Jumaat, 13 Julai 2018

Arah mana hala tuju kependidikan negara di pelbagai peringkat, terutama di pengajian peringkat sekolah rendah. 7861.


BERITA»Nasional
Khamis, 12 Julai 2018 | 5:42pm
Pelan komprehensif jadikan Bahasa Malaysia pilihan utama - Maszlee
Oleh Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my
MASZLEE berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan dan Hari Raya Aidilfitri di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Putrajaya: Kementerian Pendidikan akan terus menggandakan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bukan sahaja di tanah air, malah di peringkat serantau dan global.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, selaras dengan itu, melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kementerian akan melancarkan Dekad Bahasa Kebangsaan yang akan melakarkan pelan komprehensif untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pilihan utama di tanah air.

"Malaysia terlalu kecil untuk bahasa kebangsaan dan kita juga akan mempromosinya serta memperkasa bahasa kebangsaan di peringkat serantau ASEAN.

"ASEAN juga terlampau kecil untuk bahasa kebangsaan, jadi kita akan bawa bahasa kebangsaan ini di persada dunia," katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan dan Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh lima tahun ini, pihaknya juga akan berusaha menjadikan DBP setaraf dengan lain-lain pusat dan institut bahasa yang dimiliki oleh negara maju.

"Kita akan berusaha menjadikan DBP setaraf British Council, Goethe Institute dan Nippon Institute.

"Melalui hasrat ini, kita berusaha untuk melaksanakan pemartabatan bahasa kebangsaan dan kita akan menjadikannya sebagai kenyataan," katanya.

Pada masa sama, Maszlee berkata, kementerian juga menyedari budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap memuaskan.

"Realitinya, ia agak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju. Jadi, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama kementerian lain dan seluruh agensi di bawah Kementerian Pendidikan akan menghidupkan Kempen Membaca Kebangsaan yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

"Kempen ini membabitkan dua peringkat iaitu dengan dua tahun pertama berbentuk pendekatan agresif, radikal, tidak konvensional dan begitu luar biasa bagi memastikan rakyat Malaysia menjadi rakyat yang membaca.

"Seterusnya pada 2020 hingga 2030, kita akan mengisytiharkan Dekad Membaca Nasional dan sekali lagi, DBP diberi tanggungjawab menerajui inisiatif ini, sekali gus diharap pada 2030, rakyat Malaysia akan dikenali sebagai masyarakat dan rakyat paling banyak membaca di dunia," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/448305/pelan-komprehensif-jadikan-bahasa-malaysia-pilihan-utama-maszlee
Rujukan:
Maszlee Malik (@maszlee) | Twitter



Jom bantu cikgu ni untuk dipermudahkan urusan pertukaran. Dia jadi OKU pun sebab terlibat dalam kemalangan jalan raya pada bulan Mac lalu Mari kita RT ramai-ramai. cc: Also YB sebab YB paling aktif di twitter 😁




Bertabahlah Ustaz [METROTV]
Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

BIARPUN diuji dengan kehilangan tangan kanan selepas terbabit dalam kemalangan di Pahang, Isnin minggu lalu, Abdullah Abd Kadir tidak pernah bersedih dan meratapi nasib, sebaliknya sentiasa berlapang dada serta reda dengan nasib yang menimpa dirinya.

Guru berusia 25 tahun yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Kuala Lumpur itu menganggap Allah SWT hanya mengujinya dengan menarik semula tangan yang dianugerahkan kepadanya sejak kecil, namun ia sesekali tidak melemahkan semangat untuk meneruskan kehidupan seharian.

Peluang bertemu anak kedua daripada lapan beradik di kediamannya di Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas selama satu jam itu, pemuda berkenaan kelihatan begitu tenang ketika menceritakan keadaan yang menimpa dirinya dan kuat semangat selain sentiasa tersenyum ketika diajukan soalan.

Tidak hairanlah kisah guru itu menjadi tular di Facebook dan kebanyakan netizen memuji semangat kental Abdullah yang begitu tabah menghadapi ujian Allah SWT.

Abdullah berkata, 26 Mac lalu, doktor memaklumkan tangan kanannya gagal diselamatkan dan dia tidak sesekali menangis atau merintih mahupun terkejut sebaik mengetahui bakal kehilangan anggota badan itu.

“Ketika itu, saya sudah reda dan terima seikhlasnya walaupun tangan bakal dipotong dan cacat hingga akhir hayat. Malah, selepas menjalani pembedahan memotong tangan sehari selepas terbabit kemalangan iaitu Selasa minggu lalu, saya hanya tersenyum melihat tangan saya.

“Ramai yang memandang pelik melihat keadaan saya yang masih tersenyum, sedangkan ahli keluarga yang datang melawat kesemuanya menangis. Saya cuma berfikiran positif dan menganggap Allah SWT uji saya dan Dia hanya menarik sedikit sahaja nikmat yang saya ada.

“Saya reda mungkin disebabkan petang sebelum kejadian, saya sudah bermimpi kereta saya terbabit dalam kemalangan dan rupanya ia menjadi realiti. Malah sepanjang cuti sekolah saya berada di kampung dan sudah membuat persiapan raya termasuk mengecat rumah, memasang langsir serta membeli perabot,” katanya yang mengajar subjek Pendidikan Islam.

Dalam kejadian 3 pagi di Kilometer 7.5 Jalan Bentong-Raub dekat Bukit Lebu, mangsa terpaksa menahan kesakitan selama satu jam akibat tangannya tersepit selepas kereta dipandunya terjatuh ke dalam gaung sedalam 16 meter.

Abdullah berkata, walaupun sudah cacat dan sebelum ini menulis menggunakan tangan kanan, beliau tidak sesekali patah semangat atau rendah diri untuk terus mengajar dan berbakti kepada masyarakat.

“Beberapa hari lalu, saya sudah berlatih menulis dan melukis menggunakan tangan kiri supaya saya tidak kekok apabila mula mengajar nanti. Insya-Allah apa yang berlaku ada hikmahnya dan saya tidak pernah menyesali takdir yang berlaku kerana segala yang saya alami adalah aturan Allah SWT,” katanya.

Menceritakan kejadian yang berlaku ketika terjunam dalam gaung, Abdullah berkata, kejadian itu berlaku pada awal pagi dan ketika itu dia hanya mendengar suara salakan anjing serta monyet.

“Saya tenangkan diri dan berusaha menghubungi bomba serta abang memaklumkan saya terbabit kemalangan dan meminta bantuan. Saya terpaksa kongsi lokasi kepada bomba kerana tidak tahu lokasi sebenar saya berada sebelum diselamatkan satu jam kemudian,” katanya yang mungkin bercuti selama dua bulan.



Berita berkaitan:
Derita kereta terhumban dalam gaung
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 April 2018 @ 10:11 PM
Bertabahlah Ustaz [METROTV] | Harian Metro


.

Tiada ulasan: