Selasa, 17 Julai 2018

Penyamun yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Malaysia oh Malaysia. 7882.



Seorang penjual durian cedera parah akibat disamun dan ditikam beberapa kali oleh sekumpulan lelaki warganegara Myanmar, yang seorang daripada mereka adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Selayang pagi ini.



Wah mangkin
Meriah dewan parlimen sekarang ni ....PH PH....16 PERATUS...



BERITA»Nasional
Selasa, 17 Julai 2018 | 11:36pm
'Jangan hanya salahkan media'
Oleh Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my
CYBERJAYA: Ahli politik dan pemimpin kerajaan tidak seharusnya menyalahkan media sekiranya mereka sendiri memberi maklumat tidak tepat untuk dilaporkan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, mengakui ada rungutan dalam kalangan ahli politik berhubung laporan disiarkan media.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar semasa berucap pada majlis Jalinan Mesra bersama media di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
"Saya selalu sebutkan kepada rakan iaitu jika kita cakap perkara yang kita tidak tahu, itulah yang media dedahkan atau akan ada ruang orang memanipulasi ucapan atau kenyataan dibuat.

"Kita tidak boleh menyalahkan media yang melaporkan salah lapor kerana orang itu sendiri memberikan maklumat tidak tepat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi jalinan mesra Timbalan Menteri Sumber Manusia bersama media Putrajaya dan Kuala Lumpur di sini, malam ini.

Mahfuz berkata, pemimpin termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan secara keseluruhannya perlu memastikan maklumat disampaikan kepada media adalah tepat dan betul.

"Dengan ini, tidak ada ruang untuk media memberi laporan salah dan menyebabkan persepsi masyarakat kepada kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, media tidak perlu rasa takut untuk melaporkan sesuatu perkara tidak betul dilakukan oleh ahli politik.

"Media tak perlu rasa takut, simpan ketakutan kepada orang politik dan kena berani melaporkan apa yang dirasakan tak betul dibuat orang politik," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, media diperlukan untuk mengeluarkan laporan dan maklumat kepada rakyat berhubung perjalanan urusan kerajaan.

"Media juga bertanggungjawab melaporkan berita yang betul dan tepat, tidak bersifat khabar angin selain laporan berasaskan siasatan yang menyeluruh dan mendalam.


"Barulah berita disiarkan berkualiti tinggi dan tidak ada tuduhan atau fitnah kepada pihak yang berkenaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450511/jangan-hanya-salahkan-media

Tuesday, 17 July 2018
ORANG UMNO MENCATUR KUASA DALAM KERAJAAN PAKATAN HARAPAN?
Sejak Pakatan Harapan ada kuasa dan menjadi kerajaan, bukan saja mereka yang merupakan ahli dan penyokong parti-parti dalam gabungan itu yang sibuk mencatur kuasa, rupa-rupanya orang UMNO pun tidak ketinggalan sama.

Di sebalik ada yang masih setia dengan UMNO atau menyalahkan Najib Razak sebagai punca utama UMNO kehilangan kuasa, terdapat juga ahli-ahli parti itu yang sudah berwajah dua.

Dalam beberapa insiden,  ada yang tanpa segan silu mendakwa bahawa mereka sebenarnya menyokong Pakatan Harapan secara diam-diam dalam pilihanraya lalu, meskipun masih lagi berstatus ahli UMNO sehingga kini.

Konon katanya, apa yang mereka lakukan selama ini adalah dalam pengetahuan Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri memang merestui tindakan mereka.

Lebih daripada itu, mereka juga mendakwa sokongan ahli-ahli UMNO terhadap Pakatan Harapan  seperti merekalah yang sebenarnya banyak menyumbang kepada kemenangan gabungan itu sehingga berjaya mengalahkan UMNO dan BN.

Tidak kurang, ada juga orang UMNO yang ketika ini asyik memuji-muji kehebatan Tun Mahathir di mana-mana, asal saja mereka ada peluang bercakap dan menonjolkan diri, meskipun mereka sebelumnya selalu mengambil pendirian mempertahankan UMNO dan BN.

Di antara mereka itu, ada juga yang mendakwa selalu menghantar maklumat penting secara terus kepada Tun Mahathir melalui aplikasi whatsapp sebagai menunjukkan betapa rapatnya hubungan mereka dengan Perdana Menteri ke-7 sekarang.

Pengakuan itu malah membuatkan seseorang yang rapat dengan Tun Mahathir agak terkejut kerana sepanjang pengetahuannya, sama ada sebelum ini atau setelah menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, Tun Mahathir bukanlah seorang diketahui aktif berhubungan dengan orang lain melalui whatsapp.

Namun, yang paling menarik ialah ada di kalangan mereka yang sebelum ini diketahui pernah bekerja dengan menteri UMNO juga turut cuba tumpang semangkuk mencatur kuasa dalam kerajaan baru ini.

Mereka ini mula berkawan rapat dengan individu tertentu yang diketahui rapat dengan menteri-menteri Pakatan Harapan, lalu dalam waktu yang sama mencadangkan agar orang-orang pilihan mereka untuk diletakkan bekerja dengan menteri-menteri berkenaan sama ada sebagai setiausaha politik, pegawai khas dan sebagainya.

Matlamat mereka ini lebih kepada perniagaan. Dengan meletakkan orang-orang pilihan di kementerian-kementerian tertentu, mereka berharap akan terus dapat membolot kontrak dan peluang-peluang perniagaan sebagaimana ketika era pentadbiran BN sebelum ini.

Tak malukah mereka itu?

Yang nyata, belum 100 hari UMNO kehilangan kuasa, semakin ramai ahli-ahli parti itu yang mula resah dan bimbang tentang masa depan yang mungkin tidak lagi seceria berbanding ketika BN berkuasa dahulu.

Bayangkan bagaimana gelagat mereka menjelang enam bulan, setahun atau dua tahun akan datang? 

Tungguuu....mungkin tulisan ini ada sambungannya lagi selepas ini.
(ShahbudinHusin 17/07/2018)
Shahbudin dot com: ORANG UMNO MENCATUR KUASA DALAM KERAJAAN PAKATAN HARAPAN?

Seri Perdana 'dipecah masuk'
 - Anina salahkan Dr M (Gambar)
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dipersalahkan bekas anggota Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin atas dakwaan 'kecurian' di bilik stor di Seri Perdana, yang dikatakan mengandungi barangan milik Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga menerbitkan gambar bilik stor tersebut yang kelihatan telah digeledah, pada akaun Facebooknya.


Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Pemangku Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata setakat ini tiada laporan dibuat mengenai dakwaan itu.


"Di mana dia dapat cerita ini? Setakat ini, pihak polis berlum lagi menerima sebarang laporan," katanya kepada Malaysiakini.


Dalam hantaran di Facebook itu, Anina berkata kejadian terjadi kerana Dr Mahathir didakwa menghalang Najib daripada mengambil barangan peribadinya.


'Inspektor sahab'


"Tun tengok lah sendiri apa yang jadi? Disebabkan Tun tak bagi Datuk Seri Najib ambil barang-barang peribadi beliau, maka ianya kini telah dimasuki pencuri yang mengambil barang-barang tersebut.


"Kenapa zalim sangat tindakan Tun ini? Itu barang-barang milik peribadi. Begini kah layanan kepada seorang bekas perdana menteri? Apakah ini sikap seorang pemimpin negara yang mahu Tun tunjukkan kepada generasi muda? Bukan kah mereka yang mengundi Tun hari tu?" Soal beliau.


Dalam hantaran itu juga, Anina seakan menyindir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh yang menyiasat skandal 1MDB dengan menyebut perkataan Hindi 'inspektor sahab'.


"Jadi Tun, tolonglah suruh inspektor sahab buat siasatan tentang perkara ini," katanya.


Perkataan 'sahib' atau 'sahab' digunakan untuk menjelaskan kedudukan pihak yang berkuasa.


Sementara itu, sumber yang rapat dengan Najib mengesahkan bilik stor tersebut telah dipecahkan dan gambar di halaman Facebook Anina adalah tulen.



Menjelaskan motosikal roda tiga Can-Am dalam gambar itu, sumber berkata: "Saya percaya ia adalah hadiah kepada bekas perdana menteri dari pengedar atau pengilang."


Rumah besar di Putrajaya yang menjadi kediaman rasmi perdana menteri itu kini kosong, memandangkan Mahathir mahu kekal di kediamannya.

-malaysiakini
at 7/17/2018 10:00:00 PTG
KERENGGA: Seri Perdana 'dipecah masuk' - Anina salahkan Dr M (Gambar)

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
PAS akan terus berkecuali dalam bajet kewangan 2019 di parlimen?
Masih ingat mengenai pendirian PAS ketika pembentangan bajet kewangan 2018 tahun lalu? Itu bukan sekali malah 3 tahun berturut-turut mereka bersikap berkecuali.

Mereka mengambil sikap berkecuali. Antara alasan yang diberikan adalah seperti di bawah ..

BANGI, 26 Safar 1439H, Rabu –Keputusan pengundian Bajet 2018 di Parlimen tetap akan lulus, meskipun beberapa pemimpin PAS mengambil pendirian berkecuali,
kata Dr Azman Ibrahim.

Beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah tentu mengundi bagi menyokong bajet itu.


Menconteng Untuk Perubahan™


“Kalaupun 100 daripada mereka terkena cirit-birit dan tidak dapat hadir masa pengundian dibuat, bajet tetap akan lulus, justeru PAS memilih untuk berkecuali.


“Saya tak nak bincangkan apa yang akan berlaku andai Bajet 2018 ditolak oleh Parlimen sebab itu hanya mimpi dan ilusi.


“Macam mana kita nak bincang andaian Bajet 2018 ditolak sedangkan kita adalah minoriti? Itu perbincangan yang membuang masa sahaja,” katanya di petik Harakah Daily.


Beliau berkata demikian mengulas Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 dengan peruntukan RM280.25 bilion yang telah diluluskan, dengan sokongan 107 wakil rakyat BN berbanding 59 ahli Parlimen yang membantah.


Dalam masa sama, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad memuat naik senarai nama 23 wakil rakyat termasuk daripada PAS dan DAP yang berkecuali.


Antara yang berkecuali, Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Tuan Ibrahim Mahmood, Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad dan beberapa lagi pemimpin PAS yang lain.


“Renung fikir dengan fakta. Saya salin daripada handsard Parlimen. Simpan sikit nafsu yang hendak marah kepada PAS. PAS tenang saja,” katanya.

https://www.ismaweb.net/2017/11/15/tolak-atau-berkecuali-bajet-2018-tetap-lulus-sindir-pas/

Dan mengikut Dewan Ulama PAS, mereka mengambil pendirian untuk menyokong mana-mana benda yang baik dan menolak benda yang tidak baik. Dalam kes bajet, PH menentang dan mereka bersikap berkecuali seperti video di atas. Mereka ambil sikap berkecuali (menyokong) bajet yang dibentangkan oleh Najib Razak dan BN.

Tak sabar nak tunggu pendirian PAS dalam menyokong atau menentang bajet kewangan di bawah kerajaan Pakatan Harapan. 


Apakah mereka akan membantah bersama UMNO seperti mana yang mereka buat yakni keluar dewan pada hari perrtama angkat sumpah?


Apa lagi alasan lepas ni untuk menentukan sikap?


Patutlah jumpa seorang pakcik yang dah 40 tahun dalam PAS. Dia kata PAS sekarang banyak mengarut.


Menconteng Untuk Perubahan™ 9.30 PM
PAS akan terus berkecuali dalam bajet kewangan 2019 di parlimen? ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Tuesday, July 17, 2018
Kabinet Dr Mahathir sudah penuh, tetapi ada cakap-cakap di Kelantan?
ULASAN
DENGAN lima anggota Senator mengangkat sumpah seorang sebagai menteri dan empat sebagai timbalan menteri lengkap sudah, kabinet kerajaan Pakatan Harapan. Lima senator yang dilantik menjadi anggota kabinet itu ialah, Pengerusi Hindraf P Waythamoothy sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Senator Liew Ching Tong sebagai Timbalan Menteri Pertahan, Senator,Marzuky Yahaya Timbalan Menteri Luar, Senator Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad, sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan senator Dr Razdi Jidin sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Mereka adalah kumpulan ketiga dan terakhir melengkapikan kabinet Dr Mahathir yang mempunyai 26 kementerian.

Tumpuan dan fokus kepada soal pengisian kabinet kini berubah kepada melihat keupayaan setiap menteri serta pencapaiannya. Selepas ini menteri dan timbalan menteri tidak perlu berlengah lagi untuk menunjukkan kemampuan masing-masing. Tugas dan bertanggungjawab yang terletak di pundak masing-masing sangat banyak.


Perlu diingat jawatan itu bukan “ghanimah” atau imbuhan tetapi amanah yang perlu dipikul sebaik mungkin.


Dalam pada itu kedengaran cakap-cakap khasnya di Kelantan apabila nama-nama yang sebelum ini kedepan disebut untuk dilantik menjadi senator seterus mengisi baki kabinet Dr Mahathir tercicir. Apa lagi apabila individu yang bernasib baik Dr Radzi Jidin.


Sebelum ini beberapa nama pemimpin utama PH Kelantan disebut sebut. Mereka ialah Pengerusi PPBM, Kamaruddin Md Noor, Pengerusi PKR Abd Aziz Kadir dan juga Husam Musa. Malahan nama Husam dikira ke hadapan memandangkan beliau adalah pengerusi PH Kelantan. 


Ada juga spekulasi kemungkinan Husam sukar untuk dilantik memandangkan beliau dianggap bermasalahan dengan pihak tertentu. Bagaimana pun sekiranya Husam bermasalah atau memilih tidak untuk dilantik untuk tidak menyusahkan Dr Mahathir, dari segi senioriti dan keutamaan ialah kepada Kamaruddin dan Abd Aziz. Atau paling tidak pun kepada timbalan pengerusi PPBM Kelantan, Sazmi bukan Meah.


Apabila Dr Radzi dipilih dan bernasib baik ia menimbulkan sedikit persoalan. Namun jika difahami pemilihan Dr Radzi kerana sebagai jalan tengah bagi menyelesaikan pertikaian berlaku, ia adalah baik. Apapun Dr Mahathir mempunyai pandangan sendiri kepada bakal-bakal anggota kabinetnya.


Dan kita yakin dan percaya Dr Mahathir tidak akan melupai jasa dan peranan pemimpin lain di Kelantan baik Aziz atau Kamaruddin. Apa lagi Husam yang dianggap arkitek politik PH di Kelantan pasti semuanya akan diberi tempat dan ruang yang munasabah. Walaupun PH tidak memenangi sebarang kerusi tetapi mereka sudah berjaya membakar  huma  dan merintiskan tapak semaian PH di bumi Tok Kenali itu.


Apa pun semua pendokong PH Kelantan perlu memberi sokongan penuh kepada Dr Radzi Jidin. Beliau bolehlah dianggap menjadi penghubungi di antara Puterajaya dengan Kota Darulnaim. Bekas Pensyarah Universiti Tasmania itu boleh bertindak menjadi Jurubicara Rakyat Kelantan.


Cuma apa hendak disebut di sini, Dr Radzi hendaknya tidak memberi fokus pembangunan kepada masyarakat di kawasannya sahaja di Ketereh, sebaliknya beliau perlu menjadikan seluruh kawasan di Kelantan sebagai kawasan tumpuannya. [wm.kl.8:59 pm 17/07/18]


Posted by mohd sayuti Omar at 9:03:00 PM

.: Kabinet Dr Mahathir sudah penuh, tetapi ada cakap-cakap di Kelantan?

Lelaki pemegang kad UNHCR rompak, tikam penjual durian (Gambar)
Seorang penjual durian cedera parah akibat disamun dan ditikam beberapa kali oleh sekumpulan lelaki warganegara Myanmar, yang seorang daripada mereka adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Selayang pagi ini.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, lelaki tempatan berusia 23 tahun itu dikatakan baru keluar dari rumahnya dan menuju ke kereta ketika dia dibelasah oleh tiga lelaki yang bertujuan untuk merompaknya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata berkata lelaki warga asing itu kemudiannya merampas beg mangsa yang mengandungi wang tunai hasil jualan durian.


Munusamy berkata terdapat lima kesan luka dan tikaman di badan mangsa, dua daripadanya di belakang bahu kanan manakala masing-masing satu di belakang bahu kiri, bawah dagu dan pinggang. Luka tikaman pula, menurutnya adalah kira-kira tiga sentimeter.


Mangsa dikejarkan ke hospital Selayang dan dilaporkan kini berada dalam keadaan lemah.


Seorang anggota polis yang menyaksikan kejadian itu berjaya menangkap seorang suspek dengan bantuan orang ramai. Pemeriksaan terhadap suspek menemui satu pemutar skru.


"Dua lagi suspek yang terbabit dengan kejadian itu masih diburu polis," katanya.

-malaysiakini
at 7/17/2018 09:33:00 PTG
KERENGGA: Lelaki pemegang kad UNHCR rompak, tikam penjual durian (Gambar)


..........................

Tiada ulasan: