Isnin, 25 Jun 2018

Jauhilah dia. Kerana kebenaran bukan dibawa dengan jalan mencela. 7808.


Jauhilah dia. Kerana kebenaran bukan dibawa dengan jalan mencela.

“Jika kamu melihat, seseorang yang seakan-akan membawa kebenaran. Akan tetapi dia mencela dan juga menghina. Ketahuilah ada kecacatan keatas niatnya. Jauhilah dia. Kerana kebenaran bukan dibawa dengan jalan mencela.” Imam Malik رحمه الله تعالى








Apa itu ikhlas??
Ikhlas itu ketika menyembunyikan amal soleh,, sebagaimana menutup rapat keburukan..
Ikhlas itu ketika meniatkan seluruh ibadah hanya untuk ALLAH,, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli pada kecaman..
Ikhlas itu ketika dapat menolong sesama,, namun tidak mengharap balasan..
Ikhlas itu ketika mampu berbagi rezeki,, meskipun dalam keadaan terhimpit..
Ikhlas itu ketika rela mengalah dan merendahkan ego peribadi,, agar tidak terjadi pertelingkahan..
Ikhlas itu ketika tersenyum melihat orang lain bahagia,, walaupun kita sedang berduka..
Ikhlas itu ketika harus melepaskan sesuatu demi kebaikkan bersama,, sekalipun kita yang terluka..
Ikhlas itu ketika dihujani kata kata yang menyakitkan,, tapi malah membanjirinya dengan doa kebaikan..
Ikhlas itu ketika mampu memaafkan,, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian..
Ikhlas itu ketika membalas setitis kejahatan melalui selautan kebajikan..
Ikhlas itu ketika menerima kenyataan bahawa takdir adalah kehendak ALLAH,, walau terkadang (di awal) tidak seperti yang diinginkan..
Ye... Ikhlas memang seperti surah Al-Ikhlas.. Tidak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya,, tidak terlihat,, tidak tergambarkan,, tidak terdengar,, tidak terdefinisi,, kerana ikhlas hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang berjaya memahaminya..
Semoga ALLAH memberi kita banyak kemudahan untuk menguasai salah satu ilmu tersulit dalam kehidupan,, iaitu KEIKHLASAN
Wallahu a'lam
Bahagian Dakwah
Jakim
---------------------------------------------------------------






Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.
Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin. 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Allah Subhanahuwatalla menegaskan dunia ini hanyalah keseronokan yang melalaikan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 

“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

 سبحان الله

 الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ. 

سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين 
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Subhanahuwatalla. 

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

Firman Allah Subhanahuwatalla., yang bermaksud: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (QS. Yusuf: 86).

1) Surah Ali 'Imraan, Ayat: 38 

رَبِّ هَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً۬ طَيِّبَةً‌ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ 

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kpdku dr sisiMu zuriat keturunan yg baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan.” 

2) Surah Al-Baqarah,Ayat : 250 

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ 

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kpd kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yg kafir.” 

3) Surah Ali 'Imraan, Ayat: 147 

رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسۡرَافَنَا فِىٓ أَمۡرِنَا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ 

"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa2 kami & perbuatan kami yg melampau dlm urusan kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami(dlm perjuangan); & tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yg kafir.” 

4) Surah Ali 'Imraan, Ayat: 8 

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kpd kami, & kurniakanlah kpd kami limpah rahmat dr sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yg melimpah-limpah pemberianNya.” 

5) Surah A-li 'Imraan, Ayat: 16 

رَبَّنَآ إِنَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa2 kami & peliharalah kami dr azab neraka.” 

6) Surah A-li 'Imraan, Ayat: 193 & 194 

رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخۡزِنَا يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ إِنَّكَ لَا تُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيً۬ا يُنَادِى لِلۡإِيمَـٰنِ أَنۡ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمۡ فَـَٔامَنَّا‌ۚ رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَڪَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ  

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru(Rasul) yg menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kpd Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa2 kami, & hapuskanlah drpd kami kesalahan2 kami, & matikanlah kami bersama orang2 yg berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kpd kami pahala yg telah Engkau janjikan kpd kami melalui Rasul2Mu, & janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.” 

7) Surah Al-A'raaf, Ayat: 126 

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kpd kami, & matikanlah kami dlm keadaan Islam(berserah bulat-bulat kepadaMu).” 

8) Surah Asy-Syu'araa', Ayat: 83~85 

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg soleh; "Dan jadikanlah bagiku sebutan yg baik (nama yg harum) dlm kalangan orang2 yg dtg kemudian; "Dan jadikanlah daku dr orang2 yg mewarisi Syurga Jannatun-Naiim.”

9) Surah An-Naml, Ayat: 19 

" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kpdku & kpd ibu bapaku, & supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yg Engkau redai; & masukkanlah daku - dgn limpah rahmatMu - dlm kumpulan hamba2Mu yg soleh.” 

10) Surah Al-A'raaf, Ayat: 23 

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, & kalau Engkau tidak mengampunkan kami & memberi rahmat kpd kami, nescaya menjadilah kami dr orang2 yg rugi.” 

11) Surah Al-A'raaf, Ayat: 151 

"Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku & bagi saudaraku, & masukkanlah kami ke dlm rahmatMu, kerana Engkaulah shj Yg Maha Mengasihani dr segala yg lain mengasihani.” 

12) Surah Hud, Ayat: 47 

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kpdMu drpd memohon sesuatu yg aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; & jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, & memberi rahmat kpdku, nescaya menjadilah aku dr orang yg rugi.” 

13) Surah Ibrahim, Ayat: 40 

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” 

14) Surah Al-Mu'minun, Ayat: 109 

“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.” 

15) Surah Al-Mu'minun, Ayat: 118 

"Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!.” 

16) Surah Al-Hasyr, Ayat: 10 

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.” 

17) Surah Al-Mumtahanah, Ayat: 4~5 

"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembai. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” 

18) Surah At-Tahriim, Ayat: 8 

"Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” 

19) Surah Nuh, Ayat: 28 

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!.” 

20) Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 89 

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” 

21) Surah Al-Baqarah, Ayat: 286 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” 

22) Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 83 

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.”

23) Surah Az-Zukhruf, Ayat: 13~14 

" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!.” 

24) Surah Al-Kahf, Ayat: 10 

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami.” 

25) Surah Al-Anbiyaa', Ayat: 87 

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

26) Surah Al-Baqarah, Ayat:127 

"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” 

27) Surah Al-Israa', Ayat: 80 

"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.” 

28) Surah Taha, Ayat: 25~28 

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,"Supaya mereka faham perkataanku.” 

29) Surah Al-Mu'minun, Ayat: 97~98 

"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan."Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.” 

30) Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15 

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).” 

31) Surah Al-Furqaan, Ayat: 74 

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” 

32) Surah Al-Furqaan, Ayat: 65 

“Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.” 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qalbi Ala Diinik." 

Maksudnya: Wahai Zat Yang Membolak Balikan Hati, Teguhkanlah hatiku diatas Agama Mu. 
Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. 

"FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN"  Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?.”  

Muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah Subhanahuwatalla.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan: Aku pernah menjahit baju di bilikku, tiba² lampu terpadam, bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh . Ketika aku cuba meraba-raba mencari jarum itu, tiba² Rasulullah SAW datang kepadaku dari pintu bilik. Baginda mengangkat lampu dan wajahnya. Demi Allah yang tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku, kerana nur yang memancar. 

Kemudian aku menghadap kepadanya, lalu aku berkata: Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Sungguh terang cahaya wajahmu” Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Aisyah, rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.

Aku bertanya: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Baginda menjawab kali kedua dengan jawapan yang sama: “Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat”

Aku bertanya lagi: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Lalu Baginda menjawab: “Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka, dia tidak berselawat ke atasku” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad wa'ala ali Sayyidina Muhammad 

























n. HTML NOTE:
s3v3n

s3v3n
mnopqrstu. 

Tiada ulasan: