Ahad, 8 Julai 2018

Kita mahu Islam yang ramah tamah, bukan marah-marah. 7850.


Video: Zaharin mendakwa Rosmah Dato Mustpha Mohamad ada ambil duit 1MDB 35 juta


Didalam video ini Zaharin mendakwa Rosmah ada memberitahunya bahawa:-

1. Dato Mustpha Mohamad ada ambil duit 1MDB 35 juta untuk Umno Kelantan.

2. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan beli aparment diluar negara 10 juta dan Najib mengunakan kuasanya TOLONG perlahankan SPRM dari menyiasat.

Pengakuan ini jelas menjurus kepada tuduhan yang serius kepada Dato Mustapa dan mendedahkan adanya campurtangan Bekas Perdana Menteri terhadap siasatan SPRM terhadap Dato Mohamad Hasan. Rujuk minit 8:48 Sumber fb
Rujukan:
KERENGGA: Video: Zaharin mendakwa Rosmah Dato Mustpha Mohamad ada ambil duit 1MDB 35 juta

PERTUDUHAN NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH !!
SUNDAY, JULY 08, 2018

SUB-SIRI 2 : PERTALIAN PERSAUDARAA HAKIM SEBUTAN PERTUDUHAN DENGAN AHLI UMNO EXCO PAHANG !! 

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, 
Assalaamualaikum dan Salaam Sejahtera : 

1. Pada hari ini, 05.07.2017, MALAYSIAKINI bertajuk "Hakim kes Najib adalah adik ahli exco Umno Pahang" telah melaporkan : 

"Hakim Sophian adalah adik kepada Datuk Mohd Soffi Abdul Razak yang merupakan ADUN Pahang selama lima penggal dan juga adalah anggota exco kerajaan negeri selama empat penggal.", dan 

 "Secara kebetulan, Najib juga berasal dari Pahang." 

2. Pada dasarnya dari segi prinsip "keadilan asasi" ("natural justice"), mana-mana HAKIM yang mengendalikan mana-mana prosiding di Mahkamah, sama ada sivi mahupun jenayah, CUMA adalah dianggap sebagai "BERKEPENTINGAN BERCANGGAH" ("IN CONFLICT OF INTEREST") sekiranya HAKIM itu mempunyai hubungan langsung dengan pihak yang terbabit dalam pertikaian di hadapannya itu. 

3. Bagi saya, melainkan dapat ditunjukkan bahawa ada asas untuk merumuskan di sebaliknya, maka semata-mata seseorang HAKIM itu mempunyai pertalian darah dengan seorang yang berjawatan dalam Kerajaan Negeri Pahang dari parti UMNO, dengan sendirinya tidak boleh menjadi sebab untuk dirumuskan bahawa HAKIM itu sememangnya berada dalam keadaan "BERKEPENTINGAN BERCANGGAH" ("IN CONFLICT OF INTEREST") secara langsung. 

4. Jangan kita lupa, pernah dilaporkan bahawa parti UMNO mempunyai keahlian dalam persekitaraan 3 juta ahli (walaupun jumlah ini disangsikan kebenarannya kini), dan dengan diambil kira jumlah Rakyat Malaysia adalah sekitar 30 juta orang, maka ratio keahlian UMNO kepada Rakyat Malaysia adalah 1 : 10, maka TIDAK MUSTAHIL mana-mana HAKIM lain pun sememangnya berkemungkinan mempunyai pertalian persaudaraan dengan mana-mana ahli UMNO lain yang berjawatan ataupun tidak. 

5. Hatta, isunya bukanlah berkaitan PERTALIAN PERSAUDARAAN itu semata-mata, itupun dengan ahli UMNO yang berjawatan, tetapi isu sebenar di sisi undang-undang adalah : ADAKAH TERDAPAT MANA-MANA FAKTOR LAIN YANG BANTU MERUMUSKAN BAHAWA TERDAPAT SATU FAHAMAN ANTARA HAKIM DAN SAUDARANYA ITU UNTUK BERTINDAK TIDAK ADIL DALAM PROSIDING PERTUDUHAN NAJIB RAZAK ??? !!! 

6. Tambahan pula, sekiranya mana-mana pihak dalam pertikaian di Mahkamah tidak yakin dengan "kesucian" kedudukan HAKIM dalam pertikaian itu, maka setiap pihak itu adalah bebas di sisi undang-undang untuk membuat PERMOHONAN RASMI di Mahkamah bagi tujuan PENGECUALIAN HAKIM itu dari mengendalikan mana-mana prosiding lanjut pertikaian itu. 

7. Justeru, pihak PEJABAT PEGUAM NEGARA adalah diSARANkan untuk mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam sebelum mendengar rungutan awam, yang baru sahaja didedahkan dengan fakta itu, dan mengambil sebarang langkah lanjut yang dibenarkan di sisi undang-undang, cuma selepas kajian rapi telah dijalankan dengan lengkap !! 

8. Sebagai penutup, jangan pula di kemudian hari dikatakan mana-mana HAKIM baru, jika ada, mempunyai PERTALIAN PERSAUDARAAN dengan ahli parti komponen PAKATAN HARAPAN pula, ataupun PERTALIAN PERSAUDARAAN dengan Peguam Negara TOMMY THOMAS, di belah dua pupu datuk ataupun nenek saudaranya pula !! 

9 TANPA GUNDAH GANJARA !!! 

 DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
 Haniff Khatri
 05.07.2018 @ 1658
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 4:00 pm

Rujukan:
al- Husseyn: PERTUDUHAN NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH !!

Mat Sabu Terbang Bersama Sukhoi
08 JULY 2018
MOHAMAD Sabu diberi penerangan mengenai peralatan jet pejuang Sukhoi Su-30 sebelum memulakan penerbangan di pangkalan TUDM Gong Kedak, Terengganu. - Foto ihsan Facebook Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu semalam berpeluang terbang dengan jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sukhoi Su-30 yang juga penerbangan pertamanya sejak mengangkat sumpah Mei lalu.

Dicatat Oleh Jeebond BLM

Rujukan:
BlogList Malaysia: Mat Sabu Terbang Bersama Sukhoi

Parti Penunggang Agama Sudah Tak Relavan Lagi
08 JULY 2018
Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata parti politik yang mengeksploitasi agama atau kaum dilihat sudah tidak relevan lagi pada masa kini.

Menjelaskan lagi kenyataannya itu, Mujahid berkata beliau tidak menolak Islam sebaliknya berpendapat agama itu luas dan tidak hanya terhad kepada kepartian semata-mata.

"Parti politik yang menggunakan agama atau kaum sudah tidak relevan lagi. Saya nak tegaskan, 'yang menggunakan'.

"Bukan saya tolak Islam. Islam itu besar, bukan sekadar guna dalam parti atau tidak," jelas Mujahid dalam wawancara dengan Malaysiakini ketika menjawab soalan mengenai sesetengah pihak - termasuk parti lamanya PAS - yang dilihat ekstrim dalam menjatuhkan hukum terhadap seseorang.

Islam lebih sekadar politik

Anggota parlimen Parit Buntar itu juga berkata berlaku salah pengertian jika Islam hanya diletakkan untuk kepentingan parti politik.

"Islam itu adalah satu cara hidup. Islam itu ialah al-din (agama). Kalau letak Islam hanya kepentingan parti, guna ayat al-Quran untuk mengukuhkan bahawa dia mewakili Islam, itu misrepresentation.

"Kita perlu menjadikan Islam itu menjangkau lebih sekadar politik. Islam bukan hanya kepartian tetapi Islam ada satu prinsip besar yang memandu sebagai satu panduan kehidupan yang mencakupi ibadah, muamalat, kenegaraaan, undang-undang," jelas anak kepada bekas mursyidul am PAS yang pertama itu lagi.

Mengulas lanjut mengenai ekstremisme agama di negara ini, beliau berkata mahu melahirkan lebih pendakwah yang memahami Islam sebagai suatu agama yang membawa rahmat untuk sekalian alam.

Ramah tamah, bukan marah-marah

Malah, beliau juga bercadang untuk mewujudkan panduan bagi para pendakwah yang ingin berceramah di masjid atau di tempat-tempat terbuka agar tidak menyebarkan kebencian dalam penyampaian mereka.

"Bagi saya ini cabaran yang terpaksa saya hadapi.

"Sebab itu kita akan bawa konteks dakwah dan melahirkan para pendakwah atau ketua kumpulan di kalangan ustaz dan ulama yang membawa gagasan rahmatan lil alamin (rahmat sekalian alam) agar tak ada ruang kepada ekstremisme atau keganasan Islam.

"Kita mahu Islam yang ramah tamah, bukan marah-marah.

"Sebab itu saya akan keluarkan panduan rasmi. Standard piawaian para ustaz ini tinggi. Dia mungkin ada ilmu tetapi mereka kena kuasai method penyampaian dakwah dan hindari daripada gunakan agensi agama untuk tujuan kebencian politik, ketegangan kaum atas nama agama, atas nama fatwa yang ekstrim. Saya akan tangani, insya-Allah," ujarnya.


Dicatat Oleh Jeebond BLM
Rujukan: 
BlogList Malaysia: Parti Penunggang Agama Sudah Tak Relavan Lagi

Tiada ulasan: