Rabu, 11 Julai 2018

SubhanAllah. 7858.


Melilih gak baca kisah ini. Terima kasih soSCili share kisah perjuangan kehidupan. Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim. 

Terima kasih juga lain-lain blogger. Satu lagi terima kasih juga soSCili., lama daku cari wacana di bawah ini: 

Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi. 

Boleh dapatkan lebih awal kata-kata itu, yang terpapar di Mural Sekolah. Tetapi aku macam berat nak singgah di Sekolah Rendah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman, Segamat, Johor atau di Sekolah Rendah Slim Rever, Slim Rever, Perak. Terima kasih juga untuk Cikgu John. 

evo.wir

Orang yang dianggap kekurangan sebegini sebenarnya ALLAH SUBHANAHUWATALLA kurniakan MATA HATINYA HIDUP. Orang biasa kebanyakannya tidak perasan, kelebihan ini. 
Artikel soSCili: 
SOSCILI

AGAMA  JENAYAH & UNDANG-UNDANG  SEJARAH & POLITIK  SENI & BUDAYA  PENDIDIKAN & KESIHATAN  POLITIK ANTARABANGSA  RENCAH DUNIA  SUKAN & HIBURAN  WANG & KAREER  WANITA & KELUARGA

KEMANUSIAAN PENDIDIKAN & KESIHATAN
PEGUAM BUTA NI PERNAH LAWAN DENGAN KARPAL SINGH! SIAPA DIA?
Afiq Jamsari July 11, 2018
Peguam Negara (AG), Tommy Thomas nampaknya makin popular dari hari ke hari. Dulu masa awal-awal dicalonkan, Yang di-Pertuan Agong tak berkenan, lepas tu jadi kontroversi sebab dia juga peguam Lim Guan Eng untuk kes tuduhan rasuah. Sekarang pulak, dia dikecam sebab nak perbicaraan ke atas Datuk Seri Najib Razak dilakukan dalam Bahasa Inggeris sebab dia kurang fasih Bahasa Melayu, akibat selalu urus kes dalam Bahasa Inggeris.
Imej dari Meme Generator
Seperti kita tahu, kerja peguam ni satu kerjaya yang profesional dan susah. Bukan senang-senang nak jadi peguam – banyak pembelajaran dan latihan yang harus dilalui semata-mata nak jadi peguam mulaan. Tapi yang dapat jadi peguam akhirnya, siap ada emblem sendiri tau? Gaji pun boleh sampai RM1 juta setahun!

Kali ni, SOSCILI nak lari sikit dari isu panas ni dan bercakap tentang peguam buta bernama Dato’ Mah Hassan Omar yang ramai anak muda terutamanya tak kenal. Lagi best, SOSCILI berbesar hati dapat interviu beliau sendiri di pejabatnya!
Ini dia hero kita hari ini! Macho kan? Imej dari Bernama
Untuk yang tak pernah dengar nama Dato’ Mah Hassan, dia merupakan peguam buta PERTAMA di Malaysia yang juga telah menubuhkan syarikat guaman sendiri. Kitorang berjumpa dengannya untuk tau lebih tentang langkah hidupnya dan di sini kita dapat tau bahawa beliau…

Anak petani dari Besut, Terengganu dan satu-satunya yang buta daripada 6 beradik

Anak petani ni dilahirkan celik, namun mula hilang penglihatan masa umur 4 tahun. Beliau tinggal bersama ibu bapanya dan 5 beradik yang lain di Besut, Terengganu. Dalam keluarganya, dia sorang je yang buta tapi ibu bapa dia langsung tak manjakan dia.

“Keluarga saya miskin dan adik-beradik saya agak ramai. Jadi ibu bapa saya utamakan pendidikan untuk lelaki dahulu termasuklah saya. Ayah saya sanggup pergi ke sekolah-sekolah tanya ada tak pendidikan khas. Punyalah komited dia untuk make sure saya dapat pendidikan. Saya takkan jadi peguam kalau tanpa dia. ”Dato’ Mah Hassan ketika diinterviu SOSCILI.

Beliau kemudian bersekolah menengah di SMK Jalan Temerloh dan diletakkan di kelas belakang sekali, kelas H. Kemudian bila exam, beliau dapat tempat pertama dalam tingkatan dan terus lompat ke kelas A! Kalau nak tahu, antara kawan sekolah beliau masa ni Dato’ Aznil Nawawi! Kat sekolah tu ada bilik rehat khas untuk OKU dan Pak Nil kita selalu tolong-tolong. Boleh tahan mulia Pak Nil kita ni kan?

“Sejak lepas sekolah saya tak berpeluang lagi jumpa Aznil, tapi beliau orang yang sangat baik hati.”
Imej dari Lite FM
Tapi hidup ini tidak sentiasa indah, macam tahun ni koleksi lagu raya kita tahun ni digemparkan dengan lagu La Vida Raya (tiborh). 

Sebenarnya, memula beliau minat nak jadi doktor tapi ada satu peristiwa hitam semasa di sekolah yang mengubah hidup beliau, di mana guru sekolahnya telah mengeluarkan kata- kata yang menyakitkan hati beliau.

“Masa saya dalam makmal, kawan saya tengah explain kat saya pasal bunsen burner. Tapi tiba-tiba cikgu saya masa tu marah kawan saya sebab bagi saya handle bunsen burner. Cikgu kata kenapa bagi saya handle bunsen burner, nanti kalau meletup kelas macam mana?”

Beliau mengaku masa tu memang sangat sedih rasanya. Beliau fikir hidupnya ni menyusahkan orang saja dan mula bersifat rebel.

“Mungkin cikgu saya bersifat baik tapi masa tu, saya sangat kecil hati sebab rasa menyusahkan hidup orang. Lepas tu, saya mula menjauhkan diri. Saya mula ponteng sekolah, kawan dengan orang nakal, kacau perempuan kat tepi jalan. Saya memang cukup berbeza masa tu.”

Kemudian beliau insaf dan mula kembali ke pangkal jalan yang benar. Hasilnya, keputusan dia bagus dan dapat sambung Tingkatan 4 sampai Tingkatan 6 dekat St John, KL. Kalau korang pergi sekolah tu, akan nampak nama beliau kat depan sekolah, sekali dengan nama Datuk Seri Najib Razak.
HAHA kerja sape ngaku cepat! Imej dari Meme Generator
Kat St John beliau cakap sangat mencabar sebab dalam kelas tu, buku teks Braille tak disediakan, tak macam sekarang di mana MBK ni siap ada pembantu untuk tolong dia buat kerja, yang dipanggil Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Jadi dalam kelas beliau kena fokus gila dan balik sekolah, beliau suruh member baca balik dan dia taip pakai mesin Braille.

“Dalam kelas, saya kena fokus untuk ingat dan akan balik cepat-cepat untuk salin nota pakai mesin braille saya dengan bantuan member yang akan baca nota. Saya tak boleh taip kat kelas sebab mesin tu bising.”

Selain itu, member beliau yang ni juga suka tolong sebab ni win-win situation. Dalam masa dorang bacakan nota, Dato’ akan juga bagitahu perkara yang mungkin member beliau terlepas pandang.
Kisah benar gaiss? Imej dari Giphy
Di St John, beliau mula meminati sejarah sehingga selalu dapat teratas dalam peperiksaan! Sehinggakan rakan sekelas beliau selalu nak pinjam kertas peperiksaan beliau untuk buat rujukan. Lagi, beliau mula meminati satu drama US tahun 70-an ala-ala kat Suits (Dato’ tak ingat tajuk) dan putuskan nak buat undang-undang. Tapi….

“Bila saya nyatakan hasrat nak sambung undang-undang, cikgu saya kata lebih baik kerja dengan Dewan Bahasa (DBP) kerana saya pandai menulis. Kawan dan senior saya yang buta pun skeptikal sebab kata dorang buku undang-undang takde dalam Braille, baik ambil pengajian Melayu macam dorang. Tapi saya tekad nak buktikan dorang salah.”

Jadi Dato’ Mah pun pedulikan semua tu dan fikir kalau beliau gagal, yang penting dia dah cuba dan buka bidang baru untuk orang buta.

Diinterviu kerja oleh Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara setelah tamat belajar undang-undang di UM

Setelah bersambung juga dengan cita-citanya membelajari undang-undang di universiti, beliau akhirnya berjaya mendapat ijazah undang-undang dari Universiti Malaya. Perghh! Kita yang diploma ni pun terkincit-kincit kan?

“Masa saya diterima masuk UM, pensyarah terus terang cakap dorang takde kemudahan untuk orang buta. Saya minta untuk bawa perakam audio, patut tak boleh sebab langgar peraturan. Tapi saya diberi pengecualian di situ Alhamdulillah.”
Zaman belia beliau. Ada tall, dark and handsome element tak? Imej dari Utusan Malaysia
Selepas graduasi, macam biasalah beliau pergi interviu kerja ngan kawan yang lain. Tapi pelik alfiat, kawan dia semua lulus dan dapat posting sebagai majistret, dia lulus tapi tak dapat posting. Kemudian beliau dipanggil untuk interviu sekali lagi. Eh kata lulus?

Tapi beliau cekalkan hati untuk pergi interviu kali kedua. Punya terperanjat beruk sekali tengok tukang interviu dia adalah Tun Abdul Hamid Mohamad (bekas Ketua Hakim Negara), Tan Sri Abu Talib Osman (bekas Peguam Negara) dan mendiang Tan Sri Lee Hun Hoe (bekas Ketua Hakim Borneo). Tapi sesi interviu ni mematahkan semangat beliau sebenarnya.

“Tun Hamid terutamanya tanya saya soalan seperti macam mana saya nak pergi kantin nanti, macam mana saya nak pergi ofis, macam mana saya boleh pastikan kerahsiaan dokumen? Banyak soalan tentang penjagaan diri yang saya dah belajar masa kecik lagi. Saya jadi patah semangat. Sampai sekarang saya tak dapat jawapan sama ada saya gagal atau lulus interviu tu.”

Tapi beliau masih tekad turun naik tangga untuk buat chambering dengan syarikat guaman yang ada untuk buktikan yang lain salah! Namun ternyata sukar sebab banyak syarikat guaman tolak beliau. Sampai ada syarikat guaman ni sanggup tawar dia jadi operator telefon. Sampai hati diorang betul…
Dato’ ni grad undang-undang UM kot bro! Imej dari Meme Generator
Namun beliau bernasib baik apabila dapat juga kerja dengan Rajeet Singh & Kula, sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur. Beliau masih ingat lagi kata-kata bos dia ni.

“Bos saya kata dia ambil saya bekerja bukan sebab kesian kat saya, tapi sebab dia percaya saya boleh dan ada kisah benar peguam buta berjaya di UK.”

Tak tidur malam selesaikan kes pertama dan tertubuhnya Mah Hassan & Associates

Menurut Dato’ Mah, masa dapat kes pertama je bos memang tak tunjuk belas kasihan sebab bagi masa yang singkat untuk beliau setelkan dokumen. Sampai beliau tak balik rumah tau!

“Saya masih ingat kes pertama saya. Bos saya bagi dokumen hari Rabu dan nak saya siap proses argument pada Isnin pagi. Fail dia bukan main tebal beberapa inci lagi.”

Disebabkan tarikh hantar yang agak singkat, beliau kumpulkan 10 rakan beliau dan agihkan dokumen tu. Pastu, beliau suruh semua balik, baca dokumen tu, rekod audio dan hantar balik ke beliau ASAP.

“Lepas saya dapat balik audio tu, saya dengar satu-satu dan tulis balik dalam Braille. Kemudian saya proses argument dan tulis balik pakai mesin taip biasa untuk bos saya baca. Saya memang tak balik rumah dan jarang tidur masa tu. Rasa lapar je saya turun mamak kat bawah makan roti canai.”
Dato’ menceritakan detik-detik struggle beliau. Imej dari SOSCILI
Alhamdulillah, beliau berjaya siap pada waktunya dan hantar kat bos. Bos beliau kemudian ke Penang untuk perbicaraan kes tu dan menang weh!!

“Saya masih ingat masa tu bos saya call dari Penang kata kami menang kes tu. Balik je bos, kami terus potong kek.”

Keazamannya membuatkan beliau diterima dalam Majlis Peguam Malaysia pada 1989 sebagai peguam buta pertama di Malaysia, malah menarik minat Allahyarham Tan Sri Abd Jamil Abdul Rais, bekas Pengerusi Kontena Nasional yang telah bagi geran RM50,000 pada beliau  untuk sambung master di University of Southampton, United Kingdom.

Baliknya dari UK, beliau terus kerja dengan Bursa Malaysia Kuala Lumpur selama 12 tahun. Lepas tu, dengan rasa konfiden Dato’ mengasaskan syarikat guamannya sendiri bernama Mah Hassan & Associates.

Dato’ ni bukan lawyer biasa biasa tau? Kalau korang nak tahu, beliau pernah lawan dengan bekas peguam terkemuka dan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh!

“Masa lawan Karpal Singh, saya tak takut. Mungkin sebab saya tak nampak dia pun, jadi itu suatu kelebihan saya buta. Tapi saya memang tegas dalam mahkamah, pernah sekali saya soal saksi sampai menangis dia kat kandang tu. Dalam makhamah, saya tak takut sesiapa.”
Bukan kandang ni gais! Imej dari cara-berternak-kambing.blogspot.com
Tapi walaupun Dato’ Mah boleh bertegas dan bertengkar dalam mahkamah…

Beliau juga seorang aktivis dan bertanggungjawab mendraf akta untuk OKU

Kalau korang nak tahu, selain seorang peguam Dato Mah Hassan juga merupakan seorang aktivis sejak di usia remaja lagi. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat bernama KL Braille Resources yang terletak di dalam bangunan yang sama dengan syarikat guamannya di Sentul. Company ni fungsi dia adalah untuk meningkatkan literasi dalam kalangan orang buta. Antara produk yang dihasilkan oleh dorang adalah Braillet, Braille Chess dan Quran Braille.
Tengok macam kecik je kan? Tapi dorang ni masyuk tau! Imej dari pknsmtb.blogspot
“Dalam seminggu saya sampai UK, saya diberi Bible braille secara free oleh sukarelawan gereja. Ini membuatkan saya sangat tercabar sebab di Malaysia terutamanya, orang buta Muslim dinafikan hak untuk membaca kitab suci kita sendiri (Al-Quran). Saya kena buat sesuatu.”

Jadi beliau mula tubuhkan satu research team untuk hasilkan Al-Quran braille. Bijaknya Dato’ Mah Hassan, untuk menaja projek ni, dia buat Wakaf Al-Quran di mana orang ramai boleh wakafkan Al-Quran tersebut pada yang memerlukan. Dorang juga ada sedekahkan Quran ni dekat Thailand dan Karachi, Pakistan. Nak sumbang? Klik sini!
Dato’ tengah demo Braillet, alat tulis untuk orang buta. Imej dari SOSCILI
Selain itu, beliau juga adalah bekas Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia dan Presiden Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia.

Beliau juga telah menolong draf Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 (masa zaman Tan Sri Shahrizat) yang menekankan hak sama rata untuk OKU dapat kerja, menyertai sukan, memperoleh akses kepada pendidikan dan lain-lain. Kesannya kita lihat sekarang nasib OKU lebih terbela dengan taraf ekonomi dan kebajikan yang lebih baik dari dulu-dulu. So kiranya banyak gila weh jasa Dato’ Mah Hassan kat OKU ni!
Sape langgar akta aku buat, aku snipe kepala dia! Imej dari sifumycatur
Hujung kata, Dato’ juga cakap sekarang tengah menulis surat untuk hantar ke Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan untuk minta tolong tingkatkan usaha bagi naikkan literasi OKU. Beliau juga sedang menggerakkan usaha dalam memberikan OKU hak untuk menulis dengan motonya, Right to Write.

“Saya sedang menulis surat ke Dr Maszlee untuk pastikan bahan bacaan braille lebih banyak, mudah diperoleh serta mempunyai hak untuk menulis.”

Dr Maszlee, yang terkenal dengan sifatnya yang bersahaja sudah pasti akan mendengar cadangan Dato’ Mah Hassan kerana beliau sendiri bersetuju untuk menambah lagi guru dalam bidang pendidikan khas serta menawarkan MBK aliran kemahiran dan vokasional bagi menangani isu tenaga kerja mahir di Malaysia.
Video Player
00:00
00:44
Video dari Twitter Dr Maszlee.

Namun begitu, kedegilan ibu bapa yang tak nak daftar anak sebagai OKU juga jadi satu masalah sebab peluang dan bakat anak tu akan sia-sia. JKM kata ada 443,541 OKU berdaftar tahun lepas. Tapi Dato’ percaya sebenarnya ada dekat 3 juta OKU di Malaysia.

So gais, kalau ada kenal keluarga mana yang ada anak OKU, galakkan dorang untuk daftar anak dorang supaya ada masa depan anak tu. Sama-samalah kita lebih celik dan peka untuk hargai OKU sebab mereka ni juga orang macam kita ada hati dan perasaan cuma ada sikit kekurangan. Sob sob sebak lak!

Kalau korang berminat untuk sumbang ke projek Wakaf Al Quran, boleh la sumbang RM250 untuk satu set Quran braille ke akaun KL Braille Resources ni:
Kos penyediaan satu Al-Quran braille adalah RM250, jadi kalau korang ada duit raya nak kasi lagi…
Dan untuk yang takda duit tapi masih berminat menolong golongan OKU, korang patut tau pasal app Be My Eyes, di mana kitorang yang celik ni boleh volunteer tolong orang buta untuk buat kerja seharian dia seperti nak tahu susu dah expired, tali leher mana masuk ngan shirt dia, dll. Tekan la sini untuk muat turun kat phone korang sekarang!

Jadi, tak keterlaluan kalau kita panggil Dato’ Mah Hassan sebagai adiwira bagi masyarakat OKU. Beliau telah banyak bersusah payah untuk membuktikan bahawa OKU mampu buat perkara yang orang celik buat, malah membuka peluang untuk yang lain jadi seperti beliau. Diharapkan kelak lebih banyak lagi OKU berpeluang menjawat jawatan profesional. Mungkin Perdana Menteri satu hari nanti?

Artikel lain dari soSCili., beliau kata artikel berkaitan: 

Diejek sebagai Bangla. Pelajar pelarian Rohingya ini mengaku yang mereka Melayu
Siapa tak kenal, Albert Einstein! Banyak-banyak info pasal Einstein ni, ada satu yang ramai terlepas pandang. Albert Einstein pernah menjadi seorang p...

Tiga pelajar ni dibuang sekolah, sebab tak mahu tanggalkan serban
Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi. Itu adalah antara rangkap sajak Guru Oh Gur...

Betul ke OKU boleh dapat dapat layanan lain daripada segi undang-undang?
Pada pertengahan bulan Mac hari tu, satu negara kecoh apabila seorang remaja berumur 19 tahun telah memandu kereta yang berlawan arus di Pulau Pinang....

Share dari: 
Peguam buta ni pernah lawan dengan Karpal Singh! Siapa dia? – SOSCILI

Eloklah Pak Jamal. In Syaa Allah ...Allah permudahkan urusan Pak Jamal supaya sama-sama dekat dengan Allah Subhanahuwatalla. Aamiin. 

BERITA»Kes
Rabu, 11 Julai 2018 | 10:21am
JAMAL (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Shah Alam, hari ini. - Foto Sairien Nafis
Jamal mengaku salah, didenda RM400
Oleh Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my

SHAH ALAM: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, dikenakan hukuman maksimum iaitu denda RM400 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor tahun lalu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400 jika sabit kesalahan.


Jamal tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi dari Penjara Sungai Buloh.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/447688/jamal-mengaku-salah-didenda-rm400

Tewas cuma menanti waktu sahaja Jho Low. 

BERITA»Kes
Rabu, 11 Julai 2018 | 10:34am
PDRM mengesahkan Jho Low sudah meninggalkan Macau.
Jho Low tinggalkan Macau - KPN
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa ahli perniagaan yang dikehendaki polis, Jho Taek Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low, sudah meninggalkan Macau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata PDRM menerima emel daripada pihak berkuasa negara berkenaan dua hari lalu memaklumkan mengenai status serta lokasi terkini Jho Low.

Katanya, menerusi emel berkenaan, PDRM turut dimaklumkan bahawa destinasi Jho Low selepas meninggalkan negara itu tidak diketahui.

"Dua hari lalu kita ada menerima emel daripada pihak berkuasa Macau memaklumkan mengenai kedudukan Jho Low.

"Dalam emel itu disebut bahawa Jho Low sudah meninggalkan Macau dan destinasinya selepas itu tidak diketahui," katanya pada sidang media Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari polis Ke-211 di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman, di sini, hari ini.
MOHAMAD Fuzi menyampaikan sijil penghargaan kepada Sarjan Audit Dalaman di Kementerian Dalam Negeri, Sarjan Major, Mohd Zaini Ahmad, yang mencatat rekod menderma darah sebanyak 260 kali pada Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari polis Ke-211 di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin.

Mohamad Fuzi berkata, PDRM kini masih belum mengetahui lokasi terkini ahli perniagaan yang menjadi pelarian itu.

Pada Jun lalu, Jho Low dikesan berada di Hong Kong dan PDRM sudah menghantar pegawai ke sana bagi menahannya.


Namun, usaha itu gagal berikutan Jho Low sudah meninggalkan negara itu ke Macau dengan menaiki feri.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/447695/jho-low-tinggalkan-macau-kpn



Skim Ponzi

BERITA»Kes
Rabu, 11 Julai 2018 | 4:00pm
1MDB jadi skim Ponzi untuk rasuah pegawai - Peguam Negara Switzerland
Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Dana pembangunan ekonomi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa digunakan sebagai skim Ponzi oleh sekumpulan orang yang bersubahat untuk merasuah rasuah dan memperkayakan diri mereka.

Dakwaan oleh Pendakwa Raya Switzerland itu dibuat selepas beberapa hari bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah kerana peranannya dalam urusan itu.

Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber, yang dipetik dalam laporan Bloomberg semalam berkata, ketika ini pihak berkuasa Swiss sedang menyiasat enam individu kerana dakwaan terbabit dalam skandal berbilion dolar 1MDB dan dua bank Swiss, Falcon Private Bank serta BSI SA yang masih diragui.

Lauber ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Tommy Thomas.

Switzerland masih menyiasat bagaimana berbilion dolar yang diperuntukkan bagi pembangunan ekonomi melalui 1MDB dipindahkan ke bank Swiss untuk menambah kekayaan tertuduh.

Lauber, yang kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura dan Amerika Syarikat sebelum ini bersikap kritikal terhadap pegawai Malaysia kerana gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak berkenaan.

"Kami fikir ia adalah alasan, ia adalah sejenis skim Ponzi, ia digunakan untuk merasuah pegawai asing dan digunakan untuk membayar faedah.

"Ia juga digunakan bagi memberi motivasi kepada pegawai baharu untuk ingkar undang-undang atau hanya untuk memberi hadiah kepada mereka," katanya yang tidak mendedahkan identiti pihak dirujuk.

Mei lalu, Pendakwa Raya Swiss mendedahkan mereka akan membuka prosiding jenayah terhadap dua bekas pegawai PetroSaudi.

Ia membabitkan dakwaan melabur kira-kira AS$1 bilion (RM4.03 bilion) usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi, pegawai 1MDB dan lain-lain, selain pemindahan kira-kira AS$700 juta (RM2.8 bilion) kepada akaun yang tidak dikaitkan dengan PetroSaudi, berdasarkan dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam perintah rampasan 2016.

Lauber berkata, kira-kira AS$7 bilion (RM28.18 bilion) dana 1MDB dan bekas anak syarikatya, SRC International Sdn Bhd mengalir keluar menerusi sistem kewangan global dari tahun 2009 hingga 2015 dan beliau masih menilai jumlah sebenar yang disalahgunakan.


Peguam PetroSaudi menafikan wujudnya sebarang salah laku, manakala Najib mengaku tidak bersalah dalam pertuduhan terhadapnya dan dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.

Sumber bacaan: 
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/447849/1mdb-jadi-skim-ponzi-untuk-rasuah-pegawai-peguam-negara-switzerland

MALAYSIA
RM144m collected for Tabung Harapan
Published 1 hour ago on 11 July 2018
By Shazwan Mustafa Kamal
Tabung Harapan has received RM 144,636,944.31 as of 3pm today. — Picture by Ham Abu Bakar
Tabung Harapan has received RM 144,636,944.31 as of 3pm today. — Picture by Ham Abu Bakar

KUALA LUMPUR, July 11 — Tabung Harapan Malaysia has collected over RM144 million as of today.


According to the Ministry of Finance, the crowd-fund has received RM 144,636,944.31 as of 3pm today.
Rakyat Malaysia memang terbaik!!
685
16
187
Sumber: 
RM144m collected for Tabung Harapan | Malaysia | Malay Mail

BISNES»Lain-lain (Bisnes)
Rabu, 11 Julai 2018 | 5:30pm

Paras rizab antarabangsa Malaysia masih selesa
Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@nstp.com.my
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid. 
- Foto Aziah Azmee
KUALA LUMPUR: Paras rizab antarabangsa masih berada di paras tinggi meskipun jatuh untuk bulan kedua berturut-turut kepada AS$104.7 bilion pada akhir Jun 2018 berbanding AS$108.5 bilion pada akhir Mei 2018.

Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata penurunan rizab antarabangsa itu adalah sejajar dengan aliran keluar modal asing di dalam pasaran ekuiti dan bon tempatan.

Beliau berkata, meskipun berlaku penurunan, rizab antarabangsa masih melebihi nisbah minimum import tertunggak iaitu tiga bulan, suatu piawaian yang diterima pakai di peringkat global.

"Nisbah semasa adalah 7.5 bulan. Oleh itu, paras rizab ini masih dikira tinggi," katanya kepada NSTP bagi mengulas mengenai kedudukan paras rizab antarabangsa negara yang berkurangan untuk bulan kedua berturut-turut.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), Suhaimi Ilias, berkata faktor utama yang menjejaskan rizab antarabangsa ialah aliran keluar portfolio modal berterusan yang memperlihatkan jualan bersih asing RM11.6 bilion dalam pasaran ekuiti dan bon pada bulan lalu.

Beliau berkata, pengaliran keluar portfolio modal itu adalah sejajar dengan pengaliran keluar portfolio modal bersih AS$8.0 bilion daripada pasaran baharu muncul pada bulan lalu.

"Jualan bersih asing dalam ekuiti Malaysia pada separuh pertama 2018 berjumlah RM7.0 bilion berbanding belian bersih asing RM10.6 bilion pada tempoh sama 2017 selepas tiga setengah tahun jualan bersih asing RM45.3 bilion antara pertengahan 2013 dan akhir 2016," katanya dalam nota penyelidikan.

Suhaimi berkata, kembalinya semula belian asing bersih dalam pasaran tempatan adalah bergantung kepada kejelasan mengenai ketidaktentuan faktor luaran dan dalaman.

Beliau berkata, risiko perang perdagangan global dan dasar ekonomi domestik akan menjadi petunjuk kepada pelabur asing dalam hala tuju berikutnya.

Bagi pasaran domestik, peserta pasaran akan menunggu pembentangan Bajet 2019 oleh kerajaan semasa pada 2 November ini.

Komponen utama rizab antarabangsa pada akhir bulan lalu itu terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$98.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).


Aset itu termasuk emas dan pertukaran asing, termasuk SDR (RM423.38 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.39 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM202.27 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.25 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion) dan aset lain (RM9.95 bilion).

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/07/447896/paras-rizab-antarabangsa-malaysia-masih-selesa

BERITA»Kes
Rabu, 11 Julai 2018 | 5:33pm
Jho Low dipercayai berada di China
JHO Low dipercayai melarikan diri ke China dari Macau 
sama ada dengan kereta atau pesawat peribadi.
HONG KONG: Ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki untuk siasatan skandal membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho, dipercayai melarikan diri ke China dari Macau.

Bagaimanapun, menurut laporan South China Morning Post, lokasi sebenar ahli perniagaan yang dikenali sebagai Jho Low itu, tidak dapat dipastikan.

Sumber memberitahu akhbar itu bahawa Jho Low, 37, kini berada di China selepas melarikan diri dari Macau menggunakan kereta atau pesawat peribadi.


Pihak berkuasa Malaysia sudah memohon bantuan Interpol untuk membawa pulang ahli perniagaan itu bagi membantu siasatan berhubung skandal rasuah berkaitan 1MDB itu.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/447898/jho-low-dipercayai-berada-di-china

BERITA»Nasional
Rabu, 11 Julai 2018 | 3:41pm
Kerenah birokrasi perlu dikurangkan - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda. - Foto Mohd Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR: Dalam proses melestarikan perkhidmatan awam, CUEPACS menggesa agar perkara yang membabitkan kerenah birokrasi dalam sesebuah agensi atau jabatan kerajaan, dikurangkan.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata langkah itu dilihat perlu bagi memastikan aspek perkhidmatan awam dapat diperkasa dari semasa ke semasa.

"Dalam kehidupan ini, kita lihat perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam itu sangat penting. Apa yang dikehendaki oleh masyarakat ialah penyampaian yang berkesan. Jadi, bagaimana kerajaan harus melihat sistem penyampaian ini agar (perkhidmatan yang diberikan) lebih cepat dan berkesan tanpa melalui proses birokrasi yang rumit.

"Masyarakat akan lebih berpuas hati jika perkhidmatan yang diberikan itu dilakukan dengan pantas," katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata, sebagai contoh, kaedah yang dilaksanakan melalui penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dengan beberapa perkhidmatan diadakan di bawah satu bumbung telah dapat memudahkan urusan orang ramai dengan agensi atau jabatan kerajaan.

"Ini adalah satu daripada langkah yang diambil untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Kita juga yakin pelbagai inisiatif lain perlu dibuat bagi meningkatkan produktiviti seperti mengadakan program, kursus dan mungkin juga pertukaran pandangan antara organisasi," katanya.


Malah, Azih turut mengakui yang mutu perkhidmatan awam di negara ini sudah lebih maju namun ia perlu ditambah baik pada masa akan datang. - BERNAMA

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447841/kerenah-birokrasi-perlu-dikurangkan-cuepacs

BERITA»Nasional
Rabu, 11 Julai 2018 | 2:42pm
Zakir Naik hargai pendirian Malaysia
Oleh Nadia Hamid nnadia@nstp.com.my
PENDAKWAH bebas, Dr Zakir Naik. - Foto fail NSTP/Khairull Azry Bidin
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Dr Zakir Naik, menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana terus membenarkannya berada di negara ini selagi beliau terus mematuhi undang-undang negara.

Beliau berkata, keputusan Kerajaan Malaysia yang mengkaji amalan 25 tahun beliau sebagai pendakwah bebas yang tidak mempromosikan keganasan dalam Islam tanpa perspektif berat sebelah adalah sangat dihargai.

Katanya, keputusan itu menguatkan keyakinannya terhadap keadilan dan keharmonian yang menjadi kejayaan penyatuan antara masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

"Saya berbangga (merendah diri) untuk menjadi sebahagian daripada komuniti di sini (Malaysia) dan saya sedar sensitiviti untuk berada di sini.

"Saya tidak pernah berniat untuk mengganggu keharmonian masyarakat dalam pelbagai cara sekali pun, atau melanggar undang-undang Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zakir berkata beliau juga tidak pernah menerima bantahan daripada komuniti bukan Islam di India sehinggalah pada September 2012.

Katanya, dipercayai sekumpulan komuniti fanatik keagamaan mula mengancam dan cuba menjatuhkan imej beliau.

"Matlamat saya adalah untuk mengamalkan keharmonian dan keamanan tanpa sebarang tuduhan dilemparkan kepada saya," katanya.

Pada 6 Julai lalu, Kerajaan memutuskan tidak akan menghantar pulang Zakir ke India selagi penceramah bebas itu tidak membuat sebarang masalah.

Dr Mahathir berkata, penceramah itu tidak akan dihantar pulang kerana sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan pihak yang mahu Zakir dihantar pulang ke India kerana ia memerlukan pertimbangan banyak faktor, termasuk undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Hassan, dilaporkan berkata polis akan memantau pergerakan Zakir bagi meneliti tindakan dan kegiatannya yang didakwa boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan negara.

Pengerusi Hak Asasi dan Hubungan Antarabangsa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Datuk Hazizah Kassim, berpandangan semua pihak perlu patuh kepada peruntukan Akta Ekstradisi 1992 (Akta 479) yang memberi ruang kepada pesalah buruan mendapat keadilan sewajarnya berdasarkan elemen undang-undang.


Katanya, walaupun Malaysia ada perjanjian ekstradisi dengan mana-mana negara, Akta 479 tetap terpakai.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447822/zakir-naik-hargai-pendirian-malaysia



Tiada ulasan: