Rabu, 18 Julai 2018

Bekerja di Jepun. 7886.


AKKBAR KONGSI TIPS BEKERJA DENGAN MAJIKAN JEPUN
OLEH CARETA.MY
Ingat Akkbar Danial? Anak kelahiran Kelantan yang dulu pernah merempat di Jepun dan kini menjadi Naib Presiden Honda Malaysia. 

Careta pernah menulis cerita bagaimana Akkbar sebagai budak kampung bekerja keras untuk menjadi antara tonggak utama syarikat kenderaan bukan nasional nombor satu di Malaysia  (baca laporan kami di pautan ini

Careta bersama dengan Akkbar sekali lagi di Kota Kinabalu untuk pandu uji media bagi model Civic generasi kesepuluh dan seperti biasa, baharulah kami mendapat peluang untuk duduk berbual. 

Jika di Kuala Lumpur, kedua pihak sering sibuk dengan urusan. Kali ini, Careta meminta Akkbar untuk memberi tips dan nasihat bagaimana cara untuk memenangi hati majikan yang berasal dari Jepun. Akkbar mula bekerja dengan syarikat Jepun sejak 18 tahun lalu dan fasih dengan bahasa dan budaya dari negara matahari terbit itu. 

Siapa lagi yang lebih baik selain beliau untuk memberi sedikit tips dan panduan kepada anak-anak muda yang bekerja dengan syarikat dari Jepun.

* Bangsa Jepun sangat pentingkan ketepatan masa. Jangan sekali-kali terlambat semasa temuduga pekerjaan dengan syarikat Jepun. Dan bila sudah bekerja dengan syarikat Jepun, jangan lambat jika mahu naik pangkat segera.

* Jangan lupa berpakaian kemas. Tidak semestinya berpakaian jenama mahal, atau memakai fesyen terkini tetapi pakaian yang kemas dan bersih. Jika berjambang, pastikan teratur kemas. Jika anda punk atau rock atau ska atau gothic, buang semua itu di luar bilik temuduga. First impression lasts - nasihat Akkbar.

* Gunakan nama keluarga bila kita memanggil mereka. Contohnya, jika namanya Hiroshi Tanaka, panggil beliau dengan nama keluarganya, dan tambah -san di belakang. Contohnya, Tanaka-san. Anda hanya boleh menggunakan nama Hiroshi atau nama pertama bila tuan punya nama sudah melihat anda sebagai rakan rapat atau jika di dalam pejabat, anda sudah sama pangkat dengannya.

Tepati janji. Jika kita berkata tugasan itu boleh siap dalam masa tiga jam, pastikan ia siap. Tiada alasan patut dibagi.
WhatsApp Image 2016-08-24 at 6.10.31 PM
WhatsApp Image 2016-08-24 at 6.10.31 PM
Bangsa Jepun tidak suka mendabik dada bercerita tentang kejayaan peribadi. Jika anda bekerja dengan syarikat Jepun, pastikan sentiasa bercakap kejayaan itu datang dari seluruh ahli pasukan anda.

* Bangsa Jepun sangat menghargai team work atau kerjasama antara pekerja. Tidak ada sifat menuding jari kepada individu sekiranya tragedi berlaku.

* Prinsip Ho-Ren-So ialah satu lagi cara pemikiran atau thought process-flow yang diikuit oleh bangsa Jepun. Horenso bermaksud bayam, tetapi juga adalah singkat kepada tiga perkataan Jepun.


** Laporan akan isu tersebut 

** Renraku - Hubungi mereka yang berkenaan 

** Sodan - Berbincang akan masalah tersebut dan jalan penyelesaian 

** Pastinya cara begini ialah sesuatu yang universal dan logik tetapi yang membezakan bangsa Jepun dengan orang lain, mereka benar-benar mengamalkan falsafah ini.

* Jangan marah atau rasa tertekan jika ketua Jepun anda memberikan anda banyak tugasan. Pepatah Jepun mengatakan, kerja hanya akan diberikan kepada mereka yang bekerja. Ini bermakna sekiranya beliau memberikan anda banyak tugasan, anda sudah mendapat kepercayaan darinya. JANGAN bazirkan kepercayaan beliau itu! Buktikan diri anda sebagus apa yang dia harapkan.

* Teori orang Jepun suka bekerja lebih masa adalah tidak tepat. Ramai yang akan pastikan kerja sudah selesai pada masa dan balik tepat pada masa. Cuma satu amalan Jepun ialah mereka suka mengetahui proses-proses di luar tugasan kita. Ini bermakna anda perlu ambil tahu kerja-kerja lain sama ada di bawah peringkat anda, atau melepasi peringkat anda. Dan sekiranya salah seorang dari rakan anda masih belum menyiapkan kerjanya, bantu. Ingat, Jepun pentingkan kerjasama dalam kumpulan!

* Jika anda diminta untuk membuat penyampaian laporan, hindari dari menggunakan terlalu banyak perkataan. Di dalam presentation slides atau slide laporan anda, gunakan gambarajah dan pergi terus kepada fakta dan nombor. Dalam bahasa pasar, bangsa Jepun tidak suka anda "menggoreng" 

Akkbar turut berkongsi satu lagi rahsia pengurusan yang sering digunakan oleh Honda - teori tiga G.

Genba - secara lisan, ia bermaksud "di tempat kejadian"

Genbutsu - perkara sebenar, benda sebenar

Genjitsu - situasi sebenar

Menurut Akkbar, konsep 3 G ini bermaksud anda patut pergi ke lokasi masalah itu dan lihat keadaan sekeliling. Kemudian dapatkan semua fakta-fakta yang ada di situ dari yang memang mengalami masalah itu sendiri dan fahamkan situasi masalah tersebut. Kemudian, anda akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan lebih cepat, ringkas dan tepat.

Terima kasih Akkbar dan semoga informasi dan nasihat beliau ini berguna untuk anak-anak muda yang baharu memulakan karier mereka bersama syarikat Jepun.
Akkbar kongsi tips bekerja dengan majikan Jepun | Careta
banner articles
Mahu Bekerja Di Jepun? Anda Mesti Lulus 16 Elemen Utama Ini Dahulu
Oleh Kamarul Ilmar Ramli   •  Suara  •  March 4, 2017, 9:29 AM
pengalaman-bekerja-di-jepun-1
Sebelum saya memulakan tulisan saya untuk kali ini, izinkan saya untuk memohon beribu-ribu ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan ‘Road To Japan’ yang ramai menghubungi saya bertanyakan mengenai peluang bekerja di Jepun, tetapi tidak mendapat respons yang memuaskan dan jawapan yang mungkin menghampakan dari saya.

Di sini saya akan terangkan beberapa elemen yang menyebabkan kehampaan itu terpaksa dirasai supaya ramai akan faham situasi sebenar kenapa sangat susah nak mendapatkan peluang pekerjaan di Jepun.

Penerangan saya ini berdasarkan apa yang telah dilalui serta pengalaman dalam bidang yang saya ceburi. Saya tidak akan memberi penerangan sewenang-wenangnya mengenai pekerjaan yang di luar bidang dan pengalaman saya, takut nanti ramai akan salah faham dan maklumat mungkin menjadi tidak tepat.

Berikut 5 elemen teknikal yang menjadi punca saya diterima untuk bekerja di sana:

1. Lulus dari kolej di Jepun di dalam bidang kejuruteraan.

2. Boleh berbahasa Jepun termasuk menulis dan membaca.

3. Mengesahkan telah mendapat pekerjaan sebelum tamat pengajian.

4. Mendapat perlepasan dari pihak yang menaja kita belajar di Jepun.

5. Mempunyai visa yang sah, dari Visa Pelajar berubah ke Visa Kerja 

Baca: Sakura, Hanami Dan Ini Apa Yang Aku Belajar Tentang Hidup Daripada Jepun
CHOUREI DAN UCHIAWASE ROOM ATAU BILIK TAKLIMAT DAN MEMBERIKAN ARAHAN SEAWAL JAM 7:30AM.
Berikut 16 elemen utama yang perlu ada untuk anda bekerja di Jepun dari segi rohani, jasmani dan mental:

1. Mempunyai niat yang ikhlas.

2. Mempunyai matlamat dan visi yang jelas kenapa anda harus bekerja di sana.

3. Mempunyai pegangan akidah yang kuat supaya anda tidak hanyut dengan cara hidup di sana.

4. Mempunyai mental yang kuat untuk menghadapi KESUNYIAN di tahap kritikal.

5. Tidak goyah dan kalah dengan nafsu tekak anda, yang menyebabkan anda mengalah tak boleh bertahan kerana takde rasa belacan pedas masam dan sebagainya, perlu survive mengisi perut dengan apa yang ada di sekeliling anda.

6. Bersedia untuk merubah sikap keseluruhannya. Perlu belajar menerima dan meresapi tatacara bekerja cara orang Jepun. MC? Datang lambat? balik awal? Nak pergi bank? Maaf. Sila pulang.

7. Tidak merungut gaji kecil dan pelbagai jenis kerja akan dipertanggungjawabkan ke atas anda.

8. Bersedia untuk mengalami amalan ‘Diskriminasi’ dari para senior anda. Jangan salah faham bukan diskriminasi bangsa atau kaum ya. Jika kena ketuk kepala dan anda balas balik, sila pulang juga.

9. Bersedia untuk menghadapi pelbagai tekanan ‘komunikasi’. Anda fikir anda faham dari segi bahasa, tapi dari segi nuans-nya memberi maksud berlainan.

10. Bersedia untuk menghadiri pelbagai acara tahunan syarikat yang hampir 90% anda perlu melayani rakan sekerja yang mabuk.

11. Bersedia untuk menyesuaikan diri bergaul dengan masyarakat di sana, ada ketikanya anda akan dilantik menjadi AJK kawasan perumahan anda dan mematuhi peraturan-peraturan kawasan setempat.

12. Pandai berjimat cermat. Nafsu untuk beli gadjet, kereta dan aksesori, barang elektrik elektronik, barang pancing dan sebagainya perlu dibendung.

13. Mempunyai ketahanan fizikal untuk menghadapi cuaca empat musim. Banyak kes ramai tak tahan sejuk nak balik Malaysia.
14. Mempunyai ketahanan jiwa raga kalau ada makwe pakwe kat Malaysia tu yang selalu suruh “Pulanglah”, ha pandai-pandai lah nak pujuk. Ramai juga gagal bahagian ni.

15. “YAKIN”. Yakin yang anda boleh untuk terus bekerja dan hidup di Bumi Sakura! Anda tak yakin anda akan goyah. Anda goyah, akan datang satu penyakit yang diberi nama ‘Utsubyo’ berkaitan mental.

16. Perlu berkorban untuk mempunyai cara pemikiran seperti orang Jepun. Dalam konteks lain “Nihonjin ni naru” atau ingin menjadi orang Jepun, supaya tubuh, naluri dan perasaan jadi sebati dan mudah untuk bergaul bekerja bermasyarakat dengan orang Jepun. Tapi bukan bermaksud anda buang semua pakaian asal anda. Jika tidak, pertembungan kendiri akan berlaku!

Buang segala ego, tetapi perlu ada ego untuk berjaya!

Jadi saya suka nasihatkan di sini, jika anda gagal salah satu di atas maaf tiada harapan untuk berada lama di sana. Setakat alasan nampak syoknya kerja di Jepun, bosan kerja di Malaysia dan pelbagai alasan yang tidak kukuh, sila lupakan.
SAYA ANGGAP DIA SEBAGAI ABANG ANGKAT SAYA, MR MIYAWAKI SAN! 
DIALAH SENPAI SAYA YANG PALING MENGAMBIL BERAT DAN BANYAK MENCURAHKAN ILMU KEPADA SAYA.
Elemen lain yang turut mempengaruhi:

1. Negara Jepun, bangsanya hanya satu iaitu bangsa Jepun.

2. Bangsa ini bangga dan lebih percaya kepada kemahiran rakyat mereka sendiri.

3. Jadi mereka tidak memerlukan bangsa luar untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di negara mereka (kecuali ada sektor tertentu seperti IT).

4. Tetapi tidaklah bermakna mereka mengamalkan diskriminasi terhadap bangsa lain, tidak. Jika anda ingin menyelusup masuk dalam masyarakat mereka, anda perlu bersedia dan ada kemahuan untuk berjaya menghadapi cabaran-cabaran yang saya sebutkan di atas.

Jadi memang benarlah tiada jalan lain untuk mencari ruang peluang bekerja di sana? Maaf saya tak boleh beri ulasan tentang ini kerana tiada pengalaman. 

Cuma apa yang saya tahu, berikut antara jalan lain yang turut boleh dilakukan jika anda bukan lulusan mana-mana kolej atau universiti di Jepun:

1. Memohon mana-mana syarikat Jepun di Malaysia, tunggu peluang untuk dihantar training ke sana.

2. Memohon program WWOOF (World Wide Opportunities on Organics Farm).

3. Berkahwin dengan Warganegara Jepun. Anda akan diberikan Spouse Visa untuk tinggal di sana dan memohon kerja part time.

4. Belajar bahasa Jepun di sana dengan wang sendiri (boleh mohon visa pelajar), dan bekerja secara sambilan sambil belajar. Kalau ada rezeki dan anda dah fasih berbahasa Jepun mungkin ada peluang untuk diambil bekerja dengan kenalan di sana (pernah berlaku pada kenalan saya dari Malaysia).

Tapi kos dan belanja di Jepun teramat mahal. Kena ambil kira belanja sewa rumah, kos makan minum, bil elektrik dan air.

Setakat ini sahajalah penerangan saya. Diharap dapat menjawab persoalan rakan-rakan yang bertanya kepada saya sebelum ini agar anda lebih memahami situasi sebenar apabila memohon pekerjaan di sana.

Nota:
Jangan salah anggap penulisan saya di atas. Saya tak bermaksud kerja di sana terlalu teruk. Elemen-elemen yang saya senaraikan di atas adalah sebagai persediaan untuk membuang segala sifat manja, bersedia untuk menjadi kental supaya kita senang menerima budaya kerja mereka.

Saya beritahu tuan puan, saya perlukan tempoh setahun sahaja untuk membiasakan diri. Sekiranya anda boleh melepasi cabaran-cabaran awal ini, insyaAllah cabaran lain akan menjadi lebih mudah untuk ditempuhi.


Maaf selepas setahun bekerja di sana saya dah nekad untuk terus bekerja dan tinggal di sana kerana terlalu seronok. Tetapi Allah taala mempunyai perancangan lain yang lebih baik untuk saya. 

Baca lagi: Jepun Dan Terjemahan Buku, Apa Masyarakat Kita Boleh Belajar Daripada Mereka

Sumber:
Mahu Bekerja Di Jepun? Anda Mesti Lulus 16 Elemen Utama Ini Dahulu

Friends Of JKR berkongsi siaran Kamarul Ilmar in Shimane.
3 Mac 2017
Jika anda ada niat mahu kerja di Jepun, luangkan masa membaca tulisan ini.
Kamarul Ilmar in Shimane
Suka Halaman Ini · 2 Mac 2017
Foto Kamarul Ilmar in Shimane.
Chourei dan Uchiawase room atau bilik taklimat dan memberikan arahan. Seawal pagi 7:30am. - Kamarul Ilmar in Shimane - Siaran
Foto Kamarul Ilmar in Shimane.
Bersama rakan seperjuangan... Takeda san dan Mrs Montani san... kami bertiga sebaya... Takeda san hanya lulus Sekolah menengah sahaja tapi kini telah diiktiraf sebagai Engineer - Kamarul Ilmar in Shimane - Siaran
Foto Kamarul Ilmar in Shimane.
Saya anggap dia sebagai Abang Angkat saya Mr Miyawaki san! Dia lah senpai saya yang paling mengambil berat dan banyak mencurahkan ilmu kepada saya. - Kamarul Ilmar in Shimane - Siaran


"Shibutoi!"
(Kekentalan)

Assalamualaikum wbt,

Sebelum saya memulakan tulisan saya untuk kali ini, izinkan saya untuk memohon beribu-ribu ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan 'Road To Japan', yang ramai menghubungi saya bertanyakan mengenai peluang bekerja di Jepun, tetapi tidak mendapat respons yang memuaskan dan jawapan yang mungkin menghampakan dari saya.

Di sini, saya akan menerangkan beberapa elemen yang menyebabkan keterhampaan itu terpaksa dirasai supaya ramai akan faham situasi sebenar mengenai kenapa susah sangat nak menggarap peluang pekerjaan di Jepun.

Penerangan saya ini berdasarkan apa yang telah saya lalui dan melalui pengalaman dalam bidang yang saya ceburi.

Saya tidak akan memberi penerangan sewenang-wenangnya mengenai pekerjaan yang di luar bidang dan pengalaman saya, takut nanti ramai akan salah faham dan maklumat itu tidak tepat.

Elemen utama yang menjadi punca saya diterima untuk bekerja di sana dari segi Teknikal: 
☑️Lulus dari Kolej di Jepun di dalam bidang Kejuruteraan.
☑️Boleh berbahasa Jepun termasuk menulis dan membaca.
☑️Mengesahkan telah mendapat pekerjaan sebelum tamat pengajian.
☑️Mendapat perlepasan dari pihak yang menaja kita belajar di Jepun.
☑️Mempunyai Visa yang sah, dari Visa Pelajar berubah ke Visa Kerja.
Elemen utama yang perlu ada untuk anda bekerja di Jepun dari segi Rohani, Jasmani dan Mental :
🔹Mempunyai niat, nawaitu yang jelas, baik dan ikhlas.
🔹Mempunyai matlamat dan visi yang jelas kenapa anda harus bekerja di sana.
(Visi saya dulu pada asalnya ialah untuk memahirkan lagi bahasa Jepun saya supaya boleh seiring dengan masyarakat mereka)
🔹Mempunyai pegangan Akidah yang kuat supaya anda tidak hanyut dengan cara hidup di sana.
🔹Mempunyai mental yang kuat untuk menghadapi KESUNYIAN di tahap kritikal.
🔹Tidak goyah dan kalah dengan nafsu tekak anda, yang menyebabkan anda mengalah tak boleh bertahan kerana takde rasa belacan pedas masam dan sebagainya, perlu survive mengisi perut dengan apa yang ada di sekeliling anda.
🔹Bersedia untuk merubah sikap keseluruhannya. Perlu belajar menerima dan meresapi tatacara bekerja cara orang Jepun. MC? Datang lambat? balik awal? Nak pergi bank? Maaf….sila pulang.
🔹Tidak merungut gaji kecil dan pelbagai jenis kerja akan dipertanggungjawabkan ke atas anda.
🔹Bersedia untuk mengalami amalan ‘Diskriminasi’ dari para senior anda. Jangan salah faham bukan diskriminasi bangsa atau kaum ya. Kena ketuk kepala anda balas balik….sila pulang juga.
🔹Bersedia untuk menghadapi pelbagai tekanan ‘Komunikasi’. Anda fikir anda faham dari segi bahasa, tapi dari segi nuans nya memberi maksud berlainan.
🔹Bersedia untuk menhadiri pelbagai acara tahunan syarikat yang hampir 90% anda perlu melayani rakan sekerja yang mabuk.
🔹Bersedia untuk menyesuaikan diri bergaul dengan masyarakat di sana, ada ketikanya anda akan dilantik menjadi AJK kawasan perumahan anda dan mematuhi peraturan-peraturan kawasan setempat.
🔹Pandai berjimat cermat. Nafsu untuk beli gadjet, kereta dan aksesori, barang elektrik elektronik, barang pancing dan sebagainya…perlu dibendung.
🔹Mempunyai ketahanan fizikal untuk menghadapi cuaca empat musim. Banyak kes ramai tak tahan sejuk nak balik Malaysia.
🔹Mempunyai ketahanan jiwa raga kalau ada makwe pakwe kat Malaysia tu yg selalu suruh "Pulanglah" tu... haa pandai pandai la nak pujuk... ramai jugak fail bahagian ni..
🔹"YAKIN". Yakin yang anda boleh untuk terus bekerja dan hidup di Bumi Sakura! Anda tak yakin anda akan goyah... anda goyah... akan datang satu penyakit yang diberi nama 'Utsubyo' berkaitan mental...
🔹Perlu berkorban untuk mempunyai cara pemikiran sebagai orang Jepun, dalam kontek lain "Nihonjin ni nari sumasu" atau ingin menjadi orang Jepun, supaya tubuh, naluri dan perasaan jadi sebati dan mudah untuk bergaul bekerja bermasyarakat dengan orang Jepun. Tapi bukan bermaksud anda buang semua pakaian asal anda! Jika tidak contradiction kendiri akan berlaku!
🔹Buang segala Ego, tetapi perlu ada ego untuk berjaya!
Jadi saya suka nasihatkan di sini... anda gagal salah satu di atas .. maaf tiada harapan untuk berada lama di sana... setakat alasan nampak syoknya kerja kat Jepun, bosan kerja kat Malaysia, dan pelbagai alasan yang tidak kukuh, sila lupakan.
Elemen lain:
▶️Negara Jepun, Bangsanya hanya satu iaitu Bangsa Jepun.
▶️Bangsa ini bangga dan lebih percaya kepada kemahiran rakyat mereka sendiri.
▶️Jadi mereka tidak memerlukan bangsa luar untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di negara mereka (kecuali ada sektor tertentu seperti IT).
▶️Tetapi tidaklah bermakna mereka mengamalkan diskriminasi terhadap bangsa lain, tidak, boleh.. kalau anda ingin menyelusup masuk dalam masyarakat mereka, anda perlu bersedia untuk berjaya menghadapi cabaran-cabaran yang saya sebutkan di atas.
-----------------------------------------------
🔴Jadi memang benarlah tiada jalan lain untuk mencari ruang peluang bekerja di sana?
Maaf saya tak boleh beri ulasan tentang ini kerana tiada pengalaman.
Cuma apa yang saya tahu, ada antara jalan lain ialah (yang bukan graduate mana-mana kolej atau universiti di Jepun) :
1️⃣Memohon mana-mana syarikat Jepun di Malaysia, tunggu peluang untuk di hantar training ke sana.
2️⃣Memohon program WWOOF (World Wide Opportunities on Organics Farm) sila Google.
3️⃣Berkahwin dengan Warganegara Jepun boleh dapat Spouse Visa duduk sana dan memohon kerja part time di sana.
4️⃣Belajar bahasa Jepun di sana dengan wang sendiri, (pohon visa pelajar), buat part time sambil belajar. Kalau ada rezeki anda dah fasih berbahasa Jepun mungkin ada peluang untuk diambil bekerja dengan kenalan di sana (pernah berlaku pada kenalan saya dari Malaysia).
Tapi belanja dia... teramat mahal. Kena ambil kira belanja sewa rumah, kos makan minum api air.
------------------------------------------------
Buat masa ini setakat ini sahajalah penerangan saya. Harap dapatlah menjawab persoalan-persoalan rakan-rakan yang bertanya kepada saya sebelum ini. Supaya penjelasan ini anda lebih memahami tentang situasi sebenar memohon pekerjaan di sana.
Kalau ada rakan-rakan lain pernah bekerja di sana selain cara di atas, sila kongsikan bersama.
*Nota kaki :
Jangan salah anggap penulisan saya di atas ye.. mungkin ramai yang rasa "wah teruknya kerja di sana!" Pada hakikatnya tidak...
Elemen-elemen yg saya beritahu di atas adalah sebagai persediaan diri kita utk bersedia membuang segala sifat manja , bersedia untuk menjadi kental supaya kita senang menerima budaya kerja mereka...
Saya beritahu tuan puan... saya memerlukan tempoh setahun sahaja utk membiasakan diri.
Sekiranya anda boleh melepasi cabaran-cabaran awal insyaAllah cabaran-cabaran lain senang utk ditempuhi...
Maaf selepas setahun bekerja di sana saya dah nekad untuk terus bekerja dan tinggal di sana kerana terlaaaaluuuu seronok!
Tetapi, Allah taala mempunyai perancangan lain yang lebih baik untuk saya.
Bersambung di episode akan datang :
"Mengapa saya mahu terus bekerja dan menetap di Jepun"
Terima kasih.
Wassalam


....

Tiada ulasan: