Rabu, 25 Julai 2018

Berita Tenggara Asia. 7923.


Innalillahiwainnailaihirojiun 
In na lil la hi wa in na ilai hi ro ji un

Ratusan hilang, empangan pecah
MyMetroUtama
SEKURANG-KURANGNYA 100 hilang selepas empangan jana kuasa hidro di Laos pecah, lapor media tempatan hari ini.

Empangan itu pecah, 8 malam semalam sehingga menyebabkan air dianggarkan lima bilion meter padu melimpah dan ratusan orang hilang serta banyak rumah dihanyutkan, lapor Lao News Agency.

Syarikat yang membina empangan itu berkata, hujan lebat dan banjir menjadi punca struktur itu runtuh dan ia sedang bekerjasama dengan kerajaan Laos untuk menyelamatkan penduduk beberapa kampung berhampiran empangan itu.

“Kami mengerahkan pasukan kecemasan dan merancang untuk membantu memindahkan penduduk berhampiran empangan ini,” kata jurucakap SK Engineering & Construction menerusi telefon.

Sementara itu, ABC Laos melaporkan, pihak berkuasa menghantar bot untuk membantu memindahkan penduduk di daerah San Sai dalam wilayah Attapeu di tenggara negara itu ketika paras air meningkat selepas empangan runtuh.

Ia bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut berhubung insiden itu.

Satu video dihantar rangkaian berita itu di Facebook menunjukkan penduduk kampung berhenti untuk menyaksikan air yang mengalir deras dari bahagian tepi tebing sungai.

Kumpulan hak asasi alam sekitar sekian lama menyuarakan kebimbangan berhubung cita-cita Laos membina loji jana kuasa hidro, termasuk kesan empangan itu terhadap Sungai Mekong, flora dan fauna, masyarakat luar bandar dan ekonomi tempatan yang bergantung terhadapnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 8:46 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/361318/ratusan-hilang-empangan-pecah

Innalillahiwainnailaihirojiun 
In na lil la hi wa in na ilai hi ro ji un

Jenazah bonceng motosikal [VIDEO]
MyMetroUtama

KEJADIAN mayat lelaki dibawa menaiki motosikal seperti pembonceng lengkap dengan topi keledar menjadi berita panas di Indonesia selepas rakaman video kejadian itu disebar sejak semalam.

Dalam video yang tular di media sosial itu menunjukkan ‘mayat lelaki’ terbabit menaiki motosikal bersama dua lelaki.

Menurut laporan media Indonesia, lelaki itu dikenali sebagai H Kede meninggal dunia menaiki motosikal dalam perjalanan dari rumah saudaranya ke rumahnya di Kampung Laut, Kabupaten Tanjung Jabung Timur, kelmarin.

Beberapa hari lalu, lelaki berkenaan mengadu sesak nafas ketika berada di rumah saudaranya di Desa Pematang Rahim.

Menurut Tribun News, Kede mahu pulang ke rumahnya lalu dihantar dua ahli keluarganya dengan motosikal terbabit, namun dia meninggal dunia di atas motosikal ketika dalam perjalanan.

Lebih malang, motosikal berkenaan mengalami kerosakan, namun mereka bernasib baik kerana sebuah kenderaan polis yang melakukan rondaan melalui jalan berkenaan.

Polis terbabit mahu menahan mereka kerana menaiki motosikal bertiga.

Liputan6 melaporkan, seorang netizen @orobeii yang memuat naik rakaman video berkenaan berkata, polis terkejut apabila mendapati dua lelaki itu membawa mayat membonceng motosikal terbabit.
Namun, selepas mengetahui cerita sebenar, anggota polis terbabit membantu menghantar jenazah dengan kenderaan polis kembali ke rumah saudara mangsa di Pematang Rahim yang jaraknya lebih dekat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 10:51 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/361345/jenazah-bonceng-motosikal-video

Innalillahiwainnailaihirojiun 
In na lil la hi wa in na ilai hi ro ji un

Fuad Zarkashi kecam pengerusi Bernama kerana puji HARAPAN
Agensi berita Bernama terus mendapat kritikan daripada pembangkang susulan laporannya yang didakwa cenderung kepada kerajaan.

Sebelum pertukaran kerajaan, pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) melemparkan kritikan serupa kepada agensi berita itu. Kini, Bernama menjadi sasaran kritikan pemimpin Umno.

Dalam kenyataan petang ini, Ketua Bahagian Umno Batu Pahat Datuk Mohd Puad Zarkashi mengkritik artikel yang ditulis Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang yang memuji HARAPAN.

"Sudah tentu dengan apa yang dia tulis, dia akan kekal sebagai pengerusi Bernama.

"Dia tidak akan menerima nasib sama dengan ketua-ketua (era BN) seperti bekas hakim negara, peguam negara, gabenor Bank Negara, ketua pengarah SPRM, bekas pengerusi PNB dan yang lain yang ditekan untuk meletakkan jawatan," katanya.

Dalam artikel yang disiarkan di The Sun Jumaat lalu, Azman berkata Malaysia menjadi lebih inklusif di bawah HARAPAN.

Selain memuji Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang memperkenalkan diri sebagai "menteri Malaysia", Azman turut menggesa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk melantik bukan Melayu sebagai naib canselor di universiti awam.

Puad bagaimanapun tidak bersetuju.

"Azman memuji Lim sebagai menteri kewangan terbaik? Apa yang hebat sangat dengan dia (Lim)?

"Dia memutar belit isu hutang negara sehingga pelabur luar menarik diri dan tidak berminat melabur di Malaysia," katanya.

Puad berkata demikian sebagai merujuk kenyataan kerajaan yang menyatakan hutang negara melebihi RM1 trilion namun kemudian menjelaskan angka itu termasuk liabiliti.

Pua juga membidas Lim kerana rancangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk meminta kerajaan persekutuan pinjaman RM1 bilion bagi projek pengangkutan negeri itu.

Beliau mendakwa pelantikan Lim sebagai menteri kewangan bertentangan dengan nilai meritokrasi yang disebutkan Azman, kerana menurutnya pemimpin DAP itu mempunyai kes mahkamah berhubung dakwaan rasuah yang sedang berlangsung.

Sementara berhubung Dr Maszlee pula, Puad berkata, jika Azman mahu naib canselor bukan Melayu di universiti awam, dia juga perlu meminta menteri pendidikan itu untuk melantik naib canselor Melayu di universiti swasta.

Puad juga menambah bahawa Azman perlu mengingatkan Dr Maszlee untuk menumpukan pada dasar-dasar pendidikan dan bukannya hal remeh seperti kasut hitam.

Ketika dihubungi, Azman enggan mengulas kenyataan Puad dan menyifatkan dia menghormati pandangan peribadi orang lain.
-malaysiakini
at 7/25/2018 01:00:00 PG
KERENGGA: Fuad Zarkashi kecam pengerusi Bernama kerana puji HARAPAN

Innalillahiwainnailaihirojiun 
In na lil la hi wa in na ilai hi ro ji un

Sebelum 9 Mei 2018 - 7 bulan yang lalu... Bloglist MalaysiaMahathir perlu kembali ke darjah satu, kata Jamal7 bulan yang lalu
https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2017/12/mahathir-perlu-kembali-ke-darjah-satu.html

BERITA
Sekarang Jamal di dalam - menanti perbicaraan selanjutnya setelah lari ke Indonesia, lari dari PDRM. Jika respect Rukun Negara, beliau tidak jadi macam hari ini. 

BERITA
Mahathir perlu kembali ke darjah satu, kata Jamal
Diterbitkan 13 Dis 2017, 4:19 petang  |  Dikemaskini 13 Dis 2017, 4:40 petang
Sehari selepas melabelkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kebudak-budakan kerana memulangkan pingat kebesaran negeri Selangor, hari ini Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos cuba menyekolahkan bekas perdana menteri itu.

Dengan membawa buku sekolah, pemimpin akar umbi Umno itu menyarankan Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kembali ke darjah satu dan mempelajari Rukun Negara sekali lagi.

“Mahathir perlu kembali duduk darjah satu, duduk sekolah balik.

“Tak payah pusing satu negara cakap (mengenai politik), masuk balik darjah satu dan belajar Rukun Negara.

“Mungkin (Mahathir) dah lupa, mungkin terlalu tua, ketiga-tiga mereka ini pun dah terlalu tua dan terlupa erti Rukun Negara,” katanya kepada pemberita di balai polis daerah Dang Wangi petang ini.
Beliau sebelum itu membuat laporan polis terhadap Mahathir, Siti Hasmah dan bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut Jamal yang juga adalah pemimpin gerakan Baju Merah, tindakan Mahathir memulangkan pingatnya itu sebenarnya adalah sebagai tanda "bantahan" terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Apabila menerima teguran dari Sultan Selangor, beliau cuba memperlekehkan atau buat protes dengan memulangkan pingat kebesaran.

“Mereka ini tidak mematuhi peradaban yang kita dari kecil lagi diajar tentang Rukun Negara,” katanya merujuk kepada rukun kedua iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”.

Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan bekas perdana menteri itu dan isterinya menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada sultan Selangor sebelum ini.

Antara pingat itu adalah yang tertinggi dikurniakan oleh Selangor.

Pingat serta anugerah berkenaan dikembalikan kepada pihak istana pada 7 Disember lalu.

Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi sebab pingat dan anugerah berkenaan dikembalikan, ia dipercayai ada kaitan dengan teguran dan titah Sultan Selangor terhadap pengerusi BERSATU itu sejak akhir-akhir ini.

Antaranya membabitkan ucapannya itu mengenai Bugis - yang disasarkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Semalam, Jamal turut mencabar Dr Mahathir supaya “berhijrah” ke negeri lain dan tidak lagi menetap di Selangor kerana tidak menghormati sultannya.

Sementara itu, laporan polis ke atas Zaid adalah yang kedua dibuat oleh Jamal ke atas bekas menteri itu.

Minggu lalu, Zaid menimbulkan kemurkaan pihak istana Selangor melalui tweetnya mengenai kenyataan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bahkan memberitahu anggota DAP itu supaya kembali ke negeri asalnya di Kelantan jika tidak bersetuju dengan pandangannya.

Zaid berpendapat bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan tetapi tweetnya dianggap kurang sopan dan kini menjadi subjek siasatan di bawah Akta Hasutan.

Mengulas isu itu, Jamal berkata, Zaid, Dr Mahathir dan isterinya adalah individu yang tidak mematuhi Rukun Negara dan perlu dihukum.

“(Saya) membuat laporan sekali lagi tentang ketidak-patuhan mereka terhadap Rukun Negara, kesombongan, keegoan dan kebiadapan (mereka) terhadap Sultan Selangor.

“(Saya akan) teruskan sehingga ketiga-tiga pihak ini diambil tindakan oleh pihak yang wajib

“Saya sebagai rakyat Malaysia dan lahir di Selangor, apabila melihat sultan saya dihina, kami akan bangkit dan menentang mereka ini,” katanya.
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Mahathir perlu kembali ke darjah satu, kata Jamal

Mesra... Rosmah suap kek kepada Najib di Parlimen

Harits Asyraf HasnanAstro Awani | Diterbitkan pada Julai 23, 2018 14:03 MYT
Mesra... Rosmah suap kek kepada Najib di Parlimen
Turut mencuri tumpuan media apabila Rosmah turut menyuap potongan kek ke mulut Najib.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikejutkan dengan sambutan hari lahir ke-65 beliau di bangunan Parlimen di sini hari ini. 

Sambutan yang dibuat isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor itu turut diraikan bersama beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain. 

Turut mencuri tumpuan media apabila Rosmah turut menyuap potongan kek ke mulut Najib. 

Di akhir sambutan itu, Rosmah dalam ucapannya berdoa semoga Najib diberi kesihatan yang baik selain akui setiap ahli keluarga menyayanginya.


.

Tiada ulasan: