Isnin, 25 Jun 2018

Tidak beriman dengan dosa pahala? 7809.


Tamat satu riwayat keangkuhan, kesombongan, kekebalan, kebejatan, kedurjanaan dan kekeramatan. 
Setiausaha Syura Ulamak PAS kata PH tidak beriman dengan dosa pahala

"Tidak mustahil rakyat akan memilih Pas pada PRU15 nanti untuk menerajui kerajaan Malaysia kerana Pas terbukti boleh mengotakan segala janji dalam manifesto,” kata Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh.

Menurutnya, rakyat kini mula memperkatakan bahawa mereka perlu memilih Islam kerana ia berteraskan kepada dosa dan pahala, dan apabila berjanji, ia mesti dilaksanakan.

“Bila kita janji, tapi kita tak buat, maka berdosalah. Pakatan Harapan, bila dia janji, tapi dia tak buat, dia tidak beriman dengan dosa dan pahala bila bab politik. Sebab itu dia bercakap merapu meraban begitu.

“Pas kita konsisten, bila kita sebut dalam tempoh 10 hari kita memerintah, kita akan buat, kalau kita tidak buat, kita berdosa. Orang lain tidak berdosa sebab dia tidak ada asas dosa pahala. Sebab kita bukan janji politik, tapi janji dengan manusia dan ALLAH yang membabitkan dosa dan pahala,” katanya kepada
Sinar Harian di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ceramah sesi kedua di Medan Ilmu, di sini.

Terdahulu, Nik Zawawi dalam ceramahnya menyebut yang tidak mustahil Pas akan menjadi kerajaan pemerintah PRU akan datang dengan mengambil contoh apa yang berlaku kepada Umno pada PRU14 yang jatuh kepada Pakatan Harapan.

Menurutnya, perkara tersebut dinyatakan dengan bukti jelas yang mana satu perjumpaan dengan pengundi Pakatan Harapan telah dibuat melibatkan beliau di Selangor baru-baru ini.

Beliau memberitahu, pertemuan tersebut adalah berkisarkan luahan rasa kekesalan penyokong terhadap sokongan mereka kepada pakatan yang dilihat tidak mengotakan janji-janji PRU lalu.


Err ...

Baru2 ni ada pemimpin PAS kata biar PH bayar dulu semua hutang2. Jadi ada pemimpin PAS mengaku yang hutang negara memang parah. Tetiba tok lebai ni kata PH tak tunai janji. 100 hari pun belum sampai lagi. Janji kesemua manifesto dengan sebahagian 100 hari ada beza la pak lebai.

Ko nak berpolitik, silakan. Ko jangan bodohkan orang lain.

Aku cuma nak cakap, salah satu sebab. aku cakap salah satu sebab la bingai. hehehehe. kerana kerja kuat penceramah pakatan harapan. Jadi mungkin besar rakyat pilih PAS di Kelantan dan Terengganu kerana pendedahan Rafizi dan kawan-kawan. Nak harap PAS dedah tembelang UMNO. Hahahahhaha.....

Jadi nak tak nak PAS dapat habuan jugak dari reformasi rakyat untuk tumbangkan UMNO. Kalau harap PAS. sendiri mau ingat la. nak jadi king maker. nak kawan lagi ngan UMNO.

Agak2 korang berapa ratus ribu datang Jumpa Pak Lebai ni luahkan kekecewaannya ... hahahhahaha... ni ulamak cakap ni .. dosa pahala ...

Kerana demokrasi aku tak jadi nak maki kau! Silakan berpolitik!

3 respon: 

Adam berkata... 24 Jun 2018 4:15 PTG
Nak jadi king maker pun gagal habis.
Tanpa Nama berkata... 24 Jun 2018 5:18 PTG
bila siasatan 1mdb sampai hingga wang rm200juta kpd nasha, barulah tau sapa yg akan ke neraka nanti. ada org kata 15 pemimpin pas. Husam kata melalui affin bank melebihi rm90juta.
Tanpa Nama berkata... 24 Jun 2018 5:36 PTG
yg tk berdosa bg pas ialah najib khalifah yg wajib dipertahankn. sekarang khalifah pun pas tk ziarah. bomoh kelapa ada jg dtg ziarah kt luar rumah najib.

so far lum jumpa lg pemimpin pas yg berwibawa... apatah lg yg berakhlak mulia pewaris nabi. pewaris dedak adalah
ref: 

Azmin sifatkan tuduhan miliki RM300 juta 'politik kotor'

Kow Gah Chie
24 Jun 2018, 12:48 tengahari (Dikemaskini 24 Jun 2018, 1:11 tengahari)

A A
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak tuduhan bahawa beliau mempunyai lebih RM300 juta yang disembunyikan di luar negara.

Bercakap kepada media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri hari ini, bekas menteri besar Selangor itu menyifatkan tuduhan itu sebagai 'politik kotor'.

Azmin berkata sekiranya dirinya seorang yang kaya raya, beliau tidak perlu lagi menjadi seorang ahli politik.

"Saya tak nak layan politik kotor.

"Kalau saya ada lebih RM300 juta, saya tidak ada lagi dalam Keadilan (PKR), betul?" katanya.

Tuduhan begini dah tak laku lagi..
Minali sepatutnya buat macam DSAI.. DSAI pernah minta orang yang tuduh dia tunjukkan duit tu kat mana. DSAI nak guna duit tu buat belanja...terpinga2 mp yang menuduh tu.Kesipuan lagi.Nasib dalam dewan... kalau kat luar tentu kena saman... Kalau teman tak payag 300 juta pun. Ada 30 juta pun dah tak nak terlibat dah dengan politik.. Baik teman enjoy aje... hahaha se juta setahun... 30 tahun wow....
ref: 

Mahfuz: PAS 'kebuloq' kuasa, rakyat nak termuntah

Bekas anggota parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar menyelar parti Islam itu kerana menggesa penubuhan kerajaan perpaduan di Kedah, walaupun sebelum ini menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden AMANAH itu mengulas usaha PAS mencalonkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dari parti berkenaan, berikutan HARAPAN mendapat jumlah kerusi DUN yang sama dengan gabungan kerusi PAS dan Umno.

PAS sebelum ini menyerahkan nama bagi jawatan speaker dan timbalan speaker minggu lepas, menurut organisasi parti itu, Harakah Daily.

"Tak salah nak calonkan speaker dari PAS tapi janganlah berlindung di sebalik slogan kerajaan perpaduan tanpa pembangkang.

"Rakyat nak termuntah mendengar slogan tersebut.

"Masa sebelum PRU14, PH (HARAPAN) ajak mai bersama dalam PH tak mau. Pasai ada parti pengkianat, menentang agenda Islam dan segala macam alasan menolak pelawaan PH.

"Sekarang nak ajak pula bentuk kerajaan perpaduan di Kedah dengan PH yang ada pengkianat, menentang agenda Islam dan sebagainya," kata Mahfuz.

'Perpaduan untuk kuasa'

Mahfuz menyindir perpaduan yang dianjurkan Islam yang dibawa PAS hari ini merupakan perpaduan 'untuk tempatkan PAS dalam politik kuasa'.

"Tapi bila PAS berkuasa penuh seperti di Kelantan dan Terengganu tak berbunyi pula tawaran bina kerajaan perpaduan kepada pembangkang di sana.

"Tak tahulah pula ada ajaran Islam yang PAS diutama dan didahulukan.

"Rakyat boleh melihat betapa 'kebuloqnya' PAS untuk berkuasa," kata beliau.

Menurutnya, di Selangor PAS sebelum ini tetap berada dalam kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat meskipun memutuskan kerjasama politik dengan PKR dan DAP yang didakwanya menentang agenda Islam.

"Agaknya masa tu PAS berpegang pada pendapat mazhab baru perpaduan dan kebuloq kuasa berpisah tiada," kata Mahfuz.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 15 Jun lalu berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti calon speaker dan timbalan speaker serta akan menunggu proses pemilihan pada 4 Julai.

Mukhriz menegaskan tidak ada isu mengenai pelantikan speaker dan beliau tidak berhasrat mengadakan pilihan raya negeri semula sebagaimana yang dicadangkan PAS.

HARAPAN memenangi 18 kerusi DUN daripada 36 kerusi, manakala PAS dan BN masing-masing memiliki 15 dan 3 kerusi. - malaysiakini at 6/25/2018 11:36:00 PG 

ref: 

Perghh !! "Buat laporan bertulis jika saya ada RM300 juta "

Azmin Ali bersama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah 
semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri Selangor di Padang B, Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Ahad. foto
SHAH ALAM: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta individu yang membuat dakwaan beliau memiliki lebih RM300 juta dan disembunyikan di luar negara untuk tampil segera membuat laporan secara bertulis.

Beliau berkata, jangan hanya membuat tuduhan tidak berasas, sebaiknya tampil ke depan jika mempunyai bukti yang kukuh.

Katanya, jika pihak terbabit mempunyai maklumat mengenai dakwaannya, laporkan segera kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat dilakukan.

"Tuduhan sebegini terhadap saya bukan perkara baharu.... Ia hanya tuduhan palsu serta berniat jahat untuk mencemarkan reputasi saya.

"Tak perlu saya layani fitnah atau tohmahan sebegini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Aidilfitri peringkat Selangor di Padang B, Dataran Kemerdekaan, di sini, Ahad.

Terdahulu, tuduhan ke atas Mohamed Azmin itu dibuat oleh blogger 'Toyol Of Selangor' yang turut mendakwa pernah bekerja dengan bekas Menteri Besar Selangor itu.

Menerusi blog berkenaan turut dinyatakan Mohamed Azmin, isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin serta beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan mereka memiliki pelbagai akaun bank di luar negara.

Ketika ditanya apakah beliau bersedia untuk mengisytihar aset dimiliki bagi membuktikan dirinya tidak bersalah, Mohamed Azmin berkata, sudah menjadi amalan beliau dan seluruh pemimpin Pakatan Harapan serta Pakatan Rakyat di Selangor untuk mengisytiharkan harta mereka.

"Di Selangor sejak 2008, dasar dibuat mengkehendaki semua pihak eksekutif melaporkan aset supaya ketelusan serta kebertanggungjawaban itu menjadi prinsip dalam pentadbiran," katanya.

Semalam, tular capaian mengenai pendedahan tersebut yang membawa kepada blog 'Toyol Of Selangor' yang dipercayai sengaja disebarkan kepada orang ramai khususnya pihak media.

Menerusi pesanan WhatsApp itu, pengirim turut meminta capaian ke blog itu dikongsi kepada pihak lain.

Bagaimanapun, individu atau pengirim yang menyebarkannya itu tidak dapat dikenalpasti. - Sinar Online

ref: 

‘Kita menang kerana tiada duit, Umno kalah sebab lebih duit’
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengingatkan kepada semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) agar mengambil iktibar daripada kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang berpunca daripada salah guna wang.

Berbeza dengan PH yang tidak mempunyai banyak wang, Menteri Pertahanan tersebut berkata, kerjasama keempat-empat parti iaitu AMANAH, PKR, Bersatu dan DAP membolehkan blok politik itu mendapat mandat daripada rakyat.

“Kita menang dalam pilihan raya di antaranya kerana kita tidak cukup duit. Kita bantu-membantu, bekerjasama secara sukarela menyebabkan kita menang.

“Umno kalah sebab dia lebih duit sehingga polis dan SPRM menggeledah, ratusan juta (ringgit) masih berada di rumah,” ujarnya ketika berucap sempena Rumah Terbuka Aidilfitri AMANAH Shah Alam di perkarangan Stadium Shah Alam hari ini.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, wang hanya sebagai alat untuk bekerja bukan matlamat kerana itulah yang mengundang kekalahan BN.

“Peringatan kepada kita semua supaya parti-parti kita – AMANAH, PKR, Bersatu, DAP – InsyaAllah, kita tidak akan menjadi BN.

“Ini harapan kita supaya perkara yang berlaku menjadi iktibar kepada kita,” tegasnya dalam sambutan Aidilfitri julung-julung kali diadakan selepas PH mendapat mandat pada 9 Mei lalu.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat pada masa ini menilai kerajaan PH sedia ada selepas mereka menjatuhkan BN.

“Ini peringatan kepada kita yang baru ambil alih kuasa. Peringatan itu juga kepada kita yang memerintah. Kalau kita juga menjadikan wang sebagai matlamat kita juga akan kalah seperti BN.

“Kalau kita lakukan hal yang sama, kita akan dihukum oleh rakyat seperti mereka menghukum BN. Peringatan ini perlu kepada diri saya yang bercakap ini.

“Kita ingatkan di peringkat awal ini bahawa kita insaf apabila kita mendapat kuasa ini, kita telah diperhatikan oleh rakyat,” kata Timbalan Presiden PH itu lagi.

Turut hadir dalam program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam itu ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi AMANAH negeri, Izham Hashim dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.  - mdl

ref: 































kesedihan kerana mengalah - ada hikmah disebalik kejadian Allah Subhanahuwatalla untuk hamba-hamba-Nya. 

Tiada ulasan: