Sabtu, 9 Jun 2018

Aadalah... antara penyokong setia parti itu yang mempercayai setiap kata yang diucapkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. 7762.


NASIONAL
Pengarah SRC International dapat perlindungan penuh
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 JUN 2018
SHAH ALAM - Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International), Datuk Suboh Mohd Yasin diberi perlindungan penuh selepas tampil membantu siasatan skandal anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), bulan lalu.

Difahamkan, ia merupakan pertemuan kedua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Suboh, selepas saksi penting itu tidak memberikan kerjasama kira-kira tiga tahun lalu.

Sebuah portal melaporkan, menurut sumber pertemuan pertama berlangsung di Indonesia tidak mendapat kerjasama kerana Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikaitkan secara langsung dalam skandal itu masih lagi menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, pegawai SPRM sekali lagi bertemu Suboh dan mengambil keterangannya di Indonesia, pada bulan lalu iaitu selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

"Sekarang dia (Suboh) sedang membantu siasatan selepas Najib kalah pada PRU14.

"SPRM juga berjaya memisahkan dia daripada Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil (Pengarah SRC International yang dikehendaki SPRM)," katanya.

Pertemuan SPRM dan Suboh dikatakan turut mendapat bantuan agensi anti rasuah di negara tersebut.

Difahamkan, sehingga kini Nik Faisal Ariff belum dikesan dan beliau dipercayai sedang bersembunyi sama ada di Indonesia, London atau China.

Bagaimanapun, menurut sumber terbabit, pihak SPRM sudah mengenal pasti lokasi persembunyian Nik Faisal Ariff dan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atay dikenali sebagai Jho Low.

“SPRM sedang mendapatkan bantuan daripada polis antarabangsa (Interpol) bagi membawa mereka pulang,” kata sumber itu.

Kelmarin, SPRM mengeluarkan kenyataan meminta Jho Low dan Nik Faisal Ariff tampil bagi membantu siasatan kes berkaitan SRC International.

[ARTIKEL BERKAIATN: SPRM kesan Pengarah SRC dan Jho Low]

ref:
Pengarah SRC International dapat perlindungan penuh - Nasional - Sinar Harian

BERITA

Saya memang percaya wang ditemui itu milik Umno, dakwa Bung Moktar

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin mengaku bahawa beliau adalah antara penyokong setia parti itu yang mempercayai setiap kata yang diucapkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Oleh itu, beliau yakin bahawa wang tunai yang dirampas oleh polis dari Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada 18 Mei, memang milik Umno seperti yang didakwa oleh bekas presiden parti itu.
"Menurut Najib, itu adalah wang parti. Kerana beliau mendakwa begitu, maka tidak ada yang salah (untuk parti itu memiliki jumlah wang tunai sebanyak itu) kerana semua orang boleh menyumbang kepada parti," kata Bung kepada Malaysiakini.
Mengenai kenapa wang itu disimpan di apartmen mewah bukan di bank, beliau berkata: "Mungkin (Najib) tidak mempunyai masa untuk mengaturnya (untuk masukkan wang itu ke bank) kerana dia berjalan setiap hari (semasa tempoh kempen pilihan raya) Tetapi saya tak tahu, hanya Najib yang tahu.
Dalam satu wawancara, Bung Moktar berkata beliau menyandarkan kesetiaannya kepada Najib kepada legasi yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui Umno selama lebih dua dekad.
"Saya percaya para pemimpin saya kerana kita dilatih untuk setia kepada para pemimpin kita. Pada masanya, Dr Mahathir melatih kita untuk mempercayai pemimpin, Walaupun jika Dr Mahathir tidak lagi bersama kita, kita masih percaya kepada pemimpin kita," kata Bung Moktar, yang mengekalkan kerusi Parlimennya di Kinabalu dalam pada pilihan raya umum 9 Mei.
Najib, yang meletak jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN pada 12 Mei, dan kini sedang disiasat polis di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 berkaitan dengan 1MDB.
Tiga minggu yang lalu, polis merampas 35 beg wang tunai dalam 26 mata wang berjumlah RM114 juta, 37 beg barang kemas dan jam tangan serta 284 kotak beg tangan berjenama dari tiga unit di Pavilion Residences.
Najib dilaporkan membuat laporan polis yang mendakwa wang tunai yang dirampas itu adalah derma untuk kempen Umno.
Pentadbir parti mengatakan bahawa ia adalah tradisi bagi presiden parti untuk mengutip dan menguruskan dana kempen.
ref:
Saya memang percaya wang ditemui itu milik Umno, dakwa Bung Moktar

Politik Tun PM - satu pandangan 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengamanahkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengamanahkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan kuasa untuk mengawasi beberapa syarikat terbesar negara yang secara kolektif bernilai lebih RM1 trilion, menurut akhbar Singapura, The Straits Times.

Menurut laporan itu, langkah terkini memberi kuasa kepada Azmin boleh mencetuskan persaingan dalam parti komponen HARAPAN dan membolehkan Mahathir mendapat kelebihan ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar harian berbahasa Inggeris itu memetik sumber yang mengatakan syarikat-syarikat yang diletakkan di bawah pengawasan kementerian akan merangkumi gergasi minyak negara Petronas, dana pelaburan negara Khazanah Nasional dan pengurus hartanah Perbadanan Nasional Berhad.

Selain itu, bidang kuasa menteri hal ehwal ekonomi juga meliputi agensi yang bertanggungjawab terhadap kebajikan orang Melayu-Islam seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tabung Haji serta unit dan jabatan kerajaan yang membantu usahawan Melayu.

Felda dan Tabung Haji yang dicemari pelbagai skandal berprofil tinggi semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kini ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Bidang kuasa ini begitu luas yang merancang untuk menempatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah menteri hal ehwal ekonomi kemungkinan akan dibatalkan," kata sumber yang biasa dengan penstrukturan semula berkenaan.

Laporan itu menyebut bahawa Mahathir telah membuat "isyarat besar" untuk melantik Azmin kerana pemindahan Petronas, Khazanah dan lebih daripada 60 syarikat lain - sebelum mengambil kira mana-mana subsidiari (anak syarikat)- akan menjadi satu proses rumit yang mungkin memerlukan pindaan undang-undang serta kelulusan parlimen.

Laporan itu mendakwa tindakan Mahathir itu sebagai satu lagi strategi "dasar pecah dan perintah" selain berkata ini kerana partinya BERSATU hanya menang 13 kerusi parlimen manakala PKR mendapat 49 kerusi - kerusi paling banyak di antara parti komponen HARAPAN.

Laporan itu berkata Azmin dilantik jawatan menteri utama walaupun cubaan PKR untuk mendapatkan satu daripada empat portfolio utama - kewangan, kementerian dalam negeri, pertahanan atau pendidikan - ditolak semasa peringkat awal rundingan.

Menurut laporan itu lagi, langkah Mahathir memberi kuasa kepada Azmin telah mencetuskan kerisauan di kalangan penyokong Anwar.

Laporan itu turut mendakwa Azmin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menjadi sebahagian daripada kumpulan pesaing dalam PKR yang menghadapi Anwar dan isterinya, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, Anwar sendiri dalam pertemuan rasmi pertama dengan pemimpin PKR sejak dibebaskan daripada penjara pada awal minggu ini, mengingatkan mereka untuk memberikan sokongan penuh kepada pentadbiran Mahathir.

Selain daripada pelantikan Azmin dan mengukuhkan sokongan parti HARAPAN, The Straits Times juga berkata Mahathir telah mengorak langkah memecah-belahkan barisan pembangkang melalui pertemuan baru-baru ini dengan pemimpin tertingginya - pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg.

Laporan itu mengatakan langkah-langkah sedemikian mengingatkan strategi Mahathir sendiri yang telah dilaksanakan semasa beliau menjadi presiden Umno.

"Mahathir ialah jaguh catur yang sempurna dalam hal berkenaan.

"Apabila politik perkauman berada pada tahap yang tinggi, beliau memastikan selain daripada orang Melayu, setiap komuniti akan mempunyai dua komponen BN yang bercanggah untuk mewakili suara mereka, bukannya menentang penguasaannya," kata penasihat utama Pacific Research Centre, Oh Ei Sun. -malaysiakini at 6/09/2018 10:14:00 PTG

ref:
KERENGGA

10 June 2018
Habih pakat kena kencing dengan MO1...
Rupa-rupanya peruntukan untuk bayaran itu tidak dimasukkan dalam belanjawan semasa ia dibentangkan di parlimen pada 2017.

Janji bonus raya Najib tahun lalu belum boleh ditepati.

Kerajaan mendedahkan janji pemberian bonus Aidilfitri kepada kakitangan awam oleh Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat pada Okt 2017 tiada dalam peruntukan belanjawan negara.

Dalam kenyataannya hari ini Kementerian Kewangan menjelaskan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 yang disebut Najib semasa beliau membentangkan belanjawan itu tidak lebih sekadar pengumuman biasa.

"Sebenarnya peruntukan bagi pengumuman bayaran tersebut tidak disediakan dalam Bajet 2018. Perkara ini telah disahkan oleh Pejabat Akauntan Negara," kata kenyataan berkenaan.

Justeru, kata Kementerian Kewangan, peruntukan bagi menyalurkan bayaran khas berkenaan masih perlu mendapat kelulusan parlimen.

Hal itu katanya turut disahkan oleh Akauntan Negara Datuk Saat Esa.

Peruntukan berkenaan, kata Kementerian Kewangan, perlu dibentang sebagai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2018 dan diluluskan apabila Dewan Rakyat bersidang pada Julai nanti.

"Maka, kenyataan Menteri Kewangan baru-baru ini bahawa peruntukan tambahan atau Rang Undang-undang Akta Perbekalan Tambahan untuk bayaran khas Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara masih perlu diluluskan dalam sidang parlimen Julai ini adalah tepat," katanya.

Bayaran yang dijanjikan Najib - ketika itu memegang jawatan perdana menteri sekali gus menteri kewangan - dinyatakan beliau pada 27 Okt 2017. - f/bk

Keputusan mahkamah tertinggi akhiri pemerintahan ketua hakim 
Khidmat Ketua Hakim Negara 
bakal diakhiri...

Tempoh Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara mungkin berakhir menerusi keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap cabaran perlembagaan dikemukakan Majlis Peguam terhadap pelantikannya, kata peguam.

Mereka percaya keputusan tentang perlembagaan akan menyebabkan mahkamah tertinggi itu berpihak kepada Majlis Peguam, yang memfailkan cabaran undang-undang itu pada Oktober.

Pada 14 Mac, panel tujuh hakim mendengar permohonan rujukan Majlis Peguam dan Persatuan Peguam Sarawak (SAA), tetapi menunda keputusan mereka.

Kumpulan peguam itu memohon deklarasi bahawa terma lanjutan jawatan Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai tidak berperlembagaan dan meminta mereka dipecat.

Hakim Hasan Lah mengetuai panel yang terdiri daripada hakim Zainun Ali, Ramly Ali, Azahar Mohamed, Zaharah Ibrahim, Balia Yusof Wahi, Aziah Ali dan Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Keputusan tertunda bermakna perbicaraan sudah selesai tetapi panel mengambil masa untuk menyampaikan keputusan,” kata Timbalan Pengerusi Bersama jawatankuasa undang-undang perlembagaan Persekutuan Badan Peguam Malaysia, Lim Wei Jiet.

“Maka pengumuman oleh mahkamah tertinggi Malaysia dan ketua hakim dan pejabat presiden mahkamah rayuan dikosongkan dengan serta-merta.”

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman perlu mencadangkan nama untuk mengisi kedua-dua jawatan itu kepada perdana menteri, yang kemudian akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik dua hakim tertinggi negara.

Raus dan Zulkefli dilantik sebagai hakim tambahan pada Julai tahun lalu, dan kekal dengan jawatan itu melepasi usia persaraan mandatori 66 tahun dan enam bulan.

Raus dilantik sebagai ketua hakim pada 1 April tahun lalu, dan Zulkefli presiden mahkamah rayuan, tiga hari kemudian pada 4 April. Nama mereka disyorkan oleh Pejabat Perdana Menteri ketika pentadbiran Najib Razak. - malaysianinsight

Chief justice’s reign may end by way of apex court ruling
CM Abang Johari ‘lying’ about oil ownership...
A Sarawak DAP Youth leader has shot down claims by Chief Minister Abang Johari Abang Openg that the state will regain full ownership of its oil and gas resources.

In a statement, Sarawak DAP Youth publicity secretary Abdul Aziz Isa said this follows Petronas seeking a court declaration that it is the exclusive owner of petroleum resources and sole industry regulator throughout Malaysia – including Sarawak.

“Without a shadow of a doubt, this (legal application) proves that the chief minister had blatantly lied to Sarawakians when he claimed that Sarawak will regain rights to fully exploit oil and gas resources and other resources constitutionally under the State List as per the Ninth Schedule of the Federal Constitution,” he said.

Petronas also wants the Petroleum Development Act (PDA) 1974 to be declared the de facto law governing the industry.

“He (Abang Johari) didn't just lie once but twice.

“The second lie was when he claimed that the then-prime minister Najib Abdul Razak had agreed to return the state's power over its natural resources including oil and gas that had been inadvertently eroded over the years.”

Aziz said that Sarawak BN should have instead pushed for amendments to Section 2(1) and Section 6(1) of PDA – which would have restored the state’s rights to its resources – while BN still held federal power.

“By virtue of the provisions of the PDA 1974, the ultimate ownership and control of the oil and gas industry in Sarawak remains with Petronas, and the prime minister (since Petronas was put under the Prime Minister's Department)."

Regulate, but not own

Aziz also pointed out that Sarawak’s Oil Mining Ordinance 1958 vests the state with full autonomy over its oil and gas resources, yet it has only been granted regulatory powers by the federal government to date.

“We are not talking about regulatory authority, but ‘ownership’ of all our oil and gas resources. We may have regulatory authority to manage our oil and gas resources, but do we own them?

“If Sarawak already had full ownership of its oil and gas resources, Sarawak need not pay the five percent royalty.

“In my humble opinion, Abang Johari is avoiding the real issue which is the ‘ownership’ of oil and gas found in Sarawak,” he said.

Petronas' decision to seek the declaration comes just a month before the Sarawak government is scheduled to assume full regulatory authority over the upstream and downstream aspects of the industry through Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Abang Johari had launched Petros to much fanfare prior to the May 9 elections.

At the time, he claimed Najib had agreed to return oil rights to the state. - mk
US Wants Malaysia To Charge Najib For Stealing RM17.9 Billion.
Story kat SINI dan SINI  
Saksi penting kes SRC serah diri 
Story kat SINI dan SINI  dan SINI

Melayu UMNO tolong sedar buka mata


cheers.
Posted by ali allah ditta at 12:21:00 AM 

ref:
tumpang sekole...?: Habih pakat kena kencing dengan MO1...
















mnoPQrstu.

Tiada ulasan: