Sabtu, 14 Julai 2018

Jauhilah dia kerana kasih sayang bukan dapat disadur dengan jalan kebencian. 7869.


Jauhilah dia kerana kebenaran bukan dibawa dengan jalan mencela 7808
https://babab.net/artikel/jauhilah-dia-kerana-kebenaran-bukan-dibawa-dengan-jalan-mencela-7808.html
https://peceq.blogspot.com/2018/06/jauhilah-dia-kerana-kebenaran-bukan.html

Jauhilah dia kerana kasih sayang bukan dapat disadur dengan jalan kebencian. 

Jauhi orang yang mewar-warkan kebencian dalam pidatonya atau orang yang dalam cakap bualnya ada luahan kebencian. Antara punca kebencian ialah memperalatkan Islam, mengutarakan isu perkauman, melaga-lagakan rakyat dengan pemimpin atau Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu. 

Mereka yang dalam kelompok sebegini, apabila diberi kuasa tidak pandang pun kita sebagai sebahagian warga negara. Suara kita tenggelam oleh suara mereka sebab mereka berkuasa. Keloh kesah rakyat banyak jarang diambil berat. Yang penting mereka kaya raya dan boleh tunjuk mereka berduit, berwang dengan mengangih-agihkan not tebal di depan kita, tanpa rasa malu atau adanya rasa hormat kerana kita bukan kalangan mereka. 

Kebencian lebih kepada perpecahan masyarakat dan meleburkan penyatuan bangsa sebagai Rakyat Malaysia yang majmuk. Jika bercakap tentang Islam adakah mereka menzahirkan sekali unsur-unsur DAKWAH? Apa pernah kita mendoakan atau memohon pada Allah Subhanahuwatalla supaya kita diperteguhkan takwa dan iman serta mendoakan yang bukan Islam Allah kurniakan hidayah kepada mereka. Aamiin. 

Sebagai contoh Politik Kebencian meletakkan ISLAM kedalam jurang. Nauzubillahminzalik. Sedangkan Islam mengajar kita mendahulukan Islam dalam segala tata cara dan aktiviti berkaitan dengan kehidupan sebelum kematian menjemput kita. 

Apabila kita takutkan Allah Subhanahuwatalla sudah tentu bahasa biadap kurang ajar, caci maki, mencela, mengaibkan tidak akan timbul dalam persekitaran kita. Babi pun berwirid 700 kali sehari untuk Allah Subhanahuwatalla. Allahu Akbar. 

'Muda lagi dah lalok dik...'
Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my
REMAJA perempuan berusia 15 tahun antara 19 individu ditahan selepas didapati positif dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dalam serbuan di sebuah premis karaoke di USJ19, Subang Jaya, awal pagi hari ini.

Operasi bersepadu disertai 15 pegawai AADK Selangor dengan kerjasama 38 penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu membongkar ‘lubuk lalok’ itu apabila individu terbabit berhibur di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine dan methylenedioxy-methamphetamine (MDMA).

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Selangor, Mohd Firdaus Abu Bakar, berkata individu ditangkap berusia antara 15 hingga 25 tahun itu terdiri daripada 17 lelaki dan dua perempuan.

Katanya, kumpulan itu termasuk tujuh individu berumur bawah 18 tahun disahkan positif pelbagai jenis dadah termasuk methamphetamine dan MDMA.

“Kami memulakan operasi pada 12 tengah malam dan dua pusat hiburan diserbu iaitu di USJ19, Subang Jaya dan Bandar Sunway.

“Di USJ19, kami menjalankan ujian saringan air kencing terhadap 23 individu dan 19 daripadanya didapati positif dadah termasuk MDMA.

“Ada di antara mereka yang bawah umur 18 tahun, masih bersekolah dan menetap di kawasan berdekatan (Subang Jaya dan USJ).

“Pusat hiburan di Bandar Sunway pula, ujian sama dijalankan terhadap 10 individu dan dua daripadanya positif dadah jenis ganja,” katanya pada sidang media operasi bersepadu itu di USJ19, Subang Jaya, awal pagi hari ini.

Turun hadir, Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali.

Mohd Firdaus berkata, semua individu itu akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Beliau berkata, untuk tindakan lanjut, pihaknya akan dapatkan reman daripada pihak mahkamah.

“Kita akan memohon perintah supaya mereka menjalankan proses pemulihan bersama AADK sama ada dalam institusi atau bersama komuniti,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zulkurnain berkata premis karaoke di USJ19 tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai pusat hiburan.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai hak untuk mengambil tindakan ke atas premis itu mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Selangor 1995 (pindaan 2001) iaitu mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen daripada MPSJ.

“Kami turut merampas beberapa alat dan set karaoke sebagai bahan bukti siasatan.

“Mengikut rekod MPSJ, lesen premis itu ditarik berikutan aktiviti perjudian berleluasa di premis itu, ia secara jelas melanggar peruntukan undang-undang sedia ada.

“Premis itu menjalankan operasi secara haram, malah penguat kuasa kita mendapati terdapat beberapa laluan rahsia masuk dan keluar, selain pelanggan tertentu sahaja dibenarkan masuk,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 9:50 AM
Pautan: 
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/357717/muda-lagi-dah-lalok-dik

'Saya bukan ibu gadis itu...'
Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my
“SAYA bukan ibu kepada gadis itu dan tiada apa-apa hubungan dengannya. Saya kesal kerana ada pihak mengecam saya dan keluarga dengan keterlaluan. “Malah, sehingga kini saya, suami dan dua anak serta keluarga amat tertekan dengan komen negatif di media sosial dan panggilan telefon sering bertanya mengenai perkara itu.” Demikian kata Shirla Fanny Maturin, 44, mengenai remaja perempuan Merhana Abdullah, 15, yang mencari ibu kandung yang tidak pernah dikenalinya.

Berdasarkan laporan Harian Metro pada 11 Julai lalu, Merhana mencari ibu kandungnya, Shirla Fanny Maturin untuk memohon kad pengenalan bagi meneruskan persekolahannya.
SHIRLA menunjukkan laporan polis mendakwa dia bukan ibu kandung dicari Merhana walaupun menyamai nama, umur dan bangsanya ketika ditemui di Likas, semalam. FOTO Khairul Azry Bidin.

Walaupun nama ibu gadis itu sama dengan namanya, Shirla berkata, dia tidak pernah mengenali atau mempunyai ikatan dengan ayah kandung gadis itu. “Suami saya hanya Lennon Egedius Sipaul dan sejak berkahwin pada 2001, kami dikurniakan dua anak dan salah seorang anak saya sebaya dengan gadis itu. “Saya ingin saya jelaskan, saya tidak pernah bersuami selain Lennon...apatah lagi mempunyai anak yang bukan dari suami saya,” katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu, semalam.

Shirla yang bekerja sebagai jurujual hartanah berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas menerima keratan akhbar Harian Metro daripada pelanggannya melalui aplikasi WhatsApp. “Sejak itu, sering saja kenalan dan pelanggan bertanya kepada saya mengenainya kerana nama ibu gadis yang tertulis pada berita itu sama dengan nama saya. “Saya sebenarnya tidak mahu memanjangkan masalah ini, tetapi perlu saya beritahu perkara sebenar agar orang ramai tidak buruk sangka terhadap saya dan keluarga,” katanya.

Menurutnya, selepas mengetahui perkara itu, dia dan suami membuat laporan di Jabatan Pendaftaran Negara dan polis, selain menemui peguam untuk meminta pandangan. “Saya harap pihak berwajib mencari jalan penyelesaian sewajarnya. Ini kerana apa yang saya musykil bagaimana nama, umur dan bangsa dua individu itu sama...lebih pelik, sijil kelahiran milik gadis itu tertulis ibunya keturunan Kadazan, namun dia diiktiraf bukan warganegara,” katanya. Mengulas lanjut, Shirla berkata, dia pernah kehilangan kad pengenalan selepas beg duitnya disamun di Pejabat Pos Kota Kinabalu pada 1998. Sehubungan itu, beliau berharap Jabatan Pendaftaran Negara menyiasat kerana berlaku salah faham mengenai identitinya ketika mendaftar sijil kelahiran anak pertama pada 2002, dipercayai kemungkinan kad pengenalannya digunakan individu lain.

Pada 11 Julai lalu, Merhana dilaporkan mencari ibu kandungnya Shirla Fanny Maturin yang terpisah sejak tujuh tahun lalu manakala bapanya meninggal dunia pada 2011. Selepas bapanya meninggal dunia, Merhana dijaga ibu dan bapa angkatnya yang juga sepupu arwah bapanya sejak berusia lapan tahun, namun masalah timbul apabila keluarga angkat remaja itu tidak dapat memohon kad pengenalan kerana tiada dokumen ibu.

Berita berkaitan
• 'Cari ibu kandung untuk mohon kad pengenalan'
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 9:27 AM
Pautan: 
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/357704/saya-bukan-ibu-gadis-itu

Saturday, July 14, 2018
Apa itu UEC?
Pada 13 Julai 2018
oleh Joyce Tan
Ada orang marah dengan usaha mengiktiraf UEC walaupun tidak tahu apa-apa tentang UEC. Ada antara mereka yang tidak tahu pun nama penuh singkatan UEC itu. Malah, ada yang menyangka huruf C dalam UEC adalah untuk bahasa Cina atau orang Cina.

Sebenarnya anggapan itu salah. Izinkan saya menjelaskan hal yang sebenarnya. UEC adalah singkatan nama kepada Unified Examination Certificate. Saya sendiri merupakan seorang bekas pelajar yang mengambil peperiksaan UEC.

Pelajar-pelajar cemerlang yang memiliki UEC peringkat tinggi diterima masuk untuk program ijazah Sarjana Muda di banyak universiti terkemuka antarabangsa.  Antara universiti yang menerima UEC sebagai kelayakan asas adalah Oxford University, University of Cambridge, Australian National University, Kyoto University, California Institute of Technology, dan Peking University.

Bagaimanapun, di Malaysia, UEC belum diiktiraf untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Menyedari pentingnya pengiktrifan UEC, pada pilihanraya umum ke-14 yang lalu, Pakatan Harapan berjanji untuk mengiktiraf UEC jika diberi mandat menjadi kerajaan.

Janji itu yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan adalah untuk menjadikan UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki IPTA dengan syarat pemohon memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Dengan ini, UEC akan dinilai setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke IPTA.

Namun, walaupun tidak diiktiraf oleh kerajaan, sejak tahun 2004, UEC diterima untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Mulai tahun 2010, UEC juga telah diterima untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Cina) di Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan.

Di Malaysia, ia merupakan sijil yang digunapakai oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina. UEC adalah ujian peperiksaan menengah yang ditadbir oleh Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Sekolah menengah Cina menerima pelajar daripada pelbagai kaum dan agama termasuk pelajar Melayu.

Dong Zhong menitikberatkan penguasaan Bahasa Melayu dan menerima syarat wajib memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Setiap tahun, Sekolah Menengah Persendirian Cina bekerjasama dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk menganjurkan Pertandingan Forum Pelajar dengan tujuan memperkasakan pembelajaran Bahasa Melayu.

Bagi UEC, bukan semua mata pelajaran diajar dalam Bahasa Cina. Bahasa Cina dan juga  Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan.

Buku teks Sekolah Menengah Persendirian Cina disediakan untuk mematuhi dan selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan. Contohnya, buku teks sejarah mengandungi 57% Sejarah Malaysia dan 43% Sejarah Dunia.

Kurikulum pula dirancang dengan tujuan memupuk semangat nasionalisme Malaysia, memperkasakan keharmonian dan persefahaman kaum di Malaysia.

Hari ini ramai ibu bapa kalangan Melayu yang menghantar anak mereka ke sekolah Cina. Menurut statistik dari Kementerian Pendidikan pada 2016, terdapat  67,128 atau 12.6% pelajar Melayu yang didaftarkan di Sekolah Rendah Cina.

Walaupun statistik ini merujuk kepada sekolah rendah, kita boleh menjangkakan lebih ramai pelajar bukan-Cina yang berminat ke Sekolah Menengah Persendirian Cina bagi melanjutkan pengajian asas mereka.

Isu UEC merupakan isu pendidikan. Ia bukan isu politik, ia bukan isu kaum. Semoga kita dapat menerima realiti bahawa kepelbagaian dan perbezaan budaya, bahasa dan agama tidak harus menjadi masalah, sebaliknya dapat kita raikan bersama dalam semangat muhibah.

*Joyce Tan merupakan seorang pemegang sijil UEC 
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, July 14, 2018

What I believe

I believe in a world where justice and peace rules, where all human beings (and not just a privileged few) will be treated with the dignity that is theirs as the children of the one God.

I believe in a world where the economy serves the people and not the other way around.

I believe that it has become even more urgent for us now to become stewards of the environment and to hold corporations accountable for their wrongdoings.

I believe in the love, justice, compassion, simplicity and deep peace that Allah (and many great women and men down the ages) taught us – not the materialism, consumerism, avarice, hatred, violence and war that the power structures of the day promote.

I believe in people-centred globalisation – a globalisation of solidarity – not corporate-led globalisation that promotes a world ruled by corporations aided by greedy politicians, bureaucrats and tycoons acting in cahoots with one another.

I believe that real journalism serves the interests of ordinary people and holds to account the powers-that-be and their associated vested political, business and corporate interest.

WRLR

PEJUANG KEMERDEKAAN

PEJUANG KEMERDEKAAN
Pautan: 
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Apa itu UEC?

Saturday, July 14, 2018
Harap MPI tidak kekesampingkan wartawan media sosial
SUARA DARI SUDUT

MALAM tadi telah berlangsung majlis Malam Wartawan Malaysia 2018 dan Penyampaian Anugerah Kewartawanan Malaysia 2017. Majlis tahunan ini dianjurkan oleh Institiut Kewartawanan Malaysia (IPM) dengan kerjasama Petronas. Pada majlis ini wartawan diraikan disamping diberi anugerah kepada wartawan yang dipilih dari berbagai kategori yang ditetapkan.

Format anugerah ini dibuat berdasarkan kepada penilaian kepada kategori yang ditetapkan oleh pihak penganjura. Kali ini sebanyak 20 kategori dipertandingkan, antaranya Infografik Terbaik, Kartun Editorial Terbaik, Laporan Berita Cemerlang, Laporan Radio Terbaik, Laporan Portal Terbaik, Foto Esei Cemerlang dan Kewartawanan Panyiasatan Cemerlang.

Sebanyak 349 penyertantaan atau pun bahan-bahan yang diterima oleh pihak penganjur untuk diadili pada tahun ini. Nilai hadiah tertinggi diberikan sebanyak RM30,000 yang dinamakan Hadiah Kajai, mengambil sepena nama pelopor wartawan Melayu, Rahim Kajai.

Majlis ini sudah berlangsung sejak beberapa tahun lalu. Peranannya sama dengan anugerah sempena Festa Filem atau anugerah Skrin yang diberikan kepada artis, pelawak dan pengiat filem.

Kewujudan majlis ini baik untuk mengikhtiraf peranan wartawan. Ia bertujuan memberi semangat dan dorongan kepada wartawan menghasilkan laporan berkualiti serta badan-badan media dan akhbar mempertingkatkan mutu pemberitaan dan penyiaran mereka. Itulah tujuannya.

Tidak syak lagi dengan adanya anugerah ini ia menjadi aspirasi kepada golongan wartawan dan juga agensi-agensi media massa di negara ini. Media massa boleh mempertingkatkan mutu kewartawan mereka dengan mengambil kira semangat yang dicernakan menerusi anugerah itu.

Majlis itu dikelolakan oleh IPM dengan kerjasama Petronas. Petronas lah yang bertangungjawab  mengeluarkan perbelanjaan. 

Di samping mengalu-alukan majlis seumpama itu diteruskan, ada sedikit cadangan di sini bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan dan memaknakan lagi dunia kewartawan. Apa yang hendak dicadangkan agar majlis itu diperluaskan skop penilaian dan penglibatan kumpulan dalam anugerah itu, kepada bukan sahaja daripada wartawan atau media berdaftar tetapi kepada kumpulan lain juga.

Kumpulan yang rasanya tidak boleh diketepikan untuk dinilai sama bagi memeriahkan majlis anugerah itu ialah kumpulan media sosial, seperti facebook, twitter, instagram, blog dan lain-lain. Bagi saya kumpulan atau penglibatan pemain-pemain media sosial ini juga termasuk dalam golongan wartawan atau pelapor. Satu hakikat yang perlu diambil kira, peranan dimainkan media sosial sekarang ini sangat besar dan berkesan.

Bahkan ada sesetengah laporan atau bahan yang dimasukan dalam media sosial ini lebih berkesan dan mendapat perhatian. Ia juga kadang kala menjadi sumber berita kepada media cetak dan eletronik lain. Untuk melaksanakan ini mungkin MPI merangka suatu mekanisme tertentu untuk memberi anugerah dan membuat penilaian. Misalnya, laporan atau status daripada facebook, instagram, twitter, yang jelas boleh diambil kira untuk dinilai.

Mungkin untuk ini agak sukar sedikit bagi mencari bahan atau laporan bagi diadili. Mustahil kepada faceboker untuk menghantar sendiri laporan mereka. Sebagai untuk memenuhi ini pihak MPI perlu menubuhkan panel di kalangan anggota mereka mengenai pasti mana-mana laporan untuk dinilai dan diadili yang disiarkan dalam media sosial.

Untuk mengesan ini tidak terlalu sukar, kerana selalunya status yang menarik dan dianggap berkualiti itu mudah ditemui dalam ruangan facebook, twitter dan sebagainya kerana ia dikongsikan oleh ribuan yang lain. Misalnya gambar klik video spontan yang dimasukkan dan menjadi viral ditonton puluhan ribu boleh diambil.

Walaupun gambar berkenaan mungkin tidak memenuhi kriteria kewarwatatan tertentu tetapi kesan yang dihasilkan adalah besar apabila ia diberikan tindakan segera. Selalu kita ketahui laporan-laporan daripada wartawan tanpa tauliah ini diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Dalam hubungan ini yang penting ialah kesan daripada penyiaran berita atau kilik video berkenaan.

Tujuan bahan-bahan di media sosial ini diberi anugerah dan dibuat penilaian ia juga bagi merangsang para pemain medisa sosial terikat dengan etika kewartwanan dan anugerah itu boleh mendorong mereka memberperbaiki mutu status mereka dengan harapan ia akan dinilai. Cara itu secara tidak langsung mendidik pemain media sosial lebih bertanggungjawab dan beretika.

Sekiranya cadangan ini diambil kira, majlis itu lebih meriah lagi dan bidang penilaiannya dan kepeduliannya lebih meluas lagi sesuai dengan peranannya selaku majlis kewartawanan negara. Menghargai sesuatu yang baik itu bukan semestinya daripada media massa mainstream sahaja. Media arus perdana ada juga kadang-kandang sifatnya jauh lebih buruk kepada pembangunan sosial politik negara apabila media massa berkenan menerapkan agenda peribadi atau kelompok mereka.

Semoga pandangan ini mendapat perhatian MPI dan pihak-pihak tertentu. Kehadiran media sosial perlu diraikan sama, kerana peranan dan fungsinya sangat berkesan terutamanya di era kecanggihan IT dan "dunia mudah alih" ini. [wm.kl. 7:58 am 14/07/18]
Posted by mohd sayuti Omar at 8:39:00 AM
Pautan: 
.: Harap MPI tidak kekesampingkan wartawan media sosial

Saturday, 14 July 2018
RAKYAT DAN RAJA - SIAPA YANG LEBIH BERKUASA?

1.  Tiada rakyat maka tiada Raja, inilah keadaan yang sebenarnya.

2.  Jika kita kembali kepada sejarah, ia jelas menampakkan bahawa rakyatlah di suatu masa dahulu yang memilih siapa di kalangan mereka untuk diangkat sebagai Ketua yang kemudiannya ditukar gelaran sebagai Raja atau Sultan.

3.  Apabila tiada persefahaman,  maka jalan terbaik ialah menjemput mereka sama ada dari Sumatra ( Minangkabau) mahu pun dari Kepulauan Sulawesi atau lebih tepat orang Bugis sebagai Ketua atau Raja mereka.

4.  Raja atau Sultan Negeri Sembilan berasal dari Pagar Ruyong, Sumatra sementara Sultan Selangor dan Johor pula berasal dari keturunan Bugis,  di Sulawesi, Indonesia.

5.  Ibu Sultan Perak berasal dari keturunan rakyat biasa Pulau Pinang sementara ibu Sultan Ibrahim Johor pula adalah seorang rakyat biasa keturunan  Inggeris dari England, beliau baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini. Raja Muda Selangor pula adalah kacukan Bugis dan rakyat biasa dari Amerika Syarikat.

6.  Keturunan apa pun mereka ini, yang sahih mereka telah diberi peluang diangkat sebagai Raja atau Sultan oleh rakyat.

7. Hanya ADAT sahaja yang mengizinkan keturunan mereka dari asal ke cucu cicit untuk terus mewarisi tempat tersebut tanpa disoal oleh rakyat kini.

8. Istilah Raja berasal dari perkataan Sanskrit, India yang bermaksud Rajan atau Ketua Puak.

9. Sultan pula merupakan istilah Bahasa Arab yang berasal daripada perkataan   'Salatha' yang bererti yang berkuasa.

10. Sejak Merdeka keadaan mula berubah. Raja atau Sultan TIDAK lagi bertindak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. ‘Sekali air bah, sekali pantai berubah’.

11. Mengikut hikayat lama, Laksamana Bentan, Megat Sri Rama telah melafazkan kata - kata yang sehingga kini masih bermain di kepala sebahagian rakyat iaitu 'Raja Adil Raja DiSembah , Raja Zalim Raja DiSanggah'.

12. Kezaliman Sultan membunuh Dang Anum, isteri Laksamana Bentan itu berakhir dengan apa yang dikenang sehingga sekarang sebagai -  ‘Sultan Mahmud Mangkat Di Julang'.

13. Peristiwa tersebut mengingatkan kita khasnya Sultan bahawa mereka tidak boleh bertindak sesuka hati.

14. Menjelang PRU 14 yang berlangsung pada 9hb Mei yang baru lepas, beberapa orang Sultan telah bertindak diluar batasan.

15. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menarik Darjah DK daripada Tun Mahathir. Darjah ini dianugerahkan kepada Tun oleh ayahanda beliau, Sultan Ismail Petra.

16. Sebelum arahan diberi atau dikeluarkan, Tun Mahathir sendiri telah memulangkan pingat yang sama taraf  kepada Sultan Selangor.

17. Di Johor pula Sultan Ibrahim dan anaknya Tunku Ismail   bersungguh - sungguh berkempen bagi mengalahkan Tun Mahathir dan parti beliau dengan alasan- alasan yang tak masuk akal.

18. Sultan harus menerima hakikat bahawa usaha mereka telah ditolak oleh majoriti rakyat, justeru ia dengan sendiri membawa makna bahawa rakyat lebih cerdik dari mereka.

19. Rakyat berasa lega apabila Pakatan Harapan yang diberi amanah memerintah telah melaksanakan beberapa perubahan atau reform apabila beberapa agensi seperti SPRM , SPR dan lain-lain yang selama ini berada dibawah kawalan Pejabat Perdana Menteri ( PMO ) diletakkan terus dibawah kawalan Parlimen.

20. Banyak lagi Akta yang akan dimansuhkan dalam masa terdekat ini.

21. Bagi menguatkan lagi Institusi Raja Berperlembagaan dan dalam masa yang sama bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham antara Raja dan Rakyat, maka perkara berikut adalah dicadangkan:-

1.  Setiap tahun semasa Pembentangan Belanjawan sama ada di peringkat Parlimen ( Agong ) dan Negeri ( Sultan ), segala kos perkhidmatan, perbelanjaan dan penyelenggaraan mereka dan keluarga  MESTI dibentang bagi mendapat kelulusan. Ini kerana setiap sen yang dibelanjakan adalah hasil titik peluh rakyat, maka rakyat berhak diberitahu ke mana wang mereka dibelanjakan.

2.  Parlimen MESTI meluluskan garis panduan yang jelas berkenaan perkara - perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka, sebagai contoh jumlah kereta yang dikecualikan dari sebarang cukai,  tidak boleh berniaga dan menggunakan pengaruh untuk sebarang projek, tidak boleh  'menjual' sebarang Darjah Kebesaran,  tidak boleh mencampuri hal ehwal politik sama ada secara tersurat dan tersirat. Begitu juga tidak boleh terlibat dalam urusan pentadbiran seperti hal ehwal tanah dan pembangunan seperti yang dilakukan di Johor. Kuasa ini MESTI dibatalkan serta merta.

22. Cadangan diatas adalah amalan biasa yang dilaksanakan di England dan di beberapa negara yang mempunyai Raja di Eropah.

23. Semoga  'Reformasi' ini berani dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

24. Tindakan ini tidak sekali - kali menjejaskan kedudukan Sultan, malah ia akan memastikan mereka terus hidup di istana yang disumbangkan oleh rakyat jelata tanpa perlu menitiskan walau setitik peluh pun.


25. Sila kongsi bersama pandangan saya ini.

Terima Kasih.
TAMRIN TUN GHAFAR
Sabtu 14/07/18.
Posted by Shahbudin Husin at 10:29
Pautan: 
Shahbudin dot com: RAKYAT DAN RAJA - SIAPA YANG LEBIH BERKUASA?
.-.
Beriman dengan Al Quran. Daftar Isi Al Quran dan Terjemahan: Sila Klik Untuk Membaca dan Mengkajinya. 
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)

Tiada ulasan: