Sabtu, 9 Jun 2018

Tapi BN langsung tak layan. Pandang sebelah mata pun tak mahu. Yang lebih tragis, ada rakyat yang ingat kami dapat. Yang melaung kata tak adil sekarang dulu langsung tak bersuara. 7761.


VATICAN: SAMPAIKAN AYAT INI KEPADA NAJIB
Assalamualaikum Dato’

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Mukaddimah saya kali ini bermula dengan sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abdullah bin ‘Amr bin Al Ash. Maksud saya untuk menyampaikan satu ayat Al-Quran untuk tatapan PM Najib.

Kebarangkalian saya untuk berjumpa PM Malaysia adalah 1/28juta. Manakala kebarangkalian Dato’ sudah tentu lebih baik, mungkin 1/20 memandangkan sekarang ini kita menyambut puasa Ramadhan. Andaikata ada kesempatan diharap sudi Dato menyampaikan (bukan warkah saya ini tetapi) sepotong ayat Al-Quran sebagai satu panduan dan petunjuk.

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ (2:120)

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “”Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)””. dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah 120)

Sikap dan tabiat orang Yahudi dan Nasrani banyak sangat diperjelaskan dalam Al-Quran, menunjukkan kedua agama ini sememangnya bermusuh denga Islam. Quran juga menceritakan Kisah Nabi Musa dengan kaumnya Bani Israel, pendukung dan penganut agama Yahudi. Selepas terselamat dari ancaman Firaun, mereka Bani Israel melihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana Firuan ditelan Laut Merah yang terbelah dua. Sepeninggalan Nabi Musa mengadap Illahi di Bukit Tursina, Bani Israel tadi kembali murtad dengan syirik menyembah anak lembu ciptaan Samiri. Murkanya Nabi Musa merenggut janggut saudaranya Nabi Harun mengapa boleh terjadi sedemikian. Kedegilan mereka tidak berakhir di situ. Mereka yang panjang akal memohon Nabi Musa untuk melihat Allah swt. Lantas petir menyambar mereka membunuh kesemuanya. Allah Maha Pengasih, mengembalikan nyawa mereka hidup kembali, tetapi sikap kedegilan mereka tetap sama, tiada berubah.

Kebijaksanaan dan kedegilan mereka itu sangat bahaya kepada umat Islam. Bijaknya dan liciknya mereka hinggakan mereka berjaya meracuni Nabi SAW. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 7H di Khaibar untuk memerangi orang Yahudi. Ada ulama berpendapat kesan racun tersebut boleh dirasai oleh Rasulullah saw hingga akhir-akhir hayat baginda saw. Sahabat baginda yang memakan daging kambing beracun itu meninggal dunia.

Atas kebijaksanaan dan kelicikan Yahudi dan Nasrani, sayugia diingatkan pemimpin umat Islam agar berhati-hati, seboleh-bolehnya jangan adakan sebarang rundingan dengan kaum yang dilaknat Allah swt ini. Mereka amat dalam ilmu agama mereka bahkan mereka jauh mengenali Islam dari kebanyakan ilmuan Islam. Mereka tahu dan yakin  Islam itu agama yang benar, tetapi kerana sikap degil, angkuh dan ego mereka, berani mereka ingkar kepada Allah swt.

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءهُمْ وَإِنَّ فَرِيقاً مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (2:146)

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. (Al-Baqarah 146)

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّواْ وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ (2:144)

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidilharam itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” (Al-baqarah 144)

HARAM MENGAMBIL YAHUDI DAN ANSRANI SEBAGAI PEMIMPIN DAN TEMAN

Atas sebab sedemikian, HARAM bagi pemimpin Islam mengambil Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin dan teman mereka.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (5:51)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang lalim.” (Al-Maidah 51)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لاَ يَأْلُونَكُمْ خَبَالاً وَدُّواْ مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاء مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ (3:118)

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (Al-Imran 118)

Sikap dan tabiat Yahudi dan Nasrani, tidak akan membiarkan apa jua nama atas nama Islam tertegak dan berkembang. Kelicikan dan kebijaksanaan anugerah Allah kepada mereka akan dipergunakan sebaik-baiknya untuk memusnahkan Islam. Di mana-mana Negara di dunia, Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyekat malah menyumbang kepada apa jua fahaman dan agama kecuali Islam.

Dr Morsi seorang hafiz Al-Quran di Mesir, menang pilhanraya Presiden, akhirnya diguling KONONNYA OLEH RAKYAT Mesir, tetapi hakikatnya oleh Amerika yang didalangi Yahudi Nasrani.

TPPA juga satu lagi tipudaya dalam bentuk ekonomi bagi menguasai Negara-negara yang lemah. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia sendiri tidak setuju dengan Najib menandatangai TPPA. Kita juga sangat bimbang, Penasihat ekonomi Najib adalah Idris Jala seorang Kristian. DAN perunding bagi pihak kerajaan dalam TPPA, Sta Maria juga Kristian. NAJIB,SEDAR LAH….

Kewujudan APCO akhirnya dinyatakan dengan jelas dan tegas  Musa Hassan, Mantan Ketua Polis Negara.

Apa yang saya mahu sampaikan, tidak perlu tidak usah berunding dengan Yahudi dan Nasrani, nescaya kita akan ditipu mereka. Bagi saya, sebuijak-bijak orang Islam, mereka masih terdedah kepada tipudaya Yahudi dan Nasrani. Cukuplah kita ambil Kisah Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw di atas. Tragedi Syria dan Mesir adalah 2 contoh yang ssangat perlu kita mengambil pengajaran,teladan dan sempadan. 

Bagi saya, tak kira siapa pemimpin Malaysia, baik Najib, baik Anwar, yang mengambil Yahudi dan Nasrani sebagai penasihat dan kawan akan saya tentang habis-habisan.

ref: 
https://langitbiru3.wordpress.com/2013/07/18/vatican-sampaikan-ayat-ini-kepada-najib/
BERITA»Nasional Sabtu, 9 Jun 2018 | 12:23pm 

Pembongkaran fail merah berterusan - Guan Eng
BharianBeritaNasional
MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng. - Foto Danial Saad
PUTRAJAYA: Pembongkaran 'fail merah' terbukti masih belum berakhir apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, membayangkan beberapa fail terbabit akan mendedahkan lebih banyak skandal susulan siasatan yang masih dijalankan di kementerian itu.

"Jika anda merujuk skandal yang bernilai berbilion ringgit, yang paling besar...saya rasa setakat itu saja.

"Bagaimanapun, siasatan ini masih lagi dijalankan, yang lain dalam jumlah yang kecil, (mungkin) babitkan jutaan (ringgit) dan kita akan menanganinya kemudian."

"Dokumen itu juga masih diteliti. Ini proses yang getir tetapi perlu dilakukan, kita perlu menunggu dan membersihkannya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif dengan Bernama yang diadakan genap sebulan berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan kejayaan Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya.

Ditanya mengenai kemungkinan 'fail merah' tertentu dimusnahkan sebelum peralihan kerajaan, Guan Eng berkata : "Anda boleh memusnahkan dokumen tapi kita boleh menyusunnya (semula). Kemajuan hari ini membolehkan jejak wang sedemikian mampu dikesan. Oleh itu, adalah sukar untuk menyembunyikannya."

Beliau berkata, sewaktu memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan pada 22 Mei, 2018, maklumat yang dibentangkan kepadanya adalah jauh lebih buruk daripada jangkaan awal.

"Saya amat terkejut, malah sejak itu saya terpaksa mengharungi 'lautan' dakwat merah ini," katanya.

Pendedahan sebelum ini menunjukkan kerajaan terpaksa berusaha mendapatkan wang berjumlah RM6.9 bilion bagi membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejak April 2017.

Ini kemudian disusuli pendedahan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini turut menggunakan wang daripada urus niaga dengan Khazanah Nasional Bhd serta hasil jualan tanah kepada Bank Negara Malaysia untuk melunaskan pembayaran hutang 1MDB.

Ketika rakyat masih terkejut dengan perkembangan itu, mereka didedahkan pula dengan satu skandal saluran paip gas membabitkan RM9.41 bilion yang turut dikaitkan dengan 1MDB.

"Mereka tergamak berbohong, mereka (BN) juga katakan bahawa mereka hanya mengikut standard IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), sebab itulah jumlah (hutang) sebanyak RM686.8 bilion, namun bagaimana pula dengan jaminan hutang kerajaan yang mencecah 199.1 billion?

"Begitu juga projek perkongsian awam-swasta bernilai RM201.4 bilion yang membawa kepada jumlah hutang mencecah sehingga RM1 trilion. Dalam terma ekonomi, sebarang hutang yang meragukan perlu diakui sebagai hutang lapuk dan perlu diselesaikan.

"Apa yang kita ada adalah bebanan hutang yang perlu kita langsaikan bagi pihak syarikat seperti 1MDB," katanya dalam nada kecewa.

Menurutnya, di sebalik perkembangan itu, rakyat Malaysia masih bernasib baik kerana menyaksikan perubahan kerajaan pada pilihan raya lalu, sekali gus membolehkan isu hutang ditangani dengan sewajarnya.

Guan Eng turut menegaskan bahawa kerajaan baharu ini bukanlah bersifat 'mulut manis' dan rakyat berhak mengetahui perkara sebenar.

Justeru, katanya, apa yang penting adalah memaklumkan perkara sebenar berkaitan keadaan kewangan negara bagi membolehkan Malaysia memulakan proses pembinaan semula.

"Kerajaan PH juga tidak membazirkan sebarang masa untuk memulakan tugas yang diamanahkan dengan seberapa segera.

"Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sudah mengumumkan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kita juga sudah menstabilkan harga minyak, mengumumkan Bantuan Sara Hidup Rakyat dan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam Gred 41 dan ke bawah (sempena Aidilfitri)," katanya.

"Golongan pesara juga tidak terkecuali apabila kerajaan mengumumkan bayaran khas RM200, membabitkan pembayaran RM22 bilion iaitu wang yang dikembalikan semula kepada rakyat, kita boleh lakukan ini tanpa GST," katanya.

Mengulas kemajuan masa depan, beliau berkata apa yang penting adalah untuk mengurangkan aspek kewangan dan berjimat.

"Sebagaimana yang Dr Mahathir tekankan, kita tidak boleh mengharapkan lagi pemberian habuan secara percuma."

Ditanya mengenai perancangan kerajaan PH dan manfaat yang bakal dibentangkan dalam Bajet 2019, beliau berkata : "Biarkan saya tangani dulu perkara yang berlaku pada tahun ini.

"Kita perlu menelan ubat (pahit), apalagi Perdana Menteri kita adalah seorang doktor. Bagi saya, soal ini (masalah hutang negara) masih boleh dipulihkan." - BERNAMA

ref:
Pembongkaran fail merah berterusan - Guan Eng | Nasional | Berita Harian

Saturday, 9 June 2018
TIGA RAKYAT MALAYSIA PALING DIKEHENDAKI KETIKA INI
Semua mereka ini diketahui rapat dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
Sampai bila mereka ini mahu bersembunyi dan melarikan diri?
Yang pasti dunia ini semakin sempit buat mereka. (ShahbudinHusin 09/06/2018)

39 comments:

yenggedey valikopo 9 June 2018 at 05:46
Bangang Budin ni tak habis2 asik2 kaitkan Najid, sampai masa tgk je hasil keadilan, skrg ni kat saf mengajak pada kesatuan sejagat, dtg tuhan nanti tertabal baru ko tahu ko lah mengajak org bersengketa, patutnya mengajak org berdami.

============================

diny yusof 9 June 2018 at 06:41
Ini dah pasti pengikut Azeez Rahim . Pagi Sabtu yang dimulakan dengan komen yang susah difahami yang di tulis olih malaun yang berpandangan luas !

============================

diny yusof 9 June 2018 at 06:45
Macam mana semuanya tak terkait dengan Najib ke , Najid ke atau Najis sekali ...?? Kan ke dia ni Kepala Bapak Kau yang haramzadah , bangang , bodoh .

Bukan saya yang cakap , hanya mengungkap apa yang Najib kata .

============================

Arnab Jingga 9 June 2018 at 07:37
new macai on the bollock?

============================

isa3 9 June 2018 at 09:06
Sokong sepenuh nya apa diny yusof kata.

Nate' yg sesat ke blog ini, tak tau hujung pngkal, nak mengata Budin plak.

Kalo in real life dia ada dekat aku, rasa nak sepak bontot dia, hehe

============================

GENG NAJIB 9 June 2018 at 09:10
Lagi Kroni Mahathir Bina ‘Airport’ Tioman RM1.2 Bilion?

PANAS… Selepas gempar berita kroni Tun Dr. Mahathir Mohamad bina projek mewah di Langkawi, Kedah bernilai RM30 bilion, kini seorang lagi kenalan beliau muncul dengan satu lagi projek mega.
Bagaimanapun berbeza dengan Tan Sri Ting Pek Khiing yang memajukan projek hartanah Langkawi New City seluas 81 hektar di pulau legenda Mahsuri itu, kali ini Tan Sri Vincent Tan pula tampil membangunkan Tioman, Pahang.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya itu dilaporkan media bakal membina sebuah lapangan terbang baharu di pulau berkenaan dengan kos RM1.2 bilion dan mendakwa ia langsung tidak menggunakan sumber dana kerajaan.
Sebaliknya Vincent; yang pernah jadi bahan berita kerana anjur parti hari lahir Mahathir ke-90 dengan gaya mewah pada tahun 2015 lalu, menjelaskan konon projek prasarana itu dibiayai dana dalaman syarikat dan pinjaman bank.
“Kami sedang tinjau projek infrastruktur di Tioman dan akan mencadangkannya kepada pihak kerajaan. Kami mahu biayai sendiri projek ini dengan pinjam daripada bank. Kami cuba tidak mahu membebankan kerajaan,” kata beliau.
Hartawan syarikat perjudian ternama tempatan itu mendakwa kononnya pembinaan lapangan terbang baharu itu bakal melibatkan kerjasama dengan pihak berminat kerana kedudukan kewangan kerajaan ketika ini tidak stabil.
Ironinya, Vincent dilaporkan pada satu sidang media khas di ibu negara semalam berkata, syarikatnya akan ‘swasta’ projek tersebut dan pihak kerajaan pula boleh mengaturkannya untuk memudahkan segala urusan pembiayaan.
Dalam bahasa mudah, beliau membayangkan projek itu adalah percuma kerana pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pimpinan Mahathir tidak perlu keluar duit walau satu sen pun, tetapi masih harap balasan lain daripada kerajaan.

============================

GENG NAJIB 9 June 2018 at 09:17
Untuk rekod, Lapangan Terbang Tioman sedia ada di Kampung Tekek yang diuruskan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mencatatkan kurang 10,000 penumpang dan lebih 1,000 penerbangan pesawat ringan setahun.
Secara kebetulan, sebahagian besar pesawat keluar masuk iaitu lima kali seminggu ke pulau itu melibatkan syarikat penerbangan Berjaya Air milik Vincent berpusat di Lapangan Terbang Sultan Abdulaziz Shah, Subang, Selangor.
Syarikat beliau juga terlibat aktif dalam menguruskan Berjaya Hotel di Tioman sekali gus menggambarkan pengaruh besar Vincent sendiri di pulau kecil yang seluas cuma 136 kilometer persegi dengan hanya 1,000 penduduk itu.
Namun, apa jadi persoalan ialah kos lapangan terbang baharu itu amat besar walhal Habsyah, sebuah negara miskin di benua Afrika pula mampu mewujudkan tiga buah lapangan terbang yang moden dengan kos cuma RM300 juta.
Sekadar perbandingan, lapangan terbang antarabangsa Roatan di Honduras, sebuah negara kecil di Amerika Latin yang mampu terima pesawat Boeing 757 pun dapat dibina dengan kos serendah RM4 juta pada tahun 2001 lepas.
Bahkan, kerajaan India dilaporkan media tempatan pernah menyiapkan sejumlah lapan buah lapangan terbang baharu di seluruh negara tersebut dalam tempoh sedekad sahaja dengan kos keseluruhan sebanyak RM200 juta.
Justeru, mungkin kos RM1.2 bilion untuk bina lapangan terbang baharu Tioman mencetuskan tanda tanya sama ada angka itu terlalu besar bagi sebuah pulau yang lebih kecil daripada Langkawi sendiri? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

##############################################

Pak diny...apa citer sebenarnya benda ni haah???? Dari dulu lagi, rakyat Msia yang waras dah nampak..Tun M dan kroni2nya berpisah tiada, ibarat isi dengan kuku..aur dengan tebing, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Analogi yang mudah... umpama irama dan lagu, andai dipisah lagu dan irama...lemah tiada berjiwa..hampa !!!!!!!

Keh..keh..keh...Haarrk..Tuuuii !!!!

============================

Othaman Ahmad 9 June 2018 at 10:48
APA PUN - Geng Najis tolong ingatkan sahabat seperjuangan kamu, Kejora Bangsat......

Malam ini, 9 Jun, 2018 jam 11:00 malam di Dataran Bandaraya JB.

Tak pun, kamu gantikan tempatnya kalau dia masih kecut pengecut, boleh kan.....?? Katanya kan kamu nih 'Pejuang Keparat'.....!!

============================

steady eddie 9 June 2018 at 06:40
jerat tk pernah lupa pelanduk...hehe

============================

diny yusof 9 June 2018 at 06:55
Three Weeks After Breakup Ex Still Messaging You Late At Night

MALAYSIA: Three weeks after breaking up, the nation’s ex is still sending out messages late at night indicating he is having difficulty moving on after a long 9-year relationship.

“These late-night online rants from an ex aren’t welcome when we’re trying to get on with our lives,” explained post-relationship communications expert Abdullah bin Bakar, “he might hint he’s interested in getting back together by staying in touch but do we want him to?”

“Like many failed relationships, this one finally ended due to arguments over finances and a lack of honesty.

“It’s hard to believe we put up with this guy for so many years and didn’t end it sooner.”

Since the breakup 3 weeks ago, the nation has decided to give an old flame another chance. He is older and more experienced.

============================

Arnab Jingga 9 June 2018 at 07:36
the reality of Malaysia in a love triangle scenario...

another tv series?

============================

isa3 9 June 2018 at 09:12
Tak setuju "love triangle".

Najib dah tak masuk kira lagi. Rosmah jugak.

Bukan TV series, Bang. Bollywood movie standard punya. Banyak lari2 keliling pokok, nyanyi.

Lagu pop bru - 1MDB, 1MDB, 1MDB.

Tangkap depa sekarang atau sabelom dunia kiamat. Bak kata Muhyiddin(?), kejar penjangak negara tuh sampai lubang cacing.

============================

GENG NAJIB 9 June 2018 at 09:21
Alaaaa...yang mengarahkan tangkap tu pun bukannya bagus sangat, diri sendiri tu terpalit dengan pelbagai skandal dan salah guna kuasa masa jadi MB Johor, menteri pertanan dan menteri pendidikan dulu...ni dah macam ketam menyuruh anak2nya berjalan lurus..dia sendiri berjalan senget beb !!!!!!

============================

Othaman Ahmad 9 June 2018 at 10:49
APA PUN - Geng Najis tolong ingatkan sahabat seperjuangan kamu, Kejora Bangsat......

Malam ini, 9 Jun, 2018 jam 11:00 malam di Dataran Bandaraya JB.

Tak pun, kamu gantikan tempatnya kalau dia masih kecut pengecut, boleh kan.....?? Katanya kan kamu nih 'Pejuang Keparat'.....!!

============================

Sabtu Awab 9 June 2018 at 07:29
Dah jadi pembangkang ni cukup susah nak cari duit

============================

zarra 9 June 2018 at 07:34
Sbnarnya, ramai yg masuk dlm snarai mreka yg perlu disiasat di mana keterlibatan mreka dgn regim dulu itu sngat memudaratkan.... Krjaan baru tntu tahu dan wajar mngambil tndakan demi kelangsungan bangsa dan negara ini. Jk TS Alwi Jantan trkesan, tidak mngkin Krjaan baru yg diangkat rakyat pd PRU14 tidak!

============================

haron haron 9 June 2018 at 07:44
And the rest... actually govemnt still give them chance to celebrate hari raya. So prepare after for wabg besar... wang besar grups..... still many2...

============================

yenggedey valikopo 9 June 2018 at 07:52
Woii pegi keja la, buat apa hg pi layan blok goblok ni.

============================

Arnab Jingga 9 June 2018 at 08:04
its Saturday... off day... bollock!!!

============================

Mohamed Noor 9 June 2018 at 08:47
puak lanun dulu mana ada off day,24/7 kejenya asik melanun je.hampir botak kantung negara dibuatnya.

============================

isa3 9 June 2018 at 09:16
Pariah yenge tuh kerja potong getah. 

Tak kira hari Sabtu asalkan tak hujan.

Kot dia GENG NAJIB menyamar nama lain?

============================

GENG NAJIB 9 June 2018 at 10:15
Rakyat mengharapakan ingatan bernas oleh TGHH ni mendapat perhatian dari semua rakyat Msia, jika ingin melihat negara ini terus dan makmur tanpa sebarang perebuatn kuasa dan budaya menonjolkan diri masing2 !!!!! 

Jangan ada ramai Perdana Menteri - Abdul Hadi

08 Jun 2018

MARANG 8 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hairan dengan tindak tanduk sebilangan pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) yang sering membuat kenyataan seolah-olah mereka Perdana Menteri.

Menurut Abdul Hadi, perkara itu tidak seharusnya berlaku memandangkan negara telah mempunyai Perdana Menteri yang sah, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau meminta perkara tersebut diperbetulkan supaya tidak menimbulkan keadaan yang bercelaru sehingga boleh membantut kelancaran pentadbiran kerajaan.

“Dalam PH, mereka mempunyai banyak parti yang bergabung, ideologi dan pendapat pun berbeza, malah masing-masing juga berebut untuk membuat kenyataan.

“Sepatutnya, kita sudah ada Perdana Menteri, biarlah Perdana Menteri yang membuat kenyataan, sebaliknya apa yang berlaku pemimpin parti komponen dalam PH pula yang membuat pelbagai kenyataan macam merekalah Perdana Menteri, perkara ini tidak betul dan kena perbetulkan,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Ketika diminta pandangannya mengenai tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seolah-olah seperti tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri dan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, Abdul Hadi enggan memberi sebarang ulasan.

Mengena institusi Raja-Raja pula, Abdul Hadi berharap semua pihak supaya akur dengan perlembagaan negara yang menekankan kepada konsep Raja Berpelembagaan.

“Negara kita sudah pun mempunyai konsep Raja Berpelembagaan, jadi kita perlu akur dengan perkara itu dan tidak perlu untuk dibincang atau dipertikaikan,” ujarnya.

Sementara itu Abdul Hadi menyambut baik pendekatan Dr. Mahathir yang cuba menghidupkan semula konsep federalisme membabitkan kerjasama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri termasuk hal-hal berhubung royalti minyak.

Menurut beliau, kenyataan rasmi Perdana Menteri mengenai royalti minyak kepada Terengganu merupakan suatu perkembangan baik.

“Kita akur dengan perkara itu, walaupun berbeza pendapat, kita akan mengambil pendekataan kita dengan titik yang sama dahulu. Alhamdulliah Perdana Menteri telah membuat kenyataan mengenai wang royalti minyak untuk Terengganu yang dipulihkan semula.

“Kita terima perkara ini (agihan lima peratus dahulu), hal-hal lain kita akan bincangkan kemudian, tetapi apa yang penting sekarang ialah konsep federalisme kena hidupkan semula, apatah lagi kita lihat kerajaan persekutuan tidak menguasai (pemerintahan) di ke semua kerajaan negeri,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

============================

Othaman Ahmad 9 June 2018 at 10:50
APA PUN - Geng Najis tolong ingatkan sahabat seperjuangan kamu, Kejora Bangsat......

Malam ini, 9 Jun, 2018 jam 11:00 malam di Dataran Bandaraya JB.

Tak pun, kamu gantikan tempatnya kalau dia masih kecut pengecut, boleh kan.....?? Katanya kan kamu nih 'Pejuang Keparat'.....!!

============================

rahman jpc 9 June 2018 at 08:10
TIDAK SESUAI UTK MELETAK MEREKA INI SEMUA DLM SATU BAKUL.

SAPERTI SUKAN TINJU, MEREKA SESUAI D K;ASIFIKASIKAN DLM KUMPULAN YG BERBEZA I.E DRPD STRAW WEIGHT KPD SUPER HEAVY WEIGHT.

SEBAGAI MISALAN N BEDASARKAN TAHAP PERBUATAN 'CRIMINAL' N KEMUSNAHAN KPD NEGARA SAYA SYORKAN SAPERTI BERIKUT:-

1)SUPER HEAVY = ROSMAH/NAJIB,

2)HEAVY =?

3)CRUISER WEIGHT = ?

4)LIGHT HEAVY =?

5)SUPER MIDDLE = MUSA AMAN?

6)MIDDLE WEIGHT =?

7)SUPER WELTER =?

8)SUPER LIGHT =?

9)LIGHTWEIGHT =?

10)SUPER FEATHER =?

11)BANTAM WEIGHT=?

12)SUPER FLY WEIGHT=?

13)FLY WEIGHT=?

14)LIGHT FLYWEIGHT=?

15)MINI FLY WEIGHT= JAMAL IKAN TONGKOL ? n,

16)STRAW WEIGHT = BAG CAREER ROSMAH (RIZAL MANSOR?).

PD HARI SABTU INI JEMPUT SAMA2 MEMBERI 'CLASSIFICATION' YG SESUAI KPD KESEMUA PENCURI2 N PEROMPAK2 YG UJUD DLM KERAJAAN KLEPTOCRACY NAJIB DAHULU BERDASARKAN SUKAN TINJU.

HI HI !, SERONOK JUGA MAIN 'GAME' INI.

============================

GENG NAJIB 9 June 2018 at 09:04
Pak rahman jpc...agak2 Pak lah, Tun M, Tun Daim, TS Rafidah serta kroni2 mereka dulu hingga sekarang tu semuanya nak letak kat kategori mana yeee ?

============================

Ramly Ahmad 9 June 2018 at 10:27
Bro..dorang x tersenarai..ko dlm kategori straw weight..macai najib

Buru jgn x buru..3eko penyangak tu..tiadalh lari melainkan udah buat salah..

Bang ada keling sesat..x fhm apa dcakapkannya..

Ada yg jd beruk hari sabtu ni...hahahahaa x caya..tanya puak yahudi..

============================

GENG NAJIB 9 June 2018 at 08:55
itu lah...kan dari hari tu dah cakap, agenda kerajaan PH ni adalah meletakkan vendetta dan pembalasan dendam kesumat sebagai priority utama mereka...rakyat dah nampak taktik lapuk ni. Ini hanyalah Ops False flag untuk melarikan perhatian rakyat dari terus menuntut isu yang utama iaitu 10 janji dalam 100 hari tu. Tak caya.. tengok aje lah, dah beri masa hampir sebulan, apa pencapaian mereka..yilek beb. Kata nak hapuskan terus GST tapi diberinya kita zero rated... Tol nak dihapuskan, kena kincin diskaun 50%..ingat untuk sepanjang tahun, rupa2nya 5 hari aje...minyak nak diturunkan harga sampai RM 1.50..rupa2nya dikekalkan, Ron 97 pulak yang naik. Balik2 umumkan pembentukan JK baru anti rasuah... apa..tak caya kat SPRM lagi ke..kan nampak macam pertindihan fungsi mereka...dulu beria2 cakap semuanya perlu lapor pada parlimen, kini lapor terus pada PM aje..pulaaak dahhhh.

Dah tentu ada sebabnya kena lapor terus pada PM..ialah, takut2 yang 'kantoi' tu kroni2nya , dah tentu diarahkan untuk tutup kes. Rakyat tertunggu2 apa idea baru yang nak dijana oleh menteri2 PH...malang seribu kali malang, rupa2nya hanya ciplak dan recycle idea kerajaan lepas dan direbranding aje, buatlah pembaikan di sana sini...tak payah lah disebutkan kat sini, orang kampong semua dah tau.

Rakyat tak nak dengar alasan hutang banyak...yang rakyat tunggu pengotaan semua janji2 tu. Jangan main kong kali kong lah dengan kami ...kalau rasa tak mampu buat, jangan lah gatal sangat nak berjanji bulan bintang..last2 rakyat jugak yang kena kincin. Ingat...jangan sampai rakyat label kamu sebagai kerajaan MUNAFIK...nampak gaya, kalau gini lah caranya... tak merasa lah nak memerintah lebih dari sepenggal !!!!!!! Apa2 hal..yenggedey valikopo..welcome to the club bro ....

============================

isa3 9 June 2018 at 09:25
Wildlife rescued by Perhilitan -

The Department of Wildlife and National Parks (Perhilitan) rescued over 600 wild animals from illegal traders in three raids over the past 10 days.

Woi, yang bernama Jho Taek dll yg di kejar gomen tuh jangan save. Biorkan wildlife traders tu jual, di potong potang, di masuk ke dlm air panas mendidih, di makan mcm daging rebus depa yang minat.

Kasi anjing sikit.

============================

isa3 9 June 2018 at 09:30
Kalau depa di Papua New Guinea, halau depa ke Highland Plateau di sana. 

The tribe there masih lagi cannibalistic - makan daging manusia. 

============================

GENG NAJIB 9 June 2018 at 10:04
isa3...kalau tak keberatan, mohon kau beri pencerahan sikit berkaiyan isu di bawah ni...ialah maca tak caya pulak, kata kerajaan PH ni telus dalam urus tadbirnya, takkanlah nak buat benda2 macam tu...betul tak ?????

#############################################

Ada tekanan ‘tangan ghaib’, pemimpin GLC, agensi kerajaan letak jawatan?
By Wartawan MalaysiaGazette - 8 Jun 2018 347 
Muhammad Ibrahim

Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan yang Kabinet telah menerima tawaran Tan Sri Muhammad Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai gabenor bank pusat itu
KUALA LUMPUR – Perletakan jawatan beberapa peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan dilihat mempunyai hubung kait dengan tekanan ‘tangan ghaib’ dalam kerajaan.

Unit Komunikasi Strategik UMNO berkata, rakyat melihat semua tindakan Pakatan Harapan (PH) yang mengaitkan semua mereka yang meletakkan jawatan itu dengan Datuk Seri Najib Razak seolah-olah sebagai satu usaha kerajaan mahu memasukkan ‘orang-orang tertentu’ ke dalam setiap jabatan dan agensi.

Katanya, ini adalah usaha untuk mengaburi mata rakyat dengan mengaitkan dengan ‘salah laku’ kerajaan terdahulu dengan pihak-pihak tertentu dilihat menggunakannya sebagai cara pembersihan ke atas Bank Negara Malaysia (BNM), Telekom Malaysia Berhad (TM), Bursa Malaysia dan syarikat-syarikat lain.

“Perletakan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia, diikuti perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia serta bakal disusuli penggantian Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia dan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilihat seolah-olah ada hubung kait dengan tekanan tangan ghaib dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan yang Kabinet telah menerima tawaran Tan Sri Muhammad Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai gabenor bank pusat itu manakala Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly meletakkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Bhd. pada hari yang sama.

Selain itu, UMNO juga mendapati wujud usaha mengenakan tekanan ke atas institusi diraja sehingga hampir menimbulkan krisis dengan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

“Agak pelik juga, baru-baru ini Thomas dengan pantas memperkatakan bahawa 1MDB adalah keutamaannya,” katanya.

Jelasnya, rakyat juga tertanya-tanya apakah perlantikan Thomas sebagai tindakan yang berkemungkinan menjadikan institusi kehakiman sebagai ‘pelindung’ kepada dakwaan salah laku beberapa rakan yang rapat dengan kepimpinan PH, baik di dalam mahupun di luar Kabinet.

Menurutnya, dengan pembebasan Rafizi Ramli daripada hukuman penjara, mungkin akan wujud pula usaha untuk melepaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada hukuman atas kesalahan rasuah, sedangkan kesnya seakan-akan sama dengan kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.

“Walaupun rakyat berasakan memang menjadi tugas peguam negara untuk menjalankan siasatan ke atas kes 1MDB dan kes-kes lain, rakyat lebih tertanya-tanya apakah pendirian peguam negara yang baru apabila beliau menyatakan kepada media untuk “menguruskan kes-kes terpilih,”.

Malah katanya, rakyat memerhati dan pasti bertanya motif tulisan Ketua Media dan Komunikasi bagi Jawatankuasa Peralihan Maj­lis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin yang menukil ‘RM257 juta dibelanjakan untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam 16 bulan’.

Apakah ini berniat memalukan Institusi Raja-Raja Melayu serta menghasut perasaan rakyat agar membenci Institusi Raja-Raja Melayu?, soalnya

“Ini tidak seharusnya berlaku, kecuali Pakatan Harapan ada niat untuk memperlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu.

Katanya, kerajaan memerintah sepatutnya bertanggungjawab memelihara nama baik Institusi Raja-Raja, integriti pelbagai institusi kerajaan dan kepentingannya, bukan semakin merosakkan imejnya. – MalaysiaGazette

Bulat Ken9 June 2018 at 10:32
Kengkawan.. Tolong sahkan juga berita ada tangan2 ghaib mencuri duit negara selama ini. 
Harkkkk... Tuihhh... Kihkihkih

============================

GENG NAJIB 9 June 2018 at 09:31
Pak diny..bila saya baca berita ni macam tak caya pulak, tapi ramai yang kata ini berita sahih. Dengan rendah hati, mohon Pak memberi pencerahan sikit mengenainya..ialah Pak kan orang koporat dan pakar ekonomi kan ....

Wednesday, April 23, 2014
Daim Jawab Anwar: Ya, Ada Bank. Mengapa Tak Ambil Tindakan?

KL: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam mengaku bahawa beliau memang memiliki bank di Tanzania seperti didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ya... memang saya ada bank di sana (Tanzania)... lama dah. Anwar pun tahu sebab dia ambil alih Menteri Kewangan daripada saya dulu.

"Masa Anwar jadi Menteri Kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa mengenai rasuah (peringkat kabinet)... kenapa waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya," kata Daim dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas hadir program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin di ibu negara semalam. Beliau turut mengakui pernah dua kali disiasat pada 1999 berhubung pemilikan itu. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalm siri ceramahnya sebelum ini mendakwa mempunyai bukti penyelewangan besar Daim.

Beliau turut mendakwa Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur. Maklumat itu kata Anwar diperolehi dari gabenor bank negara Tanzania yang menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di negara itu. Anwar berkata, beliau dimaklumkan bank di Tanzania itu adalah 'istimewa' kerana Daim hanya menyimpan duit sahaja tanpa sebarang operasi.

Terbaru dalam satu temubual dengan Harakahdaily, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pula mendedahkan bahawa Daim juga pernah memiliki sebuah bank di Bangladesh. Menurut Razman, beliau mempunyai maklumat bahawa Daim pernah mengambil alih ICB Islamic Bank Limited berdaftar di Karwan Bazar, Dhaka sekitar antara tahun 2006 dan 2007.

"Bagaimanapun maklumat yang kami perolehi, beliau telah menjual bank itu pada Oktober 2010 dengan harga USD55,000 juta," kata Razman kepada Harakahdaily.

Razman juga mendakwa, Daim mempunyai beberapa lagi milikan di luar negara melalui syarikat induk ICB Financial Group Holding AG atau juga dikenali sebagai ICB Banking Group yang berpengkalan di Switzerland. (HD)

============================

GENG NAJIB 9 June 2018 at 09:47
Kengkawan....Rakyat merasakan hanya DSAI mampu halang 'kegilaan' PM ke 7. Bila DSAI jadi jadi PM ke 8 nanti, baru lah ada orang yang berkuasa dan berani untuk menyiasat segala salah laku PM ke 4. Semoga Allah mempercepatkan proses peralihan kuasa ni dalam masa terdekat tanpa sebarang halangan.. Amin..

============================

Bulat Ken 9 June 2018 at 10:30
Kengkawan... Faktanya Mahathir telah berjaya menghalang kegilaan PM ke 6 mencilok dan merembat harta negara sehingga cai cai semakin kelaparan. 
Harkkk.. Tuihhh.. Kihkihkih

============================

isa3 9 June 2018 at 09:54
Sources: Jho Low reached out to PM immediately after GE14

Kepala hotak dia. Nak reach out pakai loyar. Hilang bola takut nak jumpa sendiri. 

Kot dia jenis eunuch. Di potong bola dan batang nya sekali sebab tak mahu kacau gundek2 Maharajah Cina saprti di lakukan kpd jongos2 di istana di zaman kuno.

Di Malaysia, takut kacau mak badak.

============================

GENG NAJIB 9 June 2018 at 09:57
Kengkawan...Rasanya ramai yang ada kat blog ni adalah penganalisa 2 politik yang hebat serta geostrategist yang disegani ramai...jadi mohon pencerahan dari rakan2 mengenai berita tersebut yeeer !!!!!!! Boleh kan Geng.....

Adakah ECRL dibatalkan untuk hukum negeri pembangkang, soal Najib
FMT Reporters | June 8, 2018

Bekas perdana menteri mempersoalkan jika Kelantan, Terengganu dan Pahang yang 
ditadbir pembangkang serta bakal menerima manfaat terbesar daripada ECRL, dijadikan mangsa.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan keputusan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) membatalkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bertujuan menghukum negeri pembangkang.

Najib berkata, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang bukan di bawah pemerintahan PH, bakal menerima manfaat terbesar daripada ECRL.

“Adakah ini satu kesinambungan daripada amalan menghukum negeri pembangkang sebagaimana dilakukan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun?” tulisnya di Facebook hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menyifatkan pembatalan ECRL adalah tindakan wajar kerana projek itu tidak membawa manfaat kepada Malaysia, sebaliknya menyebabkan hutang negara meningkat.

Najib berkata, beliau tidak kisah kerajaan PH mahu memadamkan legasinya sepanjang 9 tahun menerajui negara, tetapi kerajaan membatalkan projek memanfaatkan rakyat perlu dilakukan melalui cara telus, penelitian terperinci serta mendapatkan pandangan rakyat.

“Sekali lagi, saya menggesa kerajaan PH mendedahkan laporan impak ekonomi dan kajian kebolehlaksanaan bagi semua projek manfaat rakyat ini untuk diakses rakyat.”

Beliau berkata, sewaktu pentadbirannya, beliau memastikan semua negeri, termasuk yang diperintah parti pembangkang turut mendapat pembangunan infrastruktur asas.

“Kelantan dinafikan kemudahan asas rakyat seperti lebuh raya, jalan raya, bekalan air dan pembangunan infrastruktur pembentungan.

“Sebab itu kerajaan persekutuan pada ketika pentadbiran saya telah menyalurkan berpuluh bilion ringgit bagi membantu penstrukturan bekalan air di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.”

Katanya, beliau memberi lebih banyak peruntukan kepada Kelantan memandangkan negeri itu sedikit ketinggalan.

============================

Bulat Ken 9 June 2018 at 10:27
Siapa Najib? PM? Atau org yg namanya akan tercatat dlm sejarah bangsa Melayu sebagai punca UMNO lenyap di bumi Malaysia? Kita nantikan ye kengkawan. 
Harkkkkk Tuihhhh...kikikikiki 

============================

GENG NAJIB 9 June 2018 at 10:36
Rakyat Msia yang waras nak ucapkan setinggi2 tahniah kepada menteri PH yang memberi idea2 yang amat2 bernas buat rakyat.

Baru2 ni TSMY sarankan agar rakyat menanam sayur2an sendiri di tanah2 kerajaan yang kosong. Konpom lepas ni menteri pengangkutan suruh rakyat pergi kerja naik basikal..ialah jimat duit petrol dan badan pun sihat... Mat Syabu suruh pulak rakayt bawa bekal makanan pi opis, boleh jimatkan wang belanja, sebab dia pandai masak dan pernah jadi chef kat atas kapal perang TLDM....Ooooops nanti dulu.....macam pernah dengar aje saranan macam ni..kalau tak silap ia pernah dibuat oleh kerajaan dulu kan. Aiiiik..apa citer..tak malu ke recycle dan ciplak saranan orang...Senang betul lah jadi menteri era baru kerajaan PH ni...budak2 Tadika pun lebih bijak dari depa semua !!!!!!

Keh..keh..keh..Kikikikoikiokikikikoikihkikoik...

============================

isa3 9 June 2018 at 10:37

Ada yg mintak aku buat pencerahan di ataigh nun. Tapi takda pencerehan kpd bttt mak badak dan pak badak di buat nya sendiri dan/atau puak nya.

Depa tak tahu aku boleh cerahkan berkajang2 panjang nya.

Bnyak tahi dan racun kimia terpalit di bttt depa akibat apa depa buek. 

Depa tak tahu aku boleh cerahkan berkajang2 panjang nya.
Tapi semua dengan kata kata aku sendiri. Bukan copy paste cara babi buta tak habis habis. Kalau aku kopi paste pun, ada komen aku sendiri di selit di sana sini sebagai ulasan kpd kopipes itu.

Selagi tak berhenti pakai banyak nama mengkopipes cara membabi buta tanpa kata2 sendiri dengan tak berhenti henti, kopipes totok tak berkaitan tajuk atau isu2 yang Budin kemukakan, bo layan kpd permintaan itu. 

Sekian di maklomkan. 

ref.
Shahbudin dot com: TIGA RAKYAT MALAYSIA PALING DIKEHENDAKI KETIKA INI

BERITA»Nasional Sabtu, 9 Jun 2018 | 3:01pm
Kerajaan tumpu pulihkan ekonomi negara - PM
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyatakan hasrat memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun, menegaskan bahawa kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha mengembalikan kekayaan dan menyelamatkan ekonomi negara dalam tempoh berkenaan.

Namun, pada masa sama, perdana menteri berkata dua tahun itu bukanlah satu tempoh masa tetapi lebih kepada satu cadangan yang mungkin boleh dicapai lebih awal atau lewat, tertakluk kepada keadaan.

"Kalau boleh, dalam masa terdekat, saya mahu atasi masalah-masalah yang dihadapi. Itulah keutamaan saya.

"Keutamaan itu adalah mengembalikan kekayaan negara, ekonomi negara menjadi sebuah negara yang berupaya.

"Kalau saya berjaya, bukan duit yang penting. Yang penting ialah (kepuasan) hasil kerja atau 'job satisfaction'. Jadi inilah yang sedang saya usahakan," kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian di Yayasan Kepimpinan Perdana, baru-baru ini.

Temu bual itu antara lainnya mengupas peranan Pakatan Harapan dalam memperbaiki kerosakan yang dilakukan kerajaan terdahulu, fokus terhadap usaha mengurangkan hutang negara, menjaga hubungan dengan institusi diraja dan fokus utama Dr Mahathir bagi menerajui kerajaan hari ini.

Menyentuh mengenai hutang negara sebanyak RM1 trilion, Dr Mahathir berkata sesebuah negara itu tidak sepatutnya berhutang lebih daripada kemampuan dan berasa hairan bagaimana kerajaan terdahulu boleh berbuat sedemikian.

Antara tindakan yang diambil kerajaan sebelum ini adalah mengumpulkan sejumlah besar pinjaman dari negara lain, bank asing pada kadar faedah yang tinggi serta daripada sumber-sumber tempatan.

Justeru, tegas Dr Mahathir, perkara utama yang perlu dilakukan oleh kerajaan sekarang yang di bawah pimpinan Pakatan Harapan adalah memastikan bahawa pinjaman itu dapat dibayar.

Malah, atas dasar itu, Pakatan Harapan telah bertekad untuk mengurangkan hutang selain mencari jalan untuk menyelesaikannya.

"Sebab itu kita bukan nak belanja lagi. Kita nak kurangkan. Kalau kita nak bayar, kita perlu cari jalan. Bukan cara pinjam duit untuk membayar, sebab negara tidak patut berhutang lebih daripada kemampuannya. Kita belanja setakat kita mampu sahaja," katanya.

Perdana Menteri menegaskan, itu adalah alasan mengapa aspek kewangan perlu dijaga supaya tidak terlibat dengan hutang.

"Macam (berhutang dengan) Ah Long, kalau kita tak bayar, dia pukul kita. Ini pun serupa juga, jika kita tak bayar, dia (pihak yang memberi pinjaman) pukul kita tetapi lebih kepada kata-kata 'saya bankrapkan kamu'," kata perdana menteri. - BERNAMA

ref: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/435985/kerajaan-tumpu-pulihkan-ekonomi-negara-pm

'Pemimpin PAS masih tak terima realiti rakyat tolak perkauman' 

Ketua Penerangan Pakatan Harapan (HARAPAN) Pahang Zulkifli Mohamed berkata terdapat pemimpin PAS yang masih tak dapat menerima bahawa politik sempit perkauman dan agama sudah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia. 


Zulkifli berkata demikian sebagai menyelar Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mohd Zuhdi Marsuki yang sebelum ini mendakwa Pakatan Harapan (HARAPAN) cuba menjayakan agenda DAP. 


"Walaupun pilihan raya umum (PRU) ke-14 sudah hampir sebulan berlalu, namun masih terdapat suara sumbang yang cuba mewujudkan kembali ketegangan politik dengan memutarkan semula isu perkauman. 


"Kenyataan terkini daripada Mohd Zuhdi yang menuduh dan memfitnah kerajaan HARAPAN yang kononnya cuba menjayakan agenda Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP sama sekali tidak dapat diterima," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Zulkifli turut menyifatkan kenyataan Mohd Zuhdi itu sebagai memperlihatkan 'krisis pemikiran' dan 'penyakit jiwa yang semakin kronik' yang bersarang di dalam hati sebahagian pemimpin PAS. 


"Mereka seakan-akan masih tidak dapat menerima realiti bahawa politik sempit berteraskan perkauman dan agama sudah ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini," katanya. 


Terdahulu, Mohd Zuhdi mendakwa tema yang ditonjolkan kerajaan baru adalah 'satu perubahan rupa bentuk negara yang dahulunya berasaskan kontrak sosial kepada asas yang baru.' 


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu juga mendakwa, melalui asas baru itu, kerajaan HARAPAN tidak memberikan keistimewaan kepada kaum atau agama tertentu. 


Mengulas dakwaan itu, Zulkifli menyifatkan ia sebagai tuduhan liar dan tak bertanggungjawab. 


Jelas Zulkifli, HARAPAN mempunyai perjanjian kerjasama yang disepakati antara parti komponen. 


"(Dalam perjanjian itu) dengan tegas menyatakan bahawa HARAPAN akan tetap mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan Institusi Raja Berperlembagaan," katanya memetik Perjanjian Kerjasama HARAPAN – BERSATU yang ditandatangani pada 13 Disember 2016. 


Justeru, kata Zulkifli, semua parti yang bernaung di bawah bendera HARAPAN tertakluk dengan kesepakatan itu. 


"Maka adalah nyata fitnahnya jika terdapat pihak yang cuba membuat tomahan bahawa Pakatan Harapan cuba menghapuskan kuasa raja-raja Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negara," katanya. -malaysiakini at 6/09/2018 08:47:00 PG


ref:
KERENGGA: 'Pemimpin PAS masih tak terima realiti rakyat tolak perkauman'

09 June 2018

Hadi Awang dan geng melawat Klinik Putrajaya...

Haji Hadi Awang selaku Presiden Pas kritik Tun sebelum PRU 14.Kata Haji Hadi TUN lah perosak Umno dan hanya mampu jaga klinik 1 Malaysia.

Hadi Awang tidak nampak kerosakan UMNO di bawah Najib.Malah dlm era Najib pembunuhan ALTUNTUYA dan beberapa orang terpenting mati.Ada yang disimen dan ditembak.

Pas mengambil sikap membisu dlm Parlimen.Segala kerosakan UMNO di bawah NAJIB ibarat mencurah air ke daun keladi.Tk heranlah isu GST dan undian budget PAS duduk atas pagar biarpun bontot di cucuk duri pagar.

Ustaz Haji Hadi berharap UMNO BN menang tipis membolehkan Pas menjadi KING MAKER menubuhkan kerajaan.Kononnya tk kan lah Pas tk mampu raih 30 atau 40 kerusi Parlimen dari 158 kerusi bertanding.Hilang akal ke apa...? 
Rata2 pimpinan PAS YAKIN dan confident rakyat menyokong perjuangan .Apalagi kayu ukur mereka PRU 13.Tidak terlintas di otak pimpinan Pas PH bersama PARTI NYAMUK akan disokong majoriti rakyat.Cyber trooper Pas sering menulis.. lihatlah nanti rakyat akan menghukum PH.Malah mereka kelihatan angkuh sombong dan mempamirkan akhlak buruk dlm penulisan.

Semua ini berpunca dari ajaran pemimpin atasan.Contoh paling mudah bila HAJI HADI sendiri menunjukkan sikap menghina dengan sebutan PAN sahinggalah meneruskan kedengkian dan kehodohan mulut beliau dlm wawancara bersama Astro Awani.

Menteri Penerangan memberi kebenaran 1 jam tanpa suntingan siaran terus menerus kpd Pas menjawap soalan2.Namun jelas sikap HAJI HADI tidak menghormati parti komponen PH yaitu Amanah dengan memanggil PAN.Nmpaknya dendam kesumat Haji Hadi berterusan biarpun mulut nya berkata baik akibat terpaksa.
Sebenarnya PAS itu sebuah parti yang mendidik Manusia kearah kebaikan.Islam menghormati hak orang lain.Islam ugama kedamaian yang bukan hak sesebuah bangsa.

Yang dipertikaikan adalah pimpinan Pas terkini dan bukan terdahulu.Rata2 mereka bertaksub kpd pimpinan biarpun terbukti berlaku penyelewengan.Bagi mereka mengkritik
PEMIMPIN ISLAM samalah menghina Islam.Ada banyak akhlak2 pimpinan Pas di peringkat Negeri, kawasan dan cawangan boleh dipertikaikan pegangan tauhid tasawuf dan usul fiqh.Malah rata2 mereka tidak meraikan majlis ilmu apalagi kalau berkitab dan berguru.

Lama kelamaan Kekuatan Roh Islam tidak lagi terletak pada ilmu tetapi terletak pada parti.Maka lahirlah penyokong Parti Islam yang jahil sombong angkuh dan berdendam.Semua itu tergolong dlm penyakit hati yang dizahirkan dengan percakapan dan perbuatan.Akhirnya keluarlah dari mulut mereka parti PAN dan bukan AMANAH.
Saya meneliti fenomena ini.Perbalahan besar berlaku antara penyokong parti Pas dan Amanah dlm sesebuah keluarga.Isu ugama tidak dapat di mainkan kerana keduanya beridelogikan Islam.Lantas Pas menjadikan DAP sebagai modal utama menghentam Amanah dimana jelas ia senjata makan tuan.

Baru2 ini ada saranan Pas mengajak Ahli Umno menyertai Pas.Namun Datok Tajudin pantas menjawap pelawaan tersebut dengan Nada tk masuk akal.3 juta ahli Umno nk masuk parti yng kecil bilangan ahlinya.Itulah UMNO.

Namun pimpinan Pas tidak serik2 dihina dan dicaci lebih 60 tahun.Soalnya mampukah ISLAM bersendirian dlm sebuah negara majmuk bagi menghadapi PRU 15 dlm sebuah negara Demokrasi berparlimen.

Akhirnya HAJI HADI AWANG beserta MB Terengganu ke Putra Jaya bertemu DOKTOR KLINIK SATU MALAYSIA yang pernah di hina sebelum PRU 14 - f/bk
Dr.M tak tolak Raja2 Melayu 
Story kat SINI dan SINI 
DAP also wants Dr. Idris as S'gor MB
Ijok assemblyperson Dr Idris Ahmad (above) is DAP's choice for Selangor menteri besar as the 70-year-old is not mired by PKR's factionalism, a party source said.

"We want Idris as menteri besar because he's not part of any group in the party (PKR).

"We want to avoid prior problems we experienced before," a Selangor DAP source told Malaysiakini.

PKR infighting had caused rifts in the party, especially in Selangor, over the list of candidates for the 14th general election.

While PKR's faction war is rarely discussed openly and is often publicly dismissed, there were many remarks which alluded to it such as when PKR vice-president Tian Chua warned party leaders to be careful when naming candidates.

Idris is said to be one of the main contenders for the Selangor menteri besar post and has reportedly been endorsed by Amanah, Bersatu, and DAP.

According to a source close to Harapan, PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail also endorsed Idris in her capacity as Pakatan Harapan president.

Selangor Bersatu chief Abdul Rashid Asari said he, too, backed Idris but said the party will abide by the choice made by Selangor's Sultan Sharafuddin Idris Shah on the matter.

Popular candidate

Besides Idris, other names being considered are Sungai Tua assemblyperson Amirudin Shari and Seri Setia assemblyperson and academician Shaharuddin Badaruddin.

Amirudin seems to be a popular candidate among youth leaders such as Selangor Amanah Youth chief Abbas Adzmi.

Abbas said Selangor, as the most developed state in the country, needs a young energetic leader to take the state to new heights.

"But we in Amanah Youth will accept whoever is nominated and chosen as long as it is through Harapan's process of consensus," he said. - mk 




Dia ingat dia masih popular...

Awas perompak yang 
menyamar sebagai pocong... 

cheers. Posted by ali allah ditta at 12:21:00 AM 

ref:
http://alditta.blogspot.com/2018/06/hadi-awang-dan-geng-melawat-klinik.html

Saturday, June 9, 2018
Saksi utama siasatan SRC International serah diri
Posted By: Pentadbiron: June 09, 2018 Print Email
Bekas pengarah SRC International, Suboh Md Yassin menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia awal minggu ini selepas tiga tahun melarikan diri.

Suboh, yang sedang diburu bersama bekas pengarah urusan SRC International Nik Nik Faisal Ariff Kamil dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, kembali ke Malaysia pada minggu lepas.

Beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kenyataannya diambil.

“Dia menyerah diri kepada SPRM,” kata sumber kepada The Malaysian Insight tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut.

Bagaimanapun, The Malaysian Insight difahamkan bahawa SPRM menghubungi Suboh dan memintanya membantu siasatan. Suboh menghilangkan diri pada 2015 di kemuncak siasatan terhadap skandal SRC.

Beliau pada masa itu dipercayai bersembunyi di Indonesia, Thailand dan New Zealand.

Sumber berkata Suboh, Nik Faisal dan Jho Low adalah saksi penting dalam penyiasatan terhadap SRC International serta “derma” RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun Najib Razak.

Suboh dan Nik Faisal pemegang saham Gandingan Mentari Sdn Bhd, iaitu salah satu daripada dua syarikat yang didakwa memindahkan RM42 juta dari SRC International ke dalam akaun Najib.

Nik Faisal didakwa berkawan rapat dengan Jho Low dan bertindak sebagai orang tengah antara syarikat pembinaan UBG Berhad, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi bagi penyaluran AS$260 juta yang diselewengkan daripada 1MDB pada 2010 untuk membeli saham dalam UBG.

Ketika SRC disiasat pada 2015, SPRM mengeluarkan kenyataan meminta bantuan Suboh, Nik Faisal dan Jho Low.

Siasatan terhadap SRC tiba-tiba berakhir setahun kemudian apabila Najib yang ketika itu perdana menteri membubarkan pasukan khas yang sedang menyiasat skandal itu.

Bekas peguam negara Abdul Gani Patail yang ketika itu mengetuai pasukan khas berkenaan dipecat dan digantikan dengan Mohamed Apandi Ali yang kemudiannya membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB pada 2016.

Siasatan terhadap SRC yang merupakan anak syarikat 1MDB dibuka semula selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 sekali gus membentuk kerajaan baharu.

Sejak itu, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor disoal siasat SPRM. Polis juga menyerbu premis yang dikaitkan dengan Najib dan merampas 35 beg berisi RM114 juta, 37 beg berisi barang kemas dan 284 beg tangan berjenama mewah.
SPRM dua hari lalu mengeluarkan kenyataan rasmi meminta Nik Faisal dan Jho Low tampil untuk disoal siasat. Waran tangkap juga dikeluarkan terhadap mereka.

Difahamkan peguam Jho Low sudah menghubungi SPRM tetapi agensi anti rasuah itu memberitahu mereka lebih berminat untuk bercakap dengan ahli perniagaan berkenaan.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, pasukan petugas SPRM telah berjumpa Peguam Negara Tommy Thomas semalam untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Jho Low akan ditangkap kerana pembabitannya dalam skandal 1MDB. Tambah Dr Mahathir, Jho Low kini berada di luar negara dan Malaysia tidak membuat perjanjian ekstradisi dengan negara itu.

Dr Mahathir tidak menamakan negara tersebut tetapi menurut sumber, kedua-dua lelaki yang diburu SPRM itu berada di China. 

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SAKSI UTAMA SIASATAN SRC INTERNATIONAL SERAH DIRI

Saturday, June 9, 2018
Pemimpin Pas enggan terima rakyat tolak politik kaum, agama sempit
Posted By: Pentadbiron: June 09, 2018 Print Email
Ketua Penerangan Pakatan Harapan (HARAPAN) Pahang Zulkifli Mohamed berkata terdapat pemimpin PAS yang masih tak dapat menerima bahawa politik sempit perkauman dan agama sudah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia.

Zulkifli berkata demikian sebagai menyelar Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mohd Zuhdi Marsuki yang sebelum ini mendakwa Pakatan Harapan (HARAPAN) cuba menjayakan agenda DAP.

“Walaupun pilihan raya umum (PRU) ke-14 sudah hampir sebulan berlalu, namun masih terdapat suara sumbang yang cuba mewujudkan kembali ketegangan politik dengan memutarkan semula isu perkauman.

“Kenyataan terkini daripada Mohd Zuhdi yang menuduh dan memfitnah kerajaan HARAPAN yang kononnya cuba menjayakan agenda Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP sama sekali tidak dapat diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli turut menyifatkan kenyataan Mohd Zuhdi itu sebagai memperlihatkan ‘krisis pemikiran’ dan ‘penyakit jiwa yang semakin kronik’ yang bersarang di dalam hati sebahagian pemimpin PAS.

“Mereka seakan-akan masih tidak dapat menerima realiti bahawa politik sempit berteraskan perkauman dan agama sudah ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Mohd Zuhdi mendakwa tema yang ditonjolkan kerajaan baru adalah ‘satu perubahan rupa bentuk negara yang dahulunya berasaskan kontrak sosial kepada asas yang baru.’

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu juga mendakwa, melalui asas baru itu, kerajaan HARAPAN tidak memberikan keistimewaan kepada kaum atau agama tertentu.

Mengulas dakwaan itu, Zulkifli menyifatkan ia sebagai tuduhan liar dan tak bertanggungjawab.

Jelas Zulkifli, HARAPAN mempunyai perjanjian kerjasama yang disepakati antara parti komponen.

“(Dalam perjanjian itu) dengan tegas menyatakan bahawa HARAPAN akan tetap mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan Institusi Raja Berperlembagaan,” katanya memetik Perjanjian Kerjasama HARAPAN – BERSATU yang ditandatangani pada 13 Disember 2016.

Justeru, kata Zulkifli, semua parti yang bernaung di bawah bendera HARAPAN tertakluk dengan kesepakatan itu.

“Maka adalah nyata fitnahnya jika terdapat pihak yang cuba membuat tomahan bahawa Pakatan Harapan cuba menghapuskan kuasa raja-raja Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya. 

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PEMIMPIN PAS ENGGAN TERIMA RAKYAT TOLAK POLITIK KAUM, AGAMA SEMPIT











MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

Otai Reformis beri kata dua pada MB Perak

Sebuah kumpulan menggelar diri mereka Otai Reformis 98 memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu bagi menjelaskan tindakannya yang dianggap mengkhianati perjuangan mereka melawan Umno dan BN.

Dalam satu kenyataan kumpulan itu antara lain mempertikaikan bagaimana Ahmad Faizal boleh melantik bekas pemimpin Umno Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai penasihat menteri besar dan kedudukan itu bertaraf exco.

Setiausaha Otai Reformis 98 Akhi Nosa Iskandar berkata pihaknya juga tidak dapat memahami tindakan Ahmad Faizal mengambil pemimpin Umno lain untuk diberikan jawatan dalam kerajaan negeri.

"Pelantikan itu mengkhianati perjuangan kami yang menentang Umno dan BN sejak 1998," katanya.

Ahmad Faizal ialah Pengerusi Pakatan Harapan Perak merangkap pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri yang dilantik menjadi menteri besar selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Pelantikan itu berjaya dibuat selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berpuas hati HARAPAN mendapat kerusi majoriti di dewan undangan negeri (DUN).

Asalnya berlaku kebuntuan apabila HARAPAN tidak mendapat kerusi yang meyakinkan apabila memenangi 29 daripada 59 kerusi DUN Perak.

Mahu Anwar campur tangan

BN memenangi 27 kerusi lagi manakala PAS cuma tiga. HARAPAN akan hilang majoriti di DUN Perak jika BN bersekutu dengan PAS.

Bagaimanapun penyelesaian ditawarkan PAS tidak mendapat sambutan, manakala dua daripada ADUN BN mengisytiharkan diri mereka menyokong HARAPAN.

Seorang daripada mereka ialah Zainol Fadzi yang juga ADUN Sungai Manik. Dia kemudian dipecat daripada Umno.

Ekoran perkembangan itu Ahmad Faizal mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 12 Mei.

Pelantikan Zainol Fadzi sebagai penasihat khas menteri besar pada akhir Mei lalu.

Kata Akhi Nosa kumpulannya memberikan tempoh tujuh hari kepada Ahmad Faizal memberikan penjelasan mengenai langkahnya menempatkan pemimpin Umno berkenaan.

"Jika tidak diberikan penjelasan, maka kami serta penyokong HARAPAN akan mengadakan himpunan protes di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak," katanya.

Akhi Nosa juga menuntut diberi ruang mengadakan pertemuan dengan Ahmad Faizal bagi mendapatkan penjelasan mengenai pelantikan yang dibuatnya.

Selain itu Otai Reformis 98 Perak turut meminta Ketua Umum HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

"Langkah itu perlu diambil supaya isu-isu sebegini tidak lagi berulang di semua peringkat kepimpinan HARAPAN," katanya.

ref:
Otai Reformis beri kata dua pada MB Perak ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Dalam kes ini jalan penyelesaiannya mudah - yang empunya diri sedar diri dari umno lompat terus dapat tempat, banyak senang. 

SATURDAY, JUNE 09, 2018
MEREKA PALING MENCEGAH KEZALIMAN RAJA
Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

‘Mereka paling mencegah kezaliman raja-raja’ adalah perkataan sahabah Nabi s.a.w ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas tentang kelebihan bangsa Rome ataupun bangsa Eropah ini. 

Saya teringatkan perkataannya apabila tiga hari lepas (Selasa 3 Julai) saya terbaca dalam Akhbar Daily Mirror kritikan dan pendedahan mengenai belanja perjalanan keluarga DiRaja Britain. Dengan tajuk ‘Royal Family’s travel bill set rise higher’. Setiap anggota keluarga yang berbelanja dengan wang Negara didedahkan. Perjalanan mereka dan berapa wang negara yang telah digunakan seorang demi seorang. 

Antaranya Daily Mirror laporkan:

“July 2011 Prince William and Kate spent £54,410 returning from LA with their staff of seven after touring Canada and California. A source said they paid business class fares for first class flights”.

Banyak lagi pendedahan yang dibuat sebagai bantahan ke atas keluarga DiRaja itu menggunakan wang awam. Walaupun kadangkala yang digunakan itu kelihatan tidaklah begitu besar. 

Peningkatan belanja Queen Elizabeth juga dipertikaikan. Padahal jika kita teliti Queen British itu membayar cukai harta seperti rakyat yang lain. Namun, sikap adil dan demokratik membolehkan rakyat mengetahui dan menyemak sesiapa sahaja yang terbabit dalam salahguna wang awam. 

Laporan itu menyimpulkan

“The figures mean she (The Queen) costs the British population 52p per head, excluding the cost of her security and police protection”.

Walaupun kadang-kala difikir jumlahnya tidaklah banyak dibandingkan kekayaan mereka dan jasa keluarga DiRaja Britain dalam sejarah kemakmuran negara mereka. Namun, demikianlah sikap rakyat yang tidak feudal dan merdeka jiwa mereka. Mereka berhak mengetahui bagaimana wang negara mereka dibelanjakan. Maka jangan hairan jika mereka sentiasa lebih baik dari segi hak rakyat dan pengurusan dana awam negara. 

Kebebasan akhbar juga tidak dihalang dalam membuat laporan yang seperti itu. Malanglah, jika ada negara di dunia ini yang begitu meniru gaya baju dan style British dalam upacara rasmi tetapi tidak memberikan hak bersuara kepada rakyat seperti yang British berikan pada rakyatnya.

Bangsa Eropah

Hal inilah yang mengingatkan saya kepada ulasan sahabat Nabi s.a.w iaitu ‘Amr bin al-‘As apabila mendengar seorang sahabat yang lain iaitu al-Mustawrid al-Qurasyi meriwayat sabda Nabi s.a.w

“Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak” 
(Riwayat Muslim).

Maksudnya, sehingga berlaku Kiamat, bangsa Eropah akan kekal dengan jumlah dan kekuatan mereka. Rom ataupun bangsa Roman adalah bangsa Eropah hari ini. Mendengarkan hadis tersebut, ‘Amru bin al-‘As sebagai seorang yang berpengalaman dengan pelbagai bangsa pada zaman tersebut mengulas dengan berkata kepada al-Mustawrid:

“Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. 

Pertama; 
mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. 

Kedua; 
Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. 

Ketiga; 
Paling cepat menyerang balas musuh. 

Keempat; 
Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. 

Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.

Dalam ucapan ‘Amr bin al-‘As, tergambar bahawa beberapa ciri penting untuk menjadi satu masyarakat ataupun negara yang kuat. 

Pertamanya, 
kebijaksaan politik dalam menangani krisis. 

Kedua, 
kemampuan untuk bangkit setelah jatuh dalam kegawatan. 

Ketiga, 
kekuatan ketenteraan. 

Keempat, 
kebajikan rakyat. 

Kelima, 
keadilan siasat yang menghalang segala kezaliman terutama kezaliman golongan penguasa.

Merenung hadis dan ucapan ‘Amr bin al-‘As ini, dapat kita lihat kekuatan dalam kehidupan masyarakat Barat ini sekalipun banyak perkara yang kita mungkin tidak bersetuju dengan mereka. 

Ciri-ciri kebaikan dan kekuatan yang disebutkan ‘Amr bin al-‘As dapat kita lihat dalam pengurusan mereka yang lebih baik dibandingkan masyarakat lain termasuk masyarakat muslim hari ini. 

Sikap mereka dalam mencegah kezaliman penguasa lebih baik dari masyarakat lain yang feudal. Royal Family mereka sekalipun berjasa dalam sejarah, namun hari ini tidak dibiarkan bertindak tanpa boleh dipertikaikan. Dengan itu masyarakat mereka hidup dengan penuh keyakinan terhadap hak dan suara mereka. 

Lihatlah di dunia Islam apabila ada golongan bangsawan yang boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Bahkan yang mempertikai pula yang dihukum. Padahal jasa golongan bangsawan negara-negara orang muslim sukar hendak disenaraikan dalam sejarahnya dibanding monarki British.

Agamawan Senget

Malang sekali, muncul pula golongan agama yang samada jahat, ataupun jahil terhadap maksud agama dalam membebaskan manusia dari penghambaan zahir dan batin kepada menjadi hamba Allah yang merdeka jiwanya. Lahir golongan literalist yang meletakkan nas-nas agama secara terpisah dan senget dari maksud keseluruhan agama ini sehingga mendiamkan kezaliman penguasa dan membantah suara rakyat yang ditindas. 

Mereka inilah yang berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan regim yang masih hidup iaitu Bashar al-Asad. Mereka sibuk menghalang rakyat bersuara, tetapi tidak sibuk ‘berforum, berwacana, ataupun berseminar’ menghalang penguasa merakusi hak rakyat. 

Mereka mendakwa ini pegangan salaf (generasi awal Islam), seakan golongan salaf itu benteng kepada regim-regim yang zalim. Merekalah yang sebenarnya menghina dan berdusta atas nama salafussalih. Mereka lupa, bahawa Muawiyah bin Abi Sufyan sekalipun memberi ruang membantah dan bersuara kepada rakyat.

Dalam riwayat at-Tabarani, dengan sanad yang hasan:

“Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: 

“Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. 
Tiada seorang pun yang menjawabnya.

Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata:

“Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.

Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: 

“Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai:

 “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.

Kata Muawiyah: 
Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. 

Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah menghidupkannya”.

Dunia bergembira dengan kemenangan Presiden Mesir yang baru Dr Muhammad Mursi. Saya mengikuti ucapan demi ucapannya. Ucapannya melambang nilai Islam yang ada dalam dirinya. Islam itu asas pemikirannya. Saya tidak mengharapkan banyak, saya harap beliau menghidupkan demokrasi seperti yang dijanjikan. Memberikan hak rakyat dan membahagikan kekayaan negara secara betul. Menghidupkan negara yang tersusun dan berperaturan. Bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Jika itu dapat dilakukan, Mesir yang terkenal dengan negara serabut dan tidak berperaturan itu akan dapat dibangunkan semula. 

Umat Islam sekian lama menderita kerana kegagalan pengurusan negara mereka. Masa untuk berubah dengan menyingkirkan setiap golongan yang korupsi dan penyokong pemikiran feudal dari masyarakat muslim. Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 4:00 pm

ref:
al- Husseyn: MEREKA PALING MENCEGAH KEZALIMAN RAJA

SATURDAY, JUNE 09, 2018
Islam terancam di Kelantan PRU 14?
Saje tanya.

1. Ada orang kata PH kena berlaku adil bagi jumlah peruntukan kpd MP PH dan MP BN . Kena bagi sama rata.

2. Secara peribadi, saya tak ada masalah tentang saranan itu. Hakiktnya, itu pun yang dulu kami dok pulun minta semasa kami jadi pembangkang. Tapi BN langsung tak layan. Pandang sebelah mata pun tak mahu. Yang lebih tragis, ada rakyat yang ingat kami dapat. Yang melaung kata tak adil sekarang dulu langsung tak bersuara. 

Dulu bukan sahaja 100k tak dapat, sekupang duit pun tak rasa. Ramai mungkin tak sedar betapa perit dan azabnya ramai MP pembangkang masa tu. Allah je yang tahu.

3. Bukan sahaja pembangkang dulu didiskriminasi dan dilayan dengan tidak adil dalam isu peruntukkan, hatta dalam isu nak jumpa rakyat pun, kami kadangkala dilayan macam sampah. Tak boleh langsung masuk sekolah atau masjid sebagai contoh ..bukan nak kempen pun tapi nak bagi bantuan! Sedangkan BN terang terang kempen di tempat tempat spt itu. Tak ada yang melaung.. ini tidak adil ...mcm sekarang. Konsisten brader!!!!

4. Jika saya masih pembangkang, bagi saya dpt 100k tu ok sgt lah tu dan kena bersyukur sgt lah. Boleh survive InsyaAllah. Jika pembangkang dulu boleh kenapa pembangkang sekarang tak boleh..dua dua makan nasi.

5. Dalam ucapan saya baru-baru ini di sekolah menengah BBST (dijemput kali pertama) , saya kata saya tak ada masalah jika pihak sekolah nak panggil ahli politik BN ke sekolah walaupun kami langsung x boleh. Saya kata kami tentang politicking bukan ahli politik. Kena beza tu saya kata.

Saya tertanya dalam hati andaikatalah BN masih perintah lagi (minta dijauhi) , siapa lah agaknya nak bela kami sbg pembangkang jika kami masih jadi YB. Tercuit ke isu IMDB misalnya ? Saje tanya.

Allah lebih tahu.

Yb Sepang.
8.6.2018.

ref:
al- Husseyn: Islam terancam di kelantan PRU 14?

Selepas 10 hari Tabung Harapan cecah lebih RM50 juta
Pejuang Perubahan Pejuang Perubahan   1:09 PTG

Selepas 10 hari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Tabung Harapan Malaysia, kini tabung itu berjaya mengumpul lebih RM50 juta.
Menurut Kementerian Kewangan jumlah yang dikuti setakat jam 3 petang hari ini adalah RM52,216,682.08.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan dengan tujuan membantu menangani keadaan kewangan negara.

Tabung yang dilancarkan pada 30 Mei lalu bermula dengan kutipan RM7 juta pada hari pertama.

Sejak itu, rakyat Malaysia dan pelbagai syarikat, tampil memberi sumbangan mereka.
mdl

ref:
Selepas 10 hari Tabung Harapan cecah lebih RM50 juta - AGEN PERUBAHAN ®

Saturday, 9 June 2018
DUDUK DIAM-DIAM ADALAH LEBIH BAIK BUAT NAJIB...

Kebelakangan ini Najib Razak terlihat sangat aktif dalam memberi respon terhadap beberapa perkara yang dibangkit, diputus atau didedahkan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan.

Setiap kali sesuatu perkara itu diambil tindakan, barangkali kerana beliau ketika ini ada banyak masa sejak tidak lagi bergelar Perdana Menteri dan tidak boleh pula untuk ke luar negara, beliau dengan pantas akan tampil dengan jawapan balasnya.

Baik mengenai bayaran yang dibuat oleh Kementerian Kewangan bagi melangsaikan hutang 1MDB sebagaimana yang didedahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, perjanjian merugikan di mana kerajaan membayar sehingga hampir  90 peratus sedangkan kerja hanya dilakukan pada tahap 13 peratus  bagi projek paip saluran gas, pembatalan beberapa projek atau apa saja yang diputuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir Mohamad, semuanya akan mengundang reaksi daripadanya.

Cuma, dalam kes-kes tertentu seperti isterinya Rosmah Mansor turut dipanggil SPRM untuk memberi keterangan, waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Jho Low dan  menghilangnya Musa Aman serta Jamal Mohd Yunos ke luar negara saja yang tidak disentuhnya setakat ini.

Dalam sekian banyak  reaksi itu, Najib masih cuba menunjuk baik dengan menasihatkan agar politik dendam tidak diamalkan oleh kerajaan baru, selain apabila projek-projek tertentu dibatalkan seperti Keretapi Laju Kuala Lumpur - Singapura atau HSR, ECRL dan MRT3, beliau juga cuba memberi gambaran indah mengenai kebaikannya.

Selain itu, Najib juga menyentuh bagaimana projek-projek lain yang diperkenalkannya seperti sambungan LRT dan MRT telah memberi manfaat yang banyak kepada rakyat.

Perlukah Najib terus bersuara menjawab setiap perkara yang diputuskan oleh kerajaan sedangkan beliau sudah meletakkan jawatan daripada UMNO dan BN, manakala pimpinan barunya seperti Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein lebih suka berdiam diri saja?

Apakah Najib benar-benar tidak mengamalkan politik dendam selama ini?

Adakah Najib masih mahu mempertahankan hutang yang tinggi atau kos projek yang tidak munasabah bagi semua itu?

Najib sebenarnya adalah pemimpin yang gagal. Beliau dilingkari terlalu banyak skandal, mengkayakan diri sendiri dan keluarga secara keterlaluan dan menjadikan negara dibebani hutang yang tinggi selama 9 tahun era pemerintahannya sebelum ini.

Skandal 1MDB saja sudah cukup membuatkan namanya menjadi sebutan di seluruh dunia dan dengan beberapa perbicaraan berkaitan skandal itu akan dibicarakan tidak lama lagi, kebusukan salah lakunya yang selama ini terlindung di sebalik kuasa dan jawatan Perdana Menteri  yang disandangnya pasti akan membuatkan lebih ramai menggeleng kepala terhadapnya.

Lagi kerap beliau cuba mempertahankan dirinya dengan selalu tampil menjawab atau memberi reaksi terhadap apa yang diputuskan kerajaan, ia sama sekali tidak menjadikannya kelihatan sebagai orang baik dan dipandang mulia oleh umum.

Malah, ia akan lebih mengingatkan orangramai kepada skandal 1MDB dan Jho Low yang dikaitkan dengannya. Juga akan mengingatkan orangramai kepada Rosmah yang suka bermewah, 284 kotak beg tangan mewah dan 37 beg mengandungi barang kemas yang baru-baru ini berjaya dirampas serta tidak lupa kepada anak tirinya, Riza Aziz yang tiba-tiba menjadi kaya dan mampu menjadi penerbit filem di Hollywood, sekaligus memiliki banyak kondo mewah di Amerika serta London.

Najib bukanlah seperti Tun Mahathir yang sentiasa dihormati, dipandang tinggi dan kata-katanya didengari, meskipun selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri pada 2003 dahulu. Tun Mahathir memiliki semula kelebihan itu kerana beliau tiada skandal, tidak pernah disiasat, tidak dihalang ke luar negara dan tidak pernah mencuri wang negara.

Sebaliknya, semua elemen buruk itu dikaitkan atau terkait dengan Najib sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Najib juga bukanlah Anwar Ibrahim yang ada jiwa perjuangan yang kukuh dan kental dalam dirinya. Najib adalah pemimpin manja yang menang semua jawatan dalam UMNO selama ini dengan percuma.

Maka, terus bersuara, lebih-lebih lagi cuba menyanggah apa yang dilakukan oleh kerajaan baru dan Tun Mahathir yang berjaya menumbangkannya pada pilihanraya 9 Mei, tidak lagi memberi sebarang makna kepada pengembalian maruah dirinya.

Maruah diri Najib kini sedang diperhitung melalui siasatan dan mungkin pendakwaan yang bakal dihadapinya tidak lama lagi.

Lebih baik ketika ini beliau menumpukan perhatiannya kepada kes-kes yang bakal dihadapinya di mahkamah serta kemungkinan hukuman yang bakal diterimanya, selain menggunakan masa terluang yang ada untuk merenung kembali kesilapan-kesilapan masa lalunya.

Untuk menjawab atau memberi reaksi terhadap apa jua yang dilakukan oleh kerajaan baru sekarang, biarlah ia dilakukan oleh pimpinan baru yang kini menerajui UMNO dan BN. 

Tidak wajar Najib mengganggu tugas dan peranan mereka seolah-olah beliau masih lagi Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Berdiam diri atau duduk diam-diam adalah lebih baik baginya. Terus bersuara, selain mengingatkan kembali kepada skandal demi skandalnya, juga akan menambahkan lagi kebencian ramai terhadapnya.

Lebih buruk jika skandal yang dikaitkan dengan Najib lebih banyak yang terdedah lagi bersama kekerapannya bersuara dan memberi reaksi itu.

Najib harus ingat, rakyat menolak UMNO dan BN adalah kerana benci dengan salahlaku dan deretan skandal ciptaannya. Namanya saja, jangankan orang biasa, ahli UMNO pun kalau boleh tidak mahu menyebutnya lagi.  (ShahbudinHusin 09/06/2018).

19 comments:

dad 9 June 2018 at 12:52
"denialism"

najib until today still refuse to see and accept reality. he refuse to accept that people already rejected him, even his umno goons also agree that he was the main cause of umno rejection!

pity, his ego is too high that he believes people still want to listen to his pep talk "bullshits".

it is about time for him to visit a psychiatrist.

-------------------------------

Shafiek Abdat 9 June 2018 at 16:21
To me Najib Razak merupakan manusia paling bangsat dalam lipatan sejarah Negara Malaysia..

-------------------------------

isa3 9 June 2018 at 12:57
Tak duduk diam lagi marah pihak berkuasa, lagi giat depa punya usaha nak tangkap dia.

Aku suka begitu. Jadi, lantak lah dia nak duduk diam ke tak.

Sabenar nya aku hairan kenapa "MO1" tak di tangkap hingga sekarang. Penjenayah ada ynag di kasi special treatment ke?

-------------------------------

isa3 9 June 2018 at 13:04
Sebalik nya pulak, Jho Taek mendiam diri. Dah hilang bola.

Laporan kata, "The prime minister did not say which country but sources told The Malaysian Insight that the two wanted men (termasuk Jho Taek) were in China."

Tak dapat di tangkap, takda extradition treaty. Spore pun ada waran tagkap untuk dia sejak 2016.

Waah, mcm ni nampak mcm it pays to steal big money.

The gomen must think of ways to get Jho Taek back in this country. But must not do Najib style that involve affecting the national sovereignty.

-------------------------------

Mohamed Noor 9 June 2018 at 13:05
dan untuk silahanat geng najis juga duduk diam2 lebih baik kerana kerajaan klepettrokasi kau dah jahanam.

-------------------------------

steady eddie 9 June 2018 at 13:07
aku benci najib dan rosmah

-------------------------------

melayutanahselatan 9 June 2018 at 13:30
Aku lagi benci geng najis,lebaimoden lahanat dan pejuang rakyat kominis mengotori ruang komen dengan bahan dari tong taik

-------------------------------

Bulat Ken 9 June 2018 at 13:38
Geng Najib dah mula berpantun... Sah dah dekat nak sasau.
Kihkihkihkiokiokio.... Harkkkkk tuihhhh

-------------------------------

Mohamed Noor 9 June 2018 at 13:45
semenjak chief dia kalah terus kena sawan babi la sebab tu sekarang da sasau bro...kah×30

-------------------------------

isa3 9 June 2018 at 13:46
Aku masih belom faham kenapa Najib tidak di tangkap dan di suruh pakai baju oren.

Ramai yang di curiga (suspects) sahaja tapi di tangkap, ada yang di tolak dari tingkap berberapa tingkt ke bawah spt Teoh Beng Hock.

Pada hal Tun Mahathir di katakan sekarang punyai kuasa yang amat sangat. Bagus penulisan di The Malaysian Insight ini, baca lah -

POWER is when the sultans toss protocol aside to pay you a visit.

Power is when even your political adversary ‎seeks your advice on how to turn around the fortunes of the political party you have just defeated.

Power is when senior judges at the Palace of Justice suddenly sound like judges at your re-emergence.

Hard as it may be to imagine, Prime Minister Dr Mahathir Mohamad 2.0 may actually be more powerful and influential than Prime Minister Dr Mahathir Mohamad 1.0.

At least, that is the perception.

-------------------------------

isa3 9 June 2018 at 13:50
Begitu baik apa yang di tulis itu sehningga aku fikir perlu di turunkan sepenuh nya -

If Dr Mahathir of 1981-2003 derived his power from ruthlessness and single-mindedness of ambition, Dr Mahathir of 2018- has the all of the above, and more.

Today, he enjoys the solid backing of a cabinet and the Pakatan Harapan government who want what he wants. He does not need to cajole them. It is their reform agenda that he has embraced and they love it.

Today, ‎he has an army of grateful Malaysians who feel empowered and liberated by the fall of Najib Razak and Barisan Nasional.

Dr Mahathir enjoyed periods of popularity in his first tour as the PM but this is different. Now he has prayer warriors and keyboard warriors. Now, the people's agenda is his agenda, not the other way around.

That means he pretty much has a free hand to achieve the people's agenda.‎ This bond between Dr Mahathir and the masses also means that anyone who obstructs him is immediately ticked as an enemy; an enemy of the will of Malaysians expressed on May 9.

The Malay rulers who visited him during the standoff between Agong and Dr Mahathir over the appointment of Attorney-General Tommy Thomas understood this

They wanted to make it clear that many of the sultans did not support the Palace's decision to delay the appointment of the new A-G.

To be sure, the sultans are not fans of Dr Mahathir.

But they understand that this Dr Mahathir is even more formidable than the‎ one who took them on twice and humiliated them just as many times.

This Dr Mahathir does not need to whip Malaysians into a frenzy over the excesses of the country's elite the way he did in the 1980s and 1992.

No need to manufacture any groundswell, because the tide of fury at the excesses of the rich, famous and connected was on full show on May 9.

That groundswell is on tap – and it can be tapped anytime by Dr Mahathir.‎

Dr Mahathir 1.0 was clinical and ruthless but often he was a one-man army trying to re-shape the country.

Dr Mahathir 2.0 is still clinical and ruthless but now he is empowered by an army of Malaysians who want him to live as long as possible to continue as the PM beyond his two-year-term.

Anyone who has designs on challenging Mahathir's authority ‎should understand this.

Dengan begitu banyak kuasa Tun, aku masih mahu lihat Najib di tangkap dan di arah pakai baju oren.

Siasatan masih boleh di teruskan masa dia pakai baju oren.

-------------------------------

GENG NAJIB 9 June 2018 at 14:04
Kengkawan yang dikasihi...kita chill sekejap dari berpolitik...dan nikmati pantun2 sempena Syawal pulak ..k semua...

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
Whatssap dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati.

-------------------------------

GENG NAJIB 9 June 2018 at 14:04
Tok Dalang pergi ke dusun,
Gadis India memakai sari,
Seikhlas hati jari disusun,
memohon dimaaf kekhilafan diri,

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di AIDIL Fitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
Whattsapp sahaja penggganti diri.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan

Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki tidak disisih

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

-------------------------------

GENG NAJIB 9 June 2018 at 14:05
Adik tersayang segak bergaya,
Memanjat kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri


Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.

-------------------------------

GENG NAJIB 9 June 2018 at 14:11
Bhai semua..ini pantun Raya 1 Malaysia :

Kelantan.

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu.

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Teruskan Selongkar...

Pahang.

Sempadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor.

Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Melaka.

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Negeri Sembilan.

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor dan K.Lumpur.

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak.

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah.

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang.

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis.

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sarawak:

Sungkei marek masak laksa Sarawak,
Pasya terus kenak nyuruh mak kemas umah,
Raya klak kamek ngidang kek lapis sarawak,
Kitak orang iboh lupak datang umah.

Labuan:

Ku idang kuih kan biskita,
Bukannya tah kali diliat nganya,
Di malam raya memasang pelita,
Hati happy bis liaunya.

Sabah:

Bali baju sedondon sewarna,
Rasa kan sama si buah hati,
Tidur malam asyi nda lena,
Mo sambut raya bagai mo mati.

Amacam...ada feel tak ?????

Keh..keh...keh....

-------------------------------

isa3 9 June 2018 at 14:08
Jahanam nya politik menteri amaran Muddin sebab sepupu nya Najib.

UMNO vice-president Hishammuddin Hussein has announced that he will not contest any post in the upcoming party polls, confirming a report by The Malaysian Insight this morning.

Habis ke politik dia? Tak tentu lagi - "I will not contest any post at the national level, and will focus on rebuilding Umno in Johor," he told a packed press conference today in Johor Baru.

Nak maki sekarang tak boleh, sebab sepupu dia. Nak caution si pupu masa dulu jangan melanda landa pasal 1MDB dll, tak boleh. Takut tak di teguh si pupu tuh.

Between the devil and the deep blue sea. Nyaris dia tak in deep yellow shit. Mcm si Najib.

-------------------------------

Ramly Ahmad 9 June 2018 at 14:24
Geng najib dah mula berpantun..
Sah dah dekat nak sasau..
Apa susah kita ada fantun
Biar dia balas blasah kau kau..

Hahahakahkahkasihramadan bro..

Diam lebih baik..lg banyak bercakap..lg banyak orang sakit hati benci..tiada orang nak simpati..cakap ko x pakai lg..nunggu ddakwa ko kes curi..dgari..salah ddapati..duduk ko dbilik berpagar besi..x gitu bang Shah .

-------------------------------

Smart Pomen 9 June 2018 at 17:14
Salam, nak buat camne.. Dulu Ada Yg tukang jawab. Tgh ramai Kawan la katekan. La ni terkontang kanting lA sorang2. Jadi kena la jawab dgn harapan org akan percaya.

ref:
Shahbudin dot com: DUDUK DIAM-DIAM ADALAH LEBIH BAIK BUAT NAJIB...

SATURDAY, JUNE 09, 2018
TAK PERLU LIBATKAN PAS
Oleh Zolkharnain Abidin al Abyadhi

1. Melalui TITM, Pas tawar diri utk memperkasakan Jakim. Jika pendapat aku diminta, aku kata, dalam usaha utk memperkasa, menjenama semula atau apa saja mem terhadap Jakim, aku harap Pas tak perlu dilibatkan.

2. Bukan aku nafikan kewujudan mereka yg berkebolehan dlm Pas dlm soal hukum-hakam fiqh, tapi dalam soal menjadikan Jakim sebuah institusi yg inklusif, realistik dan progresif, pemimpin Pas bukanlah orangnya.

3. Sikap pemimpin Pas yg keras tak bertempat, provokatif, tidak meraikan perbezaan, rasa diri sendiri saja yg betul, menyempitkan tafsiran syariah kpd hukuman saja, gopoh-gapah, konservatif.... tidak akan menjadikan usaha membina semula Jakim akan mencapai hasilnya.

4. Isu Akta 355 yg dipelopori oleh Pas dan disokong oleh Jakim sudah menjadi bukti bahawa Pas bukanlah sesuai dirundingi dlm urusan memberi wajah baru kepada sebuah institusi agama besar seperti Jakim. 

5. Jika Pas dilibatkan juga, usaha itu akan menemui jalan buntu kerana sikap pemimpin Pas yg suka memaksakan idea mereka terhadap orang lain. Mereka mahu, dlm urusan agama, tafsiran mereka saja yg diterima. Bagi mereka, tafsiran orang lain tentang agama adalah tafsiran golongan liberalis, sekularis dan macam-macam lis dan ris lagi.

6. Bacalah tulisan pemimpin mereka tentang Islam, semuanya bernada keras terutama dlm konteks hubungan dgn non muslim dan komuniti yg mereka labelkan liberalis dan sekularis. Bahkan Tun M sendiri, apa label yg mereka tidak tampalkan ke atasnya?

7. Saya fikir, Pas usahlah sibuk diri dgn urusan Jakim. Eloklah mereka baiki dulu gaya fikir dan gaya tindak Pas sendiri dlm mendepani pelbagai isu dlm sebuah negara multi racial seperti Malaysia. Perkasakan dewan ulama dan ulama Pas sendiri yg doa laknatkan orang itu dan orang ini di situ dan di sini.

8. Jika Pas dilibatkan sama dlm usaha menjenama semula Jakim, agensi itu tak akan memberi wajah sebenar kpd Islam yg didokong oleh PH, tetapi akan berada pada wajah asalnya seperti Jakim pada era BN.- Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:00 pm 

ref:
al- Husseyn: TAK PERLU LIBATKAN PAS

SABTU, 9 JUN 2018
MOKHTAR SENIK SINDIR GUAN ENG YANG MENGHORMATI AZAN?

Apa lah masalah lebai sekor ni. Kenapa la hati dia ni busuk sgt? Kalau pmimpin Dap tak hormat azan, dia kutuk. Bila Guan Eng berhenti seketika sidang akhbarnya apabila mendengar suara azan, dia bawa cerita Yahudi baca Al Quran pulak. Kot ye pun, salah ke yahudi baca Al Quran? Org mcm Mokhtar Senik ni la busukkan nama Pas.
Mungkin rasa dendam dan sakit hati sewaktu kalah teruk di dalam PRU 14 baru2 ini di Perlis menyebabkan dia jadi meroyan begini. Dia ingat cukup hanya bermodalkan serban dan jubah saja maka rakyat akan mengundi beliau. Rakyat Pahang kenal lama Mokhtar Senik ini, sebab itu dia dicampakkan dari Pahang ke Perlis, negeri sempadan Siam tempat popular dia dulu. DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 11:41 PG 

ref:
Blogger: MOKHTAR SENIK SINDIR GUAN ENG YANG MENGHORMATI AZAN ?

SATURDAY, JUNE 09, 2018
Mengapa di benarkan Dr Zambry Abdul Kadir duduk dalam rumah itu?
Oleh Mariam Mokhtar Admrl-Gen
Bekas Mentri Besar Perak, Dr Zambry Abdul Kadir, masih menduduki kediaman rasmi MB di Ipoh. Mengapa dia di benarkan duduk dalam rumah itu? Dia bukan MB lagi...

Adakah rakyat Perak yang tanggung dia sekeluarga duduk kat kediaman resmi tu? Apa faedah yang rakyat dapat?

https://www.mm4.co/dr-zambry-abdul-ka...
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 pm

ref:
al- Husseyn: Mengapa di benarkan Dr Zambry Abdul Kadir duduk dalam rumah itu?

SATURDAY, JUNE 09, 2018
Tiada lagi palang di pintu utama universiti, kata Menteri Pendidikan
Oleh MALAYSIA DATELINE

Kementerian Pendidikan mengarahkan universiti awam (UA) supaya tidak meletakkan palang di pintu utama bagi menghalang kemasukan kenderaan dan orang awam seperti amalan sebelum ini. 

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, hal tersebut bagi mewujudkan persekitaran mesra ilmu. 

Menurutnya, semua pentadbiran UA juga bebas menganjurkan program ilmiah seperti debat, forum dan wacana intelek seperti amalan di universiti terkemuka dunia yang lain. 

Beliau berkata, arahan tersebut berkuatkuasa serta-merta dan semua pentadbir UA diminta menyahut seruan tersebut atas semangat menjadikan universiti sebagai medan percambahan ilmu. 

“Saya minta Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar mematuhi arahan ini dan memastikan tiada lagi sebarang halangan kepada program seumpama itu selepas ini. 

“Perkara ini perlu diselaraskan oleh semua universiti, di mana pemantauan terhadap pematuhannya akan dibuat kementerian,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11 (1) di Putrajaya, malam tadi. 

Jelasnya lagi, keputusan kementerian itu selaras dengan inspirasi mahasiswa yang mahu melihat universiti bebas daripada sebarang kekangan terutama dalam hal berkaitan perkongsian intelek. 

Ketika kerajaan dikuasai rejim BN, pentadbiran UA melarang mahasiswa menganjurkan program debat, forum dan wacana akademik yang menyentuh isu semasa negara. 

Bahkan, Dr Maszlee turut menjadi antara individu yang pernah melalui pengalaman dihalang daripada menyertai program sedemikian sebelum ini. 

Pada 13 Mei 2015 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) contohnya, Forum GST bertajuk “Antara Pertumbuhan Ekonomi dan Keadilan Sosial” dibatalkan serta-merta apabila mikrofon yang sedang digunakan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dirampas oleh seorang kakitangan keselamatan universiti ituCatatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 6:00 pm 

ref:
al- Husseyn: Tiada lagi palang di pintu utama universiti, kata Menteri Pendidikan

2000 ahli tinggalkan Umno, sertai Amanah
MALAYSIADATELINE 

Akibat kecewa dengan pucuk pimpinan, seramai 2,000 ahli di pelbagai peringkat dan cawangan telah meninggalkan Umno berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Mereka termasuklah beberapa pimpinan cawangan seperti Ketua Pemuda Umno Bandar Bukit Jalil, Aliff Tafid, Ketua Wanita Umno Bukit Jalil, Norhaida Kamaruddin serta bekas Bendahari Umno Bahagian Batu, Hisham Ahamad Zahmi.

Menurut Aliff, kesemua mereka sepakat meninggalkan Umno berkuatkuasa 1 Jun lalu dan bakal menyertai Amanah Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat.

“Kami sekurang-kurangnya 2000 orang ini terdiri dikalangan orang politik, ahli ngo dan sebagainya. Kita bermesyuarat beberapa hari lepas dan berbincang mengenai situasi semasa dan akan datang di mana kami bersetuju untuk menyertai parti Amanah dan akan membentuk sebuah bahagian di Wilayah Persekutuan.

“Kami kecewa apabila kerajaan terdahulu iaitu BN telah membuat banyak kesilapan besar di mana pada umumnya ketika mereka memerintah perkara-perkara ini telah dikaburkan, maksudnya kami tak dapat lihat perkara itu.

“Jadi bila Pakatan Harapan memerintah, baru kita dapat lihat semuanya setelah perkara ini didedahkan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.

Katanya, Pemuda dan Wanita Umno termasuk ahli akar umbi telah beberapa kali cuba menyuarakan pandangan kepada pimpinan atasan, namun ia tidak didengari.

Tambahnya, pemilihan tertinggi Umno juga dikuasai oleh golongan yang rapat dengan individu-individu tertentu dalam Umno.

“Sebenarnya dalam Bandar Tun Razak ini sendiri saya telah suarakan banyak perkara kepada pucuk pimpinan sejak awal lagi, namun suara kita tidak didengar khususnya suara anak muda.

“Macam mana hari ini orang muda nak betulkan Umno itu sendiri sedangkan yang bertanding jawatan tertinggi parti anak menteri, anak ketua bahagian. Jadi sampai bila-bila pun suara akar umbi tidak akan didengar oleh pucuk pimpinan,” katanya.
at 6/09/2018 08:06:00 PTG

ref:
KERENGGA: 2000 ahli tinggalkan Umno, sertai Amanah

mnoPQrstu. 

Tiada ulasan: