Isnin, 21 Mei 2018

Ex kepala umno bn menggambarkan dirinya lengit dan ketengi. Xpernah nak salahkan diri sendiri. 7701.

Nor Fir
DS Najib tidak melakukan sebarang kesalahan, jauhi budaya fitnah dan dendam
Nor Fir fb Grop: PAKATAN HARAPAN® (KERAJAAN MALAYSIA)
ref: 

Tunggu sangat-sangat pembongkaran 1MDB, Felda, KWAP, FGV dan lain-lain supaya tegar umno yang kata pemimpin mereka insan terpilih, dekat dengan Allah ....dan sebagainya. In Syaa Allah. Aamiin. 
Monday, 21 May 2018
NASIB SUDAH BERUBAH, TAPI NAJIB NYATA MASIH TIDAK BERUBAH

Semalam, buat pertama kalinya setelah kehilangan kuasadan tidak lagi bergelar Perdana Menteri, Najib Razak pulang ke Pekan, kawasan Parlimen yang diwakilinya sejak 42 tahun lalu.

Beliau pulang atas dua kapasiti - Ahli Parlimen dan juga Ketua UMNO Bahagian Pekan.

Dengan masih menjadi Ahli Parlimen Pekan, ia dengan sendirinya menolak dakwaan Najib bahawa beliau kini adalah seorang penganggur. Jawatan sebagai Ahli Parlimen masih memberinya gaji dan elaun bulanan dan dengan itu, Najib bukanlah penganggur, walaupun sudah kehilangan jawatan Perdana Menteri.

Dalam ucapan ketika merasmikan mesyuarat UMNO cawangan-cawangan dalam bahagian Pekan, apa yang tergambar ialah Najib sebenarnya masih tidak berubah. Najib yang dulu dengan Najib yang sekarang lebih kurang sama sahaja.

Walaupun nasibnya sudah berubah dengan hilang jawatan sebagai Perdana Menteri dan membawa UMNO serta BN buat pertama kali kehilangan kuasa pemerintahan, perangai dan lagaknya nyata tidak berubah.

Beliau masih tidak mahu mengakui beban yang ada pada diri dan isterinya serta skandal 1MDB adalah punca utama kekalahan BN dalam pilihanraya 9 Mei lalu.

Sebaliknya Najib mendakwa punca kekalahan UMNO dan BN ialah kerana fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Harapan, serangan peribadi dan kempen kebencian yang keterlaluan.
Mahkamah akan mengadili sama ada fitnah atau hal benar.* 
Apakah skandal 1MDB suatu fitnah?

Apakah menerima wang RM2,600 juta juga suatu fitnah?

Adakah perbuatan Rosmah bermewah dengan memiliki barangan kemas mahal dan beg tangan berjenama turut merupakan fitnah?

Jika serangan peribadi yang dikesalkannya, apakah Najib, para pemimpin UMNO dan segala jentera maya pro beliau tidak pernah melakukan serangan peribadi kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan?

Lupakah Najib bahawa hampir dalam setiap ucapannya beliau mengejek dan mempersenda Tun Mahathir yang kononnya sudah terlalu tua, malah dikatakan nyanyuk juga?

Tidak sedarkah Najib bagaimana Nazri Aziz, Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan dan Puad Zarkashi misalnya kerap mengata itu dan ini tentang Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan lain-lain pemimpin Pakatan Harapan?

Tidakkah semua itu merupakan serangan peribadi dan kempen kebencian juga?

Dalam ucapannya di Pekan itu, Najib masih menafikan beliau adalah pencuri kekayaan negara sebagaimana yang selalu disebut oleh Tun Mahathir dalam kempen-kempennya.

Adakah dengan rampasan 72 beg mengandungi wang tunai dan barang kemas yang menurut sebuah akhbar Cina jumlahnya melebihi RM100 juta serta 284 kotak beg tangan mewah yang nilainya juga tentu berjuta-juta, Najib masih mahu menafikan apa yang selalu didakwa oleh Tun Mahathir itu?
Mahkamah akan mengadili pencuri atau tidak.* 
Sebetulnya, sebab utama kekalahan UMNO dan BN ialah berpunca daripada Najib sendiri. Boleh dikatakan 80 peratus beban kekalahan itu ada pada dirinya.

Semua isu yang berlaku dalam negara - 1MDB, Rosmah, Jho Low, Riza Aziz, suka bermewah, pembaziran, kos sara hidup dan 1001 macam masalah yang lain yang timbul adalah berpunca daripada kelemahan dan kegagalan Najib sebagai Perdana Menteri yang dilihat langsung tidak mewarisi kerja baik ayahnya, Allahyarham Tun Razak Hussein.

Malah, Najib selalu menutup kelemahannya dengan budaya "cash is king" sehingga menjadikan pemimpin lain hanya tahu mengampu, memuji dan mencium tangannya saja.

Lebih buruk daripada itu ialah Najib juga terlalu memandang rendah terhadap wibawa dan aura Tun Mahathir. Ia kemudian menjadikan beliau dan pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO terlalu terdorong untuk mempersenda dan mengejek bekas Perdana Menteri selam 22 tahun itu, sedangkan hakikatnya penerimaan dan pengharapan rakyat terhadap Tun Mahathir amatlah tinggi.

Dalam banyak tulisan di blog ini, kerapkali dibangkitkan bagaimana sambutan hangat rakyat terhadap semua program Tun Mahathir serta diingatkan bahawa tsunami rakyat pelbagai kaum akan melanda negara kali ini.

Malangnya, Najib lebih dibuai dengan keyakinan palsu yang selalu dilontarkan oleh Salleh Said Keruak, Nazri Aziz, Rahman Dahlan dan lain-lain pemimpin yang kononnya beliau adalah Perdana Menteri terbaik dan BN mampu menang dengan cemerlang mengatasi Pakatan Harapan.

Akhirnya, bukan saja beliau hilang jawatan Perdana Menteri dan BN kehilangan kuasa, bahkan wang tunai dan segala kemewahan yang ada dalam rumahnya juga tidak sempat untuk disorokkan atau dibawa lari.

Logiknya, jika Najib tahu beliau akan kalah, adakah wang tunai, barang kemas, jongkong emas dan himpunan beg tangan mewah masih mahu dibiarkan tersimpan di rumahnya? (ShahbudinHusin 21/05/2018)

ref:
Shahbudin dot com: NASIB SUDAH BERUBAH, TAPI NAJIB NYATA MASIH TIDAK BERUBAH

Nota: catatan peceq
Mahkamah akan mengadili sama ada fitnah atau hal benar.* 
Mahkamah akan mengadili pencuri atau tidak.* 

21 May 2018

Dari musim katak ke musim kotak... 

Sejak 11 hari berlalu meninggalkan tarikh bersejarah 9 Mei 2018, negara sedang memasuki fasa ‘Malaysia Baru’ bersama Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sepanjang tempoh singkat ini, pelbagai spekulasi, perubahan dan kejutan berlaku.

“Minggu lalu banyak ‘katak’, minggu ini banyak ‘kotak’!”

Demikian sindir tokoh veteran DAP Lim Kit Siang dipercayai merujuk kepada ‘drama’ melompat parti dan skandal puluhan billion 1MDB yang sedang disiasat polis.

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, kejayaan rakyat mencipta sejarah menukar kerajaan secara aman melalui peti undi tidak akan terhenti setakat itu.

“Rakyat selama ini hilang kepercayaan terhadap institusi penting negara dan sudah tiba masanya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat melibatkan pemulihan peringkat Eksekutif, Parlimen dan Perundangan,” katanya dalam kenyataannya. 

Selain itu, Kit Siang berkata sudah tiba masanya untuk menetapkan semula dasar pembinaan dan hala tuju negara bagi mencapai ‘Impian Malaysia’ yang boleh menjadi contoh kepada dunia.

“Sebagai sebuah negara pelbagai suku bangsa, agama, bahasa dan budaya yang mampu hidup harmoni, bersatu, demokratik, progresif dan makmur yang mana kita meletakkan diri kita sebagai Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, daerah dan kedudukan sosio-ekonomi,” katanya lagi. – Roketkini.com
Nak tangkap perompak mesti ada bulan tertentu ke?

Laporan berita kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserbu dan digeledah pihak polis berkaitan dengan kes 1MDB yang mengambil masa yang lama mencetuskan pelbagai reaksi ramai pihak sama ada dari pemimpin pembangkang, pemimpin kerajaan dan netizen di media sosial.

Ada yang meluahkan rasa simpati mereka terhadap Najib dan isterinya, Rosmah Mansur yang terpaksa berdepan dengan ujian getir itu di awal ramadan ini. Tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakan polis kononnya mengaibkan dan tidak menghormati bekas pemimpin terbabit.

Namun berbeza dengan pandangan Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang menyifatkan golongan berkenaan sebagai pengecut sehingga mudah ditipu kerana cuba menegakkan benang yang basah.

SO disgusted and felt cheated watching all this lori of stuff that being taken out of Najib home. Pagi ini all that millions of cash to gold bars and watches became the hot topic of every citizen in this country. Itu belum lagi dari menteri-menteri lain yang ketika ini mesti panas hidup mereka anak beranak!

Sibuk penyokong-penyokong dan penyangak-penyangak ini living in denial konon tak baik buat macam ini di masa bulan ramadan dan janganlah aibkan mereka etc. Eh? Nak tangkap perompak mesti ada bulan tertentu ke dan menguna diplomasi dan sebagainya?

Its shocking to see so many cowards in this country. Patutlah mereka-mereka ini ditipu hidup-hidup sampai sanggup nak menggadaikan negara ini. Mereka ini tak faham ke yang segala kita perjuangkan ini untuk siapa jika tidak kerana masa depan generasi kita di masa akan datang?

Bila melihat kejadian ini, teringatkan kisah the French Revolution berzaman dahulu di mana Queen Marie Antoinette itu sampai dipenggal kepalanya akibat rakyat jelata dizaliminya. What about regime Marcos, Gadaffi, Mubarak, Saddam dan banyak lagi.

How can we even put up with all this corrupt leaders yang di akhirnya menjerut leher mereka sendiri. Tak payahlah nak nasihat kita yang memperjuangkan keadilan di negara ini dengan lecture-lecture kau orang itu pasal mengaibkan mereka, sedangkan berita ini it's all over the world news pun and it's so embarrasing for this country pun.

Bangkai gajah itu boleh ke ditutup lagi dik nyiru tu? Jika kita ini bodoh sekali pun, janganlah sombong dan bongkak masih mahu menegakkan benang yang basah lagi. Bila saya bercakap begini, ramai yang sentap tetapi how do we wake up all this Malay people from their sleep and face the truth and reality of this country corruption yang berleluasa sangat?

Malu bangsa kita mahupun negara. Itupun masih ada yang menunding jari menyalahkan Cina kononnya Menteri Kewangan tidak boleh diberikan kepada Cina and all this crap! - Chef Wan 
Emelda Marcos.Itulah perumpamaan 
diberi ke atas Rosmah Mansur.

Saya pernah berhujah dengan seorang bekas polis yang KAUDU UMNONYA. Apa saja keburukan pemimpin Umno baginya satu fitnah. Apalagi kalau bab cincin Rosmah berjuta2 ringgit.

Dia melenting dan menafikan sekeras2nya. Katanya mustahil harga cincin berjuta2 ringgit. Tak masuk akal langsung.

Tapi isu fitnah DSAI meliwat dan isu video terbalik pulak. Mati2 dia percaya. Katanya bab nafsu apa2 boleh berlaku.

Itu lah mentaliti Melayu Umno selepas merdeka. Bagi mereka UMNO parti keramat. Umno tidak akan MAMPOS dan kalah.

Malah pemimpin2 mereka terutama Najib pernah berkata...setiap butir beras Umno yang bagi.Maknanya rezeki itu ditentukan dan datang dari Umno.Mereka menafikan bahawasanya Allah pemberi rezeki.

Mereka syirik kpd Allah semata2 mempunyai kuasa.Aqidah begini menjalar ke akar umbi tanpa ada yang perbetulkan.Ulamak2 dlm Umno bisu ibarat tunggul kayu.

Kita beralih pula kpd kes2 pembunuhan sewaktu PM berkuasa. Ada banyak terbunuh tanpa dapat di kesan siapa pembunuhnya.Ada yang mati disimen kejam.Kalau tak silap saya ada 5 kes besar berkait rapat dengan Najib. Semuanya perlu kpd penyiasatan bagi mencari kebenaran hakiki.Semua dinanti rakyat setelah dibisukan dengan kuasa yang ada pada UMNO BN sebagai pemerintah...

Mereka lupa dan angkuh.Mereka terjebak kpd syirik koffi(tersembunyi) merupakan doktrin sekularisma yang meresap ke dalam Islam.

Kini semuanya terjawap setelah UMNO BN tumbang.CNN Indonesia mengupas satu persatu barang2 milik ROSMAH MANSUR.Anda kiralah sendiri nilai sebenar.Mustahil tapi itulah hakikat sebenar.Harap2 kawan bekas polis saya tk kata ia fitnah!

Kalahnya Umno BN PRU 14 setelah berkuasa lebih 60 tahun maka akan terbongkar segala rasuah kejahatan pembunuhan isu2 liwat yang dihidangkan kpd rakyat Malaysia.

Sebenarnya DOKTRIN UMNO menjadikan masyarakat Malaysia pengamal rasuah.Budaya fitnah berkembang biak.Orang2 Melayu diajar mencari keduniaan semata2. Gabungan doktrin ini menjadikan orang melayu Umno bersikap angkuh tamak gila kuasa serta menafikan hak orang lain.

Bagi mereka UMNO lah pemberi rezeki bermula sesuap nasi yang masuk kedalam mulut.Penolakan rakyat Malaysia kpd Umno BN membuktikan mereka benci rasuah budaya fitnah serta sifat angkuh disebabkan berkuasa.

Apapun kerajaan PH yang berkuasa tetap dipantau rakyat.Jika kamu terlupa janji kamu...rakyat akan beri ingatan supaya kamu jangan lupa...bahawa PH adalah kerajaan rakyat yang mendokong DEMOKRASI BERPARLIMEN....- f/bk
‘Cash is king’:The fall of Malaysia’s disgraced first couple...

With his scandal-tainted career and her reputation as greedy and domineering, Malaysia’s disgraced former first couple look set to have their names etched in the country’s history books as synonyms for the corruption of power.

Seemingly secure just a week ago, Najib Razak and his wife Rosmah Mansor face a tightening noose as a new government that unexpectedly won elections last week ramps up investigations into allegations of graft and excess that have hung over the pair for years.

The fast-moving developments are a stunning comeuppance for a couple that have towered over Malaysia for a decade but ultimately were brought down by greed and hubris.

The bland patrician son of one of Malaysia’s founding fathers, Najib, now 64, had been groomed for the prime minister’s post from young. He took over in 2009 but was widely viewed in Malaysia as being heavily influenced by Rosmah, who is two years his senior.

Najib headed the once-invincible ruling coalition that had held power for six decades, but the couple were never embraced by large numbers of ordinary Malaysians.

The UK-educated Najib was seen by many as an aloof elitist with little understanding of Malaysia’s common citizenry, a perception accentuated by frequent tone-deaf gaffes and policies such as the 2015 introduction of a sales tax unpopular with the poor and now set to be eliminated.

Rosmah, meanwhile, has been a constant lightning rod for critics due to her imperious manner and elaborately coiffed mane of hair, which she once complained cost her 1,200 ringgit ($300) per house-call from stylists. Malaysia’s minimum monthly wage at the time was 900 ringgit.

That and similar episodes caused her to be reviled in a multi-cultural country where most of the population are modest-living Muslims.

Handbag fetish

Opponents would leak flight plans allegedly tracking Rosmah’s shopping jaunts aboard government planes to Rome, the US and Australia.

Her luxurious tastes included numerous reports of jewellery purchases costing tens of millions of dollars and a vast collection of designer handbags that has earned comparisons to the famed shoe collection of Imelda Marcos, wife of former Philippine dictator Ferdinand Marcos....

Continue reading...
The Son of Tun Razak Bin Hussein...

It is so very sad that it is becoming so obvious that the son of Tun Abdul Razak Bin Hussein is not only a low class, common thief but he is also unbelievably stupid.  

When the RM2.6 Billion in his private bank account was exposed he first said that it would be really stupid of him to have received so much money into his own personal bank account.  

Later when the evidence had been leaked that it was indeed the case,  he then acknowledged  that the RM2.6 Billion had been deposited into his private bank account.  So he was stupid after all. But . . .but . . but . . it was a donation. There are many levels of extreme stupidity here. 

First he denied it using a simple Standard One level lie.  Not only was it a simple lie but he did not know that nowadays certainly such things can be instantly debunked / disproved with just a few touches on a smartfone, tablet or laptop. He was too stupid to even realise that.

Soon he had no choice but to acknowledge that the RM2.6 Billion was indeed in his private bank account.  But it was now a donation from an Arab. 
Tun Abdul Razak n Wife

Even the most stupid, third grade movie script could not be this stupid. But the son of Tun Abdul Razak Bin Hussein exhibited such unbelievable stupidity. And, he really expected the people to believe his stupidity.  

Now that he is ultimately going to jail, he will show even more stupidity. For example he will NOT be able to show us or point out exactly the Arab Prince Al Saud bin Majed bin Aziz bin Majed bin Al Saud  bin Abdul Azeez who he says gave him that RM2.6 Billion.  Why? Because there is no such person. Lets see what he says has happened to that Arab prince. Maybe the Arab prince too was abducted like Pastor Koh. 

Thirdly he bungled again when he said that the money was donated to him by the Arab prince to fight the ISIS. He bungled the dates because the ISIS did not exist when the Arab prince supposedly donated the RM2.6 Billion.  Kantoi again. The son of Tun Razak bin Hussein lied again. 

Now the son of Tun Razak bin Hussein says that the over 100 kg of gold and over RM100.0 MILLION in cash (various currencies) found in his house were kept there for over 10 years.  He says the safes in which they were kept have not been opened for 10 years.
More stupidity by the son of Tun Abdul Razak bin Hussein.  

Firstly he is saying that he has stashed away the 100 kg of gold and over RM100.0 million cash  for over 10 years !! 

But the Arab prince gave him that RM2.6 Billion only a few years ago.   


So how could he get 100 kg of gold bars and over RM100.0 million cash from more than  10 YEARS AGO?  Or he is confessing that he had started stealing so much money even from before 10 years ago? 
But the stupidity of the son of Tun Razak bin Hussein is again quite unbelievable.   It seems to have no bounds. 

Among the cash hoard were US$100 Bills.  In the US they are called 'Bens' because Benjamin Franklin's picture is on the US$100 bill. Only a bad finance minister hoards cash at home, says Kadir .

Among my mamak money changer friends they call it 'pach-che' which is 'green colour' in Tamil.  US Dollars are green and hence also called greenbacks.  

Here is a picture of some of the seized US$100 Bills that has gone viral over the past couple of days.
Here is the catch. 

All currency notes have serial numbers.   

And from the serial numbers their date of manufacture / printing can be exactly determined.  

You cannot run away from simple Standard Two level of proofs like these.  

Here is something else. Five years ago in 2013 the US released upgraded US$100 Bills.   There are easily identifiable differences between these "new" bills and the "older" bills printed BEFORE 2013.

Here is Wikipedia :  "The Series 2009 $100 bill redesign was unveiled on April 21, 2010, and was issued to the public on October 8, 2013.   The new bill has a blue ribbon woven into the center of the currency with "100" and Liberty Bells, alternating, that appear when the bill is tilted." Kantoi lagi lah anak Tun Abdul Razak bin Hussein!


Here are the US$100 Bills - front and reverse. 


On the reverse side of the "new" US$100 Bill above you can see that building (Independence Hall).  Notice the clock tower on top of that building. 

Wikipedia says :

"The time on the clock of Independence Hall on the reverse, according to the U.S. Bureau of Engraving and Printing, showed approximately 4:10 on the older contemporary notes and 10:30 on the series 2009A notes released in 2013."

Kantoi lagi !  If the cash hoard locked up in the safe includes EVEN ONE of the "new" Benjamins printed in 2013 it will be simple proof that the son of Tun Abdul Razak bin Hussein has been proven a liar yet again. The safes have NOT been locked up for 10 years.


But all this is unnecessary. This is just some drama for your Saturday reading.  OutSyed The Box style. All the currency notes (USD, RM, Sri Lankan Rupees etc) will have serial numbers. From the serial numbers you can track the date of their manufacture / printing. 
The same goes for the 100 kg of pure gold bars found inside the safes.  All gold bars will have the name of the mint or refinery which made the gold bars. They also will have serial numbers. The serial numbers will again prove the date of their manufacture.  


If even ONE GOLD BAR has a serial number that is less than 10 years old,  it is proof enough that not only is he lying but that the son of Tun Abdul Razak bin Hussein is congenitally stupid.- ostb
Beg tu berharga lebih kurang RM1.8 juta. 


Penganggur??? balik Pekan dan jalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di Parlimen enko! Elaun dah dapat dan jangan makan gaji buta tinggalkan rakyat2 enko...

 Dia makan coklat orang ok pulak...

Where is Kit Siang...  
cheers. 
ref: tumpang sekole...?: Dari musim katak ke musim kotak...

Zaman DSN ada istihar harta? ...Maklum sekarang dah jadi pembangkang. Masa dalam kerajaan semua betul. Hal betul pun dikata fitnah. Tunggu Perbicaraan Mahkamah. Make sure "Yang Salah tetap salah, Yang benar tetap dinobatkan benar" In Syaa Allah. Tiba-tiba teringat "KES LEMBU" xtahulah lembu tine atau janta yang xjadi diniagakan tuu. Lupa umno double standard  ketika berkuasa. 

Dalam Negara 
PM, Kabinet, Ketua Institusi perlu isytihar harta – Akhbar Satar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, anggota Kabinet serta ketua-ketua institusi dan jabatan disaran supaya mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan ketelusan dan akauntibiliti. 
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar turut mencadangkan supaya proses tersebut turut dilakukan pasangan masing-masing dan ahli keluarga terdekat.

Ujarnya, Ketua Pesuruhjaya SPRM pula hendaklah mengisytiharkan harta kepada Parlimen selain menjadikannya akses terbuka secara atas talian.

“Pengisytiharan harta ini juga bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan. Amalan seperti ini juga boleh mengelakkan tuduhan palsu dan meningkatkan kepercayaan orang ramai.

“Ia juga boleh meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap Institusi Politik dan Perkhidmatan Awam serta mengelakkan tuduhan palsu. Di samping itu juga ia sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi isu pertelingkahan kepentingan dan liabiliti.

“Pengisytiharkan harta secara online tidak membawa apa apa bahaya seperti dakwaan pihak pihak tertentu, memandangkan 10 senarai orang terkaya di Malaysia yang nama mereka disiarkan setiap tahun di media juga tidak mengalami sebarang masalah,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Pada ketika ini, anggota Kabinet mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri, manakala ketua di kementerian dan jabatan termasuk Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan anggota tertinggi di dalam Perkhidmatan Awam mengisytiharkan harta mereka kepada Ketua Setiausaha Negara.

Tambahnya, pengisytiharan harta kepada SPRM hendaklah dilakukan sebelum dan selepas memegang sesuatu jawatan dengan analisis nilai bersih dilakukan secara berkala seperti setahun sekali.

Ujarnya, SPRM mempunyai pakar perakaunan forensik dan penyiasat yang boleh meneliti dan memeriksa aset yang diisytiharkan serta mengambil tindakan selanjutnya kepada mereka yang gagal mematuhinya.

Di Filipina, Philippine Centre for Investigative Journalism telah meletakkan pengisytiharan harta Ahli Kongres dan Ahli Kabinet serta pasangan masing masing secara online (atas talian).

Di Thailand, National Counter Corruption Commission menggezetkan pengisytiharan harta pegawai kanan Kerajaan dan pasangan masing masing. – Astroawani

ref: 

‘BN tewas akibat fitnah, fakta mengelirukan’ – Najib Razak. 

KEKALAHAN Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disebabkan kempen agresif Pakatan Harapan (PH) dengan memburukkan pucuk pimpinan menerusi penyebaran fakta mengelirukan mengenai keadaan ekonomi negara.

‘BN tewas akibat fitnah, fakta mengelirukan’ – Najib Razak

Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau adalah antara sasaran pimpinan PH dan sering diserang dengan pelbagai fitnah bagi mencipta persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

“Saya tidak merasakan begitu terkilan dengan kekalahan kita (BN) dalam PRU-14 yang lalu, (kerana) rakyat sudah membuat pilihan dan kita akur dengan keputusan itu.

“Cuma apa yang saya sedih… ia (kekalahan) adalah disebabkan kempen memburuk-burukkan pemimpin BN, terutamanya saya dan keluarga paling teruk diserang dengan bermacam dakwaan (tuduhan).

“Selain itu, mereka (PH) juga menawarkan janji sangat menarik, janjikan bulan dan bintang… janji yang tidak boleh ditepati pun, tapi, itulah (yang rakyat) suka dengar dan akhirnya, rakyat membuat pilihan dengan memilih mereka,” katanya.

Bekas Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan Cawangan dan Sayap-sayap UMNO Bahagian bagi 2018 di Bangunan UMNO Bahagian Pekan, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Abu Bakar Harun, Ketua Wanita UMNO Bahagian Datuk Zalmah Abd Rahman dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Datuk Shaharuddin Ahmad.
Kira-kira 1,000 pimpinan dan ahli UMNO hadir pada majlis berkenaan.

Najib turut mengulangi kenyataan bahawa apa yang berlaku sepanjang minggu lalu adalah perkara di luar jangkaan semua pihak, termasuk dakwaan kononnya beliau mencuri duit rakyat.

Katanya, tindakan kerajaan ketika ini yang mendakwa akan melaksanakan ‘Rule of Law’ sepenuhnya adalah tidak sejajar dengan tindakan mereka terhadap beliau dan ahli keluarganya.

“Mulanya mereka cakap nak ikut ‘Rule of Law’… tapi, tuan-puan pun tahu (lihat) apa yang saya dan isteri serta ahli keluarga lalui.

“Mereka melakukan pemeriksaan dalam rumah saya… rumah anak-anak saya, semuanya mereka angkut (sita), hadiah kahwin anak saya pun mereka ambil… kasut cucu pun mereka ambil… apa maksudnya ini,” katanya. – myMetro

ref:
‘BN tewas akibat fitnah, fakta mengelirukan’ – Najib Razak – Info Mydebat


ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

Tiada ulasan: