Rabu, 11 Julai 2018

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. 7857.


Engkau beri aku tuba, aku sedekahkan madu. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Jangan pula hasrat hendak menolong, jadi indah khabar dari rupa atau menangguk di air keroh. Nauzubillahminzalik.

Ada yang mahu merosakan, dia katanya buat jahat banyak kali. Buat jahat jangan sekali - maksudnya langsung tidak buat jahat.

WEDNESDAY, JULY 11, 2018
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah
KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan bantuan. 
Pengerusi Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak Asmuni Awi berkata, setakat ini pihaknya tidak mengetahui masalah kewangan pusat terbabit yang memaksa pengasas dan pengetuanya, Datuk Kazim Elias mahu menjual Unit Tahfiz di sekolah itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/356514/kerajaan-perak-sedia-bantu-al-barakah
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:17 am
Sumber:
al- Husseyn: Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Itu bukan barang kemas saya ....
Saya nak tanya, ini barang kemas siapa yang punya?

Ini bukan saya yang punya, syarikat tu hantar bagi saya tengok-tengok je, saya tak beli pun.

Baik hati betul syarikat tu bagi 'pinjam' untuk tengok-tengok. Bukan seratus dua ringgit, berpuluh juta ringgit. Ada hubungan apa dengan syarikat tu?

Err saya tak tau la, dia bagi tengok dulu ... tak pasti saya beli ke tak. Saya regular customer kot hehehehe.

Kalau abang terus ada kuasa, beli la agaknya ye.?

... diam ....

Sekarang syarikat dah minta balik 'ganti rugi'. Nak balik barang kemas atau wang ringgit. Macam mana tu ..?

Pergi la mintak kat orang yang simpan barang kemas tu sekarang, saya tak tau 

Kalau tak dapat jugak macam mana?

Nanti saya suruh anak buah buat tabung, kutip sama anak buah. Boleh bayar balik .. kuang ... kuang ... kuang ...

Cerita ni tak ada kena mengena dengan isu semasa sekarang. Semua berlaku di negara kati senget.

Sumber:
Itu bukan barang kemas saya .... ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Wednesday, 11 July 2018
KAK ROS - BELI ATAU TIDAK?

Berikutan saman oleh sebuah firma tukang emas di Beirut terhadapnya, Rosmah Mansor, melalui peguamnya bukan saja menolak dakwaan menggunakan wang curi untuk  membeli 44 unit barang kemas bernilai hampir RM60 juta dan sedang dituntut itu, malah juga menafi melakukan pembelian kepada barangan tersebut.

Sebaliknya, peguam isteri bekas Perdana Menteri itu berkata, barangan itu hanya diperlihatkan saja kepada Rosmah.

Alamak, apa sudah jadi?

Beli atau tidak beli? Benarkah diperlihatkan saja?

Jika tidak dibeli, kenapa barangan kemas bernilai hampir RM60 juta tersebut yang dihantar kepada Rosmah pada 10 Februari, masih lagi disimpan di kediamannya sehingga ia dirampas oleh pihak polis dalam serbuan selepas kejatuhan Najib Razak dalam pilihanraya 9 Mei lalu?
Kenapa tidak segera dipulangkan sebaik saja selesai melihat-lihat atau membeleknya dan jika benar, tidak mahu membelinya?

Berapa lama Rosmah mahu menyimpan barangan kemas itu di kediamannya?

Apakah proses melihat-lihat dan membelek barangan kemas tersebut memerlukan tempoh masa lebih 3 bulan?

Adakah mana-mana kedai emas sedia membiarkan barangannya disimpan di rumah pelanggan dalam tempoh begitu lama tanpa sebarang bayaran atau dibeli sebahagiannya?

Global Royalty Trading SAL dalam samannya semalam, memohon perisytiharan mahkamah bahawa semua barangan yang dirampas pihak polis itu adalah milik sah mereka dan perlu dikembalikan atau alternatifnya, Rosmah perlu membayar kembali keseluruhan nilainya.

Mungkinkah barangan itu sebenarnya memang dibeli oleh Rosmah, cuma bayarannya saja belum dijelaskan?

Jika tidak, mengapa ia berada dalam simpanan Rosmah melebihi tempoh 3 bulan?

Kak Ros, cakaplah betul-betul - beli atau tidak barangan kemas tersebut? (ShahbudinHusin 11/07/2018)

Jgn salah sangka.
Itu emas utk perjuangan ABATA.
Simbol kepada nasib bangsa melayu yg diperjuangkan.

Kalau xde barang kemas tu semua, melayu akan jadi bangsat
Itukan hadiah...kikhkihkih
ari ini cukup 2 bulan PHarpan memegang tampuk pentadbiran kerajaan.

1) Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.

Belum ditunaikan!
GST belum dihapuskan, hanya dikadar sifarkan. terbukti langsong tarak mengurangkan harga barangan. inisiatif peduli rakyat? mai mlm sikit.

2) Menurunkan harga minyak singgit5.

Dah terlaksana!

Kalau isi singgit5 dapat laa singgit5..
Terus terang jelh kak ros..beli ke x..jgn suka terus bergelap kak ros..bkn xda duit nak bayarkan kak ros..masa kena rampas tu hari duit kan beratus juta kak ros..x sempat nak bayar kot kak ros..tapi malang ye kak ros..abg jib tertonggeng pulak..x jd bos dah kak ros..jd semua projek kak ros sangkut jugalh kan kak ros..gelap mrngelap x baik kak ros..suka gelap2 tu hantu saka jembalang puaku tu kak ros..memang banyak hantu saka jembalang puaka masa abg jib jd bos..herannya puaka2 tu lesap senyap..masa abg jib bos amboi puaka saka mengilai2 bagai nak rak..kak ros o kak ros..

Posted by Shahbudin Husin at 08:57
Sumber:
Shahbudin dot com: KAK ROS - BELI ATAU TIDAK?

‘Keris telanjang’ mungkin ganti ‘Dacing’ di PRK Sg Kandis
Minderjeet Kaur
PETALING JAYA: Umno sedang mempertimbangkan penggunaan lambang tersendiri untuk bertanding Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis bulan depan, pertama kali ia tidak menggunakan lambang “Dacing” Barisan Nasional, gabungan yang dipimpinanya selama berdekad sebelum kekalahan mengejut Mei lalu.

Dipercayai cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat majlis tertinggi parti akan datang.

Kerusi DUN Sungai Kandis di Selangor kosong ekoran kematian penyandang, Mat Shuhaimi Shafie dari PKR minggu lepas.

Sumber yang rapat dengan parti Melayu itu brkata lambang merah Umno, yang tertulis “Pekembar” dalam tulisan jawi, mungkin memberikan kelebihan kepada parti itu berbanding Pakatan Harapan di kerusi majoriti Melayu.

Pekembar ialah singkatan bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, iaitu nama Melayu bagi Umno, atau United Malays National Organization.

“Ramai ahli Umno merasakan sekarang masa untuk menguji keadaan selepas keputusan buruk pada pilihan raya 9 Mei. Jika hasilnya baik, mereka mungkin tidak lagi akan menggunakan lambang Dacing,” kata sumber.

Sumber itu berkata tiada apa yang boleh menghalang Umno daripada menggunakan lambang tersendiri.

“Kami parti yang berdaftar.”

BN sekarang hanya terdiri daripada Umno, MCA dan MIC, selepas parti komponen di Sarawak serta Gerakan meninggalkan gabungan itu selepas kekalahan BN.

Keanggotaan parti lain, MyPPP, tidak lagi relevan kerana parti itu tidak diberikan sebarang kerusi pada pilihan raya lalu.

Sumber menambah MCA dan MIC mungkin juga akan bergerak sendirian pada masa akan datang, walaupun ketiga-tiga parti mungkin mengekalkan suatu bentuk kerjasama longgar sesama mereka.

“Kerjasama yang dirancang ialah mengelakkan pertembungan langsung antara ketiga-tiga parti semasa pilihan raya,” katanya.

Pada pilihan raya Mei lepas, Umno memenangi 47 kerusi Parlimen sementara MIC menang 2 kerusi dan MCA 1 kerusi.

Tetapi 3 Ahli Parlimen Umno mengumumkan mereka meninggalkan parti itu.
at 7/11/2018 09:30:00 PG

Sumber:
KERENGGA: ‘Keris telanjang’ mungkin ganti ‘Dacing’ di PRK Sg Kandis

Kisah Tauladan !!! Dulu pondan, tapi bila meninggal dunia jenazah diusung anak tahfiz
PETALING JAYA: Isu mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen beberapa hari lalu selepas khabar angin melibatkan pegawai khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tersebar.

Kesan daripada kecaman yang dilemparkan ke atasnya, aktivis LGBT tersebut mengambil keputusan untuk meletak jawatan di kementerian itu dan membawa diri ke luar negara untuk menentukan hala tujunya selepas ini.

Terbaru, tular di Twitter mengenai bebenang 'Kematian Pondan Yang Ditangisi' oleh seorang aktivis kemanusiaan, Faiz Qayyuum Abdul Majid yang ingin mendidik masyarakat untuk mengajak golongan ini mengenal Tuhan, bukannya menghukum mereka.

Faiz Qayyuum, berkata, dia berasa terpanggil untuk berkongsi kisah mengenai 'mak nyah' tersebut yang meninggal dunia pada bulan Ramadan 2013 selepas terkesan dengan posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna akaun di Twitter berhubung isu LGBT.


"Saya ternampak pengguna akaun yang berimej Islamik itu menulis tentang golongan LGBT ini sudah pasti akan masuk neraka.

"Saya ingin membantah kenyataan tersebut di posting berkenaan, tetapi rakan saya menasihatkan agar menggunakan kelembutan jika ingin menegurnya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Dedah aktivis yang juga bekerja di sebuah syarikat pengiklanan itu, bekas mak nyah tersebut merupakan antara peserta yang gemar memberontak ketika mengikuti kem selama tiga hari dua malam di Ulu Yam, Selangor kira-kira enam tahun lalu.

Menurut Faiz Qayyuum, dia pernah dimarahi arwah ketika menyentuh kulitnya semasa mengambil wuduk kerana menganggap ia membatalkan air sembahnyang.

Namun, pendekatan berhikmah yang digunakan Faiz Qayyuum dan rakan-rakannya berjaya menawan hati arwah untuk kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki.
"Kami tak marah bila tengok dia datang pakai telekung untuk solat Isyak berjemaah, malah kami ajak dia sembahyang sama-sama.

"Saya ingat lagi telekung yang dipakainya itu sangat cantik dan dia membeli telekung tersebut sehari sebelum menyertai kem berkenaan," kata pemuda berusia 28 tahun itu.
Beberapa bulan selepas itu, Faiz Qayyuum mendakwa dia terputus hubungan dengan Allahyarham yang tiba-tiba menghilangkan diri selepas mengambil keputusan untuk pulang ke kampung yang terletak di utara tanah air.

Setahun kemudian, jejaka yang berasal dari Semenyih itu dikejutkan pula dengan berita pemergian Allahyarham seminggu sebelum Syawal.
Bebenang penuh yang ditulis oleh Faiz Qayyuum di akaun Twitter pada Isnin. 

"Masa imam kampung itu hubungi saya untuk maklumkan mengenai arwah, saya sangkakan tiada orang nak uruskan jenazahnya.

"Rupanya, sangkaan saya meleset kerana melihat arwah sangat disayangi oleh penduduk di kampungnya.

"Saya kagum dengan penerimaan orang kampung yang tidak menyisihkan arwah malah imam tersebut menjadi orang pertama yang mendekati arwah dan memberikannya pekerjaan sebagai tukang masak di sebuah pusat tahfiz," kata Faiz Qayyuum.

Dalam pada itu, aktivis tersebut berkongsi tentang perkembangannya untuk mimage:
Misi Faiz Qayyuum untuk ke Gaza bagi menyampaikan sumbangan kepada 150 keluarga

Sumber:
http://kachipemas.blogspot.com/2018/07/kisah-tauladan-dulu-pondan-tapi-bila.html


Tiada ulasan: