Jumaat, 8 Jun 2018

MP yang semakin menyusut. Itulah Umno yang kita semua tahu dan PM Tun telah beritahu, Umno khianati Melayu. Umno dipandang jijik kini. 7760.

. 
#xpernahundiumno
#menyesalundiumno?
#antiumno
#paszamantgnaterbaik
#pengaruhtundandsaimatsabulksmenyatubuatubntumbang
#matilanakumnopartiperkaumanpartipropagandaISLAMpartipropagandaInstitusiBeraja😎😎😎

ADUN Ijok pilihan HARAPAN jadi MB baru Selangor?

Tanpa digembar-gemburkan, nama Dr Idris Ahmad dikatakan menjadi calon tunggal dicadangkan oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menggantikan Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok untuk dua penggal berkenaan didakwa mendapat sokongan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor.

Bagi PKR pula, surat sokongan dikeluarkan ibu pejabat parti berkenaan dan sudah dihantar ke istana untuk pertimbangan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tidak cukup dengan itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut memberi sokongan atas kapasiti beliau sebagai Presiden HARAPAN.

Sumber memberitahu Malaysiakini nama Dr Idris menjadi pilihan kerana HARAPAN Selangor berpendapat beliau adalah calon terbaik mengisi kekosongan yang ditinggalkan Azmin apabila ADUN Bukit Antarabangsa berkenaan dilantik menjadi menteri pusat.

"Rekod beliau selama dua penggal menjadi wakil rakyat serta pengalamannya dalam sektor korporat sebelum ini adalah kriteria yang diperlukan rakyat Selangor," katanya.

Sumber yang dekat dengan HARAPAN itu juga mengakui satu pihak dalam PKR pula mengemukakan beberapa nama lain untuk pertimbangan Sultan Selangor.

Antara nama yang disebut-sebut menjadi pilihan kumpulan itu ialah ADUN Sungai Tua yang juga exco negeri, Amirudin Shari, serta tokoh akademik yang juga ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin.

Dapat sokongan bawahan

Menurut sumber yang enggan didedahkan identitinya itu nama Dr Idris, 70, berada pada kedudukan teratas di kalangan pimpinan HARAPAN Selangor serta Ibu Pejabat PKR.

"Apa yang berlaku sekarang ialah nama Dr Idris tidak ditonjolkan, sebaliknya nama ADUN lain yang digambarkan sebagai bakal menteri besar bagi mencipta persepsi tertentu," katanya.

Untuk rekod Dr Idris ialah doktor pakar obstetrik dan ginekologi di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Mula terlibat secara aktif dalam gerakan reformasi sejak 1998, beliau tidak menyertai pilihan raya umum (PRU) sehinggalah pada 2013.

Walaupun ketika ini Dr Idris ialah Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan beliau sebenarnya anak jati Selangor.

Sumber memberitahu di peringkat akar umbi sokongan terhadap Dr Idris menjadi menteri besar Selangor memang tinggi, namun kurang menyerlah disebabkan kecenderungan ketua-ketua cabang tertentu.

"Kami percaya jika Selangor mahukan seorang menteri besar yang cekap, telus dan bersih, orangnya ialah Dr Idris.

"Tugas beliau juga akan disokong penuh oleh parti komponen HARAPAN di Selangor," katanya.

Pengumuman mengenai nama menteri besar baru untuk Selangor dijangka akan dibuat selepas Aidilfitri yang disambut pada minggu depan. -malaysiakini at 6/08/2018 11:26:00 PG 

ref:
KERENGGA: ADUN Ijok pilihan HARAPAN jadi MB baru Selangor?

Kajian Umum : Mencintai Wali-Wali Allah - Syaikh Abdurrozzaq, Masjid Istiqlal Jakarta. 


Diterbitkan pada 23 Apr 2016 

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu ia berkata, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Sesungguhnya Allâh Azza wa Jalla berfirman, ’Barangsiapa memusuhi wali-Ku, sungguh Aku mengumumkan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada hal-hal yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak henti-hentinya mendekat kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, menjadi tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan menjadi kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, Aku pasti memberinya. Dan jika ia meminta perlindungan kepadaku, Aku pasti melindunginya. Dan masih banyak pembahasan yang selengkapnya , simak kajian yang berikut ini..

Friday, 8 June 2018
UMNO SUDAH MULA LESU.....

Tanda-tanda riwayat UMNO akan berakhir dan ia tidak mampu bertahan tanpa dibantu kuasa wang, nyata semakin terserlah sekarang  ini.

Cukup sebulan sejak UMNO yang merupakan tunjang BN kehilangan kuasanya pada pilihanraya 9 Mei lalu, aktiviti UMNO sepanjang Ramadan ini boleh dikatakan terhenti sama sekali.

Jika sebelum ini, bulan Ramadan merupakan bulan yang sibuk bagi pemimpin UMNO menjalankan pelbagai aktiviti seperti majlis berbuka puasa dengan ahli peringkat cawangan atau akar umbi, berbuka puasa bersama anak yatim atau fakir miskin, memberi bantuan kepada masjid dan surau dan sebagainya, semua itu terhenti dengan tiba-tiba seiring dengan gugurnya kuasa yang dipegang sejak lebih 60 tahun yang lalu.

Ramai kawan-kawan di beberapa bahagian UMNO mengeluh tentang kelesuan program sepanjang Ramadan kali ini dan ia sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Ramadan kali ini, kami hanya berbuka puasa di rumah masing-masing saja bersama keluarga.

"Tidak saja ketua bahagian tidak menganjurkan majlis berbuka puasa atau menghulurkan bantuan kepada cawangan-cawangan untuk mengadakan majlis yang sama, pemimpin UMNO peringkat nasional yang kini sudah bertaraf bekas menteri juga tidak lagi mengadakan sebarang majlis di bulan Ramadan ini, ujar beberapa kenalan dalam UMNO yang sempat dihubungi.

Kali ini, kata mereka, tiada lagi program berbuka puasa sama ada di peringkat bahagian atau pemimpin bahagian turun ke cawangan-cawangan seperti sebelumnya, malah rata-rata pemimpin bahagian seperti menghilangkan diri, meskipun tahun ini merupakan tahun pemilihan bagi UMNO.

"Sudah tentu kami juga tidak lagi menerima duit raya daripada pemimpin-pemimpin bahagian sebagaimana sebelum ini,"  kata mereka lagi.

Perkembangan ini menunjukkan pemimpin UMNO di semua peringkat nampaknya tidak sedia mengeluarkan wang poket sendiri untuk tujuan mengadakan program, waima atas nama kebajikan dan sedekah di bulan Ramadan sekali pun.

Hal ini memperlihatkan bahawa UMNO selepas ini bakal ketandusan program di seluruh negara untuk mendekati rakyat kerana tidak ada sesiapa yang mahu mengeluarkan belanja sendiri bagi menggerakkan parti.

"Jika tanpa program di akar umbi dan pemimpin UMNO di peringkat bahagian hanya "goyang kaki"  dengan jawatan mereka, bagaimanakah parti itu mampu bangkit melawan kerajaan Pakatan Harapan yang sedang berkuasa sekarang?"  soal seorang ketua cawangan UMNO ketika berbual-bual dengannya.

Dalam perkembangan yang sama, melihat kepada kemungkinan UMNO akan ketandusan program itu, kecenderungan mereka beralih kiblat dengan menyertai Bersatu atau PKR jelas semakin meningkat sekarang ini.

Bukan saja sudah sekian ramai pemimpin peringkat timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian atau bekas-bekas pemimpin bahagian mengambil keputusan menyertai Bersatu atau PKR, malah lebih ramai ketua-ketua  UMNO cawangan di seluruh negara yang dilihat menunjukkan minat mengalih kiblat politik mereka selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti.

Mereka rata-rata melihat zaman gelap UMNO sudah pun bermula dan parti itu bukan saja tidak semewah dulu, bahkan tiada apa-apa yang menarik lagi untuk berjuang melaluinya.

Kata mereka, UMNO sudah jadi ibarat orang kaya yang tiba-tiba jatuh bankrap dan tiada sumber kewangan yang menyebabkannya sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan seperti orang biasa.

Selama ini pemimpin UMNO hidup mewah kerana projek-projek segera yang diperolehi melalui hubungan dengan menteri dan perdana menteri, tetapi setelah tiada lagi kuasa, semua pergantungan itu hilang dengan sendirinya.

Meskipun kebanyakan pemimpin atasan UMNO masih lagi kaya dan bertaraf jutawan, tetapi sudah tentu mereka tidak akan mengeluarkan wang poket sendiri untuk diperuntukkan kepada bahagian-bahagian kerana tidak pasti sama ada BN boleh menang lagi atau tidak dalam pilihanraya yang akan diadakan lima tahun datang.

Kedudukan BN turut semakin mengecil dan tergugat untuk kembali berkuasa dengan keluarnya PBB daripada gabungan itu dan tidak mustahil akan disusuli oleh lain-lain parti di Sarawak juga.

Lama-kelamaan, tambah mereka lagi, tanpa sebarang aktiviti dan program serta tiada sesiapa yang sanggup mengeluarkan belanja untuk parti, UMNO akan dilupakan dan perlahan-lahan akan mati dengan sendirinya.

Teori RAHMAN akhirnya terbukti benar di mana Perdana Menteri terakhir daripada UMNO yang berkuasa ialah N iaitu Najib, malah kerana kepimpinan dan skandal yang melingkari N jugalah yang menyebabkan parti itu sedang menebas laluannya sendiri untuk menuju ke tanah perkuburan.  (ShahbudinHusin 08/06/2018)

Ulasan-ulasan dari pengunjung blogger 
Shahbudin Husin

lebaimodern 8 June 2018 at 10:03
Minyak naik 19 sen, parti Amanah jadi “pasu bunga” dalam Harapan

Harga runcit petrol jenis RON97 naik mendadak sebanyak 19 sen bermula pukul 12.01 tengah malam tadi bagi tempoh seminggu, hingga 13 Jun ini.

Pengumuman secara drastik mengenainya dinyata hanya menerusi laman sosial Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, petang semalam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula dalam satu kenyataan berkata, bermula hari ini, harga RON97 akan mula diapungkan secara apungan terurus pada harga RM2.66 seliter sehingga 13 Jun ini.

Katanya, kerajaan sudah menetapkan bahawa harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter, dan RM2.18 seliter.

Ia sekali gus membuktikan pentadbiran baharu Pakatan Harapan gagal melaksanakan janji manifesto mereka sendiri konon harga RON95 bakal diturunkan sehingga RM1.50 mengikut kempen facebook (walaupun tak ada tercatat khusus dalam manifesto) selepas sehari menawan Putrajaya.

Untuk menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan kononnya prihatin Guan Eng berkata, kerajaan juga konon sudah memperuntukkan RM3 bilion sehingga hujung tahun 2018 untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel. 

Rakyat diam sahaja?

Mungkin dulu harga RM2.20 sangat membebankan rakyat tapi semenjak Pakatan Harapan dengan parti majoriti bukan Islam menguasai kerajaan maka sekarang tidak lagi membebankan rakyat.

atau mungkin?

Penyokong Pakatan Harapan mempunyai kesabaran yang tinggi dengan slogan dengan Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin mereka termasuk majoriti golongan liberal, bukan Islam, LGBT memahami konsep sabar.

Yang pelik mana pimpinan parti AMANAH yang dulunya menjadi juara membantah harga minyak ketika RM2.20 seliter?

Si Mahfuz Omar, dengan bowl dan 'berkot' dalam panas sanggup membantah harga minyak. Sekarang tak ada suara. Sibuk 'mencatur' jawatan setelah mendapat kerajaan baru. Rakyat dan perjuangan ketepi dulu. Isi perut lebih utama.

Bayangkan mereka ini (pimpinan parti Amanah) dengan pakaian "musim dingin" sanggup berpanas untuk membantah harga minyak.

Mana pergi mereka semua apabila RON97 naik 19 sen?
Apa mereka ingat rakyat semua minyak RON95 sahaja. Dahlah RON95 tak turun sama dengan harga perompak Najib. Apa beza kamu dengan Najib?

Pimpinan Amanah sekarang sedang sibuk mencatur jawatan, Dr Hatta di lobi menjadi speaker. Perjuangan rakyat hanya bohong sahaja. 

Kononnnya parti AMANAH bukan sekadar mencari pengaruh dan kuasa, tetapi berperanan besar membawa misi islah dan tajdid, meneroka makna sebenar progresif dan kesederhanaan, dengan Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin hanya omong-omong kosong dan cogankata 'menyedap' santapan igauan ahli bagi manrik ahli PAS.

Parti AMANAH tidak lebih sebagai PASU BUNGA dalam Pakatan Harapan yang telah mengkhianati perjuangan rakyat.

===========================

mahligai seni 8 June 2018 at 10:08
INI ADALAH KOMEN JAHAT DARIPADA SEORANG YANG TIDAK TAHU APA ERTI MASALAH NEGARA YANG DITINGGALKAN OLEH NAJIB, YANG PERNAH DISOKONG OLEH PAS. KOMEN LEBAI MODEN INI TENTANG AMANAH SANGAT JAHAT DAN TIDAK MENEPATI KONTEKS. ORANG GUNA ISTILAH PASU BUNGA KAMU PUN NAK GUNA ISTILAH PASU BUNGA TAPI KEONTEKNYA TIDAK KENA LANGSUNG. TAK USAHLAH KAMU NAK JADI BATU API DI SINI.

===========================

ikan 8 June 2018 at 10:14
kita yang sokong PH rileks je sebab yang naik 97. 95 kekal je. kalau tak mesti terus naik. lebai undi sapa ye.

===========================

rizal yusof 8 June 2018 at 10:25
Sebenarnya bkn masalah sgt klu negara mmg btl2 ssh. Dulu tu yg xblh tahan sbb kesusahan kita ni dsbbkan oleh pemimpin yg bmewah2. Tp skrg ni sbb nak cuci taik yg dtglkan oleh pemimpin dulu la ni. Dari memerintah smpi dah kena buang pun xhbs2 menyusahkan org!

===========================

mahligai seni 8 June 2018 at 11:20
Saudara Ikan dan Saudara Rizal Yusof, betul tu...

===========================

Azwan Nual 8 June 2018 at 11:28
Salam tuan Lebai, kalu harga RON95 diapungkan dah lama naik melebihi harga jualan sekarang iaitu RM2.20 sebab harga minyak di pasaran dunia dah naik. RON97 minyak golongan kaya sebab hanya kereta mewah yg pakai jadi kena lah tanggung sendiri.

===========================

Othaman Ahmad 8 June 2018 at 11:31
Hoiii Lebai,

Toksah ler serabai lari tajuk - 'UMNO dah lesu macam dah nak mapos'......!!

===========================

Mohammad Azren 8 June 2018 at 11:41
Walau apa pun. Kami tetap bergembira. Janji Najib dan Umno sudah dikuburkan. Hehehekikikihahahakahkahkah

===========================

Bulat Ken 8 June 2018 at 11:43
Anda tanya kenapa rakyat diam bila ron97 naik? Jawapannya kami undi PH bukan semata-mata kerana minyak, tetapi juga kerana kami tak nak BN yg korup, angkuh, sombong, bongkak, penuh dgn pelbagai skandal yg menjijikkan. So skrg kalau anda tak puashati, anda boleh keluar dr negara ni (sy ulang balik kata pemimpin anda).

===========================

Ramly Ahmad 8 June 2018 at 12:21
Jgn dkomen lebih3 apa yg silobai malang dan seangkatannye paparkan bro..kan bkn blog dorang..apa pernah sikalut ni komen apa yg dtl

===========================

Ramly Ahmad 8 June 2018 at 12:22
...dtulis oleh bang Shah..

===========================

dad 8 June 2018 at 14:31
nama aje lebai...tapi hati setan!

===========================

Tuhfat al Nafis 8 June 2018 at 14:40
Teori MAHATHIR baru bermula, kita tunggu dan lihat.

===========================

hangkedee 8 June 2018 at 14:50
Bang lebai pro siapa ni dulu bee end sekarang Tun M sudah "bin" ke?

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 15:31
Akhirnya Kutty ganti Bugis

JIKA pujangga Inggeris yang paling agung sepanjang zaman Wiliam Shakespeare ada di zaman kita di Malaysia apa karya yang dapat dihasilkan tentang komedi politik kartun anak Kutty dan anak Bugis menjelang kempen PRU14 dulu.

Silat anak Kutty dan Bugis itu kini dimenangi oleh anak Kutty walaupun atmosfera politik ketika banyak berkesan kepada anak Kutty yang menyindir gurau Perdana Menteri Najib yang berketurunan Bugis.

Saya tidak berhajat menurunkan apa yang bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad kata tentang anak keturunan Bugis itu dan apa yang sebelumnya puak pro Najib kata tentang keturunan Kutty itu.

Saya telah mengulas betapa tidak sihat dan tidak rasionalnya ditimbul dan didedahkan isu Mahathir yang nama famili nenek moyang di India dulu. Hingga dikatakan salinan kad pengenalan menggunakan nama Kutty itu ditunjukkan sebagai bukti di kalangan tertentu.

Justeri ia satu gurauan yang tidak popular dari golongan puak atasan dalam politik kita, seperti meremahkan baka seseorang, maka terhenti sendiri. Memang memalukan pihak yang menimbulkannya.

Tidak diketahui apa reaksi sekalian berdarah Kutty dan suku sakat sekaum Kutty.

Akan tetapi diam saja bila Mahathir pula tidak lama kemudian mengkomedikan darah Bugis pada pemimpin Malaysia masa itu. Saya tidak ulas justeru reaksi keturunan Bugis dari akar umbi hingga ke istana-istana begitu riuh.

Saya sekadar saksikan saja komedi yang tidak sihat itu. Sikap saya terhadap remeh Mahathir tentang suku Bugis itu sama dengan tidak suka saya bila Kutty dibangkitkan. Diam saya itu kerana tidak mahu menyinggung perasaan orang PAS keturunan Bugis seperti Dr. Daeng Sanusi Mariok.

Istana Johor dan istana Selangor ikut murka atas kejadian itu. Mahathir bukan bukan saja dilihat rendah tetapi menuntut dia minta maaf. Mahathir mana pernah minta maaf secara terbuka. Dan tidak dengar dia minta maaf dan menarik balik gurauannya.

Bising anak-anak Bugis sampai ke peringkat antarabangsa. Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kala yang berasal dari Bugis memberitahu wakil Malaysaia dalam sidang kemuncak di Istanbul betapa dia tidak senang dengan gurau Mahathir itu.

Sidang kemuncak itu tidak dihadiri oleh Presiden Indonesia dan tidak juga oleh Perdana Menteri Najib. Tetapi acara yang padat itu sempat juga pemimpin Malaysia yang pro Najib menyebutnya kepada Yusuf Kala.

Mungkin kejadian membayang marahnya penyokong Najib terhadap serangan Mahathir kepada Najib dan marahnya Mahathir terhadap politik dan pimpinan Najib. Mungkin sifat orang marah agaknya begitu. Keturunan orang dimarah dibabitkan sama. Tetapi tidak dapat mengawal marah itu bukan sifat bagi bangsawan dan negarawan.

Orang bawah dan berpendidikan rendah tidak wajar terlanjur sampai begitu.

Tidak diketahui nama Mahathir di sisi orang bergelar negeri-negeri dan sekalian yang tidak senang dengan keturunan Kutty yang meremah keturunan Bugis sekarang. Keturunan Kutty itu menjadi Perdana Menteri semula sekarang.

Anak Bugis iu sudah tidak ada apa-apa lagi sekarang. Masa depannya tidak diketahui. Anak Kutty dapat jadi Perdana Menteri semula. Anak Bugis rasanya tiada akan jadi Perdana Menteri lagi.

Bagaimana orang kata Kutty padanya dan bagaimana pula kedudukan sekalian anak Bugis terhadapnya. Pada Idilfitri ini lupakanlah. Anak Kutty lupakan anak Bugis dan anak Bugis pun lupakan anak Kutty. Anak Kutty dan anak Bugis adalah sebahagian dari anak Malaysia.

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 16:10
Angka suku billion (257 juta) adalah manipulasi baru macam hutang negara?

A. Kadir Jasin menulis "For 16 months to April this year, a total of RM256.9 million had been allocated to the Yang di-Pertuan Agong for purposes of accommodation, residence and palace, personal items, aircraft and transportation, training and escort equipment, clothing and ceremonial items, gifts and souvenirs, overseas visits and salaries of palace staff."

Kemudian kita pula disajikan dengan 'skrin capture' spreadsheet Microsoft Exel dengan perincian perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong melalui WhatsApp, Telegram, facebook dan We Chat, seperti yang katakan oleh A. Kadir Jasin, kini semacam "tukang canang" Pakatan Harapan. Mengikut sebaran itu, dalam tempoh hanya 16 bulan, sejumlah RM256, 907, 470 telah dibelanjakan oleh Sultan Muhammad V dari Kelantan untuk pelbagai tujuan termasuk perjalanan persendiriannya di luar negara.

Adakah sebarang ini benar atau manipulasi seperti hutang negara bagi tujuan tertentu?Mengikut laman The Third Force bahawa "spreadsheet" yang diedarkan itu adalah palsu dan sengaja dibuat untuk menjadikan rakyat melawan Institusi Beraja di Malaysia. Kenyataan ini dikuatkan dengan membandingkan perbelanjaan sebenar perbelanjaan Agong pada 2017 dan 2018 yang rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Lihat di bawah.

Daripada perbelanjaan yang melibatkan 231 pegawai hanya RM13.5 juta sahaja dan ini jauh daripada apa yang digembar gembur oleh pihak A. Kadir Jasin.

Apakah tujuan permainan persepsi dan manipulasi ini? Adakah untuk melemahkan kedudukan raja-raja Melayu serta menekan mereka supaya tunduk kepada kehendak kerajaan Pakatan Harapan?

Permainan ini bukan sahaja melemahkan raja-raja Melayu tetapi membuatkan kedudukan Islam makin lemah dengan kedudukan kerusi bukan Islam sekarang ini 85 daripada 222 yang sebahagian besar berada di Pakatan Harapan.Bersambungan...
perbandingan perbelajaan Agong dan PM, siapa lebih banyak?

===========================

FreeMan 8 June 2018 at 16:55
KUTTY kepala hotak kamu lebai!! Semak la tengok komen copy paste entah kat mana ko kutip! Kamu post la kt blog geng lebai kamu! Semak la kt sini! Sekian Terima kasih

===========================

Tanah Melayu Dulu 8 June 2018 at 18:04
lebai mbil manifesto pru13 masa tu parti lebai msh dlm pakatan..puasapun nk menipu ..habis pahala puasa pak lebai..ciannn!!@

===========================

Mohd Salleh 8 June 2018 at 18:49
Lebai..saya undi PH bukan kerana manifesto, tapi kerana menolak Kezaliman dan penyalahgunaan kuasa lebih 60 tahun umno be end. Tak dapat 100 hari pun tak pe..

===========================

FreeMan 8 June 2018 at 19:15
Terbaik brother! Biar deh 200 hari baik pon. Asalkan penyangak tu jatuh terlingkup! Amin..

===========================

mahligai seni 8 June 2018 at 10:04
KOMEN PERTAMA:
PENYOKONG DAN PEMIMPIN UMNO SAMA SAHAJA PERANGAINYA. NASIHAT SAYA KEPADA PENYOKONG DAN PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN, JANGAN ANDA TERKENA VIRUS JAHAT ITU.

===========================

mahligai seni 8 June 2018 at 10:08
MAAF, INI KOMEN KEDUA....

===========================

Othaman Ahmad 8 June 2018 at 11:33
mahligai seni....

Jotos kepala gn buat peringatan jangan lari tajuk - 'UMNO dah lesu macam dah nak mapos'......!!

===========================

mahligai seni 8 June 2018 at 12:04
Saudara Othaman, saya tidak berapa faham ayat saudara tadi. Mungkin ada ejaan atau ayat silap. Boleh jelaskan...

===========================

Othaman Ahmad 8 June 2018 at 12:08
'Jotos' adalah istilah kata orang2 Spura (terutama Melayu Jawa & Melayu Bawean) untuk 'ketuk kepala'.

===========================

dad 8 June 2018 at 14:33
jotos pakai jari....tu yg tak boleh tahan tu..

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 15:35
Hishammuddin Rais diarah beri keterangan kes hina agong

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial, Hishammuddin Rais yang didakwa memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di blognya, hadir di Balai Polis Sri Petaling di sini bagi memberi keterangan malam ini.

Peguamnya, Zaid Malek, mengesahkan perkara itu.

"Ya betul. Saya akan mengeluarkan kenyataan setelah proses ini selesai," katanya.

Difahamkan, Zaid menemani Hishammuddin ke balai polis itu kira-kira 10.30 malam ini setelah berhubung dengan pihak polis yang menyiasat dakwaan tersebut.

Hari ini, lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan terhadap Hishamuddin yang didakwa memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Sultan Muhammad V di blognya, semalam. 

Hishamuddin didakwa memuat naik artikel itu di blognya www.tukartiub.blogspot.com.

Bagaimanapun, Hishamuddin difahamkan memadamkan kenyataan itu selepas salinan tangkapan skrin mengenainya tersebar di laman sosial.

Sementara itu dalam laporan polis yang dibuat, Hishammuddin menafikan tuduhan berkenaan kerana blog berkenaan telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media Malaysia (SKMM)

Beliau percaya blog berkenaan digodam bertujuan untuk memfitnahnya.

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 16:26
Hina Mahathir ambil tindakan Hina Agong dibiarkan?

Polis sebelum ini menahan seorang lelaki kerana menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi menerusi Facebook berkata suspek ditangkap berikutan laporan polis oleh beberapa NGO yang tidak berpuas hati dengan "penghinaan keterlaluan terhadap Mahathir dan agama Islam".

Suspek turut ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan.

Bagaimana pun Mahathir dikatakan tidak setuju penahan tersebut apabila suara daripada NGO kebebasan bersuara menyatakan ketidakpuasan hati atas tidakan polis yang dilihat bukan serius.

Sementara itu aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Ismath menulis di Twitter menyelar penahanan tersebut.

"Adakah memanggil dengan panggilan diktator dikira jenayah?" katanya.

Penahanan dan laporan polis terhadap mereka yang menghina perdana menteri merupakan perkara biasa semasa pentadbiran BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Kumpulan peguam Lawyers For Liberty (LFL) berkata laporan polis seumpama itu merupakan perkara remeh dan menafikan hak seseorang untuk mengkritik.

3 hari lalu shli Pekida berusia 38 tahun ditahan kerana disyaki membuat ugutan bunuh terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi media sosial, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ketua Polis Negara itu berkata, lelaki itu ditahan di Beverly Heights, Ampang kira-kira pukul 4 pagi, Sabtu.

Tindakan itu susulan laporan polis yang dibuat setiausaha Pekida Selangor selepas posting yang dimuat naik suspek itu tular di media sosial.

Suspek meletakkan status untuk memerangi dan menembak perdana menteri berusia 93 tahun itu.

Itu cerita mengenai Perdana Menteri kita yang baru. 

Semalam Hishamuddin Rais melalui blognya, http://tukartiub.blogspot.com/ telah menghina Sultan Muhammad V, Yang Dipertuan Agong dengan perkataan sangat buruk dan jijik.

Malah Hishamuddin Rais juga turut menyebar spreatsheet perbelajaan sultan yang dikatakan palsu. Sehingga kini pihak polis belum mengambil sebarang tindakan ke atas Hishamuddin Rais.

Tengah malam tadi, pihak kami mendapati Hishamuddin telah memadam posting hina Agong tersebut.

Takut juga mamak pondan ni!

===========================

Cik Minah 8 June 2018 at 10:25
While some foreigners have dumped Malaysian stocks in the last five weeks, a fund manager sees the opportunity to buy in the stock since the fall of BN in the May 9 general election.
David Gaud, the Asia chief investment officer of the US$220 billion (RM800 billion) Pictet Wealth Management, said he is bullish about Malaysia because of higher oil prices, a recovering currency and a quickly narrowing deficit.
The new government bodes well for the country’s politics and economy, he was quoted as saying by Bloomberg.
Gaud is positive about the country's premiership under Dr Mahathir Mohamad.
"Mahathir is lucky," Gaud said. "He is able to implement new policy at a time when the economy is recovering. He’s got a chance to succeed."
Similarly, the French national also remains optimistic about the outlook in Asia. 
“You’ve got the growth that carries on,” Gaud said. “Growth is still very much present in Asia.
"This year is difficult, but it’s positively interesting," he said.
"It’s very challenging, but in the right way, because it’s clearly a year for those who are capable to have clear conviction and are able to implement it. It’s highly rewarding," he added. -Mkini

===========================

Othaman Ahmad 8 June 2018 at 11:44
Next week our beloved Tun Mahathir will be in the spotlight once more & honored to give a talk in Japan regarding tghe future of Asia.

Tun Mahathir has made it clear that - 'Saya pergi ke Jepun setiap tahun untuk bercakap tentang masa depan Asia dalam Persidangan Antarabangsa Tahunan Nikkei.
Saya dan Perdana Menteri Shinzo Abe apabila bertemu kelak akan berbincang untuk mengukuhkan perhubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun. Saya akan bercakap lebih tentang Dasar Pandang Ke Timur dan menarik semula pelaburan Jepun ke Malaysia.

WOW.... prosperity is coming back due to the brilliance and hard work from the One and Only world Class Grand Old Statesman....!!

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 15:38
Tular Kisah Zeti Sendiri Tahu Najib Dapat Dana Saudi

BONGKAR… Awal tahun 2016, Mynewshub ada dedah kisah Istana Arab Saudi mengesahkan dana sebanyak AS$681 juta pernah dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia sebenarnya dilaporkan stesen penyiaran antarabangsa, British Broadcasting Corporation (BBC) yang merujuk sumbangan peribadi itu turut diberikan kepada ramai pemimpin Muslim di pelbagai negara Islam sejak sekian lama.

Isu tersebut turut disahkan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya setelah menilai segala laporan siasatan pihak berkuasa dan berpuas hati dengan hasilnya.

Proses siasatan itu dilakukan sendiri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran tohmahan jahat pihak pembangkang (kini kerajaan Pakatan Harapan – PH) konon Najib ada dana rahsia sebanyak RM2.6 bilion.

Mereka fitnah wang itu hasil penyelewengan daripada syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dijadikan modal oleh PH untuk ‘guling’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Ironi, jika betul duit tersebut bukan daripada kerabat diraja Arab Saudi, tidak mungkin Malaysia menjadi negara pertama dilawati Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada tahun lalu yang tentunya murka nama baginda dieksploitasi!

Lucunya, tiada seorang pun pemimpin PH berani tampil bertanya terus Raja Arab Saudi itu ketika baginda singgah di negara ini tetapi mereka bertindak biadab menjadikan imej pemimpin tersebut sebagai bahan momokan politik.

Begitulah hebat PH putar belit isu itu bagi hasut rakyat benci BN hingga mampu menang PRU dan masih lagi tetap ‘main’ isu 1MDB dikaitkan dengan Najib untuk alih fokus rakyat terhadap kegagalan manifesto 10 janji 100 hari!

Bagaimanapun semalam tular menerusi media sosial tempatan pendedahan laman blog politik tempatan, The Third Force yang bongkar kisah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz turut terlibat sama.

Pendedahan itu turut menarik minat Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam yang persoal pembabitan secara langsung Zeti dalam menasihatkan Najib untuk menyimpan dana itu ke dalam akaun tertentu.

“Berdasarkan maklumat dicatit dalam ‘kertas siasatan terhadap Najib Razak’ yang disiarkan melalui blog The Third Force, Zeti pada waktu itu ada terlibat semasa urusan transaksi bawa masuk wang derma dari Arab Saudi dilakukan.

“Menurut kertas siasatan itu, Zeti diberitahu Najib tentang gift berbentuk derma yang bakal diterimanya daripada Putera Arab Saudi. Bukti dipaparkan jelas menunjukkan Zeti-lah mencadangkan wang dimasukkan ke akaun Najib.

“Berdasarkan perkembangan ini, sudah tentu Zeti selaku Gabenor BNM pada ketika itu tahu identiti penderma,” kata Lokman sambil membangkitkan tiga persoalan apakah agenda sebenar tokoh perbankan tersebut selama ini.

Walhal Zeti seharusnya menjelaskan bahawa transaksi itu tidak boleh disabitkan sebagai kes money laundering atau penggubahan wang haram kerana bekas perdana menteri tersebut mengikuti prosedur sah kemasukan wang asing.

“Kenapa tidak buat kenyataan kepada SPRM berkaitan identiti penderma? Kenapa tidak bantu SPRM dapat rekod transaksi dari Ambank? Kenapa hanya diam diri, seolah-olah tidak tahu menahu perihal perkara itu?” soal Lokman.

Justeru ujar beliau, kini menjadi tanggungjawab Zeti pula menjawab soalan itu memandangkan bukti disiarkan The Third Force tular menerusi media sosial, sekali gus bongkar cerita sebenar yang cuba disorokkan oleh kerajaan PH.

Jika dakwaan laman blog itu sahih, maka jelaslah rakyat Malaysia amat malang kerana berjaya memilih kerajaan baharu akibat diperbodohkan dengan hasutan berita palsu disebarluaskan pihak terbabit. – Mynewshub.cc/HAA

===========================

Kejora Bapuk Bodo 8 June 2018 at 11:45

Dr M: Saya beritahu Zahid bahawa Umno sudah khianati Melayu

8 Jun 2018, 11:32 tengahari (Dikemaskini 8 Jun 2018, 11:34 tengahari)

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengannya untuk mendapatkan nasihat berhubung apa yang berlaku dalam Umno sehingga parti itu ditolak pada pilihan raya umum ke-14.

Zahid, semalam, memuat naik gambarnya bersama Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya tetapi tidak mendedahkan butirannya.

“Dia nak tahu cara macam mana nak uruskan Umno. Jadi saya berterus terang bahawa Umno sudah mengkhianati orang Melayu.

“Saya ingatkan kepadanya, kita tubuh Umno untuk tolong orang Melayu tetapi kini Umno berubah dan mengutamakan kekayaan diri.

“Sebab itu Umno dibenci sekarang ini. Umno nak pulih susah. Dulu dipandang mulia sekarang dipandang jijik,” katanya pada satu wawancara khas bersama Sinar Harian.

Mahathir, adalah presiden Umno keempat dan memegang jawatan itu selama 22 tahun antara 1981 dan 2003.

Zahid adalah pemimpin parti pembangkang ketiga selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin PBB Datuk Seri Abang Johari Abang Openg yang berjumpa dengan Dr Mahathir dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Dr Mahathir ketika ditanya apakah nasihat yang diberikan kepada Zahid berhubung pertemuan itu, hanya berkata; “Saya kata dia fikir sajalah apa yang saya katakan”.

Disoal sama ada Ahmad Zahid ada membayangkan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan, Dr Mahathir hanya ketawa.

“Kita tidak pandang sesiapapun nak masuk Pakatan Harapan terutamanya BERSATU.


“Kalau orang itu orang politik, dia perlu putus hubungan dengan partinya, menjadi bebas dan ikrar sokong kerajaan,” katanya.

===========================

john doe 8 June 2018 at 12:08
Bro KBB, kebarangkalian perbualan Tun M dengan Wak Jahid:-

Tun : Wak ada bawa tak IC saya yang tulis Mahathir a/l Iskandar Kutty

Wak : Itu Tun kena tanya Najib, saya hanya baca skirp. 

Begitulah akibatnya sombong dan bongkak yang melampau.

===========================

Othaman Ahmad 8 June 2018 at 12:32
Bro john doe...

Jahid Komidi, sebelum ini, bukan sekali tapi dah dua kali datang menyembah ke bawah duli Tun Mahathir, namun tak serik2 dan kurang ajar terhadap seorang tua pangkat ayah.

Nukilan anda itu amat tajam sindirannya bagi spesis 'orang Jawa Pornorogol' yg ada PhD tapi cakap tergagap-gagap & cakap omputeh pun entah apa-apa.....!!

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 15:42
Kadir Jasin disiasat di bawah 3 akta

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin disiasat di bawah 3 akta berhubung artikelnya mengenai Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, Kadir disiasat di bawah Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kita akan jalankan siasatan, bila selesai siasatan kita akan hantar kepada Timbalan Pendakwaraya (DPP) untuk arahan dan tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ops Selamat 13 di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia, hari ini.

Dalam artikel di blognya baru-baru ini, Kadir mempersoalkan usaha untuk meyakinkan raja Melayu mengenai status mereka.

Selain daripada itu, Kadir dalam catatan blog peribadi semalam turut mendakwa kira-kira RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Apa yang didedahkan oleh A. Kadir Jasin sama dengan
"spreadsheet excel" yang tersebar yang diragui kesahannya.

Beliau mendakwa secara purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara.

Mengulas lanjut, Fuzi berkata, sehingga kini pihaknya menerima 3 laporan polis dibuat oleh badan bukan kerajaan dan orang awam terhadap Kadir Jasin.

“Di Selangor kertas siasatan telah dibuka, di Kelantan pun ada dan ada lagi satu di Lembah Klang,” katanya.

Menurutnya, siasatan terhadap Kadir Jasin akan diambil alih oleh Bukit Aman.

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 16:28
Hari ini jadi ahli Bersatu, esok terus dicadang pengerusi disiplin parti

Selepas menyertai BERSATU dua hari lalu, bekas menteri Tan Sri Rais Yatim mungkin dilantik sebagai pengerusi lembaga disiplin parti itu.

Menurut sumber dalaman parti itu, jawatan yang dahulunya disandang allayarham Tan Sri sanusi Junid telah ditawarkan kepada Rais.

"Saya difahamkan Rais ditawarkan menjadi pengerusi lembaga disiplin BERSATU. Ini saya boleh sahkan," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Menjelang PRU ke-14, Rais menyertai beberapa tokoh veteran Umno melancarkan kritikan kepada kerajaan BN dan dua hari sebelum hari mengundi berucap di pentas Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pada 4 Jun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penyertaan Rais ke dalam BERSATU dalam satu majlis berbuka puasa di Putrajaya.

Sementara itu, ada juga desas-desus yang mengatakan Rais bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat namun ia belum disahkan.

Rais Yatim Bapa Hipokrit

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Abdul Ghafar pernah menyifatkan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai ‘Bapa Hipokrit’.

Sebaliknya, menurut beliau, Rais ketika menyertai Semangat 46 (S46) dahulu nyata mengkritik kepemimpinan tertinggi Umno khususnya Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Tak ada dalam sejarah saya, orang yang membakar jambatan pertalian dengan Umno, tetapi Rais masa S46 dulu serang kepemimpinan Umno hingga bakar jambatan," katanya.

Tapi dialah yang cium tangan Mahathir kemudian tangan Pak Lah untuk dapatkan jawatan.

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 15:45
Tahniah Pengundi Harapan Petrol RON97 meningkat, lain kekal

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata harga semasa RON97 dinaikan kepada RM2.66 seliter sehingga 13 Jun, 2018. Manakala RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Dengan kenaikan harga ini, Pakatan Harapan bukan sahaja tak mampu melaksakan janji manifesto mereka tetapi menaikan pula harga dan menjadi beban kepada rakyat.

Dengan kenaikan harga petrol akan menyebabkan kos pengangkutan akan meningkat dan harga barang pasti akan naik walaupun GST diturun kepada 0%.

Malu Pakatan Harapan kepada Najib, dulu beriya-iya menyerang Najib sekarang diri sendiri tak mampu nak lawan bapa "kleptokrasi".

===========================

john doe 8 June 2018 at 12:05
Saya telah beberapa kali mengatakan perkara ini dan izinkan saya untuk mengatakannya sekali lagi. 

UmNo sudah nazak dan menanti maut. Ia tak mampu diselamatkan lagi. 

Sekiranya UmNo mendapat sumbangan baru berbilion sekalipun UmNo takkan mampu kembali memerintah negara dengan mandat. 

UmNo akan cuba berkuasa semula melalui pintu belakang, dan apabila ia perolehi semula kuasa itu (period integrum tanpa mandat yang sah) ia adalah tanda bahawa tidak lama selepas itu UmNo akan benar-benar ditalkinkan. 

Apabila datang kebenaran maka yang bathil itu akan lenyap dan apabila yang bathil itu lenyap ia tak akan mampu kembali semula. 

Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

===========================

Othaman Ahmad 8 June 2018 at 12:15
Bro jihn doe,

UMNO is exactly a Lost Cause.....!! So does MCA & MIC.

These 'Three Mosquitos' (UMNO, MCA & MIC) are dying entities beyond any salvation due to the fact that.....

UMNO - Unruly Mohd Najib Organization.
MCA - Makes Chinese Angry.
MIC - Makes Indian Crazy.

Almost totally rejected by the rakyat....!!

===========================

Othaman Ahmad 8 June 2018 at 12:34
Meaning of 'Lost Cause':
A person or thing that can no longer hope to succeed or be changed for the better.

===========================

Ramly Ahmad 8 June 2018 at 12:35
Bro..maka umno jdlh ia dlm lipatan sejarah kan..tiadalh kami merasa riang selain meraikannya ketika dkuburkan.. apmcm..

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 15:47
Pelantikan Tommy: Islamis Pribumi atau evangelis DAP, siapa bertenaga?
Abbas Mohd Noor 1 day ago # Analisis Isu, Helen Ang, 

Sepertimana yang dimaklumi, peguam Kristian Tommy Thomas diperkenan sebagai Peguam Negara Malaysia baru-baru ini. Adakah beliau pilihan DAP ataupun pilihan parti Pribumi?

Cuba kita tinjau dari segi pengaruh politik di belakang tabir. Dalam gabungan parti pemerintah Pakatan Harapan, DAP paling kuat tetapi Pribumi yang nampak saja berkuasa.

Jadi parti mana yang telah memilih Thomas sebenarnya?

BAWAH: Islamis Pribumi dan evangelis DAP … siapa bertenaga?

Majoriti MP Harapan tidak beragama Islam

Pada pandangan umum, DAP didominasi Kristian.

Mengikut kajian keputusan pilihanraya umum ke-14 oleh Zaaba Institute for Leadership (ZIL), di kalangan Ahli Parlimen Harapan ada 66 orang MP bukan Islam yang terdiri wakil DAP beserta sebahagian wakil PKR berbanding 58 orang MP Muslim yang terdiri wakil Pribumi, PAN dan PKR.

Di kalangan Ahli Parlimen pembangkang, majoriti MP daripada BN adalah penganut Islam kerana BN berteraskan Umno yang wakilnya berbangsa Melayu (yang semestinya Islam) bersama 18 orang wakil parti Islam PAS.

Manakala parti-parti komponen BN di semenanjung yang berasaskan kaum mempunyai tiga orang MP, iaitu wakil MCA Buddhist (1) dan wakil MIC Hindu (2).

Fakta yang diketahui umum ialah hakikat bahawa saf kepimpinan tertinggi DAP amat ramai Kristian.

BAWAH: Pengundi Malaysia PRU14 mengikut pecahan etnik

Sumber: ZIL

FAKTA MENARIK Jadual di atas – yang disediakan oleh Zaaba Institute for Leadership – menunjukkan pengundi Cina ialah majoriti (54%) di Pulau Pinang, ‘pluraliti’ iaitu majoriti relatif (47.5%) di Wilayah Persekutuan dan melebihi 30 peratus di Johor (38%), Perak (35.5%), Selangor (33%), Melaka (31%) dan Sarawak (31%).

BAWAH: Kuasa politik DAP lawan kuasa politik Pribumi

Sumber: ZIL

Prestasi DAP yang cemerlang, Pribumi yang hambar

Kajian Zaaba Institute for Leadership (ZIL) mendapati success rate DAP di peringkat negeri adalah 96 peratus. Lihat jadual atas – DAP bertanding 102 kerusi Dewan Undangan Negeri dan menang 98. Bagus sekali!

Sementara itu, success rate Pribumi sekadar 21.6 peratus. Parti yang diterajui Tun Mahathir itu bertanding 102 kerusi DUN dan hanya menang 22.

Nota: Angka yang dipetik tidak merangkumi Adun Sarawak kerana pilihanraya negeri Sarawak telah dijalankan berasingan dan lebih awal pada tahun 2016.

Jadual di atas oleh think tank ZIL menunjukkan DAP menyapu bersih kerusi DUN yang ditandinginya di Pulau Pinang (19), Perak (18), Selangor (14), Negeri Sembilan (11) dan Melaka (8). Negeri-negeri yang tersenarai ini mempunyai jumlah pengundi Cina yang menonjol.

Di tempat-tempat lain pula, DAP hanya kalah sebuah kerusi setiap negeri:

Pahang — tanding lapan / menang tujuh
Johor — 14 / 13
Sabah — 7 / 6

Sebagai perbandingan, jelas sekali prestasi Pribumi kurang menyerlah:

Pahang — tanding sembilan kerusi DUN / menang kosong
Johor — 17 / 8
P. Pinang — 3 / 2
Perak — 15 / 1
Selangor — 7 / 4
Negeri Sembilan — 4 / 0
Melaka — 6 / 2

Sumber: ZIL

DAP sebenarnya tidak diberi apa-apa tambahan kerusi DUN untuk bertanding. DAP kekal bersaing 102 kerusi dalam kedua-dua pilihanraya tahun 2013 dan 2018 (rujuk atas) – tetapi parti tersebut masih mampu meningkatkan lagi prestasinya dalam ruang sempit PRU14 dengan memenangi lebih tiga kerusi.

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 15:49
Pribumi sebaliknya diberi banyak kerusi untuk bertanding. Calon Pribumi yang berjaya hanya segelintir, namun parti Mahathir mahu juga membolot jawatan-jawatan menteri besar.

Contohnya, Pribumi mempunyai seorang (1) Adun saja di Perak berbanding DAP yang mempunyai 18 Adun. Meskipun demikian, ianya si Yang Berhormat Pribumi yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Begitu juga Pribumi mempunyai 8 orang Adun di Johor berbanding DAP mempunyai 13 Adun. Jawatan Menteri Besar Johor diambil YB Pribumi.

BAWAH: Kisah 10 tahun lepas – Yang Berhormat PAS selaku Menteri Besar Perak pada 2008 sungguhpun DAP merupakan parti Pakatan Rakyat yang terbesar di negeri itu 

Cerita wayang gelap mainan DAP
Orangramai pasti curiga kenapa DAP yang begitu kuat boleh sanggup memberi laluan kepada Pribumi untuk membolot kuasa.

Di samping kedudukan Pribumi sebagai menteri besar di Kedah, Perak dan Johor (berbanding DAP berkedudukan ketua menteri satu-satunya di Pulau Pinang), lain-lain kementerian mustahak di pusat juga diserah kepada Pribumi.

DAP meredhai keadaan berat sebelah ini.

Selain jawatan utama perdana menteri “top dog” Mahathir, Pribumi yang mempunyai 12 orang MP semuanya memegang portfolio Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

DAP yang mempunyai 42 orang MP memegang portfolio Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Sumber Manusia.

Mengapa agaknya DAP tidak membantah peranan penting yang diberi kepada Pribumi walhal jumlah Ahli Parlimen DAP adalah 3.5 kali ganda jumlah MP Pribumi? Jawapannya: Belum tiba masa untuk DAP tunjuk taring.

DAP bersandiwara dengan membiar Pribumi bergaya di pentas buat sementara waktu agar pengundi Melayu tidak takut.

Dalam pada itu, terdapat satu lagi jenis sandiwara yang dimain DAP.

Tidak mungkin dipertikai oleh barang sesiapa kebenaran hakiki bahawa DAP sebuah parti yang dijanakuasa daya pengundi Cina.

Malah kajian ZIL menganggar Pakatan Harapan telah memperolehi 93 peratus sokongan pengundi Cina. Bagi pihak BN pula, sokongan Cina kali ini menjunam ke tahap rock bottom 2.4 peratus.

Nyata DAP berjaya mencuci otak masyarakat Cina dengan begitu menyeluruh sekali.

BAWAH: Melainkan Wan Azizah, Azmin Ali, Mat Sabu dan Maria Chin, kebanyakan MP yang meraih majoriti tertinggi PRU14 adalah beragama Kristian

Sumber: ZIL

Harapan mengetengahkan calon bukan Buddhist bukan Hindu
Berbalik kepada pelantikan peguam Kristian Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Adakah beliau secocok dengan fahaman liberal DAP ataupun lebih sealiran dengan falsafah Pribumi?

Menurut satu olahan oleh CEO Iksim, Mahamad Naser Disa, Thomas pernah menyebut bagaimana keputusan Mahkamah-Mahkamah Tinggi / Rayuan / Persekutuan yang akur kepada Mahkamah Syariah ketika membabitkan konflik bidang kuasa “adalah merupakan satu keputusan yang salah”.

Juga ditimbulkan isu Thomas tidak bersetuju dengan cara pemikiran hakim dalam kes penggunaan kalimah Allah.

Latar belakang Tommy Thomas kelihatan mesra DAP.

Beliau pernah bertindak sebagai peguam bagi kerajaan Pulau Pinang pada 2014 dalam kes Mahkamah Persekutuan dan sebagai peguam peribadi Lim Guan Eng berkaitan perkara tuanpunya banglo yang mashyur tersebut kononnya menghina mahkamah (tuduhan tidak sampai dibicara). 

Individu-individu pro Harapan berketurunan India (yang beragama Hindu) dan orang Cina pro DAP (yang Buddhist) tidak mempunyai pengaruh dalam hieraki tertinggi parti.

DAP rata-rata dipengaruhi Kristian.

Papa-Mama Dapster kerap mendakwa bahawa para anggota DAP “bukan Cina, bukan India, bukan Melayu tetapi semua bangsa Malaysia”.

Betul tu. Memang DAP yang berwajah Cina itu tidak berjiwa Cina. DAP sebenarnya berjiwa Kristian.

Yang dilantik sebagai peguam negara ialah seorang anak bangsa Malaysia dari kaum Kristian.

===========================

Ramly Ahmad 8 June 2018 at 12:15
Seperti TM cakap..umno udah khianati melayu..
Puak melayu umno berkepenting diri..kuat mentekedarah duit harta..bergulimang dgn rasuah..hingga nak bangkit selepas tertonggeng pun x larat dah..ya patutlh bang Shah parti yg sedang menebas laluannya sendiri untuk menuju ketanah perkuburan..maka kita sahut..biarkan!..biarkan!..biarkan!!

===========================

Othaman Ahmad 8 June 2018 at 12:38
UMNO kini dan selamanya dah MATI PUCUK....!!

Mati dalam Keaiban yg tak perlu dimandikan, dikapankan, dijenazahkan & di talqinkan.

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 15:53
Pabila kaduk naik junjung

Selepas PH mencapai kejayaan PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan, kedengaran suara-suara sumbang dan desakan demi desakan daripada golongan minoriti atau ultra kiasu yang sangat menyakitkan hati. Ia sama sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mahukan keadilan. Ya..semua mahukan keadilan. Tidak berkecuali. Tetapi keadilan bukan fair and square, sama rata dan sama rasa atau seorang sebiji. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, atau memberikan hak kepada yang berhak. Jika tidak faham lagi, mari berjumpa saya.

Inilah akibat apabila kaduk sudah naik junjung. Mereka terlebih perasan bahawa kejayaan PH PRU14 adalah kerana undi mereka. Maka masa inilah mereka mahu menuntut segala yang selama ini terbuku di hati.

Saya semakin lemas apabila Hindraf mula mendesak supaya diwujudkan tanah rancangan seperti Felda untuk orang India, membuka Universiti (UiTM) untuk orang India dan lain-lain lagi. Sedar diri sedikit Hindraf. Jika tidak faham erti syukur mari saya ajarkan. Tanah rancangan Felda memang ada orang India yang susah. Pergilah banci tengok.

Saya sudah cukup masak dengan strategi ultra kiasu, mereka akan desak dan tuntut seekstrem-ekstremnya. Mereka tahu ia tidak masuk akal, rakyat (pribumi) akan marah memberontak. Namun, mereka tahu kerajaan sentiasa mendengar. Mereka tahu kerajaan tidak akan memenuhi sepenuhnya tuntutan ekstrem itu. Tetapi mereka amat yakin kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kejayaan terbesar mereka. Itulah strategi ultra kiasu yang sebenar sejak dahulu saya perkatakan. Apakah kita buta dengan permainan licik ini?

Tidak cukup lagikah dengan Universiti India yang sedia ada seperti AIMST di Merbok kepunyaan orang India (MIC). Begitu juga universiti kepunyaan orang Cina seperti KUTAR (MCA), UTAR (MCA), Universti Terbuka Wawasan (Gerakan), Kolej Universiti New Era dan lain-lain universiti swasta berasaskan etnik. Tidak ada negara di dunia ini yang memberikan kemudahan sebesar ini. Nak buat macam mana. Malaysia boleh!

Tidak ketinggalan, begitu juga dengan kuil Hindu yang berselerak hampir 300,00 buah di seluruh negara, 10 kali ganda surau dan masjid. Ini belum campur rumah ibarat lain yang menghampiri 500,000 semuanya. Masih tidak cukup lagi kah? Itu pun masih kedengaran, janji Ketua Menteri Sabah yang baharu berkata, lebih banyak gereja akan dibina di Sabah. Saya pergi ke Sabah, saya jumpa setiap satu kilometer akan ada gereja. Masih tidak cukup? Apa sebenarnya yang berlaku?

Saya menjadi semakin keliru. Baik sungguh orang Islam (Melayu), mereka tidak akan bina surau atau masjid jika tidak ada penghuni. Ini tidak, kadangkala kita lihat penghuninya boleh dikatakan tiada, tetapi rumah ibarat berselerak. Lebih lucu lagi, jalan yang lurus terpaksa dibengkokkan kerana memberi laluan kepada kuil. Apakah semua ini?

Apabila surau atau masjid menghalang pembangunan atau jalan raya, mudah sahaja dirobohkan. Tetapi apabila kena kepada bukan Islam, tidak boleh dirobohkan atas nama hak asasi manusia. Jika dirobohkan juga, maka berkokoklah ultra kiasu ini memberitahu dunia, betapa zalimnya Malaysia kerana tidak menghormati hak asasi manusia. Hak asasi apa ni? Hak asasi tahi kucing?

Bertindaklah mengikut landasan apa yang betul, apa yang salah berteraskan keadilan, bukan siapa yang betul, siapa yang salah? Inilah budaya politik kita yang masih belum matang. Nak maju macam mana?

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 15:55
Sebab itu, saya teruja dengan kenyataan Presiden PAS dalam wawancara bersama Astro Awani, yang memuji tindakan parti DAP yang matang apabila tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam selepas PRU14 baru-baru ini. Ini suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen Pakatan Harapan itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya.

Beliau juga menyatakan, tidak ada masalah untuk PAS bekerjasama dengan DAP sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya. Katanya, PAS menerima semua dan mengamalkan prinsip taawun, iaitu kerjasama ke arah kebaikan dan tidak bekerjasama dalam perkara yang tidak baik. Ini baharu betul matang.

Saya juga berharap ucapan Naib Presiden Pas, Mohd Amar, diambil di luar konteks yang mengatakan, biar PH tanggung hutang UMNO sekarang ini, bila dah bersih semuanya nanti, 5 tahun datang, barulah mudah untuk PAS mengambilalih. Jika benar, ia amat menyedihkan, seolah-olah memperlihatkan kita tidak mahu mengambil tanggungjawab.

Ketika PAS mengambilalih Kelantan suatu ketika dahulu dan kini Terengganu daripada BN (UMNO), adalah PAS akan berkata, masalah atau hutang yang dicipta oleh BN dahulu kita biarkan sahaja. Tidak perlu bayar hutang tersebut kerana bukan kita punya. Ternyata PAS tidak berkata sedemikian. Inilah integriti namanya. Saya tabik PAS.

Kita perlu mengambil tanggungjawab apabila kerajaan berubah terajunya. Hutang tetapi hutang, menjadi tangungjawab kita untuk melangsaikannya, tidak kiranya siapa yang memulakan hutang tersebut. Dengan sebab itu, saya tabik kerajaan yang diterajui oleh PH mengambil pelbagai inisiatif untuk melangsaikan hutang sebelum ini (BN).

Tetapi biarlah telus, bukan tujuan untuk membalas dendam. Beritahu keadaan sebenarnya. Benarkah hutang kerajaan terajui BN dahulu melebihi satu trilion? Bentuk hutang yang bagaimana sehingga melebihi satu trilion. Berterus terang. Ini kerana rakyat sudah pandai menilai.

Saya fikir dalam menjayakan Persekutuan Malaysia, susah senang hari ini kita kena harungi bersama. Negeri-negeri di bawah persekutuan yang miskin perlu dibantu. Kemiskinan tidak oleh dibiarkan hanya kerana berbeza ideologi politik. Begitu juga perbezaan agama dan bangsa. Ia mesti dibenteras hingga ke akar umbi. Jika Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa miskin, perlu bantukan bantuan. Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk bantu.

Sama halnya dengan Kelantan dan Terengganu. Jika kedua negeri di bawah persekutuan ini layak mendapat royalti minyak, berikan. Jangan hukum rakyat Kelantan dan Terengganu, hanya kerana mereka memilih PAS menerajui kerajaan. Rakyat tidak bersalah. PAS pun tidak bersalah. Mereka bergerak dalam ruang lingkup demokrasi. Rakyat telah memilih atas prinsip demokrasi. Maka hormati pilihan itu. Jangan hukum mereka kerana memilih parti yang berlainan dengan kerajaan pusat. Hormati sistem demokrasi berasaskan pilihan raya dalam menentukan kerajaan yang kita pilih.

Jika tidak, beralih kepada sistem lain. Islam boleh menjadi alternatif, jika bukan sistem komunis menjadi pilihan.

Bertindaklah mengikut apa yang betul, apa yang salah, bukan melihat siapa betul, siapa salah? Apa yang betul? Pertama, mereka yang telah terpilih menjadi pemimpin, menteri atau exco, saudara semua bergelar negarawan. Negarawan tidak boleh lagi melihat kepada parti atau ahli parti sahaja.

Tetapi melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan. Jika tidak, rakyat akan menghukum kamu pada masa akan datang.

===========================

Unknown 8 June 2018 at 14:37
LEBAIMODERN
KOMEN TERBAIK DARIPADA PAK LEBAI YANG TAK ADA AKAI - HIDUP ASYIK MAKAN PETAI - KEPALA PUN TAK BOLEH PAKAI-KENCING BERAK BAU PETAI - MINYAK NAIK SIMPANLAH MOTOR TONGGANGLAH BASIKAL - MINYAK TURUN BORONGLAH SETANGKI TERUS SPARE SEBAB NAK PAKAI - INILAH OTAK LEBAI LEBAI TAK BOLEH PIKIAQ ASYIK NAK TIBAI - KENA PERLI MUKA MACAM KENA AYAQ CABAI

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 15:57
Kedua, rakyat pula hendaklah sedaya upaya membantu kerajaan meringankan beban yang ditanggung. Jika kerajaan hari ini dikatakan dibebankan dengan hutang. Bantu bersama. Jika bukan dengan bantuan kewangan kerana tidak mampu, kita boleh membantu dengan cara seperti bekerja keras dan bekerja penuh integriti. Elakkan terlibat dengan salah laku, rasuah, korupsi, kroni dan sebagainya. Menjadi mata dan telinga kerajaan. Beri kritikan-kritikan yang membina. Tidak kira datang daripada siapa? Pepatah Cina ada berkata, nak tahu kelemahan tanya musuh, nak tahu kebaikan tanya rakan. Tetapi bukan rakan yang membodek gila-gila kerana nakkan habuan.

Masalahnya sekarang kita tidak berani menegur kerana takut hilang kepentingan dan jawatan. Saya teruja apabila BN gagal menerajui kerajaan selepas PRU 14, terdengar suara-suara sumbang menteri sebelumnya seperti Khairy Jamaludin yang berkata, sebenarnya, sudah lama beliau mahu menegur bekas PM, Najib Razak mengenai masalah 1MDB dan isterinya, Rosmah ketika berkuasa.

Masalahnya, kenapa tidak tegur ketika itu? Kerana takut hilang kuasa kan? Takut dipecatkan? Jika kamu ketika itu sebagai menteri tidak berani menegur, masakan siapalah aku selaku kakitangan atau civil servant cabok mampu untuk menegur? Setiap kali kami tegur, akan datanglah surat tunjuk sebab dan tindakan disiplin. Begitulah kuatnya budaya membodek menteri yang berlaku dahulu. Saya harap ia tidak berlaku lagi masa kini.

Sudahlah Khairy, saya kenal siapa kamu? Dahulu saya pernah mengkritik kamu ketika kamu berkuasa, kamu mempersoalkan aku dengan berkata siapa aku? Sehingga aku dikenakan tindakan disiplin. Tidakkah sebaik-baiknya kamu panggil aku untuk dapatkan penjelasan. Tetapi kamu gunakan kuasa kamu sewenang-wenang. Aku terkapai-kapai berhadapan dengan tindakan disiplin.

Sekarang, siapa kamu? Siapa aku? Sudahlah. Apapun, aku masih menghormati kamu, selagi kamu sedar akan kesilapan kamu. Maaf, saya masih menggunakan perkataan siapa?

Sebelum ini, kamu juga berkata, jika nak hapuskan sekolah vernakular, maka sekolah agama mesti juga dihapuskan. Begitu juga pandangan kamu tentang Dasar Ekonomi Baharu dan Hak-hak istimewa orang Melayu. Kamu tidak percaya, betapa orang Melayu masih perlukan tongkat, sebab kamu lahir sahaja sudah bertongkat. Pergilah ke ceruk kampung dan desa, lihat betapa daifnya mereka. Pada semua tongkat perlu dibuang, kembali kepada fair and square. Disinilah salahnya kamu dalam menilai maksud adil.

Saya tegaskan di sini, adil bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberikan hak kepada yang berhak atau bahasa lain, diskriminasi perlindungan itu juga adil. Jika Melayu masih perlu hak istimewa, berikan selagi mana tidak disalahgunakan. Bukan hapuskannya, kerana ia termaktub dalam perlembagaan Perkara 153. Itu bukan bermakna bangsa lain, yang tidak disebutkan dalam perlembagaan berkaitan hak istimewanya tidak perlu dibantu. Bantulah kerana Islam adalah agama yang adil. Tetapi dengan berkata, hapuskan hak istimewa itu, maka tidak adil namanya.

===========================

Mon_ami 8 June 2018 at 14:49
Kesian Lebai Modern..tak habis-habis meroyan tuduh parti Amanah jadi pasu bunga dalam kerajaan padahal kenaikan harga minyak tu RON97 yg tak banyak kereta guna. Mereka yang berpendapatan tinggi tiada masalah nak guna minyak tu walaupun harga naik sekalipun. Yang penting harga RON95 kekal. Yang ni tak mau pulak puji kerajaan PH? Takpe lebai modern, teruskan meroyan sampai puas sebab nak ubati hati yang luka akibat parti aok kalah teruk kecuali di Kelantan dan Terengganu. Kita tengok nanti kalau kedua-dua negeri ni masih di takuk lama lagi selepas 5 tahun..terbukti aok macam ayam jantan. Kokok berdegar-degar, ekor bergelumang taik!

===========================

lebaimodern 8 June 2018 at 15:57
Diskriminasi perlindungan dipraktikkan di merata tempat, bukan hanya di Malaysia. Lihat contoh di India. Moga Hindraf buka mata.

Perkara 46 Perlembagaan India menghendaki kerajaan memberikan perlindungan yang istimewa untuk kepentingan pelajaran dan ekonomi sesuatu kumpulan yang mundur (India). Contohnya, keutamaan dalam lantikan dalam perkhidmatan tertentu seperti keretapi, pos, kastam dan perkhidmatan telegraf. Diskriminasi perlindungan itu dibuat bagi tujuan; Pertama, ia dilakukan bagi membetulkan semula ketidak seimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat majmuk dan baharu merdeka. Kedua,diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami majoriti. Ketiga, Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya. Keempat, disebabkan oleh kompromi di antara kaum atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal.

Cuba bandingkan dengan situasi di Malaysia? Masih tidak faham? Adakah ini bukan adil namanya. Ironinya, kenapa Hindraf tidak nampak semua ini. Malah tidak mengaku pula apabila berita menjadi viral. Buka mata buka minda, mari kita menuju Malaysia baharu, dengan azam baharu. Jika masih berlaku ketidakadilan, itu bukan salah sistem atau perlembagaan, tetapi salahnya adalah manusia yang rakus, bernafsu besar dan jauh daripada sifat menjadi negarawan.

===========================

Ahmad Hashim 8 June 2018 at 16:23
Kementerian Kewangan, kembalikan bonus hari raya penjawat awam RM 500 segera!

===========================

Bulat Ken 8 June 2018 at 16:32
Bila lebai keluar, GN hilang. Bila GN muncul, lebai senyap. Beruk yg sama kot?

===========================

Ramly Ahmad 8 June 2018 at 17:55
Itu yg dikata saka hantu puaka jelmaan..kejap seko ada..jap lg seko x ada..jap lg semua ada..itu pertanda tuan dorang nak bg daging panggang buka puasa nnti petang..hahahahantupuaka..

===========================

Bulat Ken 8 June 2018 at 18:41
Hampeh la bro. Buat aku gelak aje. Hahahahahawau...

===========================

Tanah Melayu Dulu 8 June 2018 at 18:21
Kepimpinan umno mnkin sudah hilang semangat utk bergerak lagi kerana sdh mengetahui hayat umno sdh tggl nyawa2 ikan. Msg2 tentu terkejut beruk dgn kekalahan yg tdk disangka2 dlm pru14 lps dn masing sdg cuba nk menyelamatkan diri dr kapal yg sedang nk karam dgn cuba mncari dahan utk berpaut atau menaiki kapal baru yg tengah belayar gagah di tgh samudera.
Tanpa kuasa umno bkn apa2 pun. selama ni hanya berpaut pd kuasa utk mendapatkan pengaruh dn sokongan org Melayu. Tanpa kuasa juga ia bukanlah parti keramat melayu sprti yg mereka bangga2kan tu..tak haprak pun melayu tanpa umno di puncak kuasa!!!

ref:
Shahbudin dot com: UMNO SUDAH MULA LESU.....

Australia hantar pulang Sirul dalam masa sebulan

Pihak berkuasa Australia telah meluluskan permintaan dari Putrajaya untuk mengekstradisi bekas anggota polis Sirul Azhar Umar kembali ke Malaysia, lapor Guardian.

Kerajaan Malaysia baru-baru ini menghubungi pihak berkuasa Australia memohon agar Sirul dibawa balik ke Malaysia, laporan tersebut memetik sumber di Putrajaya.

Rancangan itu diberi lampu hijau selepas Malaysia bersetuju untuk menampung kosnya, menurut sumber itu.

Pihak berkuasa Malaysia memberi jaminan kepada rakan sejawatannya di Australia bahawa Sirul akan menerima pengadilan yang saksama apabila kembali.

Malaysiakini sedang cuba mengesahkan berita ini dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dipercayai Sirul, akan meninggalkan Australia dalam tempoh sebulan. Sirul telah disabitkan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dari Mongolia.

Keputusan untuk kembali ke Malaysia menunjukkan kemungkinan kerajaan Malaysia mempertimbangkan untuk membuka semula kes Altantuya.

Pada tahun 2015, Sirul dan rakannya Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati atas pembunuhan Altantuya pada tahun 2006.

Kedua-duanya ialah pengawal Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjawat timbalan perdana menteri.

Azilah kini sedang menunggu hukuman mati di penjara, tetapi Sirul melarikan diri ke Australia tiga tahun lalu untuk melepaskan diri daripada hukuman mati.

Kerajaan BN sebelum ini tidak memohon perintah ekstradisi terhadapnya, memetik undang-undang Australia yang tidak mengiktiraf hukuman mati.

Tuntutan membuka semula kes Altantuya muncul selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14.

Pada 19 Mei lalu, Sirul memberitahu Malaysiakini dia bersedia pulang ke rumah untuk membantu kes itu jika dirinya menerima pengampunan penuh.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Sirul dibawa balik ke Malaysia. Beliau juga menyeru diadakan perbicaraan baru "yang jelas telus". -malaysiakini at 6/08/2018 01:01:00 PTG

ref:
KERENGGA: Australia hantar pulang Sirul dalam masa sebulan

Friday, June 8, 2018
Jho Low akan jadi saksi 1MDB, Najib tertekan?
Posted By: Pentadbiron: June 08, 2018 Print Email

Nampaknya Low Taek Jho bersedia membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan mereka terhadap penyaluran RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak.
Beberapa jam selepas SPRM mengeluarkan notis bantuan mencari Jho Low dalam siasatan mereka, sumber memberitahu The Malaysian Insight yang peguamnya menghantar e-mel kepada suruhanjaya itu bagi menunjukkan ahli perniagaan berkenaan bersedia bekerjasama dan membantu siasatan.

Tidak jelas sama ada ini bermakna Jho Low akan kembali ke Malaysia atau bertemu dengan penyiasat SPRM di negara luar bidang kuasa.

Namun, kesanggupannya untuk mula bercakap akan menimbulkan ketidakselesaan kepada bekas perdana menteri dan isterinya, Rosmah Mansor.

Kedua-duanya sedang disiasat berhubung pemindahan dana daripada SRC International.

Walaupun SPRM dikatakan sudah mempunyai kes yang kukuh terhadap Najib, keterangan Jho Low pastinya akan menutup kelemahan yang terdapat dalam dalam kes pendakwaan.

Sepanjang tempoh Najib menjadi perdana menteri Malaysia, Jho Low menikmati perlindungan daripada sebarang tindakan penguatkuasaan di negara ini.

Segala kelebihan itu berakhir pada 9 Mei apabila rakan, pelindung dan tempatnya mengadu hilang kuasa.

Semasa Najib menjadi perdana menteri dan semua yang berkuasa di Malaysia, agensi kerajaan tidak mempunyai kesungguhan memburu ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu.

Kertas siasatan berhubung peranannya dalam skandal 1MDB dibuka dan satu kenyataan diambil tetapi tiada pemburuan global dijalankan terhadap Jho Low.

Tiada permintaan untuknya kembali ke tanah air dan membantu siasatan penyelewengan dana daripada entiti milik negara itu.

Malah, apabila Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan kepada dunia mengenai peranan Jho Low, Reza Aziz dan MOF1 dalam penyaluran berbilion ringgit daripada 1MDB, pentadbiran Najib tidak bertindak langsung. Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, June 08, 2018

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: JHO LOW AKAN JADI SAKSI 1MDB, NAJIB TERTEKAN?

Friday, June 8, 2018
Hishamuddin, berakhirnya dinasti Umno
Posted By: Pentadbiron: June 08, 2018 Print Email
Salah satu dinasti politik Malaysia tertua di Malaysia mungkin berakhir hari ini apabila Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein dijangka mengumumkan keputusan tidak bertanding dalam pemilihan parti hujung bulan ini.

Sumber berkata, Hishammuddin keberatan untuk terus memegang jawatan kanan dalam parti ayah dan datuknya itu selepas prestasi buruk parti dalam PRU14.

Bekas menteri pertahanan itu dijangka mengumumkan keputusan itu selepas pertemuan dengan akar umbi di Johor hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, beliau memberitahu beberapa pemimpin hasratnya untuk hanya jadi ahli Parlimen. Pada PRU14, Hishammuddin, 57, mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong yang disandang sejak 2004 mengalahkan calon PKR, Onn Abu Bakar dengan kelebihan 6,662 undi.

Sekiranya beliau mengikut kata hatinya dan mengesahkan keputusan tidak bertanding jawatan timbalan presiden, ini akan jadi kali pertama dalam masa beberapa dekad, Umno tidak dipimpin oleh salah satu keluarga bangsawannya.

Pada masa lalu, sekurang-kurangnya seorang dalam barisan kepimpinannya datang dari keluarga Razak atau Hussein.

Hishammuddin ialah anak bekas presiden Umno dan perdana menteri Hussein Onn, yang juga anak kepada presiden pertama dan pengasas Umno, Onn Jaafar.

Hishammuddin menjalankan tugas timbalan presiden selepas Ahmad Zahid Hamidi memangku tugas presiden apabila Najib Razak letak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan Umno dalam PRU14.

Parti itu hanya menang 54 kerusi parlimen berbanding 88 kerusi dalam PRU13. Barisan Nasional yang diterajui parti itu gagal meraih cukup kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Kekalahan bersejarah itu memberi satu tamparan kepada parti berumur 72 tahun itu dan memaksanya bermuhasabah. Ia juga mencetuskan perbahasan dalam kalangan ahli-ahlinya yang bertanya apakah barisan pimpinan sedia ada mempunyai karisma dan idea untuk memulihkan parti.

Ini menjadikan pemilihan parti hujung bulan ini dijangka sengit apabila ahli-ahlinya, daripada bekas menteri sampailah kepada ahli biasa, mencuba nasib menawarkan diri membetulkan Umno.

Beberapa pemimpin secara terbuka menyatakan sokongan menyokong gandingan Zahid-Hishammuddin untuk dua jawatan tertinggi, manakala beberapa pemimpin juga sudah mengemukakan pencalonan.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan sudah mengemukakan pencalonan bertanding kerusi timbalan presiden, sementara ada juga usaha memujuk dua pemimpin dari Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Mustapa Mohamed bertanding dua jawatan tertinggi.  Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, June 08, 2018

ref:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: HISHAMUDDIN, BERAKHIRNYA DINASTI UMNO

FRIDAY, JUNE 08, 2018
Siasatan AKSB tidak perlu libatkan SPRM

KOTA BHARU – Jabatan Audit Negara adalah badan yang sepatutnya menyiasat kes melibatkan dakwaan wujudnya ketirisan dalam Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyiasat perkara tersebut memandangkan ia tidak melibatkan salah laku rasuah dan sebagainya.

“Katanya (AKSB) berlaku ketirisan. Isu ketirisan patut Jabatan Audit siasat. SPRM boleh siasat kalau berkaitan rasuah, kalau ketirisan hanya audit sahaja.  

“Kita sendiri ada melakukan audit dan Jabatan Audit Negara akan tegur jika ada masalah. Tidak perlulah SPRM siasat, sebab ia masalah pengurusan, bukan berkaitan dengan rasuah,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Pemuda Bersatu negeri yang sebelum ini meminta SPRM membuat siasatan terhadap AKSB kerana didakwa wujud ketirisan dalam badan itu.~ sinarharian Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 12:00 pm

ref:
al- Husseyn: Siasatan AKSB tidak perlu libatkan SPRM

Menjelang Hari Raya, Tuan Ibrahim digesa selesai pampasan 15 kakitangan Harakah yang dipecat
MALAYSIA DATELINE

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man digesa untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan baharu bagi berunding soal pampasan penamatan perkhidmatan 15 kakitangan Harakah yang dipecat.

Dalam satu kenyataan yang diterima Malaysia Dateline hari ini, dimaklumkan Jawatankuasa Perundingan sedia ada, telah gagal untuk mengadakan proses rundingan sejak ia bermula pada 22 Februari lalu.

“Kami juga mendesak supaya ahli-ahli JK Perundingan yang bakal ditubuhkan tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Galeri Media Serbanika(GMS) ataupun mempunyai kaitan dengan cadangan penstrukturan semula Harakah.

“Adalah jelas dua faktor tersebut akan menjadi percanggahan kepentingan (conflict of interest) yang menghalang kejayaan rundingan untuk dicapai dalam masa yang singkat.

“Sebagai satu pilihan lain pula Timbalan Presiden juga boleh mengarahkan JK Perundingan sedia ada untuk mengeluarkan cadangan balas terhadap cadangan kami yang telah kami ajukan dalam siri rundingan sebelum ini dan dimaklumkan kepada kami sebelum 29 Mei 2018.

“Tetapi mana-mana ahli JK Perundingan yang mempunyai hubungan dengan GMS ataupun cadangan penstrukturan semula Harakah hendaklah meletakkan jawatan daripada menganggotai JK tersebut serta merta,’ ujar kenyataan itu.

Kakitangan yang terlibat juga mahukan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang terlibat dengan GMS ataupun cadangan penstrukturan semula Harakah mestilah mengecualikan diri mereka daripada membuat apa-apa keputusan berhubung jumlah cadangan balas pampasan.

“Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan sambutan Syawal yang bakal menjelang kami tentunya berasa resah berikutan kemelut dan nasib kami yang kini masih tidak berkesudahan.

“Kami turut menggesa supaya pihak Pas mengadakan muktamar khas berikutan keputusan parti untuk mengubah pengurusan pentadbiran Harakah daripada terletak di bawah Jabatan Penerangan Pas Pusat kepada satu syarikat sdn bhd.

“Kami juga mendesak pihak pimpinan Pas untuk menyatakan perancangan jangka masa panjang syarikat sdn bhd tersebut dan bagaimana ahli-ahli Pas turut dapat memiliki kepentingan dalam pemilikan syarikat tersebut dan Harakah secara amnya,” ujarnya.

Krisis pentadbiran Harakah ini bermula, selepas ditamatkan perkhidmatan sejak 31 Dis 2017 lalu, melalui satu surat yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Harakah Zainal Abidin Kidam.

Semua pekerja Harakah telah distrukturkan semula dengan sebilangan besar diserapkan ke syarikat baharu dengan difahamkan gaji diberi sebanyak 80 peratus gaji asal.

Sebilangan kecil kakitangan pula dikatakan akan diserapkan ke Jabatan Penerangan Pas Pusat dengan dijanjikan bayaran gaji sebanyak 50 peratus gaji pokok.

Bagaimanapun sebahagian yang diserapkan ke Jabatan Penerangan bagaimanapun sebelum itu telah dilibatkan dalam dua siri rundingan.

“Kami diberitahu akan diberhentikan dan dibayar faedah penamatan perkhidmatan dalam siri rundingan dengan Jawatankuasa Khas yang dibentuk Pas Pusat.

“Jawatankuasa khas tersebut telah diberi mandat untuk menawarkan pampasan dan diketuai oleh Setiausaha Agung parti Datuk Takiyudin Hassan.

“Kami juga diberitahu bahawa pihak Pas Pusat tidak mempunyai keupayaan untuk mengambil kami bekerja.

“Pihak jawatankuasa khas di bawah Setiausaha Agong Datuk Takiyudin kemudiannya telah mengeluarkan surat tawaran kepada kami untuk diserap ke Jabatan Penerangan dengan gaji sebanyak 50 peratus gaji pokok dan terma kerja yang tidak jelas.

“Kami telahpun memaklumkan kepada Datuk Tuan Ibrahim bahawa kami menolak tawaran yang tidak adil ini yang dibimbangi hanya menambahkan lebih banyak masalah di masa-masa akan datang.

“Bagi kami penyelesaian terbaik adalah dengan kami diberikan faedah penamatan perkhidmatan selaras dengan undang-undang sedia ada.

“Suka juga kami untuk menarik perhatian pihak parti bahawa sebilangan kami juga telah berkhidmat di Harakah dalam tempoh yang panjang dan telah mencecah peringkat usia yang sukar bagi kami untuk mendapatkan pekerjaan baru di tempat-tempat lain. Juga kemelut ini menjadi sukar kerana ada di antara kami bergantung sepenuhnya kepada pendapatan kami semasa berkhidmat di Harakah.

“Sekali lagi kami bertegas bahawa kemelut ini hanya akan dapat diselesaikan melalui rundingan dua hala.Sebarang keputusan yang dibuat hanya sebelah pihak pastinya akan mengundang kepada kemelut yang lebih berpanjangan. Oleh itu adalah menjadi gesaan kami supaya pihak Pas memandang serius proses rundingan ini,” ujarnya.

Kenyataan itu juga menyebut kakitangan terbabit sedia untuk berunding berhubung kaedah pembayaran pampasan tersebut, termasuklah pembayaran secara bulanan sekiranya keadaan kewangan yang ada adalah benar-benar mendesak. at 6/08/2018 02:00:00 PTG 

ref:
KERENGGA: Menjelang Hari Raya, Tuan Ibrahim digesa selesai pampasan 15 kakitangan Harakah yang dipecat

FRIDAY, JUNE 08, 2018
AMCJL MENYOKONG PENUH USAHA KERAJAAN MENANGKAP JHO LOW

1. Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL) menyokong penuh kenyataan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa kerajaan perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap penjenayah paling dikehendaki berkaitan skandal mega 1MDB Low Taek Jho atau Jho Low. AMCJL sejak Disember tahun lalu telah berkempen di seluruh negara baik dalam bentuk wacana forum atau perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan menangkap Jho Low. Malahan, pada 5 Jun yang lalu, satu laporan polis juga telah dibuat bagi mendesak perkara yang sama. 

2. Jho Low yang dilindungi sang penguasa kleptokrat selama ini dilaporkan bergerak bebas dari satu negara ke satu negara termasuk di China, Thailand dan terkini di Taiwan. Justeru, AMCJL menggesa Ketua Polis Negara mendapatkan kerjasama kerajaan negara-negara berkaitan supaya Jho Low ditangkap untuk diekstradisi ke Malaysia di bawah Perjanjian Ekstradisi atau Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA). 

3. Jho Low tidak seharusnya dibiarkan terus bebas dan mengatasi undang-undang. Sebagai masyarakat sivil yang prihatin terhadap keadaan negara yang sedang mengalami proses perubahan baik dari sudut politik, ekonomi dan pentadbiran, AMCJL bersedia bersama-sama kerajaan mencari Jho Low kerana tangkapan ke atas Jho Low begitu penting untuk membolehkan siasatan jenayah skandal 1MDB dijalankan secara menyuluruh dan adil bagi memulihkan integriti dan nama baik negara. 

FAIZ FADZIL JURUCAKAP AMCJL (ANAK MUDA CARI JHO LOW) 7 JUN 2018 Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 2:00 pm

ref:
al- Husseyn: AMCJL MENYOKONG PENUH USAHA KERAJAAN MENANGKAP JHO LOW

Dr M: Saya beritahu Zahid Umno khianati Melayu

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengannya untuk mendapatkan nasihat berhubung apa yang berlaku dalam Umno sehingga parti itu ditolak pada pilihan raya umum ke-14.

Zahid, semalam, memuat naik gambarnya bersama Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya tetapi tidak mendedahkan butirannya.

“Dia nak tahu cara macam mana nak uruskan Umno. Jadi saya berterus terang bahawa Umno sudah mengkhianati orang Melayu.

“Saya ingatkan kepadanya, kita tubuh Umno untuk tolong orang Melayu tetapi kini Umno berubah dan mengutamakan kekayaan diri.

“Sebab itu Umno dibenci sekarang ini. Umno nak pulih susah. Dulu dipandang mulia sekarang dipandang jijik,” katanya pada satu wawancara khas bersama Sinar Harian.

Mahathir, adalah presiden Umno keempat dan memegang jawatan itu selama 22 tahun antara 1981 dan 2003.

Zahid adalah pemimpin parti pembangkang ketiga selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin PBB Datuk Seri Abang Johari Abang Openg yang berjumpa dengan Dr Mahathir dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Dr Mahathir ketika ditanya apakah nasihat yang diberikan kepada Zahid berhubung pertemuan itu, hanya berkata; “Saya kata dia fikir sajalah apa yang saya katakan.” 

Disoal sama ada Ahmad Zahid ada membayangkan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan, Dr Mahathir hanya ketawa.

“Kita tidak pandang sesiapa pun nak masuk Pakatan Harapan terutamanya BERSATU.

“Kalau orang itu orang politik, dia perlu putus hubungan dengan partinya, menjadi bebas dan ikrar sokong kerajaan,” katanya.

Pada pilihan raya 9 Mei lalu, BN tumbang apabila hanya mampu memenangi 79 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. -malaysiakini at 6/08/2018 06:20:00 PTG

ref:
KERENGGA: Dr M: Saya beritahu Zahid Umno khianati Melayu

FRIDAY, JUNE 08, 2018
BN tinggal 60 kerusi selepas BN Sarawak keluar gabungan BN

PARTI Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), pemerintah terbesar di Sarawak, akan keluar dari Barisan Nasional (BN) walaupun pemangku pengerusi gabungan itu, Ahmad Zahid Hamidi merayu mereka untuk tidak berbuat demikian.

Langkah PBB ini akan mengikis 13 kerusi Parlimen daripada BN, seterusnya melemahkan lagi gabungan yang baru hilang kuasa memerintah negara selepas enam dekad. Pada pilihan raya umum yang lalu, BN menang 79 kerusi.

Penarikan diri PBB dan kemungkinan parti-parti Sarawak yang dari BN boleh menyebabkan pemimpin Umno dan BN keluar parti beramai-ramai.  

Sumber memberitahu The Malaysian Insight bahawa Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg memberitahu keputusan keluar parti itu kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mei lalu.

Abang Johari juga meyakinkan Dr Mahathir, Sarawak akan menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) "dalam hal-hal melibatkan kepentingan Sarawak dan kepentingan Malaysia secara menyeluruh".

Selepas pertemuan di Putrajaya, Abang Johari bertemu Zahid di Kuala Lumpur. Pada pertemuan itu, pemangku presiden Umno itu merayu pada Abang Johari yang juga pengerusi BN Sarawak, untuk tidak meneruskan penarikan diri PBB dari BN.

Zahid menggunakan perkataan "hancur", kata seorang sumber BN, membayangkan masalah gabungan itu sekiranya kehilangan 19 kerusi Sarawak di Parlimen.

BN hanya ada 79 daripada 222 kerusi di Parlimen selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas, dengan 13 daripadanya milik PBB, parti kedua terbesar dalam BN. Abang Johari ialah presiden PBB.

"Zahid memberitahu Abang Jo bahawa BN akan hancur jika PBB keluar," kata sumber itu.

Jawapan Zahid terhadap rayuan Zahid ialah PBB boleh kalah dalam pilihan raya negeri pada 2021 jika ia tidak menjarakkan diri daripada BN yang terpalit rasuah.

Dalam PRU14, BN Sarawak bertanding semua 31 kerusi persekutuan tetapi hanya menang 19, keputusan yang mengejutkan bagi negeri yang sekian lama dianggap "deposit tetap" BN.

Ketua Menteri Sarawak itu pada 16 Mei lepas mendedahkan BN negeri sedang menimbang kedudukannya dalam gabungan itu selepas PRU14 dan kemungkinan membentuk gabungan baru terdiri daripada parti-parti politik di Sarawak.

Keputusan meninggalkan BN itu bagaimanapun hanya akan disahkan selepas PBB berunding dengan tiga lagi parti komponen BN di Sarawak: Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pembangunan Progresif (PDP).

Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang pro BN juga mungkin dimasukkan dalam gabungan baru yang dicadangkan itu.

SUPP dilaporkan membuat keputusan keluar BN dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat pada malam 15 Mei tetapi belum diumumkan. ~ kopipes Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 6:00 pm

ref:
al- Husseyn: BN tinggal 60 kerusi selepas BN Sarawak keluar gabungan BN

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™ merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Allah balas 'cash' kepada penyokong PAS

Apa nak dikata, baru je semalam saya berbicara mengenai artikel panas apabila PH tidak menepati janji

Dalam artikel tersebut saya berkongsi pengalaman bagaimana PH diserang oleh pengundi PAS tentang janji manifesto.

Tak sampai 24 jam, Allah balas cash. Haji Hadi sendiri mengaku manifesto PAS di Terengganu dan Kelantan memerlukan masa.

Artikel seperti berikut:

Rakyat di negeri Kelantan dan Terengganu diminta bersabar berhubung janji-janji manifesto pilihan raya umum (PRU) ke 14 seperti yang dijanjikan PAS sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana ada manifesto yang perlu disegerakan dan ada pula yang memerlukan tempoh untuk melaksanakannya.

"(Pelaksanaan manifesto PAS) rakyat kena sabar, ada yang perlu disegerakan dan ada yang tunggu masa," katanya kepada pemberita di kediamannya selepas kuliah dhuha di Masjid Rusila, hari ini.

Terdahulu Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang diminta mengulas berhubung pelaksanaan manifesto parti Islam itu.

PAS Terengganu melalui manifestonya sebelum ini menawarkan air percuma, lot rumah kediaman untuk setiap isi rumah, wad kelas tiga percuma dan 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri itu jika kembali menawan Terengganu.

Janji PAS di Kelantan

Manakala di Kelantan, PAS menawarkan 14 teras utama dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kepada rakyat negeri itu sejajar dengan slogan mereka “Kelantan sejahtera bersama Islam”.

Antaranya mendaulatkan Islam, meneruskan kecemerlangan pendidikan, menyuburkan ekonomi dan memperkasakan pembinaan rumah rakyat.

Selain itu, PAS juga menyenaraikan hasrat melestarikan alam sekitar, mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, meningkatkan kemudahan asas, pembinaan Kelantan sejahtera, memperkasakan sektor pelancongan Islam dan pertanian.

Sementara itu mengulas pentadbiran kerajaan negeri Terengganu, Abdul Hadi berkata setakat hari ini kerjasama antara jentera kerajaan dengan kerajaan adalah baik.

"Jentera kerajaan, eksekutif mesti menerima hakikat kerajaan yang memerintah walaupun mereka parti lain itu hak masing-masing tetapi urusan kerajaan harus kepada kerajaan yang sedia ada.

"Kita juga mendoakan kerajaan negeri bawah pimpinan menteri besar dan kita akan sama-sama dalam kepimpinan menteri besar. Kita tak akan biarkan menteri besar sendiri termasuk di Kelantan,” katanya.

Pada PRU14 9 Mei lalu, PAS berjaya mempertahankan pentadbiran negeri Kelantan di samping merampas negeri Terengganu daripada BN. https://m.malaysiakini.com/news/428910
pelik kan. Kita yelah pakatan harapan. liberal, munafik, pengkhianat perjuangan dan sebagainya. Mana nak sama dengan penyokong PAS. 

MANIFESTO PAS MINTA RAKYAT SABAR... MANIFESTO PAKATAN HARAPAN KALAU BOLEH NAK SURUH BUAT HARI NI JUGAK... DISURUHNYA SEGERAKAN SEMUA JANJI

ref:
Allah balas 'cash' kepada penyokong PAS ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Tiga puak dalam media sosial perlu kita awasi
NASUHA RAHMAN
Selepas PRU14 peranan media khususnya media sosial mutakhir ini telah digunakan oleh beberapa puak atau kumpulan di dalam masyarakat hari ini bagi menimbulkan bermacam-macam persepsi.

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) Professor Dr Abdul Muati Ahmad berkata terdapat tiga puak di dalam media sosial mutakhir ini.

Puak pertama, katanya suka mengadu domba yang menyifatkan apa yang dilakukan oleh kerajaan rakyat pada hari ini salah belaka.

“Puak ini akan cari salah kerajaan. Kalau tak ada salah pun mereka akan cipta kesalahan. Mereka sengaja beri maklumat yang tak betul. Mereka mengapi-apikan sentimen bangsa dan agama.

“Mungkin mereka harap akan berlaku kacau-bilau dalam negara dan rakyat akan bangun menentang kerajaan Tun M ini,” katanya.

Umpamanya, tambah beliau dalam kes pelantikan Peguam Negara (AG) mereka sengaja membangkitkan isu AG baharu ini bukan Islam dan bukan Melayu.

“Saya yakin mereka tak faham pun tentang institusi AG ini dalam konteks negara kita. Tapi yang mustahak bagi mereka bakarkan kemarahan rakyat. Begitu juga dalam kes JAKIM. PM tak sebut pun nak tutup JAKIM. Tapi mereka bangkitkan isu kononnya PM nak tutup JAKIM supaya orang Islam marah kepada PM dan kerajaan.

“Mujur juga Allah tak izinkan jarum mereka menusuk pemikiran rakyat Malaysia. Tapi kita kena hati-hati dengan puak pengadu domba yang berniat jahat. Jangan percayakan puak ini malah ‘unfriend’ saja mereka. Tak ada manfaatnya pun,” ujarnya.

Puak kedua pula katanya, puak yang berlagak tahu hakikatnya mereka tidak tahu dan tidak faham isu tetapi berlagak faham.

“Umpamanya dalam kes pelantikan AG baharu ini. Puak ini kononnya mengatakan dalam perlembagaan dinyatakan kena lantik orang Melayu/Islam sebagai AG. Padahal tak pernah ada pun peruntukan sedemikian dalam Perlembagaan.

“Saya tak pasti perlembagaan mana yang mereka rujuk. Bagi saya puak ni tak pernah baca pun perlembagaan. Biasanya puak ini bukanlah jenis yang suka mengkaji dan membaca. Mereka hanya petik sepotong dua ayat daripada Facebook dan Wikipedia kemudian ditularkan kononnya merekalah pakar perlembagaan.

“Padahal buku tentang Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang kita pun mereka tak pernah sentuh. Posting daripada puak ini juga sepatutnya jangan kita percaya. Ianya sesat lagi menyesatkan. Jika kita dapat posting daripada puak ini, eloklah kita selidiki daripada sumber sebenar yang berwibawa.

“Rajin-rajinlah membaca supaya tidak terkeliru dengan maklumat tidak tepat daripada puak yang memandai-mandai ini, tidak kira dalam aspek apa juga sama ada politik, perundangan, ekonomi, sosial, malah agama sekali pun,”tegas beliau di dalam Facebooknya.

Ketiga katanya, puak yang bertindak sebagai tukang tular yang disifatkan amat pelik kerana mereka memang tidak faham apa-apa mengenai isu yang disiar di media sosial ini.

Malah katanya, kadang-kadang mereka tidak habis membaca sesuatu dimuatkan di media sosial kemudian terus ‘share’ serta ‘copy paste’ untuk ditularkan kepada pihak lain.

“Kerja mereka sebagai tukang hebah dan heboh, tanpa memahami kedudukan perkara sebenar. Puak ini hanya sekadar menyemak di media sosial sahaja.

Beliau menasihati pengguna media sosial agar menyelidiki terlebih dahulu maklumat yang diperoleh daripada ketiga-tiga puak ini.

“Jadilah pengguna media yang bertanggungjawab dan bijak, demi keharmonian Malaysia Baharu yang kita cintai. In sha Allah, kejayaan akan bersama kita,” katanya. at 6/08/2018 08:36:00 PTG

ref:
KERENGGA: Tiga puak dalam media sosial perlu kita awasi

FRIDAY, JUNE 08, 2018
Kritikan Anwar: 
Tolong Baca Tulisan Asal Saya
Oleh A Kadir Jasin.

SAYA mulakan catatan ringkas awal pagi ini dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat saya, Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berasa layak mengulas tulisan saya. 

Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT), Anwar “mengkritik” saya “kerana menggunakan kedudukan saya yang dekat dengan kerajaan untuk menyerang raja-raja Melayu dengan fakta yang boleh dipertikaikan.” 

Beliau berkata, bukan sahaja kata-kata saya boleh dipertikaikan, tetapi raja-raja tidak boleh menjawab kata-kata menghina itu. 

“Kita menghormati hak semua orang untuk menyatakan pandangan, tetapi mereka perlu menunjukkan rasa hormat dan dibuat secara tertib,” kata Anwar dalam sidang media selepas pertemuan dengan wakil-wakil rakyat PKR di Hotel One World, Petaling Jaya, malam tadi. 

Saya serahkan kepada para pembaca dan pembahas mengadili saya berdasarkan “kritikan” Anwar itu dengan membaca balik dan memahami hujah saya mengenai hal berkenaan. 

Rencana pertama saya dalam bahasa Melayu bertajuk “Masukkan Institusi Raja Dalam Reformasi” (Sinar Harian 27 Mei) dan kedua, tampalan blog saya dalam bahasa Inggeris berjudul  “Constitution: The King and the Pauper”pada 4 Jun.

Berkenaan tuduhan Saudara Anwar bahawa saya “menggunakan kedudukan saya yang dekat dengan kerajaan untuk menyerang raja-raja Melayu” adalah tidak benar oleh sebab saya secara terbuka berkata dalam mukadimah tulisan saya bahawa segala pendapat adalah pandangan peribadi saya dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang mungkin saya sandang. 

Berkenaan dengan apa yang Anwar maksudkan sebagai “fakta yang boleh dipertikaikan” itu, silalah pertikai dan berikanlah fakta yang betul. Kalau saya silap saya akan buat pembetulan dan saya mohon ampun. 

Beliau mendakwa saya mempertikaikan keperluan beliau menemui Raja-raja Melayu. 

Saya tidak pertikai. Saya hanya berkata raja-raja tidak perlu jaminan atau keselesaan kerana kedudukan mereka dijamin oleh Perlembagaan. 

Saya tidak menafikan hakikat “Pakatan Harapan berusaha keras untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu.” Cuma kemudian baru saya tahu bahawa selain Anwar, ada pemimpin lain PH yang menghadap raja-raja. 

Saya tidak berhasrat mencetuskan polemik dengan Saudara Anwar kerana ini tidak perlu. Sesiapa saja yang ingin mendalami dan memahami apa yang saya tulis boleh kembali membaca dua makalah berkenaan yang pautannya saya beri di atas. 

Bacalah apa yang saya tulis bukan apa yang dipetik dan diolah semula oleh pelbagai pihak. 

Terima kasih. 
Wallahuaklam.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 pm

ref:
al- Husseyn: Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya

BERITA»Nasional Jumaat, 8 Jun 2018 | 8:31pm
SULTAN Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan menandatangani plak perasmian turut hadir Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (kiri) pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya serta Perasmian Masjid Al-Falah Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Sultan Selangor dukacita Raja-Raja mula dihina
BharianBeritaNasional Oleh Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dukacita melihat ada pihak kini secara terbuka menghina dan memperlekehkan Institusi Raja dengan menghasut serta mempengaruhi rakyat untuk membenci Raja-Raja Melayu.

Baginda bertitah, lebih mendukacitakan apabila hasutan itu dilakukan segelintir pihak dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri untuk membenci Raja-Raja Melayu.

"Peranan Institusi Raja adalah memelihara dan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan agama Islam serta kaum lain di negara ini.

"Penularan budaya ini dalam kalangan pihak tertentu perlu segera dihentikan agar rakyat tidak terus dihasut membenci sehingga mengakibatkan taat setia rakyat kepada Raja-Raja Melayu terhakis.

"Beta menegaskan di sini bahawa Institusi Raja mempunyai peranan dalam sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini serta sentiasa mendokong prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Berbuka Puasa bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya serta Perasmian Masjid Al Falah, Jalan Kebun di sini, petang tadi.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid; Pengarah Jabatan Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim dan Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid.

Sultan Sharafuddin Idris Shah juga menitahkan semua umat Islam khususnya di Selangor, mengelakkan perbalahan sesama sendiri yang boleh membawa kepada perpecahan dalam masyarakat dan membawa imej buruk kepada kesucian agama.

"Agama Islam mengutamakan nilai-nilai positif dalam diri seseorang umatnya. Agama Islam juga menyeru umatnya bersikap berbaik sangka, bersatu-padu, bertolak ansur dan sentiasa bersedia untuk memaafkan serta membantu antara satu sama lain," titah baginda.

Baginda turut meminta seluruh rakyat Selangor agar terus bersatu padu dan mengukuhkan keharmonian tidak mengira pangkat, darjat, usia, bangsa atau agama.

"Beta harap di bulan yang mulia ini, kita menambahkan ibadat dan menumpukan kepada perkara-perkara yang penting untuk kesejahteraan Selangor yang dikasihi. Rakyat juga perlu membantu dan menyumbang untuk kemajuan negeri dan negara.

"Jangan hanya pandai mengkritik, mengecam, mencela dan mencaci terutama di media sosial kerana ia bukan sahaja akan menyakitkan hati orang lain tetapi juga akan memberikan kesan negatif kepada rakyat dan pembangunan negara," titah baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah turut melahirkan kesyukuran kerana dapat merasmikan Masjid Al Falah dan bertemu rakyat jelata pada bulan Ramadan tahun ini.

"Beta bersyukur pada Allah SWT kerana tahun ini Beta diberi kesihatan yang sempurna dan dapat menjalani ibadah puasa.

"Beta gembira kerana dapat bersama rakyat pada majlis ini dan berbuka puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada fakir miskin dan saudara kita di sembilan daerah di Selangor ini.

"Beta juga dapat merasmikan tujuh buah masjid pada bulan Ramadan ini. Insya Allah, Beta akan jadikan program ini sebagai program tahunan untuk bertemu dengan rakyat di Selangor ini," titah baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Selangor yang beragama Islam dan meminta mereka mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan keluarga dan masyarakat.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/435746/sultan-selangor-dukacita-raja-raja-mula-dihina

BERITA»Nasional Jumaat, 8 Jun 2018 | 6:21pm

KERAJAAN Persekutuan akan membayar royalti minyak sekurang-kurangnya lima peratus kepada Kelantan. 
- Foto hiasan
Kelantan dapat royalti minyak
BharianBeritaNasional Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan akan membayar royalti minyak sekurang-kurangnya lima peratus kepada Kelantan tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.


SETIAUSAHA PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. - Foto Zaman Huri Isa
Katanya, keputusan itu dibuat sebagaimana terkandung dalam perjanjian sejak sekian lama dan Akta Petroleum 1974.

"Pemberian lima peratus royalti itu berdasarkan perjanjian sebelum ini, namun janji Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah sebanyak 20 peratus.

"Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan menunaikan perjanjian yang sekian lama ditunggu rakyat. Kelantan tidak pernah menerima royalti walaupun kita berhak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Che Abdullah yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, berdasarkan perjanjian, bayaran royalti itu perlu diberi terus kepada negeri.

"Ini adalah berita gembira buat rakyat Kelantan kerana sudah sekian lama kita perjuangkan hak yang sepatutnya kita dapat," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan, Kerajaan Pusat juga akan membayar royalti minyak secara terus kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata Perdana Menteri memaklumkan negeri pengeluar minyak akan menerima terus royalti dan bukan lagi bayaran kepada JPP.

ref:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/435700/kelantan-dapat-royalti-minyak







Tiada ulasan: