Rabu, 18 Julai 2018

Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3). 7884.


Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3), iaitu boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Menyayangi seseorang bukan beerti kita akan dpt milikinya. Akan kekal dihati bukan kekal dlm hidup kita. Semuanya dgn izin Allah. 
Alhamdulillah.....

BERITA»Nasional
Rabu, 18 Julai 2018 | 1:39pm
Angkara 'gengster', Dewan Rakyat kecoh
Oleh Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Hasrat membangkitkan tanggungjawab kerajaan dalam mengheret segelintir ahli Parlimen yang didakwa pernah berlagak samseng akhirnya mengundang kekecohan di Dewan Rakyat, hari ini.

Suasana ibarat 'pasar malam' ketika sesi perbahasan titah diraja itu mula tercetus apabila KS Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menerusi celahannya membangkitkan satu insiden pergaduhan beberapa tahun lalu.

"Saya masih ingat satu insiden membabitkan Ketua Pemuda UMNO, mereka ada di sini hari ini, mana dia? Lagak tidak bertamadun, menyerang Karpal Singh bersama sekurang-kurangnya lima lagi Pemuda UMNO seperti gengster.

"Soalan saya, adakah Parlimen sebagai institusi yang berperlembagaan, bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengambil tindakan sewajarnya kepada gengster Pemuda UMNO?" katanya sambil menuding jari ke blok pembangkang.

Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang lantas bangkit memberikan reaksi daripada penggunaan perkataan gengster itu mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(4) supaya Ramkarpal menarik balik kenyataannya.

Peraturan itu menggariskan adalah menjadi kesalahan bagi ahli Dewan Rakyat yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap) atau membuat pernyataan seksis.
PERBALAHAN di antara Ahli Parlimen dan Speaker Dewan ketika Persidangan 
Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Pertikaman lidah itu bagaimanapun terus meruncing apabila wakil daripada kedua-dua blok bangkit mempertahankan seteru masing-masing, termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan R Sanisvara Nethaji Rayer (PH-Jelutong).

Angkara pergaduhan babak kedua itu, Sanisvara turut menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(4) atas dasar sama supaya Bung Moktar menarik balik perkataan 'samseng' yang digunakan sebelum ini dalam ucapannya.

Bung Moktar yang terkenal dengan keletahnya di Dewan Rakyat bingkas bangkit dan berkata: "Macam mana saya nak tarik Yang Dipertua, dia memang samseng pun."

Reaksi spontan itu sekali gus menyebabkan hampir semua ketawa dalam usaha meredakan suhu perbahasan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, selepas didesak berulang kali bagi merungkai isu itu akhirnya bersetuju supaya Ramkarpal dan Kuala Krau diberi amaran dan mengarahkan supaya mereka menarik balik penggunaan perkataan samseng dalam ucapan.

Drama di sesi pagi Dewan Rakyat seolah-olah tiada penghujung apabila masing-masing `panas punggung' kerana Ramkarpal berdalih dan menegaskan keengganannya menarik balik perkataan samseng kerana mendakwa tidak pernah menggunakannya.

Keadaan semakin teruk apabila Mohd Rashid seolah-olah membuat pusingan 'U' apabila menjelaskan pertikaian isu penggunaan perkataan samseng itu sudah selesai selepas mengeluarkan arahan kepada pihak berkaitan untuk tidak mengulanginya.

Percanggahan itu lantas menyebabkan suasana di Parlimen terus hingar apabila pelbagai pihak menuntut Ramkarpal akur terhadap arahan Mohd Rashid pada awal sesi perbahasan supaya menarik balik penggunaan perkataan samseng.
AHLI Parlimen Bukit Gelugor, KS Ramkarpal Singh (kiri) dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer ketika sidang media sempena Persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Usaha Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) untuk menyambung perbahasannya sebagai pencadang usul terus terbantut kerana suasana Dewan Rakyat 'sibuk' menyelesaikan isu penggunaan perkataan yang dianggap terlalu pedih untuk dihadam.

Keadaan itu berlarutan sehingga jam 1 tengah hari yang menyaksikan Dewan Rakyat terpaksa berhenti rehat sebelum menyambung sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong pada jam 2.30 petang. 
KS Ramkarpal Singh. - Foto NSTP
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450695/angkara-gengster-dewan-rakyat-kecoh

IKTIRAF UEC, SATU PENDERHAKAAN KEPADA RAKYAT – PROF TEO KOK SEONG

Azar IshakJuly 18, 2018
Pada awal bulan Julai lepas, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nee Ching ada kata yang dia nak isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selesai sebelum hujung tahun ni. Nee Ching juga kata yang dia yakin pengiktirafan UEC akan dilaksanakan. Disebabkan kenyataan Nee Ching ni, maka bertaburanlah pandangan-pandangan yang muncul di media-media. Tak kiralah dari pihak yang menyokong ataupun yang membantah.

Bagi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), kenyataan mana-mana pihak yang menyokong pengiktrafan UEC ni tak payah dilayan. Dalam masa sama, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kata, pihaknya tengah buat kajian holistik sebelum buat apa-apa keputusan pasal UEC.
Belum sempat kerajaan iktiraf, syarikat dah iktiraf dulu. Imej dari Utusan Online.
Apa yang pasti, isu UEC ni nampaknya kembali hangat diperkatakan. Walaupun sijil ni dah ada lama kat Malaysia (sejak tahun 1970-an), tapi sampai sekarang sijil ni masih tak diiktiraf kerajaan. Isunya ada banyak dan kita akan bincangkan nanti. Tapi sebelum tu, jom kita ambil tahu dulu perkembangan pendidikan berasaskan kaum dan bahasa di Malaysia.

Usaha nak jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah dah dibantah sejak zaman sebelum merdeka lagi

Sejak zaman sebelum merdeka lagi, sistem pendidikan di negara ni dah diasingkan. Maka wujudlah Sekolah Melayu, Sekolah Inggeris, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil yang masing-masing guna cara yang berbeza-beza. Tapi bila tamatnya Perang Dunia Kedua (WW2), isu sistem pendidikan mula jadi perhatian dan British juga mula nak menyatukan sistem pendidikan yang berbeza-beza ni.

Maka datanglah cadangan nak buat sekolah kebangsaan yang terbuka kepada semua kaum, dengan menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Tapi usaha ni tak berapa nak jalan, bila ia dibantah. Salah seorang yang membantah adalah seorang tokoh pendidikan Cina, Lim Lian Geok. Lim kata orang Cina tak sepatutnya dipaksa meninggalkan bahasa dan budayanya.
Lim Lian Geok dilahirkan pada tahun 1901, Fujian, China. 
Sebelum berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1920-an. Imej dari seehua.com
Penentangan Lim semakin kuat bila dia dilantik jadi Pengerusi Gabungan Persatuan – Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (Jiao Zong). Lim pun masa tu berjumpa dengan Presiden PBB yang datang ke Tanah Melayu dengan mengemukakan memorandum. 

“Antara lain, memorandum ini mendesak pemansuhan Ordinan Pelajaran 1952, penerimaan bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan serta peruntukan pendidikan kepada semua kaum di Persekutuan mengikut asas kesaksamaan.” – Dipetik dari jurnal tulisan Tan Yao Sua.

Akhirnya, penentangan Lim berjaya dan British pun gugurkan cadangan penubuhan satu sistem sekolah kebangsan menggantikan sistem sekolah vernakular. Dalam masa sama, muncul pulak Jawatankuasa Razakmenjelang Pilihan Raya 1955.

Disebabkan Perikatan masa tu nak berdepan dengan Pilihan Raya, jadinya Jawatankuasa Razak pun bersetuju terima sekolah rendah Cina sebagai salah satu sistem pendidikan kebangsaan, tapi bukan sekolah menengah Cina.
Lim mengiringi Tun Razak dalam satu majlis tahun 1956. Imej dari interestingcornerofme.blogspot
Lepas merdeka, muncul pulak Laporan Rahman Talib yang sekali lagi cuba menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Hal ini disokong kuat oleh pejuang pendidikan Aminuddin Baki. Tapi sekali lagi juga Lim bangun membantah. Dalam ucapannya pada Ogos 1960,  Lim mempertikaikan perakuan Rahman Talib yang kata penggunaan Bahasa Kebangsaan adalah untuk memupuk kesedaran nasional dalam kalangan pelajar.

“Beliau hanya menganggap bahasa kebangsaan sebagai alat untuk komunikasi antara kaum dan menegaskan perkembangan bahasa lain tidak sepatutnya disekat bahasa kebangsaan.” – Dipetik dari jurnal tulisan Tan Yao Sua.

Lim juga mendesak sekolah menengah Cina supaya tak akur dengan Laporan Rahman Talib dan seru supaya diorang ni berdikari sendiri. Tapi usaha Lim nampaknya tak datangkan banyak hasil bila banyak sekolah menengah Cina bertukar kepada sekolah aliran kebangsaan sebab desakan nak mendapatkan bantuan kerajaan.
Tugu Lim Lian Geok – dia dikenang sebagai Zu Hun (Roh Bangsa) 
atas perjuangannya dalam pendidikan Cina di negara ini. Imej dari seehua.com
Tapi lepas tu, Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) masih lagi wujud dan diorang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Maka bermula jugalah wujudnya Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). 

Apa itu UEC, dan sejak bila ia mula diperkenalkan?

Sekarang ni kita nak berkenalan pulak dengan sijil pelajaran paling kontroversi kat Malaysia. Menurut Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), UEC ni adalah peperiksaan yang dijalankan kat Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di Malaysia. Sijil ni mula diperkenalkan lepas adanya Akta Pendidikan 1961.

Dalam akta ni, sekolah-sekolah menengah Cina mesti tukar bahasa pengajaran mereka kepada bahasa Inggeris atau Melayu kalau nak dapatkan bantuan kerajaan. Jadinya, sekolah-sekolah yang tak nak buat macam tu pun jadi SMPC yang tak bergantung pada kerajaan.
Contoh Sekolah Menengah Persendirian Cina. Imej dari kgselabak.pi1m.my
Disebabkan tak ada sistem peperiksaan sendiri, makanya Jawatankuasa Pembangunan SMPC dah ditubuhkan untuk buat satu sistem peperiksaan. Dengan itu, lahirlah UEC pada tahun 1975.

“Sehari sebelum UEC yang pertama hendak dijalankan pada tahun 1975, Dr. Mahathir yang selaku Menteri Pelajaran pada masa itu tiba-tiba memanggil pemimpin-pemimpin Dong Jiao Zong dan mengarahkan mereka untuk memberhentikan peperiksaan UEC.” – Dipetik dari Dong Zong.

Tapi lepas banyak perbincangan dibuat, UEC tetap diteruskan. UEC kemudiannya diuruskan sepenuhnya oleh Dong Zong. Walaupun macam tu, sampai ke hari ni UEC masih lagi tak diiktiraf kerajaan. Antara isunya adalah bahasa pengajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar UEC ni.
Jenis-jenis sekolah Cina di Malaysia. Imej dari ISMAWEB.
Ada lapan kertas peperiksaan untuk UEC menengah rendah. Selain 3 kertas bahasa, semua mata pelajaran yang lain diajar adalam bahasa Cina. Hanya Sekolah Menengah Persendirian Cina kat Sabah yang masih guna dwibahasa (Bahasa Cina dan Inggeris) untuk kertas peperiksaan Sains dan Matematik. Untuk UEC menengah tinggi pulak, ada 22 kertas kertas peperiksaan.

“Selain 3 kertas bahasa, terdapat 10 mata pelajaran yang dikaji dalam bahasa Cina dan Inggeris, iaitu 7 kertas untuk subjek sains dan matematik dan 3 kertas untuk aliran perdagangan (kecuali ekonomi), yang selebihnya iaitu 9 mata pelajaran hanya dikaji dalam bahasa Cina.” – Dipetik dari Dong Zong.

Tapi kenapa UEC payah sangat nak diiktiraf? Antara puncannya adalah sistem sijil ni yang dikatakan bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996. Sebabnya, akta ni ada bagitau yang bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) kena dijadikan sebagai bahasa pengantar utama untuk sekolah menengah, dah hal ni tak jadi kat SMPC yang ambil UEC.

“Kurikulum sijil itu masih tidak selari dengan kurikulum kebangsaan seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996. Kementerian berpendirian Sijil UEC hanya boleh digunakan untuk kemasukan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) sahaja.” – Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Pendidikan Tinggi. Dipetik dari Berita Harian.
Imej dari Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Tapi, untuk pihak yang sokong supaya UEC diiktiraf, diorang ada bagi beberapa sebab kenapa UEC patut diiktiraf. 

Penyokong kata UEC tak abaikan bahasa Melayu, tapi masih ada pihak yang tak setuju

Bagi Dong Zong dan Jiao Zong, dakwaan yang kata UEC akan jejaskan perpaduan dan kedudukan bahasa kebangsaan adalah tak benar. Diorang berhujah, sukatan pelajaran UEC mematuhi dan selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan.

“Sebagai contoh, mata pelajaran Sejarah UEC mengandungi 57.36 peratus sejarah Malaysia dan 42.64 peratus sejarah dunia, ini bermakna lebih daripada separuh isi kandungan mata pelajaran Sejarah yang dipelajari oleh pelajar-pelajar UEC ialah sejarah Malaysia.” – Kenyataan Dong Zong dan Jiao Zong, dipetik dari ProjekMM.
Contoh sijil UEC. Imej dari fyhao.com
Diorang juga tegaskan yang diorang hormat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebab itulah, Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib untuk semua pelajar UEC. Selain tu, semua SMPC juga tubuhkan Kelab Bahasa Melayu untuk tingkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar.

“Di samping itu, kami juga bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menganjurkan Pertandingan Forum Pelajar yang khas untuk penyertaan pelajar-pelajar UEC sejak tahun 1990-an dengan tujuan memupuk rasa cinta akan bahasa Melayu.” – Dipetik dari ProjekMM.

Walaupun macam tu, masih ada pihak yang tak setuju UEC diiktiraf. Sebabnya, sijil ni langsung tak ada kaitan dengan guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sijil UEC diuruskan penuh oleh jawatankuasa Dong Zong.

“Untuk makluman, pelajar UEC ada mengambil BM, tetapi BM mengikut standard UEC, bukan datang daripada KPM. BM UEC jauh lebih mudah berbanding BM SPM. Malang sungguh negara ini, rakyatnya tidak mahu bersusah sedikit pun untuk menguasai bahasa negara.” – Prof Dr Ridhuan Tee, dipetik dari ISMAWEB.
UEC diuruskan sepenuhnya oleh Dong Zong. Imej dari mummyrokiah.blogspot
Menurut Prof Dr Teo Kok Seong dari UKM pulak, pengiktirafan UEC adalah satu penderhakan kepada rakyat. Hujahnya, pengiktirafan UEC sangat bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

“Pertama sekali, pada saya ia sa­ngat tidak adil kepada pelajar yang cekal dan tabah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan. Jangan khianati golongan seperti ini.

…jika kerajaan mengiktiraf sesuatu perkara yang tiada dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ia boleh diibarat seperti ‘menyusu kera di hutan, anak sendiri kelaparan’.” – Prof Dr Teo Kok Seong, Felo Utama Institut Kajian Etnik UKM. Dipetik dari Utusan Malaysia.

Perkara yang sama juga disuarakan oleh Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Ga­pena), Prof. Madya Zainal Abidin Borhan:

“Syarat asas untuk masuk perkhidmatan awam adalah lulus Bahasa Melayu dan Sejarah de­ngan kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jadi bagaimana kita mahu memperakui kebolehan bahasa Malaysia pelajar ini dalam per­khidmatan awam?” – Katanya kepada Utusan Malaysia.
Klik sini kalau nak baca. 
Iktiraf UEC: Antara kehendak negara dan manifesto PRU

Salah satu sebab kenapa isu UEC ni bangkit adalah bila Pakatan Harapan sebelum ni dah masukkan pengiktirafan UEC dalam manifesto diorang. Tapi kalau ikut laporan The Starpengiktirafan UEC pun ada dalam manifesto BN.

Kalau kita berbalik ke manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada PRU-13 dulu, pun ada pengiktirafan UEC kalau (PR) menang. Malah, antara yang sain kat manifesto tu adalah Datuk Seri Hadi Awang sendiri. Tapi untuk manifesto Gagasan Sejahtera (PAS, BERJASA dan IKATAN) untuk PRU-14, pengiktirafan UEC tak ada. Jadinya, kalau PAS membantah pengiktirafan UEC sekarang ni, maknanya ia selaras dengan manifesto diorang.
Dua-dua janji benda yang sama.
Walaupun begitu, Pengerusi Jawatankuasa Manifesto PH, Datuk Dr. Rais Hussin ada kata yang pengiktirafan UEC tak termasuk dalam 100 hari janji manifesto PH. Antara puncanya, isu ni bukan benda mudah dan libatkan banyak pihak.

“Ia bukan semudah menggoreng telur, cakap dan terus laksana sebaliknya ada peringkatnya dan mengiktiraf UEC perlu melalui proses tertentu dan memakan masa, sebarang keputusan mengenai UEC hanya akan dibuat selepas kajian menyeluruh dibuat kerana ia melibatkan sektor pendidikan.” – Dipetik dari Utusan Malaysia.
Imej dari Giphy.
Menurut Maszlee, apa sahaja keputusan pasal UEC, akan dibuat tanpa menggugat bahasa Melayu. Tapi dalam masa sama, kedudukan bahasa Melayu buat masa sekarang pun masih lagi tak tentu hala. 

Isu pendidikan timbul, sebab masih ramai yang tak yakin dengan sistem pendidikan kebangsaan

Sebenarnya, UEC adalah satu dari banyak isu pendidikan yang ada kat Malaysia. Kalau kita pandang ke belakang sedikit, kita akan nampak isu Universiti MerdekaSekolah WawasanPPSMIinstitusi tahfizisu pendidikan orang asli dan sebagainya.

Dalam isu UEC, sebenarnya sebelum ni memang dah ada pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan. Contohnya macam Institut Pendidikan Guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang dah mula ambil lulusan UEC untuk kemasukan guru yang mengajar Bahasa Mandarin sejak tahun 2010.

Isu yang lagi besar adalah adanya ketidakyakinan terhadap sistem pendidikan kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia sendiri. Makanya, muncullah masalah yang semacam ini.
Pendapat dari wartawan veteran – Zin Mahmud. Imej dari FB-nya.
Dalam satu laporan terbitan International School Consultancy (ISC)Malaysia adalah negara yang paling ramai pelajarnya belajar di sekolah antarabangsa berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara lain. Apa yang pasti, medium bahasa dalam sekolah ini pun tak menggunakan bahasa Melayu, tetapi bahasa Inggeris.
Kedudukan Malaysia kalau nak dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara lain. 
Imej dari Malaysiakini.
Hal ni juga satu cabaran dalam perjuangan pendidikan kebangsaan Malaysia. Itu belum masuk isu pendidikan orang asli, pedalaman dan sebagainya. Pendidikan bukan isu politik dan bukan tiket cari undi. Pendidikan alat pembinaan negara bangsa dan masa depan sesebuah negara.

“Ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara menjadi kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri.” – Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim, Sejarawan Negara. Dipetik dari mStar.

4 PERSAMAAN KES RASUAH NAJIB DAN PM PAKISTAN, NAWAZ SHARIF
Iktiraf UEC, satu penderhakaan kepada rakyat – Prof Teo Kok Seong – SOSCILI

BERITA»Nasional
Rabu, 18 Julai 2018 | 1:15pm
Malaysia, Singapura cari tarikh sesuai mesyuarat HSR
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my
MOHAMED Azmin Ali, ketika sidang media pada Persidangan Dewan Rakyat 
Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura sedang meneliti tarikh sesuai yang dipersetujui bersama bagi membolehkan dua negara itu mengadakan mesyuarat rasmi berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, berdasarkan permohonan republik itu kepada Wisma Putra, mesyuarat dicadang diadakan sebelum akhir bulan ini.

"Saya sendiri akan ke Singapura, namun tarikhnya belum ditentukan lagi.

"Ini kerana kita perlu menentukan tarikh yang dipersetujui kedua-dua negara kerana kita perlu hormati Singapura sebagai rakan strategik negara," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, mana-mana pihak sama ada di pihak Malaysia atau Singapura boleh membatalkan perjanjian itu tetapi ada syarat dan terma yang perlu dipatuhi.

Beliau berkata, Malaysia akan melihat kepada penyelesaian terbaik supaya keputusan yang diambil kelak tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

"Kita sudah memaklumkan kepada Menteri Insfrastruktur dan Pengangkutan Singapura dan di pihak Malaysia, saya akan membuat apa yang mampu untuk memastikan ia berjalan lancar.

"Namun, kerajaan tidak akan dedahkan apa pilihan yang kita ada dan biarlah mesyuarat itu diadakan dahulu.

"Memang ada formula tetapi semua keputusan perlu dipersetujui oleh kedua-dua negara," katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, kerajaan sebelum ini tidak mendedahkan kos tersembunyi sesuatu projek dan ia amalan biasa kerajan Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, banyak kos tersembunyi tidak didedahkan BN kepada umum dan rakyat hanya mengetahui selepas projek dijalankan.

"Ia berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan kerana kami berpegang kepada prinsip ketulusan kepada rakyat.

"Kerajaan akan pastikan semua kos berkaitan akan didedahkan bagi menentukan sama ada sesuatu projek itu perlu disemak atau tidak," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450686/malaysia-singapura-cari-tarikh-sesuai-mesyuarat-hsr

senjata-peluru-di-lokasi-kemalangan-ragut-2-nyawa
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/450637/senjata-peluru-di-lokasi-kemalangan-ragut-2-nyawa

BERITA»Nasional
Rabu, 18 Julai 2018 | 11:50am
Suami digalak beri caruman kepada isteri
Oleh Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Suami digalakkan memberi caruman perlindungan sosial kepada isteri secara sukarela sebagai persediaan menempuh hari persaraan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pendekatan itu adalah fasa pertama sebelum skim caruman isi rumah membabitkan pindaan peruntukan perundangan berkaitan dilaksanakan.

Katanya, fasa kedua dan ketiga sebelum pelaksanaan skim itu berkuat kuasa sepenuhnya serta diwajibkan, dijangka mengambil masa lebih lama.

"Fasa kedua merangkumi perluasan kawasan liputan menerusi perlindungan sosial kepada isteri akan dibuat, iaitu dengan meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1999 (Akta 4).

"Fasa ketiga yang bakal menyaksikan caruman isi rumah ini diwajibkan akan direalisasi apabila pindaan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991, Akta 452 selesai," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) meminta perincian kerajaan berhubung pelaksanaan caruman KWSP untuk isteri atau wanita yang sebelum ini digariskan sebagai sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan (PH).

Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, siri perbincangan dengan agensi berkaitan, termasuk KWSP, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini giat dijalankan.

"Perbincangan rentas agensi dan kementerian perlu dilaksanakan kerana pelaksanaan skim ini membabitkan bidang kuasa berbeza," katanya.

Menjawab soalan tambahan Mohd Khairuddin mengenai keperluan kerajaan memperuntukkan elaun khas bulanan kepada golongan isteri, Dr Wan Azizah berkata, cadangan itu perlu pertimbangan menyeluruh bersandarkan kedudukan semasa kewangan negara.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata keperluan memberikan nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab suami.

"Itu tanggungjawab suami, kerana kerajaan nak bagi nafkah tambahan pula," katanya.
https://staging.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450641/suami-digalak-beri-caruman-kepada-isteri

BERITA»Kes
Rabu, 18 Julai 2018 | 12:31pm
Pemandu van dituduh sebar berita palsu cetuskan rusuhan
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@nstp.com.my
KUANTAN: Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan rusuhan di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) pada 11 Julai lalu.
Tertuduh, Mohd Shaiful Adhar Mohd Shukor, 30, dari Taman Ria II, di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mohd Shaiful Adhar dituduh memuat naik catatan melalui laman sosial Facebook, iaitu 'Seorang pemandu lori Melayu dipercayai dipukul di hadapan Gate 1 MCKIP. Pemandu lori tersebut dipukul dengan besi. Mangsa dipercayai berasal dari FELDA Cheneh. 

Punca pukul beramai-ramai orang China pada pemandu tersebut masih belum dikenal pasti, dengar mangsa dalam kritikal. Orang ramai yang mengetahui maklumat ini boleh kongsi kepada kami, maklumat dirahsiakan. Jaga keselamatan anda. Maklumat benar boleh dikongsikan. Majoriti pekerja China yang bekerja di situ adalah banduan.'

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.07 malam 10 Julai lalu, dan maklumat palsu berkenaan disebar untuk menyakitkan atau mengganggu orang lain.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memuat naik satu lagi catatan, iaitu 'Berbalik pada cerita semalam, dapat info yang diterima dari sumber yang boleh dipercayai bangsa dari negara China yang bekerja di MCKIP Gebeng, Kuantan telah mati ditetak oleh....main-main lagi dengan geng-geng Melayu lagi-lagi drebar lori..tu makan dia.'

Tertuduh yang memakai baju-T berwarna hitam didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.51 malam 11 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3), iaitu boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Haryati menawarkan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan, namun tertuduh merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan baru dua minggu bekerja sebagai pemandu van dan perlu menyara ibu serta adiknya.
MOHD Shaiful Adhar Mohd Shukor didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuantan, hari ini, 
atas dua pertuduhan menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan rusuhan di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) pada 11 Julai lalu. - Foto Zulkepli Osman
Siti Aminah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin, dan menetapkan tarikh 20 Ogos depan untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/450662/pemandu-van-dituduh-sebar-berita-palsu-cetuskan-rusuhan

Speaker boots out DAP MP Ramkarpal from Dewan Rakyat
Published 26 minutes ago on 18 July 2018
By Ram Anand and Azril Annuar
KUALA LUMPUR, July 18 — DAP’s Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh became the first lawmaker to be ejected from the 14th Parliament, after a fracas over his “gangster” remark against Umno Youth members this morning.

Dewan Rakyat Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, who returned to the lower House in the afternoon session, insisted that Ramkarpal needs to retract his remark.

He ejected Ramkarpal from the House when the latter again refused to withdraw his remark.

“The House order of business needs to continue, please retract your statement,” Ariff said.
Ariff ejected Ramkarpal (centre) from the House after the latter refused to withdraw his remark. — Picture by Azneal Ishak — Picture by Azneal Ishak
Ariff ejected Ramkarpal (centre) from the House 
after the latter refused to withdraw his remark. — Picture by Azneal Ishak 
Ramkarpal said that he would not, with “all due respect”, retract his remarks.

“Bailiffs, please do your duty,” Ariff said, calling on the officers in the Dewan Rakyat to escort Ramkarpal out.

Pakatan Harapan MPs then arose and demanded that Kinabatangan MP Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (Umno) also be expelled for calling Jelutong MP RSN Rayer (DAP) a “gangster” earlier.

Batu Kawan MP Kasthuriraani Patto (DAP) was among those who told Ariff to be fair.

When Bung Mokhtar tried to retract his remark, another shouting match ensued.

“How am I supposed to retract my statement when I can’t get a word in?” Bung Mokhtar asked.

“Kinabatangan, will you retract?” Ariff insisted.

“I want to retract, I am retracting, I am obedient to the Speaker’s instructions,” said Bung Mokhtar.

The entire exchange took up one hour before the lunch break and exhausted the time allocated for Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul’s debate on the royal address.

It was only resolved around 20 minutes after the sitting resumed.

Ariff did not say how long Ramkarpal is barred from the Lower House.
https://www.malaymail.com/s/1653510/speaker-boots-out-dap-mp-ramkarpal-from-dewan-rakyat




DUNIA»Asia
Rabu, 18 Julai 2018 | 1:13pm
Filem termahal China gagal tarik penonton
BEIJING: Dengan bajet AS$113 juta (RM460.52 juta), filem paling mahal pernah dihasilkan China setakat ini mencipta sejarah kerugian terburuk, ditarik balik tayangannya pada hujung minggu pembukaan dengan kutipan hanya AS$7.3 juta (RM29.62 juta).

Filem fantasi kesan khas terbitan Alibaba Pictures, 'Asura' pada asalnya dihasilkan untuk siri pertama satu trilogi epik diilhamkan mitos Buddha Tibet, sebahagian usaha pihak berkuasa memperomosi hasil kerja memaparkan elemen budaya tradisi China.

Media tempatan berkata, filem itu menelan belanja 750 juta yuan (RM460.52 juta) untuk disiapkan, ditayangkan Jumaat lalu, namun hanya mengutip sedikit lebih AS$7.3 juta ketika tayangan hujung minggu.

Bagaimanapun, menjelang Ahad, akaun rasmi media sosial filem itu mengeluarkan kenyataan, mengisytiharkan tayangannya ditarik balik menjelang 10 malam.

"Kami memohon maaf kepada mereka yang mahu menonton tetapi tidak berpeluang," tulis kenyataan itu.
FILEM 'Asura' paling mahal pernah dihasilkan China 
setakat ini mencipta sejarah kerugian terburuk. - Foto AFP
Kebanyakan filem pecah panggung China setakat ini hanya menelan belajar separuh daripada bajet mewah dibelanjakan untuk menghasilkan 'Asura'.

Menurut data laman web Box Office Mojo, anggaran kerugian AS$106 juta (RM430 juta) itu menjadikannya filem kelima mencatat kegagalan terbesar dalam sejarah di seluruh dunia, di belakang pendahulu 'Sinbad: Legend of the Seven Seas' yang rugi AS$125 juta (RM507.18 juta).

Sebelum tayangan, media tempatan memuji filem itu dengan akhbar China Daily menganggap 'Asura' sebagai 'filem pecah panggung paling ditunggu-tunggu ketika musim panas dipenuhi persaingan China.'

"Ia sebuah filem penuh imaginasi. Kami mahu filem ini meningkatkan keyakinan terhadap budaya sendiri dan melatih lebih banyak bakat tempatan," kata pengerusi Ningxia Film Group, Yang Hongtao, antara penyokong filem itu, kepada akhbar sebelum tayang pembukaan Jumaat lalu.

Filem yang mengambil masa enam tahun untuk dibuat itu sarat dengan visual, memaparkan 2,400 adegan dengan kesan khas dalam tempoh masa tayangan 141 minit, kata akhbar.

Walaupun dibintangi aktor terkenal Hong Kong, Tony Leung Ka-fai dan Carina Lau sementara bakat asing seperti pereka kostum francais 'Lord of the Rings' pemenang Oscar, Ngila Dickson, filem itu hanya mampu mencatat rating 3.1 di Douban, platform ulasan pengguna paling berpengaruh China. -AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/07/450684/filem-termahal-china-gagal-tarik-penonton




Tiada ulasan: