Ahad, 15 Julai 2018

Apa barang tambah syarat. Ada yang lengit meminta dilabelkan bodoh.7875.




Jangan sesekali cakap besar. 
15 JULY 2018
Debat bersama Zakir Naik, Ramasamy sudah goyang..
 
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy meletakkan syarat untuknya berdebat dengan pendakwah Dr Zakir Naik seperti yang dicadangkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Saya warga Malaysia, saya tak takut berdebat. Tetapi Zakir perlu terlebih dulu pulang ke India, hadapi dakwaan dan bersihkan namanya.

"Mahkamah India sangat terbuka. Bersihkan nama anda (Zakir), kembali dan saya akan berdebat dengan anda," katanya ketika ditemui di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.

Katanya lagi, beliau sebelum ini bersedia untuk berdebat dengan penceramah warga India itu tetapi "ia tidak berlaku".

Ramasamy mengulas cadangan yang disuarakan Mohd Asri di Facebook semalam agar beliau dan Zakir berdebat dengan tajuk "Siapa pengganas sebenar?".

Dalam hantaran itu, Mohd Asri menyifatkan Ramasamy sebagai individu yang terkait dengan pertubuhan pengganas Tamil antarabangsa, merujuk kepada Harimau Pembebasan Tamil Eelam.

Dalam hantaran sebelumnya, Mohd Asri (gambar) berkongsi gambar Ramasamy yang seolah-olah memberi penghormatan senapang Kalashnikov atau AK-47.

Semalam, Ramasamy yang juga ADUN Perai menafikan menyokong keganasan sebaliknya berkata gambar itu diambil pada 2015 dalam satu majlis anjuran sebuah NGO bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam konflik etnik Sri Lanka.

'Cubaan alih isu'

Ditanya sama ada syarat yang diletakkan itu menandakan beliau takut untuk bersemuka dengan Zakir, Ramasamy berkata "mereka boleh kata apa yang mereka mahu".

Beliau berkata isu yang lebih utama pada masa ini bukanlah soal debat tetapi permintaan India untuk mengekstradisi Zakir bagi berdepan dakwaan jenayah di negara itu.

"Jangan cuba alih isu seperti apa yang Asri cuba buat," katanya lagi.

Ramasamy berkata beliau sama sekali tidak menuduh Zakir bersalah atas dakwaan kesalahan ke atasnya tetapi undang-undang perlu dikuatkuasakan.

"Saya tiada isu peribadi dengannya, tetapi ada dakwaan serius terhadapnya dan India telah memfailkan dakwaan terhadapnya... Mengapa dia melarikan diri?"

Zakir sebelum ini berkata dakwaan terhadapnya - melibatkan tuduhan pengubahan wang haram dan mencetuskan keganasan - bermotif politik dan beliau mungkin tidak dibicarakan dengan adil jika kembali ke India.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga berkata kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan untuk mengusir Zakir yang mempunyai status penduduk tetap di negara ini, selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Dicatat Oleh Jeebond BLM
Bloglist Malaysia: Debat bersama Zakir Naik, Ramasamy sudah goyang..

Sunday, July 15, 2018
Pemimpin guna politik kaum, agama 'bodoh' - Arshad Raji
Posted By: Pentadbiron: July 15, 2018
Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji menyelar 2 pemimpin politik kerana ‘bermulut celupar” berikutan kenyataan terbaru mereka tentang perkembangan semasa.
Pemimpin guna politik kaum, agama 'bodoh' - Arshad Raji
Orang yang kurang berpelajaran pun boleh melihat kurangnya logik dan kewarasan kenyataan tersebut, katanya.

Beliau mengingatkan ahli politik supaya tidak menggunakan kaum dan agama bagi menyemai perselisihan dan kebencian, dan berkata ia terbukti strategi yang salah dalam pilihan raya umum baru lepas.

Arshad yang mengetuai Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata pemimpin Umno dan PAS yang gagal menyedari perkara ini “patut dilabelkan sebagai bodoh”.

Kata beliau, berdasarkan pengalaman dalam persatuan bekas tentera itu terdapat 2 jenis manusia yang akan menjadi pemimpin yang tidak baik.

“Pertama tin kosong yang bercakap tanpa berfikir, dan kedua mereka yang tidak berkemampuan dan pengetahuan tetapi pandai membodek,” katanya.

“Kedua-dua jenis ini sering bercakap buruk tentang orang lain, menyemai kebencian dan mensabotaj orang lain dengan cara salah bagi mendapatkan kelebihan,” kata beliau.

Arshad mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan.

Lokman menuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kerajaan mengikut kehendak DAP yang mempunyai 42 kerusi Parlimen, berbanding 13 kerusi milik PPBM pimpinan beliau.
Image may contain: 2 people, people smiling, text
Dalam pada itu Nasruddin dilaporkan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mewujudkan rasa tidak senang dalam kalangan orang Islam berikutan pelantikan 3 penjawat tertinggi dalam sistem perundangan dan kehakiman negara.

Arshad berkata, jelas bahawa Nasrudin memaksudkan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Menteri Undang-undang, Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

“Hujah dikemukakan oleh Lokman dan Nasrudin tidak ada logik dan kewarasan hatta kepada orang yang kurang pelajaran,” katanya.

“Kedua-dua Lokman dan Nasrudin adalah pemimpin pertengahan parti masing-masing. Tembakan bertubi-tubi tanpa kendali mereka, walaupun peluru kosong, merosakkan imej parti mereka dan pimpinan atasannya yang tidak bertindak mengawal pimpinan bawahan” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu menyokong perdana menteri dan Kabinet beliau bagi menghadapi cabaran di hadapan. – FMT

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, July 15, 2018
Sumber:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PEMIMPIN GUNA POLITIK KAUM, AGAMA ‘BODOH’ – ARSHAD RAJI





Tiada ulasan: