Khamis, 12 Julai 2018

Ramai letak jawatan selepas tarikh 9 Mei 2018. 7860.


Eloklah letak jawatan. Antaranya bererti masing-masing tahu aliran politik sendiri sudah tidak sesuai dengan Kerajaan Malaysia masa kini yang diterajui atau rakyat telah amanahkan Pakatan Harapan menjagainya. 

Atas Kerajaan Pakatan Harapan lah mahu latik siapa pun. Takkan mahu ikut telunjuk Umno yang jadi pembangkang sekarang. Umno walau telah menjadi pembangkang, orang-orangnya lagi suka kalau Pakatan Harapan lantik orang Umno. Senang hendak dikudakan? Dalam erti kata lain yang lebih bernas, zaman Umno sebagai penguasa telah berakhir. 

Berakhirnya Umno sebagai pentadbir Kerajaan Malaysia, dari sudut matang carilah salah sendiri, bukan saban hari cari salah orang lain, supaya kesalahan Umno orang lain tak nampak atau berharap jangan cari salah Umno. Salah Umno rakyat sudah menghukumi dan jatuhnya Umno setelah 61 tahun sebagai penguasa. Bangkit Umno? Selama ini Umno "zzz"? Terutama era Perdana Menteri ke 6? 

Kalau dilihat dari posting dan ulasan orang Umno dalam facebook tidak lari dari budaya mempergunakan dan memperalatkan Islam, menyemai semangat kebencian, merobohkan silaturrahim, menjahanamkan jalinan muhibah sesama bangsa dan dengan lain-lain agama dan berlainan bangsa. 

Macamlah ramai Melayu buta bab Perlembagaan Persekutuan yang memberi kekebalan kepada Melayu sebagai tuan kepada Tanah Melayu, Keistimewaan Melayu, Hak Tanah Rizeb Melayu, Hak Sultan dan Raja Melayu, Hak Bahasa Melayu dan Hak Islam sebagai Agama Rasmi Bernegarakan Malaysia. 

Islam dan Melayu sentiasa boleh hidup di mana-mana sahaja di dunia ini tanpa Umno. Sebenarnya bila ISLAM didahulukan sebelum berposting dan mengulas tentang politik, tidak akan lahir posting atau ulasan yang biadap pada Allah Subhanahuwatalla. Nauzubillahminzalik. 

Perlantikan Ketua Hakim Negara Warga Bumiputra Sabah ...Orang Sabah tidak gembira bah? 
Orang Umno Semenanjung kutuk-kutuk bagai Ketua Hakim Negara, takkan orang Umno sahaja ada perasaan. Pengamal Politik Lenget dan Ketengi. 

BERITA»Nasional
Rabu, 11 Julai 2018 | 10:06pm
Richard Malanjum Ketua Hakim Negara yang baharu
Gambar fail, Hakim Besar Sabah & Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum. - Foto Mohd Fadli Hamzah
KUALA LUMPUR: Tan Sri Richard Malanjum malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Malanjum, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Malanjum, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai.

Malanjum dilahirkan pada Oktober 1952 di Tuaran, Sabah di mana beliau memulakan persekolahan peringkat rendah dan menengah di Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau memulakan kerjayanya dengan berkhidmat di Jabatan Pelajaran dan kemudian beberapa jabatan kerajaan yang lain.

Pada 1972, beliau melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara (sekarang Universiti Teknologi Mara) di Shah Alam, Selangor, sebagai pelajar luar kampus University of London dalam bidang Undang-Undang dan dianugerahkan Bachelor of Laws (LL.B)(Hons)(London) pada 1975.

Selepas memperoleh ijazah undang-undang, Malanjum berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri Sabah dan ditugaskan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.

Malanjum melanjutkan pelajaran di London dan berjaya menghabiskan pengajian "Bar-at-Law" pada tahun yang sama. Beliau dipanggil ke "The English Bar of the Honourable Society of Gray's Inn" di London.

Sekembalinya dari London, beliau berkhidmat semula di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah sebagai Pegawai Undang-Undang/Timbalan Pendakwa Raya.

Pada 1977, beliau diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di Sabah dan juga diterima masuk ke 'The Australian Capitol Territory' (ACT) Bar pada 1991.

Pada 1981, Malanjum meletak jawatan di Pejabat Peguam Besar Negeri dan seterusnya menyertai bidang kerjaya guaman persendirian di Kota Kinabalu di mana pada waktu itu beliau menjadi Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada awal 1992.

Malanjum adalah anak kelahiran Bumiputera Sabah yang pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi di Malaysia.

Pada 2006, buat pertama kali sejak terbentuknya Malaysia, beliau menjadi rakyat Sabah yang pertama diangkat sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, jawatan terbabit dipegang masing-masing oleh seorang berbangsa British, seorang dari Semenanjung dan beberapa orang dari Sarawak.

Sejurus selesai upacara angkat sumpah itu, Sultan Muhammad V mengurniakan watikah pelantikan kepada Tan Sri Ahmad Maarop sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan juga watikah kepada Datuk David Wong Dak Wah sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Malanjum.

Md Raus dan Zulkefli meletakkan jawatan mereka selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 8 Jun lalu. Umur persaraan bagi hakim ialah 66 tahun. - BERNAMA

Sumber: 
Richard Malanjum Ketua Hakim Negara yang baharu | Nasional | Berita Harian

BERITA»Nasional
Khamis, 12 Julai 2018 | 8:04pm
Muhyiddin selamat jalani pembedahan
Oleh Noor Atiqah Sulaiman cnews@nstp.com.my
Gambar fail, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika sidang media selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru pada 28 Jun lalu. - Foto Hairul Anuar Rahim
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas dan kini berada dalam keadaan stabil.

Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abd Halim berkata, ketumbuhan berkenaan sudah dapat dikesan pada peringkat awal.

"Beliau akan mengambil cuti untuk mendapat rawatan susulan bermula hari ini dan dijangka akan kembali bertugas sebulan lagi.

"Sementara ketiadaan beliau, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan menjalankan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Untuk rekod, bidang kuasa dan tugas Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah mengawal beberapa JABATAN penting antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Jabatan Penjara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/448384/muhyiddin-selamat-jalani-pembedahan

BERITA»Nasional
Khamis, 12 Julai 2018 | 10:22am
Penurunan harga barang sangat kecil - Saifuddin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Penurunan harga barangan yang rendah menjadi punca rakyat masih belum merasai sepenuhnya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

"Sebenarnya kenaikan tidak berlaku tetapi jumlah penurunan harga barangan itu sangat kecil, ia tidak mencapai 30 hingga 40 peratus.

"Apabila kita semak aduan, terdapat dua kategori yang paling besar iaitu harga tidak berubah dan harga meningkat...daripada 10 aduan yang diterima lima daripadanya berkaitan makanan dan minuman di restoran, kedai makan serta medan selera," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas menteri Tan Sri Rais Yatim serta beberapa persatuan pengguna mengenai aduan orang ramai iaitu tiada perubahan pada kebanyakan barangan selepas pelaksanaan GST pada kadar sifar.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, harga makanan dan minuman turun di premis restoran makanan segera, namun tidak di restoran India Muslim atau kedai 'mamak' yang masih mengekalkan, malah ada yang menaikkan harga.

"Jumlah kedai mamak itu agak besar bilangannya sebanyak 10 ribu restoran dan pegawai KPDNHEP membandingkan harga dengan restoran makanan segera dan ia menunjukkan penurunan agak ketara di restoran makanan segera tetapi tidak di kedai mamak.

"Memang berlaku rampasan dan sebagainya tetapi pegawai kita ambil pendekatan memberi nasihat dan amaran agar tidak diulangi sebelum tindakan undang-undang diambil kerana kita tidak mahu menjejaskan mata pencarian sesiapa tetapi jangan memangsakan pengguna," katanya.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Kulim Bandar Bharu itu berkata beliau bercadang mahu memaparkan sampel kajian tinjauan harga barangan daripada pegawainya secara terus ke laman sesawang KPDNHEP.


"Saya tidak mahu bina hijab atau dinding dengan rakyat mengenai penemuan tinjauan, kita nak kongsi dengan rakyat dari segi fakta dan barangkali saya kena 'create' (cipta) rangkaian khas yang menyatakan hasil tinjauan di setiap premis barangan, biar rakyat boleh akses terus untuk tengok," katanya. - BERNAMA

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/448128/penurunan-harga-barang-sangat-kecil-saifuddin

BERITA»Kes
Khamis, 12 Julai 2018 | 10:26am
Bekas pegawai khas Najib direman 4 hari
Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my
PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak direman empat hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani, ketika dihubungi hari ini mengesahkan mengenai penahanan reman individu berusia 44 tahun itu.

"Dia ditahan pada Isnin lalu selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menggelapkan wang diterima dari sebuah syarikat yang dianugerahkan untuk memasang panel solar di sekolah di Sarawak," katanya.

Difahamkan perintah reman empat hari sehingga esok itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas dipohon SPRM.

Memetik laporan sebuah portal dalam talian hari ini, berdasarkan maklumat sumber SPRM, bekas pegawai khas itu didakwa meminta wang daripada sebuah syarikat berpangkalan di Bintulu.

"Kami difahamkan dia meminta wang dengan jumlah yang besar," katanya namun tidak mendedahkan jumlah berkenaan yang dipercayai bernilai jutaan ringgit.
Sebelum ini Sarawak Report, mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan Kementerian Pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.


Laporan berkenaan turut mendakwa bahawa kakitangan kementerian yang menyatakan keprihatinan berhubung proses penganugerahan kontrak terbabit ditukarkan, manakala laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia langsung tidak dihiraukan.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/448130/bekas-pegawai-khas-najib-direman-4-hari

BERITA»Politik
Khamis, 12 Julai 2018 | 5:55pm

Cari Kata Kunci

PRK Sungai Kandis: UMNO Selangor syor 4 nama
Oleh Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my
AHLI Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar di sidang media mengenai pertandingan pilihanraya kecil Sungai Kandis selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Jemaah Haji 2018 Kawasan Parlimen Tanjong Karang di Bangunan UMNO Tanjong Karang. - Foto Roslin Mat Tahir
TANJONG KARANG: UMNO Selangor mengemukakan empat calon kepada kepemimpinan tertinggi parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, semua calon berkenaan terdiri daripada gabungan pemimpin lama dan baharu termasuk wanita serta lelaki.

Menurutnya, senarai nama itu akan diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk dipertimbangkan.

"Semalam saya jumpa Presiden (Ahmad Zahid) dan bincang dari hati ke hati, saya serahkan rumusan hasil perbincangan UMNO Selangor dan keputusan adalah di tangan Presiden.

"UMNO Selangor juga setuju menggunakan logo UMNO pada PRK ini, namun semua bergantung kepada pucuk pimpinan tertinggi parti," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada jemaah haji Parlimen Tanjong Karang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Noh berkata pihaknya juga akur sekiranya UMNO meletakkan calon yang bukan daripada pemimpin parti mahupun calon dari luar kawasan berkenaan.

"Kita akan beri sokongan penuh kepada calon tidak kira siapa pun yang diputuskan parti kelak, kita juga akan tampil dengan tema baharu ketika berkempen iaitu undi UMNO jika mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji," katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata dirinya masih kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor sehingga Presiden mengumumkan penggantinya dan beliau akan menolak sekiranya dipilih semula.

"Yang pasti bukan saya, saya dah gagal memimpin Barisan Nasional (BN) Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Saya beri peluang kepada orang baharu yang ada pendekatan lebih baik berbanding saya untuk mengisi tempat ini," katanya.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/448318/prk-sungai-kandis-umno-selangor-syor-4-nama

BERITA»Nasional
Khamis, 12 Julai 2018 | 5:49pm
Hidangan babi di meja media, penganjur tidak sensitif
Oleh Nurul Fhatihah Zakinan fhatihah@nstp.com.my
Menu daging khinzir yang dihidangkan pada program malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong. - Foto Nurul Fhatihah Zakinan
MELAKA: Sikap tidak sensitif penganjur Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong, di sini, malam tadi menyebabkan beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu hampir termakan daging babi.

Lebih mengecewakan, tiada seorang pun wakil pihak penganjur memaklumkan jenis hidangan di atas meja itu, sebelum wartawan beragama Islam yang hadir membuat liputan duduk semeja bersama wartawan bukan Islam.

Wartawan Utusan Malaysia, Fadzly Izab, 33, berkata beliau sangat terkejut, malah menyifatkan penganjur tidak beradab apabila menghidangkan menu babi di mejanya ketika sedang membuat liputan.

"Saya sudah syak dari awal hidangan menu pada majlis itu tidak halal sehingga pelayan menghidangkan menu daging babi di atas meja wakil media. Jadi, ini bermakna semua hidangan yang dihidangkan sudah pasti diyakini tidak halal kerana disediakan oleh tukang masak dan dapur sama.

"Perkara ini sangat sensitif dan boleh mengundang kemarahan individu yang beragama Islam, termasuk juga daripada agama lain," katanya yang kesal dan terkilan perkara seperti itu boleh berlaku dalam majlis yang dihadiri tetamu pelbagai lapisan agama serta bangsa.

Sementara itu, wartawan beragama Hindu dari Tamil Nesan, A Kaviarasan, turut tidak bersetuju dengan tindakan penganjur menghidangkan menu berkenaan dan menganggap ia keterlaluan.

"Walaupun bukan beragama Islam, agama Hindu juga tidak membenarkan penganutnya makan babi. Saya kecewa kerana mereka langsung tidak sensitif mengenai perkara ini.

"Tetamu yang hadir juga bukannya dari satu bangsa saja, mereka (penganjur) perlu peka dengan semua perkara ini," katanya.

Difahamkan, majlis terbabit dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin selain beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tetamu kehormat.

Sementara itu, Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka (KEMM), Samat Majid, sudah memanjangkan isu berkenaan kepada pihak kerajaan negeri dan penganjur supaya membuat permohonan maaf secara terbuka bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

"Kita kesal perkara seperti ini boleh berlaku disebabkan sikap tidak sensitif penganjur terhadap kumpulan wartawan beragama Islam yang membuat liputan," katanya.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/448313/hidangan-babi-di-meja-media-penganjur-tidak-sensitif

BISNES»Korporat
Khamis, 12 Julai 2018 | 5:36pm
PKA mahu lakukan pembiayaan semula hutang RM3.8 bilion
Oleh Oii Tee Ching bhbiz@nstp.com.my
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (dua kanan) menerima cenderahati daripadaPengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjodin Enstrom (dua kiri) selepas merasmikan cawangan Scania Pelabuhan Klang yang baru ditingkatkan di Scania Malaysia Sdn Bhd, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Turut bersama Timbalan Ketua Misi, Urusan Ekonomi & Politik, Kedutaan Sweden, Ola Pihlblad (kanan), Pengurus Bengkel Scania Pelabuhan Klang, S Kamalaventhan (kiri). - Foto Faiz Anuar
PELABUHAN KLANG: Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) mahu melakukan pembiayaan semula hutangnya sebanyak RM3.8 bilion dengan kerajaan persekutuan supaya tidak perlu menggunakan rizabnya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pada 2013, PKA meminjam RM3.8 bilion daripada kerajaan persekutuan dan pinjaman itu dilaksanakan dengan Kementerian Kewangan (MoF) yang mana pembayaran balik sudah bermula tahun ini.

"Di bawah perjanjian pinjaman itu, PKA perlu membuat bayaran balik tahunan sebanyak RM222 juta kepada Kementerian Kewangan.

"Pendapatan tahunan PKA hanya berjumlah RM266 juta, di mana RM80 juta adalah kos pentadbiran, manakala RM6 juta bagi penyelenggaraan.

"Kami sedang berusaha untuk melakukan pembiayaan semula hutang PKA sebanyak RM3.8 bilion dengan MoF, supaya ia tidak menjejaskan rizab PKA sebanyak RM380 juta. Kami hanya meraih pendapatan tahunan RM80 juta daripada sewa perindustrian di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," katanya dalam satu taklimat di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamarudin Jaffar; Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; dan Pengurus Besar PKA, Kapten Subramaniam Karuppiah.

Sementara itu, Loke berkata Pengerusi PKFZ yang bakal dilantik bukan dari kalangan ahli politik.

Beliau berkata, ia sejajar dengan pendirian kerajaan untuk melantik profesional sahaja bagi mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kami telah mencadangkan seorang akauntan untuk jawatan itu. Gaji bulanannya tidak lebih daripada RM10,000," katanya.

Ditanya mengenai kedudukan pengerusi PKA dan pemilihan ahli lembaga pengarah, Loke berkata tidak ada masalah untuk melantik ahli politik, memandangkan PKA adalah badan berkanun dan bukan syarikat berorientasikan keuntungan seperti PKFZ.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/07/448300/pka-mahu-lakukan-pembiayaan-semula-hutang-rm38-bilion

BERITA»Nasional
Khamis, 12 Julai 2018 | 4:42pm
BN pernah beri amaran jangan ubah sistem cukai
Oleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my
GAMBAR fail, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melambai kearah petugas media dan penyokong yang menunggunya ketika tiba untuk penyelesaian prosedur ikat jamin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah pada 9 Julai lalu. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan Barisan Nasional (BN) pernah memberi amaran terhadap bahaya perubahan sistem cukai secara sewenang-wenang yang boleh memberi kesan terhadap kos sara hidup rakyat.

Bekas Perdana Menteri berkata, harga barang tidak turun walaupun kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifarkan.

Beliau turut bimbang dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan diperluaskan September ini.

Ini kerana, katanya langkah itu akan memberi kesan terhadap harga barang yang dijangka mungkin jauh lebih tinggi berbanding sebelum GST disifarkan.

"Inilah bahaya apabila sistem cukai diubah sesuka hati dan BN pernah memberi amaran sebelum PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) mengenai ini.

"Ini sudah tentu memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat dan ini bertentangan dengan janji Pakatan Harapan (PH) yang memberi setinggi harapan untuk menurunkan kos sara hidup rakyat dalam manifesto mereka.

"Saya harap kerajaan PH akan buat sesuatu untuk memastikan kebimbangan ini tidak menjadi kenyataan," katanya dalam entri terbaru di Facebooknya, hari ini.

Menerusi portal berita, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, penurunan harga barangan yang rendah menjadi punca rakyat masih belum merasai sepenuhnya pelaksanaan GST pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu

Beliau dilaporkan berkata harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan membabitkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

Najib berkata, beliau terkejut dengan kenyataan menteri yang mengakui GST bukan sebab utama harga barang naik, biarpun ia menjadi modal dan tohmahan terhadap kerajaan pimpinannya sebelum PRU-14.

"Pada masa itu, PH tidak menerima jawapan kita malah mempersendakannya. Kini PH terpaksa menelan hakikat di sebalik tuduhan mereka sendiri," katanya.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/448287/bn-pernah-beri-amaran-jangan-ubah-sistem-cukai

BISNES»Lain-lain (Bisnes)
Khamis, 12 Julai 2018 | 3:46pm
Pakej unifi dengan kelajuan 30Mbps pada harga RM79
Oleh Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman. - Foto Saddam Yusoff
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) melancarkan pakej unifi mampu milik, unifi Basic pada harga RM79 dengan kelajuan 30Mbps dan kuota data sehingga 60GB setiap bulan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman, berkata pakej itu boleh mula dilanggan pada 15 Julai ini yang mana ia adalah pakej mampu milik kepada isi rumah dengan pendapatan RM4,500 dan ke bawah.

Beliau berkata, langkah memperkenalkan pakej seumpama itu adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk mengurangkan harga perkhidmatan jalur lebar pada akhir tahun ini.

"Pelan yang kita tawarkan ini adalah 50 peratus lebih rendah dari pelan unifi Home 30Mbps sedia ada, sekali gus memberi peluang semua orang untuk menikmati perkhidmatan jalur lebar yang lebih murah dan pantas.

"Unifi Basic juga boleh dilanggan secara eksklusif menerusi platform atas talian yang akan ditawarkan bermula pada 15 Ogos ini," katanya pada taklimat media mengenai pakej terbaru itu di sini, hari ini.

Pengumuman itu juga membawa perkhidmatan jalur lebar negara ke tahap lebih tinggi dengan pengenalan penaiktarafan pelan untuk pelanggan unifi Home sedia ada sehingga 800Mbps.

Selain itu, ia turut memperkenalkan naiktaraf pelan untuk pelanggan Streamyx kepada unifi di kawasan liputan unifi atau peningkatan kelajuan dua kali ganda di kawasan yang tiada liputan perkhidmatan berkenaan.

Pada majlis itu, TM juga mengumumkan pelan unifi turbo, terdiri daripada Lite Plan, Advance Plan dan Pro Plan masing-masing ditawarkan pada harga RM129 (10Mbps) , RM139 (30Mbps) dan RM329 (100Mbps) bermula 15 Ogos ini.

Dalam taklimat itu turut menyaksikan pengenalan semula pelan pascabayar yang dikenali sebagai unifi Mobile juga pada 15 Julai ini.

Bulan lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, mengumumkan harga perkhidmatan jalur lebar di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang hujung tahun ini.

Penurunan harga itu berikutan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) pada 8 Jun lalu dan berkuatkuasa 1 Januari 2018, yang mengenakan harga siling borong bagi pembekal kemudahan dan perkhidmatan digunakan syarikat telekomunikasi di pasaran.

Penurunan harga borong itu kelak akan turut mengurangkan harga pasaran jalur lebar bagi pengguna.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/07/448263/pakej-unifi-dengan-kelajuan-30mbps-pada-harga-rm79

BERITA»Nasional
Khamis, 12 Julai 2018 | 3:22pm
Pembatalan 4 kontrak IPP akan ditentukan Kabinet
Oleh Suhaila Shahrul Annuar dan Seri Nor Nadiah Koris cnews@nstp.com.my
Menteri Tenaga, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin ketika sesi soal jawab pada Majlis Townhall Sesion "Reindustri" dan turut bersama timbalannya Isnaraissah Munirah Majilis di Hotel Marriot, Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PUTRAJAYA: Kerajaan bercadang membatalkan kontrak empat syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) yang dianugerahkan oleh pentadbiran terdahulu, yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, keputusan rasmi berhubung pembatalan itu hanya akan ditentukan minggu depan selepas mendapat persetujuan Kabinet.

Beliau berkata, sebelum ini, Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) mencadangkan lapan IPP tetapi kementeriannya masih mengkaji perkara itu.

"Empat yang ini, kita sudah kenal pasti dan pembatalannya akan ditentukan secara rasmi selepas mendapat persetujuan Kabinet minggu depan. Sekarang saya tidak boleh umumkan mereka, minggu depan selepas Jemaah Menteri luluskan, saya akan umumkan secara rasmi empat IPP ini.

"Kita perlu faham bila kerajaan nak batalkan sesuatu, kita kena kaji sama ada akan beri implikasi terutama dari segi kewangan, perundangan dan teknikal.

"Setakat ini empat yang kita kenal pasti adalah IPP yang berisiko rendah dan tidak memberi implikasi dari segi kewangan, teknikal dan perundangan kepada kerajaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Sesi Townhall Perdana: Industri Tenaga Boleh Baharu bersama Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar di kementeriannya.

Bee Yin bagaimanapun enggan menamakan IPP yang terbabit tetapi mengesahkan ia adalah IPP yang baharu dan satu daripadanya adalah syarikat tersenarai awam (PLC).

Sebelum ini, ketika berucap pada majlis berkenaan, Bee Yin berkata ada kontrak IPP yang diluluskan melalui rundingan secara langsung oleh kerajaan terdahulu, justeru ada keperluan untuk membatalkannya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan proaktif ke arah mencapai 20 peratus penggunaan tenaga boleh diperbaharui di negara ini di mana ketika ini hanya mencapai dua peratus.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/448236/pembatalan-4-kontrak-ipp-akan-ditentukan-kabinet

BERITA»Nasional
Khamis, 12 Julai 2018 | 9:00am
LRT3 diteruskan dengan kos RM16.63b - Guan Eng
Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my
 
LIM Guan Eng. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) diteruskan dengan kos akhir berjumlah RM16.63 bilion, iaitu 47 peratus lebih rendah berbanding kos asal RM31.65 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata nilai kos akhir itu sekali gus dapat menjimatkan RM15.02 bilion wang rakyat. Katanya, kos keseluruhan itu termasuk tetapi tidak terhad kepada kos Pakej Kontrak Kerja (WPC), pengambilan tanah, pengurusan projek, fi perundingan, kos operasi, kos overhead, faedah pinjaman semasa pembinaan (IDC) dan kos lain yang berkaitan.

"Penjimatan bernilai RM15 bilion bukan sahaja penting dalam konteks pengurangan hutang negara, malah ia juga bakal memberi penjimatan tambahan bernilai RM14 bilion khususnya dalam kos faedah sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman kewangan.

"Pengurangan kos sebanyak 47 peratus ini membuktikan kemampuan kerajaan dalam usaha mendapatkan penjimatan kos yang begitu signifikan bagi projek yang harga asalnya melambung tinggi akibat kelemahan tadbir urus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, prose perundingan semula yang menyeluruh dan pelan rasionalisasi pelaksanaan projek LRT3 sudah diadakan dengan semua pihak yang terbabit termasuk Prasarana Malaysia,MRCB-George Kent (MRCB-GK JV), iaitu Rakan Pelaksana Projek (PDP) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Satu aspek kritikal dalam pengkajian semula projek ini adalah integrasi jajaran LRT3 sepanjang 37km; dari Johan Setia (Klang) ke Bandar Utama (Petaling Jaya) perlulah dikekalkan.

"Di samping itu, isu keselamatan, kekerapan jadual perjalanan dan kualiti perkhidmatan mestilah memenuhi segala syarat keperluan pengawal selia," katanya.

Tambah beliau, antara langkah utama yang diambil untuk mengurangkan dan merasionalisasi kos projek ini termasuk mengurangkan jumlah tempahan daripada 42 set kereta api 6-koc kepada 22 set kereta api 3-koc.

"Berdasarkan kajian pelaksanaan projek LRT3, 22 set kereta api 3-koc ini sudah memadai untuk menampung jumlah penumpang yang dijangkakan menggunakan perkhidmatan ini sehingga tahun 2035, sebelum sebarang penambahan jumlah set kereta api 3-koc dilaksanakan.

"Mengurangkan saiz pembinaan pangkalan kereta api LRT berikutan bilangan kereta api LRT yang dikurangkan. Mengubahsuai saiz dan reka bentuk stesen LRT mengikut piawaian jajaran LRT Kelana Jaya dan bukannya mengikut saiz stesen MRT yang lebih besar.

"Menangguhkan pembinaan lima stesen yang dijangkakan mempunyai jumlah penumpang yang rendah, sehingga terdapat keperluan untuk membina stesen itu. Pembinaan stesen yang akan dibatalkan adalah Lien Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic.

"Membatalkan pembinaan terowong sepanjang dua kilometer untuk laluan LRT dan stesen LRT bawah tanah di Persiaran Hishamuddin, Shah Alam," katanya.

Selain itu katanya, langkah turut diambil dengan melanjutkan tempoh masa untuk menyiapkan projek LRT3 dari tahun 2020 ke 2024 untuk mengurangkan lagi kos pembinaan yang asalnya dinaikkan untuk mempercepatkan tempoh siap projek itu.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/448112/lrt3-diteruskan-dengan-kos-rm1663b-guan-eng




























Tiada ulasan: