Isnin, 21 Mei 2018

PEPATAH BUGIS. PEPATAH MINANGKABAU. 7700.




PEPATAH BUGIS
"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako" - kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah, tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"
PEPATAH MINANGKABAU
dari mano titiak pelito, dari tangluang nan berapi, dari mano asa niniak kito, dari puncak gunung merapi 
ALMARHUM SULTAN AHMAD MUAZZAM SHAH
COGAN KESULTANAN PAHANG 
& Cogan diraja kesultanan pahang
COGAN EMPAYAR KESULTANAN 
JOHOR-RIAU-LINGGA-PAHANG
PEKAN PAHANG: 
Pemandangan Bandar Pekan Lama Pahang
Monday, January 12, 2015 
Zuriat Tun Mutalib?
keturunan tun mutalib ibni bendahara paduka raja tun abdul majid? sebelum ini saya pernah bertemu keturunan yang mengaku dari susur galur tun sulaiman anakanda tun mutalib tetapi ceritanya masih samar2 hanya kupasan kecil yang diperolehi.. 

baru2 ini ada juga waris dari keturunan yg sama yang bernama azlee shah menonjolkan diri dan memberi sedikit salasilah yang beliau tahu yang diperolehi dari nenda beliau habibah binti awang bin tun yaakub malikul alam bin tun abdul mutalib ibni bendahara paduka raja tun abdul majid bendahara pahang. Kali ini bersertakan foto2 keturunan mereka seperti foto di atas (awang bin tun yaakub malikul alam sebelah kiri bersama tun sulaiman bin tun abdul mutalib) mengikut dari foto ini mereka semua hidup diabad ke20 


Maka tun sulaiman di foto ini sah bukan dari keturunan tun sulaiman yg ada di pekan yang telah menukar nama mereka kepada nama samaran mereka seperti kedu,kemut,kenit dan kelat...


Tidak berapa hari yang lepas saya bertemu lagi keturunan dari keturunan tun abdul mutalib melalui seorang yang bernama kamarul bahrin yang tampil dgn salasilah lengkap keturunan mereka, dari beliau sehingga tun abdul mutalib hanya 5 generasi. 


Itu yang jadi persoalan walaupun ianya tidak mustahil sedangkan keturunan sultan pahang sekarang sehingga kepada tun koris adinda tun mutalib sudah 7 generasi? Betulia tidak mustahil tetapi satu perkara lain yang saya persoalkan ialah hubungan che wan cantik bt che wan mohd amin yg di kaitkan dgn keturunan mereka. Pada hal kesemua keluarga che wan cantik isteri almarhum sultan abdullah mengaku che wan mohd amin berasal dari patani dan berbinkan wan endut. 


Maka itu menunjukkan ada kelemahan dari salasilah ini walaupun saya tidak menolaknya sebagai berkemungkinan keturunan tun abd mutalib. Walau bagaimana pun tapi masih tidak cukup lagi info2 untuk menguatkan cerita ini. 


Adakah mereka ini berketurunan tun mutahir melalui engku muda koris yang hilang? Dari rekod2 inggeris ada menyebut yang engku muda tun koris mempunyai beberapa orang anak antaranya tun abdul majid yang telah berumur 12 tahun sewaktu berakhirnya perang bendahara pahang 1863. 


Beberapa tahun yg lepas saya bertemu suatu keluarga dari kuantan ibunya cikgu salwana dan pernah mengajar di st thomas kuantan dan suaminya seorang doktor yang mempunyai klinik berhadapan sekolah st thomas juga mengaku keturunan tun koris, melalui anaknya ahmad izudin saya diberitahu nenek beliau di ketapang tengah bernama aminah binti tun hassan adalah berketurunan tun koris. 


Tetapi tiba2 ahmad izuddin berdiam diri mungkin disenyapkan ibunya cikgu salwana kerana takut ceritanya meletup..he he.. cetek sungguh orang zaman ini.. kita bercerita supaya sejarah dapat diperbetulkan, lawan dijadikan kawan, saudara yg hilang di temukan supaya dapat  disatukan semua umat melayu Islam beraja supaya menjadi bangsa yang agung yang punya sejarah, yang punya identiti dan keturunan ah lul bait yang dipusakai untuk memimpin akhir zaman..wallahu alam bissawab... MONDAY, JANUARY 12, 2015 


Jurai keturunan yang hilang

Antaranya adalah keturunan bendahara tun mutahir pahang dan tun abdul mutalib yang telah dibunuh oleh ayahanda saudaranya tun abdul jamal temenggung,boleh dikatakan terlalu ramai yang tahu tapi merahsiakan cerita dan sejarahnya seolah-olah mereka telah bersumpah rahsia,dan ini menyulitkan lagi usaha-usaha pengkaji sejarah untuk mendapatkan cerita sebenar  TUESDAY, JANUARY 6, 2015

Cucu raja bendahara seri maharaja tun mutahir pahang
Berdiri paling kanan sekali ialah cadet officer che wan tahir bin tun abdul rahman(che wan aman)ibni raja bendahara seri maharaja tun mutahir pahang 1857-1863,tun tahir adalah anakanda kepada tun abd rahman yakni putera kedua kepada bendahara tun mutahir pahang.tun tahir lahir pada 15 october 1884 dan meninggal pada tahun 1928.beliau berkhidmat sebagai private ,kemudian corporal dan juga cadet officer di johore military force bukit timbalan.tuntahir adalah moyang kepada biduanita dato sharifah aini,pengarah filem aziz m.osman,dzulkifly m.osman dan penulis buku suzana m.osman.foto ini mungkin diambil lebih kurang dalam tahun 1920an THURSDAY, NOVEMBER 24, 2011

Menjejaki susur galur orang kaya johan pahlawan hassan bin jaafar

Alhamdulillah setelah sekian lama menjejaki keturunan orang kaya johan pahlawan hassan bin jaafar yakni adik kepada orang kaya indera mahkota haji halim bin jaafar berjaya akhirnya untuk mendapat salasilah keluarga ini supaya dapat dicantumkan susur galur keluarga ini yang banyak berjasa kepada kesultanan dan kerajaan negeri pahang.dipercayai orang kaya johan pahlawan bin jaafar telah meninggalkan pekan,pahang dan berhijrah ke pekan sungai lembing dikuantan untuk berniaga bijih timah diwaktu itu.mengikut cerita dari orang sg lembing beliau juga telah dikebumikan di sg lembing tetapi masih tiada bukti kukuh atau pun rekod yang dapat mengesahkannya.tok kaya hassan meninggalkan seorang anak lelaki bernama encik awang beruang,beliau beristerikan che wan fatimah binti che wan mohd amin yang berasal dari pattani.che wan fatimah adalah saudara adik beradik dgn che wan chantek iaitu isteri kepada almarhum sultan abdullah ibni sultan ahmad muazzam shah dan ibu mereka setelah meninggalnya che wan mohd amin juga telah berkahwin dgn encik abbas yakni ayah kepada tok muda awang hitam bin abbas(datuk kepada tok muda sulong bin awang hitam).encik awang beruang mempunyai 3 orang anak hasil dari perkahwinan dgn che wan fatimah 1)bidin 2)dayang 3)aminah.keluarga anak2 kepada encik awang beruang telah berpindah ke beserah,kuantan dari sg lembing dan keturunan ini masih ada dibeserah.disini saya tampilkan salasilah langsung dari keturunan orang kaya johan pahlawan hassan dari zuriat anak lelakinya encik awang beruang.halimi bin cikgu hussein (permatang badak) bin ismail dan isterinya iaitu bedah binti bidin bin awang beruang bin orang kaya johan pahlawan hassan bin jaafar.abang kepada bedah binti bidin ialah mahmud bin bidin bin awang beruang bin orang kaya johan pahlawan hassan.salah seorang cicit orang kaya johan pahlawan hassan melalui cucu perempuannya ialah dato abu khalil akashah bekas setiausaha kepada arwah orang kaya indera syahbandar dan perdana menteri tun haji abdul razak bin hussein.SUNDAY, OCTOBER 16, 2011

Pulau tawar dan kg kedondong, jerantut
pada tahun 1889 almarhum sultan ahmad muazzam shah telah meninggalkan pekan dan berpindah dan bersemayam ke daerah pulau tawar yang pada masa itu dibawah pegangan orang kaya maharaja indera setia gajah pahang atau tok gajah rasu bin syahrum.baginda suka memburu seladang dikawasan tanjung balik angin berhampiran tebing tinggi dan burau tak jauh dari pedah,direkodkan pada 1889 baginda berjaya memburu lebih dari 60 ekor seladang dan salah seekor telah dihadiahkan kepada governor british waktu itu,governor telah menghadiahkan seladang itu kepada zoological gardens london.
selain daripada keturunan tok gajah,tok kaya indera setia raja jusoh bin tukang ada juga keluarga bangsawan yang bermaustatin dipulau tawar mengikut dari salasilah keturunan ,mereka berasal dari pagar ruyung minangkabau atau siak disumatera.ini salasilahnya:tawang bin long bin tun ahmad bin tun sinar sulaiman bin tun sinar hassan bin bin tun sinar hassan bin tun sinar deraman bin tun sinar putih ca(1450-1550)bin tok raja debalang(hulubalang)jengka(adakah mereka dari keturunan orang besar berlapan pahang iaitu tok raja dewa hulubalang tanjung belawan?) tun sinar abdul jalil bin tun sinar matahari(berhijrah ke kg kedondong jerantut)bin sultan syed mansor shah mahkota alam bin syed abdul aziz bin syed abu bakar bin syed muhammad bin syed abu bakar dari bani tamim hadramawt yemen.(photo kiri diatas adalah che pit isteri kepada almarhum tengku muda ali ibni sultan ahmad muazzam shah pahang dan haji tawang bin long bin tun ahmad dari pulau tawar)(photo kanan-encik azam bin ramli dari keturuna tok muda wok bin zainal dari pulau tawar)  TUESDAY, MAY 17, 2011

photo keturunan imam perang syed deraman
foto disebelah kiri duduk ditengah ialah jumaat atau syed omar bin imam perang syed Deraman bondanya dipercayai adalah adinda kepada almarhum bendahara tun mutahir ibni bendahara tun ali pahang ,yang berdiri paling kiri ialah wok abdul wahab bin jumaat@syedomar.foto diambil waktu aidilfitri 1947.
foto disebelah kanan adalah wok abdul wahab bin jumaat@syedomar bin syed deraman@abdrahman bin penghulu syed daeng mohd amin(penghulu pulau tekong kecil singapura)bin long ibni raja haji fisabilillah. SUNDAY, FEBRUARY 20, 2011

keturunan imam perang syed deraman
Imam perang syed deraman bin daeng mohd amin bin daeng ? ibni raja haji fisabilillah adalah salah seorang panglima perang yang handal dizaman beliau,dia juga adalah imam perang kepada bendahara tun mutahir ibni bendahara tun ali yang terlibat sewaktu perang bendahara dalam tahun 1857-1863.

Dipercayai beliau juga berkahwin dgn salah seorang adinda kepada tun mutahir.setelah tamat perang bendahara imam perang syed derraman telah berhijrah ke johor bersama keluarga dan pembesar tun mutahir.dikatakan syed deraman mula berhijrah ke kampung pahang telok belanga kemudian ke kg pahang johor bharu kemudian ke sungai rengit teluk ramunia dan akhir sekali ke kg pahang dipulau tekong dimana anaknya syed omar atau nama lainnya jumaat bin hitam dilahirkan.antara keturunannya ialah hajjah chik binti syed omar@jumaat yang masih hidup dan menetap di johor bharu.seorang lagi ialah zukri aksah anak kepada azizah binti abdul wahab bin syed omar@jumaat bin imam perang syed deraman@hitam yang kini menetap dikuantan pahang.(photo hajjah chik binti jumaat@syed omar bin imam perang syed deraman dan foto kanan atas ialah zukri aksah cucu kepada abdul wahab bin syed omar@jumaat bin imam perang syed deraman.

ref: 1

BENDAHARA ZAMIN ERAN


Tiada ulasan: