Ahad, 10 Jun 2018

Jangan cepat melatah. 7763

RENCANA»Agama
Ahad, 10 Jun 2018 | 6:30am
Bharian Rencana Agama
Oleh Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
cnews@nstp.com.my

Islam membenarkan wanita berjemaah dan mengikuti majlis ilmu di masjid tetapi perlu patuhi syarat ditetapkan.

Ulama sepakat wanita boleh berjemaah, ikuti program masjid

S: Apakah hukum wanita keluar ke masjid untuk solat berjemaah.

J: Masjid tempat yang sepatutnya menjadi tempat tumpuan umat Islam. Institusi masjid mampu melahirkan golongan bertakwa tanpa melihat kepada usia, jantina dan pangkat.

Firman Allah SWT bermaksud: "Hanyalah yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang yang selalu mendapat petunjuk." (Surah At-Taubah, ayat 18)

Setiap manusia yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat digalakkan solat berjemaah di masjid bagi meletakkan mereka setaraf dengan orang yang disebut dalam ayat di atas.

Sehubungan itu, ulama terdahulu dan moden sudah bersepakat membenarkan wanita menghadiri masjid untuk tujuan kebaikan seperti solat berjemaah, majlis ilmu dan sebagainya.

Namun, mereka wajib mematuhi syarat ditetapkan antaranya keluar rumah dengan berpakaian yang menepati kehendak syariat Islam, mendapat keizinan penuh daripada wali ataupun suami.

Yakin bahawa perjalanan mereka ke masjid selamat daripada sebarang jenis keburukan dan kemudaratan kecuali ia berlaku tanpa diduga dengan izin Allah SWT.

Pastikan keluarnya mereka ke masjid tidak mengganggu urusan atau tanggungjawab mereka yang lebih besar seperti menjaga makan minum suami, anak dan lebih baik jika perjalanan ke masjid ditemani muhrim atau teman wanita yang baik.

S: Saya seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Kebiasaan saya sejak di bangku sekolah tidak pernah solat kecuali berjemaah di masjid atau pada awal waktu. Namun, selepas menyambung pengajian di IPTA, saya selalu melewatkan solat kerana waktu azan Zuhur saya masih di dewan kuliah. Adakah saya berdosa kerana melewat-lewatkan solat?

J: Pertama sekali, ustaz ingin mengucapkan tahniah kepada anda sebagai anak muda yang sangat menjaga solat. Semoga Allah merahmati anda dan rakan yang mengambil berat kewajipan solat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya solat itu telah diwajibkan ke atas orang beriman pada waktu yang ditetapkan." (Surah al-Nisa', ayat 103)

Pun begitu, tidak dinafikan menuntut ilmu adalah tanggungjawab terpenting dalam kehidupan. Manusia tidak akan berjaya di dunia mahupun akhirat tanpa ilmu.

Oleh sebab itu, Allah SWT berfirman bermaksud: "Allah SWT mengangkat martabat golongan beriman dalam kalangan kamu yang mengangkat martabat ilmu." (Surah al-Mujadilah, ayat 11)

Berdasarkan kepada ganjaran yang diberi Allah SWT ini, maka Nabi SAW bersabda: "Sesiapa sahaja dalam kalangan kamu yang menyusuli jalan menuju ilmu, maka Allah SWT akan memudahkan urusan mereka untuk masuk ke dalam syurga."

Dalil itu jelas menunjukkan bahawa menuntut ilmu antara daripada arahan dalam Islam yang wajib diikuti dan ditaati.

Berhubung masalah yang anda hadapi, iaitu pertembungan antara waktu solat dengan waktu belajar, ustaz berpendapat adalah tidak salah dan berdosa anda melewatkan sedikit waktu solat Zuhur sehingga habis waktu kuliah.

Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa melewatkan waktu menunaikan solat Zuhur bagi memberi ruang kepada waktu kuliah mestilah tidak melewati waktu asar. Jika melewati waktu asar maka anda berdosa dan wajib qada secepat mungkin.

Bagi mengelakkan hal ini berlaku, anda perlu bijak mengatur masa. Mungkin anda boleh keluar sekejap waktu kuliah bagi menunaikan solat secepat mungkin dan kembali ke dewan kuliah.

Oleh itu, jangan gusar dengan perbuatan anda yang terpaksa melakukan sesuatu yang luar kebiasaan bagi memberi ruang kepada kuliah kerana waktu yang diperuntukkan Allah SWT untuk menunaikan solat cukup dan bersesuaian, kita sahaja yang tidak pandai mengaturnya.

Penulis adalah pensyarah Fiqh Kepenggunaan Semasa Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

ref:
Ulama sepakat wanita boleh berjemaah, ikuti program masjid | Agama | Berita Harian

RENCANA»Komentar
Ahad, 10 Jun 2018 | 7:12am
Bharian Rencana Komentar
Oleh Azhar Abu Samah azhars@bh.com.my
Keprihatinan Menteri Pendidikan yang baharu, Dr Maszlee Malik berhubung pelbagai isu pendidikan khususnya soal SKPMg2 yang dibangkitkan kelompok guru, akhirnya diberhentikan. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Berakhir derita angkara SKPMg2

'Kerja bodoh' yang dizahirkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Guru (NUTP) baru-baru ini, berhubung penyediaan dokumen atau eviden pengurusan untuk Pelaksanaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang selama ini membebankan guru, akhirnya diberhentikan pelaksanaannya mulai Khamis lalu.

Senario sekurang-kurangnya tiga beg besar yang digunakan untuk memasukkan eviden untuk diaudit Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), Kementerian Pendidikan sudah berakhir dan tidak perlu lagi diheret ke kementerian.

Penulis turut berpeluang melihat gambar eviden ini dimasukkan dalam tiga beg besar untuk dimasukkan dalam boot kereta oleh seorang rakan guru.

Sekali pandang, kita beranggapan guru terbabit - daripada pengetua, penolong kanan sampailah guru kanan - dengan beg besar mahu pergi bercuti keluar negara atau menunaikan umrah, sedangkan mereka terpaksa bersengkang mata atau 'berkurung' beberapa jam, menyelongkar fail, mengumpul maklumat dan menyiapkan laporan untuk memenuhkan beg terbabit.

Keprihatinan Menteri Pendidikan yang baharu, Dr Maszlee Malik berhubung pelbagai isu pendidikan yang dibangkitkan kelompok guru, sama ada melalui media sosial, khususnya soal SKPMg2 menyebabkan program itu yang dikenali sebagai Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) pada 2001, dijenamakan semula pada 2003 dengan nama Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan kemudian ditambah baik pada 2010 dan bermula Mac 2017 dikenali sebagai SKPMg2, akhirnya diberhentikan.

Perjuangan NUTP selama ini yang menyifatkan penyediaan eviden itu oleh guru sebagai kerja bodoh, menyusahkan, membuang masa dan tidak berbaloi akhirnya dinoktahkan oleh Maszlee.

Apapun alasan Jemaah Nazir yang sebelum ini mempertahankan tindakan mereka, hakikatnya NUTP yang menaungi guru di seluruh negara melihat kerja penyediaan eviden itu tidak mendatangkan hasil kepada proses pengajaran dan pembelajaran, apatah lagi mengambil masa guru untuk mengajar dan berinteraksi dengan murid di kelas.

Isu SKPMg2 timbul apabila pentadbir sekolah dan guru mempertikaikan tujuan atau matlamatnya, selain perlu menyediakan eviden itu untuk Jemaah Nazir, sedangkan datanya sudah sedia wujud dalam pangkalan data Kementerian Pendidikan.

Sepatutnya tiada masalah JNJK untuk mendapatkan maklumat itu kerana ia berada dalam jabatan di bawah kementerian yang sama.

Logikkah pengetua/guru besar dan guru diminta mengisi data isu Latihan Sumber Manusia di sekolah oleh Jemaah Nazir jika maklumat ini boleh diakses daripada Sistem Pendidikan Latihan Guru (SPLG).

Jemaah Nazir memerlukan data mengenai pengajaran daripada jadual waktu, sedangkan mereka boleh merujuknya melalui e-Operasi.

Ini belum lagi membabitkan soal disiplin murid, data aktiviti dan pencapaian kokurikulum, malah soal kebersihan dan keselamatan sekolah yang dipukalkan kepada sekolah untuk menyediakannya, sedangkan ia boleh diakses dengan mudah melalui portal jabatan pendidikan negeri dan jabatan pendidikan daerah.

Dengan pelbagai hujah diberikan NUTP, timbul persoalan, jika Jemaah Nazir dengan mudah boleh mendapatkan maklumat diperlukan melalui pangkalan data, kenapa perlu ia memberi tekanan dengan 'memaksa' guru atau pentadbir sekolah melakukannya, sedangkan ia mempunyai sistem ICT yang canggih di pejabat?

Sudah sampai masa Kementerian Pendidikan di bawah teraju Maszlee meneliti semula fungsi JNJK atau Jemaah Nazir ini yang kini mendapat tanggapan dalam kalangan pendidik lebih menjurus mencari kesalahan di sekolah, mempamerkan 'kuasa' dan serba tahu ketika memantau pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah, walhal guru yang dipantau dan diberi nasihat seusia ibu atau bapa mereka.

Paling utama kembalikan semula tugas guru mengajar di sekolah, bukan banyak menghabiskan masa mengisi borang atau melakukan kerja perkeranian, meninggalkan sekolah kerana menyertai seminar atau bengkel yang kadangkala lebih kepada memenuhi agenda politik sesuatu kelompok seperti yang berlaku sebelum ini.

Penulis adalah Pengarang Bersekutu Gaya Hidup/Hal Ehwal Semasa BH

ref:
Berakhir derita angkara SKPMg2 | Komentar | Berita Harian



Mungkin malaikat tolong kot, kata Hanipa apabila menang PRU 14
MALAYSIA DATELINE 

MP Sepang mengulas belanja kempen BN sehingga RM20 juta untuk iklan sahaja.

“Mungkin malaikat tolong kot,” kata Mohamed Hanipa Maidin, ahli parlimen Sepang apabila menang dalam PRU 14 lalu walaupun dengan kempen minima.

Bagi Hanipa, beliau bersedia untuk kalah dalam pilihan raya lalu apabila menghadapi kempen BN yang dilaporkan kini bernilai RM20 juta untuk belanja iklan kempen sahaja.

“Bila jam 1.45 pagi saya terima result..mak datuk menang dengan majoriti 18,705 undi. Biar betul. Saya bergurau ..mungkin malaikat tolong kot,” kata Hanipa dalam posting di facebook beliau hari ini dipercayai menyindir kenyataan seorang pemimpin Pas Kelantan yang mendakwa malaikat bakal menolong mereka.

Hanipa mengulas laporan bahawa BN tetap kalah walaupun telah belanjakan RM20 juta untuk iklan kempen sahaja.

Bagi Hanipa, pilihan raya kali ini beliau paling rileks sekali.

“Ada kawan tanya saya macam mana kempen saya kali ini (PRU 14)? Saya jawab “paling rileks dalam sejarah.” Keluar luar dari rumah sebelah pagi relatifnya agak lewat..tengah hari dah balik. Rehat kat rumah. Malam keluar balik bila ada ceramah,” tulis beliau.

Menurut Hanipa, apabila ada petugas yang hendak membawa beliau ke satu kawasan pengundi bukan Melayu, beliau berkata, “Saya kata kat dia tak perlu lah. Bukan over confident tapi rasa macam tak perlu pergi.”

Malahan dalam kempen, Hanipa menyebut, “tuan puan telah pilih saya sebelum ini. Saya telah sedaya upaya cuba laksanakan amanah saya sama ada di dewan atau di luar dewan.
“Jika tuan puan rasa saya gagal…tuan puan berhak tak undi saya. Saya hormat pilihan tuan puan..”

Di hari mengundi pula, kata Hanipa, beliau pusing satu Sepang walaupun tak sempat pergi kesemua tempat.

“Di satu tempat, saya didatangi petugas yang adu kat saya Polling Agent PH tidak boleh masuk dan tak boleh bertugas kerana dihalang.

“Surprisingly (mengejutkan), saya masih cool (tenang) dan tak marah atau upset (terkejut). Boleh senyum lagi,” cerita Hanipa.

Apa yang berlaku, beliau siap keluar kawasan lagi pada hari mengundi.

Pergi ke tempat Mohamad Sabu, Presiden AMANAH yang bertanding di Kota Raja dan Dr Mariah Mahmud, Ketua Angkatan Wanita AMANAH di Dun Sri Serdang.

“Saya hubungi YB Shah Alam (Khalid Samad) offering my help to kempen..dia pun macam saya ..cool n rilex,” kata Hanipa.

Apabila wartawan bertanya peluang beliau, Hanipa menjawab 50-50..tetapi lebih kepada kalah.

“Ya lah macam-macam isu depa hentam saya ..tiga penjuru lagi. Orang parti suci lagi lah mahu saya kalah. Saya terima itu semua,” katanya.

Namun, kata Hanipa, apabila beliau melihat BN meletak gambar MO1 (Datuk Seri najib Razak) di banyak tempat, “Saya kata dalam hati, habislah BN”.

“Anyway, saya lihat kempen parti suci agak canggih. Ada billboard ..mahal tu,” katanya lagi merujuk kepada Pas.

Hanipa mengakui bahan kempen beliau paling minima.

“Ya lah parti 1 peratus je,” katanya merujuk kepada sindiran sesetengah pihak bahawa AMANAH hanya disokong oleh 1% pengundi sahaja.

“Ada kawan saya kata kat saya ..dia risau di tempat dia poster saya tak ada langsung.

“Saya kata betul tapi bukan tempat dia je, tempat lain pun sama,” katanya.

Bagi Hanipa, dia sudah sedia dari segi mental untuk kalah dalam PRU 14 ini.

“Ya lah dalam PRU 13 orang kata saya menang pun nasib je …seribu lebih je majoriti. Kawan saya ramal jika saya menang pun hanya sekadar 1,800 majoriti je.”

ref:
KERENGGA: Mungkin malaikat tolong kot, kata Hanipa apabila menang PRU 14

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™ merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

Bagi penyokong yang kononnya berhati suci. Menuntut Janji-Janji Kerajaan Tanggung jawab Bersama

Menuntut janji bukanlah suatu kesalahan. Sesiapa sahaja hatta penyokong daripada blok pembangkang sekali pun mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia untuk menuntut janji yang telah dijanjikan oleh kerajaan hari ini. Walaupun hakikatnya janji hanya dibuat kepada yang menyokongnya. 

Masalah dengan masyarakat kita ialah kurangnya amalan membaca. Manifesto PH yg ditulis dalam Buku Harapan setebal 203 muka surat seharusnya dijadikan rujukan utama. Namun masih ada segelintir daripada kita yang menunjukkan kebebalan tahap maksima. Golongan ini lebih senang berkongsi video2 fitnah yg sudah tidak relavan dan screen shot fitnah yg entah daripada mana sumbernya. Jelas di sini ada pihak yg sengaja ingin mengelirukan rakyat. Tetapi kita jangan jadi bebal dengan click butang share. Sikap tapis dan kaji perlu ada. Tabayyun sebelum sebar.

Buku Harapan:
https://kempen.s3.amazonaws.com/pdf/Buku_Harapan.pdf

1. GST (Janji 1-ms16)

GST 0% sudah pun dimaklumkan dan akan mula pada 1 Jun 2018. Janji ini akan ditunaikan. Secara jelas dinyatakan akan digantikan dgn SST. Lalu diperdebatkan pula GST vs SST. Ini sudah terang lagi bersuluh. GST itu cukai di setiap peringkat, manakala SST hanya di peringkat kilang. Janganlah terus bandingkan 6% dengan 10%. Bezakan dahulu dan fahami apa itu GST dan SST.   

2. Harga Minyak (Janji 7-ms30)

Jelas dalam Buku Harapan tidak ada satu ayat pun mengatakan "Hari ini perintah esok turun harga minyak." Ramai yg kongsikan video Rafizi & Anwar yg lama. PRU13 dulu ya ada janji tersebut dalam Buku Jingga. Tetapi kali ini yg dijanjikan oleh PH ialah menstabilkan harga minyak. Janji ini telah pun ditunaikan. Namun subsidi kepada golongan sasar belum ditunaikan. Golangan sasar yg dimaksudkan ialah motosikal bawah 125cc dan kereta bawah 1300cc. Satu mekanisma baru akan diwujudkan untuk membantu golongan ini. Yg ini yg patut kita tuntut, tetapi malang emosi menguasai diri tanpa mahu membaca dan mengkaji.

3. Caruman KWSP (Janji 36-ms100)

Isu ini ada juga yg tidak berpuas hati dengan mengatakan "Mengapa perlu libatkan gaji suami?". Tolong baca manifesto, memang sudah dirancang dikaji dan dicanang begitu. Ada juga yg tanya suami yg tiada KWSP bagaimana? Ini soalan bijak dan matang. Tetapi kita kena faham suami yg begitu masuk kategori lain. Janji ini untuk suri rumah dan suami yg ada mencarum dengan KWSP sahaja. Yg bekerja sendiri ada alternatif lain yg akan dibantu kerajaan kelak. Ada juga yg bertanya "Mengapa RM50 sahaja, janji kata RM600?". Ini masalah matematik, RM50 kali 12 bulan berapa? 

4. PTPTN (Janji 5-ms26)

Isu PTPTN ini adalah kelonggaran yg diberikan oleh kerajaan. Jangan fikir benda ini sebagai kemudahan untuk melancong ke sana ke mari. Hutang tetap kena bayar. Kelonggaran ini diberikan kepada golongan yang benar2 terhimpit dengan masalah kewangan. Interest 1% tetap berjalan walaupun diberi pelepasan. Kalau kita berkemampuan bayarlah sedikit demi sedikit. Tidak ada dalam Buku Harapan yg menyatakan pemansuhan PTPTN secara total. Janji 5 ini juga melibatkan janji kepada anak muda dalam pembelian kereta dan juga insentif perkahwinan, tetapi tidak termasuk dalam 10 janji 100 hari. 

5. Menghapuskan Tol (Janji 6-ms28)

Isu tol ini diperbesarkan dengan screen shot dari Simpang Renggam yg diragui keabsahannya. Seolah ada pihak lain yg cuba mengelirukan rakyat. Yg tercatat dalam manifesto ialah kerajaan akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuhraya dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat. Janji ini tidak termasuk dalam 10 janji 100 hari. Sesiapa yg waras pun tahu rundingan akan memakan masa yg panjang dan bukannya hari raya ini tol akan dihapuskan.

6. BRIM (Janji 3-ms19-20) 

Sudah jelas dinyatakan BRIM akan diteruskan. Mengapa perlu dikaitkan dengan BN 2.0? Tahukah kita masih ramai di luar sana yg benar2 mengharapkan duit BRIM ini. Kita yg berkemampuan atau kaya, janganlah angkuh memperlekehkan usaha kerajaan. Sebaliknya lalukanlah usaha membantu golongan yg memerlukan. 

Kesimpulannya adalah kita ini rakyat Malaysia yg jenis bagaimana? Yg jenis tuntut janji tidak ketahuan hala atau yg jenis berpegang pada fakta. Saya yakin dengan kepimpinan yg ada hari ini mampu melaksanakan 10 janji 100 hari itu. Belum sampai sebulan lagi pemerintahan, sudah hampir 50% daripada 100 hari janji sudah ditunaikan. Terdapat 60 janji kesemuanya yg berpaksikan kepada 5 teras yg telah dijanjikan oleh PH. 

Saya seikhlas hati mengatakan kerajaan hari ini tidak mampu tunaikan semuanya dalam tempoh 5 tahun mendatang. Saya akan berpuas hati hanya jika 85% daripada 60 janji itu dapat ditunaikan. Jika mereka gagal menunaikannya, rakyat berhak memilih kerajaan yg baru pada PRU15 kelak.

Satu persoalan yg ditimbulkan mengapa janji PRU13 lebih populis dan manis berbanding PRU14? Jawapannya mudah, tan

ref:
Bagi penyokong yang kononnya berhati suci ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Kolumnis
Ahad, 10 Jun 2018 | 6:41am
Keratan akhbar BH 6 Jun lalu. 
Jangan cepat melatah, tabur fitnah
BharianKolumnis2018
Oleh Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
cnews@nstp.com.my

Ada dua perkara utama yang agak menarik dalam isu pelantikan Peguam Negara, baru-baru ini.

Pertama, begitu ramai dalam kalangan kita, tidak kira sama ada mereka ahli akademik atau politik, malah peminat tegar warung kopi, begitu hebat memberi tafsiran dan ulasan mengenai Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Hujah mereka mengalahkan pembuat dasar, mahupun peguam terlatih. Jarang sekali sebelum ini, sesiapa pun mengambil tahu mengenai Perkara 145. Tiba-tiba ia menjadi satu topik yang begitu ilmiah.

Kedua, rakyat Malaysia sekarang sudah begitu cenderung untuk melakukan petisyen. Petisyen ialah surat permohonan atau rayuan, biasanya ditandatangani oleh sekumpulan orang kepada pihak berkuasa untuk meminta sesuatu pertimbangan.

Sejak akhir-akhir ini, begitu banyak petisyen dikemukakan di alam maya, semuanya mahu diprotes.

Petisyen dikemukakan bagi pelbagai isu, daripada pelantikan menteri, pemberhentian pegawai lantikan politik, pelantikan Panglima Angkatan Tentera hinggalah Peguam Negara.

Kadang-kadang terfikir juga, bagaimana hendak memuaskan hati 35 juta rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai rasa dan cita.

Sisi positif

Mari kita lihat sisi positifnya pula. Juga terdapat dua perkara utama. Pertama, rakyat kita mula celik mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Rakyat kita mula tahu bahawa Duli-Duli Paduka ialah payung kepada negara dan kita tidak boleh membuang naungan ini.

Pandangan mereka perlu dihormati kerana ini adalah perjanjian turun-menurun yang termeterai di antara Sang Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba.

Kedua, rakyat sudah boleh menyuarakan apa sahaja tanpa rasa gerun atau takut. Siapa pun boleh mengkritik, siapa sahaja juga boleh tidak bersetuju.

Apa yang penting adalah harus menjaga tatasusila dan saling menghormati antara satu sama lain.

Kembali kepada isu pelantikan Peguam Negara. Bagi penulis, kita harus beri ruang dan peluang kepada kerajaan yang baru dipilih untuk mentadbir negara sebaik mungkin.

Pastinya, mereka memerlukan kepakaran sedia ada, tetapi syarat utama ialah selari dengan nada yang mereka perjuangkan.

Kita sudah memberikan mereka mandat, biar mereka laksanakan dahulu. Jika gagal, kita boleh ubah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Penulis juga berasakan kerajaan baharu bukan sengaja untuk membelakangkan manifesto yang mereka ciptakan.

Cuma pandangan peribadi penulis, mereka tidak menyangka negara dalam keadaan sebagaimana ketika mereka merencanakan manifesto berkenaan. Pastinya, bila mereka menyedari akan hal terbabit, beberapa penyesuaian perlu dilakukan segera.

Letak sepenuh kepercayaan

Kita harus meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mempunyai 22 tahun pengalaman mengemudi negara, sekali gus pasti tahu apa yang hendak beliau lakukan.

Negara perlukan seorang nakhoda yang berani membuat keputusan tanpa ada perasaan prejudis.

Bersyukurlah kita dianugerahkan Ilahi, seseorang untuk melakukan tugas berat terbabit.

Walaupun sesetengah pihak meragui kemampuannya, perlu ingat beliau baru 25 hari bertugas, jangan cepat kita menghentam.

Bagi pejuang agama dan bangsa, jangan khuatir, selagi Yang di-Pertuan Agong ada, selagi itu paksi agama dan bangsa di bawah telunjuk baginda.

Apatah lagi Perlembagaan kita mengawal empat perkara yang tidak boleh diusik oleh sesiapa pun iaitu, agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan pastinya sistem beraja itu sendiri.

Marilah kita rapatkan saf, menuju Malaysia Baharu. Jangan cepat melatah dan jangan cepat menyembur, menabur fitnah.

Bertenang, kalau mahu mengkritik, kritik secara membina, jangan pula emosi yang terbina.

Penulis adalah Pengarah Institut Pemikiran Dr Mahathir, Universiti Utara Malaysia (UUM)

ref:
Jangan cepat melatah, tabur fitnah | Kolumnis | Berita Harian









xYz

Tiada ulasan: