Selasa, 29 Mei 2018

Larangan Perjalanan Jabatan Imigresen Terhadap Bourdon yang dikenakan pada 2011.

Malaysia Era Baru. Allahu Akbar  

Musang berbulu ayam. In Syaa Allah musang semakin dikenali setelah satu persatu bulu ayamnya terlerai, tanpa dapat berselindung lagi. Aamiin. 

Kes Scorpene: Mat Sabu setuju jumpa peguam Perancis
Written By canang on Selasa, 29 Mei 2018 | 5/29/2018 12:28:00 PG

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bersetuju untuk bertemu dengan peguam Perancis yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram untuk memfailkan saman di negara itu mengenai penglibatan Malaysia dalam urus niaga pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2001

Mengulas soalan wartawan Malaysiakini jika beliau bersedia diberi taklimat oleh peguam William Bourdon dan Apoline Cagnat berhubung kes yang sedang didengar di mahkamah di Paris, Mohamad menjawab, "(sedia) pada bila-bila masa."

"Mereka perlu menulis kepada saya secara rasmi mengenai perkara itu supaya kami boleh menentukan tarikh kunjungan mereka ke Malaysia," Mohamad memberitahu Malaysiakini, ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran menteri itu di kampung halamannya di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam.

Ditanya jika larangan perjalanan jabatan imigresen terhadap Bourdon yang dikenakan pada 2011 akan ditarik balik bagi membolehkan peguam berkenaan masuk ke Malaysia tanpa sekatan bagi menjalankan tugas mereka, Mohamad memberikan jawapan yang positif "Ya, boleh jadi, seperti orang lain yang pernah dikenakan sekatan perjalanan yang kini dibenarkan masuk ke negara ini seperti editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown," katanya.

Mohamad berkata usaha kini sedang giat dijalankan untuk membentuk pasukan atau jawatankuasa bagi mengkaji pelbagai kontrak yang ditandatangani dengan Kementerian Pertahanan, termasuk perjanjian membeli kapal selam Scorpene, yang menjadi kes mahkamah di Paris.

Kes itu, yang difailkan Suaram pada tahun 2011, melibatkan dakwaan pembayaran sogokan berjumlah berjuta-juta ringgit kepada pegawai Malaysia.

"Saya telah berbincang hal itu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kami sedang merancang membentuk jawatankuasa untuk mengkaji kontrak-kontrak ini," kata Mohamad.


"Kami akan mengendalikan perkara berkenaan secara profesional dan seperti yang saya katakan sebelum ini, tindakan kami akan berdasarkan kepada fakta dan bukan khabar angin," katanya.

ref: 
Kes Scorpene: Mat Sabu setuju jumpa peguam Perancis - Cananglahnie
PENAFIAN oleh Pentadbir Melayu. 
Pentadbir Islam xkan terjadi begitu. 

Kegilaan apakah ini: Husam dan Wan Rahim dihalang masuk pejabat kerajaan negeri Kelantan. 
Husam dan Wan Rahim 

Kerajaan negeri Kelantan menghalang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Abdullah daripada memasuki semua jabatan di bawah kerajaan negeri itu. 

Menurut pekeliling pengurusan yang ditandatangani oleh setiausaha kerajaan negeri Kelantan itu, mereka berdua turut dihalang dari memasuki semua istana di negeri Kelantan. 

Arahan bertarikh 27 Mei semalam itu dikeluarkan kepada semua jabatan-jabatan kerajaan negeri Kelantan. "Mana-mana pegawai kerajaan negeri berkenaan yang ingkar arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan Pegawai Awam Negeri Kelantan (kelakuan dan tatatertib) tahun 1996 atau mana-mana peraturan yang brrkuat kuasa pada masa ini," kata surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Nazran Muhamad. 

Sebelum ini Husam dan Wan Rahim telah ditarik gelaran datuk oleh Istana Kelantan.
ref:  
KERENGGA: Kegilaan apakah ini: Husam dan Wan Rahim dihalang masuk pejabat kerajaan negeri Kelantan
PAS sudah kehilangan jiwa perjuangan selepas era Allahyarham TGNA. 

Monday, May 28, 2018
Kenyataan Mohd Amar Bukti PAS Ketandusan Pemimpin Berjiwa Besar Dan Pandang Ke Hadapan
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan yang dibuat rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang secara terbuka menyatakan tidak kisah parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana negara ini terlalu banyak menanggung hutang.

Mahfuz berkata, kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memperlihatkan lemahnya jiwa dan betapa kerdil semangat PAS dalam menghadapi kemelut politik negara.

Jelasnya, kenyataan Mohd Amar itu merupakan jawapan mengapa parti Islam itu gagal menguasai negeri-negeri di Pantai Barat dan hanya mampu mentadbir Kelantan dan Terengganu sahaja. 

“Mungkin daripada awal beliau dan pemimpin PAS sudah menghidu Pakatan Harapan (PH) akan memenangi Putrajaya, lalu PAS mengambil langkah bersendirian dan tidak mahu bergabung kerana takutkan kemenangan yang menjadi sebab PAS menanggung bebanan hutang negara.

“Saya amat hairan kenyataan seperti itu diungkapkan oleh seorang naib presiden sebuah parti Islam. Tidakkah ini mencerminkan pemimpin PAS berfikiran pasif dan hanya mahu mengambil kesempatan terhadap politik negara daripada pihak lain tanpa berusaha membantu menyelesai masalah negara yang kronik dan rumit sekarang,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menerusi video ucapan yang tular di media sosial, Mohd Amar memberitahu PAS mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, dan tempoh lima tahun itu memberi laluan kepada kerajaan baharu PH menyelesaikan hutang negara termasuk isu membabitkan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa hutang negara kini sudah mencecah angka lebih RM1 trilion seperti diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Mohd Amar sepatutnya memberi cadangan kepada kerajaan PH mengenai bagaimana memulihkan ekonomi dan membayar hutang negara dan menghapuskan rasuah serta membebaskan semua agensi kerajaan yang berada di bawah tekanan selama ini.

Bagaimanapun katanya, PAS tidak tahu bagaimana menyelesaikan masalah negara dan tidak mahu menjadi sebahagian dari rakyat yang berusaha membangunkan negara.

Dalam keadaan rakyat banyak memberi input dan nasihat yang baik kepada kerajaan pasca PRU14, katanya, PAS pula mengambil sikap berlepas diri dan beretorik politik.

“Jika itulah kenyataan dan mentaliti pemimpin PAS, maka tidak hairan PAS tidak mampu melangkah jauh walaupun sudah berusia lebih 60 tahun,” katanya.

Malahan katanya, keadaan itu menunjukkan PAS ketandusan pemimpin negarawan yang berjiwa besar dan memandang ke hadapan, dan sikap pemimpin parti yang masih berdelusi ini amat memalukan rakyat. 

“Kepada rakyat, ayuh kita bekerja bersama bagi membina semula negara, tinggalkan mereka yang hanya mahu bersenang-lenang dan hanya tahu mengambil kesempatan atas usaha kita bersama selama ini. 


“Nanti kita akan kenal siapa yang benar ikhlas bekerja untuk negara, dan siapa pula yang hanya mahu mengejar jawatan dan kedudukan untuk kepentingan diri,” kata Mahfuz lapor mStar

ref: 
Anak Sungai Derhaka: Kenyataan Mohd Amar Bukti PAS Ketandusan Pemimpin Berjiwa Besar Dan Pandang Ke Hadapan

Monday, May 28, 2018
Jumpa Hishamuddin sebelum menang
MUSAFIR PIRAUM (2)
Bersama Hishamuddin Rais.

RAMAI orang seronok dan bergembira dengan kejatuhan Najib Razak dan tumbangnya Umno. Ada yang menyembunyikan keseronokan itu atau merainya dengan anak isteri dan keluarga sahaja. Ada yang tidak dapat melindunginya dan diwara-warakan sebagai menunjukkan mereka berpuas hati kerana impian mereka selama ini berjaya.

Macam-macam pula gaya orang menzahirkan keseronokan itu. Ada yang mengolengkan (membotakkan) kepala, ada yang membelanja kawan makan, ada yang bersujud syukur dan macam-macam lagi. 

Bagaimana pun tidak ada yang merai kejayaan itu dengan membayar hutang lapok. Kalau yang bayar hutang lapok suka lebihlah saya...

Di kalangan para pegawai ada yang nekad untuk berkhidmat dengan lebih berkesan di bawah kerajaan baharu. Itu juga manifestasi kegembiraan atas kemenangan PH itu.

Semua aksi itu menzahirkan rasa gembira, dan rasa geli hati yang tidak dapat ditahan.

Sebut soal gembira dengan kejatuhan Najib Razak dan kerajaan UBN ini, ayam di reban di kampung-kampung juga berkokok sebanyak tujuh kali. Kalau sebelum ini mereka berkokok hanya dua kali, saat menjelang fajar dan selepas fajar menyingsing, tetapi pada 2/4 malam lagi mereka sudah berkokok. Ayam pun turut sama gembira dan hati geli dengan kejatuhan Najib dan tumbangnya kerajaan UBN.

Penghasut massa.
Salah seorang yang seronok benar dengan apa yang berlaku itu ialah Hishamuddin Rais. Siapa tidak kenal Hishamuddin Rais pejuang rakyat yang tidak pernah ralat dan tidak pernah penat. 

Beliau popular dengan blognya “Tukar Tiub”. Sejarah hidupnya dalam menggerakkan perjuangan rakyat — menggerak dan menghasut massa agar membenci kerajaan dengan memimpin ke jalanan cukup panjang dan penuh nostalgia. Ia bukan bermula semalam atau semalam, tetapi bermula sejak tahun 1970an ketika dia berada dalam kampus lagi.

Cara dan pendekatannya sama, tidak berubah. Bahkan kepercayaan(isme)nya juga sama tidak pernah beralih. Dia berjiwa sosialis dan pengamal gaya hidup sosialis. Rengkas tetapi kemas. Biarlah itu soalnya, dia dan Tuhannya. Keperibadiannya tidak boleh dicampur adukkan dengan perjuangan untuk mengnyahkan kleptokrasi. Belum tentu siapa di antara kita dengan dia berada hampir dengan pintu syurga.

Yang hendak diceritakan di sini mengenai keseronokannya dengan kejatuhan Najib yang dirangkul sekali dengan Rosmah Mansor. Bagi Hishamuddin, Rosmah adalah pensubahat besar dengan kejahatan Najib Razak. 

Justeru kenapa beliau tidak seronok dan hati geli, seorang penyamun sudah jatuh terguling, hilang kerajaan berusia 61 tahun sepantasnya dia berseronok.

Hishamuddin akan jadi lebih seronok dan dia ternanti-nanti bila Najib dan Rosmah akan disumbatkan ke dalam penjara. Baginya penjara adalah balasan setimpal yang sangat disyukuri. Kalau mengikut kehendaknya Najib dan Rosmah perlu disula, tetapi ia tidak guna kerana mencemarkan buluh? Sula itu tidak memberi apa-apa keuntungan kerana negara sudah menderita dibuatnya.

Memang hukum alam dan undang-undang negara yang ada meletakkan hakikat itu. Sesiapa didapati bersalah akan dihukum. Hukuman duniawi ialah penjara. Menyekasa batin dan perasaan, itulah tindakan yang terbaik difikirkan manusia. Tetapi bagi Allah Swt bukan begitu. Allah ada perkiraan lain kita pula serlalu khilaf denganNya.

Saya sedikit berbeza mengenai falsafah hukum ini. Keseksaan kepada seseorang bukan bermakna dia berada dalam penjara. Dibenci dan dicemuh orang ramai adalah satu hukuman maha teruk. Hakiki hukuman di situ. 

Bukankah dengan apa yang terdedah hari ini, kebejatan dan ketamakan mereka menyangak dan merompak harta rakyat, Najib dan Rosmah makin dibenci. Ertinya mereka berdua sudah melalui proses penghukuman awal sebelum ini dan sedang menunju klimeks.

Fizikalnya masih sihat. Tetapi hati dan perasaan mereka sakit. Malu, gelabah, resah dan entah seribu rasa lagi berladum dalam diri mereka. Hari ini kita dapat tidur lena dan nyenyak, tetapi tidak mereka berdua dan seluruh keluarganya. Saya dapat bayangkan berapa banyak air mata Toh Rahah, ibu Najib tumpah sejak 10 Mei lalu dan sebelumnya.

Bahagia dalam penjara.
Itulah keseksaan yang maha dahsyat. Keseksaan gara-gara Najib dan Rosmah turut dirasai oleh insan lain yang tidak berdosa. Adapun kalau mereka disumbat ke dalam penjata, hanya mata kita sahaja berasakan mereka terpenjara dan terseksa. Tidak begitu, sebab ada orang yang berada dalam penjara bahagia, bila hati dan perasaannya tenang. 

Keinsafan adalah klimet daripada maksud penghukuman. Dari falsafah hukuman Allah ia untuk mebersihkan dosa seseorang.

Tinggalkan mengenai keseronokan Hishamuddin yang berbaur dengan kemarahan dan kegeramannya kepada Najib dan Rosmah itu.

Berjumpa dan terjumpa Hishamuddin.

Di sini saya hendak berkongsi detik-detik diawal keseronokan dengan Hishamuddin. Beberapa hari menjelang pilihan raya saya berjumpa (terjumpa) dengannya. Tempatnya di Lumut Perak, kebetulan kami sama-sama menghadiri majlis memperkenalkan calon PH di situ dan juga sembang santai Dr Mahathir dengan warga veteran TLDM. Tarikhnya 26 Mei.

Hishmuddin seorang yang mesra alam, dan dia juga rajin bercakap tidak kira siapa. Apa lagi kalau orang yang dia kenal. Dia mengetahui kerja dan juga profesion saya, penulis kerdil. Tidak pasti bila kami mulai saling kenal mengenali. Seingat saya namanya mula tersebut saya apabila membelek sejarah demostrasi siswa tahun 1974. Saya lebih muda daripadanya. Namun keuzuran dan kelelahan menjadikan saya lebih tua atau sama baya.

Jika tidak salah kami mula berjabat tangan dan saling berbicara soal negara di era Reformasi akhir tahun 1990an. Selebihnya kami berkenalan dalam media atau persuratan sahaja. Atau bertemu ketika saya menonton drama spontannya yang paling spontan.

Saya terkejut dan dia terkejut dengan perjumpaan kami di Lumut itu. Namun kami sama-sama faham tugas kami untuk memantau perkembangan politik memungkinkan kami boleh berada di mana-mana sahaja. Dia menanyai saya, mengenai perkembangan sekarang. 

Saya terus merujuk kepada suasana di pertemuan petang itu. Kami sama-sama membuat penilaian. Acara anjuran PH di sebuah restoran berhampiran laut itu, ramai dan meriah. 80 peratus yang hadir bekas tentera (Navy yang pensiun.) 

Menyedari itu baharu saya faham mengapa calon PKR di parlimen Lumut dalam Pirauam 13 lalu, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid boleh menang dalam Piraum 13 dulu.

“Ramai, kalau begini, BN, lingkup,” kami memulakan percakapan dengan saya membuka bicara. Hishamuddin mengangguk, senyum dan puas. Gigi putihnya tersengeh. Dia menarik tangan saya dan kami duduk sebaris. Kerana tempat kami duduk berdekatan dengan pembesar suara saya mengajak ke sebelah kanan agar perbualan kami jelas dan terang.

“Habis kali ini,” getusnya pula. Kali ini giliran saya mengangguk mengiyakan. Sambil mengikut majlis itu kami tidak banyak bersoal jawab lagi. Mendengar juru acara berceloteh dan juga mengumumkan beberapa pembesar pensiun Navy yang hadir.

Antaranya ialah Laksamana Madya Abdul Hadi, Laksamana Muda Mat Som, Laksamana Pertama Ir Radzi, Laksamana Pertama Sakaff, Laksamana Pertama Maritim Ir Abang Jamari. Mendengar nama-nama itu disebut menjadikan hati saya “berderaa”, mengesahkan bahawa Lumut akan “lingkup” lagi sekali.

“Askar berbeza dengan polis, “ kata saya kepada Hishamuddin. Askar solidariti mereka kuat. Mereka tidak seperti polis”, tekan saya lagi. Hishamuddin saya lihat seperti orang dilanyak kegembiraan mendengar kata-kata saya. Dia seakan mahu melompat ke pentas untuk terus menghasut orang ramai. Yang hadir di majlis itu juga anak-anak muda dan kaum wanita.

Hishamuddin tanya Kelantan.
Saya meninggalkan Hishamuddin untuk bergerak ke sebelah belakang untuk merakam suasana. Kemudian kembali duduk bersama Hishamuddin.

Sukar bagi Kelantan.
“Macam mana Kelantan,” dia bertanya sebaik saya selesai merakam gambar dan kembali di kerusi saya. Sebelah saya isteri yang menjadi teman sepanjang merantau bermusafir pilihan raya kali ini.

“Kelantan susah sikit, tidak cukup power,” kata saya menyebabkan Hishamuddin membeliakkan mata. Mungkin dia sudah faham dan ketahui kerana pembacaan politiknya juga luas. Dia bertanya saya kerana ingin pengesahan sahaja.

“Kenapa han?” Dia mahu kepastian.

Lantas saya memberi formula yang saya sudah jelaskan sebelum ini. Banjaran Titiwangsa menyekat arus kebangkitan rakyat untuk sampai ke Pantai Timur. Banjaran Tititwangsa menyelamatkan pengaruh Pas disana. Beliau mengangguk dan berkata; “oh...gitu...”

“Negeri-ngeri disebelah sini, (Barat) Tititwangsa, Perak, Kedah, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, habis. Tengoklah ini...” kata saya merujuk kepada majlis di Lumut itu. Hishmuddin diam seakan sedikit kesal dengan penjelasan saya.
“Tak dapat buat apa-apa ke?” Soalnya lagi yang tidak pun memerlukan jawaban daripada saya.

“Cuma perubahan di Kelantan itu akan terjadi sekiranya ada ledakan kuat dari sebelah sini. Jika gelombang di sini kuat ia akan melimpah ke Gerik dan merempuh Jeli. Kalau itu berlaku kesannya akan berlaku ke Kelantan..” terang saya lagi.

Sebenarnya untuk mengetahui sejauh mana gelombang di sebelah barat banjaran Titiwangsa mampu untuk melimpah ke sebelah Timur menerusi Jeli, akan dapat disaksikan pada satu lagi himpunan di Seri Iskandar pada sebelah malamnya.

“Malam ini ada program di Seri Iskandar, kita tengok di sana pula. Pergi ke?” Kata dan tanya saya kepada Hishamuddin.

“Pergi...” katanya cepat dan bertanya saya balik, “pergi ke?”

Memang kedatangan saya ke Perak dalam perjalanan balik ke Kelantan untuk melihat suasana di Perak.

Himpunan memeperkenalkan calon di Seri Iskandar yang dibuat Dr Mahathir itu sebenarnya tidak memuaskan hati saya. Walaupun jumlah kehadirannya cecah 5,000 tetapi ia tidak memberi petunjuk gelodak kebangkitan kuat di Perak. Ini membimbangkan saya, gelombang kebangkitan tidak akan melimpah hingga ke Jeli. Banjaran Tititwangsa akan tetap menjadi benteng untuk Pas Kelantan.

Dan kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila PH tidak menang di satu kerusi pun bahkan hampir semua calon-calonnya hilang wang pertaruhan di negeri Tok Janggut itu. Apakah sebab dan faktornya saya sudah tuliskan sedikit sebanyak sebelum ini.

Pada hari kemenangan keesokkan 10 Mei, saya berjumpa sekali lagi dengan Hishamuddin. Kali ini disebuah hotel yang menjadi lokasi kurungan wakil rakyat PH di Petaling jaya. Dia juga datang seperti saya mahu meraikan kemenangan dan merasai keseronokan bila Najib sudah terguling.

Dia terselit sendiri di celah daun pintu untuk masuk ke lobby hotel berkenaan. Saya lantas menghampirinya dan bersalam. Erti salam kami penuh bermakna dan ia mengimbau apa yang kami sama-sama bayangkan semasa di Lumut dahulu. Kegembiraan tertampang di wajahnya yang sukar untuk dilukiskan.

“Tugas kita kali ini makin berat..” kata saya. Dia cukup faham dengan apa yang saya maksudkan dijawab dengan mengeyitkan kening. Bahawa kami akan terus berfungsi seperti sebelum ini bukan sahaja pengkritik kepada kerajaan yang dibentuk, bahkan juga akan jadi penentangnya jua.


Selepas segala selesai, PH mencapai kemenangan, kerajaan dibentuk kami akan berundur ke belakang untuk mengambil posisi asal, menjadi pemerhati, pengkritik dan jika silap hari bulan menjadi penentang kerajaan. [wm. kl 7: 03 pm 28/05/18]

ref: 


Harga ron 95 turun


Rakyat sudah mula gelisah terutama penyokong Pakatan Harapan (PH). Gelisah mahu menjawab soalan penyokong pembangkang sekarang, UMNO dan PAS.

Mereka tak habis-habis bertanya bila minyak nak turun, bila barang nak turun, bila nak tunai manifesto. Bila itu dan ini. Tak jawab .. kami baca ulasan dalam media sosial. Nak jawab, tak ada jawapan konkrit boleh bagi ..

Bagi penulis dan rakan-rakan penyokong, kami sudah faham jika harga minyak buat masa ini belum diturunkan, kami juga faham kalau 1 kenaikan gaji tahunan (Julai) pada kakitangan awam yang dijanjikan oleh kerajaan terdahulu terpaksa tidak ditunaikan sekarang.

Kami juga faham hutang 1 trillion lebih penting dilunaskan dari mengejar kepentingan peribadi. Anak cucu lebih penting dari kesenangan sekarang.

Kami faham kalau harga barang belum dapat diturunkan walaupun GST 0%, kerana ia memerlukan masa untuk mencuci habis najis-najis kerja sang celaka UMNO.

Cumanya kenapa belum ada jawapan dari pemimpin PH untuk semua soalan tersebut. At least keluar la sepatah.

Justeru itu
Justeru itu
Justeru itu ...

Kami akan bekerja keras siang malam untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia. Memakmurkan rakyatnya.

Jangan pula sakit hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang (PAS) yang berkata biar PH bayar hutang dahulu. Kami akan tawan Putrajaya dan duduk senang lenang pada PRU 15. Anggap sahaja memang begitu pemimpin PAS. Mereka memang tidak pandai buat kerja. Nasib baik Allah belum bagi mereka menang. Kalau tidak hancur lagi Malaysia. - Jangan kecam penulis pulak, penulis menafsir dari apa yang keluar dari mulut pemimpin PAS. Dia bebas memberi pendapat. Penulis pun bebas juga memberi pendapat.

Penulis harap pemimpin PH tampil memberi penjelasan yang berlegar dalam media sosial sekrang. Buat penjelasan kenapa ..mengapa .. bagaimana ...

ref: 
Harga ron 95 turun ~ Menconteng Untuk Perubahan™

GLC sarang pencuri, jual semuanya, kata penulis AS FMT Reporters 

Bakri Musa berkata 1MDB hanya satu gejala bagi masalah yang lebih mendalam. 
(Gambar youtube) 

PETALING JAYA: Menyifatkan pendedahan pasca pilihan raya mengenai skandal 1MDB sebagai petunjuk kepada masalah lebih besar, pengkritik mengenai Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Dr M Bakri Musa menggesa kerajaan baharu melangkah lebih jauh dengan menghapuskan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC). 

Pakar bedah yang tinggal di California itu berkata skandal 1MDB hanyalah gejala kepada “masalah yang lebih besar”. Beliau membandingkan amalan salah GLC yang menjual aset kepada yang lain dengan harga yang semakin tinggi sebagai “helah yang digunakan bank yang tidak beretika di Iceland” yang membawa kepada kemusnahan ekonomi negara itu pada 2008. “Semua kerja yang nampak rasmi dan teratur itu dengan komisen dan yuran profesional yang mahal hanyalah skim untuk mencuri aset GLC tersebut,” katanya. 

Bakri menerusi bukunya, “Liberating the Malay Mind” menawarkan analisis radikal mengenai orang Melayu di bawah Barisan Nasional, berkata GLC mempunyai pengaruh negatif terhadap Bumiputera muda kerana bakat mereka “disia-siakan” oleh syarikat itu dengan “cara bekerja yang buruk”. 

“Tanpa GLC, mereka boleh memulakan perusahaan sendiri dan menjadi Bill Gates atau Jeff Bezos tempatan, atau menyerlah di cawangan IBM dan Morgan Stanley tempatan. “Bakri berkata, GLC juga “bukanlah skim yang berperanan merosakkan pegawai tertinggi kerajaan yang tersembunyi, tetapi berkesan.” 

“Jika anda bersikap terlalu kritikal terhadap orang politik atasan, maka anda akan membahayakan peluang menguntungkan selepas persaraan untuk dilantik sebagai pengerusi Petronas, misalnya. “Hakikat bahawa daripada 4 Tan Sri yang ‘bersara’ kerana dikaitkan dengan siasatan awal 1MDB, hanya bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid (Abu Bakar) yang diketahui dilantik ke jawatan pengerusi GLC. 

Para birokrat itu faham maksud yg tersirat,” katanya. Bakri berkata menjual GLC adalah penyelesaian yang mudah dan murah kepada “kecamuk GLC Malaysia” bagi menghalang berlakunya bencana masa depan seperti skandal 1MDB. “Jual semuanya! Letakkan hasilnya dalam dana amanah untuk memberi manfaat kepada Bumiputera. “Gabungan model Norway dan Alberta yang pelbagai. 

Seperti Norway, sebagai individu anda boleh menjadi pelabur pasif dalam tabung amanah. Separuh daripada pendapatan itu dilaburkan semula dalam dana tersebut dan separuh lagi dibelanjakan seperti dilakukan Alberta Heritage Fund untuk meningkatkan kualiti modal insan Bumiputera.” 

Beliau berkata ini termasuklah melengkapkan pendidikan Bumiputera dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM); dan berperanan sebagai sumber modal teroka untuk mengembangkan usahawan Bumiputera; dan memodenkan sektor luar bandar melalui mekanisasi ladang dan kampung. 

“Malaysia tidak sepatutnya berpuas hati dengan langkah semasa yang hanya menghukum individu yang korup dan tidak cekap dalam 1MDB dan GLC lain. “Hilangkan punca masalah. Hapuskan GLC. Jual semuanya!” kata beliau. at 5/28/2018 10:02:00 PTG 

ref: 
KERENGGA: GLC sarang pencuri, jual semuanya, kata penulis AS

Kemenangan ini milik Allah Subhanahuwatalla. 

Jika kita yakin pd Allah Subhanahuwatalla ...tiada kalimah takbur dan menafikan pihak lain dalam sesuatu kemenangan. 

Hakikatnya Allah Subhanahuwatalla Maha berkuasa mencetuskan hati2 manusia utk mengundi PH dan menang. 

Secara zahirnya berfakta semua yg terlibat hatta sapu sampah di bilik gerakan ada sumbangan kpd kemenangan yg dikira oleh Allah Subhanahuwatalla jika dibuat keranaNya sahaja. 

Hapuslah pahala jika merasakan dirinya shj yg beri kemenangan PH kerana itu cabang dari takbur. 

Banyak mana pun kita buat kerja IMPAKNYA PASTI DARI ALLAH  Subhanahuwatalla Maka tidak usah berbangga atas usaha pulan2. 

Anggap shj semuanya sudah berperanan walau kecil atau besar namun MEREKA TELAH BERI SUMBANGAN... TERIMA KASIH ATAS SUBANGAN TERSEBUT.


AbgLong Sempoi Dlm Islam, kita xbleh bangga dgn bangsa kita. 

Tapi bersyukur lah yg kita ni dilahirkan dlm Islam. Puak Yahudi Bani Israel ni mmg puak yg teramat bangga dgn bangsa dia. 

Diaorg sanggup tolak Islam disbbkan Nabi terakhir Allah Subhanahuwatalla turunkan di kalangan bangsa Arab, bukannya dikalangan bani Israel. 

So jgn bangga sangat la yg kita ni org Melayu, spt mana org yahudi bangga yg dia tu Bani Israel. 

Dlm dunia ni, kaum Cina Islam lebih ramai drp kaum Melayu. Di negara China sana, kaum Cina Islam melebihi 200juta org.





Tiada ulasan: