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM.
"Secara kebetulan, saya berkawan dengan Jabatan Polis New York (NYPD). Mereka lindungi saya selama seminggu.
"Mereka bekalkan saya dengan tiga pengawal peribadi," katanya. - malaysiakini
ref:
Addin: Lagi Kejutan Dari SPRM
Pihak polis menahan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berhubung satu kes membabitkan senjata api.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata Jamal ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, kira-kira jam 1.15 petang tadi.
"Suspek sekarang masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Mazlan terdapat beberapa lagi kes berkaitan Jamal sedang di siasat, di samping dua waran tangkap yang akan disempurnakan setelah saspek menjalani rawatan di hospital berkenaan.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pada 12 Mei lalu, oleh anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kuala Langat.
Pengadu mendakwa melihat beberapa keping gambar menunjukkan Jamal menyelitkan senjata api di pinggangnya di tempat awam yang dipercayai bertujuan menakut-nakutkan orang awam.
Dalam laporannya, pengadu meminta polis menyiasat perbuatan Jamal itu dan menarik lesen senjata api sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960.
at 5/23/2018 02:38:00 PG
ref:
KERENGGA: Polis tahan Jamal Jamban kerana kes senjata api
USTAZ NIK OMAR DATANG KE DUN CHANGKAT JERING,26 MEI INI.
Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz akan datang ke Masjid Ikhwaniah ,Simpang ,Taiping untuk menyampaikan tazkirah selepas solat taraweh pada 26 Mei ini.Sehubungan dengan itu orang ramai dijemput hadir.
ref:
Ustaz Nik Omar datang ke Dun Changkat Jering,26 Mei ini. | SISI BUKIT
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendakwa beliau dan bekas ketuanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah berjumpa dengan beberapa menteri kabinet sebelum ini bagi menyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata langkah itu susulan hasil siasatan SPRM pada 2015 berhubung isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahkan daripada SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi Najib, yang ketika itu adalah perdana menteri.
Bagaimanapun, katanya, hanya tiga menteri ketika itu yang berani bersuara mengenainya iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
"Walaupun ugutan-ugutan diterima, kami berdua (Mohd Shukri dan Abu Kassim) tidak pernah berputus asa. Saya jumpa beberapa menteri dan Tan Sri Abu Kassim berjumpa dengan beberapa orang menteri untuk yakinkan mereka bahawa kes RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International adalah kes yang benar, bukannya kes rekaan.
"Kami cakap kepada menteri-menteri tersebut, tolonglah buang orang ini, buang pelaku rasuah ini, gantilah dengan orang lain kalau sayangkan negara.
“Buang Najib dan gantilah dengan orang lain, gantikanlah dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Hishammuddin Hussein, orang yang ada integriti mulia untuk menjadi perdana menteri," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen hari ini.
Mohd Shukri berkata bagaimanapun, usaha beliau dan Abu Kassim gagal apabila hanya tiga menteri tersebut sahaja yang berani mengambil tindakan manakala menteri lain tidak berani melakukannya.
Beliau berkata apabila kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Najib tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini, ramai menteri-menteri yang ditemuinya pada 2015 telah menghubunginya dan menyatakan kekesalan mereka kerana tidak mengambil tindakan terhadap Najib.
"Saya cakap dengan menteri-menteri itu saya tidak ada kepentingan. Bukan saya minta duit, bukan saya minta jawatan. Saya cakap benda yang benar supaya kita perbetulkan keadaan sebelum terlambat.
“Ini adalah tentang 1MDB, RM2.6 bilion bukan cerita rekaan, ini cerita benar dan kes ini adalah terlalu besar untuk dilindungi," katanya.
Mohd Shukri juga memberitahu sidang berita itu bahawa selepas usaha meyakinkan menteri-menteri pada waktu itu tidak mencapai seperti yang dihasratkan, beliau dan Abu Kassim kemudian mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-raja untuk meyakinkan majlis itu mengambil tindakan terhadap Najib.
"Kami ambil inisiatif kerana sayangkan negara dan berjumpa dengan Majlis Raja-raja...dua kali kami berjumpa dan kami telah minta kepada Tuanku, tolonglah tuanku tengok perkara ini, tapi kami hampa," katanya.
Mohd Shukri dilaporkan sebagai individu yang melengkapkan dua kertas siasatan berkaitan kes dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Ketika itu, beliau merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM sebelum berasa wajib pada 2016.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini melantik semula Mohd Shukri sebagai ketua pesuruhjaya SPRM bagi menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletakkan jawatan. - Bernama
ref:
KERENGGA: Hanya tiga menteri berani bersuara lawan Najib - KP SPRM
Tuesday, May 22, 2018
PKR mahu proses melaksanakan manifesto berjalan lancar
Posted By: Mohd Helmion: May 22, 2018
PKR mahu proses desentralisasi manifesto Pakatan Harapan khususnya di Pulau Pinang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau tidak mahu Pulau Pinang menjadi antara negeri terkebelakang dan mundur dalam banyak perkara pada masa akan datang.
“Kita nak menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri contoh dalam semua bidang yang boleh memberikan manfaat dan kebaikan kepada rakyat secara keseluruhan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda, di sini, semalam.
Sebelum itu, beliau turut mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.
“Saya sempat berjumpa dengan pegawai daerah untuk mengenal pasti apa yang telah dilakukan dan perlu diperbaiki bagi menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
“Setelah mendapat penjelasan dan pembentangan daripada segala projek, kebanyakannya berfokus kepada kawasan Permatang Pauh dan tertumpu kepada projek tebatan banjir,” katanya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, segala perancangan yang direncanakan sangat penting bagi menyelesaikan masalah banjir yang berlarutan sejak beberapa tahun.
“Komitmen kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk melunaskan pembiayaan yang agak tinggi bagi maksud mengurangkan kebarangkalian berlakunya banjir kilat sangat penting.
“Kita akan pastikan segala objektif utama manifesto Pakatan Harapan iaitu proses desentralisasi dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.
ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PKR MAHU PROSES MELAKSANAKAN MANIFESTO BERJALAN LANCAR
Dulu DSN pecat beliau... Hidup ibarat putaran roda... Now DSN kena jumpa insan yang dipecat untuk beri keterangan kecurangan diri sendiri semasa mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia. Berita seterusnya...
Tuesday, May 22, 2018
BAHRI KEMBALI KE SPRM ‘CARI DALANG KE LUBANG CACING’
Posted By: Pentadbiron: May 22, 2018
Tiga tahun lalu, ketika polis mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap SRC International, pengarah bahagian operasi khasnya ketika itu Datuk Bahri Mohd Zin berikrar untuk mencari dalang yang mengganggunya “sehingga ke lubang cacing”.
Pegawainya disiasat dan pejabat mereka diserbu polis, malah timbalan pendakwa raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi ditahan.
Bahri, bersama-sama seorang lagi pegawai kanan, Rohaizad Yaakob, kemudian dipindahkan daripada SPRM ke Pejabat Perdana Menteri – sama seperti bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.
Bahri dan Rohaizad kini kembali selepas pertukaran kerajaan berikutan kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam PRU ke-14.
Bahri yang bersara awal tahun lalu kini berpeluang untuk mencari pihak yang bertanggungjawab mengarahkan polis mengganggu SPRM dan pegawainya.
Beliau kemungkinan akan diberi peluang menyelesaikan misinya itu apabila kembali menjadi pengarah bahagian operasi khas SPRM.
“Ya, saya akan kembali melapor diri hari ini,” katanya kepada Malaysiakini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.
Minggu lalu, Bahri (gambar) dipetik berkata Tuhan telah memakbulkan doanya selepas HARAPAN yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad menumbangkan BN pada PRU ke-14.
Perkembangan ini selepas bekas ketuanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdul kembali ke SPRM sebagai ketua pengarah berkuatkuasa semalam.
Seperti namanya, jabatan Bahri adalah untuk menyiasat kes-kes khas – yang melibatkan wang berjumlah lebih daripada RM1 juta dan kes sensitif melibatkan dana awam.
Bahagian itu dikatakan telah menyiasat SRC – sebelum ini subsidiari 1MDB – terutama berhubung wang RM42 juta yang dipindahkan ke akaun bank bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sumber menyifatkan siasatan SRC adalah kes yang tidak kompleks, bukan seperti kes 1MDB yang melibatkan beberapa negara. Ia bagaimanapun terhalang akibat tindakan polis.
Bahagian itu juga dikatakan telah dikecilkan ketika SPRM diketuai Tan Sri Dzulkifli Ahmad, dan difahamkan ia akan dikembalikan seperti sebelumnya.
Ironinya, Najib dijadualkan hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini untuk memberi keterangan antara lain berhubung kes SRC itu.
Bahri dijangka akan menyambung kembali tugasnya untuk menyiasat Najib, SRC dan juga 1MDB. Sebelum ini, mereka dinafikan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membolehkan mereka ke luar negara dan bekerjasama dengan penyiasat di sana yang menyiasat skandal itu.
Pada Januari 2016, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan berkaitan siasatan SPRM.
ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: BAHRI KEMBALI KE SPRM ‘CARI DALANG KE LUBANG CACING’
DSN Ngakal... Nauzubillahminzalik.
Putera diraja Arab Saudi yang dikatakan “menderma” RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menunjukkan dokumen sokongan bagi membuktikan perkara itu.
Perkara itu didedahkan oleh ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru Datuk Seri Shukri Abdull dalam sidang media di Putrajaya tadi.
ref:
KERENGGA: SPRM: Putera Arab tak dapat buktikan 'derma' RM2.6 bilion
ref:
Shahbudin dot com: BAYANGKAN, BAYANGKAN, BAYANGKAN....
Tuesday, 22 May 2018
BAYANGKAN, BAYANGKAN, BAYANGKAN....
Seperti yang kita memang sedia maklum sebelum ini, jumlah beg mengandungi wang tunai yang dirampas oleh pihak polis daripada tiga kondo mewah yang dipercayai ada kaitan dengan Najib Razak ialah berjumlah 72 beg.
Menurut sebuah akhbar milik UMNO iaitu Berita Harian, sehingga semalam, 11 beg sudah selesai menjalani proses pengiraan dan ia didapati mengandungi puluhan juta ringgit wang tunai di dalamnya.
Bermakna ada 61 beg lagi belum dikira untuk diketahui apa dan berapa jumlah isinya.
Berapakah puluhan juta dalam 11 beg itu?
Puluhan juta bermakna jumlahnya mungkin RM10 juta, RM30 juta atau barangkali juga RM90 juta.
Sehingga tidak melebihi RM100 juta, bahasa mudahnya tetap disebut puluhan juta.
Sebuah lagi akhbar milik UMNO, Kosmo yang berada di bawah naungan Utusan pula melaporkan, penemuan jumlah wang tuai dalam 11 beg itu ialah kira-kira RM100 juta.
Makk oiii...banyaknya!!
Pernahkah makcik Felda atau penerima BR1M melihat jumlah wang sebanyak itu?
Najib ialah bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri daripada UMNO, maka laporan daripada akhbar milik UMNO sendiri mengenai pemilikan wang tunai yang dikaitkan dengan beliau tentu saja sukar untuk disangsikan.
Mustahil akhbar milik UMNO sendiri sengaja mahu memberi gambaran buruk kepada Najib, melainkan ia adalah kebenaran yang tidak lagi mampu untuk dinafikan.
Hanya dalam 11 beg saja sudah mengandungi puluhan juta atau mungkin mencecah seratus juta ringgit jumlahnya, bayangkan berapa banyak wang tunai yang ditemui jika setelah selesai pengiraan untuk kesemua 72 beg itu?
RM500 juta? RM800 juta? RM1 biliion?
Atau lebih daripada itu?
Bayangkan, bayangkan, bayangkan......(ShahbudinHusin 22/05/2018).

Salahuddin: Siswa Universiti Kelantan yang berjaya
NUKILAN RASA
PENGUMUMAN Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dialu-alukan orang ramai. Penyertaaan Salahuddin ke dalam kabinet Harapan baru Dr Mahathir dikira tepat. Ini terbukti bila mana dalam media sosial, bukan sahaja kawan-kawan rapat dengan Salahuddin, tetapi rakyat di luar sana juga mengucapkan tahniah kepadanya dan mengalu-alukannya.
Rata-rata berpendapat, Salahuddin mampu menggalas tanggungjawab yang diletakkan ke atas bahunya. Tentu sekali ukuran ini diambil kira dengan kedudukannya dalam parti, baik semasa dalam Pas maupun dalam Amanah kini. Beberapa jawatan yang dipikul semasa dalam Pas, selaku Ketua Pemuda, Naib Presiden membuktikan akan kemampuannya.
Selebih itu saya percaya orang senang dengan anak kampung Serkat, Tanjung Piai, Johor ini kerana perwatakannya yang sedarhana dan politik yang mampan.
Penampilannya yang memberi gambaran beliau sebagai seorang tokoh yang disenangi. Cara beliau bercakap berhujah dan juga mengupas isu ekonomi, sosial dan politik menarik, kemas dan sarat berfakta.
Sepanjang beliau berada di atas pentas ceramah jarang sekali beliau menggunakan bahasa kesat apa lagi memaki hamun lawan. Paling-paling beliau hanya menengking dengan nada tinggi dan muka merah apabila ada sesuatu yang berat untuk dikomprominya.
Itulah Salahuddin, 56 sama dengan nama yang dipanggungi penakluk kota Baitumaqdis, Salahuddin al Ayubi. Ada maksud dan hikmahnya bapanya, manamakan puteranya itu dengan nama Salahuddin. Nah, ternyatakan hari ini Salahuddin merupakan "Salahuddin al Ayubi" di Johor yang berjaya memecah dan meruntuhkan tembok kebal kubu nasionalis Umno di Johor yang berdiri sejak berdekad lampau.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui gerak langkah awal perjuangan Salahuddin dalam politik. Orang mengenalinya dan akan mula lebih mengarifi apabila beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet, Isnin ini (semalam). Perjalanan bukan mudah untuk beliau sampai ke takah hari ini. Hanya orang gigih, tabah sahaja akan mengapai ke tempat setinggi itu, Putrajaya. Kejayaan diraih Salahuddin itu sememang layak baginya.
Melihat kepada gambaran zahirnaya saya yakin Salahuddin tidak pernah berfikir beliau akan mengapai puncak Putrajaya dilantik sebagai menteri.
Perindu syariat Allah.
Apa yang ada dalam jiwanya ialah berjuang untuk menegakkan syariah Allah dengan penuh yakin dan istiqamah. Beliau memilih Pas bukan Umno walaupun ayah dan ibunya mensejarahi Umno. Ini menunjukkan Salahuddin adalah perindu kepada syariat Allah. Jiwa Islamnya tertanam dan berkembang sejak awal lagi. Nama pejuang agung Islam itu, Salahuddin al Ayubi meresap ke dalam jiwa dan urat nadinya.
Menyentuh mengenai penglibatannya dalam Pas, beliau bermula sebagai anak muda yang mengikut usrah Pas semasa berada dalam Dewan Pemuda Pas. Ertinya nur ad-den Islam dan benih perjuangan tumbuh sedari muda lagi. Pemilihan Pas bukan Umno sedangkan Umno adalah parti seninom dengan negerinya, Johor menunjukkan Salahuddin mempunyai pandangan jauh yang berbeza.
Bukan jalan mudah.
Pendakian Salahuddin Ayub dalam politik bukan melalui jalan mudah melainkan telah menghadapi pelbagai liku. Mengikuti kronologi perjuangan memberi gambaran beliau seorang yang gigih, tidak mudah berputus asa dan bersikap optisme.
Beliau mula menjejaki kaki ke parlimen tahun 2004 apabila pertama kali menang kerusi parlimen Kubang Kerian. Kemenangan itu hanya dengan percubaan pertama, sesuatu permulaan membanggakan. Ini dikira suatu tuah buatnya. Selama dua penggal beliau menjadi ahli parlimen Kubang Kerian (2008 sehingga 2013). Kubang Kerian merupakan sekolah politik beliau di Kelantan yang dikenali dengan universiti politik. Di situlah yang mematang dan meluaskan iktisad siasahnya.
Kerana perwatakan, hemah serta pandai bergaul beliau disenangi dan disayangi di Kubang Kerian. Ramai orang menitis air mata apabila beliau diminta meninggalkan Kubang Kerian untuk kembali ke negeri asalnya Johor. Sebagai pejuang yang sedia diarah beliau tidak membantah malahan diterima dengan penuh terbuka.
Pembawaannya balik ke Johor sudah pasti dibuat partinya berpandu kebolehan serta ketokohan yang ada kepadanya. Pemukiman beliau selama dua penggal di Kelantan itu boleh dianggap tempoh pembelajarannya mengenali seluk beluk politik yang kemudian akan dipraktikan di Johor. Selama itu beliau dibekalkan dengan ilmu politik kebal.
Seperti mana diluahkan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, beliau keberatan untuk memulangkan Salahuddin ke Johor kerana perkhidmatan, jasa dan budinya masih diperlukan di Kelantan. Tetapi atas permintaan pemimpin Pas Johor, Dr Mahfodz Mohamad, beliau terpaksa juga menyerahkan Salahuddin dengan berat hati. "Sebenarnya ana berat untuk melepaskan YB Salahuddin, tetapi kerana permintaan orang Johor ana terpaksa juga," begitulah ucap Tokguru Nik Aziz pada majlis penyerahan Salahuddin ke Johor.
Semasa penyerahan Salahuddin kepada Johor kebetulan saya ada sama dalam majlis khas merai kepulangan Salahuddin itu. Sangking menunjukkan Nik Aziz berat hati untuk melepaskan Salahuddin, beliau mengumpamakan majlis pada hari itu sebagai majlis menghantar menantu. "Majlis hari ini sama dengan majlis menghantar menantu... kita serah YB Salahuddin ini kepada mertuanya dan kita berharap ia akan dijaga sebaik mungkin." Kata Nik Aziz. Rujukan lanjut di sini: http://msomelayu.blogspot.my/search?q=himpunan+hijau+di+Johor.
Betapa pun sayang tetapi sebagai menantu ia harus dibawa pulang kepada tempatnya dan mengharap besan, menjaga si menantu dengan baik. Selamanya si menantu itu dirindui.
Begitulah gambaran betapa beratnya Tok guru untuk menyerah Salahuddin kepada Johor bagi meneruskan perjuangan dengan menggunakan apa-apa ilmu dan pengalaman yang ditimba di Kelantan selama dua penggal.
Merubah landskap politik.
Bagi Salahuddin sebagai pemimpin beliau tidak tertekan apa-apa dengan pengembaliannya ke negeri asal itu. Segala masalah dan cabaran di Johor dihadapi dengan tabah. Beliau menerima takdir itu sebagai permulaan dalam perjuagannya untuk meruba lanskap politik Johor. Ternyata kepulangan Salahuddin disambut penuh sukacita oleh rakyat Johor ia terbukti pada majlis Hijau yang diadakan di Kempas pada sebelah malamnya puluh ribu rakyat Johor hadir.
Pengembalian Salahuddin ke Johor tidak mengambil masa lama untuk menyaksikan berlaku perubahan suasana politik khasnya dalam Pas Johor. Pas Johor mendapat tambahan energi yang menakjubkan. Bersama pemimpin Pas Johor, Dr Mahfodz Mohamad, Aminolhuda Hassan dan lain-lain, Salahuddin mengembangkan Pas Johor, menyakin kepada rakyat Johor tentang perjuangan Pas.
Berkat kesungguhan itu Pas Johor berkembang dengan baik. Rakyat Johor sendiri mula melihat Salahuddin adalah tokoh pembaharu politik di negeri itu. Kemuncak kehebatan dirasai Pas Johor ialah apabila Pas Johor menjadi tuan rumah kepada muktamar agungnya di Batu Pahat.
Pilihan raya ke 13 percubaan pertama bagi Salahuddin untuk menguji kepimpinannya di negeri asalnya. Beliau bertanding di kerusi Dun Nusajaya dan parlimen Pulai, tetapi tewas kedua-duanya. Ketewasan itu tidak melemahkannya. Ketewasan itu juga memutuskan sekejap beliau dengan urusan parlimen. Suaranya yang sering berkumandang di parlimen menjadi senyap. Di sinilah baharu dunia perasaan akan kehebatan beliau sebagai seorang ahli parlimen.
Kekalahan itu tidak pernah mengecewakannya. Pas Johor terus dibangkitkan dengan penuh yakin dan rajin. Kekuatan Pas dibina bersama parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR. Salahuddin sendiri bertekad untuk menjadikan Pas sebagai parti baharu (alternatif) kepada rakyat Johor.
Bagaimana pun impian dan angan-angannya itu terganggu seketika apabila beliau menghadapi tribulasi dalam perjuangan. Perubahan berlaku dalam Pas yang memencilkan diri daripada PR, membawa kemeranaan kepada Salahuddin. Kemuncaknya beliau sendiri disingkir dalam Pas bersama segugus pemimpin lain dalam muktamar yang diadakan di Kuala Selangor. Tragedi yang berlaku dalam Pas itulah sesuatu peristiwa yang mengilan dan memedihkannya.
Beliau sering mengadu dan kesal dengan apa yang berlaku. Setiap kali berjumpa saya itulah yang disebut dan dikenang. "Sayang Ti... kenapa Pas jadi begitu?" Namun sebagai pejuang beliau tidak pernah berundur sebaliknya terus mara dengan penuh keyakinan. Pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah) menjadi wadah baharu kepadanya dengan tanggungjawab lebih besar apabila diamanahkan menjadi Timbalan Presiden. Dalam keadaan merangkak dan menghadapai serangan bekas parti lamanya Pas, dia terus bangunkan Johor tanpa menoleh ke belakang dan mempedulikan caci maki kawan dalam Pas.
Cita-cita dan nekadnya yang dipasang dalam Pas selama ini diteruskan bersama Amanah.
Salahuddin sebaik meninggalkan Kelantan untuk kembali ke Johor beliau tidak pernah memaling ke belakang mengenangkan keindahan di Kubang Kerian. Tragedi sedih dalam Pas tidak pernah menggugah perasaanya. Beliau terus bergerak penuh keazaman mahu membawa sinar baharu kepada politik Johor seseusai dengan perubahan. Umno dilihat parti usang yang tidak dapat melawan arus perubahan yang utuh dengan sistem korupnya ada dan ia perlu diganyang.
Atas berkat dan kegigihan, apa yang diimpikan Salahuddin itu menjadi kenyataan jua akhirnya, apabila dalam pilihan raya ke 14 dengan gabungan bersama PKR, DAP dan PPBM, Johor terbalik jatuh kepada PH. Sudah pasti kejayaan PH di Johor itu Salahuddin adalah antara orang paling gembira kerana sahamnya sangat besar atas perubahan itu.
Saya percaya dan yakin kalau Tok Guru Nik Aziz masih hidup, orang pertama mengucapkan tahniah ata kejayaan Salahuddin itu adalah Allahyarham. Beliau berhak gembira kerana "menantu" berjaya.
Sementara kejatuhan Johor itu bermulanya era politik baharu di Johor. Bagi Salahuddin secara personal tentulah ia amat menggembirakannya. Paling bererti baginya bukan sahaja kubu Umno Johor berjaya dirobohkan tetapi beliau pula diangkat ke kedudukan tertinggi dalam pencapaian politiknya sebagai Menteri Kabinet. [wm.kl.10:46 am 22/05/18]
ref:
TUESDAY, MAY 22, 2018
Perghhhh !!! Mengapa Birkin baik untuk pelaburan?
Mengapa Birkin baik untuk pelaburan?
PETALING JAYA: Terdapat segelintir wanita di negara ini yang menjual aksesori rekaan pereka terkenal termasuk beg tangan Birkin oleh Hermes untuk keluar dari kesempitan hidup.
Walaupun sesetengah wanita perlu kembali kepada realiti selepas perceraian, ada di kalangan mereka menggunakan wang hasil penjualan beg tangan mewah itu untuk menyelesaikan hutang.
"Saya beritahu rakan-rakan saya bahawa mereka perlu membeli beberapa beg tangan saya jika saya memerlukan wang tunai, dan amat mengejutkan, mereka kata sudah tentu," kata salah seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang enggan namanya didedahkan.
Seorang lagi wanita yang turut enggan dinamakan berkata dia ada masalah dalam membayar kos peguam bagi kes perceraiannya dan membesarkan anak, jadi dia telah menjual beberapa Birkin miliknya.
"Suami saya tidak membayar wang nafkah anak-anak atau memberikan apa-apa wang. Jadi saya amat gembira kerana memilik Birkin untuk dijual," katanya.
Jenama Birkin menjadi bualan hangat akhir-akhir ini apabila beg tangan tersebut dirampas dalam serbuan di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beg tangan Birkin dianggap sebagai pelaburan luar biasa apabila dijual semula di seluruh dunia.
Berdasarkan tinjauan di sebuah kedai di Kuala Lumpur yang menjual beg tangan mewah terpakai, The Star mendapati sebuah beg tangan Birkin berharga antara RM25,000 dan RM100,000.
Harga setiap beg berbeza berdasarkan permintaan, keadaan dan usia beg tersebut atau sama ada ia edisi terhad atau sebaliknya.
Jadi bagaimana cara untuk menjual beg tangan Birkin anda?
Sebuah lagi kedai menjual beg tangan terpakai di Kuala Lumpur berkata jualan Birkin dilakukan menerusi konsainan sahaja.
Malah pembayaran kepada penjual dibuat melalui pemindahan bank dan tidak pernah dibuat secara tunai.
"Kami sentiasa berhati-hati untuk memastikan beg tangan itu diletakkan di dalam inventori kami adalah 100% tulen," kata atendan kedai tersebut.
ref:
Media Orang Kampung
AGEN PERUBAHAN ®
Minda Positif dan Kreatif
Sultan Johor terima mengadap Anwar Ibrahim
Pejuang Perubahan Pejuang Perubahan 9:30 PG
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pelangi di Johor Bahru malam tadi.
Kenderaan yang membawa Anwar tiba di perkarangan Istana pada jam 10.50 malam dan pertemuan itu berlangsung sehingga tengah malam.
Pertemuan berkenaan turut dikongsikan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.
“Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tertutup Datuk Seri Anwar bersama Tuanku Sultan Ibrahim yang berlangsung selama lebih dua jam itu.
“Hadir sama, anak perempuan Datuk Seri Anwar iaitu Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh,” jelas kenyataan tersebut lapor Malaysiakini. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan butiran perbincangan antara mereka. Turut hadir pada majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sejak dibebaskan pada 16 Mei, beliau berkesempatan atas jemputan mantan Presiden Indonesia BJ Habibie ke Jakarta pada Ahad.
Anwar diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Beliau dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan baginda. Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah berhubung kes liwat.
Johor, buat kali pertama sejak negara merdeka, jatuh ke tangan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu. Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) kini dipimpin oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu). mdl
ref:
Sultan Johor terima mengadap Anwar Ibrahim - AGEN PERUBAHAN ®
Tuesday, 22 May 2018
Kekotoran Yang Ditinggalkan Kerajaan BN Melaka
Anggota exco Melaka yang baru, Ginie Lim mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dari penggal yang lepas telah menghabiskan peruntukan kepada mereka bagi tahun 2018.
Beliau berkata peruntukan itu khusus diberikan di bawah Majlis Perbandaran Alor Gajah yang telah memberikan taklimat mengenai kewangannya hari ini.
Lim, yang merupakan ADUN Machap Jaya, berkata berdasarkan taklimat itu, peruntukan tersebut berjumlah RM3.9 juta termasuk RM380,000 untuk ADUN dan RM500,000 untuk anggota exco.
"Kekotoran yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri BN memberi kesan kepada usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk memperbaiki keadaan. Ia tidak adil kepada pengundi serta kerajaan semasa," katanya dalam satu kenyataan.
Lim berkata peruntukan itu sepatutnya digunakan pada separuh pertama dan separuh kedua tahun ini dan bukan dihabiskan pada suku pertama.
Katanya senario itu menunjukkan salah gunakuasa dalam meluluskan peruntukan kewangan.
Melaka menyaksikan penubuhan kerajaan baru selepas BN tewas pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. - malaysiakini
ref:
Addin: Kekotoran Yang Ditinggalkan Kerajaan BN Melaka
Monday, 21 May 2018
SELAIN BANYAK SALAH NAJIB, SEMUA AHLI MT UMNO PUN BERSALAH SAMA
Setelah BN kalah dan kehilangan kuasa, macam-macam "pahat" mula berbunyi di sana sini kebelakangan ini.
Bermula dengan Khairy Jamaluddin yang menyatakan rasa kesalnya kerana tidak memberitahu hakikat sebenar tentang sokongan yang makin merosot diterima BN, di samping turut menyalahkan skandal 1MDB, kini seorang lagi ahli MT UMNO, Nur Jazlan Mohamed turut melontarkan nada suara yang hampir sama bunyinya.
Jika KJ mengimbas kemerosotan sokongan BN bermula dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, Nur Jazlan selain menyalahkan Najib Razak sebagai punca utama kekalahan BN, beliau juga menyatakan adalah mustahil bekas Perdana Menteri itu tidak sedar bahawa BN berada di ambang kekalahan susulan pelbagai isu berkaitan dirinya yang diperkatakan ramai sejak sekian lama.
"Jangan beritahu saya dia tak baca media sosial mengenai isu berhubung diri dan keluarganya. Mustahil," kata Nur Jazlan.
Hmmmm...esok lusa entah siapa-siapa lagi pemimpin UMNO yang selama ini selalu membodek dan mencium tangan Najib akan turut memilih untuk menyalahkan anak Tun Razak itu.
Memang Najib banyak salah dalam hal ini. Sebagaimana disebut sebelum ini bahawa kira-kira 80 peratus punca kekalahan BN adalah bersabit dengan Najib dan keluarganya, namun pemimpin UMNO terutamanya ahli MT juga harus bertanggungjawab sama.
Mereka juga turut menyumbang dan ada saham kepada kekalahan BN ini. Jangan cuba-cuba lari daripada tanggungjawab yang ada.
KJ misalnya, di sebalik menyatakan kesal tidak memberitahu kebenaran kepada Najib mengenai kemerosotan sokongan BN, beliau melalui Pemuda UMNO malah mengusulkan agar Najib dan Zahid Hamidi tidak dilawan oleh sesiapa dalam pemilihan UMNO tahun 2018 ini.
Tetapi, setelah BN kehilangan kuasa, KJ tanpa rasa malu menyatakan budaya tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah punca kekalahan dan parti itu ditolak rakyat.
Apakah jenis pemimpin seperti ini?
Tidak cukup dengan itu, di sebalik sekarang ini beliau menyalahkan Najib atas segala-galanya, KJ bersama barisan Exco Pemuda pada PAU2017 juga, dengan tujuan mengampu dan membodek, telah memberikan suatu tabik berjemaah kepada bekas Perdana Menteri itu sehingga membuatkan Najib ketawa keseronokan.
Tidakkah semua sikap itu menyumbang sama kepada kekalahan BN?
Begitu juga dengan Nur Jazlan, tidak guna beliau menyalahkan Najib sekarang kerana sepatutnya beliau sejak dulu lagi tidak menerima tawaran jawatan timbalan menteri yang diberikan kepadanya.
Bukankah jika Nur Jazlan kekal sebagai Pengerusi PAC dan menolak jawatan timbalan menteri serta mengambil tindakan yang sewajarnya berkaitan 1MDB, malah mengekalkan sikap sebagaimana yang ditunjukkannya ketika itu, beliau dapat memberitahu Najib mengenai kesalahannya, selain menyedarkan lagi tentang arus penolakan rakyat terhadap BN?
Dalam hal ini, dengan baru sekarang beliau mahu menyalahkan Najib, sebenarnya adalah lebih baik Nur Jazlan "hantuk" saja kepalanya ke dinding terlebih dahulu.
Dalam pada itu, sebelum ramai lagi ahli MT yang tampil bersuara mengenai kekalahan BN dalam pilihanraya yang lalu dan seolah-olah ingin menjadi hero, mereka seharusnya sedar kesalahan masing-masing juga.
Tidak usaha menonjol-nonjolkan diri dengan tujuan untuk merebut jawatan yang lebih tinggi dalam pemilihan UMNO yang bakal menjelma nanti, sebaliknya semua ahli MT yang ada sekarang sepatutnya mengundurkan dan tidak lagi menawarkan untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti.
Khidmat mereka seharusnya berakhir bersama dengan Najib yang telah ditolak rakyat. (ShahbudinHusin 21/05/2018)
ref: Shahbudin dot com: SELAIN BANYAK SALAH NAJIB, SEMUA AHLI MT UMNO PUN BERSALAH SAMA
Punca2 Kerajaan BN tumbang apabila rakyat menilai hasil selepas PRU 13
1. Slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan tidak dilaksanakan.
Rakyat menilai perkara ini dengan teliti dan mendalam
2. Pengenalan dasar baru yang tidak popular dan menyusahkan rakyat spt subsidi ditarik balik, gst dan skandal pemimpin yang semakin menjadi2 dan dirahsiakan melalui SOSMA.
3. Kegagalan urus tadbir kewangan negara dan terlalu banyak ketirisan wang rakyat.
4. Syarikat GLC kerajaan mengalami kerugian berterusan spt Felda, FGV dan 1MDB dan rakyat nampak permainan Kotor pemimpin.
5. Aset negara tergadai eg: Proton, MENDEF Sungai Besi dan lain-lain.
Tolong sambung.. biar macai umno faham dan hadam
Ini cybertrooper umno juga yang buat, now kita pulangkan semula kat dorang umno.
Nota: Cybertrooper ialah antaranya penjawat awam kontrak lantikan politik umno bn, yang katanya seramai 17 ribu orang ditamatkan tugas, setelah PH menang.
Ini termasuklah Ustaz yang nasihati kita, waktu harga barang keperluan harian meningkat naik mendadak selepas GST diperkenalkan dan harga runcit minyak secara mingguan diperkenalkan.
Now mereka kena terima hakikat, hidup ini ibarat putaran roda dan yang paling pentingnya ialah ini semua takdir dan ketentuan Allah Subhanahuwatalla. Aamiin Ya Allah.
Tuesday, 22 May 2018
APA KHABAR ARUL KANDA?
Rupa-rupanya ini adalah tipu belaka...
Ini pun tipu juga...
Yang ini pun sama tipu...Yang betul ialah 1MDB telah menerima dana untuk menyelamatkan syarikat itu daripada Kementerian Kewangan hampir RM7 bilion.
Bayangkan jika BN terus berkuasa dan Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri, sudah tentu lebih banyak lagi dana rakyat digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.
Lalu, apa khabar Arul Kanda?
(ShahbudinHusin 22/05/2018)
ref:
Shahbudin dot com: APA KHABAR ARUL KANDA?
Menyesal tak sudah pilih PH?
Banyak kemungkinan yang kita bakal lihat dan pikul bersama-sama, andai kata PH tidak memenangi pilihanraya 9 Mei yang lalu. Antaranya mungkin kita tidak akan pernah menjangka dan menyaksikannya:
1. Hutang negara sebenarnya mencecah lebih RM1 trilion (1000000000000). Banyaknya kosong, sah Najib dan barisan kabinet telah menipu rakyat.
2. Fail merah di Kementerian Kewangan yang tidak boleh diusik oleh pegawai-pegawai untuk di audit. Apa isi dalam fail merah tersebut? Nanti akan dibongkar oleh Menteri Kewangan yang baru. Harap Menteri Kewangan yang lama, sampai sudah kita tidak dapat melihat kebenarannya.
3. Bill out kerajaan Malaysia untuk syarikat sarat skandal 1MDB melebihi RM7 billion (RM7000 juta) bermula April 2017. Mean setahun sudah mencecah RM7 billion duit rakyat!
4. Projek ECRL sebenarnya bukan 55 billion, tetapi ada tambahan lagi 11 billion. Malang sungguh kalau PH tidak menang.
5. Pendedahan mengejutkan dari Dato' Seri Mohd Shukri Abdull, Pesuruhanjaya SPRM memang amat mengejutkan:
a) Diancam bunuh dan lain-lain ancaman ketika menyiasat SRC International dua tahun lepas di mana Pengerusi 1MDB adalah Najib Razak, ketua Barisan Nasional.
b) Melalui proxy wakil rakyat Utara, dia cuba disogok agar memberhentikan siasatan tersebut.
c) Dimana juga beliau membuat pengakuan banyak saksi dilarikan dan diugut.
d) Betapa 'jahatnya' pentadbiran terdahulu.
e) Selepas tumbangnya BN, banyak mantan Menteri menelefon Shukri menyatakan kekesalan kerana tidak mendengar cakap beliau agar menukar tampuk pemerintahan negara.
6. Dan nanti kita akan disajikan dengan kejutan demi kejutan pembongkaran salah guna kuasa oleh kerajaan terdahulu. Harap-harap tiada sesiapa yang sakit jantung.
Dan cuba bayangkan situasi ini pula: (konon-kononnya)
Ketika PH mendapat 100 kerusi. BN 104 dan PAS 18 kerusi. PAS menjadi 'king maker'.
Dan ketika PAS memilih rakan kongsi BN sebagai partner dalam kerajaan campuran. Bagaimana survivor politik Najib dan BN? Tidak mustahil juga kalau kita lihat dari faktor semasa sebelum pilihanraya di mana bajunya sedondon, nadanya seirama. PAS dan BN membentuk kerajaan campuran.
Apakah perkara-perkara di atas yang didedahkan itu akan kita dengar sekarang? Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui. Menyesal atau tidak PH menang? Mohon share banyak2.
ref:
Menyesal tak sudah pilih PH? ~ Menconteng Untuk Perubahan™
Tuesday, May 22, 2018
Pendedahan Shukri serius, memalukan
STOP PRESS
PENDEDAHAN Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Shukri Abdull yang beliau disekat dan diugut daripada menjalankan tugasnya ketika menyiasat akaun syarikat SRC International yang ada kaitan dengan skandal 1MDB dua tahun lepas sesuatu yang serius.
Tindakan itu cuba menganggu pentadbiran awam daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya demi negara. Ia turut menyerlahkan betapa kotornya penguasa Malaysia sebelum ini yang dibawah pimpinan Najib Razak. Gangguan itu menunjukkan betapa sadisnya kerajaan Najib.
Bukan itu sahaja, Shukri juga mendedahkan beliau diugat dan cuba disogok agar tidak menyiasat kes berkenaan. Tanpa menyebut nama perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh seorang wakil rakyat dari Utara. Elok kalau wakil rakyat itu diheret ke muka pengadilan agar orang ramai mengenali siapa dia.
Apa yang diterima Shukri ketika itu menakutkannya sehingga beliau terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat dan mendapat perlindungan polis negara itu.
Biarlah kejadian menimpa Shukri itu merupakan yang terakhir. Kerajaan PH perlu mengambilnya sebagai pengajaran agar kejadian sangat tidak bermoral itu tidak berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan baharu Malaysia. [wm.kl.8:43 pm 21/05/18]
ref:
.: Pendedahan Shukri serius, memalukan
Tuesday, May 22, 2018
‘Kevin Morais yang salurkan maklumat kes penyelewengan 1MDB kepada saya’ – Clare
Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mendedahkan, mendiang Kevin Morais yang menyalurkan maklumat mengenai siasatan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang pernah menjadi anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya dihubungi secara langsung oleh orang itu (yang menyiapkan kertas pertuduhan). Saya rasa dia adalah Kevin Morais.
“Saya mempunyai sumber yang saya tidak akan dedahkan, sumber yang boleh dipercayai memberitahu ia adalah Kevin Morais,” katanya.
Tiga tahun lalu, adik kepada mendiang Kevin iaitu Charles, membuat akuan berkanun yang mendakwa Kevin merangka kertas pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak dan menghantar salinannya kepada Sarawak Report.
Kertas-kertas pertuduhan itu dihantar sehari selepas Najib memecat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan beberapa pegawai tinggi dalam kerajaan yang didakwa cuba mengulangi pendakwaan terhadapnya.
Menurut kenyataan Charles kepada media, dia tidak percaya bahawa dakwaan kononnya mendiang Kevin diculik dan dibunuh mempunyai kaitan dengan beberapa kes rasuah beberapa individu yang sedang menghadapi perbicaraan ketika itu. Charles kemudian menuntut bedah siasat kali kedua.
Mendiang Kevin dipercayai telah diculik pada 4 September 2015 dan dicekik sehingga mati sebelum mayatnya disumbat dalam tong dram yang kemudian diisi dengan simen.
Pihak berkuasa menemui tong dram tersebut di Persiaran Subang Mewah, berhampiran Subang Jaya selepas dua minggu mangsa dilaporkan hilang.
Seperti Charles, Clare juga meragui penjelasan rasmi terhadap pembunuhan itu dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan mendalam terhadap kes itu.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada minggu lalu mengesahkan, Gani Patail telah ditamatkan kontraknya kerana beliau telah bersedia untuk melakukan pendakwaan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, selepas pihaknya mengesan sejumlah wang RM42 juta milik SRC dimasukkan ke dalam akaun peribadi individu-individu tertentu.
Bagaimanapun, Najib menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa beliau tidak bersalah.
Sumber: Malay Mail via The Reporter
Jumpa Majlis Raja-raja, menteri dedah skandal 1MDB - Shukri
Posted By: Pentadbiron: May 22, 2018 Print Email
Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan beliau dan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed pernah menghadap Majlis Raja-raja sebanyak 2 kali pada 2015 mengenai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
“Kami bertemu Majlis Raja-raja sebanyak 2 kali. Kami 2 kali bertemu dengan mereka.
“Tetapi kami kecewa,” kata ketua pesuruhjaya baru SPRM itu pada sidang media di ibu pejabat agensi itu hari ini.
Shukri yang memegang jawatan timbalan pengarah operasi SPRM pada 2015, mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd dan sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank bekas perdana menteri itu.
Shukri berkata, beliau turut menemui beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika itu untuk menceritakan kebenaran isu 1MDB serta menggesa Najib digantikan bagi menyelamatkan keadaan.
“Kes RM2.6 bilion adalah kes benar. Saya kata buang Najib dan ganti dengan (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi atau (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein untuk jadi perdana menteri.
“Tetapi, dalam ramai-ramai menteri yang kami jumpa, 3 sahaja berani bersuara, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
“(Pemimpin) yang lain semua tak nak dengar. Saya dah kata saya tidak ada sebarang kepentingan. 1MDB bukan cerita rekaan, ini kes terlalu besar yang tidak boleh dilindungi, usahanya tidak berjaya.”
Shukri turut mendedahkan seorang “ahli Parlimen dari utara” cuba menyogoknya untuk menutup kes 1MDB, pada 2015.
Tanpa menyebutkan nama wakil rakyat BN itu, katanya, ahli politik itu menghubunginya 2 kali ketika beliau sedang melengkapkan siasatan.
“Ahli Parlimen itu tanya ‘you’ (saya) nak apa?
“Saya cakap jangan masuk campur siasatan saya. Saya tidak mahu apa-apa, saya hanya menjalankan tanggungjawab dan saya tidak mempunyai kepentingan dalam kes ini.”
Sementara itu, dalam nada sebak, Shukri menceritakan kebimbangan apabila 2 pegawainya ditukarkan ke jabatan lain ketika beliau melarikan diri ke Amerika Syarikat.
Beliau kemudian menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Paul Low untuk meminta 2 pegawainya dikembalikan ke SPRM.
“Saya WhatsApp Menteri Datuk Seri Shahidan dan Paul Low, saya ugut mereka tolong kembalikan pegawai yang ditukar ke SPRM secepat mungkin, kalau tidak saya akan guna kuasa saya porak-perandakan keadaan.
“Shahidan kata awak jangan buat apa-apa, biar saya selesaikan, saya janji akan hantar balik pegawai awak ke SPRM,” katanya yang pernah diugut dengan peluru hidup.
ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: JUMPA MAJLIS RAJA-RAJA, MENTERI DEDAH SKANDAL 1MDB – SHUKRI
Tuesday, May 22, 2018
Skandal di Kementerian Pertahanan akan disiasat secara teliti
Posted By: Pentadbiron: May 22, 2018 Print Email
Menteri Pertahanan yang baru, Mohamad Sabu akan berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kedudukan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) yang disokong Arab Saudi untuk membanteras golongan radikal dan ekstremis.
“Kita akan bincang dengan perdana menteri dan Kementerian Pertahanan untuk kita ambil tindakan seterusnya pada masa akan datang.
“Saya tidak mahu laksanakan apa-apa yang baru tanpa perbincangan,” katanya dalam sidang media pertama di kementeriannya, hari ini.
KSCIP diilhamkan selepas kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud ke Malaysia pada Mac 2017 serta penyertaan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang kemuncak di Riyadh yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
KSCIP akan ditubuhkan bersama Kementerian Pertahanan kedua-dua negara dan MWL, atau lebih dikenali dengan nama Arabnya, Rabitah al-Alam al-Islami.
Najib pada Julai 2017 dilaporkan berkata, pusat itu bakal mempunyai sebuah bangunan kekal di tanah seluas 16 hektar di Putrajaya, bersamaan 20 padang bola sepak.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu pernah mempersoalkan komitmen Malaysia menjadi tuan rumah kepada KSCIP yang diilhamkan Arab Saudi, pada Julai 2017.
Beliau terkilan Malaysia bekerjasama dengan Arab Saudi untuk memerangi keganasan dan ekstremisme, sedangkan negara itu di bawah penelitian disebabkan ideologi pelampaunya.
Sementara itu, Mat Sabu berkata, siasatan akan dilakukan ke atas skandal dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Saya tidak mahu dengar cakap-cakap mulut, kita dengar itu dan ini tanpa kita menyelidik, kalau di atas cakap mulut kita bertindak, maka akan berlaku kerosakan imej di pihak jabatan.
“Kalau ada tindakan, ia akan melalui bukti dan penyelidikan yang rapi, ini termasuk isu kapal selam Scorpene. Kita juga ada audit dalaman.
“Kalau dalaman tidak berupaya, baru pergi ke peringkat luaran dan kalau ada serius, kita akan bawa ke Kabinet. Ertinya, tidak boleh bertindak semberono atas sesuatu yang kita dengar.”
Katanya, beliau akan lebih berhati-hati dengan setiap tindakan dan kenyataannya kerana perlu menjaga hati negara jiran dan bertutur menggunakan fakta.
“Saya selalu hidup bersama rakyat, tetapi sekarang ini perlu ikut peraturan dan protokol, ini adalah sesuatu yang baru. Saya perlu membiasakan diri dengan perubahan ini, tetapi saya tidak akan ubah gaya Mat Sabu.
“Saya Presiden Amanah, tetapi saya juga menteri pertahanan Malaysia. Dua perkara itu perlu lebih saya jaga dan berhati-hati kerana sebarang percakapan akan dikaji kawan dan lawan, sama ada dalam negara atau antara negara lain.”
Beliau yang tinggal di rumah teres di Shah Alam akan mempertimbang untuk berpindah ke kediaman rasmi kerajaan.
“Saya tengah fikir ke arah itu sebab saya datang ke sini juga agak jauh perjalanan. Saya akan tengok, pindah atau tidak saya akan putuskan dalam masa terdekat.” –
ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SKANDAL DI KEMENTERIAN PERTAHANAN AKAN DISIASAT SECARA TELITI
Tuesday, May 22, 2018
Shukri Abdull hampir mati siasat kes SRC International
Posted By: Pentadbiron: May 22, 2018
Datuk Seri Shukri Abdull mendedahkan beliau terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, 3 tahun lalu.
“Pengalaman saya dalam kes SRC-1MDB amat menakutkan, saya hampir mati dalam kes ini. Saya takut nak balik ke sini,” kata ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik itu dalam sidang berita pertama beliau di sini.
Menurutnya, susulan pelbagai tekanan daripada kerajaan ketika itu, beliau memutuskan untuk melarikan diri ke Washington selepas mendapat tahu dia akan ditahan.
Beliau memberitahu orang-orang di sekelilingnya yang dia mahu ke Arab Saudi, dan menurut Shukri, orang-orang Najib menunggunya di lapangan terbang di Jeddah.
Setibanya dia di Washington, dia merasakan dirinya diekori ejen Malaysia. Dia mendakwa perasaannya terbukti betul lalu menghubungi polis New York untuk mendapatkan perlindungan.
Polis New York memberikan perlindungan selama 1 minggu kepadanya, termasuk 3 pengawal peribadi. Dia kembali ke Washington selepas merasakan keadaan lebih selamat.
“Kita (SPRM) hadapi tekanan cukup hebat. Saksi kami dilarikan. Saya sendiri diugut untuk dipecat, saya diminta untuk bercuti awal, bersara awal, dipinjamkan ke bahagian latihan,” kaya Shukri.
Shukri berkata ekoran langkah tegas SPRM menyiasat perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak, beliau dan bekas ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dituduh cuba menggulingkan kerajaan Barisan Nasional.
“Saya rasa sedih. Saya dan Abu Kassim dituduh pembelot untuk menjatuhkan kerajaan. Kami buat kerja bersunguh-sungguh untuk selamatkan negara dan membawa balik wang (1MDB) dari luar negara,” katanya.
ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SHUKRI ABDULL HAMPIR MATI SIASAT KES SRC INTERNATIONAL
Tuesday, 22 May 2018
Lagi Kejutan Dari SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan bahawa beliau menjadi mangsa ‘gangguan’ ketika menyiasat jejak wang 1MDB pada tahun 2015.
Menurutnya, pada 31 Mei 2015 beliau berlepas ke Washington bagi mendapatkan perlindungan bagaimanapun memaklumkan kononnya beliau akan ke Arab Saudi.
"Saya ubah haluan dan ditularkan yang (kononnya) saya akan ke Arab Saudi menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran merah kepada saya di Jeddah dan dimaklumkan saya akan ditangkap di sana.
"Di Washington pula ada orang ikut saya, pasukan saya ambil gambar dan hantarkan pada saya kemudian saya hantarkan kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan memaklumkan untuk cari pegawai yang lebih bijak untuk ikut saya...
“Bukan dia ikut saya tetapi saya ikut dia," katanya pada satu sidang akhbar hari ini.
Shukri, sebelum ini adalah timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM.
"Secara kebetulan, saya berkawan dengan Jabatan Polis New York (NYPD). Mereka lindungi saya selama seminggu.
"Mereka bekalkan saya dengan tiga pengawal peribadi," katanya. - malaysiakini
ref:
Addin: Lagi Kejutan Dari SPRM
Polis tahan Jamal (J) kerana kes senjata api
Pihak polis menahan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berhubung satu kes membabitkan senjata api.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata Jamal ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, kira-kira jam 1.15 petang tadi.
"Suspek sekarang masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Mazlan terdapat beberapa lagi kes berkaitan Jamal sedang di siasat, di samping dua waran tangkap yang akan disempurnakan setelah saspek menjalani rawatan di hospital berkenaan.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pada 12 Mei lalu, oleh anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kuala Langat.
Pengadu mendakwa melihat beberapa keping gambar menunjukkan Jamal menyelitkan senjata api di pinggangnya di tempat awam yang dipercayai bertujuan menakut-nakutkan orang awam.
Dalam laporannya, pengadu meminta polis menyiasat perbuatan Jamal itu dan menarik lesen senjata api sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960.
at 5/23/2018 02:38:00 PG
ref:
KERENGGA: Polis tahan Jamal Jamban kerana kes senjata api
USTAZ NIK OMAR DATANG KE DUN CHANGKAT JERING,26 MEI INI.
Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz akan datang ke Masjid Ikhwaniah ,Simpang ,Taiping untuk menyampaikan tazkirah selepas solat taraweh pada 26 Mei ini.Sehubungan dengan itu orang ramai dijemput hadir.
ref:
Ustaz Nik Omar datang ke Dun Changkat Jering,26 Mei ini. | SISI BUKIT
Hanya tiga menteri berani bersuara lawan Najib - KP SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendakwa beliau dan bekas ketuanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah berjumpa dengan beberapa menteri kabinet sebelum ini bagi menyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata langkah itu susulan hasil siasatan SPRM pada 2015 berhubung isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahkan daripada SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi Najib, yang ketika itu adalah perdana menteri.
Bagaimanapun, katanya, hanya tiga menteri ketika itu yang berani bersuara mengenainya iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
"Walaupun ugutan-ugutan diterima, kami berdua (Mohd Shukri dan Abu Kassim) tidak pernah berputus asa. Saya jumpa beberapa menteri dan Tan Sri Abu Kassim berjumpa dengan beberapa orang menteri untuk yakinkan mereka bahawa kes RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International adalah kes yang benar, bukannya kes rekaan.
"Kami cakap kepada menteri-menteri tersebut, tolonglah buang orang ini, buang pelaku rasuah ini, gantilah dengan orang lain kalau sayangkan negara.
“Buang Najib dan gantilah dengan orang lain, gantikanlah dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Hishammuddin Hussein, orang yang ada integriti mulia untuk menjadi perdana menteri," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen hari ini.
Mohd Shukri berkata bagaimanapun, usaha beliau dan Abu Kassim gagal apabila hanya tiga menteri tersebut sahaja yang berani mengambil tindakan manakala menteri lain tidak berani melakukannya.
Beliau berkata apabila kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Najib tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini, ramai menteri-menteri yang ditemuinya pada 2015 telah menghubunginya dan menyatakan kekesalan mereka kerana tidak mengambil tindakan terhadap Najib.
"Saya cakap dengan menteri-menteri itu saya tidak ada kepentingan. Bukan saya minta duit, bukan saya minta jawatan. Saya cakap benda yang benar supaya kita perbetulkan keadaan sebelum terlambat.
“Ini adalah tentang 1MDB, RM2.6 bilion bukan cerita rekaan, ini cerita benar dan kes ini adalah terlalu besar untuk dilindungi," katanya.
Mohd Shukri juga memberitahu sidang berita itu bahawa selepas usaha meyakinkan menteri-menteri pada waktu itu tidak mencapai seperti yang dihasratkan, beliau dan Abu Kassim kemudian mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-raja untuk meyakinkan majlis itu mengambil tindakan terhadap Najib.
"Kami ambil inisiatif kerana sayangkan negara dan berjumpa dengan Majlis Raja-raja...dua kali kami berjumpa dan kami telah minta kepada Tuanku, tolonglah tuanku tengok perkara ini, tapi kami hampa," katanya.
Mohd Shukri dilaporkan sebagai individu yang melengkapkan dua kertas siasatan berkaitan kes dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Ketika itu, beliau merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM sebelum berasa wajib pada 2016.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini melantik semula Mohd Shukri sebagai ketua pesuruhjaya SPRM bagi menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletakkan jawatan. - Bernama
ref:
KERENGGA: Hanya tiga menteri berani bersuara lawan Najib - KP SPRM
Tuesday, May 22, 2018
PKR mahu proses melaksanakan manifesto berjalan lancar
Posted By: Mohd Helmion: May 22, 2018
PKR mahu proses desentralisasi manifesto Pakatan Harapan khususnya di Pulau Pinang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau tidak mahu Pulau Pinang menjadi antara negeri terkebelakang dan mundur dalam banyak perkara pada masa akan datang.
“Kita nak menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri contoh dalam semua bidang yang boleh memberikan manfaat dan kebaikan kepada rakyat secara keseluruhan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda, di sini, semalam.
Sebelum itu, beliau turut mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.
“Saya sempat berjumpa dengan pegawai daerah untuk mengenal pasti apa yang telah dilakukan dan perlu diperbaiki bagi menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
“Setelah mendapat penjelasan dan pembentangan daripada segala projek, kebanyakannya berfokus kepada kawasan Permatang Pauh dan tertumpu kepada projek tebatan banjir,” katanya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, segala perancangan yang direncanakan sangat penting bagi menyelesaikan masalah banjir yang berlarutan sejak beberapa tahun.
“Komitmen kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk melunaskan pembiayaan yang agak tinggi bagi maksud mengurangkan kebarangkalian berlakunya banjir kilat sangat penting.
“Kita akan pastikan segala objektif utama manifesto Pakatan Harapan iaitu proses desentralisasi dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.
ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PKR MAHU PROSES MELAKSANAKAN MANIFESTO BERJALAN LANCAR
Dulu DSN pecat beliau... Hidup ibarat putaran roda... Now DSN kena jumpa insan yang dipecat untuk beri keterangan kecurangan diri sendiri semasa mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia. Berita seterusnya...
Tuesday, May 22, 2018
BAHRI KEMBALI KE SPRM ‘CARI DALANG KE LUBANG CACING’
Posted By: Pentadbiron: May 22, 2018
Tiga tahun lalu, ketika polis mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap SRC International, pengarah bahagian operasi khasnya ketika itu Datuk Bahri Mohd Zin berikrar untuk mencari dalang yang mengganggunya “sehingga ke lubang cacing”.
Pegawainya disiasat dan pejabat mereka diserbu polis, malah timbalan pendakwa raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi ditahan.
Bahri, bersama-sama seorang lagi pegawai kanan, Rohaizad Yaakob, kemudian dipindahkan daripada SPRM ke Pejabat Perdana Menteri – sama seperti bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.
Bahri dan Rohaizad kini kembali selepas pertukaran kerajaan berikutan kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam PRU ke-14.
Bahri yang bersara awal tahun lalu kini berpeluang untuk mencari pihak yang bertanggungjawab mengarahkan polis mengganggu SPRM dan pegawainya.
Beliau kemungkinan akan diberi peluang menyelesaikan misinya itu apabila kembali menjadi pengarah bahagian operasi khas SPRM.
“Ya, saya akan kembali melapor diri hari ini,” katanya kepada Malaysiakini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.
Minggu lalu, Bahri (gambar) dipetik berkata Tuhan telah memakbulkan doanya selepas HARAPAN yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad menumbangkan BN pada PRU ke-14.
Perkembangan ini selepas bekas ketuanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdul kembali ke SPRM sebagai ketua pengarah berkuatkuasa semalam.
Seperti namanya, jabatan Bahri adalah untuk menyiasat kes-kes khas – yang melibatkan wang berjumlah lebih daripada RM1 juta dan kes sensitif melibatkan dana awam.
Bahagian itu dikatakan telah menyiasat SRC – sebelum ini subsidiari 1MDB – terutama berhubung wang RM42 juta yang dipindahkan ke akaun bank bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sumber menyifatkan siasatan SRC adalah kes yang tidak kompleks, bukan seperti kes 1MDB yang melibatkan beberapa negara. Ia bagaimanapun terhalang akibat tindakan polis.
Bahagian itu juga dikatakan telah dikecilkan ketika SPRM diketuai Tan Sri Dzulkifli Ahmad, dan difahamkan ia akan dikembalikan seperti sebelumnya.
Ironinya, Najib dijadualkan hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini untuk memberi keterangan antara lain berhubung kes SRC itu.
Bahri dijangka akan menyambung kembali tugasnya untuk menyiasat Najib, SRC dan juga 1MDB. Sebelum ini, mereka dinafikan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membolehkan mereka ke luar negara dan bekerjasama dengan penyiasat di sana yang menyiasat skandal itu.
Pada Januari 2016, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan berkaitan siasatan SPRM.
ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: BAHRI KEMBALI KE SPRM ‘CARI DALANG KE LUBANG CACING’
DSN Ngakal... Nauzubillahminzalik.
SPRM: Putera Arab tak dapat buktikan 'derma' RM2.6 bilion
Putera diraja Arab Saudi yang dikatakan “menderma” RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menunjukkan dokumen sokongan bagi membuktikan perkara itu.
Perkara itu didedahkan oleh ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru Datuk Seri Shukri Abdull dalam sidang media di Putrajaya tadi.
ref:
KERENGGA: SPRM: Putera Arab tak dapat buktikan 'derma' RM2.6 bilion
malaysiabaru22 May 2018 at 12:15
ggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan menyamakan partinya dengan kapal yang sedang tenggelam.
Bagaimanapun, menurut Ahmad beliau yakin jika Umno bersatu, parti itu tidak akan lama menjadi pembangkang.
"Dengan izin Allah kita mungkin tidak lama jadi pembangkang sebagaimana yang berlaku di negeri yang kita kalah. Kita yakin Malaysia ini, kita kalah tetapi kita boleh menang balik," katanya dalam rakaman video disiarkan Umno Online

kami ucap terima kasih kpd y.a.b dato sri najip @ panglima bugis kerana telah mengangkat dirinya menjadi mini firaun dan dajal kecil dgn memecat AG SPRM TPM sehingga rakyat cuak
Terima Kasih Dato Seri kerana tak baca media sosial dan blog buddin. byk jasa dato seri yg membawa kpd kehancuran BN dan kemenangan PH. jasamu di kenang dato seri
MARI LAH semua sokong kemenangan puak puak yg daapt paling byk undi popular dari 3 jenis blok yg bertanding sikiit lagi nak capai
MALAYSIABARU
Terima Kasih Dato Seri kerana tak baca media sosial dan blog buddin. byk jasa dato seri yg membawa kpd kehancuran BN dan kemenangan PH. jasamu di kenang dato seri
MARI LAH semua sokong kemenangan puak puak yg daapt paling byk undi popular dari 3 jenis blok yg bertanding sikiit lagi nak capai
MALAYSIABARU
ref:
Shahbudin dot com: BAYANGKAN, BAYANGKAN, BAYANGKAN....
Tuesday, 22 May 2018
BAYANGKAN, BAYANGKAN, BAYANGKAN....
Seperti yang kita memang sedia maklum sebelum ini, jumlah beg mengandungi wang tunai yang dirampas oleh pihak polis daripada tiga kondo mewah yang dipercayai ada kaitan dengan Najib Razak ialah berjumlah 72 beg.
Menurut sebuah akhbar milik UMNO iaitu Berita Harian, sehingga semalam, 11 beg sudah selesai menjalani proses pengiraan dan ia didapati mengandungi puluhan juta ringgit wang tunai di dalamnya.
Bermakna ada 61 beg lagi belum dikira untuk diketahui apa dan berapa jumlah isinya.
Berapakah puluhan juta dalam 11 beg itu?
Puluhan juta bermakna jumlahnya mungkin RM10 juta, RM30 juta atau barangkali juga RM90 juta.
Sehingga tidak melebihi RM100 juta, bahasa mudahnya tetap disebut puluhan juta.
Sebuah lagi akhbar milik UMNO, Kosmo yang berada di bawah naungan Utusan pula melaporkan, penemuan jumlah wang tuai dalam 11 beg itu ialah kira-kira RM100 juta.
Makk oiii...banyaknya!!
Pernahkah makcik Felda atau penerima BR1M melihat jumlah wang sebanyak itu?
Najib ialah bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri daripada UMNO, maka laporan daripada akhbar milik UMNO sendiri mengenai pemilikan wang tunai yang dikaitkan dengan beliau tentu saja sukar untuk disangsikan.
Mustahil akhbar milik UMNO sendiri sengaja mahu memberi gambaran buruk kepada Najib, melainkan ia adalah kebenaran yang tidak lagi mampu untuk dinafikan.
Hanya dalam 11 beg saja sudah mengandungi puluhan juta atau mungkin mencecah seratus juta ringgit jumlahnya, bayangkan berapa banyak wang tunai yang ditemui jika setelah selesai pengiraan untuk kesemua 72 beg itu?
RM500 juta? RM800 juta? RM1 biliion?
Atau lebih daripada itu?
Bayangkan, bayangkan, bayangkan......(ShahbudinHusin 22/05/2018).
ref:
Shahbudin dot com: BAYANGKAN, BAYANGKAN, BAYANGKAN....
Tuesday, May 22, 2018
Salahuddin: Siswa Universiti Kelantan yang berjaya
NUKILAN RASA
Kenangan: Salahuddin dan Nik Aziz di majlis "menghantar menantu".
PENGUMUMAN Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub akan dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dialu-alukan orang ramai. Penyertaaan Salahuddin ke dalam kabinet Harapan baru Dr Mahathir dikira tepat. Ini terbukti bila mana dalam media sosial, bukan sahaja kawan-kawan rapat dengan Salahuddin, tetapi rakyat di luar sana juga mengucapkan tahniah kepadanya dan mengalu-alukannya.
Rata-rata berpendapat, Salahuddin mampu menggalas tanggungjawab yang diletakkan ke atas bahunya. Tentu sekali ukuran ini diambil kira dengan kedudukannya dalam parti, baik semasa dalam Pas maupun dalam Amanah kini. Beberapa jawatan yang dipikul semasa dalam Pas, selaku Ketua Pemuda, Naib Presiden membuktikan akan kemampuannya.
Salahuddin mengangkat sumpah sebagai menteri
bersama M Kulasegaran dan Dr Dzukefly Ahmad.
Selebih itu saya percaya orang senang dengan anak kampung Serkat, Tanjung Piai, Johor ini kerana perwatakannya yang sedarhana dan politik yang mampan.
Penampilannya yang memberi gambaran beliau sebagai seorang tokoh yang disenangi. Cara beliau bercakap berhujah dan juga mengupas isu ekonomi, sosial dan politik menarik, kemas dan sarat berfakta.
Sepanjang beliau berada di atas pentas ceramah jarang sekali beliau menggunakan bahasa kesat apa lagi memaki hamun lawan. Paling-paling beliau hanya menengking dengan nada tinggi dan muka merah apabila ada sesuatu yang berat untuk dikomprominya.
Itulah Salahuddin, 56 sama dengan nama yang dipanggungi penakluk kota Baitumaqdis, Salahuddin al Ayubi. Ada maksud dan hikmahnya bapanya, manamakan puteranya itu dengan nama Salahuddin. Nah, ternyatakan hari ini Salahuddin merupakan "Salahuddin al Ayubi" di Johor yang berjaya memecah dan meruntuhkan tembok kebal kubu nasionalis Umno di Johor yang berdiri sejak berdekad lampau.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui gerak langkah awal perjuangan Salahuddin dalam politik. Orang mengenalinya dan akan mula lebih mengarifi apabila beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet, Isnin ini (semalam). Perjalanan bukan mudah untuk beliau sampai ke takah hari ini. Hanya orang gigih, tabah sahaja akan mengapai ke tempat setinggi itu, Putrajaya. Kejayaan diraih Salahuddin itu sememang layak baginya.
Kelihatan Dr Mhafdoz, Nik Aziz, Salahuddin, dan Aminolhuda Hassan.
Melihat kepada gambaran zahirnaya saya yakin Salahuddin tidak pernah berfikir beliau akan mengapai puncak Putrajaya dilantik sebagai menteri.
Perindu syariat Allah.
Apa yang ada dalam jiwanya ialah berjuang untuk menegakkan syariah Allah dengan penuh yakin dan istiqamah. Beliau memilih Pas bukan Umno walaupun ayah dan ibunya mensejarahi Umno. Ini menunjukkan Salahuddin adalah perindu kepada syariat Allah. Jiwa Islamnya tertanam dan berkembang sejak awal lagi. Nama pejuang agung Islam itu, Salahuddin al Ayubi meresap ke dalam jiwa dan urat nadinya.
Menyentuh mengenai penglibatannya dalam Pas, beliau bermula sebagai anak muda yang mengikut usrah Pas semasa berada dalam Dewan Pemuda Pas. Ertinya nur ad-den Islam dan benih perjuangan tumbuh sedari muda lagi. Pemilihan Pas bukan Umno sedangkan Umno adalah parti seninom dengan negerinya, Johor menunjukkan Salahuddin mempunyai pandangan jauh yang berbeza.
Bukan jalan mudah.
Di majlis inilah Salahuddin berucap pertama kali setelah kepulanngan ke Johor.
Pendakian Salahuddin Ayub dalam politik bukan melalui jalan mudah melainkan telah menghadapi pelbagai liku. Mengikuti kronologi perjuangan memberi gambaran beliau seorang yang gigih, tidak mudah berputus asa dan bersikap optisme.
Beliau mula menjejaki kaki ke parlimen tahun 2004 apabila pertama kali menang kerusi parlimen Kubang Kerian. Kemenangan itu hanya dengan percubaan pertama, sesuatu permulaan membanggakan. Ini dikira suatu tuah buatnya. Selama dua penggal beliau menjadi ahli parlimen Kubang Kerian (2008 sehingga 2013). Kubang Kerian merupakan sekolah politik beliau di Kelantan yang dikenali dengan universiti politik. Di situlah yang mematang dan meluaskan iktisad siasahnya.
Kerana perwatakan, hemah serta pandai bergaul beliau disenangi dan disayangi di Kubang Kerian. Ramai orang menitis air mata apabila beliau diminta meninggalkan Kubang Kerian untuk kembali ke negeri asalnya Johor. Sebagai pejuang yang sedia diarah beliau tidak membantah malahan diterima dengan penuh terbuka.
Pembawaannya balik ke Johor sudah pasti dibuat partinya berpandu kebolehan serta ketokohan yang ada kepadanya. Pemukiman beliau selama dua penggal di Kelantan itu boleh dianggap tempoh pembelajarannya mengenali seluk beluk politik yang kemudian akan dipraktikan di Johor. Selama itu beliau dibekalkan dengan ilmu politik kebal.
Seperti mana diluahkan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, beliau keberatan untuk memulangkan Salahuddin ke Johor kerana perkhidmatan, jasa dan budinya masih diperlukan di Kelantan. Tetapi atas permintaan pemimpin Pas Johor, Dr Mahfodz Mohamad, beliau terpaksa juga menyerahkan Salahuddin dengan berat hati. "Sebenarnya ana berat untuk melepaskan YB Salahuddin, tetapi kerana permintaan orang Johor ana terpaksa juga," begitulah ucap Tokguru Nik Aziz pada majlis penyerahan Salahuddin ke Johor.
Semasa penyerahan Salahuddin kepada Johor kebetulan saya ada sama dalam majlis khas merai kepulangan Salahuddin itu. Sangking menunjukkan Nik Aziz berat hati untuk melepaskan Salahuddin, beliau mengumpamakan majlis pada hari itu sebagai majlis menghantar menantu. "Majlis hari ini sama dengan majlis menghantar menantu... kita serah YB Salahuddin ini kepada mertuanya dan kita berharap ia akan dijaga sebaik mungkin." Kata Nik Aziz. Rujukan lanjut di sini: http://msomelayu.blogspot.my/search?q=himpunan+hijau+di+Johor.
Betapa pun sayang tetapi sebagai menantu ia harus dibawa pulang kepada tempatnya dan mengharap besan, menjaga si menantu dengan baik. Selamanya si menantu itu dirindui.
Begitulah gambaran betapa beratnya Tok guru untuk menyerah Salahuddin kepada Johor bagi meneruskan perjuangan dengan menggunakan apa-apa ilmu dan pengalaman yang ditimba di Kelantan selama dua penggal.
Merubah landskap politik.
Bagi Salahuddin sebagai pemimpin beliau tidak tertekan apa-apa dengan pengembaliannya ke negeri asal itu. Segala masalah dan cabaran di Johor dihadapi dengan tabah. Beliau menerima takdir itu sebagai permulaan dalam perjuagannya untuk meruba lanskap politik Johor. Ternyata kepulangan Salahuddin disambut penuh sukacita oleh rakyat Johor ia terbukti pada majlis Hijau yang diadakan di Kempas pada sebelah malamnya puluh ribu rakyat Johor hadir.
Pengembalian Salahuddin ke Johor tidak mengambil masa lama untuk menyaksikan berlaku perubahan suasana politik khasnya dalam Pas Johor. Pas Johor mendapat tambahan energi yang menakjubkan. Bersama pemimpin Pas Johor, Dr Mahfodz Mohamad, Aminolhuda Hassan dan lain-lain, Salahuddin mengembangkan Pas Johor, menyakin kepada rakyat Johor tentang perjuangan Pas.
Berkat kesungguhan itu Pas Johor berkembang dengan baik. Rakyat Johor sendiri mula melihat Salahuddin adalah tokoh pembaharu politik di negeri itu. Kemuncak kehebatan dirasai Pas Johor ialah apabila Pas Johor menjadi tuan rumah kepada muktamar agungnya di Batu Pahat.
Pilihan raya ke 13 percubaan pertama bagi Salahuddin untuk menguji kepimpinannya di negeri asalnya. Beliau bertanding di kerusi Dun Nusajaya dan parlimen Pulai, tetapi tewas kedua-duanya. Ketewasan itu tidak melemahkannya. Ketewasan itu juga memutuskan sekejap beliau dengan urusan parlimen. Suaranya yang sering berkumandang di parlimen menjadi senyap. Di sinilah baharu dunia perasaan akan kehebatan beliau sebagai seorang ahli parlimen.
Kekalahan itu tidak pernah mengecewakannya. Pas Johor terus dibangkitkan dengan penuh yakin dan rajin. Kekuatan Pas dibina bersama parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR. Salahuddin sendiri bertekad untuk menjadikan Pas sebagai parti baharu (alternatif) kepada rakyat Johor.
Bagaimana pun impian dan angan-angannya itu terganggu seketika apabila beliau menghadapi tribulasi dalam perjuangan. Perubahan berlaku dalam Pas yang memencilkan diri daripada PR, membawa kemeranaan kepada Salahuddin. Kemuncaknya beliau sendiri disingkir dalam Pas bersama segugus pemimpin lain dalam muktamar yang diadakan di Kuala Selangor. Tragedi yang berlaku dalam Pas itulah sesuatu peristiwa yang mengilan dan memedihkannya.
Beliau sering mengadu dan kesal dengan apa yang berlaku. Setiap kali berjumpa saya itulah yang disebut dan dikenang. "Sayang Ti... kenapa Pas jadi begitu?" Namun sebagai pejuang beliau tidak pernah berundur sebaliknya terus mara dengan penuh keyakinan. Pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah) menjadi wadah baharu kepadanya dengan tanggungjawab lebih besar apabila diamanahkan menjadi Timbalan Presiden. Dalam keadaan merangkak dan menghadapai serangan bekas parti lamanya Pas, dia terus bangunkan Johor tanpa menoleh ke belakang dan mempedulikan caci maki kawan dalam Pas.
Cita-cita dan nekadnya yang dipasang dalam Pas selama ini diteruskan bersama Amanah.
Salahuddin sebaik meninggalkan Kelantan untuk kembali ke Johor beliau tidak pernah memaling ke belakang mengenangkan keindahan di Kubang Kerian. Tragedi sedih dalam Pas tidak pernah menggugah perasaanya. Beliau terus bergerak penuh keazaman mahu membawa sinar baharu kepada politik Johor seseusai dengan perubahan. Umno dilihat parti usang yang tidak dapat melawan arus perubahan yang utuh dengan sistem korupnya ada dan ia perlu diganyang.
Atas berkat dan kegigihan, apa yang diimpikan Salahuddin itu menjadi kenyataan jua akhirnya, apabila dalam pilihan raya ke 14 dengan gabungan bersama PKR, DAP dan PPBM, Johor terbalik jatuh kepada PH. Sudah pasti kejayaan PH di Johor itu Salahuddin adalah antara orang paling gembira kerana sahamnya sangat besar atas perubahan itu.
Saya percaya dan yakin kalau Tok Guru Nik Aziz masih hidup, orang pertama mengucapkan tahniah ata kejayaan Salahuddin itu adalah Allahyarham. Beliau berhak gembira kerana "menantu" berjaya.
Sementara kejatuhan Johor itu bermulanya era politik baharu di Johor. Bagi Salahuddin secara personal tentulah ia amat menggembirakannya. Paling bererti baginya bukan sahaja kubu Umno Johor berjaya dirobohkan tetapi beliau pula diangkat ke kedudukan tertinggi dalam pencapaian politiknya sebagai Menteri Kabinet. [wm.kl.10:46 am 22/05/18]
ref:
TUESDAY, MAY 22, 2018
Perghhhh !!! Mengapa Birkin baik untuk pelaburan?
Mengapa Birkin baik untuk pelaburan?
PETALING JAYA: Terdapat segelintir wanita di negara ini yang menjual aksesori rekaan pereka terkenal termasuk beg tangan Birkin oleh Hermes untuk keluar dari kesempitan hidup.
Walaupun sesetengah wanita perlu kembali kepada realiti selepas perceraian, ada di kalangan mereka menggunakan wang hasil penjualan beg tangan mewah itu untuk menyelesaikan hutang.
"Saya beritahu rakan-rakan saya bahawa mereka perlu membeli beberapa beg tangan saya jika saya memerlukan wang tunai, dan amat mengejutkan, mereka kata sudah tentu," kata salah seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang enggan namanya didedahkan.
Seorang lagi wanita yang turut enggan dinamakan berkata dia ada masalah dalam membayar kos peguam bagi kes perceraiannya dan membesarkan anak, jadi dia telah menjual beberapa Birkin miliknya.
"Suami saya tidak membayar wang nafkah anak-anak atau memberikan apa-apa wang. Jadi saya amat gembira kerana memilik Birkin untuk dijual," katanya.
Jenama Birkin menjadi bualan hangat akhir-akhir ini apabila beg tangan tersebut dirampas dalam serbuan di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beg tangan Birkin dianggap sebagai pelaburan luar biasa apabila dijual semula di seluruh dunia.
Berdasarkan tinjauan di sebuah kedai di Kuala Lumpur yang menjual beg tangan mewah terpakai, The Star mendapati sebuah beg tangan Birkin berharga antara RM25,000 dan RM100,000.
Harga setiap beg berbeza berdasarkan permintaan, keadaan dan usia beg tersebut atau sama ada ia edisi terhad atau sebaliknya.
Jadi bagaimana cara untuk menjual beg tangan Birkin anda?
Sebuah lagi kedai menjual beg tangan terpakai di Kuala Lumpur berkata jualan Birkin dilakukan menerusi konsainan sahaja.
Malah pembayaran kepada penjual dibuat melalui pemindahan bank dan tidak pernah dibuat secara tunai.
"Kami sentiasa berhati-hati untuk memastikan beg tangan itu diletakkan di dalam inventori kami adalah 100% tulen," kata atendan kedai tersebut.
ref:
Media Orang Kampung
AGEN PERUBAHAN ®
Minda Positif dan Kreatif
Sultan Johor terima mengadap Anwar Ibrahim
Pejuang Perubahan Pejuang Perubahan 9:30 PG
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pelangi di Johor Bahru malam tadi.
Kenderaan yang membawa Anwar tiba di perkarangan Istana pada jam 10.50 malam dan pertemuan itu berlangsung sehingga tengah malam.
Pertemuan berkenaan turut dikongsikan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.
“Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tertutup Datuk Seri Anwar bersama Tuanku Sultan Ibrahim yang berlangsung selama lebih dua jam itu.
“Hadir sama, anak perempuan Datuk Seri Anwar iaitu Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh,” jelas kenyataan tersebut lapor Malaysiakini. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan butiran perbincangan antara mereka. Turut hadir pada majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sejak dibebaskan pada 16 Mei, beliau berkesempatan atas jemputan mantan Presiden Indonesia BJ Habibie ke Jakarta pada Ahad.
Anwar diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Beliau dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan baginda. Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah berhubung kes liwat.
Johor, buat kali pertama sejak negara merdeka, jatuh ke tangan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu. Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) kini dipimpin oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu). mdl
ref:
Sultan Johor terima mengadap Anwar Ibrahim - AGEN PERUBAHAN ®
Tuesday, 22 May 2018
Kekotoran Yang Ditinggalkan Kerajaan BN Melaka
Anggota exco Melaka yang baru, Ginie Lim mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dari penggal yang lepas telah menghabiskan peruntukan kepada mereka bagi tahun 2018.
Beliau berkata peruntukan itu khusus diberikan di bawah Majlis Perbandaran Alor Gajah yang telah memberikan taklimat mengenai kewangannya hari ini.
Lim, yang merupakan ADUN Machap Jaya, berkata berdasarkan taklimat itu, peruntukan tersebut berjumlah RM3.9 juta termasuk RM380,000 untuk ADUN dan RM500,000 untuk anggota exco.
"Kekotoran yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri BN memberi kesan kepada usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk memperbaiki keadaan. Ia tidak adil kepada pengundi serta kerajaan semasa," katanya dalam satu kenyataan.
Lim berkata peruntukan itu sepatutnya digunakan pada separuh pertama dan separuh kedua tahun ini dan bukan dihabiskan pada suku pertama.
Katanya senario itu menunjukkan salah gunakuasa dalam meluluskan peruntukan kewangan.
Melaka menyaksikan penubuhan kerajaan baru selepas BN tewas pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. - malaysiakini
ref:
Addin: Kekotoran Yang Ditinggalkan Kerajaan BN Melaka
Monday, 21 May 2018
SELAIN BANYAK SALAH NAJIB, SEMUA AHLI MT UMNO PUN BERSALAH SAMA
Setelah BN kalah dan kehilangan kuasa, macam-macam "pahat" mula berbunyi di sana sini kebelakangan ini.
Bermula dengan Khairy Jamaluddin yang menyatakan rasa kesalnya kerana tidak memberitahu hakikat sebenar tentang sokongan yang makin merosot diterima BN, di samping turut menyalahkan skandal 1MDB, kini seorang lagi ahli MT UMNO, Nur Jazlan Mohamed turut melontarkan nada suara yang hampir sama bunyinya.
Jika KJ mengimbas kemerosotan sokongan BN bermula dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, Nur Jazlan selain menyalahkan Najib Razak sebagai punca utama kekalahan BN, beliau juga menyatakan adalah mustahil bekas Perdana Menteri itu tidak sedar bahawa BN berada di ambang kekalahan susulan pelbagai isu berkaitan dirinya yang diperkatakan ramai sejak sekian lama.
"Jangan beritahu saya dia tak baca media sosial mengenai isu berhubung diri dan keluarganya. Mustahil," kata Nur Jazlan.
Hmmmm...esok lusa entah siapa-siapa lagi pemimpin UMNO yang selama ini selalu membodek dan mencium tangan Najib akan turut memilih untuk menyalahkan anak Tun Razak itu.
Apakah tawa ini buat kita bermuhasabah diri?
- ketawa berlebih-lebihan akhirnya seperti mentertawakan diri sendiri.