Selasa, 29 Mei 2018

Nak kenal Islam jgn tengok pemimpin parti, eg Pas. Rujuk Al Quran dan Hadis. Aamiin. 7733.

_'_ _'_
Malaysia Era Baru. Allahu Akbar
Missnora Sikin

Cuba hangpa tengok tangan yang berkedut ni. Ini adalah gambar kandid yang diambil ketika Tun memakai kemeja lengan pendek. Dapat tak hangpa bayangkan tangan yang sudah dimamah usia ini masih kuat menulis dan membelek fail sehingga jam 2-3 pagi. Disaat ramai yang lena diulik mimpi, Tun sanggup mengorbankan masa tidurnya untuk kita, ya untuk kita dan negara kita yang tercinta.

Kita nampak depan mata kita Tun tidak setegap dahulu. Kita nampak tangan Tun terketar semasa menadah tangan berdoa. Percakapan Tun pun tidaklah sejelas masa Tun muda. Kita nampak depan mata kita Tun kepenatan, namun peduli apa Tun semua itu. Yang penting negara dapat dikembalikan ke landasannya.


Pada aku, Tun bukan jenis manusia yang suka goyang kaki. Tun seorang yang kuat bekerja. Sebelum pilihanraya satu Malaysia Tun jelajah berceramah pagi, petang, siang, malam, hujan, panas, ribut untuk tarik rakyat Malaysia mengundi PH.

Then, bila dah menang dan dilantik jadi PM, Tun bukan duduk diam. Tun bukan jenis manusia yang suruh orang lain setelkan kerja, setelkan hutang negara, then baru nak ambil alih kerajaan. Tun bukan jenis manusia macam tu.

Pagi, petang, siang, malam Tun dan teamnya bertungkus lumus nak memulihkan negara ke arah yang lebih baik. Sampai ke malam Tun meneliti fail yang menimbun di atas meja beliau. Ingat kerja Perdana Menteri ni mudah ke?

So, pada yang dah tak sabar-sabar tu, aku yakin dan percaya sampai masanya Tun akan lepaskan jawatan Perdana Menteri kepada orang lain.

Masa Tun letak jawatan pada tahun 2002, sorang pun tak tahu yang Tun akan meletakan jawatan pada masa itu. Bahkan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah pun terkedu bila Tun umum nak letak jawatan. 

Ingat tak kita time tu Tan Sri Rafidah Aziz dok tanya Tun 'why, why, why?'. Punyalah terperanjatnya Tan Sri Rafidah sampai kasut dia tercabut sebab nak cepat naik pentas nak mintak Tun jangan resign.

So, nanti sampai masa Tun akan serahkan jawatan PM ni kepada penggantinya. Dan, Tun bukan jenis kecoh-kecoh nak habaq satu dunia dia nak letak jawatan.

Pada aku, bagilah Tun masa. Selesaikan apa yang patut Tun selesaikan. Bukan kutuk belakang Tun 'tak cukup ke 21 tahun jadi PM?' atau 'Tun ni nak jadi Perdana Menteri selama-lamanya ke?'.

Tun sanggup korbankan masa tidur dia, masa rehat dia, masa bermain dengan cucu, masa bersama keluarga semata-mata nak selamatkan negara yang beliau dah bangunkan selama ini. 

Daripada hangpa share status mengarut pasal Tun Mahathir, ada baiknya hangpa sama-sama doakan segala-gala yang baik buat diri Tun.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau permudahkanlah segala urusan Tun, murahkanlah rezeki Tun dan panjangkanlah usia Tun dalam kebaikan.

Amin..

kredit: Muhammad Yusof


ref: 
Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat

TUESDAY, MAY 29, 2018
RAKYAT MAHU BERSAMA MEMBINA NEGARA DI SAAT PAS MASIH BERMIMPI






RAKYAT MAHU BERSAMA MEMBINA NEGARA 
DI SAAT PAS MASIH BERMIMPI
1. Kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang tidak kisah PAS tidak menang di pusat dalam pilihan raya umum ke 14 kerana negara terlalu banyak berhutang menandakan lemahnya jiwa dan betapa kerdilnya semangat PAS  dalam menghadapi kemelut politik negara. Bahkan dalam nada bersahaja beliau merasakan lebih baik Pakatan Harapan (PH) memerintah sekarang selama lima tahun untuk menyelesaikan hutang sebelum PAS mengambil alih kerajaan pusat dalam PRU akan datang. 

2. Kenyataan beliau adalah jawapan mengapa PAS gagal menguasai negeri-negeri di Pantai Barat dan hanya mampu mentadbir Kelantan dan Terengganu sahaja. Mungkin daripada awal beliau dan pemimpin PAS sudah menghidu Pakatan Harapan (PH) akan memenangi Putrajaya lalu PAS mengambil langkah bersendirian dan tidak mahu bergabung kerana takutkan kemenangan yang menjadi sebab PAS menanggung bebanan hutang negara.

3. Saya amat hairan kenyataan seperti itu diungkapkan oleh seorang Naib Presiden sebuah parti Islam yang dianggap paling lama di negara ini. Tidakkah ini mencerminkan pemimpin PAS berfikiran pasif dan hanya mahu mengambil kesempatan terhadap politik negara daripada pihak lain tanpa berusaha membantu menyelesai masalah negara yang kronik dan rumit sekarang. Dalam maksud lain, PAS sebenarnya tidak tahu bagaimana menyelesai masalah negara dan tidak mahu menjadi sebahagian dari rakyat yang berusaha membangunkan negara tercinta hasil dari kerosakan oleh tangan-tangan pemimpin negara sebelum ini.  Dalam keadaan rakyat banyak memberi input dan nasihat yang baik kepada kerajaan pasca PRU ke 14, PAS pula mengambil sikap berlepas diri dan beretorik politik.

4. Jika itulah kenyataan dan mentaliti pemimpin PAS, maka tidak hairan PAS tidak mampu melangkah jauh walaupun sudah berusia lebih daripada 60 tahun. PAS ketandusan pemimpin negarawan yang berjiwa besar dan memandang ke hadapan. Sepatutnya beliau memberi cadangan kepada kerajaan PH bagaimana mengembalikan negara di landasan sebenar, memulihkan ekonomi negara, membayar hutang-hutang negara, menghapuskan rasuah dan korupsi serta membebaskan semua agensi kerajaan yang ditekan selama ini. 

5. Sikap pemimpin PAS yang masih berdelusi ini amat memalukan rakyat. Jika beliau masih merasakan PAS akan mendapat sokongan terbanyak, dan akan memenangi Putrajaya lima tahun lagi dengan sokongan rakyat, silakan beliau terus bermimpi di siang hari. Kepada rakyat, ayuh kita bekerja bersama bagi membina semula negara, tinggalkan mereka yang hanya mahu bersenang lenang dan hanya tahu mengambil kesempatan atas usaha kita bersama selama ini. Nanti kita akan kenal siapa yang benar ikhlas bekerja untuk negara, dan siapa pula yang hanya mahu mengejar jawatan dan kedudukan untuk kepentingan diri.

#MembinaNegaraMemenuhiHarapan

DATO’ HJ MAHFUZ OMAR
Naib Presiden AMANAH 
Ahli Parlimen Pokok Sena
9.45am Pejabat Daerah P.Sena
28 Mei 2018/12 Ramadzan 1439H

ref: 
al- Husseyn: RAKYAT MAHU BERSAMA MEMBINA NEGARA DI SAAT PAS MASIH BERMIMPI

Apa sebenarnya punca rakyat Malaysia undi PH?

PELBAGAI teori dan andaian dikeluarkan bagi menjelaskan faktor penentu mengapa majoriti rakyat Malaysia memilih Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 tempoh hari, sekaligus menamatkan pemerintahan selama 60 tahun Barisan Nasional di negara ini.


Sebahagian pihak berpendapat penyertaan Tun Mahathir mengetuai gabungan pembangkang adalah satu-satunya faktor utama kemenangan Pakatan Harapan.

Bagi golongan ini, hujah mereka, selama ini pakatan pembangkang tidak pernah menang pilihanraya umum menentang Barisan Nasional, namun kali ini mereka menang kerana adanya Tun Mahathir.

TAG

Sebahagian pihak pula berpendapat Tun Mahathir bukanlah faktor utama penentu kemenangan Pakatan Harapan. Antara mereka yang mengeluarkan pendapat ini ialah bekas Ahli Parlimen Pandan, saudara Rafizi Ramli.

Kata Rafizi, negeri Kedah tempat di mana Tun Mahathir paling berpengaruh tidak menunjukkan sokongan besar rakyat kepada Pakatan Harapan, sebaliknya ramai yang menyokong PAS. Itu yang menjadi hujah Rafizi mengatakan bahawa Tun Mahathir bukanlah faktor penentu utama kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14.

Pendapat bercanggah ini telah dijadikan polemik oleh pelbagai pihak berkepentingan, termasuk mantan kerajaan merangkap pembangkang (Umno dan BN) yang sememangnya diketahui mempunyai strategi untuk memecah-belahkan persepakatan dan muafakat Pakatan Harapan (mahu melagakan Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir).

Masing-masing ada hujah-hujah untuk menegakkan teori dan andaian.

Jadi apa kata kita tanya sendiri rakyat yang telah mengundi Pakatan Harapan tempohari, apa sebenarnya faktor mereka mengundi PH?

Jadi tak perlulah syok sendiri dengan hujah masing-masing, mari kita lihat sendiri suara rakyat. Di bawah ini aku buat pungutan suara atas talian melalui Twitter. Undian dibuka selama 7 hari, jom kita lihat dan pantau apakah hasilnya?

Klik untuk menjawab bancian: 
MiLo SuaM (@milosuam) | Twitter
ref: 
Apa sebenarnya punca rakyat Malaysia undi PH? | MiLo SuaM

Apandi Ali boleh didakwa kes SRC, kata Hanipa
Peguam Negara yang diarahkan bercuti, Tan Sri Apandi Ali jika terbukti ada kes, boleh dikenakan pertuduhan jenayah kerana tidak mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengenai pemindahan RM42 juta dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB ke dalam akaun peribadi bekas presiden Umno itu, jelas pemimpin AMANAH Hanipa Maidin.

"Namun, jika diandaikan peguam negara yang baru nanti memutuskan akan mendakwa mantan Perdana Menteri BN di mahkamah bagi kes pemindahan RM 42 juta tersebut, saya rasa berkemungkinan besar Peguam Negara itu juga berhadapan risiko yang besar untuk didakwa dengan pertuduhan jenayah," kata Hanipa dalam suatu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hal ini walaupun perlembagaan memperuntukkan peguam negara memiliki budi bicara sama ada untuk mendakwa atau tidak mendak seseorang.

"Ya , benar di bawah Artikel 145 ( 3 ) Perlembagaan Persekutuan , seorang Peguam Negara ada budibicara untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang atas sesuatu kesalahan jenayah. 
"Lagipun, jika budibicara itu dilihat telah secara sengaja disalahgunakan bagi melindungi seorang penjenayah yang jelas melakukan jenayah, saya tidak fikir budibicara tersebut boleh melindungi hatta seorang peguam negara," kata Hanipa yang juga seorang peguam.

Bagaimanapun, anggota parlimen Sepang itu memaklumkan beliau tidak mahu membuat spekulasi.

"Namun , seperti yang saya kata ,saya tidak mahu berspekulasi. Kita tunggu lah sama-sama tindakan peguam negara yang baru nanti," katanya.

Pada 14 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali telah diarahkan bercuti berkuatkuasa serta-merta.

“Pada masa ini soal gantung (AG) ini perlu beberapa tindakan, sebab kita nak dia diberi cuti, sementara dia cuti, maka solicitor general (peguamcara negara) ambil alih tugasnya,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya.

Sehari selepas meninggalkan tugasnya, kerajaan mengeluarkan perintah larangan Apandi daripada meninggalkan negara.

Pada Januari 2016, Apandi Ali membebaskan Najib daripada sebarang unsur rasuah dan tidak tidak menyalah guna kedudukannya dalam siasatan SRC International.

Katanya, beliau mendapati bahawa tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Najib menyalah guna kedudukannya dan memberi kelulusan jaminan wang pinjaman RM4 bilion oleh syarikat berkenaan daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) (KWAP).

"Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri mengetahui atau dimaklumkan bahawa terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun beliau.

"Keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa material, perdana menteri mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang telah dipindahkan ke dalam akaun beliau sebelum itu," kata Apandi.

Kertas siasatan berhubung SRC International dan wang dana RM2.6 bilion dikemukakan oleh SPRM pada 31 Disember 2015. -malaysiakini

at 5/29/2018 02:35:00 PTG 
ref: 
KERENGGA: Apandi Ali boleh didakwa kes SRC, kata Hanipa
Tuesday, May 29, 2018

PESURUHJAYA PAS PAHANG MENIPU ATAU TIDAK TAHU? KESIAN ...

kah..kah..kah...lebih kurang razman al kastami ..atau teruk lagi razman...
Allahu Akbar... MasyaAllah. Ada juga Wakil Rakyat yg tidak faham. Kalau dah wakil rakyat bahkan Pesuruhjaya Pas negeri pun tidak faham, bayangkan yg lain. Malangnya, atas kejahilannya itu dia sampaikan kpd orang lain dalam kuliah agama pulak tu.... Menyedihkan. 

Biarlah Ana terangkan pada Ustaz. Semua surirumah yg tidak bekerja samada suaminya mencarum atau tidak dlm Kwsp, surirumah itu layak mendapat potongan Kwsp dari kerajaan PH iaitu RM 50. Jika suaminya bekerja dan mencarum dlm kwsp, potongan 2% dari suaminya akan diberikan kpd isterinya.

Contoh, isteri seorang nelayan atau petani yg tidak bekerja, mereka layak dapat caruman Kwsp dari kerajaan RM 50. Caruman dari suaminya sebanyak 2% itu tidak ada kerana suaminya seorang nelayan tidak mencarum dlm kwsp.

Contoh lain, isteri YB Ustaz Rosli Jabar juga akan mendapat caruman Kwsp dari kerajaan PH sekiranya isteri ustaz tidak bekerja. Jika YB ada mencarum dlm Kwsp selaku wakil rakyat, maka 2% dari gaji ustaz akan dicarumkan kpd isteri ustaz, tidak kira berapa ramai pun isteri ustaz yg tidak bekerja.

Sebagai seorang YB, juga seorang Pesuruhjaya Pas Pahang, apatah lagi sebagai seorang guru ugama, wajar sekali ustaz perbetulkan balik dan beritahu muslimat2 yg telah percaya apa yg ustaz katakan itu. Tak baik menipu ustaz. Kesihan mereka.


ref: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PESURUHJAYA PAS PAHANG MENIPU ATAU TIDAK TAHU? KESIAN ...

Perlukah Putrajaya pada menteri dari Kelantan, T'ganu?
N Faizal Ghazali
Kelantan dan Terengganu memilih untuk tidak memihak kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu yang menyaksikan gabungan diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan menawan Putrajaya.

Malah, bercanggah dengan jangkaan awal, HARAPAN gagal memenangi satu kerusi pun di kedua-dua negeri berkenaan.

Di dewan undangan negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu, yang tinggal dan terselamat cuma PAS dan Umno.

Justeru muncul polemik mengenai sejauh mana Dr Mahathir - selaku Perdana Menteri - perlu melantik wakil dari negeri itu untuk dibawa ke dalam jemaah menteri.

Semalam, pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan melontarkan cadangan dengan mengemukakan tiga nama untuk diangkat sebagai menteri atau timbalan menteri.

Sambil menelaah cadangan itu, Malaysiakini berkesempatan mendapat pandangan daripada dua penganalisis politik tempatan yang memberi pandangan berbeza dalam persoalan berkenaan.

Bagi Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi, sebaik-baik menteri yang dilantik, mereka perlu bertitik tolak daripada kemenangan dalam pilihan raya.

Banyak calon lain

Kata ahli akademik Universiti Malaya itu, melantik tokoh parti yang kalah dalam PRU menyertai kabinet adalah bawaan budaya Umno yang tidak baik untuk dicontohi.

"Ramai lagi calon lain yang menang boleh diangkat dan diketengahkan sebagai bakat baru dalam kabinet.

"Jika pelantikan individu yang tewas dilakukan juga, maka calon yang menang seolah-olah dinafikan haknya dalam dunia demokrasi.

"Banyak calon dari negeri lain boleh diberikan ganjaran dengan lantikan sebagai ahli kabinet kerana prestasi negeri itu jauh lebih baik," katanya kepada Malaysiakini.

Dr Mahathir mengumumkan secara berperingkat jemaah menterinya selepas mengangkat sumpah jawatan di depan Yang di-Pertuan Agong pada 10 Mei lalu.

Selain Dr Mahathir sebagai menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi timbalannya, 10 orang pemimpin HARAPAN turut diberikan portfolio masing-masing.

Lantikan lain akan dibuat selepas ini.

Putrajaya menetapkan sasaran melantik 25 orang menteri dan mungin menambahnya sehingga had maksimum 30 orang. Saiz kabinet semasa zaman Datuk Seri Najib Razak ialah 35 orang.

Menteri jadi penghubung

Awang Azman berkata, berdasarkan prestasi semasa Dr Mahathir mungkin boleh melihat kepada bekas calon HARAPAN untuk DUN Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz, untuk dipertimbangkan bagi mewakili Kelantan.

"Ini kerana walaupun Nik Omar kalah, dia berjaya melonjakkan imej Islam sederhana di mata rakyat Malaysia dan memberi kesan terhadap kemenangan HARAPAN di negeri-negeri lain," katanya.

Namun, kata Awang Azman, banyak pertimbangan lain yang perlu diteliti dan perdana menteri tidak boleh tunduk kepada rayuan-rayuan bersifat emosi daripada mana-mana pihak.

Menurut Awang Azman pemilihan tokoh yang salah untuk menduduki jawatan menteri hanya akan menyebabkan krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Kesannya, kata beliau, HARAPAN boleh menjadi gabungan parti yang rapuh.
Sementara itu pensyarah kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali (gambar) berpendapat, sebagai kerajaan pusat HARAPAN sukar mengawal selia pentadbiran dan pembangunan di Kelantan dan Terengganu.

Justeru katanya, amat tepat pada masa dan tempatnya jika perdana menteri dapat melantik sekurang-kurangnya seorang menteri dan seorang timbalan menteri dari kedua-dua negeri berkenaan.

"Menteri dan timbalan menteri ini boleh berperanan sebagai penghubung antara kerajaan persekutuan dengan rakyat di Kelantan dan Terengganu tanpa mengetepikan peranan kerajaan negeri masing-masing atau mengambil hak negeri.

"Selain itu, dengan adanya menteri dari Kelantan dan Terengganu, rakyat di kedua-dua negeri terbabit secara tidak langsung mempunyai wakil dalam kerajaan persekutuan," katanya.

DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi dan daripada jumlah itu PAS menguasai 37 daripadanya. Baki lapan lagi dimenangi calon BN.

Di Terengganu pula PAS memenangi 22 kerusi DUN dan baki 10 lagi dikuasai BN.

PAS mentadbir Kelantan sejak PRU kelapan yang diadakan pada 1990, manakala di Terengganu parti itu sempat memerintah negeri terbabit selama sepenggal pada 1999 sebelum BN kembali merampasnya pada PRU ke-11 pada 2004.

at 5/29/2018 08:49:00 PG
ref:
KERENGGA: Perlukah Putrajaya pada menteri dari Kelantan, T'ganu?

Ulasan Dr Rozaimi Ramle mengenai wawancara Astro dengan Haji Hadi

Kehadiran TGHH dalam wawancara Astro semalam menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Ada yang mengatakan beliau tidak menjawab soalan. Bagi pemuja beliau pastinya membela beliau dengan mengatakan jawapan beliau padu dan mempunyai ilmu mantiq yang tinggi. Beberapa sahabat meminta ulasan saya.

Lalu saya gagahkan diri menonton sendiri wawancara ini supaya dapat melakukan penilaian sendiri. Berikut ulasan saya:

1. Tidak wajar pukul rata beliau tidak menjawab setiap soalan. Ada saja soalan yang beliau jawab dan jawapan beliau boleh difahami.

2. Namun ada juga soalan moderator yang beliau seolah-olah mengelak dari menjawab secara terus seperti pencapaian PAS untuk menjadi king maker di peringkat kerajaan pusat dengan menjawab Tun Mahathir menjadi king maker. Apa kaitan PAS dengan Tun Mahathir? Bagi saya, ini bukan mantiq tinggi pun. Sebaliknya bagi saya jawapan ini tiada kaitan dengan soalan secara langsung.

3. Ada juga soalan moderator yang beliau jawab dengan jawapan yang mengejutkan. Seperti soalan plan, program atau rancangan pembangunan Islam versi PAS untuk membangunkan negeri di bawah pemerintahannya. Lalu beliau jawab dengan pimpinan PAS zero siasatan rasuah. Ini juga bukan mantiq tinggi bagi saya. Ini lari dari skop soalan.

4. Apa-apa pun saya kira ini suatu permulaan yang baik bagi kerajaan baru. Perbezaan politik diraikan dan masih memberi ruang kepada pembangkang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan.

5. Bagi penyokong TGHH yang mengatakan jawapan beliau mempunyai mantiq yang tinggi saya tidak dapat cerna dan hadam setakat ini. Jika betul mantiqnya tinggi maka perlu ada penjelasan daripada kalian untuk memahamkan netizen atas pagar dan non partisan. Jika kalian juga tidak faham sebenarnya, maka berhentilah menggunakan alasan mantiq tinggi. Budaya politik matang itu bukan saja menghormati pandangan tokoh lawan, namun juga berlaku adil ketika menilai pandangan tokoh sendiri yang dikagumi.

Sekian ulasan ringkas daripada saya.

Dr Rozaimi Ramle

ref:
KERENGGA: Ulasan Dr Rozaimi Ramle mengenai wawancara Astro dengan Haji Hadi






















































































































































































































































































































































































on
.

Tiada ulasan: