Selasa, 17 Julai 2018

Supaya mati tidak sia-sia (bila mati bukan kerana Allah.) 7881 .


Antaranya:
Demi Parti...
Demi Negara...
Demi Bangsa...

Niatkanlah kerana Allah. In Syaa Allah menjadi mati yang tidak sia-sia.


Harrier Jump Jet
Largest Dams
Diterbitkan pada 24 Mac 2018
The Harrier, informally referred to as the Jump Jet, is a family of military jet aircraft capable of vertical/short takeoff and landing (V/STOL) operations. 

The Harrier was developed in Britain to operate from ad-hoc facilities such as car parks or forest clearings, avoiding the need for large air bases vulnerable to tactical nuclear weapons. 

Later the design was adapted for use from aircraft carriers. The Harrier is also distinct as being of modern era, yet subsonic, contrasting with most of the major Western post–World War II–era attack aircraft, which tend to be supersonic.

Tuesday, July 17, 2018
Kerajaan HARAPAN guna RM1.384 bilion subsidi harga minyak
Posted By: Pentadbiron: July 17, 2018
Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM1.384 bilion antara 10 Mei hingga 16 Julai untuk menstabilkan harga petrol RON95, kata naib presiden PKR Rafizi Ramli hari ini.
Kerajaan HARAPAN guna RM1.384 bilion subsidi harga minyak
Menulis di blognya, beliau berkata ini bermakna subsidi yang diberikan adalah antara 17 sen hingga 30 sen per liter bagi mengekalkan harga RM2.20 seliter.

Jika tidak, katanya lagi, harga mingguan bagi RON95 akan meningkat untuk enam minggu dan jatuh lima minggu sejak PRU ke-14 pada 9 Mei lalu, dengan harga boleh mencecah setinggi RM2.50 seliter.

Menggunakan data yang dapat diperoleh secara awam, beliau menganggarkan harga minggu ini tanpa subsidi adalah RM2.44 seliter.

Beliau berkata hasil kerajaan juga meningkat sebanyak RM1.77 bilion pada tempoh sama, iaitu sejak 67 hari diambil alih Pakatan Harapan (HARAPAN).

Ini ekoran kenaikan harga minyak mentah kepada lebih AS$50 setong – harga yang digunakan untuk merangka Bajet 2018, yang membawa kepada peningkatan royalti, cukai, duti dan kutipan lain.
Harga minyak mentah Brent semasa adalah AS$73.10 setong.

Rafizi berkata, ini bermakna 78 peratus daripada lebihan perolehan kerajaan daripada kenaikan harga minyak mentah telah dikembalikan kepada rakyat.

“Saya berpuas hati kerana pentadbiran HARAPAN kekal dengan dasar ekonomi pro-rakyat yang telah kami bawa sejak dulu,” katanya lagi.

Beliau berkata, tujuannya menulis soal itu di blognya kerana penyokong Umno dan PAS sentiasa menggesanya menghentam kerajaan kerana menurut mereka gagal menunaikan janji menurunkan harga petrol.

“Saya ingat pemimpin Umno dan PAS akan menutup mulut kerana mereka tahu prestasi HARAPAN dalam menstabilkan harga petrol adalah lebih baik daripada jangkaan mereka.

“Masalahnya tidak mudah untuk menyekolahkan penyokong Umno dan PAS yang obses dengan janji manifesto dalam bayangan mereka,” katanya lagi.

Beliau juga menyuarakan kehairanannya kerana gesaan itu – untuknya menegur kerajaan – seperti menandakan parti pembangkang tidak yakin dengan kebolehan sendiri untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, July 17, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: KERAJAAN HARAPAN GUNA RM1.384 BILION SUBSIDI HARGA MINYAK


Tuesday, July 17, 2018
Keluar Dewan sandiwara pembangkang – Tun M
Posted By: Pentadbiron: July 17, 2018
Isu berhubung pelantikan Yang DiPertua Dewan Rakyat yang baharu tidak harus timbul memandangkan surat pelantikan sudah ditandatangani pada tarikh yang sepatutnya.

“Tiada back dated. Surat sudah disediakan lebih awal dan apabila saya menandatanganinya, baru diletakkan tarikh,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah juga telah memaklumkan Dewan bahawa surat pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof telah diterima bertarikh 2 Julai.

Sebelum itu pihak pembangkang telah menegaskan bahawa proses pelantikan Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 4(1).
“Terdapat tiga elemen dalam pelantikan Speaker iaitu calon itu sedia menerima pencalonan, diberitahu secara bertulis kepada Setiausaha Dewan dan tidak kurang dari 14 hari dari tarikh persidangan, iaitu pada 2 Julai 2018,” kata Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung Pas.
Keluar Dewan sandiwara pembangkang - Tun M
Beliau yang memetik beberapa laporan media menegaskan bahawa pencalonan nama Mohamad Ariff sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat hanya diputuskan pada Ahad.

Sementara itu, apabila ditanya tentang tindakan pembangkang untuk keluar Dewan, Tun Dr Mahathir hanya melabelkan tindakan tersebut sebagai sandiwara.

“Ini adalah sandiwara. Pertama kali, bekas Perdana Menteri keluar dari Dewan, baru dia tahu apa maknanya bila orang (Ahli Parlimen) keluar dewan,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat hari ini seperti dilapor Astroawani.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, July 17, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: KELUAR DEWAN SANDIWARA PEMBANGKANG – TUN M

Tuesday, July 17, 2018
Lebih banyak barangan akan dikecualikan SST
Pada 17 Julai 2018 Oleh RoketKini
Rakyat diminta tidak keliru dengan propaganda yang dimainkan pihak tertentu apabila mendakwa kerajaan akan mengutip 16 peratus daripada pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming berkata dua kategori iaitu jualan dan perkhidmatan adalah berbeza dan tidak bercampur.

“Ada banyak yang keliru mengenai SST, di mana cukai jualan adalah 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus.

“Sebenarnya kedua-dua cukai itu mempunyai perbezaannya. Cukai Jualan hanya akan dikenakan ke atas produk yang dibuat di kilang sementara Cukai Perkhidmatan hanya dikenakan untuk perkhidmatan.

“Jadi, kita tidak boleh mencampurkannya menjadi 16 peratus,” katanya kepada  media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bangi itu turut menjelaskan wujudnya perbezaan ketara antara cukai SST dan cukai GST enam peratus yang pernah dilaksanakan kerajaan terdahulu.

Melalui cukai GST ujarnya, kerajaan menjana pendapatan sekitar RM42 bilion setahun manakala melalui pelaksanaan cukai SST, kerajaan hanya dijangka mengutip sebanyak RM21 bilion.

“Saya fikir ini akan memberi manfaat kepada rakyat kerana (perbezaan) dikembalikan kepada rakyat,” katanya.

Tambah Kian Ming, kesan keseluruhan pelaksanaan cukai SST bakal menjadikan kos sara hidup lebih rendah kerana terdapat banyak barangan yang sebelum ini dikenakan cukai di bawah sistem GST akan dikecualikan di bawah SST.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, July 17, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Lebih banyak barangan akan dikecualikan SST

BERITA»Nasional
Selasa, 17 Julai 2018 | 7:14pm
Tragedi MH17, 'misi berani mati'
Oleh Hardi Effendi Yaacob hardi@nstp.com.my
Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) merangkap Ketua Perunding The Dozen Malaysian, Leftenan Kolonel Mohd Sakri Hussin. - Foto Asyraf Hamzah
KUCHING: Memasuki zon perang dengan 'tangan kosong', tanpa sebarang senjata api bagi melindungi keselamatan diri antara pengalaman getir terpaksa ditempuh Ketua Perunding The Dozen Person, Kolonel Mohd Sakri Hussin, dalam penugasan MH17.

Kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Penyelaras Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pengalaman itu terpahat kukuh dalam ingatannya walaupun selepas empat tahun sejarah hitam itu berlalu.

"Biarpun nyawa jadi taruhan, amanah ini harus diselesaikan demi negara kita. Itu yang saya ingatkan diri saya, begitu juga 11 lagi anggota dalam kumpulan ini.

"Kami masuk 'kosong'... hanya berbekalkan sedikit wang (sewa kereta), makanan dan ubatan bagi melaksanakan operasi penyamaran ini, dengan misi utama memastikan kotak hitam dan perakam suara MH17, begitu juga mayat penumpang serta anak kapal dibawa keluar dengan selamat dari 'ground zero', katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Berpengalaman 38 tahun dalam bidang ketenteraan dan keselamatan, selain misi kemanusiaan, mencari dan menyelamat (SAR) serta konflik antarabangsa, operasi itu cukup mencabar kerana wujud banyak pihak berkepentingan yang berkehendakkan bahan bukti berkenaan.

"Dugaannya bukan calang-calang, lebih-lebih kita berada di zon perang.... 'cold war', malah pengalaman itu lebih 'hebat' dari penugasan saya pada era insurgensi, begitu juga operasi pengaman yang pernah saya sertai bersama Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), misi kemanusiaan atau bencana lain.

"Bayangkan, 10 'checkpoint' terpaksa kami tempuh sepanjang perjalanan ke Donetsk (Timur Ukraine), dengan setiap 'checkpoint' ada pelbagai karenahnya, selain pergerakan kami diekori. Lebih mencabar kerana sepanjang operasi ini, kita tidak tahu siapa kawan, siapa musuh, yang memerlukan kita berwaspada sepanjang masa," katanya.

Malah, sepanjang perjalanan ke wilayah bergolak itu, yang dikuasai Kumpulan Pemisah Donetsk (DSG), Sakri sentiasa mengingatkan 11 anggotanya supaya terus berpuasa dan tidak berhenti berdoa supaya dilindungi Allah.

"Bagi saya, segala dugaan itu adalah ujian Allah terhadap keimanan kita. Kita usahakan yang terbaik, selebihnya serahkan kepada Allah," katanya.

Disifatkan sebagai misi berani mati, keupayaan The Dozen Person menyelesaikan proses rundingan dalam tempoh 24 jam, tiga hari selepas pesawat itu ditembak jatuh, mengagumkan masyarakat antarabangsa.

Malah, rundingan diselesaikan tanpa sebarang syarat ditetapkan oleh pemimpin pemisah, Alexander Borodai, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk (DPR).

Selain Sakri yang ketika itu bertugas dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), The Dozen Person turut dianggotai pakar komunikasi, doktor perubatan, pakar patologi dan pengecaman mangsa bencana (DVI), jurubahasa tentera, pegawai Pasukan Khas Penyelamat dan Bencana Malaysia (SMART) serta anggota komando sebagai langkah keselamatan.

"Dalam perjalanan keluar dari 'ground zero', kami turut berdepan pelbagai insiden menggerunkan, termasuk cubaan melarikan bahan bukti itu.

Ketika itulah, saya mengingatkan pegawai komando dalam kumpulan kami supaya melindungi keselamatan bahan bukti itu walaupun terpaksa menggunakan nyawa mereka. Alhamdulillah, semuanya selamat," katanya.

Sementara itu, Sakri mempertikaikan mengapa sehingga kini maklumat terkandung dalam dua komponen berkenaan tidak didedahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa diketuai Denmark, termasuk justifikasi terperinci bagaimana pesawat itu ditembak.

"Tiada hasil siasatan menyeluruh berhubung kes ini, kecuali sekadar menuding jari kepada pihak tertentu. Tiada justifikasi terperinci bagaimana pesawat itu ditembak dan pihak mana yang bertanggungjawab, sekali gus menyebabkan kita masih tertanya-tanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450412/tragedi-mh17-misi-berani-mati

BERITA»Nasional
Selasa, 17 Julai 2018 | 7:04pm
5 angkat sumpah sebagai menteri, timbalan menteri
KUALA LUMPUR: Lima senator hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil itu didahului Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) Senator P Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).

Waytha Moorthy kemudian menerima surat cara pelantikan dan melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Turut menyaksikan istiadat itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Empat lagi senator yang mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri didahului Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang, Senator Marzuki Yahya sebagai Timbalan Menteri Luar dan Ketua PPBM Bahagian Ketereh, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Dua lagi senator yang mengangkat sumpah ialah Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Ching Tong, sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Terdahulu, lima senator berkenaan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

Sebelum ini pada 2 Julai, 13 menteri mengangkat sumpah menjadikan keseluruhan 27 menteri dalam kabinet Dr Mahathir, menyusuli 13 menteri terdahulu yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada 21 Mei lalu.

Pada 10 Mei lalu, Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional.

Kemudian pada 21 Mei, Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, mendahului 13 lagi anggota Kabinet mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia masing-masing. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450397/5-angkat-sumpah-sebagai-menteri-timbalan-menteri

BERITA»Nasional
Selasa, 17 Julai 2018 | 7:10pm

Cari Kata Kunci

Akaun peribadi Najib tak lagi dibekukan
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my
NAJIB Razak
KUALA LUMPUR: Akaun perbankan milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi dibekukan pihak berkuasa selepas mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber SPRM berkata, penarikan pembekuan itu dibuat sejak semalam lagi selepas mendapati ia juga tidak berkait dengan siasatan terhadap anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd (SRC).

"Betul, sejak semalam lagi, akaun peribadi milik Najib sudah tidak lagi dibekukan pihak berkuasa kerana siasatan mendapati, ia tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB atau SRC," katanya, ketika dihubungi hari ini.

Ditanya sama ada penarikan pembekuan itu turut membabitkan akaun lain termasuk milik anak Najib, sumber berkenaan berkata, tidak mempunyai maklumat mengenainya namun tidak menolak kemungkinan pembekuan beberapa lagi akaun lain juga sudah ditarik balik.

"Tidak pasti mengenai akaun lain itu, mungkin ada tapi tiada maklumat mengenainya, namun yang pasti, ada banyak akaun lain yang masih dibekukan dan sedang disiasat," katanya.

Pada 2 Julai lalu, SPRM mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 408 akaun bank membabitkan dana RM1.1 bilion dibekukan SPRM.

Pembekuan akaun bank itu turut membabitkan 81 individu serta 55 syarikat dan dilakukan pada 26 dan 29 Jun lalu.

Kesemua akaun dibekukan itu dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna dana 1MDB membabitkan kira-kira 900 transaksi yang dibuat antara Mac 2011 hingga September 2015.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450406/akaun-peribadi-najib-tak-lagi-dibekukan

Tuesday, July 17, 2018
GAMBAR YANG MERAGUKAN ATAU DI EDIT??? PEMERHATI MANA PULAK SEWAKTU PERLANTIKAN SENATOR TADI...
Image may contain: 7 people, people sitting and indoor

Image may contain: 9 people, indoor

Image may contain: 2 people

Image may contain: 1 person

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, July 17, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: GAMBAR YANG MERAGUKAN ATAU DI EDIT??? PEMERHATI MANA PULAK SEWAKTU PERLANTIKAN SENATOR TADI ...

Image may contain: 7 people, people sitting and indoorImage may contain: 9 people, indoorImage may contain: 2 peopleImage may contain: 1 person

17 JULY 2018
Kelibat Lelaki Misteri Di Dewan Negara Cetus Tanda Tanya
 
Jika semalam, Dewan Parlimen digamatkan dengan tindakan blok pembangkang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat protes dan keluar beramai-ramai daripada Dewan Rakyat ketika proses angkat sumpah ahli parlimen, hari ini persidangan Dewan Negara juga turut menyajikan kisah yang tersendiri, tetapi lebih misteri.
Ia bermula apabila daripada beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di laman rasmi Twitter miliknya. Hasil dua daripada tiga keping gambar yang dikongsi beliau pantas menarik perharian netizen yang tertanya-tanya dengan sosok lelaki misteri yang terakam di dalam gambar yang sama.
Imej lelaki misteri tersebut dilihat berada di belakang salah seorang lelaki. Namun berdasarkan gambar tersebut, kami mendapati hanya bahagian kepala lelaki misteri tersebut sahaja yang kelihatan.
Tweet itu pada asalnya dimuat naik oleh beliau sebagai ucapan tahniah kepada semua senator-senator lantikan baru yang mengangkat sumpah di Dewan Negara.

”Tahniah kepada semua senator-senator lantikan baharu yang mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara hari ini. Selamat menjalankan tugas untuk rakyat dan negara!,” katanya.

Namun yang nyata, netizen lebih memberi tumpuan terhadap imej lelaki misteri tersebut berbanding menyambut keterujaan yang hendak dikongsikan oleh KSU tersebut.

”Siapa belakang tu Tan Sri,” soal seorang netizen.
Namun ada juga beberapa orang netizen tampil dengan beberapa jawapan antaranya menyatakan bahawa lelaki misteri tersebut mungkin tetamu senator dalam majlis tersebut.

”Itu tetamu senator,” kata seorang netizen yang lain.

Dicatat Oleh Jeebond BLM
Bloglist Malaysia: Kelibat Lelaki Misteri Di Dewan Negara Cetus Tanda Tanya

BERITA»Nasional
Selasa, 17 Julai 2018 | 8:41pm
Titah ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena WCIT Ke-5 2018
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pada Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam (WCIT) 2018 di Casuarina@Meru Ipoh. - Foto Abdullah Yusof
BETA berbesar hati mengalukan kedatangan semua di Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam Kali ke-5 (WCIT) 2018.

Seperti biasa, Beta saya gembira berada di sini dan dapat memberikan sepatah dua kata di persidangan yang dianjurkan oleh Universiti yang membawa nama Ayah Beta, Sultan Perak Ke-34, Al-Marhum Sultan Azlan Shah.

Ini adalah sebuah institusi yang sangat dekat di hati Beta dan kembali semula ke sini untuk satu lagi persidangan antarabangsa yang berprestij, Beta gembira malah bangga, melihat universiti Islam ini Jami'ah Azlaniyah, berkembang maju dalam konteks global yang semakin berkembang.

Dengan berlangsungnya Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam untuk kali ke-lima ini, Beta perlu memuji usaha pihak penganjur terhadap pilihan tema, yang buat julung kalinya, positif, proaktif dan memberi peringatan.

Persidangan ini menghimpunkan pemikir terbaik dunia, penceramah dan cendekiawan untuk memikirkan mengenai cabaran penting dalam 'menjamin masa depan' dan berkongsi idea mengenai strategi aktif dan praktikal untuk melakukannya.

Ungkapan 'menjamin masa depan' mengingatkan kita bahawa masa depan adalah tanpa dapat disangkal, tidak terjamin.

Dunia kini dilanda krisis yang semakin berkembang Pemanasan global, pencemaran memberikan ancaman yang pasti dan benar kepada bumi, bukan hanya tumbuhan malah hidupan liar, malah, terutamanya kepada kelangsungan manusia.

Kemiskinan dan ketidakstabilan kewangan turut membinasakan kehidupan masyarakat di serata dunia, di mana lebih 780 juta individu seluruh dunia menyara hidup dengan hanya AS$1.90 sehari.

Hampir setiap hari, kita mendengar berita mengenai perbalahan antara negara dan individu, sehingga data yang dikumpul oleh Forum Ekonomi Dunia menyatakan setiap tiga saat sekurang-kurangnya seorang individu dipindahkan daripada rumah mereka disebabkan perang dan penindasan.

Sehingga akhir 2016, jumlah mereka yang dipindahkan oleh konflik di seluruh dunia adalah lebih besar daripada populasi seluruh United Kingdom. Sememangnya, berdasarkan perspektif ini, masa depan itu jauh daripada terjamin.

Walaupun Beta memberikan ucapan pembukaan dengan nada yang serius, Beta berada di sini hari ini dengan membawa mesej yang penuh positif dan harapan serta memanggil untuk sebuah tindakan. Beta berada di sini untuk memberitahu anda, untuk memberi dorongan supaya percaya bahawa 'masa depan adalah milik kita'.

Masa depan itu adalah hak kita untuk dijaga dan dibentuk, dan milik kita, Beta harap, untuk dinikmati. 'Masa depan adalah milik kita'. Pendek dan mudah, namun memberikan banyak persoalan, apakah yang dimaksudkan dengan 'kita' dan kepada siapa, Beta menyarankan, masa depan milik siapa?

Sebagai orang Islam, dengan menyatakan 'masa depan adalah milik kita', Beta percaya bahawa banyak yang dapat ditawarkan oleh Islam kepada dunia dalam menangani cabaran terbesar di masa depan untuk manusia, terutamanya dalam isu ekonomi dan alam sekitar.

Sebelum ini Beta pernah menyentuh isu kemiskinan dan ketidakstabilan politik dalam skala global dan lebih besar. Rata-rata mengakui, sebagai contoh, perbankan Islam bertahan lebih baik ketika krisis kewangan pada 2007-2008, berbanding perbankan lain, berdasarkan laporan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Ini adalah penanda bahawa model kewangan Islam memberi sumbangan besar kepada sektor perbankan dunia secara menyeluruh, sekali gus memberikan kestabilan dan jaminan ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi masa depan.

Selain memberikan harapan demi kestabilan ekonomi di masa hadapan, Kewangan Islam mungkin turut menyimpan jawapan dalam menangani masalah serius iaitu kemiskinan yang meluas.

Melalui institusi kewangan sosial, zakat, wakaf dan sedekah, Islam menanamkan sifat memberi di akar umbi dan tidak dapat disangkal bahawa mekanisma ini dapat menggerakkan bantuan kemiskinan kepada ramai individu, sama ada orang Islam atau bukan di seluruh dunia.

Potensi besar bon sukuk untuk menjana kekayaan bagi kebaikan semua dan setiap individu. Walaupun sukuk adalah pelaburan berlandaskan syariah, beberapa pelaburan berlandaskan tanggungjawab sosial atau SRI Sukuk turut dirangka dalam tempoh beberapa tahun ini bertujuan mengumpul wang untuk membiayai projek yang memberi manfaat sosial kepada semua.

Sebagai contoh, Gavi, The Vaccine Alliance, yang melancarkan sukuk antarabangsa pertama dalam tahun pertamanya untuk membantu membiayai program imunisasi di beberapa negara termiskin dunia.

Beta juga berbesar hati, memaklumkan bahawa sukuk Khazanah adalah contoh SRI-sukuk, yang membantu membiayai sekolah dan pendidikan di Malaysia.

Beta dengan ikhlas berharap lebih banyak sukuk digunakan untuk usaha tanggungjawab sosial di masa hadapan dan dengan peningkatan sukuk, terutama dengan penyebaran di United Kingdom dan Afrika Selatan, kemungkinan harapan ini dapat direalisasikan.

Bon sukuk muncul sebagai pilihan pelaburan yang popular dan beretika, malah ini adalah sumbangan Islam masa depan ekonomi dan kebajikan manusia dalam skala global.

Perbincangan sukuk ini, membawa Beta kepada bidang lain di mana Beta percaya Islam memainkan peranan penting dalam menjamin masa depan dunia iaitu memelihara dan menjaga persekitaran semula jadi.

Selain bon SRI sukuk, beberapa tahun ini Beta turut menyaksikan kemunculan sukuk 'hijau' dan Beta sangat berbesar hati dapat memaklumkan bahawa Malaysia adalah pembawa perubahan dalam mempromosi bid'ah hasanah, dalam hal ini.

Tahun lalu, pada 2017, Malaysia melancarkan sukuk hijau pertama dunia sebagai kerjasama antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Keselamatan, bersama dengan Bank Dunia.

Hasil daripada sukuk ini akan membiayai projek yang membawa manfaat kepada alam sekitar antaranya pembangunan sumber tenaga boleh baharu di Malaysia.

Namun, masih banyak yang perlu dilakukan dalam menangani masalah perubahan iklim yang semakin berkembang. Ini selaras dengan falsafah Islam yang menjadikan anak Adam sebagai khalifah Allah, sebagai penjaga bumi.

Allah mengingatkan kita mengenai anugerah yang diberikan Allah di dalam al-Quran dengan menyatakan 'kami menjadikan kamu sebagai khalifah di muka bumi'.... Dengan anugerah yang diberikan Allah ini, kita diamanahkan dengan tanggungjawab yang besar.

Sekarang ini, manusia melakukan kemusnahan, tidak menjaga bumi dan akhirnya merosakkan masa depan. Pencemaran karbon dioksida, yang terhasil daripada pembakaran bahan api, mengakibatkan peningkatan suhu global secara mendadak, sekali gus menyebabkan kecairan glasier dan litupan ais dan peningkatan paras laut secara ketara.

Untuk memberikan gambaran ketara di mana krisis sedang membangun, para pengkaji menjangkakan glasier di utara dan tengah Himalaya akan lesap sepenuhnya menjelang 2035. Ini adalah penunjuk ketara di mata kita harus bertindak sekiranya mahu menangani masalah pemanasan global.

Perubahan iklim dan aktiviti manusia seperti penebangan hutan turut memberikan kesan buruk kepada biodiversiti dunia, sekali gus membawa kepada kepupusan hidupan lain yang berkongsi bumi ini. Menurut, Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), kepupusan spesies adalah antara 1,000 dan 10,000 kali lebih tinggi daripada kadar kepupusan semula jadi.

Kehilangan sesuatu spesis yang boleh dielakkan adalah kehilangan besar untuk masa depan. Setiap orang Islam diberikan tanggungjawab oleh Allah untuk memutar kembali atau sekurang-kurangnya menghentikan kerosakan alam sekitar.

Masa depan bumi adalah amanah dari Allah. Apabila Beta berkata bahawa 'masa hadapan milik kita', Beta bukan hanya berkata sebagai seorang Muslim, Beta berkata sebagai seorang manusia, sebagai penduduk di dunia ini, sebagai keturunan Adam: kerana saya percaya masa hadapan milik semua orang tanpa mengira agama, bangsa atau warga negara.

Sudah pasti, jika kita perlu berdepan cabaran utama ini seperti perubahan iklim yang memberikan ancaman serius terhadap masa depan kita, kita harus berfikir dan melakukan sesuatu di luar sempadan moden, identiti dan kita juga harus memperkasakan lagi setiap orang bahawa sebarang tindakan mereka boleh membuat perbezaan.

Bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Eleanor Roosevelt pernah menulis bahawa 'masa depan milik mereka yang percaya kepada kemurnian cita-cita', walaupun klise, ia adalah tanggapan yang Beta mahu semua orang berpegang kepadanya hari ini.

Masa depan milik mereka yang percaya bahawa mereka mempunyai kuasa untuk membentuknya, melakukan perubahan yang nyata, tegas dan memastikan suara mereka didengari.

Kita baru saja menyaksikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dua bulan lalu di mana rakyat Malaysia, pengundi membawa perubahan serta transformasi politik menerusi peti undi.

Apa yang luar biasa mengenai pilihan raya umum kali ini adalah perubahan kerajaan boleh berlaku dalam suasana yang aman dan demokrasi, pengundi menentukan masa depan hanya dengan sekeping kertas.

Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu sudah melaksanakan tugas berperlembagaan dalam perubahan yang berlaku pada peringkat pusat dan negeri.

Bagi memastikan tugas ini dilaksanakan dengan efektif, amat penting untuk Raja-Raja Melayu terus berada di atas daripada tekanan politik.

Malah, sarjana dan saintis politik, dengan hujah kukuh berperlembagaan, mereka boleh mengukuhkan hujah yang bersifat berperlembagaan boleh membantu menyegarkan lagi proses demokrasi, sebagai contoh, United Kingdom dan Norway.

Malah, empat daripada lima negara teratas dalam Economist Demoracy Index terdiri daripada monarki berperlembagaan.

Beta sering menyatakan, pemerintahan beraja di Malaysia bukan sekadar simbolik. Raja-raja menyatukan masyarakat, demokrasi, di samping menyuarakan hasrat rakyat yang memilih bagaimana mereka mahu ditadbir dan sebagai orang Islam, agama menjadi panduan rohani dan moral.

Ketiga-tiga alkimia ini - demokrasi, pemerintahan beraja dan Islam - mewujudkan perpaduan yang diinginkan oleh masyarakat hari ini.

Ini, Beta percaya menyediakan bukan saja kesinambungan malah turut membawa apa yang Beta panggil 'dividen keharmonian sosial' yang meningkatkan fungsi demokrasi.

Alhamdulillah, kita sudah secara keseluruhan mengecapi keamanan dan kestabilan yang bukan sikit disumbangkan oleh ketiga-tiga tatanegara, iaitu Raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan Islam.

Tidak dinafikan bagaimanapun, akan sentiasa ada kesakitan yang mematangkan dalam perjalanan menjadikan Malaysia demokrasi yang matang dan mengikut jejak langkah komuniti seluruh dunia yang sudah berada di Liga Premier demokrasi.

Inilah sebabnya Beta percaya kita tidak seharusnya meninggalkan sesiapa di belakang dalam proses ini, termasuk mereka yang tidak bersetuju dengan kita secara politik.

Kita harus mengelak daripada mengamalkan tindakan tidak sihat yang dilakukan negara lain, di mana ketika pilihan raya penting pemenang akan membolot segalanya.

Semua rakyat di bawah bendera Malaysia perlu menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan kita perlu sentiasa membabitkan semua orang penting negara dalam pengembaraan bersejarah ini.

Beta sudah berucap pada persidangan ini beberapa kali sebelum ini mengenai kepentingan melabur dalam memperkasa golongan belia di seluruh dunia. Orang muda sememangnya mewakili masa depan dunia.

Mengulang kembali petikan yang mempunyai kaitan besar yang Beta berikan dua tahun lalu, oleh pengarah Tabung Populasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), "Orang muda adalah pembawa perubahan, pencipta dan pemimpin masa depan, namun mereka hanya boleh mengubah masa depan sekiranya mereka mempunyai kemahiran, kesihatan, keputusan dan pilihan sebenar dalam hidup.

Tentu saja, pelaburan dalam pendidikan dan kesihatan adalah amat penting, seperti yang Beta tekankan sebelum ini, namun tanggapan membabitkan golongan muda dalam membuat keputusan dan memperkasa mereka untuk merasa bahawa mereka boleh 'membuat keputusan sebenar dalam hidup' yang ingin Beta fikirkan sebelum membuat penutupan.

Kita sering bercakap mengenai golongan muda menjadi pemimpin dan pembuat dasar masa depan, namun Beta cadangkan kita juga perlu melakukan lebih untuk membolehkan orang muda merasa mereka diajak berunding secara aktif dalam membuat keputusan hari ini.

Terdapat beberapa laporan kajian yang menunjukkan bahawa menggerakkan populasi belia, sebagai contoh, dalam projek perpaduan kemasyarakatan dan pembangunan keamanan negara, akan memberi kejayaan menyeluruh yang efektif dan signifikan kepada usaha berkenaan.

Perang saudara Nepal yang berakhir lebih sedekad lalu, pembabitan penuh golongan muda dalam rundingan keamanan membuahkan hasil dengan pengurangan 80 peratus bantahan ganas.

Sementara itu, awal tahun ini, UNESCO menyatakan ketegasannya terhadap komitmen untuk menerus dan memperkukuhkan kerjasama dengan golongan muda dalam pembangunan komuniti di Selatan Sudan, memastikan 'suara mereka bukan hanya didengar', malah mereka menjadi pemacu perubahan dalam komuniti masing-masing.

Pada masa yang sama, terdapat juga bukti yang menyatakan bahawa apabila golongan muda tidak diperkasa tidak berpuas hati dan tidak diendahkan, mereka akan mencari kaedah yang tidak dapat dielakkan untuk menimbulkan perubahan kepada pihak lain dalam cara yang kurang membina, demokratik, dan tidak tenteram.

Analisis Arab Spring pada 2011 mencadangkan pengangguran belia salah satu punca kepada kebangkitan dengan kadar pengangguran hampir 30 peratus di Tunisia, di mana bantahan itu bermula.

Laporan turut menyatakan bahawa pekerjaan antara tuntutan paling tinggi dalam senarai di awal bantahan. Apa yang lebih tragis mengenai fakta berkenaan, walaupun pengangguran belia adalah punca utama dan penyebab kepada kebangkitan, tidak banyak perubahan dilakukan selepas akibat daripada kejadian yang berlaku di negara Arab.

Statistik Bank Dunia menunjukkan kadar pengangguran belia adalah lebih tinggi sekarang berbanding pada tahun 2010 dan 2011. Mesej yang ingin disampaikan adalah terlalu jelas. Apabila golongan muda dirujuk dan memainkan peranan aktif dalam proses politik dan diplomatik, mereka boleh membantu membawa perubahan yang ketara, aman, dan positif untuk semua.

Apabila golongan muda tidak dipandang dan tidak diberikan kuasa, jalan yang akan diambil dalam cubaan untuk suara mereka didengar boleh mengakibatkan situasi mereka yang kini sudah dikompromi menjadi semakin teruk.

Di Malaysia dan juga di seluruh dunia, kita perlu melakukan lebih untuk membolehkan golongan muda menjadi pemacu kepada perubahan untuk memperkasa mereka bagi mempercayai bahawa masa depan adalah milik mereka untuk dipengaruhi dan dibina.

Sebagai pemimpin, cendekiawan, dan individu daripada pelbagai landasan, kita bukan hanya perlu memperjuangkan isu berkenaan yang kita percaya sangat penting kepada belia hari ini, tetapi turut menjemput golongan muda untuk bercakap dan didengar, untuk mereka berkongsi idea dalam cara mereka tersendiri, melalui forum demokratik dan diplomatik, serta tidak asing kepada mereka.

Untuk menggariskan kepentingan ini, Beta menekankan bahawa separuh daripada populasi dunia hari ini adalah golongan muda, di mana pada 2017, 42 peratus populasi global adalah di bawah umur 25 tahun dan angka itu dijangka meningkat.

Kita harus, pada pendapat Beta, melakukan lebih untuk membabitkan berjuta golongan itu dalam membentuk masa depan mereka hari ini. Ingatan Beta hari ini, tidak lari daripada pelbagai cabaran sukar yang sedang dihadapi dunia di masa hadapan.

Ketidakstabilan kewangan, huru-hara politik, tidak memperkasa belia, pemanasan global, ini adalah antara beberapa isu serius yang harus ditangani dengan segera jika mahukan dunia kita mempunyai masa depan.

Namun, mesej Beta pada dasarnya adalah, Beta berharap, adalah sikap optimistik. Tidak dinafikan, usaha semua akan diperlukan, sama ada tua atau muda, perempuan dan lelaki yang terdiri daripada semua lapisan agama, bangsa, keturunan dan negara untuk menjamin masa depan bumi kita.

Masa depan adalah tanggungjawab bersama dan sekiranya kita menggalas tanggungjawab itu sekarang, masa depan akan, Beta percaya, menjadi habuan kita, dalam kehidupan ini dan seterusnya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450460/titah-ucapan-sultan-perak-sultan-nazrin-muizzuddin-shah-sempena-wcit

Auto
Selasa, 17 Julai 2018 | 8:51pm
Naza Premira henti edar jenama Aprilia di Malaysia
Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfaisal@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Naza Premira Sdn Bhd mengumumkan yang ia kini bukan lagi pengedar rasmi Aprilia berkuatkuasa 31 Julai ini.
Naza Premira Sdn Bhd mengumumkan yang ia kini bukan lagi pengedar rasmi Aprilia berkuatkuasa 31 Julai ini. - Gambar hiasan
Syarikat itu dalam satu kenyataan menjelaskan, penamatan operasi pengedaran jenama motosikal berkuasa tinggi dari Itali itu dibuat selepas mencapai kata sepakat dengan prinsipalnya.

Keputusan itu katanya, hasil pelan rasionalisasi penjenamaan di bawah strategi korporat Kumpulan Naza secara keseluruhan bagi memastikan kemampanan dan keuntungan jangka panjang bagi jenama prestasi tinggi dua roda dan empat roda lain. Ia adalah sejajar dengan permintaan pasaran kini.

"Naza Premira akan terus menawarkan perkhidmatan servis selepas jualan, alat ganti dan jaminan kepada pelanggan Aprilia sehingga 30 September ini.

"Susulan daripada kenyataan ini juga, syarikat akan terus mewakili jenama Piaggio dan Vespa di Malaysia," katanya.
https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2018/07/450462/naza-premira-henti-edar-jenama-aprilia-di-malaysia


































































Tiada ulasan: