Isnin, 25 Jun 2018

Kitab “Mukhtashar Tadzkiratul Qurthubi” karya Asy-Syaikh Abdul Wahab Asy-Sya’rani. 7807.




ref:
Aminuddin Hassan

Saya tertarik dengan sebuah kitab iaitu “Mukhtashar Tadzkiratul Qurthubi” karya Asy-Syaikh Abdul Wahab Asy-Sya’rani. 

Kitab ini bagus untuk kita semua baca dan miliki. Kadangkalanya penerangan dari penulis ini sedikit sebanyak menginsafkan diri seseorang. Penulis mengajak para pembaca kitabnya agar mentauhidkan syariat Allah Subhanahuwatalla. Semoga Allah Subhanahuwatalla merahmati penulis kitab tersebut. 

Saya rujuk muka surat halaman 44 hingga 45. Keterangan tersebut berupakan Hadith yang telah dinyatakan oleh sahabat Nabi Sallahualaihiwassalam iaitu Mu’adz bin Jabal r A. 

Beliau bertanya kepada Nabi Sallahualaihiwassalam, apakah yang dimaksudkan Allah Subhanahuwatalla dalam surah An-Nabaa’, ayat 18. “Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);” (Surah An-Nabaa’ – Ayat 18). 

Ketika Rasulullah Sallahualaihiwassalam ingin menerangkan kepada Mu’adz bin Jabal, lantas air mata baginda bercucuran keluar dari kelopak mata Baginda Sallahualaihiwassalam dan Beliau lalu berkata: “Wahai Mu’adz, sesungguhnya engkau telah menyatakan sesuatu pekara yang benar!. Umatku kelak akan hadir di Padang Mahsyar dengan sepuluh golongan. Masing-masing adalah berbeza-beza keadaan rupa dan caranya. Dan Allah Subhanahuwatalla telah menukar wajah-wajah mereka dan tidak akan dikembalikan lagi wajah-wajah tersebut sebagai manusia yang sempurna.” Sepuluh golongan tersebut adalah: Golongan Pertama. Golongan mereka ini akan bertukar menjadi seperti seekor kera. Mereka ini adalah golongan manusia yang suka mengadu domba (mencela, mengumpat) ketika di dunia dahulu. Golongan Kedua. Golongan mereka ini akan bertukar wajah menjadi seekor babi. Mereka ini adalah golongan manusia yang suka memakan makanan dan minuman yang haram. Golongan Ketiga. Golongan manusia yang dihalau dalam keadaan yang terbalik, iaitu kakinya berada di atas dan kepalanya berada di bawah. Golongan mereka ini juga adalah golongan manusia yang ketika di dunianya gemar memakan pekara-pekara atau harta-harta yang berteraskan riba. Golongan Keempat. Golongan manusia yang dihalau dalam keadaan mata yang buta. Golongan manusia ini juga merupakan golongan yang bathil dalam menetapkan hukum-hukum Allah Subhanahuwatalla ketika berada di dunia dahulu. Golongan Kelima. Golongan manusia yang bertukar menjadi bisu, pekak serta tidak berakal. Golongan ini adalah ketika di dunia suka membuat dirinya riya’, mengagumi diri dan berbangga pada amalan-amalannya sendiri kepada orang lain. Golongan Keenam. Golongan manusia yang dihalau dalam keadaan mengunyah lidahnya sendiri, lidah tersebut terjelir keluar sehingga ke paras dada sambil mengeluarkan nanah yang menjijikkan. Golongan manusia ini adalah golongan yang suka berpidato atau bercakap berkenaan pekara-pekara yang baik, tetapi hakikatnya ia tidak melakukan apa yang dikatakannya. Sebaliknya kejahatan dan kemaksiatan itu adalah rutin hariannya. Golongan Ketujuh. Golongan manusia yang berjalan dan dihalau dalam keadaan terpotong kedua belah tangan dan kakinya. Ini adalah golongan manusia yang suka menganggu jiran tetangganya dengan pekara-pekara yang jahat dan bathil. Golongan Kelapan. Golongan manusia yang berjalan dipadang mahsyar kelak dalam keadaan tersalib dipohon-pohon kurma dari neraka. Golongan manusia ini adalah golongan yang suka mengajak manusia agar mengikuti dan membela pemimpin-pemimpin negara yang jelas tidak jujur dalam pemerintahannya. Golongan Kesembilan. Golongan manusia yang berjalan di padang mahsyar dalam keadaan badan mereka berbau busuk yang dahsyat. Mereka-mereka ini adalah golongan manusia yang suka melempiaskan nafsu syahwat mereka dan menolak hak-hak Allah Subhanahuwatalla dengan tidak berzakat, bersedekah dan sebagainya ketika di dunia dahulu. Golongan Kesepuluh. Golongan manusia yang dipakaikan Allah dengan baju yang panas ketika di padang mahsyar kelak. Golongan mereka ini adalah ketika di dunia dahulu merupakan seorang yang sombong, bongkak dan takabur terhadap syariat Allah Subhanahuwatalla. 

Merujuk daripada sepuluh golongan tersebut, maka didapati bahawa ketika itu manusia akan melalui satu saat yang genting dan getir dan Allah Subhanahuwatalla membezakan manusia bergantung kepada amalan-amalan kita ketika di dunia. 

Ia jelas berbeza-beza perwatakan manusia pada ketika itu. Ada yang diaibkan dan ada yang muliakan Allah Subhanahuwatalla. 

Nanti saya akan terangkan berkenaan manusia yang berada di naungan Allah Subhanahuwatalla ketika di padang Mahsyar di artikel saya yang akan datang. InsyaAllah. 

Di dalam Al-Quran ada menyebut bahawa, manusia ketika berada di dunia sering berpaling dari syariat Allah Subhanahuwatalla. Dalam masa yang sama juga mereka sering mendustakan ayat-ayat Allah, tetapi ketika dihimpunkan di Padang Mahsyar kelak, Allah Subhanahuwatalla akan butakan mata mereka. 

Padahal ketika di dunia mereka bukanlah dari kalangan orang-orang yang buta penglihatannya. 

Ini jelas dalam firman Allah Subhanahuwatalla dalam Surah Thaha – Ayat 124-126 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” Ia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?.” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.” (Surah Thaha – Ayat 124-126). 

Dalam ketika itu juga, terdapat golongan manusia yang dihimpunkan dikalangan orang-orang yang ngeri seksaannya. Mereka adalah golongan orang-orang yang kafir di mana mereka dihalau dengan keras dan diseret-seret muka-muka mereka. 

Firman Allah Subhanahuwatalla: Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke neraka Jahannam (dengan tertiarap) atas mukanya, merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya.” (Surah Al-Furqan – Ayat 34). 

Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa di himpunkan di Padang Mahsyar itu benar, dan seksaan api neraka itu juga benar. Kita sebagai orang Islam wajib mempercayai dengan semaksimanya. Tiada nas-nas yang menyatakan bahawa kiamat itu satu dongengan yang direka-reka oleh Rasulullah Sallahualaihiwassalam

Firman Allah Subhanahuwatalla: “Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.” (Surah Al-Khafi – Ayat 47). 

Liku-liku kehidupan pada ketika itu hanya Allah Subhanahuwatalla yang Maha Mengetahui. Jika kita melihat ayat-ayat Allah dalam Al-Quran, kita dapati Allah Subhanahuwatalla sengaja menjelaskan dan memperlihatkan betapa dahsyatnya seksaan api neraka kepada makhluknya yang ingkar. 

Sehinggakan kita sebagai manusia yang diberikan akal dan fikiran juga dapat mengambarkan seksaan tersebut melalui gambaran akal fikiran kita. Gambaran ini seolah-olah Allah Subhanahuwatalla gambarkan kepada manusia agar kembali kepada suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. 

Tetapi ia berbeza pula dengan gambaran ketika berada di dalam syurga Allah. 

Sesuatu pekara yang Allah Subhanahuwatalla gambarkan kepada kita, tetapi kenikmatan tersebut tidak dapat digambarkan atau ditafsirkan oleh akal-akal kita. Ini satu pertunjuk kepada kita bahawa nikmat yang Allah Subhanahuwatalla janjikan itu adalah nikmat yang belum pernah kita lihat dan rasai ketika di dunia ini. 

Oleh yang demikian, maka perbaharuilah lagi Iman kita untuk menjaminkan lagi diri kita agar tidak tergolong di dalam kalangan orang-orang yang rugi ketika di hari kiamat kelak. 

Kalau dahulunya kita suka melakukan pekara-pekara kemaksiatan, maka apabila melihat dan mendengar ayat-ayat Allah Subhanahuwatalla ambillah satu jalan pendekatan untuk menghampirkan lagi diri kita dengan Allah Subhanahuwatalla

InsyaAllah jika ada kesempatan waktu dan ketika, saya akan menghuraikan lagi dengan lebih lanjut berkenaan dengan golongan manusia yang di bawah naungan Allah Subhanahuwatalla ketika berada di Padang mahsyar. 

WaAllahualam.

Copy/paste 

Ringkasan 10 golongan yang disebutkan dalam Hadis di atas: 

Golongan Pertama

Golongan mereka ini akan bertukar menjadi seperti seekor kera. 

Mereka ini adalah golongan manusia yang suka mengadu domba (mencela, mengumpat) ketika di dunia dahulu. 

Golongan Kedua. Golongan mereka ini akan bertukar wajah menjadi seekor babi. Mereka ini adalah golongan manusia yang suka memakan makanan dan minuman yang haram. 

Golongan Ketiga

Golongan manusia yang dihalau dalam keadaan yang terbalik, iaitu kakinya berada di atas dan kepalanya berada di bawah. 

Golongan mereka ini juga adalah golongan manusia yang ketika di dunianya gemar memakan pekara-pekara atau harta-harta yang berteraskan riba. 

Golongan Keempat

Golongan manusia yang dihalau dalam keadaan mata yang buta. 

Golongan manusia ini juga merupakan golongan yang bathil dalam menetapkan hukum-hukum Allah Subhanahuwatalla ketika berada di dunia dahulu. 

Golongan Kelima. Golongan manusia yang bertukar menjadi bisu, pekak serta tidak berakal. 

Golongan ini adalah ketika di dunia suka membuat dirinya riya’, mengagumi diri dan berbangga pada amalan-amalannya sendiri kepada orang lain. 

Golongan Keenam

Golongan manusia yang dihalau dalam keadaan mengunyah lidahnya sendiri, lidah tersebut terjelir keluar sehingga ke paras dada sambil mengeluarkan nanah yang menjijikkan. 

Golongan manusia ini adalah golongan yang suka berpidato atau bercakap berkenaan pekara-pekara yang baik, tetapi hakikatnya ia tidak melakukan apa yang dikatakannya. Sebaliknya kejahatan dan kemaksiatan itu adalah rutin hariannya. 

Golongan Ketujuh

Golongan manusia yang berjalan dan dihalau dalam keadaan terpotong kedua belah tangan dan kakinya. 

Ini adalah golongan manusia yang suka menganggu jiran tetangganya dengan pekara-pekara yang jahat dan bathil. 

Golongan Kelapan

Golongan manusia yang berjalan dipadang mahsyar kelak dalam keadaan tersalib dipohon-pohon kurma dari neraka. 

Golongan manusia ini adalah golongan yang suka mengajak manusia agar mengikuti dan membela pemimpin-pemimpin negara yang jelas tidak jujur dalam pemerintahannya. 

Golongan Kesembilan

Golongan manusia yang berjalan di padang mahsyar dalam keadaan badan mereka berbau busuk yang dahsyat. 

Mereka-mereka ini adalah golongan manusia yang suka melempiaskan nafsu syahwat mereka dan menolak hak-hak Allah Subhanahuwatalla dengan tidak berzakat, bersedekah dan sebagainya ketika di dunia dahulu. 

Golongan Kesepuluh

Golongan manusia yang dipakaikan Allah dengan baju yang panas ketika di padang mahsyar kelak. 

Golongan mereka ini adalah ketika di dunia dahulu merupakan seorang yang sombong, bongkak dan takabur terhadap syariat Allah Subhanahuwatalla.











Tiada ulasan: