Rabu, 18 Julai 2018

Antara harga RM128.60 DENGAN RM146.50 7883.


Merealisasikan HARGA PENGGUNA antara sistem pencukaian SST dengan GST. 

Pengguna tidak ingin cukai yang berulang-ulang bila membeli satu barang atau sebelum pengguna mendapatkan satu barang pelbagai cukai dikenakan. 

Pemborong dan peniaga tidak kisan hal ini sebab satu barang target mereka ialah keuntungan 30% bagi satu barang. Contoh harga paparan RM100.00 (termasuk target keuntungan 30%) Harga kos ialah RM70.00 - Nilai RM30.00 inilah sasaran tawar menawar sang pengguna. 

HARGA MATI dan Sikap kita sebagai PENGGUNA 

Harga mati telah mematikan hak tawar menawar harga pihak pengguna. Sistem ekonomi tawar menawar sebagai hak pengguna telah dimatikan oleh PASAR RAYA sebagai pelopornya. Hal ini diikuti oleh Mini Market dan pekedai-pekedai lain. 

Sanggupkah Rakyat Malaysia atau mana-mana pengguna mengurangkan kebergantungan kepada Hyper Market dan mana-mana peniaga yang menggunakan sistem harga mati? Bukan tidak pernah Rakyat Malaysia berjaya mengajar Super atau Hyper Market bungkus perniagaannya. Puncanya pihak pengurusan menghalang BUDAYA KASIH SAYANG KEPADA MASYARAKAT KELILING. Satu Hyper Market bertindak menutup tempat letak kereta tingkat atas, bila banjir melanda di Bandar SEGAMAT, JOHOR., beberapa tahun dulu. Akhirnya pasar raya berkenaan beransur-ansur merosot dan tutup niaganya di daerah tersebut. 
Untuk mencapai atau merealisasikan beza harga pengguna antara RM128.60 (SST) DENGAN RM146.50 (GST) PEMANTAUAN PIHAK BERKUASA ITU PENTING. Tidaklah sekadar bercakap seperti dalam gambar di atas di era kerajaan kliptokrasi yang lalu.
Menyampah dengan menteri-menteri yang banyak cakap. Contohi gaya Polis dan JPJ bila mereka bertindak terhadap langgaran Had Laju Kebangsaan atau kesalahan trafik yang lain. Tak banyak cakap, tahu-tahu surat saman sampai di peti surat rumah dengan siap tanda tangan terima lagi. Soal merayu kadar bayaran saman terserah kepada budi bicara ke dua-dua belah pihak, pehak berkuasa dengan pesalah trafik. Yang penting pesalah trafik jangan lari atau sombong berlagak yang menggagalkan terma BUDI BICARA itu tadi. Paling manis lepas dapat surat saman atau setelah bayar saman ucapkanlah terima kasih dan selamat bertugas encik. Itulah capaian Budi Bahasa Budaya kita.

Berbalik kepada hak pengguna itu tadi, kerajaan adalah lantikan rakyat dan bukan menjadi pelindung kepada penguasa ekonomi yang rakus dan tamak haloba serta cekik darah. Pegawai-pegawai atau penguat kuasa bukan lebih banyak sembang di meja sarapan dalam waktu pejabat. Terapkan itu bukan gaya sumber halal untuk melahirkan keluarga sakinah sebagaimana yang diwar-warkan Islam Agama Allah Subhanahuwatalla. Memang ada sesetengah tidak senonoh pun kerja tetapi anak-anak mereka berjaya. Tetapi kalau anak jadi penguatkuasa Jabatan Agama Islam pun penerima rasuah, macam mana itu. Jadi ahli politik pun pemberi dan penerima rasuah, itukah yang kita mahukan manusia seperti itu.

Kesedaran hak pengguna itu penting dalam sistem ekonomi moden. Gagalkan usaha peniaga yang cakap besar ADA DUIT BELI, TAK ADA DUIT JANGAN BELI - ENGKAU TAK BELI, RAMAI LAGI YANG AKAN BELI.

EVO.WIR

Wednesday, July 18, 2018
JANGAN BAGI JAWABAN MAT MASLAN BOLEH?
Campak pastu lari? : Kerajaan cakap SST 10% : Servis cas 6% 
OLEH: MAN TOBA
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
Rakyat yg tak paham apa apa mula berpolemik macam2 pastu pakat kutuk ramai2. Kami nih nak jadi tukang beckup percuma sampai bila?

Takkan nak tulis detail pasal cukai tu supaya rakyat faham pon payah?

Kan senang je ko cakap lah 10% tu sst sebelum ada gst. 6% tu pulak tidak semua benda kena cas. Kedai2 makan tertentu je kena bla bla bla bla..

Sama la macam sebelum ujud GST dulu. Jelaskan sejelas jelasnya susah sangat ke?

Lagi satu, Kalau back tu asal. Harga barang jadi rendah. Yang nak buat nih pastikan lah harga barangan tu BETUL murah. 

Jangan lah bila harga lagi mahal kalian gomen salahkan peniaga. Korang kan ada kuasa. Gunalah kuasa tu untuk siasat kat mana punca harga tu jadi mahal dan kaji makanisma apa yg boleh selesaikan permasalahan tu. 

Jgn dok bagi jawapan mat mazlan boleh ke?

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 18, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: JANGAN BAGI JAWABAN MAT MASLAN BOLEH?

SST tidak bebankan rakyat, kata Menteri Kewangan
 MALAYSIA DATELINEJ
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan membebankan rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memandangkan kerajaan hanya akan mengutip RM21 bilion setahun dan ‘memulangkan’ perbezaan RM23 bilion kepada mereka, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata kutipan SST diunjurkan hanya RM21 bilion bagi setahun penuh berbanding unjuran GST kerajaan terdahulu sebanyak RM44 bilion bagi 2018.”Tuduhan oleh Umno bahawa SST akan membebankan rakyat berbanding GST tidak logik.

“Menurut mereka, pengumuman saya bahawa pengenalan semua sistem percukaian lama dengan cukai jualan pada 10 peratus dan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bermakna kadar cukai adalah pada 16 peratus, lebih tinggi berbanding enam persatu GST,”katanya menerusi satu kenyataan.
Lim berkata ini tidak benar, kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya menambah peratusan cukai jualan dan cukai perkhidmatan, ‘seperti menyamakan epal dan limau.’

Kerajaan yang diketuai oleh Pakatan Harapan mahu kembali kepada SST – sistem percukaian sebelum GST – mulai 1 Sept dan memansuhkan GST.

Lim yang mengulas salah faham yang ditularkan hari ini, berkata Cukai Jualan pada kadar antara 5 peratus dan 10 peratus digunakan untuk produk dikilangkan dan produk tertentu yang diimport dan bukan semua produk, berbanding GST.

Bagi Cukai Perkhidmatan 6 peratus, beliau berkata ia digunakan untuk perkhidmatan tertentu dan bukan semua perkhidmatan, berbanding yang dikenakan oleh GST.

Lim juga berkata Cukai Jualan dikenakan ke atas harga kilang dan harga import, manakala GST dikenakan ke atas harga peringkat akhir yang dibayar oleh pengguna.

“Oleh itu adalah salah untuk mendakwa Cukai Jualan 10 peratus lebih tinggi daripada cukai GST pada 6 peratus,” katanya.

Lim berkata sebagai contoh, pembekal mengenakan kadar 10 peratus Cukai Jualan (10 sen) ke atas minuman ringan yang dikilangkan pada kos RM1.00.

“Apabila air tin yang sama dijual kepada pengguna di 7-Eleven pada harga RM2.00, kadar 6 peratus GST sebanyak 12 sen akan dikenakan. Dalam kes ini, jelas bahawa 6 peratus GST sebanyak 12 sen, lebih tinggi berbanding 10 peratus SST,” katanya.

Lim berkata Kementerian Kewangan telah menjalankan latihan semakan SST yang komprehensif dengan bantuan perunding cukai dari Pricewaterhouse Coopers (PwC).
No automatic alt text available.
“PwC akan membantu merasionalkan keperluan kutipan dan pelaporan cukai untuk memastikan SST akan lebih cekap berbanding GST, bahkan sistem SST lama.

“PwC akan memastikan SST yang dikenakan pada 1 Sept menjadi lebih mudah, ringkas, dan mampu mengelak kebocoran cukai.

Butiran penambahbaikan akan diumumkan apabila Rang Undang-undang baharu SST dibentangkan pada sidang Parlimen yang sedang berlangsung, katanya.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 18, 2018
https://wrlr.blogspot.com/2018/07/sst-vs-gst.html

Gambar luar tajuk: 

Tiada ulasan: