Rabu, 25 Julai 2018

Parti duit bertukar kepada parti mulut. 7924.








tumpang sekole...?

nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...

25 July 2018

Awat PAS takut nak mengaku sokong UMNOOO...

Image may contain: 2 people, text
Pelbagai hujah kedengaran saat ini di sebalik keputusan Pas tidak meletakkan calonnya di Sungai Kandis, meskipun secara nyatanya ia adalah bermakna parti itu mahu calon PKR yang mewakili Pakatan Harapan lebih mudah dapat ditewaskan.

Dengan hasrat mahu calon PKR tewas, maka sudah terang lagi bersuluh Pas sebenarnya inginkan kemenangan berpihak kepada calon UMNO yang mewakili BN.

Dalam erti kata lain, jika dulu Pas mahu lawan UMNO, kini parti itu adalah kawan kepada UMNO.

Malangnya, tidak seperti biasa dalam adat orang berkawan, Pas masih takut-takut dan enggan berterus-terang mengenai hubungannya dengan UMNO, walaupun tindakan atau perbuatan sangat jelas ke arah itu.

Hanya beberapa jam setelah Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan mengeluarkan kenyataan tentang hasrat sebenar Pas memberi laluan kepada UMNO bertanding ialah untuk memudahkan calon PKR ditewaskan, perkara itu kemudiannya segera dinafikan oleh pemimpin Pas yang lain.

Menurut Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar, keputusan tidak bertanding itu sebenarnya dibuat atas pertimbangan pelbagai faktor, termasuk kedudukan kewangan parti.
Ia adalah keputusan Pas sendiri atas pelbagai faktor setelah mendapat pandangan daripada rakan-rakan di Selangor sendiri, ujar beliau yang juga Menteri Besar Terengganu.
Soalnya, sejak bila Pas mengamalkan sikap sedemikian?

Bukankah Pas selama ini mengamalkan sikap keras kepala dan ingin bertanding di mana-mana saja kerusi yang pernah ditandinginya?

Lagi pun, kalau tidak mahu dilihat sengaja memberi laluan kepada UMNO, bukankah lebih baik Pas meletakkan calon dalam pilihanraya itu yang juga boleh dianggap sebagai sebahagian daripada misi dakwah dan jihad sebagaimana yang kerap dilaungkan selama ini?

Tidak cukup dengan itu, melalui kenyataan oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan kemudiaanya pula, beliau juga menyeru ahli dan penyokong Pas agar mengundi berasaskan pertimbangan Melayu - Islam dalam pengundian 4 Ogos nanti.

Sehubungan itu, katanya, ahli dan penyokong Pas diarahkan membuat pilihan berpandukan pertimbangan Melayu - Islam serta kepentingan masa depan negara.

Pas juga mengambil keputusan tidak meletakkan calon di Sungai Kandis, begitu juga di Balakong nanti, adalah kerana ingin menunggu hasil post mortem PRI14 yang sedang disiapkan, tambahnya lagi.

Image may contain: text
Kenapa susah-susah berhujah berkaitan Melayu dan Islam, sedangkan kedua-dua calon yang diletakkan oleh PKR dan UMNO ialah Melayu yang beragama Islam?

Siapakah Melayu dan Islam yang dimaksudkan itu?

Apakah Pas bermaksud kerajaan Pakatan Harapan tidak mewakili Melayu dan Islam?

Sejak bila Pas begitu terikat dengan hasil post mortem sehingga tidak meletakkan calon dalam mana-mana pilihanraya?

Secara mudahnya, bukankah lebih mudah difahami jika Pas berterus-terang meminta ahli dan penyokong parti itu mengundi calon parti tertentu, baik UMNO atau PKR, berdasarkan kecenderungan serta minat Pas sendiri?

Kenapa masih perlu bersembunyi-sembunyi dan takut-takut menyatakan pendirian?

Tambahan lagi, tidakkah episod angan-angan untuk menjadi "king maker" atau pun penasihat kepada kerajaan sudah pun berakhir dengan keputusan PRU14 yang lalu? - SH
Related image
Ustad Kazim cakap la nak mintak bantuan bkn buat fitnah kata kerajaan PH halang awak ceramah. 

Hari ini kerajaan PH Negeri Perak telah meluluskan bantuan segera RM 150,000 kepada Maahad Tahfiz Negeri Al-Barakah milik Kazim.. 

Tahu tak, nak meluluskan sesuatu peruntukan yang besar ni, kena kelulusan Jemaah Exco.. di Perak hampir 50% Exconya adalah DAP, malah 18 dari 29 Adun PH di Perak dari DAP.. jadi tang mana DAP menang.. DAP perintah ni akan menindas Islam ? apa lagi nak tutup Maahad Tahfiz.. 

Teringat aku masa Perak hanya setahun perintah Perak 2008, Tok Guru Pakteh masa tu mengadu, bertahun dia mohon tanah nak besarkan kawasan pondok.. tapi tak pernah lulus bawah BN.. masa Tu Ni Nizar dan Kerajaan DAP tak sampai 6 Bulan dah luluskan pemberian lot Tanah..
Image result for Ustad Kazim nak jual tahfiz

Kat Pulau Pinang hat Negeri DAP tu pun ada Elaun khas Huffaz Quran, ada peruntukan khas Sekolah pondok, tahfiz hatta Bonus untuk guru depa termasuk guru Pasti.. Tang mana DAP perintah hat Islam akan tertindas nya? Tang mana Amanah jadi khadam DAP nya?

Ingat lagi.. Sebelum PRU 14... Kazim kempen untuk UMNO..kata dia jangan main main dgn kuasa..jangan kata 5 Tahun, 5 Jam pun belum tentu.. Ingatkan dia dah hijrah ke Uganda, rupanya do kat ipoh lahgi..

Belum pun 2 Minggu dia buat drama, Maa'had tahfiz dia dah dapat RM 150,000.. walaupun bagi aku belanja bulanan dia tak lah sebanyak tu, sebab pelajar cuma 100 orang.. cuma Kazim hebat lah buat Drama..

Tu lah.. lain kali jangan dengar fitnah kelompok takfiri dan Ustaz2 jahat dalam PAS.. fitnah tak habis2.. menakutkan orang Melayu.. tak cukup kuliah, atas mimbar khutbah depa fitnah..
Image may contain: 1 person, text

Awatnya selepas Peguam negara ni bukan Islam,ketua Hakim ni orang bukan Islam.. dah berapa Maahad tahfiz tutup ? ada azan ngan Kuliah dihalang ker ? elok jer semua...aman damai...

Tu sebab puak khawarij dna takfiri macam PAS ni jangan layan Sangat.. depa nak bayar gaji guru agama, nak bantu Sekolah Pondok.. elaun guru pondok pun dok menipu lagi..terpaksa pinjam kerajaan pusat.. lagi banyak peruntukan hal ehwal Islam kat negeri DAP danri negeri PAS kelantan..

Lain kali cermin lah diri sendiri... malulah sikit bila tengok cermin.. cuba tengok betul2 kat cermin, Korang tu layak ker dipanggil Ulama ? dipanggil ustaz.. sebab jahat sangat hari hari kerja mengfitnah. - Ipoh Mali
Image may contain: 1 person, eyeglasses and text


PRK Sungai Kandis – A Great Humiliation If UMNO/PAS Fails To Win The Malay-Majority Seat...


The Sungai Kandis constituency has 51,230 registered voters. In terms of race composition, 71.34% of the voters are Malays, 15.69% Indians and 11.75% Chinese. A by-election was triggered by the death of the assemblyman, Mat Shuhaimi Shafiei of PKR, of lymphoma cancer on July 2. The campaign has started and will end at 11.59 pm on Aug 3.

Previously, Mat Shuhaimi retained the Sungai Kandis seat (formerly known as Sri Muda) for the third term in the 14th General Election on May 9 by securing 23,998 votes to beat Kamaruzzaman Johari of the Barisan Nasional (11,518 votes), Mohd Yusof Abdullah of PAS (7,573) and Hanafiah Husin of Parti Rakyat Malaysia (76).

This is the first by-election since the old Barisan Nasional (BN) coalition government was overthrown after ruling for 61 years since independence in 1957. But this is also the most crucial by-election for BN, and to a certain extent PAS (Pan-Malaysian Islamic Party). The fact that both BN and PAS didn’t contest again shows at least they are not that dumb after all.
At least BN and PAS knew their earlier strategy of engaging in 3-cornered fights, with an intention to split the Malay-Muslims votes, was a bloody disaster. Before the disastrous May 9 general election, then-UMNO President Najib Razak and PAS President Hadi Awang thought they were very clever – and invincible – by joining forces against the opposition. 

This time, PAS has decided to give way, allowing its brother UMNO a chance to have a direct fight with PKR. And UMNO candidate, the notorious Lokman Noor Adam, should win this by-election to prove the argument that if both UMNO and PAS join forces, they can retake the federal government in the next 15th general election in 2023. 

Yes, all the BN cybertroopers, propagandists and bloggers have been having wet dreams that they will rise again, shortest in 2 years and longest in 5 years, to become the lord again. Even the neighbouring Straits Times Singapore had suggested that the defeated Barisan Nasional coalition government could rise again and make a political comeback.
Image may contain: 1 person, smiling

The argument was that only between 25%-30% of ethnic-Malay voted for the new Pakatan Harapan coalition government. Using figures from Merdeka Center, they said 35%-40% of Malays voted for BN while 30-33% supported PAS. In short, a BN-PAS partnership would get 65%-73% votes from the Malays. The Sungai Kandis will be the best experiment to prove that theory.

Thanks to negligible Chinese voters in Sungai Kandis, BN and PAS should have little trouble giving a bloody-nose to Mahathir administration. They should be able to get between 19,004 and 21,343 of Malay votes (based on 80% turnout). This means PKR can only get 7,894-10,233 Malay votes only. Without 15.69% Indians and 11.75% Chinese voters, PKR is toast.

It will be interesting to see if BN can secure at least between 19,004 and 21,343 Malay votes. That’s why they sent a racist and extremist such as Mr. Lokman to test the water in the Sungai Kandis by-election. After screaming until foaming at the mouth about Malay, Islam and Ruler losing power and dignity, Lokman, an UMNO Supreme Council member, should win.
Image result for Lokman Noor Adam – ex-Finance Ministry Strategic Communications Director
Amusingly, Lokman today insists that he is not a racist despite playing the 3R cards (racial, religion, royalty) recently. Why is he so shy about fighting for the Malay race? He should actually proudly and openly admit that he is a racist, and there is nothing wrong to fight for the Malays, as he has been crying, whining and bitching all this while. 

Heck, not only UMNO, under the leadership of President Zahid Hamidi, isn’t sure if they could secure 35%-40% of UMNO-Malay votes, they aren’t so sure that PAS could deliver the so-called 30-33% PAS-Muslim votes to the Barisan Nasional. That probably explains why Lokman dares not go full force condemning the Chinese and Indians to swing maximum Malay voters. 

As Sungai Kandis is a Malay-majority state seat, not only UMNO President Zahid and PAS President Hadi Awang should spend the entire 14 days campaigning for Lokman, the ex-PM Najib Razak should also involve, explaining and clarifying to the 72% Malays that his conscience is clear, that he is clean and that he didn’t steal any money at all.
Image result for Lokman Noor Adam – ex-Finance Ministry Strategic Communications Director
Without full commitment from PAS, it will show that Hadi Awang and his gang were only interested to enrich themselves, as proven in the audio clip where Nik Abduh, the son of former spiritual leader Nik Abdul Aziz, admitting that PAS top leaders – including himself – have accepted money from UMNO, in order to further the party’s political agenda. 

More importantly, if UMNO and PAS cannot even agree to work together and win the Malay-majority Sungai Kandis seat, they can forget about the talks and rumours about a merger between both parties. It would be game over for them, not to mention the humiliation of not being able to defeat the new Pakatan Harapan coalition. - ft

MP BN nak test power Menteri Wilayah Khalid Samad dengan soalan2 berunsur sindiran. 
Akhirnya kena batang hidung sendiri... kena perli kaw2 pula tu. 
Takda pula MP pasu bunga kumpulan 'Jebon' iniy ang berani nak test Menteri .


Zahid Janji Mahu Ikat Tan Sri Noh, Datuk Nazri dan Datuk Johan Campak Ke dalam 
Sungai Buaya Jika Gagal Tawan Selangor Pada PRU14 lepas


Image may contain: 1 person


Image may contain: 1 person, smiling, text




cheers.


Wednesday, 25 July 2018
JANJI MANIFESTO, SUDAHKAH PEMIMPIN UMNO MENCERMIN DIRI SENDIRI?

Kelompok UMNO dan BN sekarang ini begitu ghairah membangkitkan soal janji dalam manifesto pilihanraya Pakatan Harapan yang kononnya telah gagal dipenuhi.

Di mana-mana mereka bercakap mengenainya, bahkan dalam kempen pilihanraya Sungai Kandis yang sedang berjalan sekarang pun, isu menuntut janji itu turut dimainkan dengan ganas sekali.

Dikatakan, pilihanraya kecil ini harus dijadikan referendum menuntut janji-janji dalam manifesto berkenaan dan kemenangan calon BN juga dibayangkan akan meningkatkan suara desakan UMNO dan BN ke arah itu.

Kenapa UMNO dan BN terlalu sibuk dengan janji manifesto Pakatan Harapan berbanding penyokong Pakatan Harapan sendiri yang tampak lebih tenang dan boleh bersabar?

Adakah mereka memberi undi kepada Pakatan Harapan?
Hakikatnya, manifesto Pakatan Harapan terbahagi kepada dua - satu ialah berkenaan 10  perkara yang akan ditunaikan dalam tempoh 100 hari, manakala satu lagi akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Berdasarkan perkembangan semasa di mana sehingga lebih kurang 70 hari memerintah negara setakat ini, dua daripada 10 janji itu sudah pun dilaksanakan, enam sedang dalam proses perlaksanaan dan dua lagi belum dilaksanakan kerana terikat dengan halangan-halangan tertentu.

Tidakkah ini sudah merupakan sesuatu yang memberangsangkan?

Berdasarkan itu juga, secara umumnya, kerajaan baru Pakatan Harapan memang sedang berusaha keras menunaikan janji-janjinya kepada rakyat, di sebalik bebanan hutang, pembaziran, sikap suka bermewah dan kerosakan yang ditinggalkan oleh regim Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor sejak 2009 yang lalu.

Bagi janji-janji dalam manifesto Pakatan Harapan yang tarikh hayatnya selama 5 tahun sehingga tahun 2023, semua pihaknya seharusnya bersikap lebih bersabar dan tidak tergesa-gesa menuntutnya.

Kerajaan masih banyak masa lagi untuk menunaikan semua janji-janji itu dan jangan terburu-buru menuduh Pakatan Harapan gagal menunaikannya.

Begitu pun, di sebalik keghairahan UMNO dan BN siang malam bercakap membangkitkan soal janji Pakatan Harapan dalam manifesto PRU14, mereka juga tidak harus lupa lupa manifesto PRU13 lalu yang tempohnya antara 2013 hingga 2018.
Berdasarkan info grafik yang disertakan, apakah janji menurunkan harga kereta, menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan, mewujudkan persekolahan satu sesi dan sebagainya sudah ditunaikan sebelum UMNO dan BN tumbang pada 9 Mei lalu?

Jika diselak sejak berkuasa selama lebih 61 tahun, barangkali lebih banyak lagi janji-janji UMNO dan BN itu yang hanya tinggal janji saja.

Kepada pemimpin serta penyokong UMNO dan BN, cerminlah diri sendiri berkenaan manifesto PRU13 dan sejak 61 tahun berkuasa terlebih dahulu sebelum cuba mencari kesalahan kerajaan baru yang belum pun sampai 100 hari menjalankan tugasnya. 

Lagi pula, kegembiraan terbesar bagi rakyat Malaysia sekarang ialah tiada lagi Najib yang memerintah dan Rosmah yang suka bermewah. (ShahbudinHusin 25/07/2018)
Shahbudin dot com: JANJI MANIFESTO, SUDAHKAH PEMIMPIN UMNO MENCERMIN DIRI SENDIRI?

BERITA»Politik
Rabu, 25 Julai 2018 | 8:25am
Nama besar mula berkunjung ke Sungai Kandis
Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@nstp.com.my


SHAH ALAM: Hampir seminggu berkempen, nama-nama besar mula singgah ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis untuk sama-sama membantu calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Jika malam tadi menyaksikan Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar; Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir; dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berada di atas pentas sama, hari ini Barisan Nasional (BN) juga tidak ketinggalan.

Biarpun tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti, bekas presiden UMNO juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan turun padang bersama-sama memberi sokongan moral kepada calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam berucap di Ceramah Penerangan BN Pilihanraya Kecil N49 Dun Sungai Kandis di PDM Andalas 1, Taman Sri Andalas Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin (dua kiri duduk). - Foto Roslin Mat Tahir
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam dan Calon Pakatan Harapan, Zawawi Ahmad Mughni (dua kiri) bertemu di Pasar Malam Taman Sri Andalas ketika berkempen untuk Pilihanraya Kecil N49 Dun Sungai Kandis. - Foto Roslin Mat Tahir

Najib dijadualkan memulakan siri lawatan bersama calon jam 8.30 pagi dengan bersarapan di Command Center BN bersama-sama Lokman sebelum melawat ke 10 rumah pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kandis.

Beliau juga dijadualkan makan tengah hari di rumah Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari yang pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebelum solat di Masjid Al-Muhsinin, Kampung Sungai Kandis.

Pada masa sama, calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni pula dikatakan mula keluar dari kawasan Jalan Kebun untuk berkempen di lokasi lain dalam DUN Sungai Kandis.

Memulakan kempen dengan bersarapan bersama-sama pengundi, Mohd Zawawi akan hadir pada sidang media harian di Bilik Gerakan Utama bagi menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan.

PRK Sungai Kandis diadakan selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pertembungan tiga penjuru itu turut membabitkan calon Bebas, K Murthy.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar ketika berucap di majlis ceramah Pilihan Raya kecil N49 di Taman Andalas, Klang. - Foto Syarafiq Abd Samad

Pada PRU-14, DUN Sungai Kandis menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan Mat Shuhaimi mempertahankan kerusinya apabila mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari; calon PAS, Mohd Yusof Abdullah; dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin.

Mat Shuhaimi meraih 23,998 undi dengan majoriti 12,480 undi, mengalahkan Kamaruzzaman (11,518 undi), Mohd Yusof (7,573 undi) dan Hanafiah (76 undi).
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/453483/nama-besar-mula-berkunjung-ke-sungai-kandis 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (kanan) bersama peguam, Zulhazmi Shariff (tengah) pada Sidang Media berkaitan saman fitnah di Perkarangan Lobi Kompleks Mahkamah Alor Setar. - Foto Sharul Hafiz Zam

ALOR SETAR: Kes saman fitnah dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Datuk Phahrolzi Mohd Zawawi terhadap pesara tentera, Ramli A Rahman diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini. 

Ia berikutan Ramli yang juga ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersetuju membuat permohonan maaf yang direkodkan di hadapan Hakim Nabishah Ibrahim dan disaksikan peguam Zulhazmi Shariff mewakili Phahrolzi serta Muhamad Samsul Nizam Sohhimi mewakili Ramli.

Dalam pernyataan maaf yang dibacakan itu, Ramli menyatakan kesal dengan status yang dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) miliknya bertarikh 7 Mac 2018 yang merujuk kepada Phahrolzi. 

Zulhazmi berkata, kes saman fitnah itu mencapai persetujuan apabila pihak defendan bersetuju menarik balik artikel dan membuat permohonan maaf. 

Menurutnya, persetujuan dan permohonan maaf yang direkodkan penghakiman itu menyelesaikan kes tuntutan plantif. 

"Saman fitnah yang dibuat pada 18 April lalu membabitkan tuntutan awal RM200,000, membuat permohonan maaf di FB dan media serta menarik balik status di FB. 

"Bagaimanapun untuk tujuan penyelesaian selepas berunding, Datuk (Phahrolzi) menarik balik tuntutan awal dan hanya meminta defendan membuat permohonan maaf kepada media dan menarik balik status di muat naik di FB," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Alor Setar, di sini, hari ini. 

Bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu Ramli tidak dapat hadir sebaliknya Muhamad Samsul Nizam mewakilinya ketika permohonan maaf dibacakan Zulhazmi di hadapan media. 

Zulhazmi berkata, Ramli memuat naik status dengan paparan aplikasi WhatsApp yang menyatakan daripada Phahrolzi berkaitan pertikaian dalam politik sebelum Pilihan Raya Umum (PRU). 

"Bagi pihak plantif dengan permohonan maaf itu ia tidak perlu dipanjangkan lagi dan Datuk (Phahrolzi) berbesar hati untuk terus memberi khidmat kepada rakyat," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/453131/kes-saman-fitnah-phahrolzi-selesai-secara-baik

BERITA»Politik
Rabu, 25 Julai 2018 | 9:31am
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi PRK N49 DUN Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni (dua, kanan) semasa berkempen di Pasar Malam Taman Sri Andalas. - Foto BERNAMA

Ikrar calon PKR bukan retorik
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Faliq Lajim cnews@nstp.com.my

SHAH ALAM: Ikrar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, untuk membendung gejala sosial jika dipilih sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan, bukan sekadar retorik.

Mohd Zawawi yang lebih dikenali sebagai Ustaz Zawawi, bersama isterinya, Hazlina Abd Razak, sudah pun mengasaskan Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah (DARWA), di Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini sejak 2008.


DARWA bukan saja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi juga diiktiraf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam membantu memulihkan golongan wanita bermasalah.

Hazlina berkata, sejak rumah perlindungan itu beroperasi, lebih 300 wanita seawal usia 14 hingga 40 tahun, dilindungi dan dibantu untuk meneruskan kehidupan selepas terjebak ke dalam kancah gejala sosial serta kegiatan tidak bermoral.

"Rumah perlindungan ini mampu menempatkan 25 wanita dalam satu masa dan mereka dihantar ke sini untuk menjalani proses pemulihan berlandaskan modul pengisian agama Islam selain diajar kemahiran.

"Kebanyakan mereka yang ditempatkan di sini terdiri daripada gadis yang terlanjur sehingga melahirkan anak serta mereka yang terbabit dalam gejala sosial lain termasuk penyalahgunaan dadah," katanya kepada NSTP.

Mengulas lanjut, beliau berkata pengurusan rumah perlindungan wanita perlu tegas menjalankan usaha pemulihan jika tidak mahu niat murni itu menjadi fitnah kepada masyarakat.

Katanya, rumah perlindungan perlu bersikap memilih, menetapkan peraturan tegas dan mempunyai modul yang komprehensif supaya dapat mencapai matlamat penubuhannya untuk membantu wanita menyelesaikan masalah dan membina kehidupan lebih baik.

"Rumah perlindungan perlu memastikan hanya mereka yang benar-benar ingin dibantu serta bersedia mengikut peraturan ditetapkan sepanjang proses pemulihan dan mendapat sokongan ibu bapa diterima berlindung di sana.

"Kita tidak mahu rumah perlindungan hanya menjadi tempat wanita dan keluarga melarikan diri daripada aib. Jika tidak, rumah perlindungan akan menjadi fitnah kepada masyarakat seolah-olah benarlah ia tempat untuk melahirkan anak saja," katanya.

PRK Sungai Kandis diadakan selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pertembungan tiga penjuru pada 4 Ogos itu turut membabitkan calon Barisan Nasional, Datuk Lokman Noor Adam, dan calon Bebas, K Murthy.

Pada PRU-14, DUN Sungai Kandis menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan Mat Shuhaimi mempertahankan kerusinya apabila mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari; calon PAS, Mohd Yusof Abdullah; dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin.

Mat Shuhaimi meraih 23,998 undi dengan majoriti 12,480 undi, mengalahkan Kamaruzzaman (11,518 undi), Mohd Yusof (7,573 undi) dan Hanafiah (76 undi).
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/07/453499/ikrar-calon-pkr-bukan-retorik

BISNES»Lain-lain (Bisnes)
Rabu, 25 Julai 2018 | 10:17am
Laman sesawang DekaBank di https://www.deka.de/deka-group/about-us

KWSP beli tiga gudang di Jerman
Oleh Kamarulzaidi Kamis kamarulzaidi@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus mengembangkan segmen pelaburan hartanah luar negara khususnya di Eropah dengan yang terbaharu adalah pembelian tiga gudang di Jerman.

Pembelian berkenaan dibuat menerusi KWASA Goodman Germany, iaitu syarikat pelaburan bersama antara pengurus dana pencen itu dengan kumpulan hartanah bersepadu global, Goodman Group.

DekaBank, sebuah bank terkemuka Jerman, dalam satu kenyataan menerusi laman webnya berkata, pihaknya memenuhi urus niaga itu menerusi pemberian pembiayaan bernilai 117.3 juta euro (RM558.21 juta) kepada KWASA Goodman Germany.

Ketua Pembiayaan Hartanah Deka Bank, Amar Latif, berkata pembiayaan berkenaan menggambarkan keupayaan bank berkenaan untuk mengatur dan menerbitkan pinjaman berjumlah besar kepada firma hartanah berpengalaman untuk membeli hartanah premium di negara itu.

"Kami meninjau untuk mengembangkan hubungan sedia ada dengan Goodman di Jerman dan menjangkakan, untuk berunding lebih lanjut mengenai urus niaga seperti ini di dalam pasaran," katanya.

Bank berkenaan berkata, urus niaga itu membabitkan pembelian sebuah hartanah logistik moden di Ergolding, Bavaria, yang akan disewa sepenuhnya kepada syarikat automotif terkemuka Jerman, BMW, sehingga tahun 2032.

Sementara itu dua lagi kemudahan logistik adalah terletak di Marl, North Rhine-Westphalia yang akan dipajak bagi tempoh jangka panjang kepada Metro Group. Dengan penyewaan dua kemudahan itu, Metro Group memiliki ruang logistik terbesar di Eropah dengan keluasan 235,000 meter persegi.

Difahamkan KWSP ketika ini meneruskan rancangan pengembangan pelaburan dalam hartanah di rantau Eropah, dalam usaha memaksimumkan pulangan.

Selain memiliki beberapa bangunan mewah di London, pada September tahun lalu, KWSP dilaporkan membeli dua aset logistik di Belanda dengan anggaran harga antara 95 juta pound (RM476.27 juta) hingga 100 juta pound (RM501.34 juta).

Turut menjadi sasaran pelaburan KWSP dalam hartanah adalah di Poland, apabila ia dilaporkan membeli bangunan pusat beli-belah terkemuka di negara itu yang dikenali sebagai Galeria Katowicka pada Mac lalu.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/07/453510/kwsp-beli-tiga-gudang-di-jerman

BISNES»Korporat
Rabu, 25 Julai 2018 | 10:23am
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, Datuk Ahmad Nazim Rahman. - Foto Saddam Yusoff

CEO Pelaburan Mara dilapor letak jawatan
Oleh Farah Adilla bhbiz@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara Bhd, Datuk Ahmad Nazim Rahman telah meletakkan jawatan daripada firma pelaburan dan pengurusan aset milik kerajaan itu, demikian menurut sumber.

Beliau yang menyertai firma itu pada Julai 2013, telah mengemukakan peletakan jawatannya pada Mei dan kini memenuhi notis empat bulannya.

Difahamkan Nazim meletakkan jawatan untuk melaksanakan peluang lain.

Bagaimanapun, peletakan jawatannya itu tidak diluluskan oleh Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf.

"Azhar berpendapat bahawa bukan masa yang sesuai untuk Nazim pergi, selepas perubahan dalam kerajaan. Kami percaya bahawa Azhar telah meminta Nazim untuk menimbang semula dan menarik balik peletakan jawatannya," kata sumber itu.

Nazim enggan mengulas apabila dihubungi.

Mara adalah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk memberi bantuan dan sokongan kepada orang Melayu dan pribumi lain dalam bidang pembangunan ekonomi dan sosial.

Ia memiliki PMB serta Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) yang pada awal 2013 dilaporkan membelanjakan berjuta-juta untuk membeli hartanah di Melbourne pada harga yang tinggi.

Menurut laporan, Mara Inc membayar AS$22.5 juta, melebihi harga jualan semula AS$17.8 juta untuk bangunan lima tingkat dengan keluasan 30,279 kaki persegi yang dikenali sebagai Dudley International House.

Perbezaan harga jualan yang tinggi dipercayai sebagai rasuah.

Dokumen Mahkamah Australia bertarikh 15 Oktober 2014, mendakwa bahawa Nazim memainkan peranan dalam urus niaga hartanah menerusi tiga syarikat yang didakwa terbabit dalam perjanjian itu iaitu Optimus Capital Group Companies Sdn Bhd, Leuven Capital Sdn Bhd dan TRR Heritage Sdn Bhd.

Nazim menafikan sebarang kesalahan.

Lebih 20 saksi dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan ke atas skandal itu sejak ia mula berlaku pada 2015.

Dua bekas pegawai kanan Mara Inc dan pengarah syarikat juga ditahan reman selama seminggu pada 2016 untuk membuat kenyataan direkodkan.

Siasatan terhadap kes itu masih berjalan, walaupun tiada siapa yang telah didakwa setakat ini.

Sementara itu, pemergian Nazim menjejaki lebih lima pegawai tertinggi beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melepaskan jawatan mereka dalam tempoh dua bulan lalu selepas kekalahan mengejutkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini memberi amaran bahawa masa sudah berlalu bagi eksekutif tertinggi di GLC Malaysia memperoleh gaji yang besar tanpa mengira prestasi syarikat.

Beliau juga menyelar GLC kerana menggaji "bukan profesional" yang "tidak biasa dengan perniagaan" untuk jawatan penting.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/07/453512/ceo-pelaburan-mara-dilapor-letak-jawatan








Tiada ulasan: