Sabtu, 12 Mei 2018

Malang bagi umno dan pas, jika ini terjadi. 7583.

Pilihan raya semula bakal berlaku?
PENULIS KHAS
Izinkan saya menulis panjang sekali lagi.

Saya memerhatikan bagaimana gembiranya penyokong-penyokong PAS terhadap kemenangan keatas Kelantan dan Terengganu.

Saya menulis dengan harapan, tuan-puan yang membaca tulisan saya ini boleh memanjangkan tulisan ini sehingga sampai ke telinga penyokong Pas.

Mereka bersorak gembira, kerana Kelantan dan Terengganu telah kembali ke tangan Pas, mereka juga bersorak gembira bertakbir dengan menyatakan Pas boleh menjadi Kingmaker di Perak.

Mereka bertakbir sekuat kuat terhadap kedudukan kerusi Dun di Kedah, dengan harapan BN akan ‘join’ mereka atau terwujudnya kerajaan campuran.

Saya mempunyai bayangan terhadap apa yang akan berlaku, berikut ini bayangan saya.

KES 2.6B DUIT KE POKET NAJIB

Seperti kata Tun M, “kami tidak ingin untuk membalas dendam, tetapi kami akan memartabatkan undang-undang”.

Tun M Dan seluruh MP yang Menyokong PH, setelah mengangkat sumpah sebagai PM ke-7 di Malaysia, setelah mengisytiharkan barisan Kabinet Menteri, pertama tama sekali akan membuka siasatan terhadap 1MDB.

Satu public inquiry akan dibentuk diketuai oleh kolenel bebas, akan diberikan mandat diRaja, akan menyiasat habis-habisan semua yang angka-angka yang terseleweng dalam 1MDB.

Semua angka angka ini akan dijejaki sehingga ke titisan akaun yang terakhir, sehingga sampailah ke akaun Najib tentang bagaimana 2.6 bilion boleh terterjah ke akaun peribadi Najib.

Sampailah dari akaun Najib, akan dijejaki duit rakyat berkenaan tentang siapa yang telah menerimanya, termasuklah pemimpin Pas yang dituduh menerima RM90 juta dari Najib.

Semua jejak ini saya pasti akan diketuai oleh Sdr Rafizi Ramli, dan dalam Public Inquiry DiRaja ini semua yang terlibat akan dipanggil untuk mendedahkan akaun dan transaksi masing-masing.

Hasil daripada Public Inquiry DiRaja ini, akan dirumuskan dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk dibuka kes di Mahkamah Persekutuan, atau secara terus kepada Mahkamah Persekutuan Malaysia.

KES DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Sekiranya kes berada di Mahkamah Persekutuan, maka yang dituduh berkenaan akan didakwa.

Semua duit 1MDB yang masuk ke akaun peribadi masing-masing, termasuk ke dalam akaun peribadi pemimpin Pas atau akaun Pas sendiri, akan diaudit pergi ke manakah duit rakyat ini.

Jika duit rakyat ini dijejaki dan disahkan digunakan untuk kempen pilihan raya ke-14, sama ada oleh BN, atau Pas, satu permohonan rasmi akan dibuat oleh Suruhanjaya Pendengaran Awam DiRaja untuk MEMBATALKAN kemenangan wakil-wakil Pas dan BN, sama ada untuk kerusi Dun mahupun Parlimen.

JIKA ITU BERLAKU

Akan berlakulah pilihan raya baharu terhadap semua kerusi kerusi Dun dan Parlimen baik dimenangi Pas atau Umno. Kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu akan diisytiharkan tidak sah.

Kali ini, penyokong Pas akan mengetahui bagaimana rupanya hati ulama-ulama Pas, bagaimana dahsyatnya sandiwara ulama-ulama Pas.

Kali ini mereka akan menelan sesuatu yang terlalu pahit, semua ludah mereka terhadap Parti AMANAH Negara akan menjadi satu igauan ngeri. Terbogel habis semua yang selama ini disembunyikan oleh ulama-ulama Pas melalui hadis-hadis dan ayat al-Quran yang digunakan untuk memperbodohkan penyokong tegar Pas.

JIKA BERLAKU PILIHAN RAYA SEMULA

SPR akan diganti dengan kepimpinan baru, barangkali Datuk Ambiga akan diangkat menjadi pengerusi.

Pada waktu tersebut, pilihan raya tidak akan lagi menjadi pilihanraya blackout, tetapi pilihan raya paling telus.

Dahulu sebelum PRU ke-14, kita dimasukkan ke dalam neraka oleh pendokong-pendokong PAS.

Kali ini, mereka berdepan dengan “neraka” yang mereka cipta. Pemimpin Pas yang terlibat dalam mengambil 90 juta semestinya akan diadili sebaik-baiknya melalui lunas undang-undang Malaysia.

Kali ini Kelantan dan Terengganu akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan, Kelantan akan kembali dikemudi oleh Ustaz Nik Omar manakala Terengganu, well, nanti mereka pilihlah antara mereka.

Semua kerusi kerusi Pas dan Umno yang dimenangi, akan bertukar milik kepada PH.

Kali ini penyokong Pas akan mempelajari sesuatu yang sangat penting dalam siasah Islam, iaitu Islam diperjuangkan melalui akhlak terlebih dahulu.

Itulah yang saya bayangkan, itulah yang saya rasa akan jadi.

Sebab itu Sdr Husam Musa tak mengomel berkenaan kekalahan mereka, sebab mereka tahu, inilah yang akan berlaku kelak selepas 6 bulan PH memerintah Persekutuan.

Sesungguhnya inilah bayangan yang saya bayangkan, yang bakal terjadi.

Penyokong tegar Pas, berdoalah ini akan terjadi, dan anda akan lihat sendiri, akhlak ulama-ulama Pas yang anda puja-puja.
-malaysiadateline

ref: 
KERENGGA: Pilihan raya semula bakal berlaku?

Saturday, 12 May 2018
NAMPAKNYA PROJEK PERTAMA PAKATAN HARAPAN IALAH MEMBESARKAN LAGI PENJARA SUNGAI BULOH....

Dalam misi untuk menyelamatkan negara dan membongkar skandal 1MDB, Perdana Menteri,  Tun Mahathir Mohamad membayangkan beberapa ketua jabatan kerajaan yang dipercayai bersekongkol, melindungi dan menyembunyikan kesalahan Najib Razak akan disiasat dan didakwa di mahkamah.

Sehingga ini beberapa nama telah disebut secara jelas untuk diambil oleh Tun Mahathir, antaranya Peguam Negara, Apandi Ali, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi SPR, Hashim Mohamad, meskipun Perdana Menteri belum lagi memasuki pejabatnya di Bangunan Perdana Putra.

Apandi didakwa melindungi fakta mengenai kesalahan Najib berkaitan 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya, manakala Dzulkifli dipercayai melengah-lengahkan siasatan berhubung perkara yang sama.

Selain itu, Dzulkifli juga boleh disiasat semula berkaitan skandalnya yang dikatakan mempunyai hubungan terlarang dengan seorang wanita yang sudah bersuami sebelum ini.

Beliau difahamkan sudah pun menjadikan wanita berkenaan sebagai isteri keduanya.

Hashim pula mungkin ada kesalahan berkaitan dengan beberapa tindakannya sebelum dan sewaktu pilihanraya baru-baru ini yang dilihat cuba memberi kelebihan kepada Najib untuk mengekalkan kuasa.

Dalam hal 1MDB,  sudah tentu bekas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang sepanjang mengetuai pasukan polis sebelum ini dilihat begitu condong melindungi Najib, akan turut berdepan penyiasatan yang sama.

Selepas mereka, Najib, Rosmah Mansor, Riza Aziz, Jho Low, bekas CEO 1MDB, Shahrul Azral Halmi, dua bekas eksekutif SRC International, anak syarikat 1MDB yang melarikan diri ke luar negara, Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin serta banyak lagi nama adalah antara yang paling berpotensi untuk disiasat dan seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan.

Najib dan Rosmah yang merancang untuk berlepas ke Indonesia hari ini, mungkin untuk terus melarikan, telah pun disekat dan disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Begitu juga dengan Pengerusi dan CEO 1MDB sekarang, Irwan Siregar dan Arul Kanda Kandasamy, menyiasat dan mendapatkan maklumat daripada mereka adalah cukup penting untuk membongkar kebenaran.

Berhubung wang RM2,600 juta, bekas TPM, Zahid Hamidi, seharusnya perlu disiasat juga untuk mengetahui sama ada beliau bercakap benar atau tidak berhubung kenyataannya telah menemui waris keluarga diraja Arab Saudi yang didakwa sebagai perderma kepada Najib itu.

Zahid Hamidi mesti membuktikan beliau bercakap benar dan tidak mereka-reka cerita semata-mata untuk melindungi Najib.

Dalam waktu yang sama, Zahid Hamidi dipercayai ada kes lama atas dakwaan memukul seorang pemuda sehingga pecah mukanya dan mengalami cacat kekal sehingga ke hari ini.

Semua kes itu mesti dibuka semula dan disiasat dengan seadil-adilnya.

Berkaitan skandal 1MDB yang daripadanya mengalir wang RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib, hampir semua pemimpin UMNO yang pernah menerima tunai sama ada RM1 juta, RM2 juta atau sebagainya daripada Najib,  semestinya wajib dipanggil untuk disiasat.

Adalah penting untuk mengetahui sama ada wang yang diterima daripada Najib itu berpunca daripada 1MDB atau tidak dan jika terbukti ianya wang curi, penjara kerana bersubahat adalah selayaknya bagi semua mereka.

Begitu juga dengan bekas pemimpin Pas, Nasharuddin Mat Isa yang pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli telah menerima wang tunai berjuta-juta daripada Najib yang dipercayai untuk dberikan kepada pemimpin-pemimpin Pas, beliau mesti dan wajib dipanggil untuk disiasat juga.

Harus diketahui untuk tujuan apa wang itu diberikan kepadanya dan kepada pemimpin Pas mana beliau pernah mengagih-agihkan wang tersebut.

Bagi para pemimpin UMNO yang menjadi menteri, timbalan menteri atau mengetuai mana-mana agensi kerajaan di era Najib, inilah juga masanya untuk Tun Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan menyiasat, mendakwa dan seterusnya menghukum mereka jika didapati ada melakukan kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Terlalu banyak skandal dan ketirisan berlaku di semua kementerian dan agensi kerajaan di waktu Najib menjadi Perdana Menteri sehingga bukan saja para menteri yang hidup kaya raya, bahkan pegawai dan anak isteri mereka juga hidup mewah seolah-olah datuk nenek mereka adalah berasal daripada keluarga berada.

Lebih-lebih lagi bagi kes yang sudah menjadi perhatian media sebelum ini seperti Felda, MARA, Felcra, Tabung Haji dan banyak bagi yang pernah disiasat SPRM tetapi kesnya senyap begitu saja, fail-failnya wajib dibuka semula.

Para pegawai di Pejabat Perdana Menteri yang antara peranan mereka melindungi salah laku dan kejahatan Najib serta Rosmah,  tidak seharusnya terkecuali untuk disiasat dan didakwa, tambahan lagi jika mereka mengamalkan gaya kehidupan mewah yang melampau-lampau selama ini.

Daripada semasa ke semasa, senarai mereka yang perlu disiasat, dibawa ke muka pengadilan dan seterusnya akan dihukum penjara, pasti sentiasa bertambah panjang.

Dalam misi untuk menyelamatkan negara sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan, pembasmian secara menyeluruh dan habis-habisan terhadap segala salah laku di era kleptokrasi Najib, bukan saja tidak dapat dielakkan, tetapi itulah kehendak rakyat sebenarnya.

Maka, jika berterusan ada tangkapan, siasatan, pendakwaan dan pemenjaraan terhadap pendurjana harta negara itu, muatkah penjara sedia ada untuk menempatkan mereka?

Untuk itu, barangkali projek pertama yang harus dimulakan segera oleh kerajaan baru ini ialah membesarkan lagi Penjara Sungai Buloh yang ada sekarang. (ShahbudinHusin 12/05/2018)

ref: 
Shahbudin dot com: NAMPAKNYA PROJEK PERTAMA PAKATAN HARAPAN IALAH MEMBESARKAN LAGI PENJARA SUNGAI BULOH....




Tiada ulasan: