Rabu, 18 Julai 2018

Some are born great, some achieve greatness, and some have greatness thrust upon them. 7885.


Wednesday, July 18, 2018
Merungkai Kekeliruan Antara GST Dan SST

ISU 'Goods and Services Tax' atau GST kembali menjadi perbincangan hangat di kalangan pengamal media, pihak kerajaan dan pembangkang.

Wujud beberapa kekeliruan dan salah tafsir mengenai GST yang memerlukan kepada penjelasan. Penjelasan ini penting bagi merungkai kekeliruan yang dihadapi oleh rakyat mengenai GST.
Terdapat tiga persoalan utama yang perlu dijawab.

Pertama, benarkah cukai GST lebih mahal dan menekan kos pengeluar berbanding SST?

Secara teknikalnya, cukai GST lebih murah berbanding SST. GST adalah cukai yang dikenakan ke atas nilai ditambah ataupun bahasa mudahnya margin keuntungan di setiap rantaian bekalan. 'Sales and services tax' atau SST pula cukai yang dikenakan ke atas harga jualan akhir barangan. Walaupun GST dikenakan pada setiap rantaian bekalan, ianya lebih kecil kerana dikenakan ke atas penjanaan nilai ditambah.

Ramai keliru di dalam membuat perbandingan kaedah pengiraan GST dan SST. Kekeliruan wujud juga disebabkan oleh penggunaan perkataan "GST". Di kebanyakkan negara, cukai ini dipanggil "value added tax" atau VAT. Penggunaan VAT lebih tepat kerana maksudnya lebih jelas.

Berikut diberikan contoh mudah pengiraan GST dan SST.
• Untuk hasilkan produk, pengeluar membelanja RM1 untuk bahan mentah.

• Pengeluar mengenakan peruncit RM1.20, dengan mengambil untung RM0.20. Untung RM0.20 adalah bersamaan dengan nilai ditambah di dalam sistem GST.

• Peruncit mengenakan harga akhir kepada pelanggan sebanyak (RM1.50 + 10% SST) = RM1.65. Margin keuntungan peruncit adalah RM0.30 dan cukai SST dibayar sebanyak RM0.15.
• Pengeluar mengenakan peruncit RM1.20, dengan mengambil untung RM0.20. Untung RM0.20 adalah bersamaan dengan nilai ditambah di dalam sistem GST. Jadi cukai GST yang dikutip (RM0.20 x 6%) adalah RM0.012.

• Peruncit mengenakan harga akhir kepada pelanggan sebanyak $1.50 dengan margin keuntungan RM0.30. Cukai GST yang dikutip adalah RM0.018 (RM0.30 x 6%).

• Jumlah cukai GST yang dikutip adalah RM0.03 (RM0.012 + RM0.018).

• Peruncit sepatutnya mengenakan harga lebih murah kerana mereka membayar cukai yang lebih rendah.

Kedua, jika GST lebih murah, kenapa harga barangan meningkat di pasaran?

Secara teknikalnya, kos cukai GST yang dibayar oleh pengeluar lebih rendah kerana ianya adalah cukai yang dikenakan ke atas nilai ditambah yang dijana pada setiap rantaian bekalan. Apabila kos pengeluaran lebih rendah, harga barangan cenderung untuk turun.

Secara praktikalnya, penurunan harga tidak berlaku selepas tiga tahun selepas perlaksanaan GST.

Kajian menunjukkan terdapat empat faktor mengapa harga terus meningkat selepas perlaksanaan GST. Pertama, kadar kepatuhan firma kepada sistem GST masih rendah. Tidak sampai 50% daripada firma mendaftar di bawah sistem GST sedangkan andaian yang digunakan bila GST dilaksanakan ialah kepatuhan 100%.

Kedua, penguatkuasaan yang lemah daripada pihak berwajib menyebabkan berlakunya manipulasi harga di pasaran.

Ketiga, kadar pemahaman kepada sistem GST oleh firma, pengguna dan pihak berwajib masih rendah.

Keempat, faktor tekanan harga bukan GST seperti nilai Ringgit yang lemah menyebabkan import menjadi mahal, upah minimum yang meningkatkan kos buruh dan struktur pasaran yang bersifat monopoli.

Faktor pertama sehingga ketiga tidak lagi relevan apabila GST dihapuskan. Faktor keempat masih relevan walaupun GST dihapuskan. Impak ke atas harga akibat penghapusan GST mungkin tidak terkesan ataupun hanya minimal kerana pengeluar masih terbeban oleh peningkatan kos pengeluaran akibat daripada kos import bahan mentah dan kos buruh. 

Selain itu, sifat pasaran yang bersifat monopoli juga menekan sebahagian pengeluar untuk bersaing dengan lebih kompetitif.

Rakyat dapat melihat walaupun pada masa kini walaupun tiada sebarang cukai dikenakan sama ada GST atau SST, harga barang di pasaran tidak menunjukkan tren yang menurun. Jadi, menganggap GST sebagai punca kenaikkan harga adalah tidak tepat.

Ketiga, adakah pengenalan semula SST akan menyebabkan harga meningkat?

Wujud kecenderungan harga akan meningkat selepas pengenalan semula SST. Hal ini kerana kadar SST lebih tinggi berbanding GST dan ditambah dengan pengaruh faktor-faktor bukan cukai seperti yang diterangkan di atas.

Mohd Yusof Saari

Mohd Yusof Saari adalah pemegang ijazah PhD daripada University of Groningen, the Netherlands. Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM dan juga Ketua Laboratori Kaedah Kuantitatif Analisis Dasar, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, UPM.

Posted by Anak Sungai Derhaka
Anak Sungai Derhaka: Merungkai Kekeliruan Antara GST Dan SST

BERITA»Nasional
Rabu, 18 Julai 2018 | 8:46pm
Ahli Parlimen tak angkat sumpah mungkin hilang kelayakan
Oleh Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my
Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran (tengah) bergambar bersama Ahli-ahli Dewan Negara selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Dewan Negara di Dewan Negara, Bangunan Parlimen, semalam. - Foto Asyraf Hamzah
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen yang tidak hadir pada majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat kelmarin, berdepan kemungkinan hilang kelayakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong, berkata mereka mungkin hilang kelayakan dalam tempoh enam bulan bermula 16 Julai lalu, jika gagal mengangkat sumpah.

"Ahli Parlimen yang dipilih, yang tidak mengangkat sumpah pada Isnin lalu, mungkin hilang kelayakan dalam tempoh enam bulan dari 16 Julai sekiranya mereka gagal untuk mengangkat sumpah seperti mana termaktub di bawah Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Kelmarin, Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa, yang juga anak bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman gagal hadir di Dewan Rakyat untuk mengangkat sumpah.

Mengulas lanjut, Vui Keong berkata, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah menghantar notis yang menyatakan beliau ketika ini cuti sakit selama sebulan.

"Dewan Rakyat akan membuat sesi lain untuk Muhyiddin mengangkat sumpah.

"Bagi Ahli Parlimen Sipitang, kita tidak menerima sebarang pemberitahuan menerusi surat mengenai sebab beliau tidak dapat hadir untuk mengangkat sumpah pada Isnin," katanya.

Semalam, NSTP melaporkan, Yamani Hafez yang juga Ketua Pemuda UMNO Sabah tidak hadir bagi upacara mengangkat sumpah di Dewan Rakyat kelmarin kerana dipercayai berada di luar negara.

Beberapa pemimpin Pemuda UMNO negeri percaya beliau kini berada di London, kemungkinan bersama bapanya.

Pemimpin UMNO serta Pemuda UMNO Sabah mengakui kali terakhir berjumpa Yamani Hafez ialah di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), iaitu sebelum Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Bagaimanapun, dua hari kemudian Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula mengangkat sumpah sebagai ketua menteri selepas mendapat sokongan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450942/ahli-parlimen-tak-angkat-sumpah-mungkin-hilang-kelayakan

BERITA»Politik
Rabu, 18 Julai 2018 | 8:42pm
Johor yakin tepati janji manifesto
Oleh Ibrahim Isa Ibrahim@nstp.com.my
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian diiringi Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani (tiga dari kanan), Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal (dua dari kanan), Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (lima dari kanan) dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datuk Amiruddin Abdul Sattar (lima dari kiri) bergambar bersama wakil Baitus Solehah (dua dari kiri), wakil Persatuan Autistik Islam Johor Bahru (empat dari kanan) dan wakil Yayasan Orang Buta Malaysia yang menerima replika cek sumbangan ketika Majlis Perasmian Menara Wad Baharu Hospital Pakar KPJ Johor di Hospital Pakar KPJ Johor, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri yakin dapat menepati janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam tempoh 100 hari pemerintahan.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, berkata sehingga kini, prestasi pelaksanaan manifesto berada pada tahap 85 peratus.

"Kami sudah laksanakan pemberian bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) dengan pelajar peringkat ijazah menerima RM1,000 manakala diploma, RM500.

"Selain itu, jawatan Menteri Besar Johor tidak lebih daripada dua penggal, hapuskan kuota menegak kerajaan dan kuota politik permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

"Sekarang, semua permohonan akan dilayan tanpa mengira penyokong parti politik dan sekiranya layak, mereka akan menerima rumah berkenaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Menara Baru KPJ Johor Specialist Hospital, di sini, hari ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian diiringi Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani (kanan) dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (dua dari kanan) melawat wad baharu ketika Majlis Perasmian Menara Wad Baharu Hospital Pakar KPJ Johor di Hospital Pakar KPJ Johor, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal.

Osman berkata, kerajaan negeri masih memperhalusi pemberian kad sihat sebanyak RM500 kepada kira-kira 360,000 penerima dalam kategori B40.

Katanya, pemberian 10 meter padu air percuma juga akan dilaksanakan tidak lama lagi, selain perkahwinan berkelompok kepada lelaki dan wanita bujang.

"Kerajaan Johor akan melancarkan logo dan moto, Bangsa Johor Bestari dan Berprestasi Tinggi 2019-2030 merangkumi lapan teras utama.

"Saya masih mengumpul semua data dan membawa rancangan ini ke mesyuarat EXCO, ia akan diumumkan tidak lama lagi.

"Berilah kami masa, kerajaan baru memerintah lebih dua bulan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/450940/johor-yakin-tepati-janji-manifesto

BERITA»Kes
Rabu, 18 Julai 2018 | 8:41pm
Akaun Najib tiada kaitan dengan siasatan SRC, 1MDB
Oleh Mohd Husni Mohd Noor mhusni@nstp.com.my
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan pelepasan pembekuan akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah kerana ia tiada kaitan dengan siasatan SRC International (SRC) dan 1MDB membabitkan RM2.6 bilion.
NAJIB pada sidang media selepas selesai perbicaraan pertuduhan berhubung SIC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 4 Julai lalu. - Foto Luqman Hakim Zubir
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan tindakan melepaskan pembekuan akaun itu bukan dilakukan atas desakan mana-mana pihak tetapi disebabkan siasatan terhadap akaun itu sudah selesai.

"Kami mendapati terdapat beberapa kekeliruan fakta yang dilaporkan oleh segelintir pihak menerusi media," katanya.

Berhubung dakwaan SPRM mengadakan publisiti besar-besaran mengenai pembekuan akaun Najib dan menyepi apabila pembekuan akaun ditarik balik, SPRM menegaskan bahawa isu berkenaan tidak timbul.

Ini kerana suruhanjaya itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkaitan pembekuan akaun, malah SPRM juga hanya mengesahkan pelepasan akaun berkenaan apabila persoalan itu ditimbulkan oleh media.

Dalam pada itu, katanya, terdapat juga akaun-akaun bank lain Najib yang turut terbabit dengan siasatan SRC dan 1MDB tidak dibekukan kerana akaun-akaun berkenaan sudah ditutup sebelum siasatan SRC dan 1MDB bermula pada Julai 2015.

"Ini bermakna, pembekuan akaun bank Najib berkaitan isu SRC dan dana RM2.6 bilion ketika itu tidak dapat dilakukan kerana akaun berkenaan sudah ditutup lebih awal sebelum siasatan dimulakan," katanya.

SPRM turut menegaskan bahawa sehingga kini, siasatan berhubung dana RM2.6 bilion masih diteruskan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/450937/akaun-najib-tiada-kaitan-dengan-siasatan-src-1mdb

Wednesday, July 18, 2018
Pak Samad dibawa ke DBP lancar gerakan seni
Posted By: Pentadbiron: July 18, 2018
Pak Samad dibawa ke DBP lancar gerakan seni
PAK SAMAD DIBAWA KE DBP LANCAR GERAKAN SENI. SEPATUTNYA BELIAU TELAH LAMA DIBAWA KESITU ATAU YANG BERKAITAN  SAMA ADA OLEH NEGERI DAN BADAN YANG BERKAITAN DENGAN SASTERA. TAHNIAH DR MAZLEE.

Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad Said berkata Menteri Pendidikan Maszlee Malik membawanya ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk melancarkan gerakan seni.

Samad berkata dia diminta mengadakan kerjasama budaya dengan DBP dan tiada jawatan dijanjikan kepadanya.

“Saya fikir antara yang terpenting adalah gerakan seni termasuk penerbitan buku dan ceramah. Maszlee cuba membawa saya sedikit demi sedikit kepada arus itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Semalam, Maszlee dalam kenyataan berkata dia dalam usaha memulihkan kedudukan para sasterawan negara dan mempromosikan karya-karya mereka kepada generasi muda, selepas lama “tidak diberi perhatian” antaranya kerana lantang mengkritik pemerintah.

Maszlee pada 12 Julai lalu mengumumkan “Dekad Bahasa Kebangsaan” bagi melakar pelan komprehensif menjadikan Bahasa Melayu bahasa pilihan utama. Rancangan ini termasuk dalam agenda mengangkat DBP setaraf badan bahasa dunia lain seperti British Council.

“Antaranya yang barangkali sedang difikirkan ialah menerbitkan semula buku-buku klasik daripada sasterawan-sasterawan negara,” kata Samad tentang rancangan Maszlee.

“Jadi mungkin hasil cipta sasterawan negara itu akan diulang cerita semula dalam bentuk yang lebih bermaruah dan disalurkan ke sekolah-sekolah,” katanya.

Samad, seorang penulis dan penyajak yang terkenal dengan karya seperti Salina dan Hujan Pagi, terheret ke dunia politik selepas menunjuk perasaan untuk Bahasa Melayu dalam himpunan membantah Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009.

Beliau menjadi pengerusi bersama gerakan reformasi pilihan raya, Bersih 2.0 pada 2011, dan menyertai DAP pada 2015.

Samad menyusuli sasterawan Datuk Shahnon Ahmad, yang bertanding di Parlimen Sik pada 1999 atas tiket PAS menentang gabungan pemerintah ketika itu, Barisan Nasional.

Sementara itu, Samad berkata antara buku yang wajar diberi perhatian ialah buku Rimba Harapan yang ditulis sasterawan Kamaluddin Muhamad, yang juga aktivis Parti Kebangsaan Melayu Malaya.

“Buku-buku klasik macam ini tidak terdedah lagi oleh kerana sudah tidak ada, jadi angkatan muda tidak mengetahui tentangnya,” katanya.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 18, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Pak Samad dibawa ke DBP lancar gerakan seni

Wednesday, July 18, 2018
Waytha kesal kawan rapat saksi upacara angkat sumpah dihina
FMT Reporters  | July 18, 2018

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, P Waythamoorthy sedih dengan tindakan pengguna media sosial menghina kemunculan seorang cendekiawan Hindu yang menemaninya ke Parlimen semalam.

Lelaki itu yang gambarnya tersebar dalam media sosial semalam meninggalkan kehidupan selesa untuk tinggal di kawasan pergunungan.
Arunachalanandaji bergambar dengan P Waytha Moorthy 
selepas upacara angkat sumpah senator di Dewan Negara semalam.
Waytha menyifatkan Arunachalanandaji, bukan warganegara India yang menetap di India dan dihormati kerana kebijaksanaan dan dedikasinya, sebagai kawan rapat dan saudaranya yang mendedikasikan sebahagian besar hidupnya untuk menyebarkan keamanan dunia dan keharmonian masyarakat.

“Beliau ialah saudara saya yang melepaskan kehidupan selesa demi keamanan dunia dan hidup di sebuah gunung terpencil di India,” katanya kepada FMT ketika dihubungi mengenai gambar di media sosial yang mendakwa ada “hantu” dalam galeri awam Dewan Negara.

Sebuah portal berita melaporkan mesej viral “gambar hantu lelaki berambut panjang dan berjanggut lebat”.

Arunachalanandaji hadir ke Dewan Negara untuk menyaksikan Waytha dan 4 individu lain mengangkat sumpah sebagai senator dan kemudiannya dilantik menganggotai Kabinet.

Waytha yang bertanggungjawab atas perpaduan negara dan kesejahteraan sosial berkata, beliau mempelawa Arunachalanandaji kerana menghormatinya.

“Saya fikir disebabkan beliau mendedikasikan lebih 30 tahun hidupnya untuk keamanan dunia, beliau paling sesuai untuk menyerikan upacara saya angkat sumpah,” kata pengerusi Hindraf itu yang kali ke-2 dilantik ke Kabinet.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 18, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Waytha kesal kawan rapat saksi upacara angkat sumpah dihina

Akaun Najib - pendedahan siapa terima, berapa?
Pada 2 Julai lalu, pasukan petugas penyiasat khas mengumumkan bahawa lebih daripada 400 akaun bank dibekukan kerana disyaki menerima dana yang didakwa berasal dari 1MDB yang berjumlah RM1.1 bilion.

Akaun-akaun berkenaan didakwa menerima dana dari akaun bank peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebahagian daripada jumlah itu didakwa digunakan untuk kempen BN pada pilihan raya umum 2013.

Malaysiakini dalam laman mikro terkini, meneroka beberapa transaksi berkenaan.

Sejak tahun 2015, laporan antarabangsa telah mendedahkan pelbagai transaksi yang membabitkan akaun bank Najib ketika kerajaan BN ketika itu didakwa cuba menutup siasatan 1MDB.

Laporan antarabangsa mendedahkan sekurang-kurangnya empat akaun bank Najib didakwa menerima dana yang kononnya diselewengkan dari 1MDB dan SRC International.

Pada 2016, ABC News yang berpangkalan di Australia juga melaporkan bagaimana sebahagian daripada wang dari akaun bank Najib dibelanjakan. Ia mendakwa bahawa selain daripada tujuan politik, dana itu juga digunakan untuk percutian dan untuk membeli kereta-kereta mewah serta barangan kemas.

Laman mikro Malaysiakini memberi tumpuan khusus kepada penerima politik yang membabitkan satu daripada akaun-akaun itu.

Melalui akaun ini, dana AS$681 juta telah disalurkan pada tahun 2013. Jumlah ini dirujuk sebagai "RM2.6 bilion" berdasarkan kadar pertukaran apabila deposit itu pertama kali didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal pada tahun 2015.

Najib terus membela dirinya degan mendakwa bahawa wang AS$681 juta itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi manakala Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dalam saman sivil pelucuthakan mendakwa bahawa dana berkenaan berasal dari 1MDB.

Transaksi membabitkan SRC International Sdn Bhd tidak didedahkan dalam laman mikro ini susulan perintah “tutup mulut” oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Najib didakwa menyalahgunakan RM42 juta daripada syarikat milik kerajaan itu. Bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya RM470 juta disalurkan ke pelbagai entiti politik melalui 102 transaksi, tidak termasuk bayaran kepada individu, antara April 2012 dan Ogos 2013.

Umno menerima bahagian paling besar, iaitu sebanyak RM417.4 juta atau 88.8 peratus daripada jumlah dana berkenaan. Penerima terbesar seterusnya adalah MIC yang menerima RM20.55 juta dan MCA pula mendapat RM16.5 juta.

Wang tersebut diedarkan kepada pelbagai bahagian, sayap dan juga sebuah perpustakaan parti.

Dari segi negeri, entiti politik di Selangor adalah benefisiari terbesar dengan jumlah RM60.25 juta diikuti oleh negeri Najib iaitu Pahang dengan RM37.73 juta.

Negeri-negeri lain adalah Perak (RM25.2 juta), Johor (RM27.2 juta) dan Kedah (RM15.8 juta).

Walau bagaimanapun, sebahagian besar dana itu disalurkan ke entiti politik di peringkat persekutuan dengan jumlah RM275.5 juta.

Terokai urus niaga di laman mikro Malaysiakini yang bertajuk "Wang songlap dari 1MDB atau derma? Tangan-tangan politik yang terdedah" 
-malaysiakini

at 7/18/2018 08:32:00 PTG
KERENGGA: Akaun Najib - pendedahan siapa terima, berapa?

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Live sidang parlimen 18 Julai kecoh! Update:Ramkarpal diarah keluar, digantung
Panas pagi tadi apabila kerajaan dan pembangkang bertikam lidah mengenai isu 'pemuda UMNO samseng'. Ikuti sambungan di sebelah petang ..
Hari pertama perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan penyokong kerajaan, KS Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) diarah keluar dewan dan digantung berkuat kuasa serta-merta.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, ketika mengeluarkan perintah mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2) itu berkata ia berpunca daripada keengganan Ramkarpal menarik balik perkataan 'gengster'.

Mohamad Ariff bagaimanapun tidak memberikan sebarang perincian mengenai tempoh penggantungan susulan penggunaan perkataan berunsur biadap itu.

"Bentara, sila," katanya ringkas selepas Ramkarpal terus berdalih untuk menuruti keputusan Yang Dipertua dewan.

Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh apabila Ramkarpal menggunakan perkataan gengster terhadap Pemuda UMNO yang dikatakan terbabit dalam insiden pergaduhan dengan mendiang ayahnya, Karpal Singh, beberapa tahun lalu.

Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang lantas bangkit memberikan reaksi daripada penggunaan perkataan gengster itu mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(4) supaya Ramkarpal menarik balik kenyataannya.

Peraturan itu menggariskan adalah menjadi kesalahan bagi ahli Dewan Rakyat yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap) atau membuat pernyataan seksis.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, selepas didesak berulang kali bagi merungkai isu itu akhirnya bersetuju supaya Ramkarpal dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) diberi amaran serta mengarahkan supaya mereka menarik balik penggunaan perkataan samseng dalam ucapan.

Menyambung sidang Dewan Rakyat pada jam 2.30 petang, Bung Moktar akur terhadap keputusan berkenaan dan menarik balik perkataan samseng yang digunakannya terhadap R Sanisvara Nethaji Rayer (PH-Jelutong).

Ramkarpal bagaimanapun berdalih daripada menuruti arahan itu yang disifatkan 'tidak boleh dilakukan', tanpa menyatakan sebab keengganannya berbuat demikian.

Kegagalan Ramkarpal menarik menarik balik kenyataan itu meskipun diberi amaran kali kedua oleh Mohamad Ariff akhirnya menyebabkan keputusan drastik menggantung Ahli Parlimen DAP berkenaan terpaksa dilakukan.
Live sidang parlimen 18 Julai kecoh! Update:Ramkarpal diarah keluar, digantung ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Wednesday, July 18, 2018
Menteri, Timbalan Menteri baru dilantik
Pada 17 Julai 2018
oleh RoketKini
\
Lima daripada lapan senator yang baru mengangkat sumpah hari ini 
dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.
Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial) manakala Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sebgai Timbalan Menteri Pertahanan.

Pengerusi AMANAH Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad pula dilantik memegang jawatan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Manakala Ketua PPBM Bahagian Ketereh, Mohd Radzi Md Jidin dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Ketua PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya pula sebagai Timbalan Menteri Luar Negara. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 18, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Menteri, Timbalan Menteri baru dilantik

Wednesday, July 18, 2018
Mekanisme kawalan harga ubat dikaji – KKM
Posted By: Pentadbiron: July 18, 2018
Kementerian Kesihatan akan meneliti mekanisme bagi melaksanakan kawalan harga ke atas ubat-ubatan dalam pasaran, kata Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata, usaha itu berikutan harga ubat dalam pasaran kian meningkat setiap tahun dan dikhuatiri menjejaskan kebolehmampuan penjagaan kesihatan rakyat.

“Harga ubat-ubatan tidak tersenarai dalam harga barang terkawal dan ia didapati melambung tinggi setiap tahun.

“Kita akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi menyegerakan perkara ini.

“Namun, ada banyak aspek dan faktor perlu diteliti dan diambil kira terlebih dahulu,” katanya selepas mengadakan lawatan rasmi ke Program Perkhidmatan Farmasi di sini, semalam.

Dr Lee berkata, kementeriannya juga sedang mengkaji mekanisme bagi menambah baik sistem bekalan ubat di hospital kerajaan dan pasaran untuk memastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi.
“Isu bekalan dan logistik ubat berkaitan juga dengan pemegang tender. Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang salah laku berkaitan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, antara aspek yang akan dinaik taraf bagi memastikan bekalan ubat mencukupi ialah penggunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) lebih canggih untuk proses rekod lebih cekap. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, July 18, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: MEKANISME KAWALAN HARGA UBAT DIKAJI – KKM

Pemilihan PKR: Nurul Izzah sokong bapanya, Anwar dan Rafizi
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyokong bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Rafizi Ramli pada pemilihan parti akan datang pada Ogos tahun ini.

"Ramai yang meluahkan hasrat mahu haknya (Anwar) dikembalikan dan melihatnya memimpin parti dan perjuangan Reformasi.

"Saya tidak terkecuali, saya mahu dia kembali ke PKR, dan ini termasuk desakan untuk personaliti seperti Rafizi mendapat perhatian sama," kata Nurul Izzah kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata ramai pemimpin PKR, termasuk Anwar sendiri, bercakap tentang dirinya menjadi presiden PKR.

Apa yang berlaku kepada Anwar pada masa lalu juga harus dipertimbangkan, katanya.

"Anwar dinafikan haknya dalam politik melalui badan kehakiman dan hukuman berat sebelah," katanya.

Anwar, yang kini adalah ketua umum PKR, sebelum ini mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti akan datang.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga berkata bahawa beliau akan memberi laluan jika suaminya bertanding jawatan itu.

Pada temu bual dengan akhbar The Star pada 11 Jun lalu, Anwar juga menimbulkan nama Rafizi ketika membincangkan calon untuk jawatan timbalan perdana menteri apabila beliau kelak mengambil alih jawatan perdana menteri dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengenai sama ada timbalan perdana menteri akan dianggotai oleh timbalan presiden PKR, Dartuk Seri Mohamed Azmin Ali atau Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anwar secara berseloroh berkata, "Rafizi tak termasuk? Macam mana?”

"Petik saya, tetapi tolong laporkan saya berkata demikian dengan girang," kata Anwar sambil ketawa.

Sementara itu, ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa parti itu supaya tidak menghalang mana-mana ahli-ahlinya daripada mencabar sebarang jawatan termasuk presiden.

Pemilihan parti akan diadakan pada akhir bulan Ogos, sementara pencalonan mesti diserahkan sebelum pada 29 Julai.
-malaysiakini
at 7/18/2018 02:30:00 PTG
KERENGGA: Pemilihan PKR: Nurul Izzah sokong bapanya, Anwar dan Rafizi

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Najib jahil atau buat - buat jahil?

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak secara peribadi mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tender untuk projek LRT3 dan tidak boleh menggunakan alasan kejahilan sebagai tidak mengetahui kos projek itu yang melambung naik, kata seorang pegawai khas kepada menteri kewangan.

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, berkata pada Mac tahun ini, pemilik projek Prasarana telah memberi kontrak pakej  kerja (WPC) bernilai RM15.2 bilion untuk projek LRT3.

"Setiap WPC ini telah diluluskan oleh menteri kewangan, di mana kamu bukan sahaja adalah menteri, kamu secara peribadi mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tender.

"Justeru, kamu tentunya amat teruk menjalankan jawatan kamu, kerana sekarang kamu mendakwa bahawa 'tiada kontrak bernilai RM15 bilion ... yang ditandatangani’,” kata Pua, yang adalah pegawai khas di kementerian kewangan, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Najib juga tidak boleh menggunakan alasan kejahilan tidak mengetahui bahawa harga awal RM9 bilion untuk LRT3 hanya melibatkan kos pembinaan.

"Ini tidak termasuk, antara lain, kos pengambilan tanah, yuran PDP, yuran perunding lain, kos operasi, serta faedah semasa pembinaan," katanya.

Pua mengulas kenyataan Najib, yang memberitahu Malaysiakini semalam bahawa LRT3 tidak menelan kos RM31.65 bilion seperti yang didakwa oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Najib berkata beliau tidak menerima sebarang surat-menyurat dari Prasarana pada Mac mengenai tambahan RM22 bilion yang diperlukan untuk menyiapkan projek itu.

Najib juga menyifatkan tanda harga RM31.65 bilion itu sebagai "cerita dongeng" 
Najib jahil atau buat - buat jahil? ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Wednesday, 18 July 2018
Azmin Ali Sindir Zahid Hamidi

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali mengusik Datuk Seri Zahid Hamidi dengan berkata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lebih layak menjadi ketua pembangkang.

“Saya kira Pekan lagi layak jadi ketua pembangkang,” kata Azmin di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab.

Azmin berkata demikian selepas Zahid membenarkan Najib, bekas perdana menteri, bertanya soalan tambahan bagi pihaknya, yang jarang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Dewan mengumumkan Zahid sebagai ketua pembangkang. - malaysiakini
Addin: Azmin Ali Sindir Zahid Hamidi

Pimpinan harus hormati manifesto walaupun bukan kitab suci, kata Pemuda PH
  12:18 PTG      Pejuang Perubahan

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diingakan agar perlu memiliki tekad dan iltizam untuk melaksanakan semua Manifesto Pakatan Harapan yang dijanjikan kepada rakyat. 

Pengarah Strategi Pemuda PH Ahmad Shukri Che Ab Razab berkata, tindakan pemimpin tidak mengotakan janji dalam manifesto akan menggambarkan manifesto yang dibuat sebelum Pilihan Raya dahulu tidak dibina atas asas yang benar-benar kukuh.
Ahmad Syukri Che Ab Razab
“Walhal kita semua maklum manifesto itu adalah natijah daripada pungutan suara rakyat hasil daripada berpuluh tahun perjuangan Pakatan Pembangkang sebelum ini.

Saya kira walaupun manifesto bukan kitab suci, namun dokumen tersebut perlu dimuliakan sebagai janji-janji yang telah membuka laluan untuk Pakatan Harapan berjaya seperti hari ini,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, yang dipetik berkata, manifesto bukan kitab suci yang boleh dilaksanakan sepenuhnya sebaliknya manifesto hanya panduan yang boleh diubah mengikut kesesuaian.

Kenyataan ini dipercayai dibuat Dr Mahathir bagi menjawab isu perlantikan Yang Di-Pertua Dewan Parlimen  Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang dilantik bukan daripada kalangan ahli parlimen seperti yang dijanjikan dalam manifesto.

Menurut Shukri Razab lagi, jika benar-benar terdapat keperluan untuk meminda sesuatu janji, hal tersebut mestilah dibuat dengan memuliakan suara rakyat mengikut kaedah pungutan suara atau referendum.

“Kerajaan Pakatan Harapan perlu tegas dalam memulakan precedent yang baru bagi mewujudan era pemerintahan yang baharu.

“Hal ini penting supaya rakyat memahami bahawa Kerajaan hari ini tidak akan senang-senang untuk mengubah janji. Sikap meremehkan janji dan membelakangkan rakyat seperti yang diamalkan Barisan Nasional sebelum ini perlu ditamatkan secara total,” ujarnya.

Beliau yang juga Setiausaha Pengelola AMK berkata, rakyat semestinya bersyukur dan mengalu-alukan beberapa janji yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PH sebelum ini.

“Saya khuatir Jawapan seperti ini akan membuka ruang kepada lebih banyak ‘U-Turn’ terhadap manifesto. Tambah membimbangkan apabila simptom ‘U-Turn’ sudah pun terjadi.

“Sebagai contoh, Pakatan Harapan sebelum ini berjanji akan memansuhkan Biro Tatanegara (BTN), namun baru-baru ini BTN dikatakan akan dikekalkan dengan perubahan tertentu pada pengisiannya.

“Setelah BTN yang perkasakan oleh Tun M pada tahun 1982 tidak jadi dimansuhkan, mungkinkah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang juga telah diperkasakan oleh Tun M pada tahun 1974 juga akan mengalami nasib yang sama,” ujarnya.
mdl
Pimpinan harus hormati manifesto walaupun bukan kitab suci, kata Pemuda PH ~ AGEN PERUBAHAN ®

BERITA»Politik
Rabu, 18 Julai 2018 | 4:10pm
Keputusan di Sungai Kandis cerminkan pendirian politik Melayu
Oleh Nadia Hamid nnadia@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Pemerhati politik berharap berlaku pertembungan satu lawan satu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos depan kerana ia akan menjadi kayu ukur terbaik bagi mencerminkan pendirian sebenar politik orang Melayu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagi bekas Timbalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, keadaan itu boleh dizahirkan menerusi PRK Sungai Kandis jika berlaku saingan satu lawan satu di DUN itu yang mana 70 peratus pengundi adalah Melayu.
BEKAS Timbalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 
Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar. - Foto Yazit Razali
"Keputusan PRK Sungai Kandis adalah satu analogi untuk menilai situasi sebenar politik tanah air dan undi popular yang benar-benar menjadi pilihan majoriti rakyat di negara ini," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau mengulas suhu atau mood PRK Sungai Kandis yang dijangka hangat susulan pilihan raya itu diadakan dalam tempoh kurang 100 hari PRU-14 , dalam waktu genting penilaian rakyat terhadap prestasi kerajaan yang kini ditadbir gabungan Pakatan Harapan (PH).

Wan Ahmad yang berpengalaman berkhidmat selama 16 tahun menguruskan pilihan raya berkata, rakyat akan menilai prestasi kerajaan baharu dan pembangkang yang ketika ini diterajui UMNO pada PRK Sungai Kandis.

Katanya, beliau yakin satu perubahan persaingan sihat dalam landskap politik tanah air yang mencerminkan situasi sebenar politik tanah air akan berlaku di Sungai Kandis.

"PRK Sungai Kandis akan menjadi sangat menarik kalau berlaku satu lawan satu (antara pembangkang dan PH).

"Kita (pemerhati politik) boleh melihat peratusan dan pecahan undi Melayu. Mood panas (pertembungan) ini menarik untuk pemerhati politik," katanya.

Ketika ditanya kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Kandis, Wan Ahmad berkata calon pengacau jika ada, dijangka tidak akan mendapat undi besar.

Sementara itu, Wan Ahmad menjangkakan 85 peratus rakyat keluar mengundi, sama seperti ketika PRU-14.

"Kalau 80 peratus rakyat keluar mengundi sudah bagus. PRK Sungai Kandis dijangka sangat menarik kerana dalam masa 100 hari rakyat menilai prestasi kerajaan PH.

"Kita boleh lihat ada rakyat gembira dan ada rakyat tidak gembira, ...pengundi senyap atau pengundi atas pagar yang bukan dimiliki oleh mana-mana parti akan membuat pilihan mereka kali ini," katanya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas wakil rakyat tiga penggal, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, meninggal dunia akibat kanser limfoma, pada 2 Julai lalu.

Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor itu menang dengan majoriti 12,480 undi mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari yang memperoleh hanya 11,518 undi; calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573 undi) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76 undi).
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/450787/keputusan-di-sungai-kandis-cerminkan-pendirian-politik-melayu

BERITA»Nasional
Rabu, 18 Julai 2018 | 7:11pm
Mufti Wilayah serah kajian Bayan Linnas pada TPM
Oleh Siti Salmiah A Hamid salmiah@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri sudah menyerahkan kajian lengkap Bayan Linnas yang menyentuh isu Perkahwinan Kanak-Kanak Mengikut Perspektif Syariah.

Beliau berkata, kajian itu beliau serahkan sendiri kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail selepas berakhir sidang Parlimen, semalam.

"Saya berharap perbincangan seterusnya dapat dibuat dengan Dr Wan Azizah bagi mencari penyelesaian mengenai isu perkahwinan kanak-kanak bawah umur, dalam masa terdekat.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
"Saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai pandangan beliau (Dr Wan Azizah) memandangkan kajian itu baru sahaja diserah semalam namun hasil perbincangan akan diberitahu untuk rujukan ramai," katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Menurut Dr Zulkifli, kajian lengkap Bayan Linnas Siri Ke-141 itu adalah hasil kajian dan perbincangan beliau bersama pasukannya daripada Unit Kajian Ilmiah yang dilakukan secara terperinci selama hampir sebulan.

Sementara itu, Dr Wan Azizah menerusi kiriman di Twitter mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Dr Zulkifli yang memperjelaskan isu perkahwinan kanak-kanak bawah umur dan beliau turut berharap menjadikan kalam mufti sebagai rujukan dalam pentadbiran kerajaan.

Kisah perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dikatakan warga Thailand dengan lelaki tempatan berusia 41 tahun itu tersebar luas sejak beberapa minggu lalu dan mengundang reaksi pelbagai pihak.

Menerusi kajian berkenaan, Dr Zulkifli memperjelaskan hukum perkahwinan kanak-kanak seharusnya mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan.

"Walaupun hukum berkahwin dengan gadis kecil adalah sah, dengan merenung maksud dan matlamat perkahwinan, jelas menunjukkan sewajarnya kanak-kanak itu mestilah dalam usia yang mampu menanggung hubungan kelamin dan memahami kesan daripada perkahwinan itu seperti perceraian, mengandung dan nafkah.

"Melihat kepada zuruf dan adat, sewajarnya perkahwinan di bawah umur tidak dibenarkan kecuali yang membabitkan kes tertentu. Kes terpencil seperti ini, disifatkan sebagai yang nadir dan jarang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450886/mufti-wilayah-serah-kajian-bayan-linnas-pada-tpm

BERITA»Politik
Rabu, 18 Julai 2018 | 7:00pm
Lantik orang kalah, hukuman tidak sokong Ahmad Zahid
Petah Wazzan Iskandar wazzan@nstp.com.my
SINTOK: Tindakan melantik Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis baharu dilihat satu hukuman kepada kepemimpinan negeri yang tidak memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang mendapati tindakan mengetepikan tiga ketua bahagian di Perlis daripada memimpin UMNO negeri seolah-olah tidak mengiktirafkan keupayaan pemimpin sedia ada.

Beliau yang kini menjadi ADUN bebas berkata, UMNO Perlis tetap kukuh apabila memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga kerana mempunyai penyatuan dan gerak kerja yang dipimpin tiga ketua bahagian terbabit.
ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim pada Program Santai YB Bersama #Live FB IPDM 
di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (UUM). 
- Foto Amran Hamid
"Pelantikan orang luar yang kalah untuk memimpin yang menang bukanlah satu tindakan wajar ketika UMNO berdepan kemelut dan penyokong dijanjikan perubahan masa depan.

"Johor bukan kalah sikit tetapi kalah teruk dan yang hanya tinggal milik UMNO adalah Perlis serta Pahang. Kenapa pula, Mohamed Khaled perlu dilantik memimpin negeri yang dimenangi UMNO sedangkan Pahang pula dipimpin Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

"Saya juga ingin tahu, adakah pelantikan Mohamed Khaled sebagai hukuman ke atas tindakan dua bahagian iaitu Arau dan Padang Besar yang menyokong Khairy Jamaluddin manakala hanya Kangar menyokong Ahmad Zahid pada Pemilihan UMNO 2018," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan Mohamed Khaled pada program Santai Yang Berhormat bersama Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Perantara program itu adalah Pengarah IPDM, Dr Ahmad Zahruddin Sani Ahmad Sabri.

Ismail berkata, biarpun UMNO Perlis kadangkala bergaduh, semua ahli dan pemimpinnya akan bersatu apabila ia membabitkan satu pasukan, hingga menyaksikan negeri ini mendapat majoriti undi yang besar.

"Namun apabila Mohamed Khaled dilantik memimpin Perlis, saya melihat UMNO akan terkubur di negeri ini kerana kepemimpinan Pusat masih tidak mahu berubah.

"UMNO perlu berubah jika mahu terus dihormati bukannya mengekalkan budaya lama iaitu menjadi Pak Turut, Yes Man atau menjadi tuan dalam parti sendiri.

"Lihat sahaja apabila Khairy Jamaluddin kritik sistem UMNO yang perlu diubah, kepemimpinan sedia ada sudah melabelkan atau menganggap beliau bukan sebahagian daripada UMNO. Jika ini berterusan, UMNO akan terkubur," katanya.

Pada Jun lalu, Ismail mengumumkan keluar UMNO selepas hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Ismail menyertai UMNO sejak 30 tahun lalu ketika berusia 28 tahun dan pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Perlis, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/450881/lantik-orang-kalah-hukuman-tidak-sokong-ahmad-zahid

BERITA»Nasional
Rabu, 18 Julai 2018 | 6:36pm
Benarkan bayar PTPTN guna KWSP
Oleh Nadia Hamid nnadia@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini memohon Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum yang tidak tamat pengajian mengeluarkan wang simpanan itu untuk pembayaran pinjaman pendidikan.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wah Jan pada seminar pembincangan The pakatan Harapan: Is It Aeal Change di UMeedel UM. - Foto Rohanis Shukri
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, ia bagi membantu peminjam menyelesaikan tanggungjawab mereka membayar hutang menggunakan wang simpanan mereka walaupun tidak menamatkan pengajian.

"PTPTN menyokong penuh desakan rakyat untuk selesaikan hutang PTPTN menggunakan dana KWSP.

"Saya akan mengangkat pandangan ini kepada Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) dalam jangka masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada cadangan paling kerap diutarakan peminjam iaitu membenarkan semua kategori peminjam pendidikan mengeluarkan dana KWSP bagi tujuan bayaran balik, termasuk peminjam yang tidak berjaya menamatkan pengajian mereka.

Wan Saiful berkata ramai peminjam menyatakan kekecewaan susulan tidak boleh mengeluarkan wang simpanan sendiri di KWSP untuk menyelesaikan hutang mereka.

"Walaupun saya memahami kekecewaan peminjam, saya memohon maaf kepada peminjam kerana cadangan ini di luar bidang kuasa saya.

"Ketika ini, kemudahan pengeluaran dana KWSP untuk membuat pembayaran pinjaman pendidikan termasuk pinjaman PTPTN adalah di luar bidang kuasa PTPTN.

"Urusan pengeluaran dana KWSP adalah sepenuhnya di bawah kuasa KWSP sendiri. Hanya pengeluaran pendidikan untuk mereka yang tamat pengajian saja dibenarkan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450875/benarkan-bayar-ptptn-guna-kwsp




BERITA»Politik
Rabu, 18 Julai 2018 | 6:33pm
PKR dijangka umum calon esok
Norrasyidah Arshad norrasyidah@nstp.com.my
KLANG: PKR dijangka mengumumkan calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, esok.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata pengumuman itu akan dilakukan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyampaikan inisiatif masjid 
kepada wakil ahli masjid Datuk Dagang, Kampung Jawa di Program Menyantuni 
dan Menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat Dun Sungai Kandis di tapak parkir kereta Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa. - Foto Roslin Mat Tahir
"Semalam, kita sudah adakan mesyuarat Biro Politik Pusat untuk bincangkan perkara ini (calon) dan saya turut hadir.

"Secara konsensus kita sudah buat keputusan (memilih calon)," katanya ketika ditemui di Program Menyantuni dan Menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, di sini, hari ini.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyampaikan inisiatif kemahiran teknikal 
kepada Muhammad Hazim Badrol Hisham di Majlis Program Menyantuni 
dan Menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat Dun Sungai Kandis 
di tapak parkir kereta Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa. - Foto Roslin Mat Tahir
Amirudin bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi pengumuman selain tidak mahu memberi sebarang maklumat lanjut berhubung calon yang dipilih parti.

"Esok ada Majlis Pelancaran Jentera dan insya-Allah kalau dibenarkan kita akan umum esok.

"Sekarang kita sedang uruskan berkenaan calon dan pelarasan Pakatan Harapan (PH)," katanya.

Isnin lalu, PKR Cabang Kota Raja mengumumkan sudah mengemukakan tiga nama kepada kepemimpinan tertinggi parti untuk dipilih sebagai calon.

PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini, diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu, akibat kanser limfoma.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Mat Shuhaimi daripada PKR memenangi kerusi DUN Sungai Kandis dengan 23,998 undi, menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/450870/pkr-dijangka-umum-calon-esok

Tun M terus dijulang, Anwar sabar menanti
WAN HARON WAN HASSAN
SUDAH dua bulan Tun Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Diangkat sebagai PM untuk kali kedua adalah satu sejarah yang unik dan mungkin sesuatu yang sukar untuk dicipta atau diulangi kembali.

Pencapaian dan legasi Tun M ketika menjadi PM yang ke-4 sudah pun diperakui ramai. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang menerima dan memperakui hakikat ini tetapi pemimpin-pemimpin luar negara serta rakyat mereka turut memberi pengiktirafan yang sama kepada Tun M.

Tun M diiktiraf sebagai seorang negarawan yang unggul. Mengikut Shakespeare: “Some are born great, some achieve greatness, and some have greatness thrust upon them.”

Pun begitu, kita akur bahawa Tun M bukanlah insan yang maksum dan pemimpin yang penuh sempurna sifatnya. Beliau tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan ketelanjuran, khususnya di masa-masa silam. Tun M sendiri telah mengakui secara terbuka hakikatnya dan pernah memohon maaf kepada rakyat dan ‘mangsa-mangsa’ yang telah teraniaya.

Sebagai PM untuk kali keduanya, Tun M berpeluang bukan sahaja untuk menangani dan menyelesaikan masalah-masalah yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan rejimnya, malah beliau turut berpeluang untuk membaiki dan membetulkan kembali kesilapan serta keterlanjuran tersebut. Kiranya Tuhan amat menyayanginya sehingga memberi peluang keemasan dan istimewa kepadanya untuk berbuat demikian.

Kita sebagai rakyat Malaysia juga berasa bertuah kerana masih mempunyai Tun M sebagai pemimpin. Sekali gus kita juga diberi peluang untuk sama-sama menggembleng tenaga dan membanting tulang dalam agenda pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih berdaya maju, sejahtera dan aman damai. Insya-ALLAH.

Tun M menggalas dan memikul harapan rakyat yang begitu tinggi di atas bahunya untuk memimpin dan membawa mereka ke arah mercu kejayaan dan kemakmuran yang mereka idam-idamkan. Kita yakin beliau mampu untuk melakukannya.

Malaysia sekarang di persimpangan jalan di mana Tun M dan kerajaannya sedang mengorak langkah untuk mara ke depan dengan lebih yakin lagi. Berbekalkan prinsip kepimpinan yang telus dan amanah, meletakkan kepentingan serta kebajikan rakyat sebagai pertimbangan yang paling utama, mengatasi kepentingan peribadi pemimpin, puak atau parti sepertimana yang berlaku di masa-masa silam atau khususnya sebelum ini di bawah kepimpinan Najib.

Antara agenda perubahan dan transformasi yang sedang giat diusahakan termasuklah usaha-usaha untuk:

* menegakkan sistem pemerintahan yang berteraskan peruntukan perlembagaan dan keluhuran undang-undang;

* mewujudkan kepimpinan yang telus dan terbuka dengan amalan-amalan terbaik (good governance and best practices);

* mewujudkan keadilan sosial untuk rakyat yang berbilang kaum dan agama;

* menangani dan membendung dengan tegasnya gejala rasuah yang berleluasa;

* memberi ruang kepada rakyat untuk memberi maklum balas menegur dan mengkritik kerajaan dalam urus takbir negara atau apa-apa isu yang menyentuh kepentingan mereka.

Jika Tun M dan kerajaannya berjaya menghasilkan wawasan dan agenda tersebut, maka sudah tentu masa depan rakyat dan negara akan lebih terjamin berbanding dengan keadaan dan hala tuju yang tidak menentu sebelum ini, khususnya di bawah pemerintahan Najib.

Pun begitu, kita perlu akui bahawa agenda membangun negara adalah satu proses yang berterusan yang tidak akan tertumpu dan berlaku semasa era Tun M sahaja atau terhenti dengan pemergiannya nanti. Kita juga perlu mengambil kira bahawa Tun M sudah begitu lanjut usianya.

Jika sayang sekalipun kita kepadanya, kita perlu terima hakikat bahawa sampai masa dan ketikanya, beliau terpaksa pergi atau berundur jua dari persada politik negara. Menjadi kewajipan kita bersama untuk menyusun satu perancangan peralihan dan kesinambungan kepimpinan negara, agar dapat dilaksanakan dan disempurnakan dengan baik, tersusun dan penuh teratur nanti.

Bila kita melihat dan menoleh kiri dan kanan untuk menilai tokoh-tokoh barisan pemimpin pelapis yang sedia ada serta mengambil kira keadaan dan faktor politik semasa, maka kita tidak nampak pengganti lain yang lebih layak dan berwibawa selain daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi PKR, komponen parti Pakatan Harapan yang terbesar dari segi jumlah bilangan wakil rakyat di Parlimen dan Dun, sudah pastilah pilihan mereka ialah Anwar sebagai pengganti kepada Tun M. Anwar bukan sekadar pemimpin ‘de jure’ dan ‘de facto’ kepada PKR tetapi beliau juga dianggap sebagai satu institusi yang paling unggul bagi PKR.

Jawatan Presiden PKR walaupun disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ketika ini, adalah dikira sebagai hak mutlaknya. Bahawa Wan Azizah hanya memegang jawatan tersebut sebagai langkah interim sahaja. Anwar boleh mengambil alih bila-bila masa sahaja yang dikira perlu dan sesuai baginya.

Namun Anwar telah memberi kenyataan dan jaminan terbuka kepada Tun M bahawa beliau bersedia memberi masa dan tempoh laluan lebih dari dua tahun kepada Tun M untuk terus memimpin negara.

Baru-baru ini, Tun M juga berkata bahawa beliau peka dan sedar dengan kepahitan dan kegetiran yang telah dilalui serta dialami oleh Anwar dalam perjuangan politiknya. Oleh itu Tun M memperakui bahawa Anwar berhak diberi peluang dan ruang untuk tampil ke depan untuk meraih dan menuntut haknya sebagai pemimpin.

Apabila diambil kira faktor-faktor tersebut, maka adalah jelas dan nyata sekali bahawa Anwar adalah pemimpin yang paling berhak dan layak untuk menggantikan Tun M sebagai PM.

Lain-lain perhitungan dan pertimbangan juga menyokong pilihan tersebut. Anwar dikira mempunyai pengalaman yang luas sebagai pemimpin tertinggi kerajaan termasuk pengalamannya sebagai Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau telah melalui banyak pahit getir kehidupan dalam penjara yang pastinya telah memberi masa dan ruang yang cukup kepadanya untuk berfikir, bertafakur dan bermuhasabah diri untuk menjadi pemimpin yang lebih baik lagi. Anwar juga merupakan tokoh politik yang amat dikenali di peringkat antarabangsa dan diterima dengan senang hati oleh dunia barat dan timur. Pendek kata tidak ada tokoh-tokoh lain dari barisan pelapis yang sedia ada yang dapat menandingi kehebatan dan ketokohan Anwar sebagai seorang pemimpin yang berwibawa untuk mengganti Tun M.

Bagaimana pun, perlu diakui bahawa terdapat pihak-pihak tertentu semenjak dulu sehingga sekarang yang sering mengambil sikap anti-Anwar dan tidak pernah senang dengannya. Sepanjang masa mereka telah meneruskan berbagai angkara agenda dan retorik terhadap Anwar serta menimbulkan berbagai sentimen-sentimen negatif terhadapnya.

Anwar digambarkan sebagai seorang pemimpin nasionalis yang radikal, aktivis anti-establishment, bukan seorang negarawan, kurang kesabaran, cenderung kepada retorik dan slogan daripada intipati isu, tidak jelas visinya dan tidak terperinci dalam isu-isu besar negara, mudah berkompromi dan condong dengan pihak-pihak tertentu seperti institusi raja dan bermacam-macam lagi.

Ini semua telah dicanang oleh mereka dari dahulu lagi sebagai propaganda terhadap Anwar. Mereka mempunyai agenda gelap tersendiri untuk menyekat dan menahan Anwar dari menjadi PM. Mungkin tohmahan-tohmahan yang dilemparkan ke atas diri Anwar sedikit sebanyak ada asas dan kebenarannya. Kewajaran menuntut Anwar untuk membaiki diri dan membawa perubahan yang bersesuaian. Namun pada keseluruhannya tuduhan dan tohmahan-tohmahan tersebut adalah tidak berasas dan sengaja diada-adakan oleh mereka untuk merosak kredibiliti Anwar.

Seperti Tun M, Anwar juga bukan insan maksum dan sempurna. Nak cari pemimpin yang sempurna dan serba lengkap, maka sampai kiamat pun kita tidak akan ketemui. Maka marilah kita mengambil sikap yang pragmatik dan rasional dalam hal ini. Hakikat yang perlu kita diperakui ialah Anwar mempunyai banyak ciri-ciri keperibadian yang murni dan terserlah dan juga kepimpinan yang baik serta terbukti. Beliau merupakan pemimpin yang terbaik dan paling layak yang kita ada ketika ini sebagai pengganti kepada Tun M.

Perlu juga diingati bahawa sebelum ini pihak-pihak tertentu telah juga melempar berbagai tuduhan dan tohmahan yang lebih kurang sama ke atas diri Tun M sepanjang karier politiknya. Dari dulu sehinggalah sekarang. Namun rakyat jelata lebih tahu kebenarannya. Mereka dapat menilai dan membezakan antara yang benar dan yang batil.

Apa sekalipun kebaikan yang dilakukan oleh Anwar atau Tun M mungkin tidak akan membawa apa-apa perubahan atau impak kepada sikap dan sentimen gerombolan-gerombolan ini. Jika betul-betul hendak diambil kira, maka kita boleh katakan bukan sekadar Tun M atau Anwar yang sering dipersoal atau dipertikaikan, malah Nabi Muhamad SAW sendiri pun, walaupun sebagai insan pilihan Allah juga ikut dipersoal dan dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu semenjak dulu sehinggalah sekarang.

Jadi perlukah kita melayani atau rasa terganggu dengan angkara durja segelintir manusia ini?

Kiranya apa yang lebih penting ialah rakyat jelata atau khususnya majoriti rakyat yakin dan percaya dengan kepimpinan regu berbisa Tun M dan Anwar. Bahawa regu tersebut adalah merupakan kepimpinan yang terbaik untuk negara dan rakyat ketika ini. Bagi rakyat jelata, Anwar adalah pemimpin pilihan mereka untuk menggantikan Tun M sebagai PM.

Bagi gerombolan-gerombolan tersebut pula, mereka harus dibiarkan saja dengan suara sumbang mereka persis anjing-anjing liar yang mempunyai tabiat suka menyalak bukit. Tak akan runtuh bukit disalak anjing.

Bagi Anwar dan kita yang akur dengan ketentuan Ilahi, kita ambil saja peringatan yang tersurat dan tersirat dalam kata-kata berikut: “It might take a year. It might take a day. But whatever ALLAH has willed will surely find its way.”
-sinarharian
at 7/18/2018 12:30:00 PTG
KERENGGA: Tun M terus dijulang, Anwar sabar menanti

Wednesday, 18 July 2018
ADAKAH INI PETANDA AZMIN AKAN MENCABAR ANWAR?

Wanita PKR menyambut baik hasrat Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan presiden dalam pemilihan akan datang, namun mengingatkan agar parti bersedia "menjulang prinsip demokrasi" sekiranya jawatan tertinggi parti itu dicabar.
Jelas ketuanya, Zuraida Kamaruddin, PKR perlu menjuarai isu demokrasi yang diperjuangkan selama 20 tahun dan ia perlu bermula dari kalangan pemimpin parti itu sendiri.

"Peranan beliau (Anwar) dan  Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku pencetus agenda perubahan hampir 20 tahun lalu tentulah tidak dapat disangkal mana-mana pihak.

"Pasca pilihan raya umum ke-14 menyaksikan PKR telah pun menjadi parti terbesar dalam kerajaan, ia juga membawa bersama perubahan dalam struktur kepimpinan parti serta dinamika yang berbeza dari sebelumnya.

"Dalam pada tawaran Anwar diterima dengan terbuka, parti juga harus bersiap-siaga menjulang prinsip demokrasi dalam menghirup udara segara Malaysia baru yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam menyatakan hal itu, Zuraida turut menyorot "kecemerlangan" pentadbiran Selangor dan kepimpinan bekas menteri besarnya, Azmin Ali.

Kata Zuraida, PKR mempunyai ramai pemimpin berkelayakan yang teruji kesetiaannya, berkarisma dan mempunyai rekod cemerlang dalam pentadbiran.

"Tidak boleh disangkal lagi bahawa tatakelola dan kecemerlangan kerajaan Selangor menjadi antara penyumbang signifikan kepada keyakinan rakyat dalam melihat model pemerintahan Malaysia baru.

"Keyakinan inilah yang menyebabkan BN yang berusi 61 tahun mampu ditumbangkan.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara watak pimpinan yang dinamik dan dilihat mampu menggalas tanggungjawab kepimpinan.

"Telah dibuktikan dalam pentabdiran kerajaan Selangor terdahulu, peranan terkini beliau yang memegang portfolio kanan kerajaan selaku menteri hal ehwal ekonomi membuktikan lagi sumbangan beliau bakal memberi impak positif dalam bersama-sama mengemudi bahtera PKR yang kita cintai," katanya lagi.

Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang turut mengingatkan bahawa PKR "berbeza" dengan Umno yang sering menyaksikan jawatan tertinggi parti mereka tidak ditandingi.

"Justeru, Wanita PKR menegaskan bahawa di samping menerima baik tawaran Anwar bertanding jawatan presiden, parti juga perlu menghormati perlembagaan parti dalam hal membuka ruang pertandingan mana-mana jawatan tanpa sebarang usaha sekatan.

“We must walk the talk, kita perlu lakukan apa yang kita laungkan," katanya.

Berdasarkan kenyataan Zuraida ini, adakah ia merupakan bayangan atau petanda terbaru bahawa Azmin akan mencabar Anwar bagi jawatan Presiden PKR?

Kenapa jadi begitu?

Adakah Azmin akan mencabar Anwar berikutan khabar-khabar yang berlegar mengatakan Anwar sedang menyiapkan seseorang yang lain untuk melawan Azmin bagi jawatan timbalan presiden?

Jika kedudukan Azmin sebagai timbalan presiden tidak dilawan, untuk apa beliau mencabar Anwar?

Apakah Anwar dan Azmin sebenarnya sedang bersaing merebut jawatan Perdana Menteri selepas Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 18/07/2018)
Shahbudin dot com: ADAKAH INI PETANDA AZMIN AKAN MENCABAR ANWAR?

BERITA»Nasional
Rabu, 18 Julai 2018 | 7:35pm
Ahmad Zahid berucap sebagai Ketua Pembangkang
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat kali pertama, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-UMNO Bagan Datuk) berucap di blok kiri dewan sebagai Ketua Pembangkang.

Beliau yang juga Presiden UMNO kelihatan tenang dan bersahaja ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong walaupun kali pertama berucap di blok pembangkang.
Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama (kanan) dan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa dilihat keluar dari 
Dewan Rakyat selepas persidangan ditangguhkan, hari ini. - Foto BERNAMA
Namun begitu, dalam ucapannya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu reda dengan nasib menimpa Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tetapi bersikap optimis nasib akan kembali menyebelahi mereka.

Malah beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) yang berjaya menjadi kerajaan selepas PRU-14 dan berharap kedua-dua pihak dapat mewujudkan jalinan hubungan yang baik bagi menjaga kemuliaan Dewan Rakyat.

"Saya ucapkan tahniah kepada rakan di sini, yang lama dan yang baharu, begitu juga di sebelah sana, yang lama dan yang baru dapat kita bersama di dewan yang mulia ini.

"Allah SWT sudah mentakdirkan kami (BN) di sini (blok pembangkang) tetapi ingatlah kami akan berpindah ke sana (blok kerajaan).

"Ini satu hakikat dan kita harus tahu ada hikmahnya di sana dan di sini termasuk di sana harus belajar dengan di sini yang saya fikir harus ada jalinan baik di antara di sana dengan di sini," katanya.

Sementara itu, antara isu disentuh Ahmad Zahid dalam ucapannya adalah kepentingan semua pihak memelihara dan menjaga perkara termaktub dalam Perlembagaan khususnya Kedudukan Agama Islam, Hak Keistimewaan Melayu dan Bahasa Kebangsaan.

"Adakah kita menjadi rasis jika perkara termaktub dalam Perlembagaan mahu dikekalkan. Adakah kita 'terrorist' jika hendak tegakkan Agama Islam.

"Adakah akan ketepikan bahasa lain kalau kita memperjuangkan Bahasa Kebangsaan. Kita harus rasional walaupun berbeza pendapat, tetapi ini soal prinsip bersama," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450900/ahmad-zahid-berucap-sebagai-ketua-pembangkang

Kenyataan Zuraida membayangkan Azmin akan mencabar Anwar untuk jawatan presiden
Wanita PKR ingatkan agar parti 'julang demokrasi' jika Anwar dicabar

Wanita PKR menyambut baik hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti, namun mengingatkan agar parti bersedia "menjulang prinsip demokrasi" sekiranya jawatan itu dicabar.

Jelas ketuanya, Zuraida Kamaruddin, PKR perlu menjuarai isu demokrasi yang diperjuangkan selama 20 tahun dan ia perlu bermula dari kalangan pemimpin parti itu sendiri.

"Peranan beliau (Anwar) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku pencetus agenda perubahan hampir 20 tahun lalu tentulah tidak dapat disangkal mana-mana pihak.

"Pasca pilihan raya umum ke-14 menyaksikan PKR telah pun menjadi parti terbesar dalam kerajaan, ia juga membawa bersama perubahan dalam struktur kepimpinan parti serta dinamika yang berbeza dari sebelumnya.

"Dalam pada tawaran Anwar diterima dengan terbuka, parti juga harus bersiap-siaga menjulang prinsip demokrasi dalam menghirup udara segara Malaysia baru yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar pada 15 Julai lalu mengumumkan akan bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti itu Ogos ini.

Keputusan itu, kata Anwar, diambil selepas berbincang dengan isterinya, Dr Wan Azizah yang juga merupakan penyandang jawatan presiden.

Terdahulu Dr Wan Azizah menyatakan sedia berundur untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding jawatan itu.

'Azmin mampu galas tanggungjawab'

Sementara itu, dalam kenyataan sama Zuraida turut menyorot "kecemerlangan" pentadbiran Selangor dan kepimpinan bekas menteri besarnya yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kata Zuraida, PKR mempunyai ramai pemimpin berkelayakan yang teruji kesetiaannya, berkarisma dan mempunyai rekod cemerlang pentadbiran.

"Tidak boleh disangkal lagi bahawa tatakelola dan kecemerlangan kerajaan Selangor menjadi antara penyumbang signifikan kepada keyakinan rakyat dalam melihat model pemerintahan Malaysia baru.

"Keyakinan inilah yang menyebabkan BN yang berusi 61 tahun mampu ditumbangkan.

"Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara watak pimpinan yang dinamik dan dilihat mampu menggalas tanggungjawab kepimpinan.

"Telah dibuktikan dalam pentabdiran kerajaan Selangor terdahulu, peranan terkini beliau yang memegang portfolio kanan kerajaan selaku menteri hal ehwal ekonomi membuktikan lagi sumbangan beliau bakal memberi impak positif dalam bersama-sama mengemudi bahtera PKR yang kita cintai," katanya

Zuraida yang merupakan anggota parlimen Ampang turut mengingatkan bahawa PKR "berbeza" dengan Umno yang sering menyaksikan jawatan tertinggi parti mereka tidak ditandingi.

"Justeru, Wanita PKR menegaskan bahawa di samping menerima baik tawaran Anwar bertanding jawatan presiden, parti juga perlu menghormati perlembagaan parti dalam hal membuka ruang pertandingan mana-mana jawatan tanpa sebarang usaha sekatan.

“We must walk the talk, kita perlu lakukan apa yang kita laungkan," katanya.
-malaysiakini
at 7/18/2018 12:00:00 PTG
KERENGGA: Kenyataan Zuraida membayangkan Azmin akan mencabar Anwar untuk jawatan presiden


WEDNESDAY, JULY 18, 2018 

Tediaa !!! Kelibat misteri di Parlimen gemparkan netizen , Terjawab

Kelibat misteri di Parlimen gemparkan netizen
PETALING JAYA: Hari kedua persidangan Parlimen mendapat perhatian Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa apabila memuat naik foto majlis angkat sumpah senator menerusi laman Twitter miliknya.

Namun, foto berkenaan menimbulkan persoalan apabila netizen rata-rata menumpukan kepada kelibat individu misteri.

Selepas netizen berteka-teki dan memberi komen, akhirnya pegawai media KSN tampil mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung perkara itu.

Terjawab persoalan netizen apabila disahkan individu tersebut adalah tetamu kepada P. Waytha Moorthy, pengerusi Hindraf yang dilantik sebagai senator dan hadir pada majlis angkat sumpah yang berlangsung di Bangunan Parlimen, pagi Selasa.

Ia sekaligus menghapuskan tanggapan netizen yang menyangka ia merupakan entiti misteri yang secara tidak sengaja dirakam menerusi foto berkenaan.
Tetamu Senator P. Waytha Moorthy yang disangka sebagai kelibat misteri di Parlimen.
Menerusi tweet itu, Ali Hamsa mengucapakan tahniah kepada senator yang baru mengangkat sumpah.

Namun, foto yang mengiringi tweet tersebut mula menjadi perdebatan netizen yang meminta penjelasan mengenai identiti individu berkenaan.

"Mohon penjelasan Tan Sri siapakah atau apakah yang terdapat dalam gambar tersebut," tulis @NormIntel.

"Gambar pertama dan kedua tu macam ada sesuatu yang tak kena," tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Sehingga kini posting berkenaan mendapat 152 ulang kicau (Retweet) dan menerima 178 tanda suka.
Namun, terdapat beberapa pengguna turut mencelah bagi memperjelaskan situasi sebenar foto tersebut setelah ia mula dipersoalkan netizen.
Foto dari Twitter Ali Hamsa yang menimbulkan perdebatan netizen 
sejak ia dimuat naik pada petang Selasa.
"Itu adalah tetamu YB Senator. Kedudukan tu memang ada dua kerusi kat situ, angle jurugambar membuatkan seperti dua orang duduk atas satu kerusi," tulis @EnchekBaien.

"Bukan penampakan lah, dia memang manusia. I served him tadi," tulis seorang individu yang dipercayai petugas Parlimen.

Dalam sidang yang berlangsung di Dewan Parlimen pada pagi Selasa, Waytha Moorthy bersama tujuh lagi individu mengangkat sumpah sebagai senator atas lantikan Yang di-Pertuan Agong.
Kesemua mereka dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14.

Posted by Abu Luqman at 8:21 A
http://kachipemas.blogspot.com/2018/07/tediaa-kelibat-misteri-di-parlimen.html

18 JULY 2018
'Hello! Buka la biji mata tu sikit!' - Chef Wan pertikai anak Najib tonton final WC2018

Chef Wan atau nama sebenar Datuk Redzuawan Ismail hari ini mempertikaikan tindakan anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang pergi ke Russia untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2018.
Chef Wan mempertikaikan, bagaimana Datuk Nazifuddin Najib boleh pergi menonton perlawanan akhir itu, sedangkan keluarganya sebelum ini mendakwa tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar wang ikat jamin Najib yang berjumlah RM1 juta.

'Kesempitan' itu juga mendorong para penyokong Najib dan ahli UMNO mengambil inisiatif untuk melancarkan tabung kutipan derma untuk Najib.

Dalam tak ada duit dan macam-macam alasan lagi, look who is at the World Cup? Ditaja ke it's not our business. Tapi bapak tu berlakon macam satu family dia disusahkan oleh kerajaan pula, kan. Penyokong boleh pula raised fund to help him. Ada dengar sampai sanggup gadai barang kemas untuk membantu our ex prime minister. 

Kenapa tak jual rumah mereka terus dan tambahkan lagi (jumlah tabung)? Mereka lupa ke, with tons of jewelleries yang tak terpakai boleh pula nak tambah lagi dari Lebanon? The same family juga yang suruh kita cekik (makan) kangkong, beli tiga macam kuih dan beli dua baju raya ke nak kena berjimat konon when they enjoyed such luxurious life. 

HELLO! BUKA LA BIJI MATA TU SIKIT! 

Negara banyak menanggung hutang, sepatutnya kita menderma mengurangkan beban negara and at the same time juga membantu mereka yang susah secara tidak langsung. Ini tak, orang yang berbakul-bakul simpan barang kemas dan duit seumpama sampah dalam bilik itu pula yang kita nak selamatkan. Masuk akal ke semua perbuatan yang 'mulia' ini? 

Sudahlah itu boleh lagi marah kepada rakyat yang tidak setia kepada UMNO dan belot etc. Sejak bila kita janji pemerintah ini semua yang mereka ini bila berkuasa sign mati perintah negara ini pula? 
Hak memilih selalu jatuh pada rakyat itu sendiri di dalam negara yang berdemokrasi pun. Naturally not all of us termakan budi sampaikan politicians abused their position, we still need to close one eye and lived in denial. 

Let's not forget setiap politician's that is in service in this country pun have their own perks and luxury in life. Bukanlah mereka ini berkorban untuk kita dan hidup mereka ini merempat pun. Eee, janganlah bangkitkan isu konon just because hari ini kita tak menyokong mereka-mereka ini membuta tuli, unlike some tiba-tiba kita diabel manusia yang kenang jasa la pulak! 

So what does that mean? They are untouchable? 

In the next election even in the Pakatan pun jika ada Menteri yang tak boleh perform, then they too have to step down! I don't care which party represent this country pun, as long we have good and honest leader's to lead us regardless of apa bangsa pun! 

We are all Malaysian and have our constitutional right's. Today we have formed our new Malaysia. Alhamdulillah. 

Pada 5 Julai lalu, Nazifuddin memuat naik luhan hatinya mengenai dugaan yang bakal dihadapi oleh bapanya selepas Kerajaan Pusat ditawan oleh Pakatan Harapan (PH).

Nazifuddin yang merupakan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini juga dilanda kontroversi selepas gambarnya bertemu dengan pelakon Taiwan, Celia Zhang, viral di media sosial.

Semalam, Nazifuddin menulis dalam kapsyen gambar di akaun media sosialnya menyatakan bahawa dia akan berangkat ke Jakarta selepas ini untuk menghadiri Sukan Asia 2018. Kapsyen tersebut juga disertakan dengan hashtag #iworkinsports, dipercayai sebagai respon terhadap pihak yang mempertikaikan tindakannya menonton perlawanan akhir Piala Dunia.

"Gambar saya di UK. Mungkin ini boleh jadi bahan berita untuk esok. Seterusnya saya perlu berada di Jakarta untuk Sukan Asia. #iworkinsports," tulisnya.

Dicatat Oleh Jeebond BLM
Bloglist Malaysia: 'Hello! Buka la biji mata tu sikit!' - Chef Wan pertikai anak Najib tonton final WC2018





































Tiada ulasan: