Jumaat, 6 Julai 2018

Mengapa Low Taek Jhow atau Jho Low perlu melarikan diri, jika beliau di pihak yang jujur? .7839.


Apakah SOSMA cuba melindungi hal jahat dari terbongkar? 

Saya tidak bersorak gembira bila dapat khabar Datuk Seri Najib Razak ditangkap dan bermalam semalaman di Lokap SPRM Putrajaya dan siangnya dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan. 

Sayanglah reputasi anak kepada Allahyarham Perdana Menteri Malaysia yang ke-dua, terbelenggu dengan pertuduhan berkaitan SRC International Sdn.Bhd. setelah kerajaan Perdana Menteri ke enam berkubur. 

Masa jadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak kelihatan tidak begitu tegas dengan negara tetangga Singapura. Mengapa? Kenapa Datuk Seri Najib Razak boleh jual KTMB dari Woodlands ke Tanjung Pagar? Apakah sebab ugutan bergambar atau bagaimana dan ke mana perginya hasil penggadaian tersebut. Apakah tanah ganti di Singapore City telah turut tergadai? Kononnya diwar-warkan untuk turut sama-sama bangunkan antara Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Singapura. Senyap sahaja hingga kini, tiada khabar berita pun. 

Low Taek Jhow atau Jho Low seorang yang jujur? Begitu juga dengan Datuk Seri Najib Razak, jujurkah beliau? Sudah jadi bekas Perdana Menteri baru cakap banyak, konon mempertahankan diri. 

Baliklah ke MALAYSIA, Low Taek Jhow atau Jho Low  serah diri, bantu Datuk Seri Najib Razak supaya dapat Bekas Perdana Menteri membersihkan dirinya, walau pun Datuk Seri Najib Razak mendakwa tidak kenal Jho Low, walau pun pernah bergambar. 

Mengapa semasa Datuk Seri Najib Razak masih berkuasa, tidak melakukan siasatan menyeluruh tentang SRC dan 1MDB sebagaimana didakwa ramai orang dan banyak pihak. Itulah peluang terbaik untuk perbetulkan atau bersihkan diri. Tetapi kisah skandal terbesar penggubahan wang haram melibatkan 1MDB sedang disiasat oleh pihak berkuasadi luar negara seperti di Amerika Syarikat (AS), selain negara-negara lain termasuk Singapura,SwitzerlandHong Kong dan Abu Dhabi

Sebaliknya menggunakan akta SOSMA dan akta BERITA PALSU, supaya orang yang bercakap atau mendakwa tentang 1MDB ditangkap. Dengan lain perkataan yang berkata benar akan didapati bersalah. Orang jahat didapati jadi pihak yang jujur dan amanah? 
Mengapa semasa berkuasa lebih suka memilih tektik dan teknik untuk mempergunakan menteri-menteri, cyber trooper dan penyokong Umno untuk menafikan kebenaran 1MDB, tanpa melakukan pendakwaan di mahkamah. Wujud sindrom penafian secara tegar. Kononnya bekas PM adalah khalifah, berdosa orang yang tumbangkan beliau dari singgah sana keperdana menterian. Bekas Perdana menteri insan terpilih bagai. 

Pada 6 Oktober 2015, Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan kenyataan bersama menyeru kerajaan untuk melengkapkan siasatan ke atas 1MDB dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat. 

Majlis Raja-Raja bimbang jika isu tersebut tidak dikendalikan dengan baik ia akan menjejaskan ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat. 

Apa Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri semasa itu telah lakukan untuk meleburkan kebimbangan Majlis Raja-raja Melayu tentang 1MDB? Datuk Seri Najib Razak dan Umno mempertahankan Institusi Raja-raja? Atau mengabaikan kehendak Majlis Raja-Raja?

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. 

Kisah MH370 dan MH17 pun rakyat masih belum mendapat jawapan realistik dari kerajaan sehingga kerajaan itu ditumbangkan pada 9 Mei 2018. 

Kisah pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sebab liwat. 

Betulkah sebab liwat itu atau pemenjaraan berunsur politik semata-mata. Benarkah kerana kes tersebut Ketua Peguam Bela Datuk Seri Najib Razak dalam kes sekarang ini Peguam Kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah memperolehi suapan sebanyak lebih RM9juta? 

evo.wir

Baca kisah lanjut di bawah: 
Ten reasons to be concerned
Image may contain: 8 people
First. When the government appealed against the High Court acquittal, Najib did not enlist the government’s Public Prosecutors, but engaged Shafee. This is most odd. Why?

Second. Nancy Shukri, Minister in the PM’s Department, told parliament that Shafee’s fee was RM1,000. Did she really think the low fee was because Shafee was preforming a service to the nation? Is the alleged reciept of RM9.5 million, the real fee. Is Nancy in contempt of court?

Third. Both men are keeping quiet about the allegation. Shafee is a rich man and money is not a problem. Why was this RM9.5 million kept secret? Who were the real recipients of this RM9.5 million? What did Shafee do with that money? 

Fourth. If Shafee did not receive the RM9.5 million from Najib, then a simple, “No” would have sufficed. He did not. Why?

The more Najib and Shafee dodge the question about the allegation, the more speculation will build, that there was government interference in Anwar’s trial.


Fifth. The allegations are serious. It suggests something sinister at work, behind the scenes. When he won his case against Anwar, no new evidence had been submitted. The High Court acquitted Anwar because the DNA evidence was unreliable, but the Federal Court upheld the conviction. Why?
Image may contain: 6 people, meme and text
Sixth. Shafee’s appointment in 2013, should not have  happened. When Anwar’s accuser, Mohd Saiful Bukhari paid Najib a visit at his Taman Duta home, to report about an alleged sodomy incident,  Shafee was present. Conflict of interest!

Seventh. Having put Anwar behind bars, Shafee and his sidekick, Khairy Jamaluddih, went on a government sponsored roadshow, to justify to the rakyat, Anwar’s conviction. Why the overkill? Perhaps, Najib did not think the rakyat was convinced of Anwar’s guilt.

Eighth. With a poor turn-out, the government ended its sponsorship but both Shafee and Khairy continued the roadshow. The plan to humiliate Anwar had backfired.

Someone who attended the roadshow said, “It was like listening to a porn film narrator. Shafee relished his role, and started to fantasise about many things which had not been said in court, such as the foreplay when Anwar tweaked Saiful’s nipples. Many people walked out.  The lurid details, had been fed by his fertile imagination.”

Ninth. Khairy told the audience at the roadshow, that BN will no longer keep silent on the conspiracy charge, and that Shafee will “bring the truth.”

In the light of the RM9.5 million allegation, what is the truth, Khairy?

Tenth. Shafee gave press conferences and boasted about “delivering justice”. Many lawyers and at least one former High Court judge slammed him for “advertising himself” and for lowering the dignity of his profession.

Akaunnya kena beku dak?
Shafee dismissed their concerns, and said that he took “no pleasure” in the Federal Court’s decision to convict Anwar.

Blaming Anwar, he said, “a young man’s life has been wrecked,” and “I know that justice has finally been done, so I am professionally satisfied with the result today.”

Really  Shafee? 

Lawyers are supposed to uphold the law. The allegation of RM9.5 million does not lend him any credibility and brings his profession into disrepute. What justice?

Perhaps, it was not Shafee’s legal genius, which helped to turn the tables on Anwar.

As for wrecking lives, Shafee has wrecked the hopes and dreams of Malaysians to be rid of corrupt politicians and crooked lawyers. He tarnished his profession, and destroyed a functioning democracy from operating.

With this allegation in mind, Shafee’s past cases should be re-examined. - Mariam Mokhtar

Who are you calling a coward now, Shafee?...

Last week, Sarawak Report (SR) alleged that Najib Abdul Razak had paid RM9.5 million to Umno-Baru linked lawyer, Muhammad Shafee Abdullah, the lead prosecutor in the trial of former Opposition leader, Anwar Ibrahim, in Sodomy II. 

The trial sent Najib’s nemesis behind bars for five years. It also ended Anwar’s political career. It served as a warning to others that Najib could do the same to those who got in his way.

So,who is the coward now?

In January 2016,  after the Federal Court verdict against Anwar in the Sodomy II trial, Shafee gave press interviews in which he described Anwar as a “coward”‘.

Shafee usually has plenty to say to people, but when reporters approached him with the SR allegation, his response was a meek, “I will issue a statement, but not today“.  So, who is the coward now?

Why has the cat got his tongue? Why is he acting like a dog with his tail between his legs?

Najib remains silent, because when things go  awry, he prefers others to defend him. He probably knows that he may implicate himself further by opening his mouth. Where are the sycophants to prove their loyalty to Najib?

One political observer said, “They are waiting for their dedak before speaking out.”

Sumber:
tumpang sekole...?: DBKL - Ahli lembaga lantikkan UMNOOO sila berhenti...

Jho Low sudah 'lesap' ke Macau
Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Manirajan Ramasamy cnew@nstp.com.my
POLIS mendapat maklumat bahawa ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low sudah melarikan diri ke Macau.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sepasukan pegawai polis dihantar ke Hong Kong bagi menjejaki Jho Low, beberapa hari lalu.

“Maklumat terbaru yang polis dapat ialah Jho Low berada di Macau. Ini maklumat yang diterima pasukan polis yang dihantar ke Hong Kong untuk menjejaki beliau.

“Bila pasukan polis sampai di Hong Kong, Jho Low dimaklumkan sudah meninggalkan Hong Kong dan pergi ke Macau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai Murni di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini.

Ditanya sama ada pegawai menjejaki Jho Low di kediaman atau pejabatnya di Hong Kong, Fuzi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, Jabatan Imigresen Malaysia sudah membatalkan pasport antarabangsa Jho Low berkuat kuasa 15 Jun lalu.

Keputusan itu dibuat berikutan Jho Low diperlukan bagi membantu siasatan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Julai 2018 @ 6:43 PM

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354945/jho-low-sudah-lesap-ke-macau

Najib lupa Tun Mahathir lah orang yang bertanggung-jawab mengangkatnya ke mercu Umno sehingga berjaya menjadi Perdana Menteri ke 6. Tun M teringat jasa-jasa Allahyarham Tun Abd Razak terhadap perjalanan poitiknya. Najib lawan cikgu, sebenarnya dan tertulah akibatnya.

'Jika itu buat rakyat bahagia, ayah sanggup...'
Nazura Ngah nazura_ngah@nstp.com.my


ANAK Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin menyifatkan bapanya sanggup menderita akibat pertuduhan pecah amanah dan rasuah terhadapnya jika itu membahagiakan rakyat Malaysia.
"Sekiranya penderitaan bekas pemimpin yang telah dituduh itu dapat membahagiakan rakyat Malaysia yang dikasihi, maka beliau sanggup menghadapi penderitaan itu.

"Dia adalah ayah saya, dan saya tahu orang Malaysia mengenali beliau jenis orang yang macam mana. Jika selama 42 tahun beliau berkhidmat dalam kerajaan sebagai seorang penjahat, atau niatnya untuk mencuri wang rakyat semata-mata, saya tidak fikir beliau dapat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun-tahun yang lalu," katanya menerusi Facebook miliknya malam tadi.

Dalam tulisannya itu, Nazifuddin mendakwa 'Malaysia Baharu’ hari ini tidak jauh berbeza dengan Malaysia lama hampir 30 tahun yang lalu.

Ini kerana, katanya pendakwaan secara berat sebelah yang berlaku hari ini sama dengan dahulu, cuma individu sahaja yang berbeza dan kebetulan Perdana Menteri masih sama.

"Saya ingin menyuarakan hakikat ini, kami sebagai negara yang melaungkan demokrasi sememangnya tidak matang dari segi politik, masih mengamalkan politik ‘feudal’ yang penuh dengan dendam.

"Serbuan polis yang terancang, dilihat bersama ‘black maria’ di mana mereka datang beramai-ramai hanya untuk menyerang rumah mantan PM (Perdana Menteri), pada waktu sahur di bulan Ramadan.

"Sementara itu, persidangan akhbar yang dibuat, tidak putus-putus semata-mata untuk menimbulkan lagi kemarahan orang ramai. Bukankah ia prosedur am untuk tidak berkongsi butiran ketika siasatan sedang dijalankan. Atau adakah ia dibuat semata-mata untuk mengaibkan lagi ayah saya?," soalnya.

Beliau turut mempertikaikan secara logik tuduhan pecah amanah dan menyalahguna jawatan berjumlah RM42 juta terhadap seorang Perdana Menteri.

"Sementara peguam sedang sibuk bincangkan nilai ikat jamin, saya terfikir, logikkah jika seorang Perdana Menteri Malaysia boleh dibeli dengan hanya 42 juta Ringgit Malaysia? Sekadar itu sahajakah nilai integritinya?," katanya.

Nazifuddin berkata, jika setiap kes pecah amanah, salahguna kuasa mahupun rasuah boleh dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri, maka bapanya dan semua bekas Perdana Menteri haruslah bertanggungjawab terhadap semua kerugian yang dialami sepanjang kepemimpinan mereka.

"DSNR (Najib) dikenakan denda hari ini oleh seorang Peguam Negara yang dilantik oleh kerajaan baharu meskipun ia mendapat tentangan dari banyak pihak. Ini jelas menunjukkan keadaan politik semasa yang berpaksikan dendam semata-mata.

"Sudah jelas kepada saya bahawa tunjang manifesto pembangkang sewaktu PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) adalah untuk membawa Perdana Menteri yang dituduhnya korup ke muka pengadilan di mahkamah.

"Inilah yang mereka janjikan, dalam apa jua cara sekalipun, mereka mesti tunaikan janji mereka secepat mungkin. Dalam hidup ini, saya mempunyai cuma seorang bapa dan seorang ibu, tanpa mereka, tak wujudlah saya.

"Walau apapun terjadi selepas ini, saya akan tetap setia bersama mereka. Saya akan terus berikan sokongan penuh saya kepada DSNR kerana dia tetap ayah saya, dan dia pernah menjadi pemimpin Malaysia tercinta," katanya.

Nazifuddin turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada rakan dan penyokong yang memberikan kepercayaan dan sokongan bagi membantu keluarganya mengharungi dugaan itu.

Mengakui sukar baginya berkongsi perasaan dengan rakyat Malaysia, beliau berkata, luahan itu bukan untuk meraih simpati, sebaliknya demi menyatakan kebenaran untuk difahami semua pihak.

Kelmarin, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini atas empat pertuduhan, melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah wang berjumlah RM42 juta, membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd. Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 8:53 AM

Sumber:
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/355054/jika-itu-buat-rakyat-bahagia-ayah-sanggup

BERITA»Kes
Jumaat, 6 Julai 2018 | 11:05am
KENDERAAN yang membawa anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz tiba ke Ibu Pejabat SPRM. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Riza hadir kali keempat ke SPRM
Oleh Suhaila Shahrul Annuar cnews@nstp.com.my

PUTRAJAYA: Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 9.50 pagi tadi bagi menyambung memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Riza hadir ke SPRM untuk kali keempat hari ini bagi memberi keterangan kepada suruhanjaya berkenaan.

Turut kelihatan masuk ke perkarangan Ibu Pejabat SPRM di sini, adalah peguamnya, Datuk K Kumaraendran.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures iaitu syarikat penerbitan filem Holywood dikehendaki hadir oleh SPRM sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan skandal berkenaan.

Semalam, Riza memberi keterangan kira-kira tujuh jam kepada SPRM.

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sejumlah AS$64 juta diselewengkan daripada 1MDB telah dipindah kepada Red Granite untuk membiayai penerbitan beberapa filem Hollywood termasuk The Wolf Of Wall Street yang dibintangi Leonardo Dicaprio.

Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas 1MDB membekukan lebih 408 akaun termasuk akaun UMNO negeri dan pusat membabitkan jumlah RM1.1 bilion bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung dakwaan bahawa akaun-akaun berkenaan menerima dana daripada 1MDB.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/445750/riza-hadir-kali-keempat-ke-sprm




Tiada ulasan: