Sabtu, 21 Julai 2018

Islam itu indah. Yang tidak indah ialah sesetengah manusia didalamnya yang jadi pelampau sebab terlalai indahnya Islam. 7898.


Dap perintah Malaysia sekarang. Nanti jadi macam Singapura. Walhal yang singkirkan Singapura ialah Umno.

Formula mana diguna xtahulah. Puncanya Barisan Nasional kalah teruk dan tiada ruang untuk Pas jadi KING MAKER. Sebelum PRU Malaysia ke 14 sudah dicanang buat apa pilih Pakatan Harapan nanti Perdana Menteri kita sudah berusia 92 tahun. Nanti Perdana Menteri adalah BONEKA DAP jika Pakatan Harapan menang.

Maka bila keputusan PRU 14 yang MUTLAK menobatkan PAKATAN HARAPAN sebagai KERAJAAN MALAYSIA, wujudlah GEROMBOLAN SINDROM PENAFIAN. Untuk tunjuk masih menang buat perbandingan antara parti, bukan lagi ikut gabungan parti iaitu Barisan Nasional. Umno dapat mengatasi Keadilan dari jumlah kerusi Parlimen. Sudah acap kali menang, bila tewas guna ayat KEKALAHAN adalah KEMENANGAN YANG TERTANGGUH.

Rakyat Malaysia telah tumbangkan parti yang memperjuangkan Islam dan Melayu. Maka digembar gemburkan segala kelemahan kerajaan baru. Semua serba tidak kena kepada Gerombolan Sindrom Penafian. Beri tajuk lain, ditunjuknya kekurangan pihak lawan dengan mengabaikan tajuk politik yang tidak memihak mereka. Menteri Kewangan Bangsa Cina, bila ditunjuk bukti Umno pernah lantik Menteri Kewangan berbangsa Cina, buat dalih yang lain pula, itu tunjuk Umno terlalu keramat tetapi kenapa tewas? Oh Pakatan Harapan main tipu bagai.

Bagi mereka yang sedar terus memberi contoh Kerajaan di dunia ini tiada yang kekal dan akan tewas juga akhirnya. Bagi yang terus buat tidak sedar diri merasa hak mereka sebagai kerajaan telah dirampas, kononnya Pakatan Harapan menjalankan kempin berita palsu untuk menawan hati rakyat. Akta Berita Palsu yang diluluskan tergesa-gesa sebelum PRU 14 sudah ke mana, semasa UBN sebagai kerajaan? Wujudlah gerakan bangkit dan pemantauan bagai. Mengapa semasa UBN jadi kerajaan mereka semua tidur dan sekarang baru mahu bangkit. Mengapa tidak memantau kerajaan UBN dulu supaya tidak kalah teruk dalam PRU 14?

Sekarang baru sedar mahu perjuangkan Islam dan Melayu. Lain-lain bangsa yang Umno beri kerakyatan tanpa syarat dahulu, mahu letak mana? Untungnya selepas PRU 14 Pas kekal sebagai pembangkang tertua di Malaysia di peringkat Kerajaan Pusat. Biar Pakatan Harapan selesaikan dulu hutang Kerajaan Malaysia, nanti kita cuci kaki take over Kerajaan Pusat.

BERITA»Nasional
Jumaat, 20 Julai 2018 | 10:11pm

Bangsa Melayu kena ubah minda supaya tidak pupus

KUALA LUMPUR: Bangsa Melayu perlu berani melakukan perubahan minda secara radikal dalam mengharungi cabaran landskap negara yang kini telah berubah secara fizikal, sosial, ekonomi dan politik, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Titah baginda, orang Melayu yang gagal melakukan pengubahsuaian minda untuk menghadapi senario baru dalam negara, dibimbangi akan menghadapi nasib kepupusan seperti dinosaur.

"Dinosaur mempunyai tubuh yang besar tetapi minda yang kecil, minda yang tidak berupaya melakukan pengubahsuaian selaras dengan perubahan persekitaran, memilih kekal hidup dengan habitat lama.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (duduk lima kiri), isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (duduk lima kanan) dan Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa (duduk empat kiri) serta ahli-ahli GPMS di Malam Semarak Perjuangan Anugerah Tokoh Srikandi 2018 sempena ulang tahun Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Hotel Istana Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq

"Lalu populasinya mengecil dan akhirnya pupus, yang tinggal hanyalah bahan-bahan fosil dan dipamerkan di muzium dan dijadikan bahan kajian," titah baginda.
Ketibaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah di Malam Semarak Perjuangan Anugerah Tokoh Srikandi 2018 sempena ulang tahun Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Hotel Istana Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Malam Semarak Perjuangan Sempena Anugerah Tokoh Srikandi 2018 anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini, malam ini.

Baginda menegaskan orang Melayu juga memerlukan kaedah perjuangan baharu untuk memastikan kelestarian bangsanya dalam menghadapi iklim baru politik pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), agar tidak tercicir ketika menghadapi Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan kecerdasan buatan (AI).

"Orang Melayu hendaklah pantas mengubah minda, berani memeriksa kesalahan diri sendiri, lalu melakukan penghijrahan minda dan penghijrahan budaya, daripada terus berada di dalam minda penafian untuk menyalahkan orang lain.

"Orang Melayu wajib meneliti realiti semasa, menerima hakikat bahawa telah wujud persekitaran baru di pentas negara dan di pentas dunia. Orang Melayu wajib mencelikkan mata, segera bangun daripada olekan mimpi hari semalam, berani memamah realiti baharu walau sepahit mana sekalipun," tegas baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah bangsa Melayu yang mahu maju dan dihormati, hendaklah berani membuka minda dan tidak membenarkan dirinya menjadi hamba kekayaan dan menjadi abdi kerana tarikan jawatan sehingga menggadaikan prinsip serta kebenaran.

Titah Sultan Nazrin, walaupun bilangan profesional Melayu telah bertambah, namun bilangan profesional Melayu masih berada di belakang, berbanding kaum-kaum lain.

"Pelbagai skandal menyentuh amanah, rasuah dan integriti, dilaporkan semakin berlaku, malah berlaku pada skala yang begitu besar; dilakukan oleh profesional Melayu yang amat bercanggah dengan pegangan agama Islam selain budaya Melayu yang sangat menegaskan aspek jujur, amanah, harga diri dan maruah.

"Pelbagai ketirisan dan penyimpangan di peringkat pelaksanaan dasar turut mengakibatkan matlamat dan sasaran program ekonomi orang Melayu gagal mencapai sasaran.

"Kepincangan yang sedang berlaku, menuntut orang Melayu mengakui kesilapan, lalu bertekad, segera melakukan pembetulan," titah baginda. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/451766/bangsa-melayu-kena-ubah-minda-supaya-tidak-pupus

Berita Berkaitan




































BERITA»Nasional
Isnin, 25 Januari 2016 | 12:22pm
Agama ibarat bom jangka jika disalah guna
Oleh Shamsul Kamal Amarudin shaka@bh.com.my
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, agama ibarat bom jangka yang boleh mencetuskan porak-peranda sekiranya ia disensasikan secara politik.

Baginda bertitah, agama yang digunakan selain daripada tujuan menyemaikan roh ketuhanan, boleh mencetuskan huru-hara dalam negara.

"Kesucian agama dinodai oleh mereka yang kurang memiliki hikmah dan cuba menyelit nilai, prasangka serta agenda peribadi lalu menjuarai dan mensensasikan sesuatu atas nama agama," titah baginda ketika merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini, hari ini.

Sultan Nazrin bertitah, institusi raja Melayu mempunyai tanggungjawab besar terhadap kesucian agama Islam dan bukan sekadar simbol hiasan pemerintahan di negara ini.
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan hadir di Majlis Perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya

Titah baginda, agama Islam adalah identiti yang tidak dapat dipisahkan dengan raja Melayu dan menjunjung tanggungjawab besar sebagai penjaga terhadap agama berkenaan.

"Institusi raja di negara ini bukan sekadar simbol hiasan tetapi diamanahkan dengan tanggungjawab pemerintahan secara adil dan menjamin kesucian Islam dipelihara," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, raja Melayu berada pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negara dan bebas daripada afiliasi dengan mana-mana pertubuhan politik.

"Ini memberikan kelebihan kepada institusi raja untuk berperanan secara berkecuali apabila menghadapi dan dalam menangani isu berkaitan agama," titah baginda.
https://www.bharian.com.my/node/117855

Berita Berkaitan





































BERITA»Nasional
Isnin, 6 Februari 2017 | 11:45am
Jangan ambil mudah salah laku anak bangsa - Sultan Nazrin
Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan orang Melayu supaya tidak mengambil ringan perbuatan salah laku yang dilakukan sebahagian kecil bangsa Melayu.

Titah baginda, ia kerana perbuatan salah laku anak bangsa laksana anai-anai yang boleh meruntuhkan.

"Hari ini orang Melayu yang baru mula menikmati sebahagian kecil daripada kejayaan, berbanding dengan kejayaan lebih besar yang dicapai oleh orang lain, semakin menunjukkan sifat lupa daratan, bagaikan mengulangi budaya kehidupan seperti yang pernah berlaku pada era pra penaklukan Melaka oleh Portugis.

"Mereka menunjukkan sifat yang semakin hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa dan orang Melayu sedang berada dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan semakin terpercik ke muka sendiri, " titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertemakan 'Mengakar Kuat Umat Melayu Menjulang Tinggi Islam' di sini hari ini.
SULTAN Nazrin diiringi Zambry (kiri) ketika hadir pada majlis Perasmian Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Casuarina@Meru, Ipoh, hari ini. - Foto Abdullah Yusof
Yang turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim. 

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Sultan Nazrin bertitah, dasar murni yang digubal untuk membantu Melayu, tidak tercapai sepenuhnya kerana terbukti berlaku ketirisan secara besar-besaran.

Titah baginda, dibimbangi kekayaan yang baru berada dalam pegangan Melayu mungkin berakhir dalam tempoh masa yang singkat selagi orang Melayu lebih tertarik dengan budaya berbelanja mewah untuk mencerminkan imej sosial daripada menabung dan melabur untuk membina aset bangsa yang lebih besar bagi jangka masa panjang.

"Hari ini maruah bangsa semakin diaibkan dengan perbuatan rasuah, pecah amanah, penipuan dan salah guna kuasa. Sewajarnya bangsa berwaspada dengan titik-titik nila yang akan memusnahkan susu sebelanga," titah baginda.
https://www.bharian.com.my/node/244700

Berita Berkaitan




































...................................................

Tiada ulasan: