Khamis, 21 Jun 2018

Kalau semua tak tahu, sahlah rakyat salah pilih, dia jadi PM selama 9 tahun, sebelum dibersarakan. 7797.


Thursday, 21 June 2018
KALAU SEMUA TAK TAHU, APA YANG NAJIB TAHU?
Najib tak tahu wang dalam akaun peribadinya adalah daripada 1MDB...

Najib juga tak tahu daripada mana datangnya dana membeli barang kemas Rosmah...
Najib turut tak tahu wang 1MDB diguna beli lukisan dan kapal layar mewah....
Akhirnya, Najib jadi tak sangka bala besar menimpanya dalam pilihanraya lalu...

Sejak kehilangan kuasa ini, watak Najib ternampak semakin menghairankan.

Semua yang berlaku sebelum ini, terutama berkaitan 1MDB, beliau  seperti tak tahu belaka.

Benarkah dia tak tahu?

Kalau semua tak tahu, apa yang Najib tahu?

Najib tahu tak dia pecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir kerana mereka mempersoalkan wang dalam akaun peribadinya itu?

Najib tahu tak media sosial,  WSJ, Washington Post dan media antarabangsa lain sebelum ini banyak menyiarkan mengenai skandal 1MDB, sumber wang dalam akaun peribadinya dan pembelian barang-barang kemas untuk Rosmah?
Masih tak tahu juga?

Najib tahu tak bahawa beliau sebelum ini adalah Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB?

Tahukah Najib beliau kini hanyalah bekas Perdana Menteri yang sudah kehilangan kuasa dan tempatnya diambil alih oleh Tun Mahathir Mohamad?

Masih tak tahu lagi?

Akhirnya, tahu tak beliau sekarang ini masih suami Rosmah dan bapa tiri kepada Riza Aziz? (ShahbudinHusin 21/06/2018)

Posted by Shahbudin Husin at 20:46

ref: 


Kantoi: “Zahid kaki penipu, dia yang merayu hendak jumpa Dr Mahathir”
MALAYSIA DATELINE
Zahid Hamidi bersama Khairuddin Hassan pada hari bertemu dengan Tun Mahathir, sebulan selepas PRU-14.

Berang dengan dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tentang pertemuan dengan Tun Mahathir, bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memanggil Zahid sebagai ‘kaki penipu dan manusia fasik.’

Khairuddin mendedahkan Zahid merayu dengannya agar mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri bukannya Dr Mahathir yang menjemput pemangku Presiden Umno itu seperti didakwanya.

“Zahid Hamidi kaki penipu! Dia yang merayu nak jumpa Tun Dr Mahathir Mohamad! Saya yang bawa beliau jumpa Perdana Menteri bukan Perdana Menteri jemput beliau.

“Zahid Hamidi ini semacam ‘iblis’ bertopengkan manusia! Dia kaki penipu dan kaki pembelit! Setiap tutur katanya kini penuh dengan pendustaan!” tegas Khairuddin dalam kenyataannya di Facebook hari ini.

Menurutnya, Tun Mahathir tidak perlu jumpa pemimpin ‘sampah’ seperti Zahid dan menyifatkan perangai Ahli Parlimen Bagan Datoh itu sebagai terlalu hodoh.

“Setelah merayu nak berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhirnya saya susun untuk beliau bertemu dengan Perdana Menteri dan beliau diasak serta diserang ahli-ahli Umno khususnya di saat nak bertanding jawatan presiden parti, kini Zahid Hamidi ubah pula skrip pembohongannya itu.

“Ucapan politiknya itu tidak berasas sama sekali. Inilah kualiti pemimpin-pemimpin Umno yang hanya bijak menipu ahli-ahlinya saja demi ‘survival’ politik mereka.

“Untuk pengetahuan semua rakyat malaysia, Tun Dr Mahathir tidak pernah meminta Ahli-ahli Parlimen Umno untuk lompat masuk parti Bersatu,” jelasnya.

Zahid ketika berucap dalam Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor semalam mendakwa Tun Mahathir meminta kesemua Ahli Parlimen BN terutama Umno memasuki Bersatu.

“Apa yang telah disebutkan oleh Perdana Menteri, antaranya beliau (Mahathir) meminta supaya ahli-ahli Parlimen BN khususnya Umno untuk menyertai Bersatu.

“Saya menjawab dengan tegas tidak ada jalan bagi kita untuk menyertai parti berkenaan,” katanya di PWTC itu.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, pendustaan Zahid hamidi seperti ketika berbohong kepada 32 juta rakyat Malaysia mengenai derma RM2.6 bilion dari kerabat Arab Saudi yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau menggesa ahli-ahli Umno supaya tidak memberi walaupun satu undi kepada Zahid yang bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada Pemilihan Umno akhir bulan ini.

at 6/21/2018 10:03:00 PTG

ref: 

Thursday, June 21, 2018
Najib cuba buat ‘silap mata’?
Pada 21 Jun 2018
oleh RoketKini
Kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa dirinya tidak wajar dipersalahkan ekoran skandal 1MDB mengundang pelbagai persoalan dan tanggapan.

Lebih memeranjatkan beliau juga mendakwa tidak tahu kewujudan beratus-ratus juta dolar yang muncul dalam akaun peribadinya.

Selain itu, Najib juga mendakwa tidak mengetahui bahawa dana 1MDB yang dipercayai diseleweng itu juga telah digunakan untuk membeli aset mewah seperti kapal layar, lukisan, barangan kemas dan hartanah mewah.

Najib juga dilihat seolah-olah cuba mengalihkan kesalahan tersebut apabila menyalahkan penasihat dan Lembaga Pengarah 1MDB kerana tidak mendedahkan penyelewengan yang berlaku kepadanya.

Najib membuat semua penafian tersebut ketika ditemubual Reuters semalam.

Namun, di sebalik ‘pengakuan’ itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah mustahil Najib tidak menyedari apa yang berlaku kepada dana 1MDB.

Ini memandangkan semua transaksi mempunyai tandatangannya.

“Siapa hendak percaya yang dia tak tahu, bila dia tandatangan (namanya)? Semua duit keluar masuk, semua ada tandatangannya.

“Jika dia tak tahu, maksudnya dia tak faham apa maksud tandatangannya,” katanya lapor MalayMail semalam. –

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, June 21, 2018

ref:

Thursday, June 21, 2018
Kerajaan setuju siasat semula kematian Teoh Beng Hock
Pada 21 Jun 2018
oleh Foto: Ooi Leng Han
Kerajaan telah bersetuju untuk membuka semula siasatan berhubung kematian mendiang Teoh Beng Hock pada 2009 yang ditemui meninggal dunia di tingkat lima Plaza Masalam yang menempatkan Ibu Pejabat SPRM Selangor.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, langkah seterusnya adalah melalui tindakan Peguam Negara bagi menentukan bagi meneruskan siasatan.

“Tun (Dr Mahathir) telah pun setuju begitu juga dengan kabinet apabila kita kemukakan cadangan siastan ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP sebentar tadi.

Hadir sama ialah Ketua Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo.

Menurut Gobind, Peguam Negara perlu buat keputusan untuk berhubung dengan polis bagi melihat semula fail sekiranya perlu siasatan lanjut.

“Peguam Negara mempunyai akses kepada fail polis.

“Kita mempunyai banyak ruang untuk buka semula dan lihat kes ini (kerana) kita dapati (laporan) terdahulu tidak mencukupi,” katanya lagi.

Adik mendiang, Teoh Lee Lan pula mahu kes ini dibuka semula demi mendapatkan kebenaran dan mahu supaya pegawai yang terlibat menyoal siasat abangnya ‘sehingga mati’ diberi tindakan sewajarnya. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, June 21, 2018 

ref: 

Thursday, June 21, 2018

Perkira mahu polis siasat Zahid isu kebanjiran pendatang

Posted By: Pentadbiron: June 21, 2018 Print Email

Perkira mahu polis siasat Zahid isu kebanjiran pendatang

Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) hari ini membuat laporan polis berkaitan masalah kebanjiran pekerja asing, termasuk pendatang haram, ke negara ini.


Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah mendesak pihak berkuasa menyiasat bekas menteri dalam negeri Datuk Seri Zahid Hamidi serta agen-agen yang terlibat.


“Pekira mohon kerajaan baru menyiasat bekas menteri KDN dan anggota keluarga yang terlibat dalam kelulusan pekerja asing dan peningkatan PATI di negara ini, serta agen-agen yang bersekongkol degan bekas menteri KDN,” katanya.


Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.


Parti itu ditubuhkan tahun lepas yang antaranya dilapor menyasarkan pengundi muda atas dan pagar serta menyokong kerajaan BN sebelum ini.


Ia diasaskan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang aktif bersuara dalam isu-isu peniaga kecil.


Zahid sedang berdepan saat genting berdepan beberapa pencabar, termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, untuk pertandingan merebut jawatan presiden Umno hujung bulan ini


Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, June 21, 2018


ref: 

Thursday, June 21, 2018
UMNO sudah boleh berhenti fitnah DAP – Tengku Zulpuri
Pada 21 Jun 2018
oleh Hafiz Zainuddin
Rakyat bukan sahaja memerlukan kerajaan yang progresif malah pembangkang yang berkesan supaya dapat menjadi ejen semak imbang yang baik kata Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.

Justeru, sebarang kritikan kepada pihak pembangkang khususnya UMNO tidak wajar semuanya dianggap sebagai percubaan ‘campur tangan’ terhadap urusan dalaman parti itu sebaliknya haruslah ditanggapi dengan matang.

“Bagi sebuah negara demokrasi, negara perlukan pembangkang yang bagus bagi mengimbangi kerajaan yang sedia ada supaya berada di landasan yang betul.

“Tapi adakah wajar jika ada pembangkang yang asyik mainkan isu perkauman dan fitnah? Adakah ini bagus untuk negara?” soalnya.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu berkata demikian sebagai mengulas ‘serangan’ UMNO kepada tokoh veteran DAP Lim Kit Siang yang dituduh cuba mencampuri urusan pemilihan parti tersebut.

Kit Siang dalam beberapa kenyataannya sebelum ini memberi peringatan kepada UMNO supaya menghentikan segala pembohongan dan ‘berita palsu’ yang sering dilemparkan terhadap DAP.

“Saya memberi peringatan serius kepada pemimpin, pendokong dan propagandis UMNO bahawa mereka akan didedahkan sekiranya terus menyebarkan pembohongan, berita palsu dan maklumat salah tentang DAP,” katanya.

Antara dakwaan berniat jahat yang pernah dimainkan UMNO pada pemilihan parti itu pada tahun 2016 ialah kononnya ‘PRU14 merupakan pertembungan antara DAP dan UMNO’, ‘DAP anti-Melayu dan anti-Islam’ dan ‘Orang Melayu akan menderita jika UMNO hilang kuasa’.

Tegas Kit Siang, beliau sendiri tidak mahu campur tangan dan tidak mempunyai sebarang isu dengan pemilihan UMNO yang bakal berlangsung hujung bulan ini.

Namun, UMNO digesa supaya tidak terus menjadikan DAP sebagai kambing hitam dengan pelbagai fitnah berunsur perkauman yang sering dimainkan parti itu menjelang pemilihan parti, begitu juga dalam kempen-kempen pilihan raya.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, June 21, 2018

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Thursday, June 21, 2018
Transaksi 1MDB: Mustahil Najib tak tahu – Tun M
Posted By: Pentadbiron: June 21, 2018 Print Email
Transaksi 1MDB: Mustahil Najib tak tahu - Tun M
Mustahil untuk Najib Razak kata beliau tak sedar apa yang berlaku kepada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana semua transaksi mempunyai tandatangannya, kata Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan akhbar The Malay Mail, perdana menteri itu menyelar Najib yang mendakwa tidak mengetahui mengenai aliran tunai dana negara itu.

“Siapa hendak percaya yang dia tak tahu, bila dia tandatangan (namanya)? Semua duit keluar masuk, semua ada tandatangannya.

“Jika dia tak tahu, maksudnya dia tak faham apa maksud tandatangannya,” katanya dipetik akhbar itu.

1MDB mengumpul hutang RM42 bilion sejak diasaskan pada 2009, Dr Mahathir adalah pengkritik paling lantang isu itu sejak skandal itu terbongkar.

Dalam laporan Reuters semalam, Najib menyalahkan penasihat dan Lembaga Pengarah 1MDB kerana tidak mendedahkan penyelewengan yang berlaku kepadanya.

Najib mendakwa tidak menyedari pergerakan wang masuk ke dalam akaun peribadinya dari 1MDB, dan jika dana itu diseleweng untuk membeli aset termasuk kapal layar, lukisan, barangan kemas dan hartanah mewah.

Ketika skandal 1MDB rancak berlangsung, Najib adalah perdana menteri, menteri kewangan dan juga pengerusi lembaga penasihat dana pelaburan negara itu.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, June 21, 2018

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: TRANSAKSI 1MDB: MUSTAHIL NAJIB TAK TAHU – TUN M

Thursday, June 21, 2018
Siasat Shafie Abdullah dapat RM9.5 juta – Peguam
Posted By: Pentadbiron: June 21, 2018 Print Email
Siasat Shafie Abdullah dapat RM9.5 juta - Peguam
Sekumpulan peguam menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyiasat dakwaan pembayaran RM9.5 juta oleh bekas perdana menteri Najib Razak kepada pendakwa raya Muhammad Shafee Abdullah, yang dibuat dua minggu sebelum Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan Anwar Ibrahim yang diperoleh pada 2012.

Penasihat Lawyers fo Liberty N. Surendran berkata walaupun kerajaan baru berkuasa sejak 10 Mei, tiada berita mengenai kes itu.

“Adakah Najib dan Shafee sudah disoal oleh polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak kerajaan PH mengambil alih kuasa? Apakah status siasatan dan adakah peguam negara baru sudah diberi taklimat mengenainya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tahun lepas, Sarawak Report mendakwa RM9.5 juta yang diterima Shafee pada Februari 2014 hanya dua minggu sebelum Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan Anwar pada 2012.

Laman sesawang pemberi maklumat itu mengatakan wang berkenaan datang daripada akaun bank “yang dikenal pasti sebagai dibiayai oleh wang dicuri oleh perdana menteri daripada anak syarikat 1MDB, SRC, yang meminjam sejumlah RM4 bilion Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP”.

Surendran berkata ini adalah isu sangat serius, kerana ia melibatkan integriti sistem kehakiman dan hak untuk perbicaraan yang adil terhadap Anwar.

“Pendedahan pembayaran mengejutkan ini dibuat pada Jun 2017 oleh laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report. Laporan polis dan SPRM sudah dibuat untuk siasatan.

“Namun, walaupun terdapat keseriusan terhadap perkara ini, tiada tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa yang beroperasi di bawah rejim Barisan Nasional terdahulu.”

Beliau berkata Najib sekian lama bergantung kepada kelebihan kuasa kerajaan dan jawatan untuk melindungi dirinya dan rakan-rakan daripada sebarang penyiasatan dan pendakwaan.

“Tidak perlu berdiam diri lagi tentang perkara ini. Kami menggesa SPRM dan polis bergerak pantas dalam siasatan, dan segera memaklumkan orang ramai tentang status atau hasil siasatan itu”.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, June 21, 2018

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SIASAT SHAFIE ABDULLAH DAPAT RM9.5 JUTA – PEGUAM

Dulu kalau kena tangkap rasuah bahagian anak ikan bilis jer yang terdakwa dan terhukum. Jadi kumpulan "kambing black" buat cover line penyangak yang sebenarnya. Ikan jerung atau jenis mahal-mahal lepas sakan, macam kumpulan nih maksum. 

Thursday, June 21, 2018
Semakin ramai ‘orang dalam’ beri maklumat korupsi – SPRM
Posted By: Pentadbiron: June 21, 2018
Semakin ramai 'orang dalam' beri maklumat korupsi - SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui semakin ramai “orang dalam” yang menjadi pemberi maklumat berhubung salah laku dan penyelewengan dalam jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull berkata, sehingga menjelang sambutan Aidilfitri minggu lalu, pihaknya didatangi ramai individu yang ingin mendedahkan penyelewengan yang disembunyikan selama ini.

“Sekarang ini apabila saya masuk semula ke SPRM, dalam tempoh sebulan ini bertalu-talu kes ‘jerung’ masuk.

“Saya juga dah tubuhkan pasukan khas bagi setiap kes, kerana maklumat masuk terlampau banyak kes-kes jerung,” katanya, dipetik wawancara eksklusif bersama Sinar Harian hari ini.

Beliau turut menegaskan tidak akan sesekali malayan rundingan untuk menutup kes yang sedang disiasat SPRM.

“No way, takkan berlaku. Masuk macam mana pun saya tidak akan benarkan, tak ada seorang pun boleh mempengaruhi atau menghalang siasatan SPRM.

“Setinggi mana pun pangkat orang itu, saya tidak benarkan. Ini amanah yang saya pegang,” katanya, yang dilantik menggantikan Dzulkifli Ahmad pada 17 Mei lalu selepas Pakatan Harapan menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Shukri juga mengakui pernah didatangi beberapa wakil parti politik sebelum pilihan raya umum 9 Mei lalu yang menawarkan kerusi untuknya bertanding.

“Sebelum pilihan raya baru-baru ini saya didatangi wakil tertinggi PAS, PKR, dan Bersatu yang menawarkan saya menjadi calon.

“Saya tolak elok-elok, saya kata saya tak sokong mana-mana parti, lagipun saya bukan seorang ahli politik yang hebat dan bijak, malah saya tak tahu pun cara berpolitik. Saya cuma nak jadi pejuang bawahan,” katanya.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, June 21, 2018

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SEMAKIN RAMAI ‘ORANG DALAM’ BERI MAKLUMAT KORUPSI – SPRM

Thursday, June 21, 2018
Tanpa kesaksian Nik Faisal kes terhadap Najib kurang kukuh?
Posted By: Pentadbiron: June 21, 2018 Print Email
Tanpa kesaksian Nik Faisal kes terhadap Najib kurang kukuh?
Hampir setiap hari sebelum 9 Mei, Nik Faisal Ariff Kamil boleh dilihat berada di kompleks beli-belah dan kafe di Bangsar, kawasan kejiranan kelas menengah di pinggir Kuala Lumpur.

Apabila Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) kalah pilihan raya, bekas ketua pegawai eksekutif SRC International itu tergesa-gesa berkemas dan melarikan diri ke Indonesia.

Beliau tahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan berbuat apa saja untuk membongkar salah laku di 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International.

Beliau juga sedar bahawa beliau memegang dua tanggungjawab yang menjadikannya saksi penting dalam pendakwaan terhadap bekas perdana menteri Najib.

Selain menjadi CEO SRC International, Nik Faisal juga adalah pemegang surat kuasa wakil bagi Najib.

Ertinya, dari segi undang-undang, Najib memberikan kebenaran kepada Nik Faisal untuk mewakil beliau dan bertindak bagi pihaknya, kata sumber yang tahu tentang siasatan SRC kepada The Malaysian Insight.

Oleh itu, keterangannya tentang bagaimana lebih RM42 juta dipindahkan daripada SRC ke akaun bank peribadi Najib cukup penting.

Selain itu, beliau boleh menafikan beberapa pembelaan yang mungkin dibangkitkan oleh peguam Najib dalam perbicaraan nanti, termasuk fakta yang tandatangan bekas perdana menteri itu atau arahannya tiada dalam mana-mana dokumen yang membenarkan pemindahan dana tersebut.

Pegawai penyiasat juga percaya bahawa sebagai orang yang mempunyai surat kuasa wakil, Nik Faisal ada pengetahuan langsung mengenai cek yang dikeluarkan daripada akaun bank peribadi Najib itu.

Setakat ini, tidak pasti apakah bekas pegawai PNB dan eksekutif kanan UBG Perdana itu masih berada di Indonesia. Beliau juga biasa dengan republik itu kerana pernah juga melarikan diri ke sana pada 2015 selepas skandal 1MDB terbongkar.

Nik Faisal memberitahu rakan-rakannya beliau diminta meninggalkan Malaysia oleh pegawai kanan Najib di Pejabat Perdana Menteri, bersama-sama Suboh Md Yassin, seorang pengarah SRC International.

Mereka berdua berlindung di Indonesia untuk suatu ketika dan memberi keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang datang bertemu mereka di Jakarta pada 2015.

Beberapa minggu lalu, Suboh pulang dari Indonesia. Beliau kini sedang sedang SPRM dalam siasatan terhadap SRC.

Namun bekas pegawai kanan kerajaan itu dalam keadaan lemah dan hilang ingatan setelah diserang angin ahmar.

Pihak berkuasa Malaysia sudah meminta Interpol untuk meletakkan Nik Faisal dan Low Taek Jhow sebagai orang buruan dalam senarai notis merah. Interpol juga sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-duanya.

The Malaysian Insight difahamkan yang pegawai penyiasat 1MDB sedang berusaha keras memujuk Nik Faisal untuk berjumpa dengan mereka dan membantu melengkapkan siasatan terhadap SRC International.

Beliau adalah saksi kunci untuk menjelaskan bagaimana jutaan ringgit dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Najib dan kemudiannya dibelanjakan secara mewah.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, June 21, 2018

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: TANPA KESAKSIAN NIK FAISAL KES TERHADAP NAJIB KURANG KUKUH?

Thursday, June 21, 2018
Nafi Bertanggungjawab Terhadap 1MDB.. Najib Cari Penyakit..
SELEPAS ditinggalkan oleh parti dan rakan-rakannya, Najib Razak kini memindahkan segala kesalahan dan tanggungjawab berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau duit yang dijumpai dalam akaun peribadinya kepada semua orang.

Sekarang, bekas perdana menteri itu boleh menjangkakan tindak balas yang sama daripada mereka yang sedang diburu bersabit skandal berbilion ringgit itu yang mengancam kedudukan kredit dan kewangan negara.

Tindak balas mereka itu nantinya boleh menyumbat Najib ke penjara untuk suatu waktu yang lama kalau betul apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Selepas kehilangan kuasa pada 9 Mei, Najib mengirimkan pesan kepada kelompok terdekatnya yang beliau akan menerima apa saja tindakan kerajaan baru asalkan orang kanannya tetap setia dengannya.
Namun wawancara beliau dengan Reuters yang disiarkan semalam membayangkan ada perubahan strategi seolah-olah mahu mengelak daripada tanggungjawab dan menyalahkan orang kanannya – sesetengahnya yang sudah meninggal dunia atau kini bersembunyi di serata dunia.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun menjelaskan tentang wang tunai yang luar biasa, beg tangan mewah dan barangan kemas yang dirampas dari kediamannya oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Dalam wawancara pertama sejak kalah mengejut dalam pilihan raya umum pada 9 Mei itu, Najib berkata, penasihatnya dan pihak pengurusan 1MDB serta lembaga pengarah merahsiakan tentang penyelewengan dana yang didakwa itu daripadanya.

Dalam komennya yang panjang lebar setakat ini mengenai skandal 1MDB, Najib berkata, beliau tidak tahu apakah duit beratus juta dolar yang dipindahkan melalui akaunnya itu adalah daripada 1MDB, dan apakah duit daripada dana itu kemudiannya dibersihkan dengan membeli aset di serata dunia, termasuk kapal persiaran, lukisan, batu permata dan harta tanah mewah.

"Saya tidak ada kaitan dengan kapal persiaran, lukisan… saya tidak pernah lihat lukisan-lukisan itu

"Saya tidak menyedari pembeliannya. Ini dibuat tanpa pengetahuan saya. Saya tidak akan pernah membenarkan dana 1MDB digunakan untuk mana-mana perkara ini. Saya dalam kerajaan sudah lama. Saya tahu apa yang betul dan apa yang salah," kata Najib dalam wawancara yang diadakan di vila mewah mengadap laut di sebuah hotel lima bintang di Langkawi.

Pegawai penyiasat Malaysia yang meneliti kes 1MDB berkata, mereka percaya Najib dan isterinya Rosmah Mansor mengumpulkan kekayaan dan hartanah yang luar biasa menggunakan duit daripada dana kerajaan itu. Rosmah muncul sekejap dalam wawancara tersebut tetapi kata Najib, isterinya itu tidak akan menjawab sebarang soalan.

Hampir 300 buah kotak berisi beg tangan mewah dan berpuluh-puluh beg mengandungi wang tunai dan barangan kemas adalah antara barang yang dirampas polis dalam serbuan di premis yang ada kaitan dengan keluarga Najib. Antara yang dirampas termasuk beg tangan jenama Birkin keluaran Hermes, setiap satu dianggarkan bernilai beratus ribu dolar.

Menurut Najib, rampasan beg tangan dan barang mewah yang lain itu menimbulkan persepsi negatif sedangkan kebanyakan barangan itu adalah hadiah kepada isteri dan anak perempuannya, dan tiada kaitan dengan 1MDB.

Kata Najib, menantunya Daniyar Nazarbayez, sepupu Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, juga memberikan banyak beg tangan sebagai hadiah kepada Rosmah.

"Orang mungkin susah hendak faham, tetapi menantu lelaki saya misalnya, dia dapat Birkin daripada pengeluarnya, lima atau enam pada suatu masa," katanya, sambil menambah hadiah itu datang dari luar negara dan tidak ada kena-mengena dengan 1MDB.

Sila sambung bacaan anda di SINI
Posted by Anak Sungai Derhaka at Thursday, June 21, 2018

ref:
Anak Sungai Derhaka: Nafi Bertanggungjawab Terhadap 1MDB.. Najib Cari Penyakit..

THURSDAY, JUNE 21, 2018
Harga jalur lebar akan turun sekurang-kurangnya 25%
Harga jalur lebar tetap di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Gobind berkata penurunan itu susulan pelaksanaan Piawaian Mandatori berkaitan Harga Akses (MSAP) yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 8 Jun.

“Pihak-pihak yang terlibat masih dalam perbincangan penetapan harga borong. Saya difahamkan bahawa proses ini akan berakhir pada bulan Julai/Ogos, dan seterusnya pakej perkhidmatan jalur lebar pada harga yang lebih rendah akan diperkenalkan kepada pengguna.

“Polisi MSAP mengenakan harga siling borong bagi pihak pembekal kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dalam pasaran.

"Penurunan harga borong bakal mengurangkan harga pasaran untuk pengguna,” katanya dalam sidang media kementeriannya di Putrajayahari ini.

Gobind menjangkakan harga baru akan dapat dilaksanakan pada penghujung Ogos.

Gobind pada 23 Mei lalu berjanji akan berusaha mewujudkan sistem jalur lebar dua kali lebih pantas tetapi dengan bayaran separuh harga.

Ini susulan banyak aduan berkenaan kualiti jalur lebar di Malaysia yang jauh berbeza dengan negara-negara maju.~ malaysiakini

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 4:00 pm

ref:
al- Husseyn: Harga jalur lebar akan turun sekurang-kurangnya 25%

Siasat dana pilihanraya dari 1MDB: Ramai YB kecut perut
Siasatan 1MDB kini libatkan dana parti komponen BN

Pihak berkuasa sedang menyiasat parti-parti komponen BN dan wakil-wakil rakyat yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB, menurut laporan Straits Times Singapura.

Straits Times menjangkakan siasatan itu mungkin menyemarakkan “kegemparan politik serius” kerana akaun bank pihak-pihak terlibat atau proksi mereka mungkin dibekukan sementara siasatan selesai.

“Bukan sahaja akaun bank dibekukan, wakil-wakil rakyat juga boleh hilang kelayakan sebagai MP atau anggota Dewan Undangan Negeri jika didapati bersalah,” menurut laporan itu. -malaysiakini

at 6/21/2018 07:36:00 PTG

ref:
KERENGGA: Siasat dana pilihanraya dari 1MDB: Ramai YB kecut perut

'Bukan saja menteri, jawatan PM pun saya tak terima’

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan dirinya dikunjungi oleh wakil tertinggi daripada PAS, PKR dan BERSATU menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada Mei lalu dan ditawar menjadi calon.

Namun, katanya, semua tawaran itu, termasuk menjadi menteri kabinet, ditolaknya secara berhemah.

“Saya tolak elok-elok, saya kata saya tak sokong mana-mana parti. Lagipun bukan seorang ahli politik yang hebat dan bijak malah saya tak tahu pun cara berpolitik.

“Saya cuma nak jadi pejuang bawahan,” katanya yang dipetik oleh Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif di pejabatnya, di Putrajaya, semalam.

Mohd Shukri turut mendedahkan, wakil-wakil tertinggi parti itu juga menawarkan beliau jawatan menteri sekiranya menang di peringkat persekutuan.

“Saya kata bukan saja menteri, jawatan perdana menteri pun saya tak terima.

“Saya nak jadi neutral, tidak mahu bias, biar saya berjuang dengan cara sendiri,” katanya.

Akhbar itu juga memetik Mohd Shukri berkongsi kisah dua sahabat karib yang juga rakan seperjuangannya dalam perjuangan membanteras rasuah iaitu, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Menurut Mohd Shukri, ketiga-tiga mereka berkawan baik sejak awal menyertai SPRM lagi dan tidak pernah berpecah.

“Kami tiga orang tak pernah berpecah dari dulu sampai sekarang.

Kami satu batch, ke mana pun bersama, pendek kata kami bertiga bersatu hati.

“Kami sentiasa nasihat menasihati dan berhubung antara satu sama lain untuk beri pandangan. Hati kami sama, kami sama-sama masuk (SPRM), sakit sama-sama, keluar sama-sama, malah kalau lepak pun bertiga juga,” katanya. -malaysiakini

at 6/21/2018 02:32:00 PTG

ref:
KERENGGA: 'Bukan saja menteri, jawatan PM pun saya tak terima’

THURSDAY, JUNE 21, 2018
Laporan pembunuhan Altantuya namakan bekas pembantu Najib
Oleh Zikri Kamarulzaman
Musa Safri, bekas pembantu Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi perdana menteri dinamakan dalam laporan polis bagi siasatan baru ke atas pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Laporan polis itu dibuat oleh bapa mendiang Altantuya, Setev Shaariibuu. Peguamnya Ramkarpal Singh menegaskan setakat ini tiada sesiapa yang dinamakan sebagai suspek dalam laporan itu.

Musa merupakan orang atasan kepada bekas komando polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya.

Musa sebelum ini dikatakan memberitahu Azilah dan Sirul untuk berjumpa rakan rapat Najib, Razak Baginda yang dipanggil membantu siasatan polis selepas dikatakan diganggu kekasihnya Altantuya.

Musa tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan dan Mahkamah Persekutuan pada 2015 memutuskan kenyataannya tidak penting dalam kes itu.

"Saya percaya kalau bukan kerana Musa, Azilah dan Sirul tidak akan datang ke rumah Razak hari itu (19 Oktober 2016) dan anak saya mungkin masih hidup hari ini," kata Setev dalam laporan polisnya.

Menurut Setev, Musa merupakan saksi penting dalam siasatan untuk mengetahui pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya kerana Azilah dan Sirul tidak kenal anaknya sebelum pembunuhan.

"Pasti ada pihak yang mengarahkan Azilah dan Sirul membunuh anak saya yang mana saya percaya pihak berkenaan juga bersalah dalam pebunuhannya.

"Apa lagi kegagalan pendakwaan bagi menunjukkan bukti motif pembunuhan anak saya dengan tidak memanggil Musa menimbulkan keraguan sama ada wujud percubaan menyembunyikan hal sebenar yang mana saya gesa agar pihak polis membuat siasatan lanjut," tambah Setev.

Azilah sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa selain mengaturkan perjumpaan dengan Razak, Musa tidak ada penglibatan lain dalam kes berkenaan.

Sementara itu, selain menamakan Musa, Setev juga menggesa polis menyiasat bagaimana Azilah dan Sirul memperoleh bahan letupan untuk meletupkan mayat Altantuya, dan sama ada pihak yang membekalkan bahan letupan itu terlibat dalam pembunuhan.

Setev turut mempersoalkan alasan pendakwaan yang tidak merayu pembebasan Razak kerana bersubahat dalam pembunuhan. Ramkarpal sebelum ini berkata terdapat petunjuk baru dalam kes berkenaan yang hanya akan didedahkan apabila polis memulakan siasatan.

Altantuya, 28, dibunuh dan mayatnya diletupkan pada Oktober 2006.

Azilah dan Sirul disabitkan bersalah pada 2009 dan dijatuhkan hukuman gantung. Mereka kemudian dibebaskan selepas mahkamah rayuan menolak sabitan pada 2013.

Mahkamah Persekutuan pada 2015 kemudian mengekalkan hukuman gantung mereka. Sirul telah melarikan diri ke Australia sementara Azilah sedang menunggu hukuman. ~ malaysiakini
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:00 pm

ref:
al- Husseyn: Laporan pembunuhan Altantuya namakan bekas pembantu Najib

57 dengan 18 mana lebih besar wahai Mohd Amar (PAS)

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menolak cadangan penyelesaian Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah supaya Umno dibubarkan.

Johari, yang bakal bertanding untuk jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti 30 Jun ini, menegaskan bahawa partinya mempunyai lebih banyak ahli parlimen daripada PAS.

"Pertama, mengapa kita harus bubarkan Umno?

"Kita masih mempunyai 54 orang anggota parlimen sedangkan PAS hanya ada 18 orang," katanya kepada Malaysiakini.

Johari diminta mengulas kenyataan Mohd Amar bahawa Umno harus dibubarkan setelah gagal mempertahankan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Bagi bekas menteri kewangan II, beliau yakin Umno mampu membuat kemunculan semula jika mereka dapat menyelesaikan segala kelemahan dan ekurangannya.

"Saya tidak fikir kita berhasrat untuk membubarkan parti ini tetapi saya memberi jaminan bahawa jika kita mampu memperbaiki diri dan memperbetulkan apa jua kelemahan, saya yakin Umno akan kembali pada pilihan raya akan datang," katanya.

Johari juga menolak sebarang kerjasama dengan PAS buat masa sekarang.

"Biarkan mereka dengan cara mereka dan kami dengan cara kami," katanya, sambil menekankan betapa perlunya Umno memperbaiki diri mereka.

BN memenangi 79 kerusi parlimen pada pilihan raya umum 9 Mei, jatuh daripada 133 kerusi pada pilihan raya umum ke-13.

Walau bagaimanapun, gabungan itu retak selepas kekalahan teruk, dengan sembilan daripada 13 parti komponen meninggalkan gabungan itu.

Ini menyaksikan BN kini hanya tinggal dengan 57 kerusi, 54 daripadanya dipegang oleh Umno. Baki kerusi dipegang oleh MIC dan MCA.

Walaupun kekalahan teruk, Umno dengan 54 kerusi, kekal sebagai parti terbesar di Parlimen.

Ini diikuti oleh PKR dengan 47 kerusi dan DAP dengan 42 kerusi.

ref:
57 dengan 18 mana lebih besar wahai Mohd Amar (PAS) ~ Menconteng Untuk Perubahan™

THURSDAY, JUNE 21, 2018
Bazar Ramadan: Orang lain jual tapak, orang BERSATU nama rosak
Sekumpulan individu yang mengaku sebagai peniaga bazar di Jalan Masjid India hari ini menafikan dakwaan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bukit Bintang mengenakan bayaran tinggi bagi tapak perniagaan berkenaan.

Mohamad Azman Abdul Rahman yang mendakwa mewakili 40 peniaga bazar dikendalikan Ketua Pemuda BERSATU Bukit Bintang Mohd Noorhisyam Abd Karim, menegaskan semua dakwaan berhubung salah laku yang turut melibatkan Anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun sebagai tidak berasas.

Menurut Azman lagi, dia ialah ketua bagi mengendalikan peniaga yang menyertai bazar berkenaan.

Katanya hanya 40 tapak saja yang digunakan berbanding 80 diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana terdapat kendera saji (food truck) yang beroperasi di situ.

"Tapak ini kita beri pada (peniaga) yang susah. Mereka tak perlu bayar apa-apa sebab semuanya telah dibayar.

"Jadi yang kata Sam (Noorhisyam) ini dapat RM400,000 (sebab menjual satu tapak dengan harga RM5,000) tak betul. Itu fitnah.

"Saya yang bertanggungjawab pasang khemah dan panggil peniaga ini masuk berniaga dalam khemah dan tidak mengenakan sebarang bayaran pun. Bayaran lesen yang dikenakan DBKL juga telah diuruskan oleh Setiausaha Kerja Persatuan Peniaga Melayu Pasar Harian Selayang, Saiful Akmal.

"Usaha yang dibuat oleh Noorhisyam untuk bantu kami yang tertindas selama ini. Fong juga beri sokongan untuk kami dapat berniaga," katanya kepada pemberita di Jalan Masjid India, lewat petang tadi.

Kena fikir logik

Azman berkata demikian ekoran ada laporan mendakwa Noorhisyam mengenakan bayaran RM5,000 bagi satu tapak penjaja berbanding harga sebenar yang lebih rendah diluluskan DBKL.

DBKL meluluskan 80 lot tapak bagi menjalankan perniagaan selama sembilan hari. Untuk kesemua 80 tapak selama sembilan hari hanya berjumlah RM6,238.

Sehubungan itu, Azman berkata dakwaan yang wujud kononnya Noorhisyam mengambil duit sengaja ditimbulkan bagi mengelirukan perkara sebenar.

Ini kerana, Azman mendakwa wujud tapak bazar di lokasi lain - bukan di Jalan Masjid India - yang mengenakan bayaran tinggi kepada peniaga.

Malah, katanya, wujud juga kekeliruan ekoran individu yang didakwa melakukan 'penyelewengan' itu mempunyai nama sama dengan Noorhisyam.

"Terdapat orang lain yang nama sama yang lakukan penjualan tapak bazar. Tetapi Noorhisyam BERSATU Bukit Bintang pula yang kena fitnah.

"Lagipun kalau fikir logik siapa nak bayar RM5,000 untuk satu tapak selama lima hari? Khemah pun pihak saya belikan untuk bantu peniaga. Jadi tiada isu yang mendakwa berlaku kutipan sampai RM5,000 untuk satu tapak," ujarnya lagi.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Noorhisyam dan Fong terpalit dengan dakwaan menggunakan hubungan politik untuk mengaut ratusan ribu ringgit kerana menganjurkan bazar Ramadan.

Dalam tinjauan Malaysiakini di sekitar Jalan Masjid India turut mendapati, peniaga yang menjalani perniagaan di kawasan tapak berkenaan dikehendaki membayar lebih RM3,000 untuk satu tapak.

Namun dakwaan berkenaan dinafikan Noorhisyam.

Ekoran itu juga, Noorhisyam serta Fong membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut. ~ malaysiakini
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 10:00 am

ref:
al- Husseyn: Bazar Ramadan: Orang lain jual tapak, orang BERSATU nama rosak

Thursday, 21 June 2018
Bala Menimpa BN
Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 Datuk Seri Najib Razak percaya ada beberapa kerusi akan menyaksikan calon BN akan kecewa.

Namun bekas perdana menteri dan presiden Umno itu tidak menyangka parti yang dipimpinnya itu akan tersungkur untuk kali pertama sejak negara ini mencapai kemerdekaan.

"Saya ada menjangkakan sedikit. Saya tak menyangka ia begini teruk.

"Saya fikir kami mungkin kalah di beberapa kerusi namun saya tidak menjangkakan keputusan sebegini dramatik dan malang.

"Ia adalah trauma seperti yang anda boleh bayangkan, untuk sebuah parti yang bertahan dalam kuasa selama lebih 60 tahun.

"Sejarah Malaysia pada asasnya ialah sejarah Umno dan BN," katanya sewaktu diwawancara agensi berita Reuters di Langkawi, Kedah.

Najib dan isterinya Rosmah Mansor sedang bercuti di sebuah pusat pelancongan elit di pulau peranginan berkenaan. Pasangan terbabit sebelum ini sudah merancang untuk bercuti ke luar negara tetapi terpaksa dibatalkan apabila nama mereka dimasukkan ke senarai orang yang dilarang meninggalkan Malaysia oleh Jabatan Imigresen.

Pada PRU ke-14 lalu BN hanya memenangi 79 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Lima tahun lalu gabungan terbabit memenangi 133 kerusi dan kekal memerintah Malaysia.

Lebih memburukkan keadaan BN, sembilan daripada 13 parti komponen mereka meninggalkan gabungan berkenaan untuk membentuk pakatan sendiri di Sarawak.

Keadaan itu meletakkan BN kini hanya menguasai 57 kerusi di parlimen.

Dalam temu bual itu Najib menyalahkan tuduhan dilempar pembangkang sebagai punca BN kecundang.

"Mereka (pembangkang) tampil dengan tuduhan yang berat untuk memfitnah saya dan kerajaan.

"Malangnya selepas satu tempoh, ia mengubah pandangan orang ramai," katannya.

Najib juga berkata Tun Dr Mahathir Mohamad - tokoh yang satu ketika dulu bersungguh-sungguh melobi untuk menaikkannya menjadi perdana menteri - pintar dalam strategi semasa mengepalai Pakatan Harapan bagi berdepan dengan BN.

"Dia tahu BN, dia tahu mengenai perkhidmatan awam. Dia tahu segala-galanya mengenai sistem yang ada, jadi dia beroperasi dari dalam dan luar. Justeru dia mempunyai kelebihan tersendiri.

"Dia agak pintar dari satu segi, merangkumkan segala-galanya dalam terma yang sangat mudah dan mengulang-ulanginya berkali-kali.

"Satu lagi isu yang saya sedih ialah kami tidak kalah kepada satu agenda yang besar," katanya. - malaysiakini

ref:
Addin: Bala Menimpa BN

THURSDAY, JUNE 21, 2018
MENANG JADI ARANG
Oleh Tamrin Tun Ghafar

1.   Seperti juga Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebenarnya saya juga tidak berminat nak ambil tahu apatah lagi nak komen mengenai parti yang pernah saya anggotai di suatu waktu dahulu.

2.  UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sudah pun tinggal nyawa - nyawa ikan sahaja.

3.  Ini semua berlaku angkara kerakusan dan tamak haloba Najib Tun Razak ,  bekas pemimpin UMNO yang mereka puji dan puja, malah bak kata Ismail Sabri, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, “tak percaya Najib bermakna tak percaya ALLAH”.

4.  Kepada Najib, bukan sahaja 'cash is king’ tetapi yang beliau utamakan ialah ketaatan atau loyalty kepada beliau sebagai pemimpin walaupun  seseorang itu hanya punyai   'otak udang' saja.

5.  Bak kata pepatah cina   'Ikan Itu Busuk Bermula Dari Kepala', bermakna apabila ketua  itu rasuah,  pencuri, penyamun dan perompak, maka ia  pasti diikuti oleh jual-juaknya.

6.  Kini  UMNO yang hanya ‘tinggal nyawa - nyawa ikan' sedang cuba diberi nafas dengan harapan ia tidak di talkinkan terus.

7.  Perangai lama UMNO masih melekat lagi di badan mereka ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan; SIAPA KAYA dan PEMURAH, BERJAYA.

8.  Sepatutnya dalam keadaan sebegini mereka insaf, duduk semeja berunding siapakah di antara pemimpin yang ada yang harus diketengahkan sebagai Presiden atau Ketua yang baharu seperti yang di amalkan oleh para sahabat selepas wafatnya Baginda Rasulullah SAW.

9.  UMNO sebenarnya ketandusan pemimpin yang bersih dan bertenaga.

A .  ZAHID  HAMIDI :

Walaupun ketika ini beliau bertindak sebagai Pemangku Presiden, namun kredibiliti beliau tercalar dengan beberapa isu seperti kes jenayah dan pembohongan yang mana beliau sendiri terlibat -

a )  Insiden Amir Bazli yang dibelasah beliau dan beberapa orang suruhan nya.

b)  Saham syarikat Kretam Holdings Berhad dan Tekala Berhad yang pada asalnya kepunyaan Pemuda UMNO melalui Yayasan Gerak Bakti.

c )  Pembohongan beliau berhubung 1MDB kononnya beliau sendiri telah berjumpa dua orang 'penderma’ Arab.

d ) Tuduhan beliau 'Mahathir ialah  anak lelaki Iskandar Kutty’ yang sehingga kini beliau gagal membuktikannya.

e )  Tak sampai sebulan dilantik sebagai Timbalan PM, beliau  sudah meminta sokongan Tun Mahathir bagi menggantikan Najib sebagai PM, sehingga kini beliau gagal mengeluarkan rakaman perbincangan yang pernah dijanjikannya.

f )  Belum pun sebulan menerima kekalahan ,  beliau selaku Pemangku Presiden telah meminta nasihat Tun  bagaimana nak kuatkan UMNO semula sedangkan Tunlah yang orang yang mengepalai Pakatan Harapan yang menggalahkan  parti tersebut.

B.  KHAIRY  JAMALUDDIN :

a )  Ketua Pemuda dan bekas Menteri Beliau dan Sukan.

b )  Semasa bapa mertuanya Abdullah Ahmad Badawi menerajui Kerajaan, beliau lebih dikenali sebagai 'budak tingkat 4'.

c )  Di zaman itulah 'budak tingkat 4' ini begitu bermaharajalela mempengaruhi bapa mertuanya yang lemah sebagai Perdana Menteri.

d ) Kegemilangan UMNO mula merudum akibat kebosanan rakyat terhadap campurtangan ‘budak tingkat 4’ inilah.

e ) Di zaman ‘budak tingkat 4’ inilah bermulanya kebencian rakyat terhadap UMNO dan ia meletup seperti gunung berapi pada pilihanraya yang baru lepas.

f )  Beliau tidak boleh lepas tangan kes kehilangan  RM100 juta semasa beliau menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

C.  TENGKU RAZALEIGH HAMZAH:

a )  Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan.

b )  Selain Tengku Abdul Rahman, beliaulah  satu - satunya Keluarga Raja yang tak mengira penat lelah berjuang untuk rakyat.

c )  Selepas tidak berjaya mengalahkan Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO dalam tahun 1987 , beliau menerajui parti Semangat 46 ( S46 ).

d )  Walaupun  bergabung dengan PAS dan DAP,  beliau gagal mengalahkan UMNO dan BN yang di pimpin oleh Dr. Mahathir ketika itu.

e )  Akhirnya parti S46 itu dibubarkan dan ahli - ahlinya termasuk Tengku Razaleigh sendiri balik kepangkuan UMNO.

f )  Usaha bagi melibatkan beliau dalam kes BMF di Hong Kong hanya satu rekaan dan  sia - sia sahaja.

10.  Selama ini setiap Bahagian mendapat bantuan dari Ibu Pejabat UMNO sebanyak RM10,000/- sebulan , malangnya bantuan ini telah pun diberhentikan selepas sahaja BN kalah pilihanraya.

11.  Sesiapa yang dipilih sebagai Presiden yang baru perlu juga memikirkan cara mana boleh membantu pentadbiran dan aktiviti Bahagian dan Cawangan.

12.  RM10,000/- sebulan  x 192 Bahagian = RM1,920,000 x 12 bulan = RM23,040,000/- setahun x 5 tahun  ( jika Piliharaya diadakan ketika itu )  = RM115,200,000/-.

13.  Bahagian dan Cawangan TIDAK akan bergerak TANPA bantuan kewangan.

14.  Sepatutnya jika Najib sayangkan UMNO, beliau harus melepaskan jawatan Presiden parti itu setahun yang lepas.

15. Khaled Nordin ( Johor )  dan Mohamad Hassan ( Negeri Sembilan ) sepatutnya tidak bertanding untuk jawatan - jawatan tertinggi seperti jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

16. Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN, mereka BERTANGGUNGJAWAB atas  kekalahan UMNO dan BN di negeri  masing - masing.

17. Mereka sepatutnya menumpukan masa sepenuhnya membetul dan  menguatkan parti di negeri masing - masing selepas kekalahan baru-baru ini, bukan nak menonjol diri seolah-olah mereka telah berjaya mengekalkan kemenangan.

18. Terserahlah kepada ahli - ahli UMNO sama ada mereka sanggup membuat kesilapan kali kedua atau sebaliknya.

19. KINI  NASI  SUDAH  JADI  BUBUR.

20. Menang jadi arang, kalah jadi abu.

21. Sebaik-baik cara bagi UMNO mencari pemimpin ialah dengan memperkenal dan melaksanakan sistem LELONG.

Terima Kasih.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am
ref:
al- Husseyn: MENANG JADI ARANG


Tiada ulasan: