Sabtu, 14 Julai 2018

Anak-anak bangsa merdeka ini, gagal berfikir sejauh tuan-tuan penjajah. 7870.


Tanpa sedar Era Penjajah bertukar tangan kepada warga tempatan cop golongan bangsawan. Golongan Bangsawan Umno mengungguli penjajahan anak bangsa sepanjang minit-minit akhir penguasaannya. Bagaimana pula pemimpin Pakatan Harapan? Apakah mereka juga menjajah anak-anak merdeka?

BERITA»Nasional
Sabtu, 14 Julai 2018 | 1:27pm
KPN pertimbang tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report
Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my
KETUA Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. - Foto Asyraf Hamzah
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report di atas laporannya yang mendakwa beliau menaja pembiayaan perjalanan pegawai polis dari seluruh negara untuk menghadiri perkahwinan anaknya, baru-baru ini.

"Saya sudah hampir bersara dan mempunyai cukup wang untuk membiayai majlis perkahwinan anak saya.

"Tidak ada apa-apa yang perlu saya sorokkan. Tiada wang milik kerajaan atau PDRM (Polis Diraja Malaysia) digunakan bagi membayar majlis atau membiayai kos perjalanan tetamu yang hadir dalam majlis itu," katanya.

Mohamad Fuzi menerusi satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah portal akhbar berbahasa Inggeris tempatan, hari ini, menegaskan bahawa hanya rakan sejawatnya dari Brunei hadir dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bandar Utama, Petaling Jaya pada awal bulan ini.

Ini sekali gus menafikan dakwaan beliau dikatakan mengundang pengurusan tertinggi polis di sekitar Asia untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya.

Mohamad Fuzi berkata, beliau bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan yang tersebar itu.

Khamis lalu, portal Sarawak Report melaporkan bahawa Bukit Aman menghantar undangan kepada pengurusan tertinggi polis di sekitar Asia.

Laporan itu turut mendakwa undangan itu dihantar menerusi kiriman emel pada 6 April dengan tajuk, "Wedding Reception of the Honourable IGP's Daughter" ('Majlis Resepsi Perkahwinan Anak Ketua Polis Negara) dan dimulakan dengan perkataan, "Greetings From The Royal Malaysia Police" ('Salam Dari Polis Diraja Malaysia).

Sarawak Report juga turut menunjukkan paparan skrin emel yang tertera ayat; "We will provide Business Class return tickets for the police chief and his spouse, as well as a night in the swanky hotel" (Kami akan menyediakan tiket penerbangan pergi dan balik kepada ketua polis serta isteri selain penginapan di sebuah hotel mewah).

"Surat undangan dari PDRM itu menunjukkan bahawa pasukan polis akan membiayai perbelanjaan berkenan dan bukannya ketua mereka (Mohamad Fuzi). Ini menunjukkan contoh teladan tidak baik penyalahgunaan dana kepada pegawai lain yang berpangkat rendah," lapor Sarawak Report.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/448976/kpn-pertimbang-tindakan-undang-undang-terhadap-sarawak-report

Saturday, July 14, 2018
Mahu royalti? Bentang pelan penggunaan – Husam
Posted By: Pentadbiron: July 14, 2018 
Mahu royalti? Bentang pelan penggunaan - Husam
Kerajaan negeri Kelantan disaran membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat agar masyarakat dapat mengetahui bagaimana wang itu bakal digunakan untuk kepentingan mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa dipetik, berkata kerajaan Negeri harus memanfaatkan keprihatinan kerajaan Persekutuan yang bersetuju menyalurkan bayaran royalti petroleum untuk kepentingan rakyat di negeri ini.

“Saya telah dengar kenyataan pemimpin Pas Kelantan yang begitu ghairah mahu mendapat wang tersebut (royalti), namun saya tidak mendengar perancangan yang akan dilakukan oleh mereka,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Pejabat Operasi AMANAH Kawasan Parlimen Tanah Merah malam tadi.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan menghargai tindakan kerajaan persekutuan yang bersetuju untuk memberi royalti petroleum kepada negeri ini berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara bulan lepas lapor Bernama.

Dalam perkembangan sama mengenai royalti minyak, sasaran perolehan wang royalti minyak sebanyak RM1.6 bilion setahun yang akan disalurkan kepada kerajaan negeri Terengganu pula, akan digunakan bagi kepentingan rakyat tempatan. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, July 14, 2018
Sumber:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: MAHU ROYALTI? BENTANG PELAN PENGGUNAAN – HUSAM
Allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmy
“Perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air akan bergolak terus walaupun Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 ini. Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan kenyataan ketinggian akhlak rakyat.”– pidato Dr. Burhanuddin Al-Helmy

TEKS UCAPAN SEMPENA ULANGTAHUN KE-70 PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH. 
IN PERJUANGAN KEMERDEKAAN, TPNM/TRM - ON 7:52 PG -

Berikut adalah teks ucapan Kawan Indrajaya dalam majlis MEMPERINGATI ULANGTAHUN KE-70 PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH yang diadakan di Golden Crown Grand Hotel, Hadyai, Selatan Thailand pada 19 Jun 2018.

Para jenerasi lama, kawan2 dan sahabat2 yang dihormati,

Esok, 20 Jun tahun 2018, adalah Ulang Tahun Ke-70 Perang Pembebasan Nasional Anti British Rakyat Malaya, yang kemudiannya disambung pula oleh Perang Revolusioner Dalam Negeri. Pada saat yang amat khidmat dan bersejarah ini, benarkan saya menyatakan takziah yang mendalam kepada para pahlawan dan kesatria kita yang tak terjumlah ramainya yang terkorban dalam peperangan yang luar biasa susah payah serta luar biasa kejamnya. Bersamaan dengan itu, saya juga ingin menyatakan hormat setinggi-tingginya kepada semua peserta peperangan tersebut!

Pada 15 Ogos tahun 1945, Jepun telah menyerah kalah. Perang Dunia Ke-2 tamat secara rasmi. Manakala penjajah British pula kembali ke menjajah Malaya.

Akan tetapi, Perang Dunia Ke-2 telah mengubah struktur politik dunia. Di Malaya, kekuatan progresif dan revolusioner berbagai kaum telah amat berkembang membesar. Selain Parti Komunis Malaya, berbagai bidang perusahaaan telah mendirikan kesatuan2 sekerjanya masing2, kaum tani di berbagai tempat telah mendirikan persatuan2 tani, kaum nelayan mendirikan persatuan nelayan, pedagang kecil dan penjaja mendirikan persatuan pedagang kecil dan penjaja, MDU telah dirikan, kaum wanita mendirikan kesatuan wanita, pemuda mendirikan liga pemuda, PKMM serta API dan AWAS  telah dirasmikan penubuhannnya,dan lain-lain lagi, dan lain-lain lagi. 

Persatuan2 tersebut bukan sahaja aktif memperjuangkan hak dan kepentingan mereka, juga melakukan kegiatan2 seperti anti pengangguran, anti kenaikan harga, anti kelaparan, anti pemerasan dan anti penindasan. Seterusnya, mereka bersatu ke dalam satu front persatuan PUTERA/AMCJA dan mulai mengemukakan tuntutan MERDEKA secara sedar.

Dan akhirnya, penjajah British telah mencampakkan jubah “demokrasi”dan kemanusiaan yang diwar-warkannya selama ini. Pada 18 Jun tahun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang2 Darurat, secara besar-besaran menangkap orang komunis serta semua tokoh yang patriotik/demokratik, mengharamkan semua parti politik dan organisasi yang patriotik dan progresif, termasuk Parti Komunis Malaya, mengusir kira2 500,000 penduduk kampung ke dalam kem konsentrasi yang dinamakan kononnya kampung baru. Semenjak itu, penjajah British menunjukkan taringnya, melakukan penindasan bersenjata yang kejam dan mengisytiharkan perang kontra-revolusioner ke atas Malaya. 

Parti Komunis Malaya secara tegas membalas penindasan kaum penjajah dengan memimpin rakyat semua kaum melancarakan Perang Pembebasan Nasional Anti British. 

Perang Pembebasan Nasional di Malaya ini adalah bahagian yang tak terpisahkan daripada gerakan anti penjajah, anti imperialis dan menuntut kemerdekaan negara yang sedang bergelora di seluruh dunia pada syarat sejarah di zaman tersebut. Oleh kerana itu, sumbangan Parti Komunis Malaya kepada usaha kemerdekaan Malaya tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun.

Zaman di ketika itu adalah zaman yang berkobar-kobar, zaman yang betul2 bergelora. Ia adalah satu zaman yang besar, zaman yang membanggakan dan patut dikenangi selama-lamanya.

尊敬的前辈们、同志们、朋友们,

明天,2018年6月20日,是马来亚人民抗英民族解放战争及后来的国内革命战争70周年。在这个具有历史意义的庄严时刻,请允许我向在这场无比艰难无比惨烈的战争中我们无数的英烈们表示沉痛的哀悼,向所有这场战争的参加者们表示崇高的敬礼!

1945年8月15日,日本正式投降,第二次世界大战正式结束。英国殖民者又回来了统治马来亚。

然而,第二次世界大战改变了世界的政治格局。在马来亚,马来亚各民族的进步、革命力量空前的发展壮大了。除了马来亚共产党,各行各业的工会组织成立了,各地的农民组织起来成立自己的农会组织,渔民们成立了自己的组织,小商小贩们成立了自己的组织,马来亚民主联盟成立了,妇女们成立了自己的妇女会,青年们成立了自己的青年组织,马来亚马来民族党及它属下的的青年团和妇女组成立了,等等,等等。

这些组织不仅为自身的权益积极斗争,反失业,反物价上涨,反饥饿,反剥削,反压迫,而且联合起来成立自己的联合阵线组织--人民力量中心(PUTERA)/全马联合行动理事会(AMCJA)并且开始自觉的提出独立要求。

最后,英帝国主义者终于撕下了它“民主”和“人权”伪装,于1948年6月18日宣布紧急状态,大肆逮捕共产党人及爱国民主人士,取缔了包括马来亚共产党在内的所有爱国进步的政党和组织,把大约50万人的村民赶向美其名曰是新村的集中营,向马来亚进行赤裸裸的残暴的武装镇压和反动战争。

马来亚共产党毅然决然领导的抗英民族解放战争,是对英殖民者的必然反正。马来亚的抗英民族解放战争也是当时历史条件下那个年代世界反殖、反帝,争取国家独立运动的一个组成部分,因此马来亚共产党对马来亚独立事业的贡献是不容置疑的。

那是一个火红的年代,是大浪淘沙的年代,是热血澎湃的年代,是一个伟大的年代,是令人自豪、值得我们永远纪念的年代。

Zūnjìng de qiánbèimen, tóngzhìmen, péngyǒumen,

míngtiān,2018 nián 6 yuè 20 rì, shì mǎ lái yǎ rénmín kàng yīng mínzú jiěfàng zhànzhēng jí hòulái de guónèi gémìng zhànzhēng 70 zhōunián. Zài zhège jùyǒu lìshǐ yìyì de zhuāngyán shíkè, qǐng yǔnxǔ wǒ xiàng zài zhè chǎng wúbǐ jiānnán wúbǐ cǎnliè de zhànzhēng zhōng wǒmen wú shǔ de yīnglièmen biǎoshì chéntòng de āidào, xiàng suǒyǒu zhè chǎng zhànzhēng de cānjiā zhěmen biǎoshì chónggāo de jìnglǐ!

1945 Nián 8 yuè 15 rì, rìběn zhèngshì tóuxiáng, dì èr cì shìjiè dàzhàn zhèngshì jiéshù. Yīngguó zhímín zhě yòu huíláile tǒngzhì mǎ lái yà.

Rán'ér, dì èr cì shìjiè dàzhàn gǎibiànle shìjiè de zhèngzhì géjú. Zài mǎ lái yà, mǎ lái yà gè mínzú de jìnbù, gémìng lìliàng kōngqián de fǎ zhǎn zhuàngdàle. Chúle mǎ lái yǎ gòngchǎndǎng, gè háng gè yè de gōnghuì zǔzhī chénglìle, gèdì de nóngmín zǔzhī qǐlái chénglì zìjǐ de nóng huì zǔzhī, yúmínmen chénglìle zìjǐ de zǔzhī, xiǎo shāng xiǎofànmen chénglìle zìjǐ de zǔzhī, mǎ lái yà mínzhǔ liánméng chénglìle, fùnǚmen chénglìle zìjǐ de fùnǚ huì, qīngniánmen chénglìle zìjǐ de qīngnián zǔzhī, mǎ lái yà mǎ lái mínzú dǎng jí tā shǔ xià de de qīngnián tuán hé fùnǚ zǔchénglìle, děng děng, děng děng.

Zhèxiē zǔzhī bùjǐn wèi zìshēn de quányì jījí dòuzhēng, fǎn shīyè, fǎn wùjià shàngzhǎng, fǎn jī'è, fǎn bōxuè, fǎn yāpò, érqiě liánhé qǐlái chénglì zìjǐ de liánhé zhènxiàn zǔzhī--rénmín lìliàng zhōngxīn (PUTERA)/quán mǎ liánhé xíngdòng lǐshì huì (AMCJA) bìngqiě kāishǐ zìjué de tíchū dúlì yāoqiú.

Zuìhòu, yīng dìguó zhǔyì zhě zhōngyú sī xiàle tā “mínzhǔ” hé “rénquán” wèizhuāng, yú 1948 nián 6 yuè 18 rì xuānbù jǐnjí zhuàngtài, dàsì dàibǔ gòngchǎndǎng rén jí àiguó mínzhǔ rénshì, qǔdìle bāokuò mǎ lái yǎ gòngchǎndǎng zài nèi de suǒyǒu àiguó jìnbù de zhèngdǎng hé zǔzhī, bǎ dàyuē 50 wàn rén de cūnmín gǎn xiàng měi qí míng yuē shì xīncūn de jízhōngyíng, xiàng mǎ lái yà jìnxíng chìluǒluǒ de cánbào de wǔzhuāng zhènyā hé fǎndòng zhànzhēng.

Mǎ lái yǎ gòngchǎndǎng yìrán juérán lǐngdǎo de kàng yīng mínzú jiěfàng zhànzhēng, shì duì yīng zhímín zhě de bìrán fǎnzhèng. Mǎ lái yà de kàng yīng mínzú jiěfàng zhànzhēng yěshì dāngshí lìshǐ tiáojiàn xià nàgè niándài shìjiè fǎn zhí, fǎn dì, zhēngqǔ guójiā dúlì yùndòng de yīgè zǔ chéng bùfèn, yīncǐ mǎ lái yǎ gòngchǎndǎng duì mǎ lái yà dúlì shìyè de gòngxiàn shì bùróng zhìyí de.

Nà shì yīgè huǒhóng de niándài, shì dàlàngtáoshā de niándài, shì rèxuè péngpài de niándài, shì yīgè wěidà de niándài, shì lìng rén zìháo, zhídé wǒmen yǒngyuǎn jìniàn de niándài.


Sumber:
TEKS UCAPAN SEMPENA ULANGTAHUN KE-70 PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH | Kini Dan Silam

Pantun Pusaka
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu padulah segenap baka
Membela hak keadilan pusaka.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy

Pahlawan
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.

Usman Awang

PEJUANG KEMERDEKAAN
Pada tahun-tahun 30-an, tokoh-tokoh ini ....dan ramai lagi 
telah melantangkan MERDEKA!
CERITA SURIANI ABDULLAH KETIKA DALAM PENJARA FASIS JEPUN
IN ANTI-JEPUN, PERJUANGAN KEMERDEKAAN, PKM, TAJRM, WANITA - ON 4:57 PG -
Pada suatu hari, ketika menjadi Setiausaha Kawasan Tanjung Tualang, saya jatuh sakit kerana banyak hari berturut-turut bekerja sampai jauh malam. Sungguhpun begitu, kerana banyak kerja yang harus cepat diselesaikan, saya kobarkan semangat keluar ke kampung dan ke tepi bandar. Sewaktu pulang, saya merasa badan terlalu lemah, lalu meminta kawan-kawan bermalam di rumah massa yang terletak di hujung kampung. Untuk ke tempat penginapan masih jauh lagi. (telah saya ceritakan dalam bab 3). Rumah itu sudah tidak dihuni lagi, dindingnya ada yang dah terkoyak. Beberapa orang petugas penyusun massa dari regu kami balik ke rumah masing-masing; yang bermalam di rumah itu ialah saya, seorang pengawal peribadi, seorang "siao kui" dan seorang anasir cergas wanita.

Kebetulan pada malam itu askar fasis Jepun masuk kampung menjalankan pembersihan, menggeledah setiap rumah, menangkap massa dan sebagainya. Pada pagi itu, 28 Januari 1945 askar Jepun tiba di rumah tumpangan kami. Malangnya, pada masa giliran anasir cergas itu berkawal, dia tertidur. Askar Jepun menyerbu ke rumah. Begitu mengetahui Jepun datang, pengawal saya melakukan perlawanan yang gagah berani. Beliau terkorban dalam pertempuran. Saya yang sedang sakit segera bangun dan menerobos keluar melalui dinding belakang. Akan tetapi, beberapa orang askar Jepun yang sudah menunggu di situ menerkam. Saya jatuh ke tanah. Saya cuba melepaskan tembakan. Dua kali saya memetik picu, pistol revolver saya tidak meletup. Beberapa orang askar Jepun menindih belakang saya. Kerana terasa sangat marah, saya memaki mereka. Askar-askar Jepun itu menginjak-injak belakang saya dengan kasut dan menahan saya. Anasir cergas dan seorang "siao kui" tadi juga ditangkap bersama saya. Kami digiring ke dalam trak tentera Jepun. Saya lihat di dalamnya sudah terdapat sejumlah massa yang ditangkap, penuh sebuah trak tentera. Kami di bawa ke Ipoh.

Saya dan dua orang wanita lagi dikurung dalam satu sel. Pagi esoknya, pegawai Jepun mulai menjalankan soal siasat menanyakan bermacam-macam, soal organisasi anti-Jepun dan lain-lain. Tapi saya hanya jawab tak tahu sahaja. Soal siasat begini diadakan hampir setiap hari. Ada kalanya kerana merasa muak dengan pertanyaan mereka, saya tidak mahu menjawab. Pegawai Jepun marah dan menyeksa saya dengan teruknya. Mereka membakar badan saya dengan puntung rokok dan lain-lain. Saya selalu dipukul dan dipijak dengan kasut bot sehingga muntah bercampur darah.

Kemudian saya dikurung secara perseorangan. Tapi sel-sel yang menjadi jiran saya semuanya massa rakyat tempatan. Bila masa luang saya menyanyi lagu-lagu patriotik, lagu-lagu yang mengobarkan semangat dengan sekuat-kuatnya supaya orang lain dapat mendengar. Ada masa saya melantangkan semboyan-semboyan dan berucap secara ringkas seperti "Saudara-saudari harus tegap pendirian! Kemenangan akhir milik kita!" Dan lain-lain lagi. Pernah beberapa kali, ketika saya sedang bernyanyi kuat-kuat dan berucap kepada tahanan yang lain, askar Jepun menjirus air panas ke arah saya. Tapi saya melompat ke sana sini mengelakkan terkena air panas tersebut.

Pernah sekali saya mengukir tukul sabit, lambang PKM, di dinding bilik sel. Apabila askar Jepun nampak, dia sangat marah. Mereka merampas barang-barang saya, sehinggakan sepit rambut pun tidak dibenarkan berada di sisi saya. Mereka memberikan mangkuk kayu menggantikan mangkuk tembikar saya. Selain bimbang saya menggunakan benda itu untuk melukis dan menulis, juga bimbang saya gunakan untuk bunuh diri.

Setelah beberapa lama di penjara, fasis Jepun mencuba mengelabui mata saya dengan bermacam-macam teori karut marut. Dengan muka manis, pegawai Jepun memberitahu bahawa tentera Jepun datang ke sini untuk membantu rakyat di sini membebaskan diri dari penjajah British dalam rangka “Kemakmuran Asia Raya” Kerajaan Jepun. Katanya, kita sama-sama orang Asia. 

Pegawai itu menunjukkan kehandalan tentera Jepun dan betapa lemah dan tak bergunanya tentera British. Pernah pegawai itu bertanya bagaimana kesannya setelah tentera fasis Jepun membakar habis sebuah kampung dekat Ipoh yang bertujuan untuk menakut-nakutkan massa rakyat. Saya jawab, cara kejam ini akan lebih membangkitkan amarah orang ramai. Selain itu pegawai Jepun membawa pengkhianat untuk memujuk saya. 

Seorang pengkhianat cuba memberi nasihat dengan mengatakan: "Mengapa kamu terlalu keras kepala, orang yang lebih tinggi dari awak telah bekerjasama dengan tentera Jepun. Demi keselamatan, tiada jalan lain selain bekerjasama dengan tentera Jepun." Setelah dimaki oleh saya, pengkhianat itu berundur, gagal tanpa hasil.

Kekejaman fasis Jepun sudah diketahui umum. Oleh itu apabila ditangkap, saya hanya bersedia untuk berkorban pada bila-bila masa. Di dalam penjara yang sunyi sepi, saya selalu teringat kepada kawan-kawan pimpinan saya khasnya Ai Ke dan Chen Ping; teringat kepada kawan-kawan yang telah korban dan kawan-kawan seperjuangan yang sedang bertempur bermandi darah melawan fasis Jepun. 

Bila teringat mereka, saya menggenggam tangan kuat-kuat dan melafaz keazaman dalam hati: "Kawan-kawan, teruskan perjuangan hingga akhir, aku akan teguh tak berganjak biar mati sekalipun". Lebih-lebih lagi saya tidak lupa kepada semangat pengorbanan Lai Raifel. Surat terakhir beliau seolah-olah berdengung-dengung di telinga. Saya berazam mesti mencontohi beliau dan mengikut jejak langkah beliau. Peristiwa-peristiwa ini sering timbul berulang kali dalam diri saya menyebabkan saya merasa lebih yakin dapat memperteguh pendirian berhadapan dengan fasis Jepun yang ganas itu.

Layanan dalam penjara memang sangat buruk. Tidak ada selimut dan kain untuk tidur, tidur di atas simen menyebabkan saya diserang penyakit romatism. Mandi tanpa sabun, tak ada kain baju untuk bersalin, tidak ada berus gigi, saya mengambil sedikit daun untuk menggosok gigi, makanan tak berzat, jarang-jarang dapat sedikit ikan kering, itupun kira mujur.

Seksaan physical dan deraan jiwa dalam penjara, menyebabkan saya bukan saja mendapat penyakit romatism seumur hidup dan sakit dada tetapi juga dua perubahan pada tubuh saya. Kerana terkejut, perjalanan haid saya terhenti. Pernah saya diinjek oleh doktor penjara kerana demam, tapi selepas itu ingatan saya menjadi sangat lemah. Saya ragu-ragu apakah fasis Jepun sengaja injek ubat supaya hilang ingatan agar rahsia saya dapat dicungkil. Kedua-dua gejala tersebut beransur-ansur dipulihkan selepas keluar dari penjara.

Pengawal penjara kami kadang-kadang askar Jepun dan kadang-kadang Hei Ho saja. Hei Ho ini pokoknya orang Melayu, tidak bengis seperti askar Jepun. Mereka ada sedikit belas kasihan kepada tahanan. Oleh itu setiap kali Hei Ho datang, saya selalu mengambil kesempatan untuk memberikan penerangan kepadanya. Mereka juga simpati kepada saya. Pada waktu malam mereka curi-curi hantar sedikit makanan kepada saya. Ada sejenis roti diperbuat dari jagung sangat enak rasanya, mereka selalu menghantarnya kepada saya. Setiap kali mereka menghantar nasi, saya meminta mereka berikan sebahagian nasi saya untuk tahanan-tahanan lain yang kuat makan. Seorang Hei Ho yang agak rapat dengan saya pernah menunjukkan satu resit yang membuktikan dia pernah memberi derma kepada organisasi anti-Jepun. Mereka tahu Jepun akan kalah masa akan datang, sebab itu mereka perlu cari bukti untuk menunjukkan mereka ada hubungan atau menyokong perjuangan anti-Jepun.

Pencerobohan fasis Jepun telah membangkitkan perjuangan besar rakyat berbagai lapisan. Perang Anti-Jepun marak berkobar-kobar laksana api membakar padang lalang. Fasis Jepun akhirnya telah terjerumus ke dalam rawa-rawa perang yang tak bertepi. Pada 15 Ogos, kerajaan Jepun telah mengumumkan penyerahan diri.

Hari itu, seorang pegawai Jepun datang membuka pintu bilik kami dan memberitahu: "Kerajaan Jepun telah mengumumkan penyerahan diri. Sekarang kamu semua dibebaskan". Mendengar pengakuan itu, saya merasa besar hati, ingin melompat-lompat dan berteriak-teriak sepuas hati rasanya. Saya segera keluar mencari kereta untuk balik ke Tanjung Tualang. Sepanjang perjalanan, saya nampak Tentera Anti-Jepun telah berkawal di sana sini. Ada juga pasukan yang memeriksa saya. Saya memberitahu mereka bahawa saya baru keluar dari penjara.

Di Tanjung Tualang suasananya telah berada di kemuncak kehangatan. Orang ramai berhimpun menyambut kemenangan Perang Anti-Jepun. Bendera PKM dan TAJRM berkibaran megah di sana sini ditiup angin. Saya yang baru keluar dari penjara dikerumuni kawan-kawan dan massa rakyat. Mereka yang kenal rapat memeluk dan mencium saya tanda kesyukuran. Saya merasa sangat bangga dan bertuah, seolah-olah baru tiba ke sebuah dunia yang serba baru.

Ketika saya menceritakan kisah dalam tahanan fasis Jepun, Abdullah C.D. memberitahu bahawa masa itu dia yang memimpin pasukan lasykar rakyat Lambor, juga mendengar berita tentang saya kena tangkap dari anggota Hei Ho. Hei Ho itu mengatakan "Wanita itu sangat berani". Abdullah C.D. memberitahu lagi bahawa: “kemudian ketika kita berada dalam pasukan propaganda di Teronoh, bekas Hei Ho itu datang. Sambil menunjukkan jarinya kepada awak, dia berkata: ’Inilah orangnya yang sangat berani dalam penjara’" 
---
dipetik dari Memoir Suriani Abdullah: Setengah Abad Dalam Perjuangan, terbitan SIRD, 2006
lihat juga:
Wawancara dengan Suriani Abdullah (2)
Wawancara dengan Suriani Abdullah

Sumber:
CERITA SURIANI ABDULLAH KETIKA DALAM PENJARA FASIS JEPUN | Kini Dan Silam

MAT INDERA YANG TIDAK MATI
IN ALFATIHAH, BURUH, LAGU PERJUANGAN, PAHLAWAN KEMERDEKAAN, PERJUANGAN KEMERDEKAAN, PUISI, SEJARAH - ON 8:23 PTG
MAT INDERA YANG TIDAK MATI

Dalam arus perjuangan kemerdekkaan
kau ikut berjuang di jalan kiri
bersama PKMM dan API.

Bila parti kiri diharamkan
kau bergerila di hutan belantara
demi perjuangan yang perlu diteruskan.

Kau berhak membuat pilihan
dan dalam perjuangan kemerdekaan
jalan yang kau pilih tidak semestinya satu kesalahan.

Kau patriot dan nasionalis sejati
yang menyerahkan jiwa dan raga
untuk kemerdekaan bangsa tercinta.

Kau dikhianati oleh kawan sendiri
yang menangkapmu atas arahan penjajah
dan kau dihukum mati.

Tapi di hati kami
kau tidak mati
kau sentiasa di kenang dan diingati
sebagai pejuang yang gagah berani
yang bersedia mati untuk ibu pertiwi.

M.S.RINDU
Kajang
8 Februari 2017
Sumber:
http://matamin02.blogspot.com/2017/08/mat-indera-yang-tidak-mati.html

MAT INDERA: WIRA TULIN ATAU PALSU
IN PERJUANGAN KEMERDEKAAN - ON 7:20 PG
Waris, penduduk kampung anggap Mat Indera penentang penjajah
(http://www.keadilandaily.com)
Chegubard dua dari kanan berdiri bersama Pak Johan (berbaju Melayu)

KUALA LUMPUR: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin menyifatkan Mat Indera sebagai tokoh yang berjaya menyatu-padukan pihak-pihak yang menentang penjajah British dan bukan pengkhianat negara.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan temubual bersama adik Mat Indera dan penduduk kampung berdekatan Bukit Kepong dalam siri jelajah menjejaki Mat Indera anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

“Mat Indera penyatu semua kelompok gerakan penentang penjajah British yang mengangkat senjata menentang mereka. Malah, beliau juga tidak ada sangkut-paut dengan komunis,” kata Badrul atau dikenali CheguBard yang juga Pengerusi SAMM.

Menurutnya, berdasarkan temubual dengan adik bongsu Mat Indera iaitu Johan bin Indera atau lebih dikenali sebagai Pak Johan di Yong Peng, Mat Indera adalah seorang pemimpin keluarga yang memikul tanggungjawab menjaga adik-beradiknya selepas kematian ibu mereka.

“Mat Indera tokoh agama yang mengambil tanggungjawab menjaga adik-beradiknya dan memastikan mereka menjaga sembahyang dan pandai mengaji,” kata Chegu Bard.

Menurut Badrul, Pak Johan turut menceritakan bahawa Mat Indera pernah menegur ayahnya yang meminta air doa dari seorang kiyai di Johor untuk digantung di dalam rumah bagi mengelakkan serangan Jepun.

“Beliau menegur ayahnya dan berpesan,”Kalau kita takut dengan manusia, kita bukan gantung tangkal. Kita gantung hati kita dengan Allah Taala”, ” kata Chegu Bard.

Mat Indera juga sebenarnya adalah seorang guru agama tempatan yang pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah, Mat Indera sendiri mengajar agama tanpa mengambil sebarang upah.

“Beliau tidak cari makan dengan belajar agama. Beliau kerja di pelabuhan kecil di Muar menyelia pengagihan beras,” kata Chegu Bard.

Lebih menyedihkan, kata Chegu Bard, sejarah bukan sahaja tidak mengiktiraf perjuangan Mat Indera, malah turut memadamkan kezaliman yang dilakukan British ke atas keluarganya.

“Pak Johan dan ayah Mat Indera dibuang daerah ketika British memburu Mat Indera,” kata Chegu Bard.

Sejarah perjuangan Mat Indera menentang British menarik perhatian ramai apabila media perdana berulang-kali menayangkan video ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengiktiraf perjuangan Mat Indera.

Namun, ia diputar belit media perdana yang menyokong Umno BN dengan mendakwa Mohamad Sabu menyokong perjuangan komunis.

dipetik dari:http://www.keadilandaily.com/waris-penduduk-kampung-anggap-mat-indera-penentang-penjajah/
MAT INDERA: WIRA TULIN ATAU PALSU | Kini Dan Silam

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)
IN DOKUMEN, PERJUANGAN KEMERDEKAAN, SOSIALIS - ON 6:08 PG
Kesatuan Melayu Muda ringkasnya KMM ialah perubuhan Melayu yang berunsur politik yang pertama di Tanah Melayu. 
KMM ditubuhkan pada bulan Mei 1937, bertempat di Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran kemerdekaan orang-orang Melayu, disamping melancarkan perjuangan anti-British. Pada waktu yang sama terdapat pertubuhan orang Melayu yang lain seperti Persatuan Melayu Johor, Persatuan Melayu Selangor, dan lian-lain tetapi tidak mengamalkan prinsip perjuangan seperti KMM. 

Penubuhan KMM adalah hasil dariapda satu himpunan pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) bersama-sama dengan segelintir para inteligensia Melayu dari beberapa institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur, dan golongan muda Melayu yang bersikap radikal, serta wartawan akhbar Majlis. 

Jawatankuasa pusat KMM awal terdiri daripada Ibrahim Hj. Yaacob (presiden), Mustapha Hussein (Naib Presiden), Hasan Manan (Setiausaha Agung), Othman Mohd. Noor (Setiausaha), Idris Hakim (Bendahari), dan ahli jawatankuasa Pusatnya ialah Idris Hakim, Ishak Hj. Mohammad, Onan Haji Siraj, Abdul Karim Rashid, Bahar Abik, Sulung Chik, Abdullah Kamil, Abdul Samad Ahmad, Mohd. Salehuddin dan Ahmad Boestamam. Semasa penubuhan ini, turut hadir ialah Sutan Djenain, pemimpin Serekat Islam Merah dari Indonesia. Sutan Djenain merupakan orang di belakang penubuhan KMM, dan pergerakannya menyebarkan pengaruh sebelum perang Dunia Kedua. 

KMM yang ditubuhkan secara sulit ini mempunyai ideologi dan prinsip perjuangan berlandaskan demokratik sentralisme. KMM menolak monopoli harta dan kekayaan oleh perusahaan swasta atau gabungan koperasi multinasional. Tetapi dasar sosialisme yang diamalkan ini tidak menafikan hak dan kebebasan dalam proses pengumpulan harta. Cuma dalam mengamalkan demokrasi dalam ekonomi ini, KMM mahu mengelakkan monopoli dan eksploitasi ke atas rakyat jelata. KMM berhasrat menggunakan sosialisme untuk menjamin kelancaran pelaksanaan mekanisme demokratiknya. 

Dasar perjuangan KMM antaranya ialah anti penjajahan, anti elite birokrat Melayu yang berorientasi Barat, penyatuan nasional, berperikemanusiaan, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi rasa persaudaraan dan berasaskan kebenaran dan kesucian. Bagi KMM penyatuan nasional penting bagi mewujudkan suatu tekanan kepada penjajah British di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu harus bersatu menghapuskan semangat kenegerian yang pada pendapat KMM sengaja diwujudkan oleh dasar penjajah. Atas dasar inilah KMM tidak dapat berjuang bersama-sama persatuan yang mirip kepada kenegerian, misalnya Kesatuan Melayu Selangor dan Kesatuan Melayu Perak. Malahan hakikat penubuhan KMM itupun atas kesedaran menentang persatuan Melayu yang bersifat kenegerian yang memisahkan orang-orang Melayu. 

Memandangkan kelemahan di kalangan sesetengah sultan dan pembesar Melayu terlalu ketara, hingga menunjukkan kelemahan kekuasaan mereka kepada bangsanya sendiri, golongan elit inteligensia yang insaf dalam KMM berpendapat bahawa KMM harus menjadi badan yang akan cuba mempengaruhi sultan dan pembesar, atau sekurang-kurangnya memberikan petunjuk ajar dan panduan kepada mereka apabila berhadapan dengan Residen British dalam menghadapi masalah negara. 

KMM juga berpendapat bahawa ia harus menjadi badan yang akan menuntut hak bangsa Melayu dengan mengesyorkan melalui akhbar-akhbar agar perkara ini dibincangkan dalam majlis mesyuarat negeri-negeri atau persekutuan. Salah satu daripada syor yang dikemukakan oleh KMM ialah penubuhan ‘kampung-kampung baru orang Melayu’ untuk dijadikan penempatan orang-orang Melayu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Syor ini dikemukakan kepada sultan kerana bimbang orang-orang Melayu akan terusir ke kawasan pedalaman. 

Kontroversi yang timbul daripada fahaman anti-feudal menyebabkan orang Melayu tidak menyokong KMM di peringkat awalnya. Sultan dan pembesar Melayu juga mencurigai KMM, dan ada di antara mereka yang menentang pengaruh KMM di negerinya. Mereka tidak suka pada demokrasi yang menuntut persamaan hak, dan adanya badan yang menyertai politik membela bangsanya. Pada mereka orang-orang Melayu tidak berhak campur tangan dalam urusan politik negeri dan bangsanya. Mereka harus taat dan setia kepada sultan dan pembesar. Walaupun begitu, terdapat juga sultan yang memahami dan member sokongan moral kepada KMM. Di antaranya termasuklah Sultan Abu Bakar, Pahang yang tidak dapat menyokong secara terang-terangan kerana menjaga keselamatan diri mereka. 

Di samping itu, dasar-dasar perjuangan KMM tidak dapat dinyatakan secara terang-terangan kerana kerana keadaan politik masa itu yang terlalu sensitive. Untuk menyatakan sikap anti-penjajah dan anti-feudal adalah suatu hal yang tidak mungkin. Oleh itu pemahaman ideologi dan dasar-dasar perjuangan KMM tidak tersebar dan diketahui oleh orang-orang Melayu. Ini merupakan salah satu faktor kekurangan pengaruhnya di kalangan orang-orang Melayu sebelum perang. 

Sungguhpun begitu, kehebatan KMM dalam usaha menyebarkan idea dan pengaruhnya dengan begitu cepat (2 tahun sahaja) amatlah mengkagumkan, sehingga membawa kepada penangkapan pemimpin-pemimpin KMM pda Disember 1941. 

sumber: arkib Muzium Kampung Perdamaian Sukhirin
KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) | Kini Dan Silam

DATOK ONN DAN KIAI SALLEH DALANGI PERISTIWA PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI JOHOR
IN ANTI-JEPUN, DOKUMEN, PENINDASAN, PENJAJAH, PKM, TAJRM - ON 4:05 PG
Sekarang marilah kita melihat sejumlah fakta tentang peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa di beberapa negeri yang didalangi dan dirancang oleh fasis Jepun dan imperialis British menjelang dan selepas kekalahan Jepun di Malaya. 

Pada tahun 1945, dalam masa sebelum dan sesudah fasis Jepun menyerah diri di Johor telah berlaku peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa secara besar-besaran yang didalangi fasis Jepun. Mereka menggunakan Onn bin Jaafar yang ketika itu merupakan Pegawai Daerah Batu Pahat dan Kiai Salleh yang ketika itu menjadi panglima kumpulan parang panjang untuk merancang dan mencetuskan peristiwa itu. Salleh menggembar-gemburkan konon orang boleh menjadi kebal dengan memakai azimat yang dijualnya. Orang Jepun melalui dua orang bangsat telah mempersenjatai anggota-anggota parang panjang di Batu Pahat dan Muar supaya membunuh orang Tioanghua. Fasis Jepun secara mencuri-curi telah menyembelih babi dan mencampakkannya ke dalam masjid Kampung Bagan Serai, Batu Pahat dan memfitnah orang Tionghua di situ bertanggungjawab melakukannya. Kerana tertipu oleh hasutan dan fitnahan musuh, orang Melayu menjadi sangat kepada orang Tionghua. Kemudian atas arahan Jepun dan dengan bantuan 1 platun tentera Jepun, Onn bin Jaafar dan Kiai Salleh telah mengerahkan kumpulan parang panjang melancarkan pembunuhan ke atas orang Tionghua secara besar-besaran. Mereka telah membunuh ratusan orang dan mencederakan ribuan orang Tionghua di kawasan Batu Pahat, Senggarang, Rengit dan Benut dan telah membakar banyak kampung orang Tionghua. Massa rakyat Tionghua itu terpaksa berundur ke dalam hutan meminta perlindungan tentera kita. Mereka meminta senjata untuk melawan. Akan tetapi, kawan-kawan kita dengan sabar menjelaskan polisi parti bahawa, kita hanya boleh ambil sikap membela diri, dan sekali-kali tidak boleh pergi menyerang. 

Beberapa hari kemudian, ketika tentera Jepun dan kumpulan parang panjang mara ke Pontian, TAJRM terpaksa bertindak. Satu pagi, tentera fasis Jepun telah datang menyerang kampung Tionghua dengan membawa bersama meraka ribuan anggota parang panjang. Mula-mula TAJRM berseru kepada massa yang tertipu dan diugut, mendedahkan komplotan jahat imperialis Jepun. TAJRM menerangkan bahawa orang Melayu dan Tionghua bukan musuh, tetapi adalah saudara yang sama-sama ditindas oleh fasis Jepun, bahawa musuh bersama kita ialah fasis Jepun dan menasihati orang Melayu yang tertipu itu supaya meletakkan parang mereka. Akan tetapi, tentera Jepun yang amat ganas mengugut mereka dengan senjata dan memaksa mereka menyerbu TAJRM. Untuk membela diri dan menghancurkan komplotan imperialis Jepun, TAJRM terpaksa menyerang balas. Seluruh platun tentera Jepun itu telah dibasmi dan senjata mereka semuanya dirampas oleh tentera kita. Bersamaan dengan itu, sejumlah anggota parang panjang telah terbunuh dalam pertepuran. Di bawah keadaan demikian, massa yang tertipu dan diugut telah beramai-ramai meletakkan parang mereka. TAJRM telah menangkap beberapa orang yang didedahkan sebagai benggolan parang panjang di situ juga. Seterusnya TAJRM segera dihantar ke beberapa buah kampung untuk menghimpunkan massa dan mempropagandakan polisi parti komunis dan TAJRM. Massa telah memahami lebih lanjut pendirian parti komunis. Ramai orang telah menggugat jenayah fasis Jepun dan membongkarkan semua orang yang menjadi benggolan parang panjang. TAJRM menyatakan bahawa para benggolan itu boleh dilepaskan kalau ada massa yang mahu menjamin bahawa mereka tidak melakukan kejahatan lagi. Akibatnya kebanyakan benggolan tersebut telah dilepaskan kerana adanya jaminan daripada massa. Hanya beberapa kerat saja yang tidak ada seorang pun yang mahu menjamin telah dijatuhi hukuman yang setimpal. Setelah perhimpunan itu, kesedaran massa telah ditingkatkan lebih lanjut. Ramai di antara mereka telah menyertai gerakan revolusioner yang dipimpin parti komunis dan sesetengahnya telah menyertai perjuangan bersenjata anti-British pada bulan Jun 1948. 

Dengan pembongkaran dan bantuan massa rakyat, TAJRM telah masuk ke Batu Pahat dan telah menangkap biang keladi peristiwa pembunuhan besar-besaran itu, iaitu Onn bin Jaafar dan seorang benggolan polis wargengara Jepun. Sungguhpun Onn bin Jaafar telah terbukti kejahatannya, tapi TAJRM tetap melaksanakan polisi bermurah hati terhadapnya dan telah melepaskannya setelah dia menyatakan kesediaan hendak bertaubat. Sedangkan benggolan polis warganegara Jepun itu telah dikenakan hukuman mati dengan segera. 

Di Muar, Onn bin Jaafar juga telah menghasu orang Melayu supaya menyerang dan membunuh orang Tionghua. Satu malam, kira-kira 3,000 anggota penyokong kumpulan parang panjang telah mara beramai-ramai dari seberang Sungai Muar dengan bersenjata lengkap sambil membawa obor untuk menyerang orang Tionghua di sebelah sini. Di sebelah sini terdapat 1 platun tentera kita member perlindungan kepada orang ramai. Mereka bertalu-talu member amaran supaya orang parang panjang jangan menyerang dan mengamuk membunuh orang yang tidak berdosa. Akan tetapi, kerana penyerang-penyerang itu tetap berdegil mahu menyeberang juga, kawan-kawan kita terpaksa melepaskan tembakan yang mengakibatkan semua anggota parang panjang itu berpatah balik dan tidak jadi menyerang pada malam itu. 

Dalam pada itu, akibat peristiwa di Batu Pahat, massa rakyat Tionghua telah melarikan diri ke Parit Jawa dan meminta perlindungan daripada 1 kompeni TAJRM yang bergerak di situ. Akan tetapi mereka terus diburu oleh orang-orang parang panjang. Bertolak dari prinsip membela diri dan melindungi nyawa orang ramai, kawan-kawan kita telah bertahan di tepi sebatang anak sungai dan berseru kepada anggota-anggota parang panjang supaya jangan menyerbu. Beberapa orang kawan Melayu telah tampil ke depan member nasihat kepada mereka supaya jangan berbunuhan sesama sendiri, serta menunjukkan bahawa massa rakyat Melayu dan Tionghua tidak bermusuhan; baik orang Melayu mahupun orang Tionghua kedua-duanya sama ditindas dan menghadapi musuh yang sama iaitu fasis Jepun. Malangnya, anggota-anggota parang panjang enggan mendengar penjelasan dan amaran itu, bahkan mereka terus mara dengan menghayun parang mereka. Akhirnya, di bawah keadaan terpaksa, kawan-kawan kita pun melepaskan tembakan dan berjaya mengundurkan penyerang-penyerang itu. 

bersambung dengan: Pembunuhan Bangsa-Bangsa Di Sungai Manik
Sumber:
DATOK ONN DAN KIAI SALLEH DALANGI PERISTIWA PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI JOHOR | Kini Dan Silam

MAT INDERA: PENJARA TAK TAKUT, GANTUNG TAK GENTAR
IN PAHLAWAN KEMERDEKAAN, PERJUANGAN KEMERDEKAAN - ON 5:31 PG
Mat Indera amat disayangi oleh massa revolusioner yang cintakan kemerdekaan ibu pertiwi tetapi amat dibenci oleh kaum penjajah British. Oleh itu kaum penjajah telah menawarkan hadiah 25,000 ringgit jika dapat menangkap hidup-hidup Mat Indera dan 10,000 ringgit jika dapat dibunuh.
Mat Indera bersama Rakan Guru Agama kerajaan Johor.

Tahun 1951, ketika Mat Indera dan sejumlah kawan Melayu bergerak di Batu 6 Jalan Air Hitam, seorang hantu penjajah yang diseludupkan di kalangan orang ramai menjalankan tipu daya memberikan makanan beracun kepada Mat Indera. Mat Indera pengsan kerana keracunan. Mengambil peluang inilah penjajah telah menangkap Mat Indera dan mengenakan hukuman gantung sampai mati ke atasnya.

Mengetahui Mat Indera tertangkap, massa rakyat mengutuk keras kebiadaban penjajah British. Ratusan massa datang ke penjara menyampaikan rasa hormat mereka kepada Mat Indera serta menghadiahkan makanan sebagai menyatakan simpati dan hiburan yang mendalam.

Di penjara, penjajah British menggunakan berbagai siasat baik keras mahupun lembut, baik penyeksaan mahupun pujuk rayu dan tipu muslihat. Akan tetapi, semua tipu muslihat penjajah itu tidak dapat melunturkan tekad teguh Mat Indera.

Kerana habis segala cara, penjajah British cuba membawa Mat Indera ke mahkamah terbuka. Akan tetapi beratus-ratus massa rakyat dari berbagai tempat dan lapisan datang beramai-ramai untuk menyatakan sokongan tegas mereka kepada Mat Indera serta mengutuk kezaliman penjajah. Mereka menyerahkan surat bantahan menuntut beliau segera dibebaskan tanpa syarat.

Kerana takutkan pengaruh Mat Indera dan kebangkitan massa rakyat, penjajah British membatal- kan mahkamah terbuka tersebut. Mat Indera kemudiannya digantung sampai mati di penjara Kemunting, Perak. Ketika terkorban beliau baru berusia 33 tahun.

Mat Indera seorang pahlawan kemegahan bangsa Melayu yang telah menyumbangkan seluruh jiwa raganya untuk kemerdekaan nusa, bangsa dan agama.

dipetik dari Memoir Abdullah C.D. bahagian pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, SIRD 2005
Sumber:
MAT INDERA: PENJARA TAK TAKUT, GANTUNG TAK GENTAR | Kini Dan Silam

MAT INDERA PUTERA TERPUJI KELAS BURUH JOHOR
IN PAHLAWAN KEMERDEKAAN, PERJUANGAN KEMERDEKAAN - ON 4:10 PG
Mat Indera lahir dalam sebuah keluarga miskin di Muar, Johor dan mempunyai tiga orang adik beradik. Kerana kemiskinan, beliau hanya dapat bersekolah Melayu beberapa tahun sahaja dan kemudian meneruskan pelajarannya ke sekolah agama. Berkat kemajuannya dalam belajar dan atas perhatian guru besarnya, beliau dapat menjadi guru agama untuk sementara waktu. Sebagai seorang guru yang baik, pengaruhnya dengan cepat tersebar luas di kalangan pelajar-pelajar dan orang ramai di Muar serta daerah sekitarnya. 

Pemimpin Buruh

Pada tahun 1945, setelah tamat Perang Dunia Kedua, Mat Indera bekerja sebagai buruh lembaga pelabuhan Muar. Kerana keberanian dan kebolehannya menyatukan kaum buruh dan memimpin perjuangan, beliau telah dilantik sebagai ketua kesatuan buruh pelabuhan serta melancarkan berbagai bentuk perjuangan untuk membela kepentingan kaum buruh.

Seiring dengan menggeloranya perjuangan kemerdekaan selepas Perang Dunia kedua yang dipelopori oleh PKM, PKMM, Kawan Mat Indera menyertai PKMM dan menjadi salah seorang pemimpin API di Johor. Dalam masa yang sama, beliau juga menjadi anggota PKM. Setelah API diharamkan, beliau secara otomatik memimpin PETA.

Semangat perjuangan yang tinggi telah mendorongnya bekerja keras, di samping menjadi buruh untuk mendapatkan nafkah sara hidup juga aktif dalam gerakan kemerdekaan. Pada waktu siang, beliau mengembangkan pekerjaan di kalangan buruh dan lain-lain lapisan masyarakat yang progresif serta membakar semangat mereka untuk melawan penjajah demi kemerdekaan tanah air. Pada waktu malam pula, beliau bersama rombongannya menjelajah ke kampung-kampung mengumpulkan orang ramai mengadakan rapat-rapat umum dan berpidato untuk membangkitkan semangat orang rami. Orang ramai sangat tertarik pada pidatonya serta memberikan sokongan yang hangat kepadanya. Di sinilah beliau mencipta nama yang harum di kalangan massa rakyat di Muar dan kawasan sekitarnya.

Dalam perjuangan yang besar ini, Mat Indera bukan saja menjadi seorang guru agama yang tinggi prestijnya, juga seorang pemimpin buruh yang ulung. Pernah berlaku peristiwa kaum buruh pelabuhan Muar mengemukakan tuntutan kenaikan upah dan berbaikan layanan kerja kepada pihak majikan. Akan tetapi, pihak majikan yang hanya tahu mengeruk untuk itu telah menolak tuntutan menasabah mereka. Kaum buruh sangat marah lalu mengadakan pemogokan besar-besaran menuntut kenaikan upah dan perbaikan syarat kerja. Pihak majikan telah menekan pemogokan itu dengan memerintahkan polis menyerbu pemogokan dan menangkap Kawan Mat Indera dan menghumbannya ke penjara.

Akan tetapi kawan Mat Indera teguh bagaikan waja. Di dalam penjara, beliau menyerukan kaum buruh meneruskan perjuangan hingga majikan menerima tuntutan mereka. Beliau berkata: “Saudara-saudara jangan takut, biar kita semua masuk penjara taka apa. Kita mesti bersatu padu, kemenangan pasti milik kita!”

Pemenjaraan beliau selama beberapa bulan itu semakin membajai tekad juangnya. Dengan meremehkan polis penjajah, beliau sentiasa memberi penerangan dan pendidikan kepada rakan-rakan sepenjara dan mendapat sambutan yang baik dari mereka. Walaupun beratus-ratus buruh pelabuhan hendak menjaminnya supaya dia keluar dari penjara, tapi sebagai membantah kepada pemenjaraannya yang tidak adil itu beliau menasihati kaum buruh agar tidak perlu berbuat demikian. Sebaliknya beliau mengobarkan semangat para buruh supaya meneruskan perjuangan dengan gigih lagi di luar sementara beliau berjuang dari dalam penjara.

Abdullah C.D. yang bertanggungjawab langsung memimpin PKMM dan Jabatan Kerja Melayu PKM di Johor menulis dalam memoirnya:

“Muar juga satu kawasan yang kuat gerakan kemerdekaannya dan luas organisasi pasukan bersenjatanya. Di Muar ada pejabat cawangan PKMM. Istimewanya pejabat ini menjadi pejabat untuk organisasi patriotik-demokratik yang lain seperti JKM, API/PETA, AWAS dan juga kesatuan buruh di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih.”

“Selain itu, di Muar juga ada cawangan Balai Pustaka. Walaupun ia lebih kecil berbandingkan Balai Pustaka di Kuala Lumpur, tetapi menyediakan banyak buku progresif serta menerbitkan akhbar. Balai Pustaka ini dipimpin langsung oleh ahli Jawatankuasa Pusat Jabatan Kerja Melayu Samsuddin Salleh.“

Yang dimaksudkan pejabat PKMM itu ialah pejabat buruh pelabuhan Muar di bawah pimpinan Mat Indera.Pejabat itu tidak setakat pejabat kesatuan buruh sahaja, malah menjadi pusat gerakan kemerdekaan di mana berbagai oraganisasi seperti Kesatuan Buruh, PKMM, Jabatan Kerja Melayu dan API/PETA. Setelah terbentuknya PMFTU, pejabat tersebut menjadi pejabat PMTU bahagian Muar pula.

Salah Seorang Pemimpin Rejimen Ke-10

20 Jun 1948, Kaum penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh negara. Seruan revolusi bergema di serata tempat. Kawan Mat Indera tampil ke depan memimpin belasan pemuda revolusioner memasuki Tentera Pembebasan Nasional Malaya, mengibarkan panji perjuangan bersenjata dan mengisytiharkan perang terhadap penjajah British.

Tak lama kemudian beliau telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Wilayah Bahagian Johor Jabatan Kerja Melayu serta menjadi salah seorang pemimpin Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Di dalam pasukan bersenjata, beliau bekerja kencang siang dan malam mencurahkan segenap tenaga bagi pembangunan pasukan, memperkukuh dan memperluas kawasan basis dan daerah gerila di negeri Johor.

Beliau mesra dengan para perajurit dan amat di kasihi perajurit amat menghormatinya. Beliau dapat menyelami isi hati kawan-kawan dan sentiasa bertukar-tukar fikiran dengan kawan-kawan secara dari hati ke hati. Sebagai seorang kader, beliau dengan tegas mempertahankan langgam hidup sederhana dan berjuang keras, memperlakukan perajurit secara sama derajat. Dengan semangat persaudaraan sekelas yang tebal mendalam beliau menyimpan kesusahan bagi diri sendiri dan memberikan kemudahan kepada orang lain. Pernah terjadi peristiwa beliau tidur bertemankan kesejukan dalam hutan belantara yang tebal kerana selimutnya diberikan kepada kawan yang sakit.

Kawan Mat Indera mempunyai semangat gagah berani, kecekapan dan ketangkasan. Pada bulan Oktober 1948, beliau telah memandu satu regu perajurit menyerang hendap sebuah jeep yang membawa seorang manger orang putih bersama 5 orang askar di sebuah estet getah di batu 6, Jalan Muar – Air Hitam, Johoar. Semua musuh dalam jeep itu telah ditewaskan, 4 orang terbunuh termasuk manager Briitsh manakala 2 lagi luka-luka. Mereka berjaya merampas 4 laras senapang dan sejumlah alat perlengkapan militer.

Pertempuran menyerang balai polis Bukit Kepung daerah Muar pada 23 Februari 1950 telah lebih meninggikan prestij Mat Indera dan pasukan gerila di kalangan massa revolusioner. Pertempuran meletus pada waktu subuh dan berlangsung dengan sengitnya selama beberapa jam. Dengan mengobarkan kekuatan tembakan kita, kawan-kawan berjaya memberikan pukulan hebat ke atas musuh dan menembak mati sejumlah mereka.

Untuk memberi peluang polis-polis itu hidup, Mat Indera memerintahkan mereka menyerah diri, buang senapang tak mati. Akan tetapi polis-polis itu tetap berdegil dan meneruskan perlawanan. Kita tak dapat tidak terus menekan musuh dengan tembakan gencar dan lontaran bom tangan sehingga akhirnya balai polis itu terbakar dan seluruh musuh dibasmi.

Pada hari itu juga Mat Indera mengadakan rapat umum besar-besaran di pekan itu. Di tengah-tengah sorak sorai massa rakyat, Kawan Mat Indera telah berpidato dengan berapi-api menyampaikan berita kemenangan kepada mereka. Orang ramai yang terberangsang dengan pertempuran itu telah memberikan derma wang serta bahan-bahan makanan dan alat perlengkapan dalam jumlah yang besar sehingga tak habis dipunggah oleh kawan-kawan.

Kawan Mat Indera juga seorang kader penyusun massa yang sangat efektif. Pengaruh beliau yang sudahpun tersebar di berbagai daerah negeri Johor sebagai hasil perjuangan beliau pada masa aman dahulu. Pasukan kerja bersenjata pimpinan beliau yang penyusun massa di berbagai kawasan terutamanya di Muar membawa ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat, telah memperoleh hasil-hasil yang menonjol. Beliau telah berusaha menaburkan benih-benih revolusi di merata kampung dan memperluaskan pengaruh serta tapak organisasi di kalangan massa pekerja khasnya kaum tani.

Hubungan beliau dengan massa bagaikan isi dengan kuku. Beliau sangat mengambil berat kehidupan massa di segala bidang. Massa rakyat yang luas pula menyambutnya seperti putera terbaik kesayangan mereka sendiri. Mereka lebih-lebih lagi gembira kerana mempunyai tentera mereka sendiri dan Kawan Mat Indera yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin bagi mereka di waktu aman dahulu kini muncul pula di tengah-tengah mereka sebagai seorang komander Tentera Pembebasan. Banyak kampung telah disusun dan menjadi basis untuk menyokong perjuangan bersenjata. Pasukan bela diri rakyat telah didirikan di berbagai tempat untuk mempertahankan kampung halaman dan menjaga keamanan. Banyak perajurit baru telah dikutip. Massa rakyat berbondong-bondong menghantar perbekalan dan alat-alat kelangkapan kepada pasukan serta menyerahkan putera puteri tersayang mereka menyertai pasukan. Dengan demikian terbentuklah satu jaringan luas kawasan pedesaan pantai barat negeri Johor sebagai pangkalan Tentera Pembebasan.

Kerana pengaruh yang tinggi di kalangan orang ramai, maka terciptalah beberapa dongeng yang menganggap beliau sebagai “keramat”, “boleh menghilangkan diri dan boleh muncul dengan tiba-tiba”, “kebal tak lut dek peluru”, dan lain-lain. Askar-askar upahan penjajah pula gementar ketakutan bila mendengar nama dan kehandalannya. Mereka mengatakan hanya “peluru emas” saja dapat melukai Kawan Mat Indera.

bersambung dengan PENJARA TAK TAKUT, GANTUNG TAK GENTAR
Sumber:
MAT INDERA PUTERA TERPUJI KELAS BURUH JOHOR | Kini Dan Silam

Pertentangan di mana-mana jua pun atas muka dunia ini bukan antara anak-anak setempat, tetapi jauh lebih mendalam adalah antara kapitalis kolonial dan sosialis-komunis.

Kedua-duanya adalah faham yang dibentuk oleh Yahudi. Bila kedua-dua faham besar ini berkonflik di serata ceruk dunia, yang boleh buat bisnes dan untung adalah yahudi.

Mungkin anak-anak tanah jajahan kurang nampak hal2 sebegini dan saling bertelagah sesama sendiri. Sebab itulah ada yang kata Mat Indera pengkhianat dan ada yang kata pejuang!. Itulah kejayaan besar 'divide and rule' yang akan bertahan untuk sekurun lagi, selagi anak-anak terjajah masih berfikir cara lama dari perspektif bekas tuan masing-masing.


Apa salah dan silapnya polis dan Mat Indera tidak penting - yang aula ialah anak-anak bangsa merdeka ini gagal berfikir sejauh tuan-tuan yang dahulu. 

Yang tercatat di sini adalah laporan Allahyarham Mat Indra sendiri kepada Markas Besar Rejimen Ke-10. Beberapa orang anak buah Mat Indra (salah seorang antaranya ialah Allahyarham Sanib Jasmani) mengesahkan cerita ini.
Rujukan:
MAT INDERA PUTERA TERPUJI KELAS BURUH JOHOR | Kini Dan Silam

BERITA»Politik
Sabtu, 14 Julai 2018 | 3:35pm
Bekas Peguam Negara dilantik Ahli MT UMNO
Oleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. - Foto Mohd Fadli Hamzah
KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu kenyataan berhubung senarai pelantikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 2018-2021 hari ini.

Ahmad Zahid berkata, keterbukaan pemilihan kali ini adalah sejarah baharu pemilihan UMNO sejak 1987 dan menunjukkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif.

Beliau berkata, keputusan ini dicapai setelah UMNO melaksanakan pemilihan semua jawatan dalam parti dengan tertib dan lancar bulan lalu.

"Inilah langkah pertama UMNO melakukan pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air.

"Selaras dengan pemilihan yang baharu, saya sebagai Presiden UMNO mengumumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan melantik Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan kepemimpinan negeri-negeri.

"Saya komited untuk merekayasa dan memperjuangkan kepentingan negara bersama dengan jajaran kepemimpinan UMNO berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan Piagam UMNO seperti terkandung dalam Perlembagaan UMNO sendiri," katanya.

Antara individu yang dilantik bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi adalah Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung UMNO; Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Bendahari; Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebagai Ketua Penerangan; dan Datuk Mohd Sumali Reduan sebagai Setiausaha Kerja.

Selain Mohamed Apandi, turut dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi adalah Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, Datuk Johan Abdul Aziz dan Datuk Azizah Mohd Dun.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/449012/bekas-peguam-negara-dilantik-ahli-mt-umno

BERITA»Politik
Sabtu, 14 Julai 2018 | 5:33pm
Tan Sri S A Vigneswaran dipilih sebagai Presiden MIC baharu bagi penggal 2018-2021.
Vigneswaran dipilih Presiden MIC penggal 2018-2021
Oleh Esther Landau cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Tan Sri S A Vigneswaran dipilih sebagai Presiden MIC baharu bagi penggal 2018-2021 selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu, hari ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presiden, Datuk R Gobalakrishnan selepas bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu tidak dicabar mana-mana pihak apabila proses pencalonan ditutup pada jam 12 tengah hari tadi.

Vigneswaran yang juga bekas Naib Presiden parti menerima sokongan daripada 3,616 cawangan MIC di seluruh negara yang terdiri daripada 4,300 cawangan.

Vigneswaran ketika ditemui pemberita berkata, beliau akan melakukan perubahan besar-besaran dalam struktur parti.

Katanya, perubahan itu perlu dalam usaha untuk menarik semula sokongan masyarakat India.

"MIC kini sudah jadi pembangkang. Jadi, kita akan adakan perubahan besar-besaran dalam struktur parti untuk menarik sokongan masyarakat India terutama generasi muda.

"Kita juga akan meneruskan matlamat asal iaitu perjuangan buat masyarakat India," katanya selepas proses pencalonan Presiden di ibu pejabat MIC di sini, hari ini.

MIC yang masih utuh dalam Barisan Nasional (BN) bersama-sama UMNO dan MCA akan meneruskan proses pemilihan calon bagi peringkat bahagian, negeri dan pusat sebelum akhir tahun ini.

Sebelum ini, bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengesahkan tidak mempertahankan jawatan tertinggi parti itu.

Turut mengesahkan kemenangan Vigneswaran sebagai Presiden baharu MIC adalah Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraaj yang yakin dengan kewibawaan pemimpin itu.

"Semua pemimpin dan ahli parti memilihnya kerana beliau paling sesuai mengambil kira pengalaman politik yang luas.

"Kami fikir, Vigneswaran individu yang tepat untuk mengambil alih jawatan tertinggi daripada Datuk Seri Dr S Subramaniam," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/449051/vigneswaran-dipilih-presiden-mic-penggal-2018-2021

BERITA»Politik
Sabtu, 14 Julai 2018 | 5:41pm
Nantikan kebangkitan UMNO - Wanita UMNO
Oleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my
Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad. - Foto Mohd Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR: Wanita UMNO menyambut baik pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Kerja UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang baharu hari ini.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata Wanita UMNO bersedia sepenuhnya memberi kerjasama yang utuh dan erat dengan pemimpin yang dilantik demi memartabatkan semula UMNO.

Beliau berkata, UMNO perlu kembali ke landasan perjuangan dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat.

"Wanita UMNO menaruh harapan yang tinggi agar amanah yang diberikan ini akan dilaksanakan sebaik mungkin dalam perjuangan mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Justeru, Wanita UMNO sudah bersedia sepenuhnya untuk bekerja bersama-sama dengan semua pemimpin yang dipilih dan dilantik dalam menjayakan kebangkitan UMNO demi rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan lantikan Ahli Majlis Tertinggi Kerja UMNO yang dibuat mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO.

Selain itu, Ahmad Zahid juga mengumumkan pelantikan barisan Pengerusi Perhubungan UMNO dan kepemimpinan negeri.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/449053/nantikan-kebangkitan-umno-wanita-umno

BERITA»Kes
Sabtu, 14 Julai 2018 | 5:57pm
MAIS teliti keputusan mahkamah mengenai Ahmadiah
Norrasyidah Arshad norrasyidah@nstp.com.my
Timbalan Pengerusi MAIS, Emran Kadir berucap sempena Majlis Penyampaian Bantuan Dana dan Persidangan Meja Bulat Badan Bukan Kerajaan Islam (NGO-I) menangani isu Ancaman Akidah dan Sosial Negeri Selangor di Hotel De Palma, Shah Alam. - Foto Muhammad Sulaiman
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneliti aspek perundangan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan pengikut fahaman Ahmadiah mengamalkan ajaran mereka tanpa diganggu pihak berkuasa agama negeri.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Emran Kadir, berkata selepas diteliti, MAIS mungkin mencabar keputusan Mahkamah Tinggi itu di peringkat Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut perbincangan yang sedang dijalankan mengenai perkara berkenaan.

"Perbincangan mengenai (keputusan Mahkamah Tinggi) ini sudah tentunya kita sudah adakan perbincangan lanjut.

"Buat masa ini, kita belum pastikan apa langkah seterusnya yang akan diambil. Insya-Allah, ada tindakan susulan kita akan ambil," katanya.
Timbalan Pengerusi MAIS, Emran Kadir (kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM670,000.00 kepada wakil Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan sempena Majlis Penyampaian Bantuan Dana dan Persidangan Meja Bulat Badan Bukan Kerajaan Islam (NGO-I) menangani isu Ancaman Akidah dan Sosial Negeri Selangor di Hotel De Palma, Shah Alam. - Foto Muhammad Sulaiman
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Persidangan Meja Bulat Pertubuhan NGO-I MAIS bertajuk 'Menangani Isu Ancaman Akidah dan Sosial Negeri Selangor', di sini, hari ini.

Pada 6 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dalam penghakimannya memutuskan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tiada hak menghalang aktiviti keagamaan komuniti Ahmadiah di Selangor kerana pihak berkuasa agama Islam negeri ini tidak mengiktiraf Ahmadiah sebagai orang Islam.

Mahkamah merujuk fatwa diwartakan di Selangor pada 2001 yang mengisytiharkan pengikut Ahmadiah sebagai sesat.

Berikutan itu, JAIS tiada bidang kuasa menyiasat dan mendakwa mereka atas kesalahan mengikut Enakmen Jenayah Islam Negeri.

Vazeer turut memerintahkan Ketua Pendakwa Raya Syariah serta pejabat penguat kuasa agama menghentikan pendakwaan serta siasatan terhadap 39 pengikut Ahmadiah yang memfailkan semakan kehakiman selepas JAIS menangkap mereka, empat tahun lalu.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/449058/mais-teliti-keputusan-mahkamah-mengenai-ahmadiah

Diterbitkan 2 jam yang lalu pada 14 July 2018
Asri syor debat Zakir-Ramasamy, kalah ‘balik India’
Oleh Abdul Rahim Sabri
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan pendekat yang kalah dihantar pulang ke India. — Foto oleh Choo Choy May
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan pendekat yang kalah dihantar pulang ke India. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 14 Julai — Mufti Perlis hari ini mencadangkan debat terbuka antara pendakwah kontroversi Zakir Naik dan pemimpin DAP P. Ramasamy.

Menyarankan tajuk “Who is the real terrorist?’“(Siapa sebenarnya pengganas?), Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata pendebat yang tewas “mungkin boleh dihantar pulang ke India”.

“Siaran langsung media hendaklah diberikan ruang. Biar rakyat menjadi saksi tentang polemik ini,” kata beliau di Facebooknya hari ini.

“Saya cadangkan sesiapa yang jelas tewas dalam debat mungkin boleh dihantar pulang ke India seperti yang menjadi hasrat mereka. Salah seorang akan pulang ke sana.”

Dr Asri berkata Ramasamy wajar menyahut cadangannya jika benar timbalan ketua menteri Pulau Pinang mengangkat kebebasan bersuara, nilai intelektual dan hak rakyat.

“Jika enggan, maka nyata isu ini hanya sikap permusuhan antara mereka dan umat Islam semata,” kata bekas felow Universiti Oxford itu.

Sebelum ini, Ramasamy yang dikaitkan dengan pengganas Tamil antarabangsa lantang mengkritik Zakir yang dikehendaki kerajaan India, kerana didakwa menyebar kebencian di negara ini. 

Sumber: 
https://www.projekmm.com/s/1652339/asri-syor-debat-zakir-ramasamy-kalah-balik-india

BERITA»Nasional
Sabtu, 14 Julai 2018 | 6:13pm
Pelantikan Malanjum penghormatan kepada Sabah
Avila Geraldine avila@nstp.com.my
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pada sidang media khas berhubung pelantikan Tan Sri Richard Malanjun sebagai Ketua Hakim Negara di Shangri-la Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin
KOTA KINABALU: Rakyat tidak sepatutnya menggunakan isu bangsa dan agama untuk menilai pelantikan anak kelahiran Sabah, Tan Sri Richard Malanjum, sebagai Ketua Hakim Negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak patut dihakimi berdasarkan prestasi dan kredibiliti beliau.

"Sebagai seorang rakyat Malaysia, dalam soal bangsa dan agama masing-masing, saya fikir beliau (Malanjum) dapat melakukan yang terbaik. Kita tidak pernah mempunyai seorang (Ketua Hakim Negara) yang datang dari Sabah dan kami bersyukur serta menghormati bagi pihaknya.

"Ambil contoh negara Brunei, negara ini adalah negara Islam tetapi Ketua Hakim adalah seorang yang berketurunan Cina.

"Pelantikan ini adalah untuk kebaikan negara, jadi nilai berdasarkan kepada kerja mereka, apa yang boleh dilakukan untuk negara, dan bukan kerana bangsa dan agama," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini.

Tambahan kepada penghargaan kerajaan negeri kepada Persidangan Raja-Raja dan Perdana Menteri, Mohd Shafie menekankan pelantikan Malanjum bukan berdasarkan pengalamannya semata-mata tetapi kedudukannya yang paling kanan dalam institusi undang-undang negara.

Beliau berkata, ini adalah sejarah bagi Sabah untuk mempunyai seseorang dari negeri yang diberikan kedudukan tertinggi dalam undang-undang negara.

"Saya yakin beliau akan melakukan yang terbaik dalam perkhidmatannya sebagai Ketua Hakim Negara.

"Beliau adalah seorang tokoh terkenal dalam badan perundangan negara," katanya.

Dengan pengalaman kira-kira 40 tahun, Malanjum juga sudah membantu beratus penduduk kampung untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri dan berkaitan melalui mahkamah bergerak di tempat terpencil di Sabah, serta memperkenalkan sistem e-filing di mahkamah Sabah dan Sarawak.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/449066/pelantikan-malanjum-penghormatan-kepada-sabah

BERITA»Nasional
Sabtu, 14 Julai 2018 | 6:25pm
Rakyat Tukri utuh pertahan demokrasi
Daripada Ismail Mat ismailmat@nstp.com.my
Ketua Pengarah Media dan Maklumat Pejabat Presiden Turki, Mehmet Akarca, menyampaikan taklimat sambutan ulang tahun kedua tragedi kudeta Turki di Istanbul, hari ini. - Foto ihsan Unit Media dan Komunikasi Pejabat Presiden Turki
ISTANBUL: Dua tahun berlalu, namun tragedi berdarah kegagalan cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016 terus dikenang dalam sejarah Turki sebagai lambang kebangkitan rakyat negara itu mempertahankan suara demokrasi.

Sempena ulang tahun kedua tragedi yang mengorbankan lebih 250 orang awam dan mencederakan lebih 2,500 yang lain, pelbagai acara peringatan diadakan di seluruh negara dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan dijadual berucap di Istanbul dan Ankara esok.
Upacara peringatan yang dianjurkan pentadbiran Erdogan itu akan bermula di Parlimen Turki di daerah Bestepe, Ankara dan Jambatan Bosphorus, Istanbul yang turut dikenali sebagai Jambatan Syahid 15 Julai.

Erdogan dijadual memulakan upacara peringatan itu di Ankara dengan menziarahi pusara mereka yang terkorban pada malam tragedi terbabit terlebih dulu sebelum menghadiri sesi waris di Parlimen.

Beliau dijadualkan makan bersama dengan waris terdekat korban tragedi itu di kompleks pentadbiran presiden di Bestepe yang dibina pada 2014.

Erdogan kemudian akan ke Istanbul menyertai acara peringatan di jambatan bersejarah itu yang menjadi lokasi penting tragedi 15 Julai 2016.

Ketua pengarah media dan maklumat Pejabat presiden turki, Mehmet Akarca, ketika menyampaikan taklimat berhubung sambutan ulang tahun kedua tragedi kudeta turki di Istanbul, hari ini. - Foto ihsan Unit Media dan Komunikasi Pejabat Presiden Turki. 

Semua masjid di 81 wilayah di seluruh Turki juga mengadakan solat hajat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan negara ini.

Susulan tragedi berdarah itu, Ankara menuduh bekas pemimpin dari negara itu yang kini berlindung di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen, dan organisasi Fethullahist Terrorist Organisation (FETO) sebagai dalang cubaan tragedi berdarah terbabit.

Perintah darurat dikuatkuasakan di seluruh Turki mulai 20 Julai 2016 dan sudah tujuh kali diperbaharui dengan yang terbaru akan tamat 19 Julai ini.

Ketua Pengarah Bahagian Media dan Maklumat merangkap Ketua Penasihat kepada Presiden Turki, Mehmet Alarms, berkata sambutan kali ini amat bermakna buat Turki dalam usaha pentadbiran Erdogan mempertahankan demokrasi.

"Upacara peringatan ini besar ertinya terutama kepada seluruh rakyat Turki kerana mereka adalah watak utama mematahkan cubaan kudeta berkenaan.

"Rakyat Turki membuktikan semangat demokrasi yang ada dalam diri mereka berjaya menumpaskan serangan kudeta itu.

"Sambutan ini boleh dianggap seperti hari kemerdekaan kedua buat Turki selepas kemerdekaan pertama (29 Oktober 1923)," katanya ketika sesi taklimat kepada kira-kira 300 media antarabangsa yang dijemput membuat liputan acara peringatan itu di sini, hari ini.

Mehmet berkata, Turki bersedia bekerjasama dengan mana-mana negara di dunia termasuk berkongsi maklumat risikan mengenai pergerakan FETO yang kini bertapak dengan keanggotaan dan rangkaian di seluruh dunia.

"Kami bernasib baik kerana cubaan rampasan kuasa itu ditumpaskan pada malam tragedi terbabit, jika tidak Turki pasti menjadi tumpuan kemasukan pengganas dari Syria dan beberapa negara lain.

"Negara yang gagal mengambil tindakan terhadap pergerakan FETO yang bertapak di negara masing-masing bakal berdepan masalah pada masa depan, " katanya.

Mengikut rekod, Turki telah mengalami empat kali sejarah hitam ancaman kudeta tentera iaitu pada 1960, 1971, 1980, 1997 manakala 15 Julai 2016 adalah paling buruk.

Dalam perkembangan berkaitan, Mehmet turut menyifatkan ulang tahun kedua kegagalan kudeta itu sebagai titik tolak transformasi sistem pemerintahan di Turki, termasuk kejayaan Erdogan memenangi pilihan raya Presiden pada 25 Jun lalu.

Berbekalkan kemenangan itu, katanya, Erdogan menjadi presiden pertama Turki dengan kuasa eksekutif, sekali gus memudahkan beliau melakukan transformasi.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/449069/rakyat-tukri-utuh-pertahan-demokrasi

Cabinet source confirms Dewan Rakyat Speaker a retired judge
Published 56 minutes ago on 14 July 2018
By Yiswaree Palansamy
A retired judge is slated to assume the role of Dewan Rakyat Speaker. — Photo by Saw Siow Feng
A retired judge is slated to assume the role of Dewan Rakyat Speaker. — Photo by Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, July 14 — A retired judge is slated to assume the role of Dewan Rakyat Speaker, according to a source close to the Cabinet and privy to the arrangements, who wished to remain anonymous to not pre-empt the swearing-in this Monday.

The source told Malay Mail that Pakatan Harapan (PH) had initially decided on Datuk Johari Abdul as the Speaker candidate, but decided against it later, as the Sungai Petani MP is also the state assemblyman for Gurun, Kedah, and would be required to vacate the state seat.

“Basically there was already one in mind but he has to vacate the state seat. So that will create a kind of confusion,” the source said, referring to Johari.

“It will be a retired judge,” the source said, when asked about the final Speaker candidate, stopping short of revealing the candidate’s identity.

Retired Court of Appeal judge, Datuk, had already told New Straits Times yesterday that he was expecting his appointment letter as the Dewan Rakyat Speaker.

But as of today, no name has been announced by Putrajaya yet, leaving critics such as former prime minister Datuk Seri Najib Razak and Umno secretary-general Tan Sri Annuar Musa alleging the invalidity of the Speaker.

Mohamad Ariff was among the two judges expected to be appointed to the post. The other was another former Court of Appeal judge, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus.

This comes even as Pakatan Harapan chief secretary Datuk Saifuddin Abdullah was previously quoted as saying that the post would go to an MP.

Earlier today, de facto law minister Datuk Liew Vui Keong explained that the Parliament Secretariat had received a name for the Speaker from Putrajaya on July 2, and this is in compliance with the 14 days’ requirement under Standing Order 4(1).

The minister in charge of Parliament said detractors who claimed so had an ulterior motive.

Sumber: 
https://www.malaymail.com/s/1652357/cabinet-source-confirms-dewan-rakyat-speaker-a-retired-judge

BERITA»Nasional
Sabtu, 14 Julai 2018 | 3:04pm
Solidariti terhadap pembebasan Palestin dan Syria
Oleh Syalikha Sazili syalikha@nstp.com.my
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, beramah mesra bersama kanak-kanak Palestin, Malik Ahid Abu Al Atta (kiri), pada Majlis Permuafakatan dan Silaturahim bersama kanak-kanak Palestin dan Syria di Hotel Putra, Kuala Lumpur. - Foto Aziah Azmee
KUALA LUMPUR: Rakyat digesa meneruskan solidariti terhadap pembebasan Palestin dan Syria daripada kezaliman rejim Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata penyatuan Islam di seluruh dunia dan bantuan secara berterusan itu amat besar nilainya kepada mereka.

Katanya, sebagai negara kecil, Malaysia tidak mampu mengangkat senjata terhadap kuasa besar dunia, namun solidariti itu menunjukkan betapa besar sokongan negara terhadap Palestin dan Syria.

"Kerajaan sememangnya mengecam tindakan zalim Israel dan sekutunya Amerika Syarikat kerana bertindak kasar lagi berani menyerang Palestin tanpa menghiraukan undang-undang jenayah antarabangsa serta hak asasi manusia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (dua kanan) menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 berbentuk replika cek kepada Pengurus Besar Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Nor, Pengerusi Serantau Muslim, Dr Raja Iskandar Raja Yaacob dan Wakil Duta Palestin, Mohammed Abbudagga (kanan) pada Majlis Permuafakatan dan Silaturahim bersama kanak kanak Palestine dan Syria di Hotel Putra, Kuala Lumpur. - Foto Aziah Azmee
"Kita akan teruskan kerja kemanusiaan ini sebagai tanda sokongan terhadap pembebasan negara terbabit, sekali gus menunjukkan betapa Malaysia prihatin terhadap kesengsaraan yang dialami," katanya dalam ucapan pada Majlis Aidilfitri Permuafakatan Silaturrahim bersama anak Palestin dan Syira, di sini, hari ini.

Lebih 30 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Cinta Syria dan Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) dirai pada majlis itu.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Serantau Muslim, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan wakil Duta Palestin ke Malaysia, Mohammed Abudagga.

Sementara itu, Mujahid turut melancarkan dan menyumbang RM20,000 kepada dua tabung iaitu Tabung Untukmu Palestin dan Tabung Untukmu Syiria.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/448998/solidariti-terhadap-pembebasan-palestin-dan-syria

BERITA»Pendidikan
Sabtu, 14 Julai 2018 | 3:21pm
CGPV bantu lahir modal insan cemerlang
Oleh Mary Victoria Dass maryvictoria@nstp.com.my
Pengarah Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat (tengah) bergambar bersama pelajar selepas bengkel Bahasa Inggeris Fun English And Motivational Camp, di SMK Tanjung Adang, Gelang Patah. - Foto Mohd Azren Jamaludin
ISKANDAR PUTERI: Menyedari pentingannya penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan pelajar sekolah, pengurusan Country Garden Pacificview (CGPV) menjalankan pelbagai inisiatif bagi memastikan mereka mendapat pendedahan awal berkaitan bahasa itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat berkata, pada 29 hingga 30 Jun lalu, CGPV yang juga pemaju projek pembangunan Forest City mengadakan bengkel NST-NIE UPSR di enam sekolah angkatnya di sekitar Gelang Patah.

Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Morni Pok, SK Tanjong Adang, SK Tiram Duku, SK Tanjung Kupang, SK Ladang Pendas dan SK Pendas Laut.
Pengarah Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat (tengah) beramah mesra bersama pelajar, ketika hadir di bengkel Bahasa Inggeris Fun English And Motivational Camp, di SMK Tanjung Adang, Gelang Patah. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Menurutnya, inisiatif itu bukan setakat memperkasakan program pendidikan, malah melahirkan modal insan cemerlang pada masa depan.

"Kami yakin program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan iaitu berusaha membantu remaja luar bandar meningkatkan taraf pendidikan mereka.

"Selain program NST-NIE UPSR, kami menganjurkan bengkel Bahasa Inggeris 'Fun English And Motivational Camp' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang, hari ini.

"Bahasa Inggeris adalah bahasa global yang menjadi medium perantaraan di seluruh dunia dan kami ingin melihat lebih ramai generasi muda mampu bertutur dengan lebih yakin serta menjadi modal insan cemerlang," katanya.
Pengarah Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat (tengah) beramah mesra bersama pelajar, ketika hadir di bengkel Bahasa Inggeris Fun English And Motivational Camp, di SMK Tanjung Adang, Gelang Patah. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Aeron berkata demikian ketika ditemui pada bengkel Bahasa Inggeris Fun English And Motivational Camp di SMK Tanjung Adang di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengetua SMK Tanjung Adang, Noor Hafizah Abdul Wahab.

Sementara itu, Noor Hafizah berkata, bengkel itu membabitkan 100 pelajar tingkatan dua hingga empat.

Menurutnya, pengisian bengkel termasuk sesi suai kenal, aktiviti berkumpulan, ucapan awam serta ceramah.

Bengkel bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dan semua pihak menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya.

"Bengkel ini dihadiri seramai 34 pelajar jemputan daripada Sekolah Tun Fatimah (STF) yang dikenali sebagai Future Leaders 1721 STF dalam usaha membantu kelancaran aktiviti secara berkumpulan," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar SMK Tanjung Adang, Azuan Azhar Shah, 15, berkata penganjuran bengkel seumpama itu amat bermakna baginya dan rakan sekolah.

"Kami sedar penguasaan dalam Bahasa Inggeris adalah penting terutama apabila kami melangkah ke alam pekerjaan.

"Kami berterima kasih atas penganjuran bengkel seumpama ini dan berharap ia akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Nurul Shafika Abdullah, 15, berkata berpeluang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris menerusi program berkenaan.

"Saya seronok dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan ia memupuk minat untuk menguasainya pada masa depan," katanya.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/07/449008/cgpv-bantu-lahir-modal-insan-cemerlang

BERITA»Nasional
Sabtu, 14 Julai 2018 | 8:42pm
Arab Saudi beri keistimewaan kepada jemaah haji Malaysia
Oleh Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bersalam bersama jemaah haji sebelum mereka berlepas di Komplkes Tabung Haji, Sepang. - Foto Mohd Fadli Hamzah
SEPANG: Selepas kejayaan program rintis pada tahun lalu, kemudahan pra-pelepasan membabitkan 30,200 jemaah haji Malaysia diteruskan pada tahun ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kemudahan pra-pelepasan itu membabitkan proses dokumentasi visa, pasport dan biometrik selain saringan kesihatan serta pemeriksaan kastam oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, langkah berkenaan satu keistimewaan kepada jemaah haji Malaysia disediakan kerajaan Arab Saudi, sekali gus mereka tidak perlu menunggu lama sebaik tiba di Tanah Suci.

"Keluar sahaja dari pesawat sebaik tiba di Tanah Suci, jemaah haji Malaysia boleh terus menaiki bas yang disediakan untuk ke hotel manakala bagasi masing-masing akan terus dihantar ke hotel.

"Jadi, kemudahan pra-pelepasan ini memang sangat membantu kerana jemaah haji tidak perlu melalui proses dokumentasi memandangkan sudah dibuat terlebih dahulu di KLIA," katanya ketika ditemui pada pelepasan jemaah haji Malaysia di Kompleks Tabung Haji (TH) Sepang, di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana memberikan kemudahan berkenaan kepada rakyat Malaysia.

Katanya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang diberi peluang melakukan proses pra-pelepasan oleh pihak Arab Saudi di sini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sebanyak 76 petugas daripada pelbagai agensi kerajaan Arab Saudi ditugaskan di KLIA bagi memastikan proses pra-pelepasan berkenaan berjalan lancar.

"Berdasarkan pengalaman saya ke Tanah Suci pada musim haji lalu, tanpa proses pra-pelepasan ini, setiap jemaah perlu beratur panjang untuk melalui proses dokumentasi di lapangan terbang di sana.

"Sistem ini sangat cepat kerana apabila mereka sampai ke Tanah Suci, jemaah haji akan terus naik bas manakala bagasi terus dibawa ke hotel masing-masing," katanya.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/449106/arab-saudi-beri-keistimewaan-kepada-jemaah-haji-malaysia
...

Tiada ulasan: